”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/04/2012

cinta vs dadah

Aku pernah baca artikel dekat SaifulIslam pasal benda ni. Dalam tu writer dia bagitau yang ada satu kajian membuktikan mental state orang yang sedang dilamun cinta dengan orang yang tengah high kokain adalah sama! Wauuu! What an interesting finding!

Its not about the person, its about how the person make you feel. Macam dadah la, bukan serbuk tu yang kau gilakan sangat, yang kau ketagihkan effect rasa dadah tu kat diri (tak tahu la pulak aku rasa dia). Patutlah dalam bercinta kadang2 muka pasangan macam pecah rumah pun perempuan tercantik kat dunia tetap terima dengan redha. Kalau kau dapat buat orang tu jatuh cinta dengan kau, muka kau macam mana pun dia tak kisah sebab bukan paras rupa yang jadi ukuran, tapi how you make his/her feel.

Da kenapa aku melalut pasal cinta dengan dadah pulak ni? haha Taklah, lepas aku baca artikel tu, aku rasa hasil kajian tu menarik. Betapa teruknya penangan cinta, sama taraf dengan penagih dadah. Nasib baik takde pusat serenti untuk penagih cinta, kalau tak mahu tiap daerah ada cawangan. Auwww

Patutlah time bercinta ada setengah orang jadi sengal, blur, IQ zero. Macam dalam state yang tak sedar, macam penagih dadah la, tengah high tu mata stim je, apa dia cakap pun orang tak faham, macam hidup dalam dunia ciptaan sendiri.

Sebab ni la kot Islam tak benarkan bercinta sebelum kahwin, takut kita tak boleh control diri kita huhu. Nak cakap lebih pun, aku pun pernah bercinta sebelum ni. Honestly say, aku rasa kajian ni betul. Learn from experiences kan. 

Aku bagi contoh la, bukan contoh orang lain, contoh aku sendiri. Dulu time bercinta, aku kurang masa dengan family. Bukan la aku tak balik rumah ke apa ke, homesick tu tetap sebati dalam diri aku :P Tapi time bercinta, memang lepak dengan family tapi perhatian terpesong. Mana nak balas message lagi, kadang2 nak jawab call la apa la. Then kalau gaduh pulak mood effect sekali dengan orang lain, what a bodoh mental type! Masa dengan family terhad. Kita ada dengan dorang tapi macam takde. Bullngek!

Perbezaan yang ketara aku rasa bila aku da single. Seriously. My full attention is on my family. Nikmat lebih bila kita takde apa2 komitmen lain selain family.  Sembang2, bergurau-senda, handphone entah ke mana. Dulu jaga handphone takut buat gaduh kalau message tak berbalas. Cukuplah da merasa jadi bodoh, nak jadi pandai cerdik pintar solehah dan serba boleh pulak ;p

So I think enough is enough. Cukuplah aku rasa masa aku terbuang dengan sia2. Sebelum aku kahwin, ada benda lain yang patut aku hargai lebih. Sebelum kahwin la nak curahkan sepenuh masa dengan family and kawan2. Jangan menyesal di kemudian hari sudah, masa tak boleh patah balik huhu. 

So siapa2 nak kahwin dengan aku, pergi bercinta dengan mak ayah aku dulu kah kah kah

2 comments:

  1. haha,,its true,,mse single hp ntah ke mana,,nk tdo baru carik keliling umah,,but still,,family first,,perhatian dan konsentrasi utk mereka,,tp jgn menolak cinta klu ia datang,,hehe :)

    ReplyDelete
  2. haha thats may fault :P
    eh x menolak, cuma beleum tiba masanye hehe

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!