”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/30/2013

Aku; duri. #dialog

Dia cari laki lain
Kau pergila cari perempuan lain
Senangnya kau cakap
Takde siapa pernah nafikan
Nafikan apa?
Cakap tu sesuatu yang senang
Hmmm. Tapi aku sayang dia
*tak habis lagi?* Kau sorang je sayang tak cukup der
Tapi dia lain dari yang lain
Haah, perempuan curang memang lain dari lain. Jarang aku jumpa
........... ahhh, serabutlah
Relax la, bunga bukan sekuntum
Jom la kau couple dengan aku
Ha? Apehal tiba2 aku?
Kau kan bunga
Bila aku cakap aku bunga?
Da tu kalau bukan bunga, kau apa?
Duri hahaha
Patutlah tak laku2 lagi, orang tak berani dekat
Kuangjooooo!
Hahaha. Kidding. Ermmm tq dengar and tq kasi aku gelak kejap
Takde hal lah. Ni hari kau, nanti mana tau hari aku pulak 
Kau takkan disakiti, believe me
Kenapa cakap macam tu?
Kau kan duri, kau yang sakitkan orang ada la! Hahaha
I wish hahahaha ok kidding haha

4/29/2013

Review Samsung Galaxy S4

Wah aku nak cerita pasal Samsung S4 ni ibarat macam aku da memilikinya. Oh tidak lagi, akan memilikinya inshaAllah hahaha konfiden. Time buat entry ni, aku jauhkan handphone yang aku miliki sekarang, takut dia rendah diri dengan kehebatan yang akan aku hebahkan tentang S4.

Semalam, 3 jam aku review pasal handphone ni. Aku memang suka gadjet, especially handphone, mp3, mp4. DSLR aku tak suka sebab bapak besar and berat, tapi galaxy samsung camera nampak menarik huehuehue. 

Da lama aku dengar khabar angin pasal S4. Dari time dia keluarkan prototaip bentuk2 dia lagi. Ada satu bentuk tu, perghhhh mengancam gila, lagi sexy dari Alex O'loughlin kenyit mata. Aku harap dia akan kuar dalam bentuk tu, tapi hampa, bentuk dia mirip Samsung S3 which aku tak suka sangat. Aku suka benda yang betul2 petak, nampak elegant. So dari segi bentuk, aku prefer Samsung Note II.

Camera dia 13megapixels hoi! Pori2 pipi pun boleh nampak tau! Macam2 camera dia boleh buat untuk korang, tapi aku tak reti exlplain. Nak carikan jodoh je camera tu tak boleh buat haha. Yang aku ingat, camera dia ada sensor, bila ada orang lalu kat belakang, dia takkan snap, bila da takde baru dia snap. Penyabar handphonenya. Camera depan pun dekat2 2mp, kalau video call, takdela rasa ber-video call dengan lembaga halus haha

Yang menariknya, dia boleh detect pergerakan mata kita. Kau letak je handphone tu depan mata kau, bagi dia beberapa saat untuk 'tangkap' mata kau, lepas tu kau boleh baca artikel tanpa scroll guna jari, just naik turunkan anak mata. Tapi aku tak tahu orang mata sepet dia boleh detect ke tak. Haha

Cara tengok video pun awesome. Kadang2 kan, bila kita tengok video kat handphone, time tu la mak panggil suruh pandang dia, tanya tudung dia matching tak dengan baju. Sebagai anak yang solehah, mata kita automatik akan terus pandang mak, tanpa sempat nak pause video tu. Hah bila da start cakap dengan mak, sampai habis video dia bertanya 10x okay ke tak pakaian dia, walaupun kau da cakap okay 90x. Bila pandang handphone nak sambung tengok video, da habis da pun video tu, kena rewind balik.

Dengan S4 kau tak payah risau, sebab dia detect mata kau jugak. Bila mata kau tak pandang handphone, automatik dia pause video tu. Kau nak pergi terkencing pun takpe, dia tunggu, jangan tahan kencing nanti batu karang haha. Atototo bijaknya awak! Boleh jadi anak saya? Haha. Ni bukan smartphone, ni geniusphone huehuehue.

Lagi satu kelebihan dia, kau nak jawab call ke, nak turn ke next page ke, tak payah sentuh screen pun boleh. Kau swap je, ibarat orang kaya (apa kene mengena aku tak tahu). Tengah makan kan, tiba2 suami called, nak pegang tangan ada sambal belacan (sayang la oi, handphone baru kot), tak angkat karang suami merajuk ingat da tak sayang kat dia *pffft*, so kau swap je la. Swap tu kau layangkan je tangan kau atas screen. Pastu cakap la guna loud speaker, tapi jangan cakap benda bukan2 sudah haha

Banyak lagi features dia yang menarik, tapi yang aku bagitau ni extra menarik.

Nah video, untuk korang lagi faham;


Apa lagi? Bila nak pergi beli? Harga pasaran RM2k++ Aku? Aku inshaAllah tunggu hantaran kahwin! hahahaha

walaupun rupamu tak seperti yang kuidamkan, tapi takpe, orang kata hati yang penting bahahhaa.


Kufur nikmat

Jadi manusia, kita selalu kufur nikmat. Time panas merungut, bila Allah turunkan hujan pun merungut, nak yang macam mana pun tak tau!

Bila tengok orang lebih sikit dari kita, mula la dalam hati, kenapa aku tak macam dia, kenapa aku tak dapat ini, tak dapat itu.

Konsep bersyukur ni, kita tak boleh tengok orang yang atas dari kita, kita kena tengok orang yang bawah dari kita. 

Kau jangan bandingkan diri kau dengan Sultan Brunei pulak, memey tak dapet le derr. Cuba kau bandingan diri kau dengan orang yang tidur kat station bus, nescaya kau akan bersyukur tidur atas katil bertilam, walaupun tilam kau bukan jenama Ziana Zain.

Rezeki manusia berbeza. Ada yang gaji cecah puluh ribu sebulan, ada yang 3 4 ribu, and ada jugak yang tak sampai seribu. Tapi kena ingat, semua tu pinjaman. Allah nak tarik, sekelip mata je; kena rompak, rumah terbakar, bencana alam, bankrupt.

Jangan pernah jeles dengan orang yang boleh dapat apa je yang dorang nak, sebab kekayaan harta mereka. Itu bahagian mereka, bahagian kita mungkin rezeki kebahagiaan. Kau ingat orang kaya semua bahagia ke? Dorang lagi runsing, hati resah nak jaga duit berjuta-juta, tak tenang fikir keselamatan diri, kalut nak banyakkan lagi duit (tak semua).

