Hari tu aku pergi hiking. Tak beragak ye aku ni, tak training apa2 terus shoot Bukit Fraser. Keyakinanku sungguh ku kagumi haha.
Aku gerak dari KL dalam pukul 11 macam tu. Sampai Bukit Fraser dalam pukul 1 lebih. Pagi ok pagi! Haha. Time sampai tu memang ramai hikers lain dah sampai, dorang tengah siap2.
Aku? Aku tidur dalam kereta sampai Subuh haha. Aku siap bawak selimut k, sungguh lena aku tidur malam tu dalam kereta haha. Bangun je terus cuci muka, tukar baju bagai, sejuk gigil tahap kronik air kat masjid tu. Takde heater ke? Amboi demand haha.
Dalam 6.30 pagi baru mulakan perjalanan mendaki. Memula steady je, jalan mendatar. Lepas tu track menurun. Lepas menurun je tu siap wehhh, track turun naik, pacak tak bagi can. Berapa kali berhenti entah, minum la makan roti la, bergambar la. Sebelum naik tu aku memang tak makan apa2. Cari pasalll cari pasall.
![]() |
Muka ada sinyum sebab tak tau bala yang sedang menunggu. Kalau Balakrishnan tak pe la jugak. Eh? Haha |
![]() |
Pahang. Side sana Selangor. Wow sebelah kaki di Selangor, sebelah kaki di Pahang. Amaizinggg |
Antara checkpoint menarik kat sana, pokok yang akarnya membentuk pintu gua.
![]() |
Time ni batery aku dah tinggal half. Charger tak bawak pulak! Nasib ada tenaga solar. Haha. Bateri badan aku tau, bukan handphone. |
Dari checkpoint ni, ada la lagi setengah perjalanan. Hauk betul. Total aku nak sampai Pine Tree Summit tu dalam 4 jam-5jam termasuk berhenti-henti. Lagi 1/3 perjalanan aku memang dah hilang daya nak melangkah. Tapi aku teruskan juga dengan gagah.
![]() |
Acah2 senyum padahal battery dah lampu merah. |
Puncak kesusahan Pine Tree ni aku rasa time dinding berbatu dia. Memang pacak gila and dia berbatu ok and kau kena harapkan tali, akar kayu je untuk berpaut. Tapi paling penting berpaut pada kasihnya Ilahi pada kita. Kalau terlepas tangan dari tali / akar, maknanya Allah lebih menyayangi kita. Al-Fatihah. Haha. Bila dah sampai situ means memang dah sampai Pine Tree tuu.
![]() |
Dalam gambar tak nampak sangat kepacakannya. Pacak macam pakai pomade haha. Cuak mak. |
Bila dah sampai Pine Tree tak sempat nak rehat kejap buddy aku ajak shoot terus ke Twin Peak. Kegilaan apakah? Aku dah taknak pergi dah sebab memang penat and nak layan angin dekat Pine Tree. Tapi fikir balik dah alang2 kan. Dari Pine Tree nak ke Twin Peak dalam 45 minit lagi.
Jalan nak ke sana pun mental, turun naik tapi tak pacak sangat. Just jalan dia susah sebab berselirat dengan akar and jalan dia basah2 lembab. Berjaya jugak aku sampai sana dengan penuh susah dan payah, penat dan jerih. Sampai sana terus aku baring. Sepanjang perjalanan aku tak makan apa sangat pun, roti and m&m je. Banyak minum. Nasib baik tak rasa nak terkencing sangat.
![]() |
Berkabus. Ni aku lupa kat mana. Pine Tree or Twin Peak |
Lepak kat situ menikmati pemandangan dalam 30minit dan patah balik ke Pine Tree. Ikutkan tenaga aku memang rasanya taknak balik. Sanggup aku jadi warga hutan. Aku tengok jugak keliling kat mana yang ada potensi untuk jadi rumah pokok aku haha.
Sampai Pine Tree dah start hujan renyai2. Ah sudah, lagi susah la perjalanan kalau hujan, concern aku nak turun dinding curam berbatu tu je. Ahh redahlah. Dalam 2.30pm bertolak balik.
Alhamdulillah selamat turun dinding berbatu dengan bantuan pelbagai pihak termasuk bomba, JKKKKK, Jakim dll hahahhaha. Ada satu group tu tolong, nampak gaya dorang macam hikers sejati. Sorang tolong bawak turun bag aku. Terima kasih hehe.
Perjalanan balik memang memeritkan sebab aku injured. Time pergi aku terjatuh so ibu jari aku terkepak. Sumpah sakit gila campur muscle tore nya, ankle sakit gila sebab kasut. Aku turun slow gila, sabar je buddy aku menunggu aku. Sebab dia sayang kot dia tunggu, kalau tak mesti aku kena tinggal. Elehh tinggal laa, boleh kahwin dengan tarzan *tetiba cari pasal hahaha.
7.30 malam baru sampai pintu masuk tadi, dengan seksanya. Mental koyak jugak la bila rasa nak sampai tapi tak sampai2 haha. Thank you so much to my buddy sebab bagi aku semangat nak teruskan, tunggu aku dan paling penting bawak kan bag aku separuh perjalanan. Hahahahhaa. I love you lahh.
Sampai je terus pergi masjid tukar baju bagai, and balik ke KL. Esoknya sampai la hari Rabu minggu depannya kaki aku sakit hanetttt. Isnin tu aku ada meeting dekat Putrajaya pulak. Pastu boss aku ajak lunch dekat Alamanda pulak, dengan pakai heels nya sumpah seksa. Rasa macam kuda kaki songsang berjalan. Tapi Alhamdulillah sekarang dah sihat seperti sedia kala.
Ha nak tau tak? Time aku naik hari tu ada sepasang suami isteri ni naik kendong anak. Anak dia15kg. Gila tabik spring oi. Aku yang scary tengok takut anak dia terjatuh ke terlanggar kayu ke. Tapi okay je semua, dah la laju berbanding aku yang bawak anak tekak ni je haha. Memang tak la aku nak bawak anak camtu haha. Lepas tu ada budak dalam umur 6 tahun ikut mak bapak dia, pun laju gila jalan. Kecil2 cili padi gitu.
Menyesal tak naik? Sikit la. Haha. Fikir perjalanan nak turun Bukit Fraser yang bersimpang siur tu pun satu hal haha. Nak repeat tak? Hari tu taknak, sekarang dah tak sakit rindu pulak hehe. Lepas ni nak naik memang kena training la. Lesson learned, bajet hero sangat then melepet haha. Padan muka.
Uish pengalaman mahei nih... good to know you're all okay now. Next time sila buat fitness training sikit dulu nah sebelum nak repeat manjat bukit tu huhuu... :"3
ReplyDeletehaha baiklahh.
Delete