”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/30/2015

Bila nak habis isu ni?

Hidup aku ni sendu sangat ke sampai langsung tak apa nak update kat sini? Ye Nadia, ye. Terimalah akan hakikat itu haha.

Jom la cerita pasal semalam.

Eh kenapa tetiba hati aku rasa tak sedap ni? Ke sebab lapar. Dari perut naik ke hati. Apa-apa lah.

Semalam last minute aku diarahkan hadir meeting kat pejabat lain. Kebetulan sebelum nak pergi pejabat aku blackout, sungguh nice. Lantok korang berpanas, aku nak pergi bangunan yang ibarat dicucuri rahmat sejuknya.

Bangunan aku nak pergi tu besar ya amat, kalau salah tengok direktori sesat la kau dalam tu sampai kiamat (Omg it's rhymes!). Sebab aku banyak kabel, aku sesiap tanya kat kawan-kawan jalan yang benar sebab nanti takde lah nampak sangat macam rusa masuk kampung.

Aku naik lif barang sesorang. Tak tahu kenapa aku seram sebab lif tu besar. Muat nak isi 5 keranda menegak 2 keranda melintang dari pandangan atas. Nasib baik dari basement nak ke 1st floor je. So dengan machonya aku sampai ke bilik mesyuarat tu tanpa sesat.

Aku masuk bilik mesyuarat. Then pengerusi sampai. Tengah sembang-sembang sebelum mesyuarat formal bermula, tetiba pengerusi mesyuarat tanya soalan tak masuk akal ke aku

"Cik Nadia, kenapa cik lagi ye? Muka elok, kenapa tak kahwin lagi?"

Terus aku terkesima and terlopong dengar soalan yang tak disangka-sangka tu. Kalau aku tahu aku bakal ditanya soalan tu DALAM MESYUARAT DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI nescaya aku siap sediakan text jawapan beserta hadis dan potongan ayat Quran.

Encik, saya bukan Nabi yang boleh dapat wahyu sekian, sekian, sekian. Saya jugak bukan ahli sihir yang boleh sihir orang untuk kahwin dengan saya. Saya bukan bijak pandai yang boleh buat ramalan. Ini semua dalam pengetahuan Tuhan, bukan saya.

Peninglah aku dengan orang macam ni, aku tak heran pun yang dorang sesibuk kenapa?

Atas sebab perikemanusiaan, I totally pushed F from my life. Kau bayangkan aku balas sepatah-sepatah message dia, aku balas guna emoji je, kadang-kadang aku tak balas langsung, aku tak bagi dia call, aku tak angkat call dia, tetap dia message aku setiap hari tanpa missed. Sejenis kegigihan tahap apakah yang ada dalam badan dia? 

Aku mengharapkan dia berputus asa tapi langsung tiada tanda-tanda kecil dia akan berputus asa. So dengan firmnya aku minta dia jangan contact aku dah sebab aku dengan jujurnya mengaku yang nothing grows on my part. I tried but failed.

Aku taknak buang masa dia melayan aku yang tak layak dilayan. Dia lelaki baik. 

Maafkan saya.

Kawan aku cakap kat aku;

"Kau perasan tak semua laki yang datang kat kau semua baik-baik? Yang memang tak merokok, hati lembut, solat tak tinggal"

Ye aku perasan tu. Aku memang doa kat Tuhan hantarkan kat aku orang yang baik-baik tapi aku lupa selitkan doa untuk aku selesa dengan dia. 

Kadang-kadang aku rasa aku kufur nikmat. Tuhan dah hantar yang baik, aku tolak semua. Tapi serius, baik macam mana pun kalau kau tak boleh selesa dengan dia, takkan ke mana.

Dan baru aku sedar kenapa aku rasa taknak kahwin sekarang. Aku taknak kahwin sebab aku tak jumpa lagi laki yang aku ada rasa nak kahwin dengan dia. Ada jumpa tapi laki tu pulak nak kahwin dengan orang lain HAHAHAHARAM tak lawak.