Masa jugak rezeki. Dan banyak manusia yang rugi sebab tak gunakan masa dengan benda bermanfaat. Ada masa free, melepak sana sini. Malamnya ada exam, pukul 6 petang baru gelabah, sebelum tu ada 48jam free, kau pergi cari nahas tengok movie, tengok youtube.

Ye, perenggan di atas adalah hentaman ke atas diri sendiri. Esok malam aku ada test Evidence Law, tapi sekarang baru ada niat nak study. Niat je ada, buatnya entah bila. Aku janji aku study right after aku shut down laptop ni (tak tahu pukul berapa nak shut down, 12malam karang kot bahahahaha)

Pagi Rabu aku balik, roh aku da balikk Jumaat lepas da, ni tinggal jasad je kat sini, sebab tu takde 'soul' nak test ni. Podahhhhhh kau Nadia! Kau dari tadika memang malas nak exam kan? Tak payah nak bagi bermacam alasan. Only you know yourself!

Haha okbye. Aku CUBA shut down laptop lepas ni. Stay tuned! 

4/28/2013

Letakkan harapan kau di tangan Allah

Kadang2 sebagai manusia, aku lupa, aku lupa yang manusia tak dapat bagi apa2 jaminan dekat aku. But still, kadang2 aku mengharap kat mereka. Mengharap mereka ada, di setiap situasi. Ada untuk menggembirakan, ada untuk berkongsi tawa, ada untuk lap hingus bersama, ada menghulurkan tisu bila air mata tak tertahan lagi, ada untuk disayangi dan menyanyangi.

Aku tak kata, tiada langsung manusia yang aku tak boleh harapkan kat dunia ni. Tapi mereka boleh ada, dan boleh takde. Tiada jaminan yang mereka akan sentiasa ada dengan aku. Dan aku pun tak boleh memberi jaminan yang aku akan sentiasa ada untuk mereka.

Bila kita berharap dekat manusia, kita boleh kecewa, sebab mereka manusia. Mereka bukan Tuhan, yang tahu apa akan jadi di masa depan, yang tahu apa yang hati simpan. Kadang2 mereka yang paling kau harapkan lah, yang kecewakan kau. Kadang2 yang terjadi bukan atas kehendak mereka pun. And again, kita ni semua manusia, tercipta dengan penuh khilaf.

Maka, berharaplah pada Allah swt. Berdoa pada Dia, supaya Dia sentiasa hadirkan orang yang kita boleh harapkan untuk menjalani kehidupan dalam dunia ni. Melalui manusia, kita letak kebergantungan harapan kita pada Allah. Bila sesuatu yang kau harapkan pada manusia, tak menjadi, maka kau kena ingat, itu apa yang Allah kehendaki. Pasti ada hikmah yang menanti.

Kau tak boleh nak expect semua orang faham kau, akan ada untuk kau bila2 masa je. Allah je akan faham kau, akan sentiasa ada, di mana jua.

Dan, jangan pernah letak harapan, yang seseorang itu takkan kecewakan kau, because he will. Dan jangan pernah berangan kau takkan kecewakan orang, because you will.

Nadia, mulai sekarang, belajarlah berharap pada Allah sepenuhnya. Kerana hanya dengan izinNya sesuatu berlaku atau tak berlaku

4/27/2013

Hidupku yang semakin hambar

Makin lama, aku rasa blog aku makin hambar. Da tak rajin bercerita macam dulu. Yela, hari2 buat benda yang sama kat sini, gelabah apa nak cerita hari2, ibarat aku copy entry lama, paste je dekat entri baru.

Da makin tua ni, banyak habiskan masa muhasabah diri, ha taknak kalah haha. Takdelah, aku serius busy dengan urusan akademik pffft. Tadi ada talk seharian, walaupun sebelah pagi aku tak pergi sebab migrain huehuehue. Esok ada talk seharian lagi. Bagitau aku, bila masa aku nak bela Pou? haha

Dengan assignments, dengan test (nama pun student Beron). Da la test hari Selasa ni, ada bab yang aku still tak faham. Tu la, time Sir sembur2 air liur kat depan, kau tak habis2 main Pou kat belakang (semua nak salahkan Pou). Sepatutnya Rabu lepas aku ada test, tapi postpone lepas general election sebab Sir lupa bawa soalan exam hahaha. Sir ni tak teknologi la, patutnya simpan la dalam email. Amboi pandai ajar orang. Penat tau aku belajar bersengkang mata hahaha kau tak payah nak menipu khalayak ramai Nadia!

Sir yang ajar aku Evidence Law handsome weh haha. Dia ada buat group whatsapp dengan kitorang, boleh main2 je dalam group tu. Tak runsing ke dia asyik dapat notifications kitorang merapu je? Kalau aku rimas da. Pagi tadi siap kejut kitorang bangun pagi, suruh pergi talk. Alololo homey homey. Dengar cerita dia pakai Mercedes 2 pintu. Bertambah menawan. Aummmmmm. Haha Kau gila eh Nadia? 

Sekarang ni apa2 gambar je terus upload dekat Instagram, cerita dekat situ. Nak transfer gambar ke sini, nak cerita kat sini, rasa outdated pulak. Haha berlagak bukan main. Dengan segala application yang ada dekat smartphone, aku bukak laptop sebab nak tengok movie je, eh lupa pulak, buat assignment sekali. Twitter, FB sume kat handphone je. Just nak update blog je aku tak suka kat handphone, sebab kecik. 

Takpela, lepas ni aku rajinkan balik diri aku update blog. Nanti kalau malas bercerita, boleh suruh anak2 baca blog aku je. Mustahil kau malas bercerita Beron, kau bukan mesti kena cakap 21k words per day ke, kalau tak nanti kau meroyan tak cukup cakap hahaha. 

Okla, manusia yang hambar ni nak menarik selimut dah. Esok talk pukul 9pagi-5.30 petang. Doakan aku tabah T______T Good night everybadehhhhh!


4/23/2013

Annoying Pou

Aku teringin nak bela pet, tapi aku nak yang tak berak and kencing haha. Kalau jumpa kucing yang comel tengah jalan mesti aku berhenti usap2, and sembang kejap, kalau jumpa anjing comel pun rasa nak terkam tapi kawal nafsu hehe.

