Aku nak share sikit pasal Fibroadenoma especially kepada wanita2 yang berumur bawah 30 tahun. It is a kind of lump in breast, and selalunya attack wanita2 bawah 30 tahun (omg aku da bergelar wanita haha), and jarang sekali berlaku dekat lelaki. Sebab penyakit ni adalah tidak tahu.
Semalam aku nak ambil barang dekat atas, then time aku angkat tangan, tiba2 sakit. Sakit dari bawah ketiak sampai ke bawah breast kanan. Tiba2 aku rasa ada ketulan, macam guli. Aku biar dulu sebab aku ingat semua orang ada, tapi pelik kenapa belah kiri takde.
Malam semalam aku bagitau mak, aku tanya kot mak ada benda yang sama, kalau ada baru geng haha. Mak cakap mak takde, then mak rasa. Rupanya betul ada ketulan kat breast aku, bukanlah khayalan aku semata. Mak bagitau ayah. Part ni aku lemah sikit. Ayah ni kalau anak dia kene gigit nyamuk pun dia risau macam anak dia kena gigit rimau. Lepas dia tau mula la dia tak senang duduk, muka runsing, dinner taknak, kalau boleh malam semalam jugak dia nak bawa aku pergi hospital haha -_-''
Kalau bab sakit anak2, mak tenang sikit, ayah gelabah, yela kalau dua2 gelabah haru weh haha Aku macam mak, ambil tak berat bab2 ni -_-''. Dia ajak pergi hospital lepas Subuh, mak bangkang, mak nak sidai baju dulu, mak kena marah sebab sibuk nak sidai baju dulu haha. Sabarlah je la ayah ni. Aku tak rasa sakit pun
So pagi tadi pergi KPJ Taiping. Awal tak awal, aku patient ke-3 Doctor Lim, General Surgeon. Malu jugak nak cek dengan doctor lelaki, tapi memang da biasa dengan Doctor tu. Ni sikit perbualan aku dengan Doctor Lim sebelum dia cek aku.
Ya Nurul, (aku selalu rasa aku ayu bila orang panggil aku Nurul kah kah kah) 12 tahun lepas awak ada jumpa saya sebab sakit perut, sekarang da habis belajar pun saya percaya, apa masalah kali ni?
Saya rasa ada ketulan bawah breast saya
Bila dia cakap 12 tahun yang lepas aku ada jumpa dia, how time flies :') Dulu jumpa takde breast lagi, now da ada muahahahaha. Tuanya aku now huaaaa hahaha
Then dia cek. Doctor pakar kan, dia tekan2 je da tau apa benda dalam breast aku.
So dia cakap it is fibroadenoma. Sejenis ketulan dalam breast yang boleh bergerak-gerak, kan aku cakap macam guli, tapi takde la dia buat rotation pulak, just kalau bahasa sukan namanya lari setempat haha. Tak bahaya, Alhamdulillah. And tak sakit, unless kau tekan.
Probability nak jadi breast cancer adalah sangat tipis. Dr. Lim berani bagi jaminan yang benda tu takkan merebak sampai cancer (leganya dengar).
Ada 3 option:
1. Biar je berhabitat dalam tu, but kena cek, if membesar kena buang
2. Operate then dia akan uji dekat lab ketulan tu untuk analysis and report
3. Cucuk untuk tarik sikit ketulan tu, untuk uji dekat lab if nak 100% sure yang it is not a kind of cancer
Cucuk adalah paling aku taknak. Sakit la woiiiiiiii! Haha. Tapi aku percaya cakap dokotor yang benda ni tak bahaya langsung. So tengok dulu macam mana, kalau aku nak operate pun lepas raya ni, aku malas kacau time praktikal. Kalau dia tak membesar, biar je lah dalam tu, tak effect apa pun, apa salahnya dia nak menumpang kasih -_-''
Penyakit ni takde ubat untuk dimakan. And disebabkan aku bawah 30, Dr. Lim memang taknak buat ultrasound or mammogram dekat aku.
Lepas da jumpa Doctor, ayah masih runsing sikit2, mak tenangkan ayah, then baru dia lega nak makan semua, then now dia tidur. Aku percaya semalam dia tidur tak lena sebab aku asyik dengar dia keluar bilik je. Tadi ayah tanya doctor, kalau operate, lepas tu berapa lama dapat result. Doctor cakap dalam 5 hari. Then dia tanya harga untuk dapat result dalam masa less than 2 days. -_-''
Kalau benda2 melibatkan lab, memang ayah sanggup bayar untuk dapat result cepat. Macam mak bila operation rahim, macam Nadzirah bila ambil darah untuk cek Thyroid.
