Wanita ini;
Dan banyak lagi pengorbanannya yang mustahil untuk aku coretkan di siniYang mengendong aku hampir 9 bulanYang menahan sakit hampir 24 jam untuk meneran aku keluar ke duniaYang menyusukan aku hingga umur hampir menginjak 3 tahunYang bersusah payah berjaga siang malam memastikan aku sentiasa dalam keadaan tenang dan sihatYang mengorbankan kerjanya untuk menjadi suri ayah 24 jam, untuk membesarkan kami adik beradik dengan tangan dan di depan matanya sendiriYang bangun awal pagi menyediakan rumah yang lengkap, dan menutup mata di kala malam juga memastikan rumah dalam keadaan yang lengkapYang sentiasa menadah telinga untuk mendengar keluh kesah anak2 dan suaminya, tanpa jemuYang membantu ayah menjana ekonomi keluargaYang sentiasa amanah menjaga maruah keluargaYang sentiasa positive bila kami semua dalam keadaan negativeYang sentiasa ketawa walaupun dalam kesempitan hidupYang sentiasa membuat orang sekelilingnya ketawa dan senang dengan kehadirannya
Ya Allah,
Jika kau beri seluruh harta di dunia ini kepadaku untuk membalas jasa emakku, sumpah itu tidak cukup.Oleh itu, aku berdoa, kau kurniakan wanita kesayangan aku ni syurga terbaikMu, kerana bagiku di situ sebaik-baik balasan untuk wanita yang paling mulia dan cantik di hatiku.Jadikan wanita ini terus tabah untuk menghadapi apa jua rintangan hidupJauhkan dia dari sebarang kecelakaan.
Mak,
Selamat Ulang Tahun yang ke 46I love you, lillahi ta'ala
minggu ni nak balik kampung nak jumpa mak..nak cium pp mak..ok x?..hehehhe..
ReplyDeletehaha bolehhh. apa slhnya. dpt pahala trus hehe
ReplyDelete