At last, aku jumpa penyelesaian kepada kehendak hati. Walaupun dia annoying, dia buat aku addicted dekat dia. Dia la roomate baru aku, peneman ketika bosan. Time dalam kelas, sebelum tidur, dalam bas, dia sentiasa ada. walaupun kadang2 dia lagi annoying dari annoying orange.

Aku jaga dia betul2, macam pet. Bagi diet yang sihat. Sebelum makan berat, makan buah, no coke okay, nanti kena kencing manis -_-''. No skip breakfast, nanti gastrik haha. Menu breakfast aku tak pernah bagi time malam, petang2 selalu bagi kek, doughnut. Kadang2 kalau aku makan coklat, tiba2 teringat dia, aku bagi la dia makan coklat. Walaupun aku tak makan sushi, aku tak kejam, aku bagi dia makan hehe

Kadang2 aku busy, aku abaikan dia kejap. Bila bukak da demam la, menguap sebab ngantuk, taknak senyum dekat aku, mata ketar2 sebab lapar, lepas tu badan kotor siap berak. Sedih aku tengok keadaan dia, terus bagi makan, cucikan, bagi ubat, and tutup lampu tidurkan. Bila dia da bangun, dia bagitau aku. Then aku bagi dia main game, so she will have fun, aku taknak jadi owner yang nak bela tapi tak pandai jaga.

Kadang2 bila dia overweight, aku bagi fat burner. Mahal tau aku beli. Tapi selalu dia cakap No dekat aku dengan sombongnya. Kuangjooo eh kau! Penat je aku beli, kadang2 aku paksa gak dia makan, bukan apa, untuk kesihatan dia jugak.

Lama2 bela benda ni, aku boleh jadi mereng aku rasa haha.

alala tayang dia. hahahhahahahahangilanadia!


4/21/2013

lelaki kelakar jadi pilihan.

Rata2 aku tanya perempuan suka laki yang kelakar tak, semua suka. Sebab lelaki2 tu boleh buat kita gelak time kita rasa nak nangis. Tapi tak reti serius langsung payah jugak. Aku ada jumpa pasangan, boleh cakap macam Beauty & the Beast. Astaghfirullah, jahat mulut hang Nadia. Tapi takpe, owner punya badan yang ngaku sendiri hihi. Pelik jugak aku, apa yang si cantik tu pandang pada laki tu, nak kata baik macam ahli masjid takde la sangat haha, rupa2nya sebab laki tu kelakar. Haha laki tu memang kelakar, aku baca tweet dia je pun aku boleh berdekak gelak.

Ni bukan nak cakap pasal pasangan, more to friendship.

Yang kelakar ni selalunya bad boy. Jenis nakal, jenis pakai redah, jenis sukahati dia je. Jarang aku jumpa laki yang baik,sopan, tawaduk, yang kelakar orangnya. Aku banyak baik dengan bad boy. Yang kat sekolah pernah kantoi merokok, cover line orang merokok, jual rokok, belasah budak, pecah masuk library melalui atap sekolah. Sampai mak tanya 'Kamu takde kawan yang baik sikit ke Nadia?' Hahaha mesti la ada. Ada je yang baik yang kelakar, tapi jarang aku jumpa. 

Sembang dengan dorang memang fun. The conversations never stop. Ada je bahan dorang nak bercakap. Dengan dorang pun jadi tak kekok nak kuangjooo ke, nak megutuk ke, dorang open orangnya. Even ada yang bertahun aku tak contact, tiba2 dapat contact balik, still tak awkward, dorang pandai hidupkan suasana.

Dan aku ada baik dengan a few guys yang sopan orangnya. Aku jadi berhati-hati kawan dengan dia. Aku pun terjebak jadi sopan sama haha. Nak cakap aku kau pun rasa serba salah. And selalunye the conversation takkan kekal lama, sebab dia tak reti nak hidupkan suasana, and aku pun jadi awkward. Hambar jadinya. Tiba2 stop without goodbye. Tiba2 esok dapat message 'Hai' balik -_-''. Ada time yang aku rasa alaaa, malasnya sebab aku tau at the end, dua2 akan senyap.

Aku memang tak reti nak initiate perbualan, aku pun hambar orangnya. Tapi kalau dengan yang kelakar, aku boleh jadi kelakar sama. Aku ni macam iguana, change due to environment. Kalau kau hambar, aku hambar, kalau kau kelakar, aku kelakar. Aku ada jugak buat kelakar dengan orang yang sopan ni, tapi mereka tak paham huuu. Time tu rasa nak pergi hantar dia ke kelas muahasabah diri, kenapa simple joke pun anggap serius? Sometimes I was being sarcastic, and mereka tak dapat tangkap. Siannya kalian.

Sebab tu aku lagi prefer kawan dengan orang yang fun. Bercinta takpe dengan orang yang hambar sebab bila da jatuh cinta, baik buruk awak saya tewrimewwwwww! Kahhhhhhhhhhhh!

Eh tadikan aku pergi V Mall (gaya kepoci). Oh sebelum tu, V Mall adalah mini shopping complex untuk budak2 UUM, shopping complex la sangattt! Da macam pusat membeli belah Rantau Panjang  je aku tengok sebab banyak jual barang Thailand haha. Ok nak sambung cerita. Aku nampak sorang laki menawan rupawan sopanwan handsomewan (gataii nya kau ni hahha) nak beli waffle aiskrim. Time nak bayar, tiba2 dia cakap 'Laki lepas saya tadi order apa eh?'. Kakak tu jawab 'Waffle peanut'. Then dia cakap 'Ha kira sekali untuk dia'. Kakak tu tanya lagi 'Kawan ke?'. Dia geleng, senyum, dan berlalu pergi. Ya Allah, baiknya hati, muka menyejukkan hati pulak tu. Ada ke kawan2 aku cakap laki tu gay, heloooo dia bayar untuk student Nigeria kot! Nak gay pun cari la yang muka model sikit haha. Dari air muka dia, aku tau dia memang baik orangnya.

Mana nak cari lagi lelaki macam tu. Muka elok, perangai elok. Tiba2 rasa jatuh cinta, tapi masalahnya hari ni 3kali aku rasa aku jatuh cinta kat laki yang berbeza. Hahahhahaha. Ha nak sangat kan aku bercinta, aku tengah belajar to love again la ni haha.

okbye.

