”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/25/2018

Bukan mudah berjalan berseorangan

Hidup ni ada jatuh bangun dia. Kadang2 kita rasa happy, kadang2 kita rasa sunyi, kadang2 rasa cukup, kadang2 kita persoalkan takdir, kadang2 kita tak rasa apa2. Normal la kan? Setiap apa yang kita rasa tu, hadap je la. Semua rasa datang dan akan berlalu pergi, bersilih ganti.

Luaran orang nampak kita macam manusia biasa, macam takde masalah. Dalaman, kita dan Tuhan je tahu macam mana tahap struggle kita untuk sesuatu perkara. Takde seorang pun akan faham sejiwanya apa yang kita rasa. Ayah Ali meninggal, ayah Abu pun meninggal. Kita tahu dua2 sedih tapi level of kesedihan mereka kita tak tahu dan takkan dapat rasa yang sama. Mungkin Ali sedih 100% sebab ayah dia memang seorang yang selayaknya dipanggil ayah. Mungkin Abu sedih 69% je sebab ayah dia jarang ada untuk dia.

Ada masa masalah datang, kita boleh selesaikan dengan mudah, ada pulak masalah yang datang yang jenis tak sudah-sudah. Ada masalah yang kita boleh ignore, ada masalah yang kita ignore pun dia tetap kejar kita. Clingy. 

Sebagai manusia tak dinafikan kita perlukan manusia lain sebagai support system kita; keluarga, pasangan, anak, kawan or sesiapa je. Tapi akan ada satu ruang yang mana kita takde sesiapa, kita tak boleh harapkan sesiapa melainkan diri kita.

Kadang2 saat paling kita perlukan seseorang lah, takde seorang pun yang mampu untuk bersama. Walaupun kita cuba untuk sentiasa ada especially untuk orang yang kita sayang, tapi tak semua orang mampu buat macam tu even untuk orang yang dorang sayang. Kekangan boleh datang dalam pelbagai bentuk, niat untuk ada bersama tu ada tapi mungkin ada halangan yang tak dapat dielakkan.

What to say? Kenalah jugak berjalan sendiri. Macam satu lagu Malique ni lirik dia 'bukan mudah berjalan berseorangan'. Memang bukan mudah tapi by hook or by crook, that's the only option that we have.

Itulah ujian dan kitaran hidup. Ada masa pulak, kita akan sentiasa dikelilingi orang yang kita perlukan walaupun kita tak harapkan pun untuk dia ada. Ada hikmah setiap ujian yang Allah bagi, ada hikmah setiap orang yang Allah hantarkan pada kita.

Hidup ni memang sandiwara semata-mata. Kuatkanlah hati untuk terus berjalan ke destinasi akhir, untuk habiskan segala sandiwara dan mulakan hidup realiti di alam satu lagi.

Conclusion nya, jangan letak harapan pada manusia. Letaklah harapan pada diri sendiri dengan izin Allah. Haraplah diri sendiri untuk bahagiakan diri sendiri. Haraplah diri sendiri untuk tolong diri sendiri. Kalau ada ruang lebih, tolonglah orang yang memerlukan.

4 comments:

  1. IQ pun baru dengar lagu Bukan Mudah tu, rasa macam kena dekat diri sendiri...

    ReplyDelete
  2. Anonymous9/26/2018

    Dlm hidup ni kadang2 kita terlalu mengharapkan seseorang tu utk tolong kita , bantu selesaikan masalah , tapi kadang bantuan dtg dari insan lain yg sudi pimpin tangan untuk teruskan berjalan. Bantuan yg sebenar datang hanya dariNya.

    Hope you are okay Nadia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess, u r right. harap orang lain, orang lain yang datang. there must be something that Allah wants us to learn from that kan.

      i'm okay. thank you :)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!