”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/31/2012

Holiday is cuti you know?

Definisi cuti bagi aku, adalah CUTI. Bukan isteri Cumi yang nama Yati, yang kitorang panggil Cuti. Nama dia selalu menimbulkan ke-confius-an dalam perbualan seharian.

Contohnya 'Cuti, cuti cuti berapa hari?' Faham tak struktur ayat aku? Tak faham tak mengapa, orang yang dapat ujian IQ 165 je mungkin boleh faham. Lebih enak jika dia digelar cucur aku rasa. Walaupaun takde kena mengena dengan nama dia. Cucur mana yang tak enak oi?

Oh kembali kepada cuti. Bagi aku cuti, adalah cuti. Kenapa macam bangang sangat ayat tu. Maknanya kalau aku tengah cuti, janganlah bagi aku assignments suruh buat, or buku suruh study. Memang aku akan murka serta merta. Faham tak aku tengah cuti? Apa ke cerita time cuti suruh aku angkut buku ke sana sini, lebih baik Perdana Menteri tak payah bagi cuti. Perdana Menteri kan yang bagi cuti kat kita?

Dua hari lepas aku dapat emel soalan test untuk test Professional Practice 7hb Nov ni. Mesti terdetik dalam hati korang 'apa barang test dapat soalan dulu!' Kan? Kan? Hah tak payah nak kelentong, aku dapat baca hati iri hati korang. Ngeh.

Aku bukak je email, aku tengok nombor soalan yang tertera, terus aku sign out. Begitulah peribadi pelajar berwawasan seperti aku. Dan sampai sekarang aku tak tahu rupa soalan2 tu. Adakah se-handsome Adi Putra? Adakah segagah Aaron Aziz? Adakah seayu Rita Rudaini? Secomel Nadia Roslan? Ataupun sehodoh Opera Cina?

Aku tak nak ambil tahu sebab walaupun aku ambil tahu, aku tak kan ambil tahu. Haha. Dapat soalan pun, serupa tak dapat soalan. Lecturer tu pernah suruh baca artikel Prof. Syeridan tahun 1988. Amboi, tu zaman batu tu Sir, bahasa sanskrit agaknya dia guna, mana saya faham kah kah kah.

Aku test 7hb, tapi aku nak balik 6hb. Persoalannya sekarang, bila aku nak study? Persoalan yang aku taknak jawapan, korang simpan je la dalam hati kiki.

10/29/2012

Hotel Transylvania

Tadi aku teman Ros settle kan hal lesen dia, hari tu kan beg dia kena ragut. Nasib baik procedure dia senang. Ada setengah tempat, procedure merapu dan lombap!

Then kitorang pergi JJ, melantak dulu. Lepas solat, masuk wayang tengok cerita Hotel Transylvania. Akhirnya berkesempatan jugak tengok cerita ni. 

Hahahaha. Hahahaha. Nak gelak lagi boleh? Hahaha. Eh stop please, annoying! Tapi cerita dia memang kelakar. You must watch. Tapi macam nak habis show da je.

Cerita macam ni la kena dengan jiwa aku, boleh hilangkan stress, memberi tenaga kepada organ dalaman, membaiki aliran darah. Ha kan banyak kelebihan tengok cartoon ni, sebab banyak ketawa HAHA

Cerita dia pasal bapak dracula yang terlampau jaga keselamatan anak dia, tak bagi anak dia ke dunia manusia, sebab manusia jahat katanya. Tiba2 ada manusia sesat dalam istana dia, ha kecoh la. Hahaha (tekan perut). Korang tengok sendiri lah, nak tergelak aku cerita kiki.


10/28/2012

Best (Boy) Friends

Aku tak ramai kawan, kawan rapat maksud aku. Setakat kawan Hi Hoi Woi Weh tu ramai la. And mostly my best friends are girls. Senang kawan baik perempuan ni, banyak aktiviti gila2 boleh buat sama2. Kalau dengan laki terbatas sikit. Dulu yela jahiliah sikit, tak kisah nak hoha hoha sama2.. Sekarang malu la jugak. Hewhewhew

Dulu aku ada la 4 5 orang kawan baik laki (sekarang da makin jauh haha). Tapi ada sorang dua je aku banyak kongsi cerita. Tapi aku jenis tak contact dorang dulu especially kalau dorang da ada girlfriend or future girlfriend. Aku tak tahu kenapa aku 'berat' sikit nak initiate conversation. Aku rasa aku tak patut 'kacau' orang punya walaupun  he used to be my best friend.

Tapi sekali dia called, ha amek kau, sejam aku merepek dengan dia.

'Kau memang takkan contact aku dulu kan Nad', ujar seorang sahabat

'Hahaha tak la, malas la, nanti apa pulak awek kau kata'

'Dia ok je la, korang kan pernah jumpa'

Ha lagi satu, aku suke kawan dengan girlfriend kawan aku, supaya tak timbul salah faham, syak wasangka. Walaupun girlfriend memang ok, tapi deep inside my heart, I know I must limit the relationship. Hati perempuan kan. Insecure level tinggi memuncak ke lapisan langit pertama haha.

Tapi aku pernah jadi punca kawan laki aku gaduh dengan awek dia. Perghh bersalah gila rasa. Aku tak tahu la awek dia sengaja ke apa, tapi time tu number kawan aku tu call aku berapa kali, aku angkat, sekali dengar dorang gaduh je. Yang ni aku tak kenal awek dia huhu. Aku rasa memang on purpose perempuan tu nak bagi tau aku yang aku punca segalanya. Rasa macam orang ketiga pulak kah kah kah

Then malam tu aku terus message kawan aku, cakap kalau awek dia tak bagi kawan dengan aku, tak payah la. Aku chill je, ramai lagi kawan aku haha. Tapi dia nak jugak kawan dengan aku -_-''. Lantak kau la labu, awek kau serang aku, siap kau!

