”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/01/2020

Pengalam merentas negeri semasa PKP

Semalam aku dah selamat sampai KL, hari ni dah berkerja macam biasa. Tapi sorang pun tak sampai office lagi, sesat ke apa? Hari ni aku dah start qadha' puasa yang terpaksa ditinggalkan hari tu. Banyak aku baca perdebatan pasal puasa qadha' vs puasa enam. Lepas baca beberapa pendapat aku berpegang pada boleh sekalikan tapi niat qadha' sebab nak dulukan mana yang wajib. Pahala puasa enam aku serahkan pada yang Maha Pemurah untuk memberi. Hehe.

Eh bukan nak cerita pengalaman rentas negeri ke? Bahaha. Takde la cerita menarik pun, semua berjalan dengan lancar. Disebabkan aku je balik, memang ramai la saudara mara kat KL pesan barang dari kampung, dah tak pepasal aku jadi delivery girl, kereta aku pun dah macam lori J&T dah haha.

Hari Sabtu sebelum balik aku belikan ikan pekasam untuk kawan-kawan kat Lenggong. Ikan pekasam Maksu Minah namanya, memang sedap. Dia tak jual kat tepi2 jalan, sape nak pergi rumah dia. Rumah dia dah la cerok gila weh tapi sebab sedap memang ramai datang. Waze pun tak detect rumah dia aku rasa. 

Dia peram ikan pekasam tu dengan asam gelugor banyak gila, ikan memang dijamin basuh bersih, sampai hilang semua darah bau dia peram. Aku beli 40 bungkus hari tu. Time nak beli baru dia bungkus so aku menunggu la kejap, sementara tu dia sediakan tea dan kuih muih. Baik sangat seller tu, orang tua kan, orang kampung pulak tu. Rasa seronok beli kat dorang.

Time sembang2 tu dia cerita yang dia bela cucu dia, baru 8 bulan sebab mak budak tu meninggal lepas bersalinkan dia sebab pendarahan dalam otak. Kesian gila dengar. Semoga budak tu menjadi orang yang berajaya 1 hari nanti. 

Yang kelakarnya dorang bahasakan diri aku kakak kat budak tu. Lepas tu Mak aku cakap umur aku dah 30, terkejut gila dorang, dorang ingat aku budak universiti. Bahaha. Cerita kat Suami aku, aku tanya dia 'Bangga tak dapat bini awet muda?' Dia buat muka annoying bahaha jeles la tu.

Pagi Ahad aku siap2 nak balik. Mak, makcik aku tolong loaded kan segala barang nak bawak dan untuk diagihkan kepada sanak saudara. Lemang, pulut, rendang, pisang, ikan pekasam, kuih raya, telur angsa, ha apa lagi? apa lagi? *marah* Haha.  Tanah pun ada, tanah untuk tanaman bukan tanah kubur. Jadah apa nak bawak balik tanah kubur? 

Lepas tu aku pergi pekan belikan pakcik aku pesan laksa Kuale. Time beli teringat Mama, dia berapa kali tanya laksa Kuale tapi time dia tanya kedai tak bukak lagi. Next time la belikan. Then aku pun gerak ke arah Ipoh lalu jalan lama. Singgah Sg. Siput jumpa Opah jap. Sekali Opah suruh bawa balik air fryer 4 kotak untuk anak2 dia kat KL. Opah aku belanja setiap anak dia air fryer ok, anak dia 14 orang. Kaya opah aku. Siapa nak kawen dengan Opah aku? Dia janda bahahhahaha. Gurau2.

Time ni la aku rasa kereta aku macam lori J&T tapi sayangnya tak dapat upah delivery haha. Aku masuk highway ikut tol Jelapang. Traffic memang lancar sebab kereta takde. Kalau situasi biasa time raya jangan haraplah kau nak tekan 120-140km/h ye. Aku berhenti Ladang Bikam nak pergi toilet, ingat nak beli air, sekali baru teringat mana ada kedai bukak. Berhuhu je la. Minum air toilet sikit. Bahaha.

Then sebelum exit Tanjung Malim ada roadblock. Mak ai tengah jalan dibuatnya. Kalau arah selatan dia buat kat Behrang. Nak tunggu tu lama sikit sebab dia cek dokumen satu2. Tapi abam polis dan askar layan baik, mesra je tak la cranky walaupun diri tengah panas. Ada dokumen dorang lepaskan je, no problem. Lepas tu sampaila KL memang dah takde roadblock, dia jaga dekat sempadan je aku rasa. 

Then aku terus shoot ke Denai Alam. Hantar barang dekat cousin aku dengan pakcik aku. Kat rumah pakcik aku dia belanja Nasi Arab, ya Allah sedap gila. Lepas Zohor aku ke Setapak pulak hantar barang untuk mak mertua makcik aku. Ha jauh tak hubungan tapi kitorang tetap rapat. Lepas tu aku hantar barang makcik and pakcik aku dekat Sentul pulak. Lepak sana sampai pukul 7.15pm. Kebetulan makcik aku masak Nasi Beriani, pergh sedap lagiii. Lately ni aku asyik lapar je, bela jin ke apa haha. Tapi mulai hari ni aku nak diet bahahaha *gelakkan diri sendiri*

Then aku balik la rumah aku yang dah 2 minggu ditinggalkan. Alhamdulillah selamat sampai, barang2 pun selamat sampai ke tuan masing2. Ada benda pelik jadi dalam rumah tapi malas fikir. Suami aku cakap hantu, choiii mulut dia. Padahal dia cerita kat aku Mama pesan jangan takutkan aku, tapi dia buat jugak. Sungguh anak yang soleh.

6 comments:

  1. wahh, dapat balik kampung beraya. okay la tu dapat jadi lori j&t, lain kali upgrade bagi besar lg. sebab iq pn nak tumpang skaki..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha lepas ni taknak jadi dah. Penattt hahhaha

      Delete
  2. Busy dia menghantar barang kiriman orang. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tu la kan. Takpelah demi family, sian dorang tak dapat balik pun ada haha

      Delete
  3. Kalau baca tentang Maksu MInah tu terus rasa entry ni bergenre horror. kaekekekeke..Jaga diri nad. Kerap basuh tangan #ehtiber..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh hi Zhi! Lama tak nampak hehe. When you said that, I feel that too haha. Stay safe Zhi! :D

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!