”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/31/2010

merdekakah kita??

cewahhh!! tajuk tak agak2..macam nak menyampaikan teks yang berilmiah je..da la, jangan percaya kat Beron ni, last2 karang die merapu jugak..hehe..walaupun aku macam ni, aku tetap berjiwa patriotik tahu?? rasa sayangg kat negara ni memang ada..tapi tak melebihi rasa sayangg aku kat en. sayangg..haha..ok diam Nadia!!..tipu lah kalau korang kata korang tak sayang negara..tak marah ke bila orang luar perlekehkan negara kita, tak rasa nak sumbat sape2 dalam tong sampah ke bila dia kencing atas jalur gemilang kita?? betul tak rasa macam tu?? ok sila lucutkan kewarganegaraan sekarangg!!

Jepun
kita pernah dijajah Jepun, yang mana kalau aku baca Ujang, walaupun Jepun tu comel, dia tetap digambarkan sebagai kejam..bagi orang minum air sabun la, kacau anak dara orang la..bagi aku Jepun tak bagi  apa2 kebaikan kat negara kita..kalau bawa Ultraman ke, Doraemon ke, nice jugak..ni setakat pandai nyannyi i want nobody nobody but you dengan sori sori sori sori, baik tak payah!! eh betul ke tu Jepun, ke Korea?? aku memang mengalami kecelaruan identiti sikit dengan dua negara ni, ape2 lah!

British
British ni bijak, dia jajah kita cara halus..tapi effectnya tinggal sampai sekarangg..contohnya budaya2 seperti Shuffle, Breakdance semua..asal dari mana?? bukan dari Kedah kan?? itu dari segi keracunan otak..dari segi pemerintahan lagi la trang tang2 nampak..yang nak nampak Melayu nya, sistem kesultanan je..yang lain, hangpa pikiaq sendiri..aku belajar Law, sah2 undang2 kita banyak beranak dari UK..dia ajar kita memrintah sendiri, tapi dengan cara dia..takpelah, janji PM aku nama Najib bukan Paul Smith

walaupun aku tak pernah kene telan air sabun, kene ngorat dengan askar Jepun..walaupun aku tak ada time Malayan Union dibubarkan, aku tak ikut Tunku Abd Rahman pergi London, aku tak lahir lagi time 31 august 1957, perasaan sayangg kat Malaysia ni tetap ada..so aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya

HAPPY INDEPENDENT DAY
(ish British sungguh)

SELAMAT HARI MERDEKA
kepada bekas2 patriot negara, pemimpin2 negara dan semua rakyat jelata
1 Malaysia tak aku? ke macam TV3?? ^_^''

sahur di Kachi

aku kan tak pernah bersahur kat sini, tapi semalam sebab malam terakhir di bulan Ramadhan berada di Kachi, so KAMI (aku, wawa, dila, chot, sheril, chena, ain nadia) bermuafakat nak makan besar!! aku jadi mandor semalam, tukang tengok je sambil baca komik..haha..

aktivit mula start pukul 10malam and berakhir 1 pagi..marvellous de albino!! dimulakan dengan sandwich bakar, cucur ape ntah and last sekali nasi goreng..aku makan sandwich macam memang sandwich tu disediakan untuk aku sorang..pastu banyak lebih, kitorang ketuk bilik jiran tetangga, bagi dorang makan..muliakan jiwa kami?? :)

trip ke 2 cucur apa ntah..aku tak makan sangat sebab da overload dengan sandwich-sumpah-sedap..mula2 elok je goreng..pastu macam2 request, nak bentuk love la, segi tiga bermuda la..aku request bentuk mickey mouse, jadi bentuk setan bertanduk!! apekah?? haha

last trip nasi goreng, sumpahla aku makan 3 suap je..da tak larat..dengan 3 jag air, bukan aku minum sorang eh, kongsi2..overall sangat enjoy malam semalam..lepas tu kemas2, sembang2, dalam pukul 4 pg tidur bergelimpangan ramai2..ni la yang seronok duduk hostel..ko mampu? haha..walaupun dilarang memasak, tu jugak la yang kitorang buat..buat benda yang dilarang orang la paling best sekali!! haha

ni ape hal aku update pagi2 buta ni?? aku nak balik Perak weh karanggg!!..berkobar ni..punyalah berkobar, sampai tak tahu nk kemas apa..da sebulan ++ aku tak balik rumah..mesti rumah tu rindu kat aku..yang paling penting, aku nak melawat 'rumah' baru tok.. =')

