”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/26/2020

4th weekend of August - Melaka (staycation with BFF)

 Woootzz wootzz. Last weekend aku pergi Melaka dengan kawan baik aku sejak Asasi dolu-dolu, my only bff during that era and stay to be one till now. Lama weh tak jumpa dia angkara covid ni. So we decided to go for a short trip and the relax one.

I picked Melaka, entah kenapa padahal sedar dua2 tak suka akan kesesakan. Tapi bagitau aku sekarang ni kat mana je tak sesak? Kat rumah sendiri je tak sesak. Manusia berpusu-pusu bercuti, bye2 social distancing because we have mask on whatt! Hihi

Kitorang stay dekat Imperial Heritage Melaka. What a good choice sebab betul2 depan Dataran Pahlawan. Rate per night RM133 including breakfast. Murah ke tidok? Breakfast dia not bad, masakan sedap and ada variety of choices; nasi goreng, nasi lemak, roti canai, breads, cereals, all the baked beans thingy. Tapi buat masa sekarang, pool dia tutup. 

Bilik not bad cuma memula ada masalah kad tak detect and aircond tak sejuk. Buat aduan sepantas kilat technician datang, very responsive. Aircond tu sebab filter berhabuk, air kencing setan pun ada agaknya. Ciss. Bilik air dia tempat shower kecik so terpercik air bahagian sink, habis basah floor mat. Overall aku bagi ⭐⭐⭐

Kitorang sampai Melaka around 1pm time tu. Guna waze memang dia bawak lalu cerok mana tak tahu tapi cepat sampai dari google map haha. Kitorang terus serbu Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Kitorang awal beberapa minit je, sebab time makan tengok orang beratur tudiaaa. 

Bagi aku asam pedas dia cukup rasa berbanding yang aku pernah pergi sebelum2 ni yang viral jugak tapi tak sedap. Tapi orang sebelah aku cakap tak kick pun asam pedasnya. Entahla selera masing2 kan.

RM35 untuk dua orang makan. 2 pinggan nasi, 2 ekor ikan asam pedas and seketul ayam kampung goreng. Mahal ke murah? Boleh la kot ek?

Dah kenyang pergi beli barang kat kedai2 sebelah tu. Teruss yee. Mak aku pesan gula melaka dengan paste asam pedas cap Bonda. Detailss, nasib baik jumpa. Then belikan mentua aku belacan, biasalah menantu solehah kan, disanjung tinggi katako bahahhaha 😝

Then terus check-in dalam 2.30pm and Alhamdulillah bilik dah ready. Lepas tu kitorang tidur sampai 5.30pm hahhahah. Woi kau nak bercuti ke nak mengeroh? Haha. Bangun2 lepak je dalam bilik. Memula konon nak pergi makan ikan bakar dekat Duyung la Parameswara la last sekali pergi Black Canyon Dataran Pahlawan je hahhaha. Podaci. Black Canyon KL pun ada woi haha. Angkara dua2 tak suka serabut jem.

Then ada lagi sorang kawan baik aku join, dia duduk Melaka. Lepas tu kitorang jalan ke Jonker Walk. Astaga ramainye orang berpeluh ketiak. Siap ada yang kena saman tak pakai mask huhu. Jonker Walk ni banyak peniaga cina so kalau bab makan2 tu kau tengok je la hihi. Depan Taming Sari ada downtown kecik tapi aku tak singgah pun.

Lepas tu kitorang gigih jalan kaki nak pergi makan Big Bowl Ice. Jauh jugak weh menapak and nasib baik boleh order lagi tapi kena take away. Kitorang customer last. Bungkus tapi makan kat luar kedai. Ya Allah nikmatnya weh menatang tu. Refreshing gila lepas jalan jauh. Then ingat nak pergi makan Nan Cheese Pak Putra sekali tutup daaa. Mungkin itu suratan takdir bagi menghalang kitorang makan serupa jin. Haha. Then kitorang ambil grab dah tak sanggup nak menapak. Sampai bilik lepak2 then tidur. 

Pagi esoknya lepas breakfast kat hotel terus siap2 nak check out dalam pukul 10am. Konon nak singgah Big Bowl lagi sekali tapi dia bukak lambat dalam pukul 11.30am camtu. So nak terus balik je la. Dekat satu traffic light yang maha lama di Melaka itu, tetiba kawan aku cakap teringin Mee Bandung Muar. Terus aku suruh dia waze weh. Tengok2 dalam 38km je nak sampai.

Hape lagi?? Kononya nak balik KL terus menghala ke Johor. Permission granted kata Suami aku. Hah! Pucuk dicita ulam mendatang haha. Sebab kawan aku ni terinfluence dengan YB Syed Syadiq (hahahha apo?) kitorang menuju ke kedai2 suggestion dia. Kedai 1st tutup. Then decide nak singgah kedai kopi viral dulu.

Okay kopi dia memang umphh. Berbaloi beratur lama. Tak koser nak minum dalam tu sebab full house so take away je.  Rasa sangat keklasikan kopi tu. Beli 2 botol uncang Kopi O untuk rumah Mak aku and untuk Pak Mertua aku, again, menantu solehah kan bahahha. Then cari Mee Bandung lagi. Ni semua kawan aku yang suggest based on YB SS punya IG. Lol.

Ya Allah sumpah sedap. Cukup rasa. Ahh terngiang-ngiang rasa dia. Gabungan kuah tu dengan daging dia aduiduiui. Jauh ni kalau nak repeat. Time balik sempat bungkus Asam Pedas Muo, tapi aku prefer Asam Pedas Melaka lagi.

Sebelum balik pergi cari Air Pear atas suggestion kawan2.

Rare kan air pear? RM1 je wehhh. Dah la refreshing gila, dia ada rasa yang unik, ada masam2 sikit. Sedap and mana nak dapat air RM1 sekarang weii? Puas hati. Lepas tu terus gerak ke Melaka balik nak makan Ice Bowl (nak jugakk) haha. 

Korang kalau pergi Melaka tak try ni memang rugi. Buah dia fresh and manis2 semuanya. Ais dia tu aku pilih yang milky, gabungan yang mantop. RM12 je wehh. Banyak gila pillihan. Sedap, kalau tak takkan kitorang repeat 2x haha. Dah puas menketedarah kitorang pun balik KL. Jalan jem jugak la sikit sebab ada accident. 7.30pm baru sampai rumah. Alhamdulliah, I had a great weekend! 😁

2 comments:

  1. 2 kali pegi Melaka, aku belum jumpa apa yg sangat menarik di Melaka sampai aku kena pegi sana banyak kali. HAhaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul tu, dengan sesaknya. But yet I dont know why I chose it. haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!