Aku tahu ayah sangat sayang and concern kat kitorang. And sebab tu kadang2 aku sakit, aku malas bagitau dia, dia punya risau tu buat aku runsing haha. Tak suka tengok ayah risau.
Ini ujian untuk aku, kecik2 je Allah bagi. Gastrik, ketumbuhan dalam hidung, dulu apendiks, ni fibroadenoma pulak. Kalau nak dibandingkan yang kena cancer darah la, cancer hati la (nauzubillah), tu lagi besar ujian dorang.
Kita hargai waktu sihat bila kita sakit :) So prevention is better than cure, right? Jaga lah kesihatan diri elok2. Badan ni amanah, jangan ambil mudah je (terasa). Jaga makan (terasa lagi). Bila kita da usaha terbaik, dah doa, yang selebihnya tawakal je la :)
Assalammualaikum..berapa ye kene caj utk pemeriksaan kt KPJ Taiping tu..sy ada simptom yg sama..nk tgu gov appoiment sgt lambat..rasa nak pergi KPJ juga..tolong ye respon..Thanks :)
ReplyDeleteutk cek je i promise u it is below than rm100. tak ingat sangat. rm50-70. for operation below 1k. around rm500-700.
ReplyDeletehope it helps :)
Okay thanks ye..so mcm mana u skrg..operation tak ye..or u decide mcm mana..i ada 2 ketulan
ReplyDeletei blm buat, but will do inshaAllah. better u pergi cek cpt utk tahu lump tu jenis apa. ada byk jenis. mcm i fibrod, ada yg sebab kelenjar susu (wpun blm kawen).
ReplyDeleteinshAllah takde pape tu :) I pun doc da yakinkan it cant be cancer. Alhamdulillah
Jumaat 20/9 i check@KPJ Selangor..Doc yg sangat baik..Doc check ketulan..kene ultrasound utk pastikan ketulan air atau daging..kemudian ultrasound..tapi...disebabkan hasil scan menunjukkan ketulan daging..kene ambil sampel tisu untuk pastikan ketulan apa..sakitnya kene cucuk pd dua2 ketulan..sampai hari ni sakitnya..huhu..Selasa ni keluar result..apa pun saya terima dgn tenang n Redha :)
ReplyDeleteBismillahirrahmanirrahim...
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu.” {Al-Baqarah:216}
“Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu,padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
{An-Nisa:19}
inshaAllah nothing serius. i pray for u :)
ReplyDeletehi, sy pun ade fibroidenoma ni. dah buat ultrasound dah setahun simpan. tp bende ni mmg menggangu mental sbb terpk2 ape la bende ni. insyaallah next week buat operation. harap2 semua selamat.
ReplyDeleteInshaAllah semuanya akan selamat. Keep praying :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sis nak tanya sekarang masih rasa tak ketulan kat your breast?
ReplyDeleteوعليكوم سلام
DeleteAda haha. Tak buang lagi
tak sakit ke sis? sakit badan or anything?
DeleteAlhamdulillah tak
DeleteSy pun bru je buat rwtn dgn hosp, and doc ckp fiboadonema. Then doc nasihat operate utk confirm detail. Tp buat ms skrg sy hold. Sbb doc ckp ia bkn kanser.
Deletetu la saya pun hold sebab doktor kata bukan kanser. InshaAllah baik2 je utk kitaa.
DeleteHi sis. Sis ade keluar cecair pekat berwarna putih tak pada puting?
ReplyDeleteTakdee sis
DeleteAssalam. Kak pun ada lump, detect Oktober 2017. Dah buat ultrasound...fibroadenoma. Dokt suruh operate buang tp kak takut walau dah ada pengalaman 6 kali di bilik bedah. Kali ni takutnya lain macam.