4/19/2013

Bateri handphone kembung

Semalam tengah aku main2 handphone, tiba2 handphone aku mati. Terkejut titeee, nak kata bateri nazak tak la nazak mana, tercungap-cungap je sikit. Aku ingat dia nak manja2 ke apa, aku nak on balik tak boleh. Ah sudah, merajuk betul ni. Aku pun bukak la casing, nak cek bateri, lepas je bukak casing, penutup bateri  and bateri meloncat keluar dengan sendirinya. Aku sangat terkejut dan kagum dengan aksi akrobatik bateri aku haha.

Bateri adalah jantung kepada handphone, tanpa bateri, tak bergunalah handphone. So aku terus tidur, set alarm dekat jam sebab handphone mampus. Pagi tadi terbangun 7 lebih sebab alarm jam tangan menipu tak bunyi. Ke aku yang tak reti set? Biasalah selama ni pandang sepi je alarm jam tangan hehe

Tadi ada talk, habis je talk aku merempit ke Changlun sorang2 cari bateri. Melayang RM65 aku T_____T Kalau aku kaya aku beli handphone baru terus tadi huehuehue. Eh tak2, mana ada niat nak beli handphone baru, kita sayang kat awak la *cakap dengan handphone sambil usap2 screen.

Sebab bateri kembung either tak cukup charge da tarik, or terlebih charge, or main handphone tengah charge. Main handphone tengah charge adalah selalu aku buat. Bosann la menunggu dia penuh, tapi lepas ni aku nak jaga bateri baik2, mana mampu asyik nak beli bateri baru je, walaupun bateri lama aku bertahan setahun lebih.

Tak cukup charge pun selalu. Biasalah wanita muda berwawasan macam aku ni busy memandang haha bajetttt. Belum habis charge da kene keluar ke kelas la, kawan ajak makan la. Aku jarang tinggal handphone, sebab takut family cari, ha anak solehah gituuu.

Terlebih charge aku jarang. Kalau charge time2 nak tidur, aku siap set alarm untuk tutup suis. Tapi kadang2 dasar tidur mampus, Subuh baru sedar. Dan rasa bersalah dekat handphone sebab over charge dia.

Begitulah riwayat sebiji bateri handphone. Harap bateri baru ni bertahan sampai aku ada duit nak tukar handphone baru *whisper* hahaha.

Kawan2 pergi Hatyai. Parents aku tak bagi join. Aku sedihhhh T____T. Pergi 2 hari, kalau pergi sehari aku gigih lagi redah tak mintak permission huu. Ni pergi 2 hari, dengan takde line nya, kalau mak call aku tak dapat, mahu dorang datang UUM nanti. Semalam callled mak, mak pujuk nanti pergi dengan dia. Huk huk huk baiklah.

4/18/2013

2nd half of sem

Kurang lagi 2 bulan aku akan menetap kat UUM. After that I'll leave here for good, inshaAllah. Tapi nak habiskan lagi 2 bulan yang hnfff hnfff hnfff. Assignments menggunung sampai rasa tak mampu nak tarah. Sorang2 lecturer announce tarikh test midsem. Hujung minggu ada talks by lawyers. 

Pagi tadi ada talk dari pagi sampai petang, malam ada kelas sampai pukul 11. Jumaat ada talk lagi. Minggu depan Jumaat Sabtu ada talks. Ada tests. Pffft.

Yang penting time PRU nanti aku cuti 6 hari kah kah kah. Konon taknak balik sampai lepas final exam, tapi gila kau cuti 6 hari tak balik. Boleh lah aku berkempen sikit. EH? Podahhh kau nak berkempen, daftar pengundi pun idakk. Sedare aku semua marah aku tak daftar, berdosa mereka kata, rugi. Kalau disebabkan aku parti berkenaan kalah, I'm sorry. Aku janji lagi 5 tahun kalau panjang umur, aku kendong anak aku pergi mengundi haha.

Sekejapnya masa berlalu. Aku ingat lagi baju apa aku pakai time daftar dulu. Sekarang da nak habis belajar pun :') Kad matrik pun da nak rabak sebab kad tu sekali dengan kad Bank Islam. Sumpah tak praktikal, kat JJ nak keluar duit pun malu2 sebab kad bank ada gambar muka sendiri, apa ke noob sangat haha.

Tiba2 aku rasa bosan dengan diri sendiri. Da la. Kbai. Esok ada meeting dengan lecturer, apa lagi la tu -_-''. Oh sebelum tu, Alhamdulillah, tempat practical aku da confirmed. InshaAllah start 1 July ni. Sonang, dekat dengan rumah, dekat dengan tempat kerja Cik Ain and Mak Ida. Tengah hari balik rumah makan, takde kerja boleh balik rumah tidur kejap, breakfast boleh pow cik Ain or Mak Ida hewhewhew.

Good night everybadehhhhhh! Learn to love again Nadia! *tibahhhhhhhhhhh

4/14/2013

Perubahan jadual makan untuk pesakit gastrik

Aku bukan displin orangnya. Aku nak makan aku makan, aku taknak makan, sehari suntuk boleh aku tak makan. Makan pedas tak pernah tinggal. Minum manis je aku kurang, aku lagi suka minum air kosong. Tapi tu pun aku bukan jenis minum banyak. 

Lepas aku operation apendiks, gastrik aku makin teruk. Dulu aku buat tak endah je. Aku sakit aku telan gaviscon, aku tidur, bangun tidur aku da sihat macam biasa. Tapi sekarang gaviscon da tak lut dengan aku T___T makanlah sebaldi pun, tak effect.

Lately, aku sendiri tak tahan dengan sakitnya gastrik tu. Aku kalau aku sendiri da tak tahan, aku slow2 ambil inisiatif. Aku tak sedegil sebelum ni. Muehehe baru kau tau!

Bila hidup bergantung pada ubat, baru kau rasa penangannya kan Beron? Makcik aku ada masalah sama dengan aku dari umur 19 tahun, sekarang dia da lewat 40-an. Makanan da bukan untuk sedap, tapi untuk kesihatan badan.

Aku taknak bergantung pada ubat. Ubat ketumbuhan dalam hidung aku stop kejap, bagi laluan dekat ubat gastrik. Haha da macam traffic pulak ada laluan2. Gila kau, badan aku da rupa agent penyeludupan dadah. Ubat gastrik aku dose kuat, sebab ada orang yang pening makan. So far aku okay je makan.