Lepas benda tu lagi aku fobia nak kawan dengan boyfriend orang, ha fobia terus kau haha. 

Lantak la dorang nak kata aku sombong ke apa, janji aku tak jadi punca. Ye dak?

Tapi selalunya dorang cari aku time ada masalah je (amboi2, ambil kesempatan haha), walaupun dorang tak cerita masalah tu.

'Kau boleh buat aku gelak Nad' Ha aku tau la, mesti tengah ada masalah ni.

Even though, I never initiate the conversation, but please know that I always have ears for you guys! :)




10/27/2012

Aidiladha 2012

Aidiladha dalam keluarga aku disambut tak semeriah Aidilfitri. Aidilfitri mungkin sebab kita puasa, tu yang seronok sikit nak sambut. Time pergi haji nanti kot aku akan rasa kemeriahan Aidiladha, insyaAllah.

Time raya haji pun aku tak pakai baju kurung ke baju moden ke, baju pahang ke, kebaya ke. Pakai tshirt dan seluar biasa je la. Takde siapa pun datang. Paling tidak pun saudara dekat2 je. Kalau ada orang nak masuk minang, berbaloi la jugak pakai kah kah kah

Tapi tahun ni, pelik sikit. Sehari sebelum raya, preparation keluarga aku buat memang lain dari tahun yang lain, kalah masa nak sambut Aidilfitri. Buat ketupat, rendang, lemang, kuah kacang. Amboi mentang2 tak puasa, boleh minum2 time buat kerja haha. 

Aku syak parents aku, makcik and pakcik aku semua da masuk next phase dalam hidup la. Da datang jiwa tok nenek dalam diri dorang haha. Yela, tok nenek la rajin buat2 benda tu semua. Sabar mak ayah, Nadia calon pun takde lagi haaa haha

aku tolong kemaskan je. Tak reti aku nak belit2 benda ni. Adik beradik ayah 12 orang, 2 orang je pandai anyam ketupat haha

menjadi oh walaupun da berabad tak buat. Oh yang ni aku tolong rasa je hehe

keringkan santan

Pagi raya balik rumah pah. Pah masak laksa, nasi impit, kuah kacang, lontong. Terbaik. Kerja aku dari pagi sampai malam makan je. Alhamdulillah rezeki. Oh aku da capai berat ideal aku, sekarang kena mantain kan je. Tapi raya2 ni naik rasanya hewhewhew.

Malam raya pergi makan Pizza Hut, makan besar lagi. Raya ke-2 pah masak mee hailam. Pun terbaik. Camno nak mantain ni? haha

Aku kalau raya memang tak suka makan daging. Semua makanan berasas kan daging -_-'' Bukan tak bersyukur, tapi tak selera. Last balik rumah masak sardin, goreng telur. Burppp, Alhamdulillah :D



10/24/2012

cuti sem & Sinister

Aku start cuti midsem esok, 25hb, sampai 3 Nov nanti. Tapi sekarang aku da kat rumah, and maybe balik UUM balik 5 Nov ke, 6hb ke HAHA. Suka hati aku je buat cuti sendiri. Kalau adik aku, ponteng 1 kelas pun da risau, gelabah haha

Semalam aku balik dengan Cha. Dari Jitra ke Penang, dalam bus ada 4 orang je. Memang heaven gilos la. Rasa macam orang kaya, sewa private bus. Conquer 2 seat sorang, tidur kikiki. Tapi sampai Penang awal gilos, pukul 12.30tengahari, padahal bus pergi Kuala Kangsar pukul 3.30ptg -_-''

Punya la tak tahu nak buat apa, sampai da nak ke Pulau Pinang, tapi pakcik ferry cakap takut jam kat sana, nanti tak sempat sampai Butterworth balik. Bukan jam atas laut, jam dekat Pulau tu. Eh tak perlu explain pun orang faham kot Nadia haha

Then kitorang tidur je la kat surau. Sampai Kuala pukul 5 petang, ayah ambil. Cha tidur rumah aku. Pagi tadi aku pergi hantar dia kat Medan Gopeng nak balik Seremban.

Tapi sebelum tu sempat tengok wayang. Mula2 nak tengok cerita cartoon, tapi terlepas. Cha ajak tengok cerita Sinister, aku pun on je la. Tapi cerita tu sumpah laaaaa scary gila dengan banyak terkejut. Bayangkan aku da tanggal spek pun, aku tetap tengok cerita tu melalui celah2 jari je hahahaha sungguh penakut comel diri ini kurasakan. Cha konon berani, tapi genggam tangan aku taknak kuat pulak haha.

Cerita dia pasal roh jahat, makan roh budak2. Budak2 tu bila kena 'takluk' dengan roh tu, budak tu akan bunuh semua ahli keluarga dia. Memang kejam la cara bunuh. Bila kitorang keluar je wayang;

Cha, 'Apehal aku kecut perut lagi ni?'

