Hi
Ouh, awkward nya rasa nak menype kat sini. Bahaha. As usual, life has been so hectic with works. Blerghhh. Kadang-kadang Maghrib baru balik, nasib baik takde anak yang nak disusukan kat rumah bahaha.
Oh cerita pasal menyusu, Makcik aku bawa dua ekor anak kucing jantan balik rumah sebab kesian tak berjaga dekat sekolah. Tapi dorang still menyusu. Kesian la putuskan susu. Yang kelakarnya, dorang menyusu with each other hahahahahaha. Mana ada susu pun, jantan oi dua2, ketagih agaknya. Lupa nak ambil gambar dekat nenek aku.
Apa lagi eh aku nak cerita? Bosan weh hidup bila hanya berkisarkan pasal kerja. Balik kerja tengok movies, kalau ngantuk sangat apa aku tak tengok dah, terus tidur.
Ada sorang mamat ni message aku, tapi bila depan-depan tak pernah pun tegur aku. Puiii. Aku nak balas tak kena, tak balas tak kena sebab akan jumpa dia hari-hari. Tapi aku balas acuh tak acuh la, one word at a time, kalau tak faham lagi tak tau la kah kah kah. Sekarang aku fasa malas nak message dengan sesiapa.
Dia message;
Nak masuk mimpi awak boleh?
Tak boleh
Dah tu roh saya nak pergi mana?
Alam barzakh
Kalau takde tiket balik macam mana?
Tak payah la balik
Kalau nak balik jugak?
Pandai-pandai sendiri la
Hahaha. Sometimes I can be too harsh. Hmm all the time actually
;D
Lelaki pemalu is major turn off. Kau nak aku mulakan? Hell, no! Hahaha. Ada fasa-fasa malu ni yang kita boleh tolerate, ada yang, dah la bye la kau. Show some effort please. Malu macam takde hidung. Tengok aku, walaupun aku malu, aku mantain muka cool lepas tu redah je. Confident! Haha
Ouh, I'm gonna have a long weekend. 6 days on leave. Muehehehe. Esok sampai Ahad inshaAllah aku pergi KL, berseronok dengan kawan-kawan, release tension.
Dan please doakan nama aku tak naik untuk bertugas hari pertabalan Sultan Perak. Kalau Isnin ke Rabu takpe lagi.
Happy labour day to all Malaysians! Pekerja, suri rumah, pelajar; semuanya adalah pekerja. Pekerja buat kerja office, suri rumah buat house chores, pelajar buat kerja sekolah. Weh kau ingat kau tak buat kerja sekolah kau boleh cuti time Hari Perkerja ke? Kirim salam sikit! Haha
Kuala Kangsar mesti jam gila next week! But I'm proud to be warga Kuala Kangsar Bandar Diraja. Bandar Diraja uolsss. Raja and Permaisuri Raja weolsss segak dan jelita. Kau hadooo? Hahaha
proud to be perakian too..located(teluk ansonian).cuti lama woo.selasa kita AL.hahaha
ReplyDeleteproud sebab cuti lama ke apa? haha. same here, cuti 6 hari :D. just berdoa nama tak dipilih utk bertugas hari pertabalan ;p
ReplyDeletemajor turn off indeed!!! nak2 yg tersipu-sipu mcm kucing miang!!! benci!!! selalu ingat kan bujang2 jadi confident walaupon sebenarnye tak!!!
ReplyDeletehahah kan? kemonn be a gentleman pls
ReplyDelete