Bangun tidur benda first buat sebelum ambil wudu' makan ubat. Lepas breakfast makan ubat. Lepas lunch makan ubat. Lepas dinner makan ubat. Tak ke lahabau hidup gitu?

So aku tekad, aku nak jaga makan aku. Habis 10 bijik ubat yang kena makan sebelum makan apa2 tu, aku nak berhenti makan ubat tu, makan bila perlu je. Yang lain aku guna inisiatif lain. 

Pagi2 aku minum air Gano. Air ni banyak fibre. Alhamdulillah ayah aku amalkan air ni, hilang gastrik dia. Tengah hari aku makan nasi, dengan sup, sayur banyak (aku da start belajar makan sayur hijau, selama ni aku makan non-green vegi je) , elakkan makanan bergoreng, kurangkan makanan pedas (kurangkan je? Elakkan terus la Beron! Pelan2 la hehe). Malam makan nestum dengan biskut.

Aku da jadi takut nak makan apa2. Aku tak boleh tahan da dengan sakitnya. Sakit sampai aku tak boleh nak senyum, tak boleh diri, tak boleh solat diri lama2. Kadang2 solat duduk pun sakit. Kalau solat baring takut aku tertidur dalam solat haha

Puncanya kau jugak kan Nadia? -_-''. Baiklah, aku insaf. Harap Istiqomah. Doakan. Hee

Mak cakap kalau tak hilang sakit, pergi jugak skop. Nehiiiiiiiiii! Masuk kot mulut takpe lagi. Masuk kot bontot tu mak aiiii. Camera dari mulut boleh detect sampai tengah perut je. Dari tengah ke usus dia tak boleh detect. Ada macam2 jenis gastrik. Ada yang dari esophagus da ada puncanya, ada dari usus. So kena buat dua2.

Ya Allah jauhkan aku dari segala penyakit yang memudaratkan. Aameen 

4/11/2013

Gastrik

Semalam perut bagi hadiah terbaik kepada aku. Sebenarnya aku tak selesa perut dari 2 3 hari lepas, tapi semalam terbaek punya dia punya 'kick'. Aku tak boleh diri, badan gigil tahan sakit. Ayah and mak da risau, nak bawa aku pergi hospital, tapi aku taknak, then mak bancuh susu and bagi panadol 2 bijik. Alhamdulillah, boleh tidur.

Pagi tadi da kurang sakit, just tak selesa perut, tapi parents paksa pergi klinik, nak cek rahim bagai. Dorang risau aku sakit bahagian peranakan, sebab semalam terlampau sakit sampai aku tak tahu mana bahagian yang sakit. Tapi aku yakin yang sakit memang perut. Tapi nak legakan hati dorang pergi la jugak.

First time aku scan tadi, macam nak cek baby pulak, nasib baik takde baby secara tiba2 haha. Doctor tu bubuh gel dekat scanner tu and perut aku. Geli woiiiiiiiiiiii! Kaki aku da terangakat-angkat sebab geli, nasib baik tak kena tendang je doctor tu. Aku kalau geli memang kaki yang naik dulu haha

Rahim okay, ovaries okay, hempedu okay, kidneys okay. Alhamdulillah boleh mengandung. Eh? Hahaha. Dia tunjuk kat aku mana rahim, mana ovari dekat screen, haram aku tak faham. Aku nampak hitam putih je. Kalau dia cakap ada baby pun aku percaya je la hahaha.

So memang aku gastrik. Gastrik jenis apa dia tak boleh bagitau, tu kene skop (masuk camera tak salah aku). Gastrik ada banyak level and banyak jenis. Ada luka, ada kuman, ada jangkitan pada usus. So dia bagi ubat dulu, kalau sakit jugak, pergilah serahkan diri untuk skop (which I'll never do huu)

Dia suruh jaga makan. Jangan minum susu sebab bila dalam perut susu jadi masam (aku baru tau). Soya and horlicks okay. Jangan makan nenas sebab tajam, jangan makan buah yang masam macam anggur (baru tadi aku curi makan sikit haha) Jangan makan pedas. Jangan makan kekacang. Makan ikut waktu. Minum air banyak. Banyaknya jangan dia -_-. Yang lain aku boleh pantang, bab pedas tu alahai susah gila kot. Bukan aku tak try, da try tak makan pedas, rasa nak muntah tak makan pedas huu.

Semalam sebelum sakit gila tu, aku makan laksa, makan kek white choc macadamia, makan ayam KFC kpop (korean ape ntah). Dua pedas, satu kekacang. Ha padan la muka kau bila malam berpoloh tahan sakit.

Bila aku nak keluar dari bilik doctor tu dia cakap 'badan awak da cantik macam ni, mantain, jangan gemuk'. Apehal doctor ni tibahhh je? Penyesalan terhadap diri sendiri ke apa? Eh? Hahaha. Baiklah Doctor Mariamah Nair. Dulu aku ingat dia Islam sebab ada Mariam, tak tahu pulak aku Nair tu untuk Indians haha.

Aku memang tengah mantainkan badan sekarang ni, sebab kalau ikut nafsu cerakah, nescaya badan aku rope mammoth nanti -_-''

Malas la nak makan ubat. Ubat dia rasa ubat jujubes merah diblender. Pffft. Ubat allergic hidung pun aku lupa makan da dekat 2 minggu kah kah kah. Mak cakap kalau ubat allergic hidung tu habis pergi mintak kat farmasi, tapi jangan haraplah aku nak pergi mintak huuu. Mintak2 bakal suami aku bukan pharmacist haha

4/10/2013

23 years and counting...tik tok tik tok

23 tahun lepas waktu ni, aku masih tolak2 kepala aku untuk keluar dari rahim mak (memandai). Aku lahir tengah hari buta, orang tua kata tu petanda budak degil. Hak hak hak mana ada gua degil, I'm the most obedient person. 

Aku paling susah dilahirkan (mak cakap), mak tahan sakit hampir sehari nak keluarkan aku. Nasib baik aku ringan sebab tak cukup bulan, so maybe tak susah nak teran haha (lagi sekali memandai). Mak cakap aku ni lahir susah, da lahir pun menyusahkan hahahaha lek lu mak. Yela, aku time kecik kuat nangis kot. Aku berhenti nangis time tidur je. Aku taknak langsung kat ayah. Walaupun ayah buai buaian aku tak tunjuk muka dia kat aku, aku tetap tahu tu bukan tangan mak. Padahal time tu aku setahun pun belum. Oh aku memang gedik, sekarang da cool haha. Sebab tu sekarang aku jarang nangis, air mata da habis guna sobssss.