Aku, 'HAHA aku pun weh. Nasib baik adik aku ada balik tidur dengan aku malam ni' -_-''

'Mr. Boogie'

Bus pukul 2.30, pukul 2 baru keluar dari JJ. Memang aku drift la. Sekali da sampai depan Medan Gopeng, jammed pulak sebab orang baru balik lunch hour. Masak kalau terlepas bas. Menangis minah tu bersama-sama lembu yang bakal disembelih nanti haha. Nasib baik bus tu tunggu dia, dia naik je bus terus jalan hehe. Dia bla, adik aku pun sampai dari Klang. Memang terbaik timing yang Allah da aturkan :)

Cha, thank you spend time together. Sorry kalau ada kekurangan layanan hehe. Nanti datang sini lagi, mak aku pun da jemput kan? hehe ;)

Oh da jumpa Arissa dengan Haziq. Mengada dua2 taknak orang, nak umi dorang je. Tapi yang kelakar Arissa, aku dukung dia, then dia nangis. Tapi bila nampak aku pegang makanan, terus cakap 'nyum nyum' HAHA amboi adik, baru 8 bulan selera kalah ayong. Kalau duduk bawah, pegang makanan, tiba2 kau rasa makanan kau ada orang gigit, tengok dorang merangkak datang kat kita, da macam kucing hahahah

Arissa gedik


10/23/2012

Taken 2 & Tasik Jitra

Aku rasa da setengah tahun ada aku tak tengok wayang. Takde masa. Acehh, busy kalah semut cari makan time musim panas. Tudia peribahasa baru bakal dimasukkan dalam Arkib Negara pada November 2013.

Sabtu lepas, aku dengan Cha, Wawa and Dira pergi Alor Star nak tengok wayang. Cha dengan Wawa ajak tengok cerita Sinister, memang tak la weh. Aku memang la tak into sangat cerita2 seram. Bukan penakut, penyeram sikit. Buatnya roomate aku takde kat bilik malam tu, tak kan nak ketuk rumah pengetua tumpang tidur?

Cerita tu best. Aku memang suka cerita2 thriller ni. Cerita pasal anak beranak pergi bercuti kat Istanbul, and orang buru dorang untuk balas dendam sebab si Ayah pernah bunuh suku sakat yang memburu. Tapi yang tak syoknya, nampak benor deme nak tunjuk yang Islam ni terrorist. Yes, pemburu2 tu semua Islam. Siap recited Al-Fatihah, ada yasin, ada azan. 

Aku yang Islam ni pun tengok rasa geram je kat orang2 Islam dalam tu. Jahat benor nye pun. Yang penting apa dorang sampaikan bukan ajaran Islam. Islam tak pernah ajar untuk balas dendam. Yang jahatnya orang, bukan agama. Tapi biasalah omputeh, nak jugak tunjuk Islam terrorist, dan dorang berhati murni bak daisy di pagi hari. Ptuihhh!



Then nak pergi makan Shabu2 dekat Alor Star, konsep restoran macam Seoul Garden, tapi tutup la pulok! Time tu 3.30ptg, dia bukak 4.30ptg. Memang tak la nak tunggu sejam bila perut da lapar tahap kalau panggang paus sekor, habis tang tu jugak. Pastu kitorang decide nak makan Mc'D je.

Dalam pukul 6 pergi Tasik Jitra, budak2 ni nak main paddling. Aku naik dengan Cha, Wawa naik dengan Dira. Punya la kecoh

'Weh macam mana nak control benda ni?'

'Weh nape kita berpusing je ni?'

HAHA. Bila kat tengah2 tasik, tiba2 kitorang dengar bunyi 'Bushhhh'. Rupa2 nya ada laki kayak dia terbalik haha. Eh tak baik gelakkan orang Nadia. Nampak dia angkat tangan, rupanya dia selamatkan handphone dia yang da 'selamat'. Ouchh that's hurts! Touch screen tu, dari jauh nampak macam Samsung S III. Takde rezeki ye bang? Aku dengan Cha tergamam, kawan2 laki tu pun tergamam, then kitorang gelak. Boleh? haha. Da tu tak kan aku nak jadi heroin terjun tarik dia ke darat? Tak kuasa I nyah.

Malam, kitorang pergi makan (makan lagi) dekat kedai kawan Angah Wawa. Terbaik wa cakap lu tomyam dia. Yang spoilnya malam tu bola Kelantan lawan ATM. Tak tenang aku nak makan. Asyik tersedak tomyam sebab terkejut dorang bersorak. Demyuuu!

eh tak perasan pulak kayak terbalik masuk dalam scene haha. Cha cakap dalam ni dia buruk. Kau ingat aku cantik? tudung sengetnya, muka bulat. Tapi kau memang tak senonoh pun haha. Nanti gambar2 kau yang cantik aku upload dalam entry lain ye baby hahaha. *cepat bagi gambar yang kat camera kau! kalau tak aku sebar gambar ni ke seluruh dunia (ugutan)

10/19/2012

untungnya mak dapat suami sesetia ayah

Di satu petang yang hening. Petang ke malam time tu eh? Ok kalau malam; di suatu malam yang indah (you choose, you choose). 

aku : mak Nadia da lama da buang rahim, sebab ada ketumbuhan
kawan : oh sebab tu ke adik beradik Nadia 3 orang je
aku : hmmm, sort of kot, da rezeki banyak tu je hehe
kawan : bila kenanya?
aku : hmmm lama da, time Nadia 14 kot
kawan : oh lamanya. Ayah Nadia tak kahwin lain?
aku : (tersentak). Eh tak, kenapa nak kahwin lain?
kawan : Laki kot Nadia, tak kan tak faham dorang macam mana
aku : Ayah Nadia tak macam tu, dia tak kisah, janji mak sihat. Bila orang question, tak pe ke 3 orang je anak? Tenang dia jawab 'Eh nak berapa lagi, ada orang yang takde anak langsung, da rezeki nak dapat 3 je, lebih dari Alhamdulillah' (sebak)
kawan : baiknyaaaaaaa Ayah Nadia, serius baik. Kalau orang lain, memang buat alasan nak cari lain.

