”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/06/2020

Last Weekend of June; melawat Lumut dan kawasan seangkatan dengannya

Last weekend aku balik rumah mertua. Takde buat apa pun selain melihat upacara kematian jiran cina Mama haha. Hari Sabtu Suami aku bawak round dekat Pantai Kg. Baru, kawasan nelayan lepas breakfast dekat Sg.Wangi. Memang takde motif pun, saja layan scenery.

 
Petang lepas teman dia service kereta dia bawak jalan-jalan ke Lumut. Tak buat apa pun, lepak tepi laut sambil makan laksa, ABC dengan rojak buah. Dia order burger unta weh hahhaa. Aku rasa la sikit, rasa daging biasa je. Ke semua daging memang gitu rasanya. Dengan dia ni pelik2 je benda aku makan, hari tu dia pergi Australia belikan daging kangaroo. Aku tak tahu pun kangaroo sebenarnya boleh makan. Ke tak boleh? Tak boleh dia la tanggung dosa aku sekeluarga, Mak aku siap masak kangaroo black pepper. Haha.

Aku ni orangnya mudah terhibur, dengan Suami pun aku banyak main. Time tunggu servis kereta kitorang main cari perkataan. Kepada suami luar sana, nak bagi isteri yang childish rasa seronok, kau layan je macam budak2. Contoh macam time kitorang main hari tu, walaupun word yang aku suruh dia cari tu dia dah jumpa lama, dia akan keep searching macam susah sangat. Ha aku suka la sebab rasa aku hebat hahahha. 

Hari Ahad dia ajak makan nasi kandar dekat mamak, Abah join kitorang sekali. Memula dia cakap nak ajak pergi Penang. Amboi dia semata nak makan sepinggan nasi je pun haha. Lepas makan dia ajak balik kampung Abah, kot ada durian katanya. Memang ada rezeki kitorang, ada la sebijik. Durian kampung Abah dah nak habis musim. Tak habis pun makan, ambil 2 ulas sorang je.

Lepas tu kitorang pergi lepak Teluk Senangin. Siapa datang area ni nak pergi pantai aku memang suggest Teluk Senangin berbanding Teluk Batik. Teluk Senangin lagi bersih lagi aman sebab dia dekat perkampungan. Tapi nak mandi just be extra careful sebab ada beberapa kes kematian disedut ombak hidup, dihempas kembali dah innalillah. Nak ikut kematian lemas, dekat Teluk Batik pun ada je orang mati lemas. 







Elok je kitorang bla, hujan rahmat pun turun. So balik rumah sambung tidur hahaha.

4 comments:

  1. Pernah juga bermalam di Teluk Senangin. Ada resort kt situ kalau masih ada. Lama dulu dah. Mandi2 disitu mmg bahaya banyak kaca sampai pernah kaki dan hati terluka. Gittchew..

    Zhi dari perak ni selalu rasa beratnya kalau abah ajak pegi teluk batik atau area2 lumut tu. Macam dalam kepala otak "ah takde apa" tapi bila tgk org lain macam enjoy je pegi lumut, rasa macam nak jalan2 juga kadang ke sana sekali sekala.

    Jaga diri nad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah makin banyak resort. haha gitu sampai haati terluka. Sekarang lagi bersih sebab dah jadi sort of kawasan pelancongan.

      hehe sekali sekala meh la datang, relax2 je, memang takde apa sangat, but short vacation quite nice.

      U too Zhi :)

      Delete
  2. Kami 7 tahun kawen dengan orang perak sitiawan sana tu, baru sekali jejak lumut. teluk senangin dengan teluk batik, suami tak pernah bawak, kami duk dengar cerita orang je. kalau balik umah mentua memang melepek je la kat rumah, nak tengok wayang kat AEON pun mentua dah call suh balik. hahaha.. Nasib baik merasa jugak sekali g Pulau Pangkor (tu pun g balik hari, sebab ikut suami g buat kerja site dia)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe lepas ni try la ajak family berkelah kat sana, ajak semua so takde sape call panggil balik.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!