25 Ogos 2026
Esoknya lepas balik dari Thailand tu kan cuti Maulidur Rasul *salam dan selawat buat Nabi kesayangan kita semua, Rasulullah saw. Tak sempat nak berehat, Didi ajak ride ke Sekinchan. Kita layan je sebab dah tinggal member 3 hari kan, nanti merajuk puleksss hahaha.
Dalam perjalanan kitorang ada singgah RnR dekat WCE, tetiba time nak gerak tu motor Didi tak boleh start, 5 minit jugak la gelabah, rupanya tongkat tak naik habis. Hak alahhhhhhhh, benda kecik pun nak berkira la motor tu, bikin unnecessary sweat je lah haha.
Kitorang makan dekat Colek D'Sawah. Ada kawan-kawan Didi sekali kat sana tapi dorang naik keretalah and memang dah stay kat sana sehari.
Kedai ni besttt! Sedapp and pemandangan pun lawoo dikeklilingi sawah menghijau luas terbentang. Kitorang order nasi goreng dengan beberapa menatang celup tepung. Puas hati datang jauh-jauh makanan sedap. Alhamdulillah. Tapi ride dari Ipoh ke Sekinchan tak la rasa seksa sangat, enjoy jeee hehe.
Sekinchan ni memang dah jadi tourist attraction kan, pemandangan dia yang mahal tuu. Nanti nak try la sewa homestay sana sehari, lepak2 sambil mandi kolam tepi sawah. Hehe
On the way balik tu hujan punya lebat, kitorang tak berhenti pun, layan kuyup haha. Memula Didi ajak naik Cameron, aku cakap idok le, badan penat pergi Thailand pun masih merengse lagii haha.

.jpeg)
.jpeg)

No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!