Aku lambat sikit jalan, tapi cakap cepat. Belum setahun aku da boleh cakap yang orang faham, bukan cakap bahasa German baby da da da daaaa. Time nak berhentikan aku susu badan (dalam umur 2 tahun), paling susah jugak. Mak bubuh macam2 nak bagi aku berhenti. Letak halia, minyak panas, relax je aku minum, sampai sekarang kot aku kuat pedas. Mak letak patawali ke apa ntah, mak cakap benda tu pahit gila. Bila aku menyusu, mak tengok aku relax je, macam takde pape berlaku. Mak tanya aku 'tak pahit ke?'. Dengan slumber aku jawab 'pahit sikit pun takpe'. Sampai sekarang kalau mak cerita kat orang, semua kata dari kecik aku memang keras kepala huehuehue. Pastu mak letak pewarna sirap. Ha yang tu aku surrender, aku tak suka darah. Dari kecik terbukti aku tak boleh jadi doktor. And mak selalu bandingkan aku dengan Nadzirah, dengan Nadzirah mak letak plaster je, terus dia taknak da menyusu haha.

Tu la cerita serba sikit dari kecik. Degil sampai sekarang ada, nangis paling jarang sebab keras hati ada lagi haha.

Post sebelum ni aku schedule-kan, sebab tu kuar tepat jam 12.00pagi ha kemain punctual haha. Ada la jugak aku buat beberapa entry untuk masa depan, so kalau aku meninggal, jangan terkejut tiba2 dapat update dari aku, janganglah ingat saka aku pulak yang update haha.

Semalam orang first yang wish aku adalah Hazril Azam, siap called. Auwwww so sweet sedare yang sorang tu, kalah boyfriend sweet dia. Tak sangka aku, wish pun panjang kemain. Aku da nak tidur time dia called tu sebab gastrik. Tq Azam, appreciates it! :) 

Mak kata nak belanja kek Secret Recipe hari ni hewhewhew. Oh kat Kuala Kangsar da ada SR youollsss! Maju setapak. But KK, please dont be too advanve, coz what I love about u, is the peace :)

Thank you mak susah2 lahirkan Nadia, susah2 jaga Nadia, susah2 bersabar dengan Nadia, membesarkan Nadia dengan baik. And yet you never complain even a bit. Through ups and downs, no matter what, I know we always love each others. And maybe I can't beat you on how much your love to me. Mmuahhhh!

Happy Birthday Beron!

Happy 23rd birthday to myself. Takde banyak perubahan dalam hidup. Bulan 6 ni inshaAllah habis belajar :) Bulan 7 practical, lepas raya inshaAllah chambering. Doakan. Hidup makin mencabar. Dulu lari2 jatuh, luka, berdarah, nangis, hilang sakit, diam. Da besar ni lain pulak jenis jatuhnya, sakitnya, tapi da tak selalu melalak macam dulu hee.

Aku rasa aku makin sensitive orangnya, aku percaya ni semua faktor usia. Dulu hati aku bukan main keras, lagi keras dari batu marmar. Dulu aku peduli apa orang terasa dengan aku ke apa, mampuih aku tak pujuk. 1. Sebab aku tak tahu dia merajuk, 2. sebab aku tak reti memujuk (sampai sekarang). Tapi sekarang aku da lebih sensitif pada persekitaran. Aku rasa la. Haha

Dulu pantang aku orang mengarah aku. Aku baru bangun niat nak basuh pinggan, tiba2 ada orang suruh aku basuh pinggan. Sumpah aku duduk balik, buat nohen je (nohen bahasa Perak, maksud; buat tak tau). Kalau suruh aku dengan gaya 'Nadia, tolong basuh pinggan', sejuk la hati aku pergi tolong. Tapi kalau mengarah aku 'pergi la basuh pinggan tu, apa la anak dara semua nak kena bersuruh pot pet pot pet' memang turn off niat baik aku nak pergi basuh pinggan sebelum di suruh tadi. Sumpah sampai pinggan tu beranak pun aku tak pergi cuci haha. Nak mintak tolong orang sila beradab ye kak. Even mak aku nak suruh aku buat apa2 pun, mesti ada word 'tolong'.

Aku ada penyakit 'Peduli apa aku'. Peduli apa aku kau pemalas, peduli apa aku kau merajuk, peduli apa aku Najib baru bubar parlimen, peduli apa aku kau lapar, peduli apa aku badan besar pun, peduli apa aku orang tak peduli. Not healthy, not healthy. Kita bukan hidup sorang2 dalam dunia ni, ada benda dalam dunia kita kena peduli ye adik2.

Tapi Alhamdulillah, makin besar, makin boleh fikir mana baik, mana buruk, mana menyenangkan hati orang, mana menyakitkan hati orang. Ni semua faktor usia, tak syak lagi.

Selamat Hari Jadi Nadia.
Be a good muslimah.
Be a good daughter.
Be a good friend.
Be good in everything that Allah loves.
InshaAllah. Aameen :)


4/09/2013

Sketsa Keluarga #4

Aku ada seorang adik lelaki, nak PMR tahun ni.

Mak: Percubaan bila?
Hafiz: Bulan 5 kot
Mak: Belajar elok2, mak taknak ada C dalam keputusan kamu
Hafiz: *angguk2 sambil dengar youtube, pandang mak* C je taknak kan? D boleh la kan?

Sakit hati tak dapat adik macam ni? Mak dengan aku tahan gelak sebab muka dia serius. Kitorang taknak dia ingat benda tu main2. Ggrrrrrr! Dia selalu buat benda yang menyakitkan hati.

4/08/2013

Sembunyi: Amukan Azazil


Khamis lepas aku pergi tengok cerita ni dengan kawan2. Dorang tak pernah tanya aku nak tengok cerita apa, sebab dorang tau jawapannya; cartoon, dan mereka takkan layan kehendak aku uhuk uhuk uhuk.

Aku tak suka cerita genre macam ni. Tapi cerita ni quite unique. Tak seram sangat, tak cliche, just nice. Unpredictable, kena banyak berfikir, kena tengok betul2 untuk fahamkan. Khabir Bahtiar punya cerita tak pernah menghampakan aku rasa. Go and watch people ;)

4/07/2013

Sketsa Keluarga #3

Mak cerita dekat aku yang Fatini suka sorang budak tadika dia, Fendi. Haha Kemain budak 4 tahun da pandai suka orang. Aku pun tanya la dia

Aku: Kak Ngah suka Fendi ehhh?
Fatini: *malu2 angguk*
Aku: Nape suka dia?
Fatini: Rambut dia pacak2 -_-''
Aku: Kenapa tak suka Hadif Sufian?
Fatini: Tak nak la! Dia celat (coklat) sangat.