We're parallel lines, always close-never together *emoji gelak sambil nangis*

Nasib baik lah aku bukan jenis manusia yang jenis; tak kisah la siapa janji kahwin. Buat masa ni I'm not that desperate lagi. Orang lain yang desperate nak aku kahwin; Mak, Ayah, Pah, Pakcik Makcik Haha.

Sabar jap sabar jap, bagi Nadia pergi Krabi dulu.

8 comments:

  1. kalau aku kat tempat kau, aku dah raise middle finger dua2 belah tangan sambil gostan keluar dari bilik meeting. kartun sgt tak aku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aku kene jaga nama baik bos aku. plus aku dah kene kan dia balik dengan kata2. not with my issue tapi issue mati dan taubat hehehe

      Delete
  2. anyway aku baru tengok video suami curang dgn bestfriend wife. you know thai video cemna kan, merasap dlm qalbu and buat pertama kalinya i'm glad im single. huahahahaha single is better dr kena tikam depan belakang cmtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg link video pls hehe. zyra, aku dah sejuta kali glad aku single. bukan video je, realiti pun aku dah tengok depan mata. tak sampai setahun kahwin dan kene cerai, tengah mengandung laki ada gf lain, dah kahwin baru tau laki gay. etc etc.

      hope one fine day kita jumpa laki yang takkan menyakitkan hati kita sampai akhir hayat kita hehe

      Delete
  3. Aku bg kau faham. Pengerusi tu sebenarnya nak try kau. Habis cerita. Hahaha...

    Kau baru 25 kan? Aku rasa belum tahap umur merisaukan lg utk seorg permpuan kalau masih belum kahwin.

    Habis tu, F ada contact kau lg x lepas kau reject dia mentah2 camtu? Jahat weh kau. Kesian dia..hahaha..

    Tapi pada aku, betul la tu. Kalau x suka cakap x suka clear2. Kalau dia betul baik, dia akan terima takdir kesudahan perhubungan korg. Kalau dia x boleh move on, suruh dia baca entri aku camne cara aku move on. Kahkah....

    Ok..nanti aku spy kau kt Krabi. Sebok betul la...aku nak g Krabi, kau pun nak pergi. Hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah kahwin oi haha

      Tau takpe. Tak faham aku orang2 ni, macam la ada limitation age to get narried.

      Ada la dia contact tp memang aku ignore langsung la kehkehkeh. InshaAllah dia blh terima. Takkan aku nk bg dia harapann palsu pulak kan. Ha bak link haha

      Kau nak pergi bila oi? Aku nak pergi bulan 4 inshaAllah teheee

      Delete
  4. Hmmm...
    Kalau aku kena tanya macam tu, aku rasa aku jawab spontan je "I'm gay" just utk tgk dia punya reaksi muka berubah. Hahahahaha
    Tapi lepas tu aku akan terangkanlah yg aku bergurau.
    Mostly aku akan kata gini "Orang kata saya memilih, tapi saya nak memilih apa pilihan pun takde" sambil garu2 kepala...Walaupun kurang betul, tapi jawapn tu boleh buat orang stop tanya. Hehehe

    Utk kes kau, just go with the flow je.
    Kalau ada yang masuk dan kau berkenan, takpa. Teruskan.
    Kalau ada yg masuk kau tak berkenan, kau teruskan hidup kau.
    Kalau yg berkenan tu tak masuk2, takdak jodoh laa tu namanya...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Aku macam terkedu kelu lidah terus otak tak boleh digest haha. Orang pun cakap aku memilih. Aku jawab, mesti lah kene pilih nak hidup seumur hidup, bukan boleh tukar or buang bila tak nak hoho.

      Kan. Aku percaya pd jodoh di tangan Allah and He knows the perfect timing for that to happen. Tq cero :)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!