Its not about quantity, its about quality, ewahh kualiti sangat ke kau tu Nadia! haha Ye, aku lah salah sorang dari 3 anak ayah yang bertuah tu. Mungkin bila tengok aku, ayah bersyukur kot anak dia 3 je hahaha. Allah tahu yang terbaik untuk kita, apa yang akan cukupkan kita.

Aku tak prejudis. Aku tahu tak semua lelaki sama dengan apa yang kawan aku describe kan tu. Aku tahu banyak lagi laki macam Ayah. Marriage is about everything, not just only sex, children, it's more to responsible, commitment. Anak, isteri, amanah Allah ye kawan2. 

Aku tak faham fitrah lelaki macam mana sebab aku perempuan. Tapi kalau ayah aku boleh setia, kenapa yang lain tak boleh? 

Masa kat hospital, sebelah katil mak, ada perempuan kena breast cancer. Dia masuk hospital sebab nak gugurkan kandungan, kandungan tu bahayakan dia dan baby. Aku kesian dekat kakak tu. Kalau mak, ayah sentiasa ada kat hospital, kalau bukan waktu melawat, ayah jenguk kat tingkap. Apa mak nak, ayah cari, belikan. Tapi akak tu, suami dia datang semata-mata nak hantar guarantee letter je and campak duit RM10, dan blah! Kuangjarrrr! Perempuan tu tengah mengandungkan anak kau woi! 

Doctor bagi akak tu makan ubat, nak matikan baby and induce baby keluar sendiri, macam mana entah procedure dia. Baby dalam 5 bulan kot time tu. Bila baby keluar, dia hitam (kesan ubat), tapi dia masih bernyawa! Subhanallah. Kelam kabut hospital time tu, sebab time tu pakar kanak2 takde kat situ. Siapa expect dia akan hidup? Tapi waktu tu mak da keluar wad, aku hanya nampak nurses and doctors kelam kabut dalam wad. Tu wad sakit puan kot, mana ada equipment untuk baby. Aku tak tahu penyudah baby tu, tapi mak kata peluang nak hidup memangg tipis, tapi kalau dia pergi, dia baby syurga :')

*****

Ayah lelaki terbaik bagi aku. Dia sanggup buat apa je untuk family dia, and semua dalam family akui benda tu. He is very family man type. Mak pulak sangat memahami ayah, tahu jaga makan pakai ayah, walaupun dorang dua2 punyai watak yang berbeza haha.

Aku sangat hargai pengorbanan ayah kepada mak, pengorbanan mak kepada ayah, pengorbanan dorang kepada kami adik beradik. Hanya satu pinta aku Tuhan, bahagiakan mereka di sini dan di 'sana'. Kekalkan perkahwinan mereke hingga syurgaMu

Aku telefon mak selang sehari. Ayat pertama aku mesti 'tengah buat apa?'. Mak ayah da tau da trademark aku haha. Tadi aku call mak, aku dengar ayah cakap kat belakang 'mesti dia tanya tengah buat apa kan?'. yaAllah, sayangnyaa aku kat dorang ;D

Tunggu Nadia balik hari Selasa nanti. Nadia rindu sangatttttttt kat mak dengan Ayah. :D

Aku berdoa, dapat suami sesetia ayah ;)


10/18/2012

Digam uhukan

Dulu aku ada baik dengan someone. We were once like one, and don't know where were the flaws, we separated into two. Its hurts, at the beginning. Dia macam ni tau, (bayangkan bayangkan); aku dengan dia macam digam uhukan kulit ke kulit. Ada satu tahap, aku harus pergi, dan aku terpaksa pisahkan diri aku, dan tinggalkan kulit aku dekat badan dia. Berdarah-darah aku pergi bersama daging yang tersiat dari kulit, pedih, perit. Tapi lama2 aku dapat kulit baru, cell beranak kan? Haha. 

Walaupun ada kulit baru, aku tak kan pernah lupa yang melekat kat dia tu. Aku tak tahu dia da tanggalkan sisa aku dari badan dia ke belum, tapi aku masih ingat setiap inci yang tertinggal.

Kadang2 aku dengar orang cerita buruk pasal dia. Kadang2 aku pun join sama menyumbang cerita (bad Nadia, bad) T___T. Tapi deep down dalam hati aku 'How could you did that?'. Kadang2 aku rindu dia. Walaupun aku dengar banyak cerita kurang enak pasal dia, tapi ada part enak tentang dia yang aku tahu, dan mungkin orang lain tak nampak.

Bila aku tengok muka dia, aku tahu jauh di sudut hati aku, ada sisa sayang lagi untuk dia. Walaupun aku da lama tak kisah dengan kehadiran dia. Sebab aku tak sedap bila ada orang bercerita pasal dia depan aku, aku rasa bersalah bila aku bercerita pasal dia kat orang. 

Aku tak pernah salahkan dia untuk semua yang terjadi. Salah aku jugak mengundur diri sebelum betulkan keadaan. Makin lama makin jauh, jauhhh, jauhhhhh, jauhhhhhh (effect echo)

Dear you, we now lead two different paths. I'm with mine and you're with yours. Apa2 pun yang pernah terjadi antara kita, aku harap akhirnya kau akan bahagia. Apa pun orang kata pasal kau, kau tetap pernah jadi kawan terbaik aku.

Maafkan aku, maaf.