8/29/2010

relief mid-sem burden

tadi baru selesai jawab mid sem test untuk Tort..not bad la soalan dia..and jawapan yang aku bagi macam bad je..haha..tak yah la korang tahu soalan dia..bukan korang rajin nak jawab pung!! *tibe2 terengganu* heh'..habisnya exam tadi, maka hilanglah beban aku sebelum cuti raya ni..hoyeah!! haipp Nadia!! jangan lupa pada assignments yang da kedip2 mata suruh dibuat..huhu

lepas raya punya tests and assignments tak nak pandang lagi!! berani la munculkan diri depan aku walau hanya bayangan, aku bom dengan meriam buluh! heh'..esok kelas terakhir aku weh sebelum cuti..nak pakai baju kurung la, nak mintak maaf kat semua orang yang lalu lalang..ceh' padahal kat sini memang aku selalu pakai baju krung..ayu gitewww!!

tak sabarnya nak balik..tahun depan sempat lagi ke tak nak bepuasa kat Bukit Kachi ni..sumpah aku boleh kurus macam tiang lampu TNB kalau berpuasa sebulan kat sini..berbuka makan nasi dengan air mineral je..kadang2 aku beli air manis..konon nak menyahut seruan Kementerian Kesihatan, kurangkan pengambilan gula dalam makanan..sahur pun tak, sebelum tidur minum susu dengan telan kismis 7 biji sambil selawat dan usap perut memberi nasihat "sabar eh perut, jangan buat hal, puasa dapat pahala, tuan kau ni da la banyak dosa" ^_^''

macam mana la agaknya puasa kat rumah nanti ya?? pukul 7.15 da on radio..mula la dengar iklan pak mat songkok..aku tak tahu siaran negeri lain ade ka tak, tapi kalau Perak sure ada..tak tahu la pulak tahun ni, sebab aku tak pernah berpuasa kat Perak lagi, mana tahu Pak Mat songkok da arwah ke kan..heh'..pukul 6 mak da sibuk memasak di dapur..aku?? oh aku tengok Jejak Rasul..tambah ilmu..bukan tak nak tolong mak, cuma mak aku lagi suka kalau aku tolong habiskan makanan dia je..

kalau kat rumah, mak masak ikan bilis masak sambal pun slurrrppp habis..kat sini?? makanan tak pernah memenuhi kriteria tekak aku..kalau tak ikutkan rasa lapar, makanan tu mahu jadi hidangan tong sampah..bukan tak bersyukur..da masak sambal pun manis, apa cerita?? loya tekak I tau makan manis2..aku punyalah berinisiatif  kurangkan pengambilan gula dalam makanan..dorang la yang menhancur leburkan niat murni aku..kalau tak fikir mencarut adalah berdosa, tambah2 di bulan yang mulia, depan rezeki pulak tu, da lama aku....hei' malas nak cakap je..heh'..nasib baik esok last aku berbuka kat sini, utk tahun ni maksud aku..lusa sampai raya aku buka puasa bersama keluarga tercinta..auwww! penyayang sungguh rasanya :D

8/27/2010

4 days to go

kalau kat FB aku counting puasa..yang ni aku counting nak balik raya! yeay! 4 hari lagi..cepat la masa berlalu..tapi sebelum tu ada satu test, tort..lusa test nya, tapi aku tak cover 1 chapter pun lagi..haha..semua masuk 6 chapter lebih kurang..matila! matila! haha

tak sabarnya nak berbuka dengan menikmati masakan mak..nak sahur..kat sini aku tak pernah bangun sahur..just sebelum tidur makan kismis dengan minum susu.Alhamdulillah, gastrik aku masih di tahap yang boleh di kawal..yela, kita niat buat benda baik kan..mesti Dia permudahkan segalanya :)

tak de mood la..alahai..biasa la, nama pun perempuan kan..hehe..lagi tak de mood bila fikir nanti kene kemas rumah sebab balik awal sangat! haha..pemalas punya Beron..bertambah tension aku bila kemas rumah dengan budak2 tu..aku kemas, dorang sepahkan..nak marah tak jadi, comel sangat aih perangai dorang yang menyakitkan hati..ok, sila jadi comel supaya tak dimarahi aku..hehe..

I miss those kids, I miss FREMMIN,Atiqah Radzali, I miss my family, my home

8/26/2010

criminal law

alhamdulillah, petang tadi da habis jawab test criminal law..soalan senang gila weh!! betul ni, bukan ayat sarcastic..direct question bukan problematic question..soalan je senang, nak jawabnya susah!! haha..kalau bab akademik ni, mana pernah senang bagi Nadia Roslan..tambah2 law, banyaknya kene ingat aih!! statutes, cases, definition, acts, sections..semua la..nama case tak nak susah2 pulak kan..aku asyik tertukar nama je, defendant case ni jadi defendant kes lain..haha

tapi belajar criminal best..boleh try buat nanti, kata kena aplikasikan :D..newspaper hari ni ada kes bapak sembelih anak..astagfirullahalazim..bila baca rasa macam kejam sangat..tapi bile tau bapak dia ada mental problem background, nak buat macam mana kan..kalau ikutkan kes ni jatuh bawah defence of insanity..section 84 of Penal Code..cewahh!! gitewww!!..dengar cerita section tu je aku hafal..hahahaha..tapi ada certain cases yang bagi aku judgement dia tak adil..tapi tak nak discuss kat sini, karang baru aku masuk ISA..hehe


weeeiiii!! selasa depan aku balik weii...raya! raya! o kah ke hena..bus pukul 10.30pg..sampai paling cikai pukul 4petang..shopping2, berbuka dengan family, balik rumah!! hoyeah!! can't wait for that moment :)..