ReplyDeletewasalam. kalau fibroadenoma inshaAllah tak bahaya. moga dipermudahkan urusan :)
DeleteSaya mengandung mse 2bulan.. N bru perasan ade ktulan ke breast belah kanan... Cek dgn doc dy syak fibroedenoma ni ha... Org hamil pon slh stu punce benjol ni mncul ke ap eakk
ReplyDeletetak sure punca dia apa. boleh tanya doktor. kalau betul fibriedenoma then ok la tak bahaya
DeleteHai sis. Sebelum ni saya kena breast abscess kat breast kiri. Dua kali operate buang nanah dalam masa 8 bulan. Kali ni pulak rasa macam ada lump kat breast kanan. Tapi tak sakit macam sebelum ni. Hope just fibroadenoma lah. Tak sanggup nak hadap breast abscess lagi. Kalau operate dia tak jahit tu yang takut sangat 😭😭
ReplyDeleteUhh I'm sorry to hear that. Hope this one is minor one. but do check up asap.
DeleteHi, saya bru je check up kt doc breast kiri. Awalnya kluar cecair dr situ sebulan yg lepas. Mggu lpas saya g check up lgi , doc suspect fibroadenoma sbb ada ketulan kecik kt dalam. Tapi mmg sakit. Sampai tk boleh angkat tangan. Doc arrange next appointment utk ultrasound bulan december nnti padahal january saya kahwin. Risau sangattt :( now sebelah kanan plak sakit. Tk tahu nk ckp mcm mana risau dia.
ReplyDeleteMay Allah ease it for you. Doa yang itu hanyalah ketumbuhan biasa, no harm. ameen
DeleteHi. Saya pun pesakit Fibroadenoma. Sekarang ada 6 biji ketulan. Kalau dah besar nanti,kali ke 3 la operate. Sabar jela ye.
ReplyDelete6? wow. sakit tak operate? haha soalan apa aku tanya niii.
ReplyDeleteHi sis, setahu saya Fibroadenoma nie membesar? Lama juga yea sis menyimpan, dah 4 tahun. Sis ade check size die? Saya punya 2x3 cm. Plan operate buang dalam bulan nie. Doc ckp, sementara kecik elokla dibuang supaya parut pun tak besar sgt.
ReplyDeletesaya punya tak membesar. memang dah 4 tahun size yang sama haha. semoga dipermudahkan urusan awak.
DeleteSy baru je 10 hari buang ketumbuhan fibroadenoma..bersaiz 6cm...
DeleteAlhamdulillah
Deletekes yg sama.. lama jgk saya simpan mnde tu haha.. Lepas baca ni terus berani nk jumpa Dr. . alhamdulillah dah operated pun 17/4/19 haritu. . doakan result 8/5 nti ya.. harap xda apa² yang serius :)
ReplyDeleteHehe Alhamdulilah. InshaAllah takde apa2 tu :)
DeleteSy pon check dkt klinik tahun lepas, doc ckp fibroadenoma. Takut nak operate tp dah tumbuh dua. Hmmm. Kalau hospital kerajaan, berapa cost untuk operate buang?
ReplyDeleteYou government servant tak? kalau ye tak silap saya free je. If not, maybe ada kene bayar sikit but not much as swasta and kalau normal case, kena follow all the procedures that might take time.
DeleteLama tak nk sembuh lepas operate sis..
ReplyDeleteSaya tak operate pun haha. but it's minor surgery so tak lama nak sembuh
DeleteSaya ade fibroadenoma.. setahun dah saya bela diorang.. ade dua kat left breast... kalau size 1.75x2.56 ngn 0.75x1.02 kena operate jugak ke?? Saya masih highschool.. form3..
ReplyDeleteIkut nasihat Dr. Few doctors yang I jumpa semua cakap no need to operate kalau dah confirm it's just fibroadenoma.
Deletesy nak tnya bergerak setempat tu means ketulan tu setempat kan, cuma ketulan tu tak melekat dgn kulit kan sbb tu kita boleh ke kiri ke kanan kan
ReplyDeleteyee betul
DeleteSaya pun baru dpt tau ada fibroid both breast pulak tu..dh 4 thun brhabitat..just nk tahu mmg tak blh hilang @ kecut ke
ReplyDeleteI dont know, maybe you should refer to Doctor. It depends kepada jenis kot. My friend ada try kecutkan melalui suntikan but tak menjadi so last2 dia buang jugak.
DeleteKalau cek kat klinik/hosp kena bayar berapa ? And normal ke kalau breast rasa sakit sebab ketulan tu ? Btw i still in my 20s
ReplyDeletekalau setakat cek, tak ambil sample semua tu dalam RM100 lebih *tahun 2013. Kalau sakit kena pergi cek sis. saya punya tak sakit.
Delete