10/17/2012

Sembang Sorang2 #7

After about 4 years studying in this field, I think I'm still not into it. Just feel like it's not my passion. Remembering fact is really not my expertise. Sometimes, I felt so suffocated with those legal stuffs. Haha matilah kalau lecturers aku baca ni.

Reading is not a big problem to me. But remembering, yes it is. Ahh, da berapa kali aku membebel pasal benda ni. By hook or by crook, this is my world. Just accept it Nadia. Make doa, InsyaAllah you can make it through, smoothly. Maybe you need work harder than the other. This is a challenge for you. Ready to accept it? Of course I'm, cause nothing impossible :)

Actually nak bagitau esok aku ada test Securities Industries Law. Pasal saham, bond, debenture, Bursa Saham, Securities Commission, Companies Commission, stockbroking, stock market. Sound boring? Yes, exactly! haha. 

Sebelum aku menghafal, aku kena faham konsep benda tu. Kalau aku tak faham, memang bye2 la nak hafal. Aku akan imagine how it works dalam kepala otak aku, so senang nak faham. But I don't have  a piece of idea about saham2 ni semua. Yang aku dapat imagine, satu board besar yang penuh dengan nombor zzzzzz, and orang dalam pejabat kelam kabut deal pasal saham. How can it helps? Waaaaa

Dulu bila seniors sebut pasal securities, aku bayangkan keselamatan negara. So takpelah, aku kan patriotik orangnya, mestilah aku nak pertahankan negara hewhewhew. Sekali 'keselamatan' ni rupanya. Memang selamat la akuuu. Haha. 

Wish me luck buddies. ;)

Thanks for being around when I need someone, and thanks for disappear when I don't need someone HAHA

10/15/2012

Ragut dan Hudud

A few days ago, aku terkejut sangat bila baca tweet kawan baik aku, Ros, bagitau dia kena ragut. Aku terus panik, tersentap jantung rasanya. Macam2 persoalan yang aku nak jawapan segera. 

'Dia ok ke?'

'Mana mana boleh kena? Kat mana? Bila?'

Eh tipu je ni kot (sedapkan hati), tapi memang tak sedap sebab aku kenal Ros, dia takkan buat lawak bodoh macam ni. Tapi bila fikir balik dia yang tweet, so aku assume dia ok, mungkin barang je hilang. 

Alhamdulillah, bukan bersyukur Ros kena ragut, but at least, she is fine. Barang2 tu semua boleh beli, duit boleh cari, rezeki Allah bagi, tapi Ros tiada pengganti. Auwww :') (Mesti Ros nangis baca ni haha)

Dia kena ragut time bawa motor, dia letak beg dekat dalam raga. Benda da nak jadikan? Kalau dia silang beg dia ke belakang and orang tarik, lagi worse aku rasa, sebab dia boleh terjatuh :( 

Aku pernah baca dekat somewhere yang bila kita nak tenangkan hati lepas kene curi, kita anggap je dia mencuri sebab terpaksa. Takde duit nak beli susu anak ke, takde duit nak bayar bil hospital mak ke. Memang susah nak bersangka baik, memang susah nak maafkan kesalahan orang kat kita. Tapi apa kita boleh buat pun? Nak paksa polis cari pencuri tu sampai dapat? Non hadooo, ingat senang nak cam? Kalau jumpa nak buat apa pun? Nak belasah sampai mati? Nak suruh dia ganti balik semua yang hilang? Da nama pun pencuri, sah2 dia pokai punya orang. Paling tidak pun masuk penjara, dia rela kot, makan free la katakan.

Memaafkan dan bersangka baik ni mulia. Mulia. Walaupun susah, tapi mulia. Selebihnya biarlah menjadi urusan dia dengan Tuhan.

Setiap yang hilang, Allah akan ganti dengan perkara yang lebih berharga. Mungkin bukan dari segi material, tapi rasa sabar yang tinggi, redha atas segala ketentuanNya, dan peningkatan iman. So which one you choose? Material or spiritual?

Kepada sekalian manusia yang jalan sorang2 ke, bawa motor ke, especially perempuan (tepuk2 bahu sendiri), hati2 la kat luar sana. Banyak syaiton, lembaga hitam dan macam2 anasir jahat. Sebelum keluar rumah baca la apa2 doa, mintak perlindungan pada Yang Maha Melindung. Jangan bawa banyak cash, letak duit dalam poket, tak payah bawa beg yang fancy2 sangat. Kalau aku pencuri, aku lagi cepat tertarik dengan beg2 yang striking colour. Eh? haha

Betul la, hukum hudud memang patut dilaksanakan. Hukum Allah tu, Allah yang suruh tahu? Aku nak cakap lebih pun aku tak expertise dalam bab ni. Karang memandai pulak. Tapi apa yang aku tahu, tak semua jenayah kena hukum hudud. Yang termasuk dalam hukum hudud pun ada syarat2 dia sebelum dihukum, bukan pakai tetak je tangan tu. Semua yang Allah perintahkan, berhikmah. 


Betul apa yang disampaikan. 

10/13/2012

mak ni, nak beli tudung pun tak bagi ke?


ohhhh patutlaaaaa -_-''

slim vs tough

Sekarang ni ramai orang sekeliling aku nak kuruskan badan. Baguslah :D Memang dalam agama kita pun tak bagi berbadan besar, banyak mudarat dari manfaatnya. Tengoklah, Ust. Hasrizal pun gigih berdiet sekarang. Nabi Muhammad saw pun akan berhenti makan sebelum kenyang. Tu tandanya, baginda memang jaga badan, jaga pemakanan. Lagipun terlampau kenyang boleh buat kita jadi malas. Tapi aku time lapar pun malas -_-''

Aku ni takde la kategori besar, tapi takde la kategori kecik molek, sederhana je. Kalau kata nak diet makan tu memang tak, malas makan ye haha. Malas nak bersiap, malas nak turun pergi cafe. Conslusionnya memang pemalas! Tapi kat rumah, haaaa periuk pun aku gigit punya lahap. Yela, semua depan mata hee.