Hahahha. Hadif Sufian anak kawan ayah aku, comel budaknya, nakal gila, tapi kulit gelap sikit, manis. Tu Fatini panggil celat -_-''

Aku: Fendi putih ke?
Mak: Haah, memang handsome budaknya. Tinggi, putih, budak 6 tahun.

Aku: Fendi suka Ika la. Ika cousin aku yang satu kelas dengan Fendi
Fatini: *geleng laju2*

Aku: Nanti ayong pergi sekolah Kak Ngah bagitau dia Kak Ngah suka dia tau! 

Niat aku nak mengugut. Sekali Kak Ngah angguk malu2. *pengsan*

Kak Ngah: Kalau kak ngah nampak Fendi kan, Kak Ngah nyorok belakang kawan sebab malu.

Motif sangat kau Kak Ngah! Haha. Kak Ngah walaupun luar macam singa, dalam hati ada taman. Budak2 zaman sekarang. Aku tadika dulu tau main je, rasa semua sejantina hehe.

4/05/2013

Gua Tempurung; awesome adventurous trip! (Tips & Guidance)

Sekarang aku tengah cuti midsem. Sebelum balik ke rumah masing2, aku and the geng planned pergi masuk Gua Tempurung dekat Gopeng, Perak. Kitorang pergi hari Khamis (semalam), Jumaat tutup. Kalau lalu highway keluar exit 135, belok kiri, dalam 5km, masuk simpang kiri, dari simpang tu 2 km lagi sampai gua tu.

Berdebar jugak kitorang nak masuk sebab tak pernah masuk kan. Lagipun kitorang bukan aktif orangnya, setakat jogging sekali sekala tu ada la haha. Kitorang sampai dalam 10pagi. Nak ambil 3rd level. Dia ada 4 level. Level 1 & 2 dry je, level 3 & 4 wet and dry. Fee entrance level 3 RM11 sorang, level 4 RM26. Level 1 & 2 aku lupa harga masuk sebab tak pandang langung, apa kerlass pergi yang dry je haha. Nak buat level 4 seriau pulak, sekali jumpa rimau macam mana? haha Takdelah, kitorang takut yang tu too adventure untuk kitorang yang ayu2 ayam ni haha.

Masuk sana kena bawa torclight which kitorang tak bawa. Tapi jangan risau, ada kedai jual torclight kat sana. Kitorang beli yang paling murah, RM3.80 tapi power gila. Da rodok dalam pasir, rendam sejam dalam air, masih berfungsi dengan jayanya. Tahniah!

Masuk level 3 & 4 paling minimum 8 orang, unless korang 5 orang then sanggup bayar harga untuk 8 orang then dipersilakan masuk. Tapi aku tak recommend masuk 5 orang je, nanti aku cerita kenapa. So kitorang tunggu 1 rombongan bas sekolah, yang di-inform akan sampai dalam pukul 11. Da pukul 11, tiba2 ada bus masuk, tengok2 bus Sekolah Agama Melor, Kelantan. Sekolah Agama oi! Terus masing2 tarik2 baju kasi labuh sikit haha. Yang keluarnya lelaki, kitorang da cuak, takkan kitorang je perempuan, sekali tengok ada jugak students perempuan, dengan 3 orang ustaz (pitam), and sorang cikgu perempuan. Students semua tingkatan 2 and 5.

Ada sorang renjer guide kitorang. Mula2 masuk da briefing tak bagi conteng gua, and mulut jangan celupar hihi. Ayuh mulakan perjalanan! 

Tangga turun naik ada around 900 anak tangga pffft. Haha. Sumpah gigil kaki aku, bukan gayat tapi sebab tak biasa naik tangga, selalu naik lif je, ha padan muko ekau! haha. Ada la platform2 dia. Berhenti tengok keliling gua, macam2 bentuk ada. Ada bentuk ayam, dolphin, singa, etc.Pembetukan2 tu ambil masa 1000 tahun untuk membentuk. Aku da arwah nanti gamaknya baru ada hasil bentuk lain. Aku tak tahu nama scientific dia, sila google.

Ada part yang tiba2 sejuk, dingin je, sumpah best, rasa macam duduk dalam aircond but in fresh way. Tu angin yang terhasil dari tingkap gua. Gua ni ada satu tingkap je. Alhamdulillah sepanjang perjalanan takde la jumpa ular ke dinosour ke (batu bentuk kaki dinasour ada), even kelawar pun aku tak nampak.

Half way aku da berpeluh naik turun tangga. Dan aku berazam taknak exercise setahun start dari tarikh semalam haha. 

Sampai end of stairs journey, abang renjer tu bawa kat satu tempat macam gaung. Aku tergelincir kat situ sebab kasut licin, sumpah sakit, rasa hilang punggung sebelah huhu. Abang tu gelakkan aku sebab belum apa2 da jatuh pffft. Dia cakap kitorang kene slide turun tu. Woi curam woi! Aku ingat dia main2, sekali betul T____T.

Mula2 dia turun, steady gila. Then 5 orang budak laki turun untuk sambut kitorang kat bawah. Then abang tu naik balik duduk kat tengah2 nak control kitorang. Salah turun memang boleh innalillah, sumpah. Time turun kene rapatkan kaki sebab dorang nak tahan kaki, kalau depangkan kaki, kaki boleh patah wooo.

