”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/19/2026

Umrah Pertama Kami #Makkah

Saat aku menulis ni, hati terlampau terbeban dengan rasa rindu untuk berada di kedua-dua Tanah Suci. Baru aku faham perasaan orang yang asyik meratib 'rindunyaa Makkah, rindunya Madinah'. Dua-dua kota suci tu sangat sibuk, tak pernah tidur. Makkah lebih chaos berbanding Madinah tapi dua-dua tetap dirindui. Pelik, padahal aku tak suka tempat yang crowded. Itulah kelebihan Tanah Suci.

7 April 2026 - Selepas Subuh kami terus siap-siap nak berangkat ke Jeddah. Kami park kereta dekat rumah kawan sebelum naik Grab ke KLIA. Perjalanan pergi KLIA kawan aku belanja, semoga Allah sentiasa mewahkan rezekinya dan semua yang bersedekah kepada kami sempena kami ke Tanah Suci ni. 

Alhamdulillah banyak betul duit poket kami dapat dari kawan-kawan dan sanak saudara, boleh dikatakan perbelanjaan kami dekat sana 2/3 guna duit orang bagi, semoga semuanya diberkati.

Kami sampai KLIA dalam 10.30am, sampai je sana TA dah tunggu untuk serahan VISA dan tagging lugggages. Kami tak ambil luggage TA sebab buat apa banyak2 luggage dekat rumah, kami dah ada setiap size luggage dekat rumah tu. Tak ambil luggage jimat RM250/pax. But still kami dapat sling bag dan beg kasut.

Setel bab tu kami pun checked in luggage. Pukul 11.50am ada taklimat sebelum tu sempat kami light breakfast. Lepas taklimat kami pun gerak ke boarding area, naik aerotrain. Solat Jama' Zohor Asar dekat Surau and Didi pun tukar ke pakaian ihram sebab kami akan niat Ihram atas kapal terbang.

Flight ke Jedah pukul 2.50pm. Perjalanan ambil masa dalam 9jam. 2x makan atas flight. Dah nak masuk area miqat, pilot akan announce untuk niat Umrah. Setiap masuk waktu solat pun pilot akan announce. Makanan pun sedap. Memang best hospitality AMAL by MAS ni. Siap dapat satu beg kecil kit solat.





Alhamdulillah sampai Jeddah dalam pukul 7pm waktu tempatan. Semua urusan imigresen dan kastam semua berjalan lancar. Ada kejadian lawak time dekat Imigresen. Pegawai tu beria suruh aku cakap Arab, siap mintak aku sumpah yang aku tak pandai cakap Arab. Aku dah pelik time tu, rupanya sebab dia tengok aku ada pergi Cairo beberapa kali so dia ingat aku pandai cakap Arah haha how I wish I can. Bila aku cakap aku pergi sana atas urusan kerja, dia tak percaya, dia cakap aku rare spesis haha siap bagitau Didi aku rare. Dok pahey kawee haha.

Dalam perjalanan ke Makkah kami singgah satu station minyak untuk Jama' takhir. Betul la orang cakap, dekat Arab Saudi ni yang sucinya dekat Makkah je, area lain kotor gila. Huuuaa. Korang Islam kot, kaya gila pulak tuuu, apa la sangat hired cleaner. Adoiii spoil betullll.

Time ni badan dah barai, yela dengan penat duduk 9 jamnya, dengan perubahan masa, jet lagged! Haha. Perjalanan nak ke hotel dalam sejam gitu. Memang tidur. Sampai tu terus checked in and bersiap menunaikan umrah. Time tu dah 11.30pm, Allah je tahu betapa penatnya time tu tapi nak settle kan umrah wajib secepat mungkin. Gerun ada dalam ihram lama-lama hehe.

Kami stay dekat Mira Ajyad, dalam 300m dari Masjidil Haram memang walkable. Hotel tu 1 bangunan dengan mall, ada mini market, ada laundry, ada barber and ada jual macam2 souveniers. Makanan hotel tu pun boleh diterima tekak sebab masakan Malaysia/Indonesia haha. Cuma biliknya standard OYO je lah tapi enggak apa-apa, kan cumanya mau tidur.


So kami pun ramai-ramai menuju ke Masjidil Haram. Ya Allah berdebarnya rasa 1st time nak tengok Kaabah. But mind you, aku kalau penat aku jadi numb haha. Turun je eskalator tu terus nampak Kaabah. Aku terdiam, terpaku membisu. Orang cakap nampak je Kaabah terus doa bla bla tapi aku blank. Tak tau la sebab tak percaya nampak Kaabah depan mata ke sebab terlampau penat so tak sempat nak digest ke.