Tapi aku sedar, badan ni kalau tak jaga, esok2 rosak, esok2 boleh gemuk jugak, tulang2 reput. So sekarang ni, petang2 kalau aku takde kelas malam, aku pergilah merajinkan diri jogging pusing tasik. Bukan senang nak merajinkan diri, berat jugak diri ni untuk dipaksa, tapi seret jugak hehe. Satu pusingan, 30minit jugak la. Takde la aku jogging sepanjang waktu, selang seli dengan jalan, rasa penat jalan la kejap, kadang2 aku berhenti buat sit up dekat taman kecik belakang blok aku ni.

Aku akan jalan bila ada laki lari belakang aku, sebab aku nak bagi dia lari depan aku. Sumpah tak selesa lari depan lelaki, tak tahu kenapa huhu. Tapi bila dia lari depan aku, mula la 'ee kurusnya, ee banyaknya bulu kaki, eee besarnya otot'. Dasar mata keranjang! haha. The same reason why I feel discomfort to run in front of man. Kalau ada laki lari bertentangan dengan aku pun, aku akan slow kan sikit larian huehuehue.

Aku banyakkan minum air masak jugak, kurangkan minum manis. Makan kat luar pun kadang2 aku order sky juice je. Tak nak la muda2 kena kencing manis la, potong kaki la, nauzubillah. Selagi Allah bagi diri ni sihat, jaga la elok2, manfaatkan. InsyaAllah.

Ha lagi satu, sekarang aku tengok banyak laki2 yang aku kenal kemain giat nak jadi tough! Wow! Kurus tak handsome ke? Kurus lagi handsome la, boleh buli2, ni badan da macam Malik Nor, orang pun takut dekat haha. Junior aku, dulu kalau dari jauh aku ingat dia tiang bendera, sekarang amboi besarnya otot tangan. Kalau lempang orang, mahu berterabur 26 batang gigi. Kawan sekolah rendah aku pun sorang macam tu. Dulu, aku main ketuk2 je dia tu. Sekarang tengok badan dia rasa nak mintak ampun atas kesalahan lalu haha. Dulu panggil dia Osman Kering, sekarang kena panggil Aaron Azin haha. Kawan aku instructor gym kalau tak silap, hmmm padan la. Siap ada jual susu apa entah untuk besarkan otot. Ada ke suruh aku beli. Kau gila?

Adik aku pun macam nak tough kan diri. Rajin ke gym. Aku guna kuasa veto kakak nak halang dia boleh? haha. Pergi jogging, main bola petang2 sudah la. Pastu tak habis2 tunjuk aku perut dia, kata six pack dia nak nampak da. Bluerghhh! Kerempeng je aku tengok haha.

Tapi aku memang geli sikit tengok laki2 tough ni. Tak tahu kenapa. Hari tu kawan aku tunjuk video clip lagu Call Me Maybe kalau tak silap. Laki dalam tu tak pakai baju, memang la tough! Tapi geli la tengok haha. Jangan nak geli sangat Nadia, yang macam tu kau dapat karang T___T haha. *tadah tangan, berdoa*

*Laa, yang kau kecewa aku tak suka orang tough kenapa? Kau nak tough, buat la. This is my personal  opinion. Physical appearance boleh counting la. Haha. Kau aku tengok ada la potensi nak tough, yang lagi sorang tu hmmmm kalau mula esok, dapat cucu ke-4 kot baru tough! hahahahha

10/12/2012

Happy Graduation Iylia sayang!

Petang selasa lepas, aku dengan kawan2 pergi graduation day kakak kesayangan kami :D Tunggu luar dewan je mampu, kalau dapat masuk pun aku taknak, bohsan pehlis. Lain la turn aku tahun depan huehuehue InsyaAllah, doakan :)

with Iylia's parents. Both uncle and auntie, are just like our parents too :)

with Iylia's boyfriend. Guess which one is him? Takde soalan bodoh lagi ke Nadia? Woot woot. Motif kau nak woot woot boyfriend orang Nadia? Woot woot untuk Iylia. Da berapa kali da jumpa Wan ni, bosan da.   Memang la bosan, da bukan boyfriend kau! haha. Tapi Wan baik, Iylia lagi la baik. *Wan, Iylia, I want Chocolate Daims for my convo tahun depan huehuehue

us. part of me.
*apahal muka aku macam budak baru baligh tu?


Iylia sayang, congratulations!
I'm so proud of you, a lawyer-to-be
Terima kasih jadi kakak yang baik untuk kitorang walaupun you nak anak tunggal, but you really a great sister for us!
Terima kasih sediakan makanan bila kitorang merengek lapar
Terima kasih membebel bila kitorang malas belajar
Terima kasih menjerit bila kitorang nak ponteng kelas
Terima kasih selalu lepak bilik sama2, merepek sama2, karaoke dalam bilik sampai 3 pagi sama2 HAHA
Terima kasih kerana selalu ada
Much gratitude for everything!
We love you so much, I love you so much!
We are not a sisters by blood, but Allah make us to be a sisters by heart.
You'll be missed, so much :)

'Aku takkan mati'


Isnin lepas, budak2 law ada buat mock trial, tajuk: Aku Takkan Mati, adaptasi dari kisah Mona Fendey. Aku bukan committee pun, aku jual kuaci je haha. Gambar atas adalah t-shirt. Mula2 timbul kontroversi jugak dengan headline tshirt tu, tapi faham tak tu tajuk Mock Trial? Mock Trial tu apa? Mock trial tu adalah lakonan olok2, macam mana proceeding in court. 

