Satu benda yang aku belajar, komunikasi sangat penting dalam hubungan. Walaupun susah macam mana nak luahkan, cari la medium yang paling kau selesa. Macam aku dengan Suami aku, kitorang ada blog private sebab aku jenis suka meluahkan dengan tulisan dari kata-kata. So situ boleh jadi medium kitorang.
Suami aku jenis orang yang alert, perubahan mood aku sikit pun dia boleh perasan and selagi tak bagitau kenapa selagi tu dia push. Ada benda aku boleh cakap je direct, ada benda yang aku takut aku akan tinggikan suara so aku akan tulis dalam blog tu. Janji semua benda terluah. Cara komunikasi tu penting and benda ni subjektif. Kenali diri sendiri dan pasangan masing-masing.
Aku tetiba nak buka isu ni sebab aku baru tau ada kawan aku kena gantung tak bertali yang dia tak tahu apa puncanya. Aku jadi marah sebab bagi aku benda tu menganiaya orang. Tak balik rumah, call tak angkat, whatsapp tak jawab tapi bank in duit tiap bulan macam biasa. Hapoo? Kau ingat dia hadap sangat duit kau? Gaji dia pun dekat 10k dahh.
Apa pun salah pasangan kau, bini kau ada boyfriend lain ke apa, key dia: bincang dan selesaikan. Takkan dekat mahkamah baru nak cerita semua? Allah bagi akal fikir la. Setiap manusia dalam dunia ni buat kesalahan. Kau jangan nampak salah orang je tak nampak salah sendiri, kau jangan ingat kau tu dah cukup terbaik dah. Muhasabah diri. Especially dengan pasangan kita, mungkin ada salah yang pasangan kita buat berpunca dari kita jugak.
Time berbincang kalau boleh just fokus isu semasa. Janganlah ungkit benda lama, point yang sama je pulak tu. Move on la. Nak ungkit benda lama sampai liang lahad tak sudah. Salah macam mana pun orang tu, kalau kau dah kata kau maafkan then move on. Kalau tak boleh maafkan, just move out from that relationship. Nak makan hati buat apa? Ni tak habis-habis isu zaman purba yang sama dibangkitkan. Sampai bila? Firaun pun boleh bangkit balik kalau dengar. Aku dengar pun penat. Konon kau sorang tersakiti, kau tak pernah menyakiti. Kemonnn.
Dalam hidup ni kena ada give and take. Love your spouse unconditionally. Jangan dekat mulut tu asyik cakap 'Aku stay ni sebab anak je'. Sekali Tuhan uji ambil balik anak kau baru ada akai. Make a lot of doa, tolerate when you can, instill sabr in your heart as max as you can. Dan, Allah mencintai orang-orang yang sabar [Ali Imran: 146]. Tetapkan satu arah hidup dan berusaha untuk capai.
Macam aku, tujuan hidup aku adalah Syurga, bukan untuk aku je, untuk family dan Suami aku sekali. Syurga bukan percuma, perlu 'dibayar'. Aku ni tak perfect langsung, banyak buat dosa but I learn from mistakes and I move on. Suami syurga aku sekarang. Ada je aku terkasar dengan dia tapi aku mintak maaf balik. Ada je aku terasa dengan dia tapi aku maafkan coz I can and I'm able.
Key dia communicate, dengan penuh hikmah. Minta kekuatan dari Allah. After all, we only have Him. Semoga Allah terus pelihara dan memberkati perkahwinan kita semua. Semoga apabila diuji, kita terus sabar, optimis dan rational. Kita takkan diuji melebihi kemampuan kita. Jangan pernah cakap Allah tu zalim, sebab Dia Maha Mengetahui. Kehidupan ni luas, depends pada perspektif kita. Kalau kau terkurung dengan emosi lama kau, memang sempit la dunia kau dan berputar dekat situ je, padahal orang lain dah nak sampai destinasi dah.
Marriage is hard work and not everyone is willing to uphold it.. Apa-apa pun kalau dah namanya berinteraksi sesama manusia, kena la usaha utk berkomunikasi. lain la kalau duk ngan kucing je. kekeke.
ReplyDeleteBTW, kesian kawan ko kena gantung tak bertali. Petty nak mampus laki dia.
Betul. Marriage is a lifetime commitment. Sebab tu sebelum kahwin kena prepare betul2. Ada kenalan aku jugak, bercinta 7 tahun tak sampai setahun cerai T_T.
ReplyDeleteKesian kan. Sakit hati aku dengar. Erghhh.