Orang memang ramai. Kami pun buat tawaf, aku pegang erat beg Didi sebab takut terpisah. Alhamdulillah selesai tawaf, kami pun buat solat sunat tawaf dannn saat inilah roh aku kembali aku rasa.

Solat pertama yang betul-betul mengadap Kaabah! Aku tengok Kaabah depan mata oi, bukan lukisan atas sejadah. Allahuakhbar, Allah je tahu apa yang Dia tiupkan dalam jiwa aku time tu. Aku tak tahu nak describe rasa dia tapi yang penting empangan air mata aku pecah tanpa sempadan. Tengah type ni pun aku nangis mengingatkan momen tu. Ya Allah sumpah aku rindu.



Selesai tu kami pun mulakan sa'ie. Kaki memang dah sakit, yelah sebelum pergi tak sempat nak prepare diri physically.  Ni penting ye kawan-kawan, please be fit and choose the right shoes. Untuk perempuan boleh pakai kasut bertutup/stokin yang selesa. Laki kena nampak jari kaki. 

Alhamdulillah selesai sa'ei kami pun bertahalul maka selesailah Umrah pertama kami. Terima kasih ya Allah bagi peluang kami suami isteri menunaikan umrah bersama-sama. 

On the way balik hotel, ustaz bawa lalu jalan lain tengok rumah isteri Nabi, Siti Khadijah dan tempat lahir Nabi saw. 

Selesai semua kami pun balik  bilik nak tidur, memang penat betul rasanya tapi sempat singgah makan aiskrim and Didi pergi motakkan kepala hihi. Kelakar tengok dia botak, 1st time tengok haha. Then masuk bilik, mandi, tidur. Tidur paling lena rasanya, ya Allah penat ye sampai² terus buat umrah, macam penat half marathon haha tapi lega sebab dah selesai tujuan utama. 

Kami hanya 4 malam di Makkah. Hari² seterusnya kami berulang ke masjid untuk solat jemaah fardhu dan buat tawaf sunat. Alhamdulillah berkesempatan tawaf dekat setiap tingkat tapi tingkat atas memang terasa lamanya sebab besarrrnya 2x ganda pusingan aku rasa.



Seronok dan tenangnya kehidupan kat sana sebab kita hanya fokus pada ibadah. Bangun 2-3 am nak pergi jemaah Subuh pun rasa syokk betul. Kalau kat sini nak solat Subuh dekat rumah pun liat kemain kan. Sementara tunggu masuk waktu sempat solat sunat, baca quran. Tak payah fikir soal kerja, meeting, etc. 

Kat sana jugak hanpir tiap waktu lepas jemaah fardu akan ada solat jenazah. Tak terkira berapa kali aku solat jenazah kat sana. Harap satu hari nanti pun aku disolatkan dekat sana. Ameen. 

Kat sana malam sampai 9am pagi tu memang sejuk dan dingin je cuaca, memang syokk. Kalau ada angin lagilah sejukkk. Walaupun ramai gila orang, bersesak-sesak, berpusu-pusu but somehow kita tak rasa serabut dengan keadaan itu. Nikmat yang Allah bagi bila berada di bumi Makkah.

Kat sana kami hantar dobi sekali 1kg = 15 riyal. Baju yang kecil-kecil aku basuh tangan je, aku bawa baldi lipat kecil, hanger lipat dengan sabun serbuk paket2 kecil, aku beli dari Indonesia.

Ada sekali sekala kami beli makanan dekat luar, portion sana besar. Harga bagi aku ok la sebab beli 1 portion nasi pun boleh share berdua. 

Kami ada buat bayaran tambahan untuk ke Muzium Wahyu dan makan nasi unta haha. Muzium Wahyu ni berdepan Gua Hira' tempat Nabi saw mendapat wahyu pertama. Kami sampai sana dah nak Maghrib so tak berkesempatan nak mendaki. InshaAllah next pergi boleh cuba hiking sebab track dah cantik and pergi malam boleh nampak Kaabah dari atas tu. Rugi rasa takde rezeki nak naik hari tu.


Muzium Wahyu tu bagi aku biasa-biasa je lah, lebih kepada penceritaan. Sebelum balik singgah dinner nasi unta, ok lah dah merasa unta, aku tak suka sangat daging dia hehe.