psstt, cik yani, HEPI BEFDAY :D


8/24/2010

kahwin muda

weh! weh! jangan gelabah, jangan gelabah..bukan aku yang ak kahwin..just nak bagi pendapat :)..aku tengok sekarang ni da jadi trend zaman P. Ramlee balik, yang ramai orang kahwin muda..tak de la muda sangat, kiranya dalam 22 da dapat anak seorang..muda la tu kan?? aku rasa time aku umur 22, aku baru nak belajar masak kot!! haha..

kahwin muda ni banyak factors yang kene ambil kira..paling penting bagi aku, EKONOMI..selagi ekonomi tak kukuh, nak intai kad kahwin pun aku tak berani..sekarang duit sangat perlu!!..dengan cinta tak boleh beli beras 15kg, dengan muka yang handsome pun tak boleh nak sediakan sebijik rumah flat..so sapa yang nak kahwin muda ni sila la cari laki yang ade 2.5 juta dalam bank luar negara..haha..bagi aku, tak cukup sumber kewangan la boleh buat sampai cerai berai..aku tak nafikan, kahwin muda ni sungguh stylo..aku pun suka tengok, muda2 da ada anak..so sweet..nanti anak da remaja  boleh jadi kawan baik kau, kiranya tak de gap sangat lah

faktor ke 2 aku rasa TANGGUNGJAWAB..susah nak cari laki yang umur 20 tapi da penuh dengan ciri2 bapak mithali..laki kan di ibaratkan lambat matang 5 tahun..kalau ikutkan umur 20 tu, maknanya pemikiran dia baru macam orang berumur 15 tahun..alolo comelnya bercinta dengan budak form 3, da macam adik2 :D..aku tak kata semua, tapi ada la..kan? kan? :)..so kalau tak bertanggungjawab tu memang susah la..malam2 still nak lepak ngan kawan2 kat mamak..bukan tak bagi lepak..tapi kau kene ingat yang kau ada tanggungjawab yang lagi besar kat rumah..kalau hari2 nak lepak, baik kau kahwin dengan mamak tu..ye tak? ;)

tapi ada kebaikan kahwin muda ni..ELAK MAKSIAT..ni obviously la kan..bagus la kahwin muda kalau nak elak maksiat..tambah2 kalau kau da jumpa laki kacak bergaya dan paling penting dia ada gaji tetap setiap bulan..ha apa lagi?? kahwin lah!! haha..gaji bukan 10k pun takpe, janji ada tempat tinggal, makan cukup, ada transport, kancil pun jadi..biar hidup bersederhana, asal bahagia :D

mak aku da warning, habis belajar baru boleh kahwin..hahaha..aku pun tak berani nak kahwin awal2..aku ni da la tak berapa nak matang..karang mau aku meraung sebab tak reti buat breakfast untuk suami..haha..biarlah enjoy dulu dengan kawan2..lepas kahwin da ada tanggungjwab lain..yela, lepas kahwin tak kan aku nak overnight lagi dengan girlfriends aku kot, mahu laki aku cari lain!!.

8/23/2010

penjenayah PhD

rabu ni aku ada test criminal law..best belajar bab2 jenayah ni, macam enjoy je..punya la feeling sampai rasa nak buat jenayah..haha..tak la, memain je..

zaman sekarang ni orang jahat ada kat mana2 je..tak caya cuba selongkar tong sampah, ha ada la sekor dalam tu, dorang kan sampah masyarakat ;)..guna sekor sebab mereka tak layak digelar seorang!!..tapi penjenayah sekarang uuiii kauuu, bijak2 belaka..kau ingat jadi lecturer je kene ada PhD, jadi penjenayah pun kene ada tau sekarang, kata mengikut arus globalisasi..ada je idea bernas dorang kalau nak buat jahat, kreatif dan inovatif betul otaknya..berkompromi ngan syaiton la tu!!

macam2 tricks dorang buat..baru2 ni aku dengar cerita, orang jahat ni baling telur kat cermin depan kereta..so kepada perempuan2 di luar sana, jangan panik terus nak wipe, nanti lagi kau tak nampak depan!! so bila ko tak nampak, kau akan berhenti tepi jalan, ye la tak kan nak gamble terus drive, nak masuk bawah lori?? time korang berhenti tu la orang jahat tu akan serang..cool2 dulu, berhenti kat tempat ramai orang..tengah2 pasar malam ke, depan pintu masuk Hotel Istana ke, kat balai polis daerah lebih afdhal aku rasa..

