Isnin lepas aku pergi Chonburi atas sebab kerja. Cuak weh pergi sorang, bukan sebab takut travel sorang tapi sebab aku sorang je wakil kerajaan Malaysia untuk pergi bengkel tu. Dah la that was my first time travel for work, oversea, alone! Tawakal je la.
Dari rumah aku naik taxi pergi KL Sentral. Dari KL Sentral aku pergi KLIA naik ERL, 28 minutes je, agak pricey tapi sebab malas buang masa and paling penting boleh claim maka aku naik la ERL. Dah sampai print boarding pass then check in luggage.
Aku berhenti dekat Airport Bangkok (BKK), ada dua airport kat Bangkok tapi BKK yang popular. Flight dalam 2 jam and dalam flight dihidangkan dengan nasi beriani Brahim, sodap jugakk lagipun perut tengah berkeroncong tu.
Sampai airport nak buat clearance passport punya la ramai umat manusia. Then pergi ambil beg tengok-tengok luggage aku pecahhh!! Tayar 1 cabut. Sedih gila. Aku pun tak fikir nak wrap sebab selama ni aku travel okay je. Tapi selama ni aku pakai luggage kain, ni pakai luggage kotak tu yang 4 tayar tu. Nasib baik beli murah je. Redho je mak incik.
Aku beli simkad AIS kat sana, line ok, 4G unlimited. 219baht for 7 days. Then ada driver tunggu aku bawak pergi Bangsaen Beach, Chonburi. Dari Bangkok ke Bangsaen Beach ambil masa dalam sejam jugak la. Sempat la aku nap dalam kereta. Haha.
Aku stayed dekat The Tide Resort, cantik jugak la resort tu. Sampai-sampai terus mandi, rehat kejap and terus pergi dinner. Pishang duduk bilik sorang-sorang 4 hari.
Overall dekat sana okay just yang aku tak suka pasal Bangkok secara keseluruhannya adalah dalam tandas awam takde pili airrrr! Dah la aku period. Allah. Hazab. Guna la botol mineral tu pun rasa tak cukup.
Makan semua ditanggung beres, kau tingal nak yakin tawakal je hahaha. Satu hari tu aku breakfast, tray sosej babi dengan sosej ayam sebelah-sebelah, kalau orang pedajal tukar signage tu mampus aku haha. Bak kata kawan aku dari Indonesia, kau yakin, kau baca bismillah, kau ngap je hahahaa.
The bengkel was fun. I gathered a lot of new knowledge, also I got the opportunity to build a networking around the globe. Kat sana aku kenal rapat dengan orang dari Wales, Indonesia, Brunei, Lao, Vietnam. What a great experience. Thanks God.
Hari ketiga ada culture tour dekat area Pattaya. Kalau pergi sendiri jangan harap la aku nak pergi sana kan, tapi sebab dah sponsor kita layan je. Best jugak sebab belajar budaya orang Thailand.
Diberi peluang men deco kipas sendiri. Siapa gelak DOSA |
Bangsaen Beach |
Strolling around the beach. Pantai dia tak cantik sangat, level level PD je hahaha |
Aku tak beli apa pun souvenier, tak sempat and dekat pantai tu takde souvenier yang menarik huhu. Aku la yang last keluar dari resort tu sebab flight aku pukul 740pm. Siap urusetia call cakap dorang nak balik dah and if emergency call dorang haha. Time balik pun ada driver hantarkan ke airport tapi jem sikit tapi Alhamdulillah manage to arrive before time. Aku sampai KL dalam 1145pm. Then bila ambil luggage again tayar hilang lagi satu. Memang nak kena campak beg tu haha. Padahal aku wrap kot, 150 baht dekat airport.
Then ambil ERL pergi KL Sentral. Then naik taxi balik rumah. Sampai KL sentral dalam 12.30am, kena charge midnight fees rupanya kalau naik taxi. Baru aku tau. Mak aku punya risau aku naik taxi sorang-sorang pagi-pagi buta, tapi being me, aku ni takde perasaan sangat, so takde la aku rasa takut ke apa haha. Alhamdulillah sampai rumah dekat pukul 1 pagi.
Hebatnya awk ni.nampak di situ tinggi tawakal awk kepada Allah.
ReplyDeleteTahniah!!masih muda tapi dah menjadi wakil negara.
Bukan event besar pun, event kecik je, tak contribute apa2 pun but still cuak hehe.
DeleteBtw, tq.
Weyh jelesnya ada outstation sampai ke thailand! Jeles dan risau. Adoi la Nad, nasib baik ko ni jenis tak gabra. Kalau ko ni jenis aku, awal2 dah nangis depan boss, taknak pg sorang2
ReplyDeletehaha aku dah biasa hidup sorang *nangis dekat bucu bilik haha. Take it as a challenge. kalau dia hantar untuk pergi bercuti mungkin lagi best kot haha
DeleteLain kali kalau nak ada kawan kt bilik tu bgtau la.. boleh zhi tumpang sekaki .. haha ..
Deletehahaha boleh dipertimbangkan
Deletebest best!
ReplyDeletetak boleh blah baca - 'Wow I can see the traditional way of you do it. Is it Malaysian way?'
hahahhaa terbaek!
hahahhaha. memang tak boleh blaa. kita membongak pun dia bukan tau kahkahkah
Deletesangat berdikari, tq boleh tumpang imaginasi ala2 mcm pi sana gak.. well done nad
ReplyDeleteHehe thank you
Deletewow, wakil Malaysia tu. seronok kerja awak skg Nadia. dapat pergi travel. murah rezeki awak Nadia
ReplyDeletehaha travel untuk kerja is penat haha
Delete