Pelakon dia, especially yang jadi Mona Fendey tu memang terbaik. Cepat gila emosi dia boleh berubah-ubah. Tengah merintih tiba2 karang dia mengilai. Uishhh, meremang jugak bulu roma aku.

Apa2 pun, the committees did the good job, congrats guys! Ada part lawak, ada part sedih ada part takut, cukup ramuan orang kata tapi as usual, part proceeding memang bosan sikit haha.

before start. Dua kanan orang penting, dua kiri orang jual kuaci haha

semua DIPAKSA membeli sebelum masuk dewan. Adik ni kena paksa tangkap gambar sekali haha

Nadia, Nana and Iylia :)

entah kenapa nak buat muka bangga tak tau

10/11/2012

Part of me is dying


Bila aku baca quote kat atas, rasa tertampar, rasa lari laju2 then terlanggar sliding door, rasa kene gelek dengan kereta kebal, rasa kena tekan kepala dalam air 10minit. Baru tersedar yang selama aku hidup, macam tak ada apa yang achievement yang aku da buat.

Baru tersedar, aku da habiskan 22 tahun dengan sia2. 22 tahun yang telah mati. 22 tahun yang aku tak boleh kutip kembali. Sebahagian usia aku da mati. Mungkin separuh, mungkin 1/3, mungkin 3/4.

Apa lagi kau nak Nadia? Da 22 tahun Allah bagi kau peluang untuk hidup, tak bersyukur-syukur lagi? Ada orang tak sempat merasa kasih sayang mak ayah, ada pulak yang tak sempat merasa dapat kawan2 yang awesome, ada yang tak sempat merasa nak bercinta dengan monyet, tak sempat nak merasa masuk universiti. Kau semua da rasa. So, please Nadia, after this lead your life wisely ok?

Dan aku memang tak boleh buat apa nak betulkan segala. Takdir da terjadi, ni semua qada' dan qadar. Walaupun ada benda yang disesalkan, but somehow I learnt from my mistakes. I hope all these mistakes, make me grow as a better person. Aameen.

Aku harap hari mendatang, aku akan gunakan dengan betul, dengan penuh manfaat. Aku harap masa umur aku 44 tahun nanti (kalau panjang umur), bila aku imbau balik hidup2 aku sekarang, aku akan tersenyum, aku rasa puas, dan bangga cerita kat anak2 (kalau ada rezeki, InsyaAllah).

10/08/2012

nak tanya kenapa, boleh?

Kenapa banyak sangat kerja?
Kenapa aku rasa apa yang aku rasa sekarang?
Kenapa ramai orang tak boleh dipercayai sekarang?
Kenapa ramai lelaki perangai mengada mengalahkan perempuan sekarang?
Kenapa kau datang dalam hidup aku?
Kenapa aku tak tenteram?
Kenapa rasa nak menangis?
Kenapa rasa terbeban?
Kenapa rasa nak balik rumah?
Kenapa malas belajar?
Kenapa kadang2 hati tak ikhlas?
Kenapa susahnya nak nyah kau dari badan aku ni?
Kenapa kau tunjuk perangai tak senonoh kau dekat public?
Kenapa aku kecewa?

Allah, lead me to the answers. Aameen

10/06/2012

Kau tau tak?

Kau tau tak?
Dalam sebulan, ada sekali perempuan akan menangis tanpa sebab walaupun tengah tengok Jerry pelangkung kepala Tom dengan periuk

Kau tau tak?
Dalam sebulan, bila sampai harinya, ada perempuan yang tak reti nak senyum. Jangan bergurau bukan2 time tu, ada masuk hospital makan terompah karang

Kau tau tak? 
Dalam sebulan, ada sedetik perempuan akan rasa menyampah dekat orang yang dia sayang

Kau tau tak?
Dalam sebulan, kadang2 perempuan tunggu orang yang dia tak suka untuk contact dia

Kau tau tak?
Dalam sebulan, ada waktunya perempuan ni rasa nak marah je, walaupun tanpa sebab. Contoh; marah kucing yang tengah jilat bulu2 dia.

Kau tau tak?
Dalam sebulan, ada masanya perempuan tengok makcik restoran tengah potong bawang pun rasa menjengkelkan

Kau tau tak?
Dalam sebulan, ada satu masa perempuan yang banyak cakap akan jadi pendiam. Respond dia kalau tak angguk, geleng.

Kau tau tak?
Dalam sebulan, ada masa perempuan lemah lembut pun boleh jadi singa betina

Kau tau tak?
Dalam sebulan ada satu ketika perempuan makan lebih dari kebiasaan, nafsu makan mebuak-buak. Tak kira la tengah diet ke, tengah jaga badan nak kahwin ke.

Kau tau tak?
Dalam sebulan ada sekali, semua yang biasa perempuan buat, akan menjadi sebaliknya

Kau tau tak?
Aku syak kau tak tau. Belajarlah memahami perempuan. Bukan senang nak kawal satu hormon yang tak terkawal.

Tapi kalau kau dapat perempuan yang 29hari meroyan, sehari je normal, itu tak perlu bawa ke gynecologist, tu bawa ke psychiatrist.

10/02/2012

bab pelajaran, kau jangan nak mengada.