lagi satu, jangan drive sorang2..kau tu da la perempuan, dalam kereta tak de M-16, pastu ada hati nak drive kat tempat sunyi sorang2..memang saja nak masuk muka depan Metro la tu..ceh! aku nasihat orang da macam Ketua Polis daerah Kuala Kangsar pulak..tu aku gertak diri sendiri jugak tu..aku kan mulia, suka bersangka baik..India mabuk ketuk tingkap kereta pun aku boleh pergi bukak..very the clever anak en. Roslan ni!! en. ayah dengan en. sayangg tahu, mampus lesen aku kena tarik..huhu..nasib baik tak jadi apa2..bukan apa, kadang2 benda tu involuntary action!! tak dapat berfikir ngan rasional..kadang2 spontan je tangan aku tekan button window tu, rasa macam polis yang ketuk, padahal entah sape2..eh polis pun tak boleh caya sekarang ni Beron oi!!

dunia luar sekarang amat menakutkan..nak ambil register letter dari postman pun da ketar2 lutut..nak buka pintu untuk pembanci pun fikir 28 kali..nak pergi raya rumah jiran pun rasa nak mintak duit raya..ok tak de kena mengena!!..tapi aku manusia yang tak suka fikir negative..dalam semua hal pun..aku berani je nak pergi mana2 sorang2..aku pernah je gamble kat KL tu sorang2..susah jugak kalau terlampau optimis ni..aku rasa macam semua manusia berhati malaikat, berperikemanusiaan, yang tak kan melaknat sesama sendiri..tapi aku lupa yang aku sorang je yang masih penuh dengan sifat2 mahmudah..haha..ok2 tak, korang pun baik..orang baik je akan baca blog aku..hehe *ayat bodek baik punya*

aku selalu ingatkan diri aku 'jangan percaya kat orang walaupun muka dia suci macam Nadia Roslan' *eleh nak google la tu sapa Nadia Roslan*..'jangan bersangka baik dengan orang walaupun dia lilit serban 10 kali atas kepala'..bukan nak menuduh, cuma tak nak percaya dan bersangka baik kat strangers..bahaya ooo!! aku da la tak kahwin lagi..kalau tak kahwin, macam mana Umar Rayyan aku nak keluar!! hahhaaha

8/21/2010

buffet MaiCafe

tadi aku and the Siblings pergi berbuka kat MaiCafe Perlis..siapa students Perlis tak pernah berbuka kat sana, baik pergi belajar kat Singapore la! haha..kitorang amik buffet..1 kepala RM17..nasib baik tak ukur lilit kepala, kalau tak aku paling mahal kene bayar -_-''

out of 5 stars, aku boleh bg 4 bintang la..makanan tak banyak choice sangat!! tapi hui mak ko..sodap aih!!..air ada 3 jenis, strawberry, sarsi and sky juice..lauk ada la beberapa jenis..yang aku makan nasi, pari masak gulai asam, paru pedas dengan sayur apa ntah..lupe nak amek pic, lapar sangat time tu..haha

lepas tu desert dia not bad..ada puding, kuih muih, buah, rojak, bubur, roti, salad..ha amek ko!! makan la sampai tertonggeng-tonggeng..seriusly, berbaloi-baloi la dengan harga dia..aku da try upload pics tapi tak boleh!! malas aku nak tunggu da..tak de rezeki korang nak tengok pics aku yang vogue maknan yang marvelous!! :))

sila la pergi ke sana untuk IFTAR..sedap la word iftar ni..letak as nama anak boleh? ;)

duit mengalir ibarat paip air bocor

gila lah sumber kewangan aku sekarang merudum ke tahap paling muflis..lagi 0.01% boleh diisytiharkan bankrupt!! matila! matila! lepas ni makan nasi putih dengan ikan goreng share2 beli dengan kucing -_-''..baru bulan 8 hoi hoi! ada lagi 3 bulan kat sini..mana nak cekau duit??

aku ni anak mithali..ade segumpal perasaan malu nak mintak duit kat mak ayah walaupun aku ni bawah tanggungjawab dorang..hehe..pernah tak korang rasa macam tu?? rase gelabah nak buat intro ayat nak mintak duit..kalau call sambil cakap nak mintak duit tu memang aku sorok muka dalam selimut..poyo kan?? konon macam 3G ngan mak aku je kan

ayat mula pun mesti macam aku la anak paling solehah dalam dunia ni..tone suara pun antara dengar ngan tak je..hangguk btoi!! bukan diri aku la weh..sebab tu bila agak2 da tak de duit, seminggu sebelum duit habis aku da bina ayat paling power dalam otak macam mana nak mintak duit..padahal normal la kan manusia menketedarah macam aku ni guna RM 100 seminggu?? tapi aku tak tahu la kenapa aku malu sangat nak mintak!! sebelum call aku rasa nak buat solat hajat, biar mak aku yang tanya aku ada duit ke tak, bukan aku yang mintak..hehe

