”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/26/2011

Walaupun mak ayah da takde, pulanglah ke kampung untuk berhari raya

Rata-rata manusia aku tengok, kalau mak ayah da meninggal, adik beradik time raya mesti buat hal masing2. Macam tak ada bond, macam tak kongsi mak ayah. Why not once a year, gather together and celebrates Hari Raya peacefully? Just once a year. Kalau tak nak balik kampung pun, gilir2 la, tahun ni raya rumah Along, tahun depan Angah, then adik, pastu rotate balik. Definisi raya bukan beraya bersama ketika mak bapak ada je. Time raya ni la nak mengeratkan silaturahim. Kalau raya pun tak jumpa, macam mana anak2 nak kenal sepupu sendiri? Terngorat sepupu sendiri karang! Haaa hahaha

Aku respek adik beradik ayah aku, semuanya 12 orang. Last beraya dengan arwah tok tahun 1993, last raya dengan arwah pah tahun 1996. Tapi sampai 2010 pun still semua akan berkumpul. Bond tu yang aku respek, tak buat hal masing2 walaupun masing2 da ada keluarga sendiri. Kalau arwah tok and pah tahu, mesti dorang bangga =')

Macam2 aktiviti kitorang buat time berkumpul. Bergosip adalah agenda utama! ;D. Kadang2 sewa court badminton or futsal, beriadah sama2 :). Kadang2 buat bbq, tak pun bakar satay je. Cousins aku ada 29 and still counting, anak saudara baru sorang, makcik and pakcik ipar 11. Can you imagine betapa meriahnya bila berkumpul sama2, hiruk pikuk sana sini. Suara aku je da mewakilkan 10 orang =P

So bila time hari raya, janganlah buat hal masing2, sedih ohh. Lain la kalau kau dengan isteri memang anak tunggal, both parents pun anak tunggal so memang takde makcik pakcik untuk diziarahi. Yang tu, sila la pergi bercuti ke London, raya dengan angsa putih =P

siblings ayah bersama arwah pah. Gambar terakhir raya dengan arwah pah
oh budak laki tu cousin aku yang jakun tak pernah tengok camera =P

with cousins. Cousin aku yang pegang baby tu da ada anak pun sekarang :D
Oh nenek aku Cina, tok aku India, tu sampai kat cucu ada macam2 warna =P

ni aktiviti baru. Kalau berkumpul masak kat luar rumah.
tapi sekarang kawasan ni da takde, makcik aku da bina rumah dia
sekarang kitorang beli meja and kerusi kenduri
balik ramai2, makan kat luar
tak bersepah dalam rumah
tak kuasa aku nak kemas! haha
makan pun dalam pinggan polistren, tak kuasa aku nak basuhkan utk 50++ mulut =P haha

2 comments:

  1. wah meriahnya kan raya kalau adik berdaik ramai! hehe :)
    selamat hari raya in advance nadia! :)

    ReplyDelete
  2. haah heee
    slmt hari raya jugkk tqahh ;)

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!