Sebelum start warm up duluuu |
Hari tu aku pergi Lata Medang, saja suka-suka weekend tak buat apa kan. Lata Medang ni kat KKB, sama je jalan nak ke Sg Chilling tapi bila dah sampai area empangan, belah kanan ada masuk ke kampung orang Asli, Kg. Pertak. Ala korang waze je la Kg Pertak tu haha.
Dah sampai kena bayar RM1 sorang, murah sangat jangan banyak komplen. Nanti korang TERbuang sampah, orang-orang Asli ni la yang tolong kutip. Tapi jangan la buang sampah kat situ, bawak balik simpan dalam beg. Dekat area parking ada tong sampah disediakan. Time sampai tu ramai gila orang so terpaksa parking jauh sikit. Jauh tu dalam 1km jugak la dari 1st check point haha.
Pergi Lata Medang ni 6km pergi sahaja. 1st phase dalam 2km pertama okay jalan dia, landai je. Seterusnya memang hiking baq hang. Rasa tak sampai-sampai. Haha. Jalan secara santai je dalam 3 jam jugak la nak sampai termasuk berhenti rehat and tangkap gambar acah-acah.
Kalau korang nak tau track dia macam mana, boleh baca kat blog orang lain, aku tak kuasa nak cerita kat sini, aku nak cerita perasaan aku je kat sini haha.
Ramai orang lepak Sg Pertak je, Sg Pertak pun lawa gila wehhh. Takde air terjun tapi air jernih nak mampus. Dia ada sediakan kawasan camping. Dalam 100m-1km dari tempat parking memang kau akan menyelusuri Sg Pertak. Ikutkan iman yang tipis memang aku nak mandi situ je haha. Next time datang memang aku nak pergi Sg Pertak je. Ramai orang kat situ, berkelah. Tak ramai pergi Lata Medang. Onggile je nak jalan 6km hahaha.
Siapa nak pergi Bukit Kutu and Gunung Rajah pun lalu jalan nak ke Medang ni tapi ada simpang yang memisahkan mereka. Aku tak tau simpang yang mana 1 sebab nak ke Medang akan bertembung dengan 3 simpang, hati2 memilih kalau tak mungkin akan menyesal. Buatlah pembacaan yang sepatutnya sebelum pergi.Nasib baik aku buat pilihan yang bijak haha.
Bila sampai je ya Allahh memang hilang segala penat. Air terjun dia cantik gila. Sejuk nak mampus, ketar gila aku mandi kat situ. Mula2 jumpa air terjun 1st, ada sekumpulan budak muda kat situ mandi. Then decide nak naik lagi. Jumpa lagi satu air terjun. Yang air terjun kedua jumpa ni ada 3 tiers.
Aku tangkap gambar kat tier 1 then pergi mandi2 dekat tier 2. Sikit je kena hiking dari tier 1 ke tier 2.
Tier 1. Daki sikit guna jalan darat tau, bukan ikutt batu ni, licin nak mampus haha |
Tier 2. Yang atas sekali tu tier 3, tak naik dah, sini pun dah cukup haha |
Aku duduk dalam sejam 2 jam kat sini. Pukul 2 turun dah. Oh aku start naik pukul 9 pagi and sampai 12 tengah hari. Thanks God cuaca cantik tak hujan. Korang naik sini pakai sandal hiking pun dah cukup, takde pulak aku nampak kelibat pacat. Hehe. Hari tu aku cakap nak beli sandal hiking kan? Beli dah dekat Decathlon, RM49 jewww haha.
On the way turun tak tukar baju pun sebab aku pakai baju and seluar yang senang kering so yeahhh. Jalan 3 jam dah cukup mengeringkan pakaian kau haha. Tapi agak rimas jalan dengan sandal basah sebab pasir masuk. Aku paling tak suka nak turun. Sakit ooo jari2 kaki ku yang halus ini. Time turun tu sumpah aku tak sabar nak sampai jalan yang mendatar. Jalan menurun dia tanah merah and penuh batu2, tak curam tapi tricky. Hati2 la ye. Jatuh terhantuk batu mau benjol kepala 7 malam.
Alhamdulillah sampai bawah dalam pukul 5 petang. Malam tu jangan cakap la kesakitan kaki aku macam mana, jalan dah rupa kingkong lepas beranak. Nak turun tangga lagi hazabedahhh. But it's worth and I never regret it. Dan akan explore banyak lagi air terjun. InshaAllah. Nak join? Roger me. Hehe
best nad, tingin nk join... plszz
ReplyDeletejommzzz
Deletebestnya, cantik sangat, teringin nak pergi. by the way, saya first time datang sini and terus follow sebab nak tahu entry seterusnya, saya suka content blog ni. saya followers ke 199
ReplyDeleteada peluang pergi la hehe. thank you follow :)
Deletefollow la saya sekali.. entry berkaitan..
Deletehaha betul tu. sekalian alam boleh follow dia ni untuk tahu hal alam haha
DeleteOh, ada juga air terjun dekat kampung situ. Tau ada signboard perkampungan asli. Sebelum ni di sg.chilling ja. chillin. :D
ReplyDeleteada. cantikk. nanti pergi la. sg pertak pun dah cukup cantik dah.
Delete