pernah sekali tu, aku tak makan 3 hari sebab tak de duit, nak mintak mak malu..lagi satu masalah aku, aku sangat la tak selesa nak pinjam duit orang..kalau pinjam pukul 2, pukul 2.05 rasa nak pulangkan, tak tenteram la hidup aku berhutang ni haih..en. sayangg marah gak la time tu..malu tak bertempat..hehe

dengan ekonomi sekarang ni lagi la..hayyooo!! masuk toilet pun boleh cecah 50sen..dulu 50sen boleh beli air, sekarang 50sen untuk buang air..gilo apo!!..nasib baik masuk surau kat shopping complex tak payah bayar, kalau tak mahu aku solat kat tengah2 shopping complex tu..huhu..

tadi melayang lagi duit aku, dekat rm50 juga lah..bayar duit ko-k..ntah ape2..pergi Kuala Nerang je pun, bayar macam aku pergi KL..da la die yang nak buatkan aktiviti untuk kita, patutnya dia la sponsor kan?? pastu nak paksa2 pulak..very the loser!!

hai nasib baiklah aku single lagi, erk' maksud aku takde tanggungan..tak payah fikir duit susu pampers anak, duit bil elektrik air astro bagai..fikir perut sendiri je..tu pun sampai gastrik2 sebab tak jaga makan!! perut sendiri pun tak reti jaga la ko Beron!!

8/20/2010

let's blend it together

hari ni tak de spesifik benda nak cerita pun , just bosan and rasa nak menype..hari ni da hari ke 6 aku puasa, eh ye ke? hehe..sampai saat ketika waktu ini aku still tak dapat nak berbuka dengan masakan mak sendiri, asyik berbuka dengan masakan mak orang je (orang bazar / kedai makan)..tak sabar nak Merdeka..tahun ni jiwa patriotik sangat menyerap dalam diri aku..tak pernah dibuatnya aku tak sabar nak Merdeka..Tunku Abdul Rahman baca ni, nangis dia..tak sabar sebab hari tu aku BALIK RAYA..yeay!! ^_^..nak shopping kasut raya dengan baju raya..hehe..eh bukan da beli ke?? oh itu pre-raya je..mak aku baca ni, mampus!! haha..

*_*_*_*_*_*_*

aku suke baca blog orang lain..pasal hidup dorang, kadang2 aku kagum, kadang2 aku kesian, kadang2 aku kutip kekuatan hidup dari dorang..blog lawak pun aku suka, cth dalam list 'lagi merapu dari kerapu' kat side bar aku ni..tapi paling aku suka tengok gambar2 yang cantik..sama ada pemandangan, gambar owner tu sendiri or gambar anak2 dorang..kalau korang perasan, kat side bar aku ni ada link hot momma!! sumpah aku sangat teruja tengok pic anak2 dorang..comel owh!! kecik montel nakal sweet!! alololo rasa nak gigit2..aku memang suka budak2..budak2 yang kalau dia ketuk kepala aku dengan sikat pun aku boleh gelak lagi..selalunye aku sangat berkompromi dengan budak2 yang umur 6 bulan - 3 tahun..seronoknya la hai layan dorang :)

sampai aku terfikir, if one day aku ada anak, when he has reach 3 years old, boleh tak aku nak telan dia balik and keluarkan balik as baby!! haha..tak relistik langsung!! mereka adalah makhluk tuhan yang paling comel weh..sugar glider pun kalah!!..tenang je hati layan dorang tapi kadang2 sakit juga hati di buatnya..oh rindu kanak2 di rumah..paling rindu kat makhluk ni :


hari tu mak dia cerita, baru je lagi jadi, dalam bulan puasa ni jugak..kan semua orang puasa..pagi2 tak de la mak aku buat breakfast, yang tinggal kat rumah yang tak puasa pun budak2 je..rupe2nya tanpa mak aku sedar, dia pergi dapur sorang2, panjat kerusi, buka tudung saji, makan udang goreng lebih sahur sorang2!! haha..lapar gila gayanya..dapat aku bayangkan dengan jalan macam penguin nya, pampers terjojol ke belakangnya..gedik gila!! rasa nak sumbat2 dalam microwave sebab geram gila dengan perangai dia!! comel and gedik nak mampus!! haha..