Ada satu hari kami ziarah sekitar Makkah, pergi Jabal Tsur and melawat sekitar manasik Haji macam Mina, Arafah. Semua tengah sibuk buat preparation haji, penuh dah khemah untuk para jemaah haji. Time kami pergi Jabal Rahmah pun dorang tutup dah. Terkejut jugak aku tengok suasana kat sana, tak dapat bayangkan berapa puluh ribu umat nanti kat sana dengan mana yang khemah jauh tu kene jalan berkilo-kilometer sebelum sampai tempat yang dituju. Semoga Allah mudahkan urusan para haji semua, diberikan kesihatan yang baik, kuat dan mendapat haji yang mabrur.


Sedikit tips untuk menunaikan Umrah especially bagi perempuan:

1. bawak ubat-ubatan yang cukup terutamanya ubat batuk, sakit tekak, ubat demam, selsema. Ubat dekat sana mahal. Kami sakit tekak + selsema + demam sikit bila hari² akhir di Makkah maybe faktor cuaca. Kami bawak semua ubat kecuali ubat batuk + sakit tekak. Padahal itu paling penting dengan keadaan perubahan cuaca dekat sana, macam mana la boleh lupa bawa yang tu haha ayyo. So terpaksa beli 160 riyal. Mahal oi! Lagi satu bawak minyak angin, vicks - sangat membantu.

2. Bawak shades dan mask. Siang sana panas terik yang kering dan berdebu. Aku bawak mask tapi tak pakai sebab tak suka kahkahkah menanggung la kau kena selsema berdarah + sakit tekak.

3. Bawa sejadah mini ke masjid. Kadang² terlampau ramai orang tak cukup ruang, kena solat atas lantai so sejadah tu membantu. Kat Makkah walaupun cuaca luar panas tapi tiles dia tetap akan sejuk gila haha.

4. Tak payah bawa botol air pun takpe. Tak payah bawa Quran, sana banyak lagipun bawa sendiri nanti susah nak jaga. Kipas tangan pun tak payah bawak. 

5. Bawa botol spray kalau nak mudah ambil wudu'. Tapi aku tak guna pun sebab memang jaga wudu' walaupun agak mencabar haha and plus hotel walkable. Banyak je antara waktu kami balik hotel untuk freshen up.

6. Time solat aku suka solat sebelah orang berkerusi roda sebab boleh tumpang simpan kasut bawah wheelchair dia hehe.

7. Kami tak membeli belah di Makkah, dekat sana memang fokus ibadah plus malas nak berangkut beg berat ke Madinah.

8. Pakai lanyard untuk gantung handphone sebab Jubah aku mostly takde poket. Nak letak dalam poket telekung pun leceh kalau asyik nak keluar masuk kan. So gantung dekat tengkuk very convenient for me. 

9. Bagi aku elok ada tasbih, lebih kusyuk nak berzikir dan lebih yakin dengan pusingan tawaf hehe. Tapi aku takde pun tasbih hari tu, entah kenapa tak beli padahal berlambak je jual haha.

10. Fit, korang kena fit sebab banyak sangat berjalan dekat sana esp kalau hotel 300m ke atas jaraknya dengan masjid.

11. Aku pergi sana bawak crocs je tapi bagi aku kalau nak buat tawaf sunat dekat tingkat atas memang elok pakai kasut sukan yang lebih comfort.

12. Beli sarung kasut pakai buang tu. Kat depan dataran sebelum masuk kawasan Masjidil Haram tu banyak betul tahi burung. At least ada sarung tu dah sampai masjid kita buang je, yakin sikit nak beribadah.

Dekat sana berkumpulnya umat Islam dari seluruh dunia dan kita akan nampak bermacam jenis cara solat mengikut mazhab masing². It's an eye opening yang Islam tu sebenarnya mudah, bersifat terbuka dan tak menyusahkan. Dan mengingatkan kita bahawanya bukan cara kita je yang Allah terima dalam dunia ni. 

Kat sana baru aku biasakan diri solat di mana-mana asalkan tempat tu kita nampak bersih. Tak perlu fikir orang pernah pijak ke apa ke haha. Tak perlukan sejadah pun untuk solat janji yakin bersih. Kat sana juga aku merasa solat Jumaat. Masuk waktu 1220pm tapi aku datang pukul 1030am, itupun masjid dah mula penuh.

Kat sana jugak aku tengok ramai orang selfish dan taksub hingga lupa adab dalam beribadah.

Dan paling best adalah tahun ni Allah hadiahkan aku sambut birthday aku di depan Kaabah. Allahuakhbar! Tak tergambar betapa bersyukurnya aku dengan nikmat itu.

Aku rasa tu je kot cerita aku di Makkah, nanti aku sambung cerita di Madinah. Allah, rindunyaa, rindu yang amat sangat.

Post umrah depression is real guys.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!