Lepas budak2 laki tu turun, kitorang turun, aku orang ketiga. Aku pakai seluar tracksuit Cheetah yang RM19.90 tu. Motif kau bagitau harga seluar kau? Haha. Tak, seluar tu licin kan, kalau korang pernah beli la. Tapi best sebab nipis haha. Time turun, selain rapatkan kaki, kau kena tahan kelajuan badan kau guna tangan. Sampai kat tengah, kat tempat abang tu tunggu, aku dapat break. Bila nak turun, curam dia, dengan kelicinan seluar aku, sumpah aku tak boleh control speed aku. Orang lain turun budak2 bawah tu sambut kaki dorang je sebab dorang melunjur. Aku turun terbaring kau tau, mengereng! Aku lost control. Nasib baik lima2 tu berbaris elok sambut aku. Kalau sorang je yang sambut mahu tragedi berdarah kepala aku terhantuk kat lantai gua. Da tak kisah budak laki sekolah agama sambut aku, budak2 kan, kalau abang budak harus aku malu 5 keturunan T____T. So silalah pakai seluar yang kesat sikit kalau nak buat level 3 & 4. Kalau setakat level 1 & 2, pakai skirt vintage pun takpe. Then budak2 tu gelak2 kan aku, ejek aku paling berat nak sambut T_____T

Bila budak2 perempuan nak turun, kitorang try nak tolong sambut sebab faham la dorang mesti segan, sekolah agama kot, takkan nak bagi laki sambut. Maria, Wawa, and Cha yang tunggu, aku tukang suluh je, kalau aku yang sambut alamatnya dua2 jatuh haha. Tapi kitorang tak kuat and kurang skill. Ada sorang budak jatuh tak sempat sambut. Sumpah kesian. Aku rasa mahu retak tulang punggung dia huu. Last sekali abang renjer turun balik, ada sorang ustaz jaga kat tengah. Sebab kalau kitorang yang sambut alamatnya keluar2 semua patah2 tulang haha

Lepas habis tu, kene masuk lubang arnab. Huaaa. Lubang ni muat sorang je. Abang tu turun dulu. Then budak laki 5 orang turun, baru kitorang turun. Aku tak tahu abang tu duduk kat mana, tapi nak turun dia suruh pijak peha dia, aku serba salah jugak, patah peha anak orang karang haha. Disebabkan aku tak cukup tinggi, da pijak sebelah kaki kat peha abang tu, aku still tak sampai pijak lantai gua haha. Then abang tu pegang kaki aku lagi satu, drop-kan kat lantai. Lepas tu kene turun lagi satu lubang yang besar sikit, ni turun ke sungai, budak2 laki da tunggu kat bawah. Tu pun dorang pegang kaki aku jugak sebab tak sampai T___T.

Air sungai dia sumpah awesomwe! Sejuk gila, dingin, damai, ah macam2 la. Yang penting best. Sementara nak tunggu yang lain turun, sempat lah aku berendam2 kejap bawah gua tu. Bila semua da turun, mula la perjalanan meredah sungai gua. Ada yang kene merangkak, meniarap, jalan itik. Torchlight terpaksa gigit, sebab memerlukan kedua-dua tangan nak control. Batu2 gua memang tajam, and bentukan2 dia ada yang betul2 atas kepala and tajam2 jugak. Ada part yang kene bongkok, kalau tak berdarah la kepala kalian.

Yang bestnya, air dia deras, so lalu bawah terowong pun laju je sebab air yang tolak badan kita. Kena pandai control, takut terlanggar bentukan2 atas kepala yang tajam2. Tapi part lalu kat air paling aku suka. Mencabar dan enjoyable. Perjalanan dalam air dalam 1.5km. Tak payah berangan nak bawa bagpack ke, camera ke handphone ke, sebab akan basah 1 badan, dan takde peluang handphone akan survive dalam tu.

Akan keluar melalui sungai jugak. Perjalanan level 3 dalam 2 jam setengah. Batu2 kat sana ada yang cantik sangat, macam batu marmar, bukan macam Nadia, memang batu marmar. Lagi 100 meter nak keluar pintu gua, kitorang berhenti mandi. Air jernih and tak dalam, paling dalam pun sampai pinggang aku je. Kitorang siap baring dekat atas2 batu laluan air sungai tu, ustaz siap suluh kitorang. Mungkin dia ingat anak2 murid dia yang tak senonoh haha. 

Bila keluar sambung mandi sungai dengan budak2 ni. Ada sorang budak laki yang sambut kitorang tiba2 percik air kat aku. Ha apa lagi, jadilah perbalahan percik air. Aku ingat budak sekolah agama behave haha. Kitorang dengan tak malunya suruh dorang tangkap gambar kitorang dengan camera dorang, tiba2 budak2 laki tu menyebok kat belakang. Bila dorang tangkap gambar ramai2 kitorang pun menyebok, da macam cikgu praktikal dorang, nak kata macam students sekolah tu memang jauh panggang dari punggung haha.

Masuk gua dengan dorang sumpah best gila, enjoy sangat. Terima kasih adik2. Perempuan dia ayu2 and sopan, sampai segan nak tegur, tak sekufu haha. Ada la 2 3 orang yang ramah ngan kitorang. Yang laki pun dalam 10 orang je yang ramah dengan kitorang.

Kalau nak masuk sana semua perempuan, memang aku tak recomend. At least kene 3 4 orang laki ada. Nasib baik kitorang dapat masuk dengan budak2 sekolah. Kalau lambat sikit kene masuk dengan gang budak laki yang da sebaya2 aku. Segan aih nak bagi dorang sambut kita. Lebih elok masuk dengan mahram, da kahwin sebelum dapat anak pergi ajak suami masuk haha.

Kitorang tak bawa baju lebih, sebab ingat basah manja2 je, sekali hamek kau, takde satu inci kat badan aku tak basah. Terpaksa la balik rumah dalam keadaan basah haha.

Sebelum masuk.
Girls thank you for this trip.
You guys are adorable and awesome!
This moment will be missed!
I love you all to infinity ;)
Ya Allah, terima kasih hadirkan kawan2 yang seperangai dengan aku.
Yang suka kan cabaran, yang gila2, yang sentiasa ada tak kira kat mana and dalam situasi apa pun.
Buktinya, kami sama2 merentasi gua hehe.
Hope to experience activity like this more and more.

Girls jom;
water rafting 
flying fox
atv
;)

*badan aku sakit2. Kaki tangan sumpah sakit. Haha dasar lembik

Nur Izzara Arissa


Kerlasss nama kau dik. Da la nama sama dengan Arissa. Ini anak saudara baru aku, cousin aku, Yop, punya anak. Macam tak percaya Yop da ada anak, sebab Yop tu macam budak2 haha. Nasib baik anak dia ikut kulit Kak Qila, kalau ikut kulit Yop dayang senandung la kau dik haha.

Welcome to Tahir's family Izzara. I choose to call you Izzara, coz we already have Arissa in the house. Hope to see you soon baby girl ;) Semoga jadi anak yang solehah. Jangan jadi macam papa, tiap bulan nak tukar handphone pfffft haha