8/18/2010

quick update - 'wonderful' presentation -_-''

petang tadi baru lepas presentation Criminal Law yang soalan dia sumpah maut!! dan aku bersumpah juga yang presentation tadi macam erk' urm' nak mecarut bulan puasa, ok la macam SUBHANALLAH!! teruk gila..kitorang pun confuse dengan apa yang kitorang present..da rasa macam makhluk tuhan paling seksi bodoh tadi!!

tapi nasib baik lecturer relax and sempoi je..and paling bernasib baik report kene hantar bulan 10..esok lecturer tu ajak dating2 dengan dia, dia nak tolong apa yang patut untuk report..auww!! terharu I =')..much TQ sir Nashran..love you la..nak saya buatkan biskut raya?? oh' baik tak payah kalau tak nak kene keracunan makanan..hee~

ok lah, mahu study!! esok ada business law mid sem test..hulaaaahooopp!! masa depan ni weh!! nanti tak de kerja mana nak cekau duit?? tak de duit macam mana nak beli baju comel2 untuk anak2, hadiah hari jadi laki aku lagi, hadiah hari Ibu mak lagi, hadiah hari Bapa untuk ayah lagi, belanja adik2 kat U lagi, maintenance sport Latio warna merah metallic aku macam mana pulak?? haha..berangan!! 

ok bye! doakan aku jawab dengan jayanya utk test :)

8/15/2010

fuh!! fuh!! woahhhh!!

oxygen!! oxygen!! sangat tercungap rasanya nak sampai ke merdeka day nanti..assignments macam lepas raya da takde kelas..mid sem ada 4 noks!! semua subjek Law pulak tu..ya Allah!! ya Allah..permudahkan segalanya..tak nak la tensi2, tak rock..nanti aku smput..huhu

paling rasa tertekan tertindas didiskriminasi dengan tajuk presentation Selasa ni..mak ko eih, present hari Selasa, hari ni hari Ahad, sumpah 1 bahan pun tak dapat lagi!! susah noks tajuk dia..uwaaaa..kene buat perbezaan private defense kat Malaysia compare dengan Arab Saudi and Pakistan..fuh! fuh!  nak beranak pun tak mengah macam ni aku rasa..eh memandai je hehe

minggu ni ada satu test..ok cool lagi..minggu depan ada 3 test!! berturut-turut pulak tu!! beginilah nasib diriku..huhu..nasib baik fikir bulan puasa je..kalau tak sekarang gak aku pergi Siam, kahwin!! eh tak pepasal..bulan Ramadhan ni patutnya lebih bersabar..Nadia Nadia..ish ish..rajin tak rajinnya aku, time break je bergegas macam lipas pergi library..da macam budak skem je! huh!

jangan rindu aku tau kalau ak lama tak update ;)

8/13/2010

siapa kata stay kat boarding school tak pandai buat kerja??

aku selalu dengar makcik2 kepoci komplain kat budak2 yg duduk asrama "ha tu la dia, apa kerja tak reti buat, duduk asrama lagi" waklu!! ingat anak kau duduk rumah, kau cukup bagus la didik anak kau masak ayam masak pedas??

honestly to say, kitorang yang duduk asrama ni memang la tak berapa nak reti memasak.bukan tak reti langsung ok!! tak berapa reti je..hehe..yela, kitorang duduk sana bukan pergi kelas memasak, kitorang pergi belajar!! ingat aku hingin sangat ke nak duduk asrama 5 tahun!! sebab fikir mak bapak je aku teruskan..heh'

tapi kan, bagi aku la, budak2 duduk asrama ni more independent berbanding dengan budak2 duduk ngan mak ayah..yela, fikir sendiri la, ada akal kan??..kitorang kat asrama basuh baju guna tangan..anak kau mampu?? setakat guna washing machine, adik aku darjah 6 pun pandai..apa2 hal pun semua kene settle sendiri..nak harap mak bapak jauh, nak call barisan kat public phone tak nak macam Thomas & Friends pulak kan..

pendek kata selagi tak tutup mata, kerja! kerja! kerja!..hey jangan ingat anak kau duduk rumah kau boleh didik dia sampai masuk rancangan Gadis Melayu la..dan jangan ingat kitorang yang duduk asrama ni pandai pegang buku je..kitorang belajar Kemahiran Hidup apa kat sekolah

aku bukan apa, kalau benda buruk ni, cepat je nampak..cuba benda baik, tak de pulak nak puji..dasar dengki anak tak dapat masuk asrama la tu!! aku bukan diskriminasi budak sekolah harian..adik aku sekolah biasa je, ok je perangai dia dari aku..tapi tolonglah jangan buat statement "tak guna hantar asrama, bukan pandai mana pun, kerja rumah pun tak pandai buat"..ye aku tau aku bodo, belajar pun tak tinggi mana..tapi tak payah la nak cakap macam tu!! betapa susahnya mak bapak aku nak tanggung aku kat sekolah, kau rasa ke??

kalau aku tak pandai buat kerja rumah pun, macam aku nak kahwin ngn anak kau, tak payah risau la makcik oi!! anak kau duduk sekolah harian tu, tak bermakna lagi bagus dari aku..dia merokok kat station bus, ada kau tahu?? dia lompat pagar sekolah, ada kau tahu?? die menggedik dengan laki after kelas, kau tahu tak??..heh'..setakat kerja seorang isteri dengan anak sorang tu insyaAllah la aku boleh settle kan lagi la..tak payah risau la pasal aku, mind ur own business..mak aku tahu macam mana nak didik anak2 dia jadi isteri solehah walaupun anak dia duduk asrama!! 

