Weekend ni full betul jadual aku. Nak tidur siang pun tak sempat, nak tengok hindustan sekerat jalan pun takde masa. Yo yo o je. Haha
Malam Jumaat aku pergi baca Yasin rumah Abang Man. Abang Man staff pejabat lama aku, memang aku close gila dengan dia. Baca Yasin untuk Abang Man. Beberapa hari sebelum Raya doktor diagnose dia ada kanser paru-paru stage 4. Sumpah aku nangis time dia bagitau aku. Dia raya pun kat hospital. Stage 4 bukanlah bermaksud takde harapan tapi tumors tu (2 ketul okay) ada kat posisi yang memang doktor tak boleh buat apa-apa. Tumors tu belah kanan, dia hasilkan air kat paru-paru side kiri. So sekarang Abang Man tidur pun duduk, kalau tak dia sesak nafas. Korang tolong doakan Abang Man sembuh and family dia tabah terima dugaan ni sebab baru tahun lepas dia operation ada cancer dekat daging kaki. :(
Hari Sabtu dari breakfast sampai lunch aku lepak dengan Ros sebab Ahad dia nak pergi Melaka dah. Lambat lagi nak jumpa kesayangan sorang tu.
Pucatnya muka aku bila bare-faced haha pedulik! Jaga diri Ros kat tempat orang, cari jodoh keh keh keh
Dalam pukul 9 malam aku gerak ke Ipoh nak jumpa Cha. Dia datang sini dari Seremban ada interstate bar games. Tidur kat Tower Regency Hotel, aku tidur sekali dengan dia malam tu. Bilik dia agak spacious la untuk 2 katil single. Sebelum balik hotel pergi makan aiskrim gulung Fredo dekat kedai Konda Kondi. Ramai gila orang weh, nak order 5 cup aiskrim dekat sejam setengah baru dapat. Aiskrim dia unik la tapi lupa ambil gambar. Satu cup RM4.20. Okay la tapi rasa la guna bahan-bahan murah hehe. Recommended flavour: Aiskrim Vanilla Mixer Strawberry. Free 2 toppings, banyak jugak pilihan topping dia. Tapi bersabarlah beratur kalau pergi weekend.
Lepas tu kitorang pergi makan kat Thumbs Cafe kat Greentown. Sebab dah sampai pukul 12.30 malam, tinggal lamb dengan meatballs je ada. Semua yang kitorang makan kat sana semalam sedap. Meatballs dia sedap! Pavlova pun sedap. Dasar sangat pagi-pagi buta makan lamb chop jugak -_-".
Cha. Azam. Pieka. Aina. Semua single hahaha. Sekejap je dapat jumpa Cha. Sempat sembang sampai 3.30pagi je sebelum masing-masing pengsan.
Pagi tadi aku terus balik rumah sebab pukul 11 pergi rumah pakcik aku kat Pengkalan Hulu. Sampai je makan tengahari lepas tu aku tidur haha. Sebelum balik singgah sempadan Bentong. Takde apa sangat pun, aku beli buah-buah dengan somtam je. Somtam memang A
Hahaha benci aku bebudak ni. Dorang buat kawasan tu macam kawasan dorang weh dengan berpakaian begitu. Bersilat bergusti. Malu Ayong nak mengaku cousins -_-"
Okay tu je nak cerita sebagai kenangan. Aku penat gila ni. Rasa nak baringkan peti ais dan tidur di dalamnya.
fuhhh...memang hectic habis hujung minggu....nak masuk kerja pun bley lemau camtu XD
ReplyDeleteNamanya hari isnin, hectic ke tak weekend, mesti lemau jugak haha >_<
Deleteasal eh, orang nama Nadia mesti cun? Gua nak namakan anak Nadia lah (if any)
ReplyDeleteCun tu tak aaa tapi sopan santun ye hahahaha
Deletespiderkids and the spiderbi..bik..babe.. spiderbabe! :p
ReplyDelete:p. Kids je spider. Lg sorg tu normal :p
ReplyDeleteJap nak tanya,
ReplyDeletecermin mata tu jenis yg memang ada tinted gelap sikit ke ataupun jenis yg transition lens?
Macam cool plak tengok...Ingat nak cari satu...
transition :) tapi bila dia tukar warna kita yg pakai x perasan sgt pun, tak segelap spek hitam betul la
DeleteHa ah, dia bertukar kaler pun tak perasan. Tapi mahal nak meninggal. Hua hua hua
Deletesekarang tak mahal sangat. boleh dapat less than 400 hehe.
DeleteSeorang Ayong kena cool. Walaopon di malukan dek anak buah di Mekdi sekalipun... koh koh koh
ReplyDeleteyeahhh. sebab tu nama nya ayong. Ayong maksudnya cool kakaka
Delete