Roomate aku cerita, ada orang kat kampung dia jenis anak tak boleh kena tegur. Kena marah dengan cikgu, diserangnya cikgu tu dengan parang. Huishhh pakcik, bawa mengucap. Certain parents sekarang memang terlampau manjakan anak, ibarat; seekor semut lalu atas badan anak dia pun, habis 1 kubu semut dia bakar (peribahasa baru)

Kalau mak ayah aku, tak dapet leeee. Aku pernah kena rotan dekat tangan sampai bengkak sebab tak bawa buku kerja. Hari tu hari Khamis, padahal cikgu tu mintak hantar hari Jumaat. Salah siapa? Cikgu pun manusia kan, mesti ada lupa la silap la. Balik2 mengadu la kat mak, kalau silap aku memang tak la aku mengadu. Tahu mak aku jawab apa? 'Rasakannn' T_____T Kalau memang salah aku, nak mengadu, alamatnya kena lagi 1 liang la.

Bab pelajaran mak memang strict, ayah lenient sikit, ayah strict bab kesihatan. Tapi mak ayah aku tak pernah paksa aku belajar, just nasihat je. Tambah2 da besar ni, da masuk U pun, tak kan tu pun kena suruh, tak kan tak boleh fikir sendiri.

Ayah cakap 'nak berjaya belajar, tak nak sudah, masa depan kamu, bukan ayah. Nanti kalau takde kerja semua, mak ayah takde, kamu nak makan apa?' T_____T Memang rezeki Allah sediakan, tapi kita kena usaha kan?

Aku ni nak kata ada kebolehan bab suara ke sampai boleh menang ratus2 ribu dengan menyanyi je memang tak. Nak kata tangan berseni boleh jual potret tepi jalan lagi la tak. Nak jadi penulis lagi la, mahu kena baling dengan Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4 jap lagi. Communication skill, marketing skill pun ke laut kalau nak bukak bisnes. So aku rasa sumber rezeki aku dari otak dan akal yang Allah bagi.

Nak berjaya bukan senang. Perlukan pengorbanan yang besar, sangat besar. Semua terpulang pada individu balik, kau nak or kau taknak? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Amboi, kemain rancak berperibahasa hari ni.

Ok la sebelum menutup tirai, dan bukak buku nak buat kerja sambil hati sebak, ada tak....................................................................................

sesiapa nak sedekahkan aku kasut sukan? Ni bukan masalah rajin berjogging, ni masalah pereputan haha.

Tadi jogging pusing tasik pun cover2, tersalah langkah boleh menjunam ke tasik ni, tapi tapak tertinggal dekat darat la. Then kalau ada orang lalu terjumpa tapak kasut je, tapi orangnya takde, mesti dorang cari aku dalam tasik kan? Selamat la aku yang tak reti berenang ni. Betul la, apa yang jadi ada hikmahnye kan? Eh sempat buat drama hahaha.

yeayy and yeakk

Pagi tadi aku ada tutorial pukul 11-12tengahari, lepas tu ada gap sampai next class pukul 3.30petang. Masa gap tu aku dengan Cha ke Changlun nak beli tiket. Yeayyy! InsyaAllah 23hb Oktober, lebih kurang 5 petang sampai la kami ke Kuala Kangsar. Moga dipermudahkan segala urusan. :) I can't wait to be home. Kak Ngah, tunggu Ayong balik. Nanti Ayong bawa pergi jalan2, main taman ok. :D

Habis kelas tadi pukul 4.30petang. Lepas tu ada pulak kelas 6.30-10 malam. Bayangkan belajar waktu senja, 3 jam! This is urghhhhh! Research shows, student can only pay attention for the early 45minutes of every class, that is why in Iceland / Ireland every session for each class is only 45minutes (Prof Tim).

Memang benar (bagi aku). Mula2 je bajet pelajar Muslimah, kusyuk je dengar, salin setiap butir lecturer cakap. Ha lepas tu siap la, tak main game, aku kacau orang, takpun berangan, conteng buku, makan kudap-kudapan, sembang dengan kawan, kalau buat lagi slumber main tangkap2 gambar dengan kawan2 dengan pelbagai memek muka yang menjelekkan haha.

I really can't digest 3hours of lecture. Tapi nak buat macam mana, subjek2 tu lawyer yang kena ajar, nak tak nak malam je dorang free and on weekend. Weekend? Lagi la NO! So korbankan la 3 malam aku dalam seminggu nak ke kelas. Jadual biasa 8-11malam. Lecturer tadi je cepat kan sikit.

Aku da rasa suasana busy student final year. Assignments tak putus2 datang, hantar tiap minggu. Satu dua takpe, ni dapat untuk satu subjek dekat 6 7 kerja. Kalau amek 1 subjek je takpe, ni 6 woi! Memang ni la adat student final year, tapi bagi la ruang kat kitorang nak bernafas sikit. Sampai satu tahap, lecturer tengah bagi kerja kat depan, aku kat belakang buat2 tak dengar, sibuk belek handphone macam baru 1st time pegang.

Rasa cepat je nak habis belajar, nak keluar dari sini, dengan management U ke lautnya. Haiiii.

Ya Allah permudahkan segala urusan aku dan kawan2 aku untuk habiskan degree kami dengan cemerlang dalam masa yang ditetapkan. Jauhkan kami dari sikap malas dan berputus asa. Sabarkan dan cekalkan hati kami dengan setiap cabaran yang mendatang. Aameen.

Harap bayaran dan pengorbanan ini berbaloi. InsyaAllah

Nasib baik tak kahwin lagi. Eh? hahahahahabye