8/11/2010

nak jugak!!

aku jarang nak something tu, aku nak jugakk..eh yeke?? hehe...tapi kali ni aku sangat nak benda ni..sangat macho!! fullaamaaakkkk!! kalau dapat, aku pusing 3 4 kali dari Kuala Kangsar ke Ipoh dalam masa sehari..hayyoo!! angau betul ni..hari tu aku nampak kat sini, warna merah!! sexy, miaaaooww!!

tapi macam mustahil je nak dapat..Malaysia tak de model ni..Thailand je ade..tak kan nak kahwin ngan orang Thailand semata2 nak dapatkan benda ni..tak mampu aku!! please! please! kamu jangan nakal..eh apekah?? tak yah la gila sangat Beron..tu la Malaysia ni, tak de nilai seni dan sastera dalam diri..semua model motor macam motor polis, garang je rupe..tengok motor Thailand, santai je..nak pergi dating naik motor ni baru ade umphhh orang kata..

pesoalannya sekarang, mana aku nak cekau motor ni!! ayyo appa, help me la..


kacak macho dan berstyle kan dia?? kalo aku dapat, aku wrap ngan plastik yang wrap makanan kat shopping mall tu sebelum tidur tiap malam..aku letak dalam bilik time tidur..aku beli 1 botol perfume khas untuk dia, cintai tak cincai, jenama body shop la paling cikai..aku bagi die hirup udara segar tiap petang..aku polished dia selang 45minit..aku bagi die minum susu tiap malam..ok over!!

8/10/2010

cerita sebelum puasa

semua orang berkobar nak makan banyak2 sebelum puasa..macam la puasa tu sebulan tak boleh makan..cuma tak boleh makan tengah hari je..hehe..tapi aku and kawan2, mempunyai semangat waja untuk bersukan..majulah sukan untuk negara! hoyeah!! mimpi ape ntah, tiba2 semalam aku join dorang main badminton you!! da la lama  tak main, terus main tanpa warming up..ha memang syabas la kan..1 badan aku sakit gila, tp puas!! dpt kalahkan Wawa 2-0..haha..tapi sampai sekarang aku tak boleh diri lama2, perut rasa nak meletup..padan muka!! huhu..

minggu lepas aku pergi gym..kau mampu?? haha..aim aku nak rampingkan badan!! aku nak pakai kebaya nyonya ngan heels 4 inch raya nanti..kau jangan wat2 terbeliak biji mata pulak..nak badan 34 26 34..wow!! berangan ko Beron!! haha

kawan2 aku semua balik, tinggal Cha je..yang lain konon berhati mulia nak berbuka puasa pertama ngan mak bapak, ntah puasa ke tak..hehe..semalam hantar dorang pergi station bus..sempat singgah Secret Recipe lagi..ha ni ye MAKAN BESAR!! aku makan black pepper grilled chicken dengan jus apple kasturi..yummy sungguh!!hehe..eh tungguuu dulu, belum habis lagi, sebelum balik aku tapau kek oreo cheese..oh syurga dunia~~..duit ada ke tak, belakang citer..apa guna ayah aku yang manis kan?? huahuahua








tadi hantar Maria pergi airport..konon nak shoot balik UUM sebab ada kelas..tapi disebabkan setan2 tak kene ikat lagi, kitorang singgah KFC atas alasan berbuka sebulan nanti tak nak makan KFC..waklu!! haha..kelas ke mana, apa ke mana..and takde maknenye aku ber exercise selama ni, makan macam naga lapar!! haha

so sebelum cuba untuk memiliki badan yang ideal dalam masa sebulan ni, aku nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua manusia yang berniat nak berpuasa..aku doakan Ramadhan kali ni membawa lebih keberkatan dari yang lepas..ayohhh!! kejar pahala :)

8/07/2010

mari bersorak!! :D

A to the S to the S to the I to the G to the N to the M to the E to the N to the T..hoyeaahhh!! mari kita tepuk tangan ramai2, kita menari sambil langkah kanan kiri, goyang badan goyang kaki, sambil buat assignments yeay yeay! bergembira, bergembiraaaaaaaa~~ :D

waiting list assignment yang sedang kronik sangat lah bertimbun..tapi as doctor pakar sakit jiwa, I think I can handle them by only one night!! hah!! berlagak ko Beron!! tak tidur la malam ni oi!! oi!!..takpe, demi masa depan, akan ku gagahkan juga..setiap baris ayat asignment, tak kira la plagiarism ke tak ke, but it still need a hard work..tak kira la tak tidur malam pun, kene juga buat!! bukan boleh main2 hoi, markah tu..menentukan aku boleh grad on time ke tak..waaaa!!

lepas maghrib aku sambung, sekarang mari merepek..eh2, aku da bagitau ke aku punya tiket balik raya time merdeka?? memang merdeka sungguh la!! da bertungkus lumus berlemuih buat assignments, tak kan nak ponteng kelas 2 hari pun tak boleh, ye tak?? aisshhh!! lecturers pun nak balik awal, aku tahu lah!! hehe

sorry, something sad cross my mind right now..sampai sini je aku boleh merepek..till we meet again..doakan aku kuat =')

dugaan mematangkan kita

cewahhh!! tajuk ni, kalo A. Samad Said baca sure sebak la dia..sangat adult orang kata..begitu puitis, menusuk kalbu sasterawan indie, mempunyai nilai2 estetika yang mendalam..pergh!! hangguk lu Nadia, tajuk biasa je kot..sekali sekala syok sendiri, layan jugak :D

tapi serius, bulan ni sangat lah menguji tahap keimanan aku..menguji aku untuk terima setiap dugaan dengan senyuman..senyum Nadia, senyum!! :) ok tak payah kalau fake!! dengan dugaan ni lah buat aku rasa macam wanita sikit..erk' maksud aku, aku da faham betapa peritnya satu perpisahan tu, betapa sadisnya menerima hakikat orang yang kita sayang sedang menderita..kau ingat kalau aku 6 tahun, yang masih main basikal roda tayar 3, aku akan concern ke pasal semua ni?? idaknyeee..

dengan dugaan jugaklah buat kan diri kita dekat dengan Tuhan..ha tu la manusia, time susah baru nak ingat Tuhan..huhu..tak, maksud aku, bila kita da penat nak mengadu masalah kat kawan2, kat family, Tuhan je la tempat utama kita mengadu..walaupun tak dapat direct feed back, tapi insyaAllah ketenangan tu kita akan dapat :)

sehari sebelum arwah tok meninggal

kurus kan?? sangat kot!! alahai, rasa nak sedekah lemak2 aku kat dia..tapi apa boleh buat, Allah lagi sayang dia dari aku, dia milik Allah..tok bersemadilah dengan aman..Nadia akan menyusul kemudian, ada rezeki kita jumpa kat sana ye, Nadia nak cium pipi tok banyak2 kali..Nadia janji, ni kali terakhir Nadia nangis..tok mesti tak suka tengok cucu tok yang cun ni nangis2 kan?? *sempat lagi nak perasan*..raya nanti Nadia cuba tak nangis demi pah..Nadia kan cucu sulung yang paling cool..uhuk'

notesasukehati : harap semuanya berjalan lancar lepas ni :)

8/03/2010

kehilangannya memeritkan, perginya takkan kembali ='(

semalam aku and kawan2 ada sikit perbincangan HOT kat court tennis..tiba2 aku dapat notification dari celcom yang bagitau adik call, semalam line celcom memang mcm s***!!..aku da tak sedap hati..kalau adik aku call after mid night, mesti ada benda yang tak aik jadi..then I called her back..

and when she picked up the phone, I heard she was crying..aku da gelabah, tapi dalam hati aku da 'ya Allah, tok!!'..betul jangkaan aku, tok aku dah dijemput Ilahi, pukul 11.30 malam, 2 ogos 2010..ya Allah..aku just boleh menangis and sedekahkan al-Fatihah time tu..

paling aku terkilan, aku tak dapat balik untuk bagi penghormatan akhir untuk arwah..kalau aku balik pun, tak sempat..mak pesan 'Nadia doakanlah dari jauh'..aku cuba tak menangis bila mak call, and Alhamdulillah aku boleh tahan..aku tak nak mak aku bertambah sedih, dia lagi terasa sebab tu bapak dia..

tok la satu2 nya tok aku yang tinggal..now I have no more..tok aku side ayah meninggal time aku 4 tahun..so selama ni, dia lah tempat seorang cucu nak bermanja..sebak bila teringat, macam mana dia tak kan lepaskan tangan aku bila aku bersalam dengan dia..bila dia suruh aku cium  pipi dia..bila dia marah kalau cucu2 dia bising time dia tengok tv..oh kenangan!! =')

raya kali ni da takde dia duduk kat kerusi menunggu giliran anak2 nak minta maaf..da takde menu dia akan sediakan untuk berbuka puasa..da tak de kuah sardin pekat untuk di makan dengan capatti yang sangat marvellous, nenek aku pun tak boleh lawan dia buat..everything will change..mesti sayu tengok kerusi malas dia nanti, tengok ubat2 dia kat dapur, tengok tongkat dia..ya Allah kuatkan hati aku ='(

tok, amanlah di sana..kami di sini, sentiasa mendoakan kesejahteraan tok..moga tok ditempatkan di sisi orang2 yang beriman..al-Fatihah

tok, Nadia sayangg tok =')

notesasukehati : first time aku buat entri yang aku tak berhenti menangis ='(