Ahh gitu, bajet flawless haha. Sebab dah beberapa orang tegur muka aku nampak sihat dan glow lately, saja nak share rutin aku dengan korang. Benda2 yang aku apply ni aku dapat tau dari pembacaan dekat Twitter kahkahkah. Tapi mungkin tak berkesan dekat semua orang. Dekat aku Alhamdulillah. Kulit aku tak sensitif, Alhamdulillah. Kalau aku pakai produk baru sama ada dia berkesan dengan tak je. Jarang la menimbulkan jerawat durjana ke apa. So sekarang ni bangun pagi senyum je tengok muka kat cermin, tak kusam dah, tak macam Mak Lampir dah.
Morning Routine
Aku takde pencuci muka spesifik. Aku pakai beli je mana yang nampak menarik. Oh btw, range kulit aku is normal. So currently aku pakai yang ni. Nothing fancy but when it's Simple, you know it's safer. Gel dia ni ada buih, aku suka. Aku pernah beli pencuci muka gel takde buih, aku tak suka. Aku suka berparti buih haha.
Range harga RM17-RM20 (murah bebeno)
Tahan max: 2 bulan
Then aku akan apply toner. Hydrating toner / Brightening Toner. Aku beli ikut dan aku je mana yang aku nak antara dua ni. Dua2 ada hyaluronic acid. Penting benda ni sebab dia mantainkan air dalam kulit kita. Air yang cukup dekat kulit akan buat kulit nampak sihat dan glow, tak dry and dull. This is my favourite so far. Pernah try Jelita punya, ok la tapi aku tak suka sebab ada bau weird. Aku memang akan beli premium sebab rasa rich. Mudah meresap don't worry, just need a minute kot or lesser. Brightening tu aku rasa tak mencerahkan wajah pun tapi gasaklah janji dia retain water dalam kulit aku.
Range harga RM45 - RM65 (aku selalu beli RM44++ je sebab selalu sale)
Tahan min: 2 bulan
I love this both. Currently pakai yang Yuja Niacin je. Dua2 cepat gila serap. Setiap 2 pilihan mesti akan ada most favourite kan? So I think I love most is TO. Dua2 ada niacinamide. Niacinamide ni tujuan dia kurangkan penampakan entiti seperti liang2 pori, dia juga boleh seragamkan balik warna kulit korang, kurangkan kedutan2 di muka so takde la muka ada line macam peta and buat muka gloww. Aku recomend benda ni kat kawan aku, dia bagi feedback yang sama. Muka nampak glow.
Actually aku beli benda ni untuk kurangkan penampakan entiti jeragat (penyakit keturunan) tapi tak la nampak pudar sangat pun, sikit2 je. Orang kata kalau bab tu Alpha Arbutin lagi berkesan sebab dia memang ada brightening agent. Lepas ni nak try AA pulak la. Hehe. Cakap dekat Suami nak buat laser. Dia cakap tak payah, cantik dah kulit sekarang. Eleh taknak kene pow la tu haha.
Range harga RM30 - RM60
Tahan max: 2 bulan
The best and cheap moisturizer. Dia tak menyebabkan kulit berminyak. Bila pakai memang rasa soft and moist. Moisturizer penting ye. Dia yang halang air keluar dari kulit muka. Macam dah pakai hydrating toner tadi kan, so kerja moisturizer ni lock air dalam kulit muka so muka kekal moist dan glow.
Range harga RM15 - RM20
Tahan min: 3 bulan
Elemen paling penting dalam morning routine sebelum keluar rumah especially orang yang berjeragat macam aku ni. Selain masalah keturunan, cahaya matahari pun punca jeragat. Suncreen ni elak muka wrinkles jugak. Suncreen ni memang sesuai dengan kulit muka aku and paling penting murah uolss. Dia tak melekit, takde white cast, cepat jugak meresap. Dia macam cream. Suncreen ni macam2 jenis, ikut la kesesuaian kulit korang.
Range harga RM10 - RM15
Tahan min: 3 bulan
Night Routine
Aku akan mulakan routine aku dengan cleansing oil. Cleansing oil ni akan buat deep cleansing. Aku pernah terangkan dekat entry sebelum2 ni, cari la sendiri haha. So far this is the best for me. Baru 1st bottle. Fragrance free. Aku suka texture dia yang tak too oily, macam ada campur air sikit but work effectively. Senang nak tanggal makeup and aku perasan bila pakai memang keluar daki2 dekat muka. You can feel it on your palm. Sebelum ni aku suka Biore tapi bye2 la Biore. Takde duit boleh beli Biore sebab murah sikit hehe. Ni pun cara buat kulit glow; double cleansing.
Range harga RM35 - RM40
Tahan min: 3 bulan
Then aku pakai pencuci muka seperti di atas.
Muka aku obvious nampak glow lepas pakai benda alah ni. Dia ada active ingredients which aku tak tahu apa haha tapi function dia untuk glowing la (obviously stated at the bottle kot Beronn. Lol) Haha. And memang function. Aku berani pakai bila aku rasa basic aku dah strong. Aku dah bina satu sisi/benteng yang kuat untuk kulit muka aku. Haha. Basic yang dah strong bermaksud kau pakai pencuci muka, moisturizer and sunscreen tanpa skip. Kalau kau pakai active ingredients tapi tak pakai suncreen awas kau ye, nanti muka jadi lagi teruk. And sebab tu aku pakai ni malam je. Ada orang pakai sekali dua seminggu. Boleh je pakai hari2 siang malam, depends pada muka korang. Eksperimen sendiri la ye.
Range harga RM55 - RM100 (ada 2 sizes)
Tahan min: 3 bulan (100ml)
Then aku pakai moisturizer seperti di atas. Itu sahaja. Ohh seminggu 2x aku pakai sleeping mask lepas apply moisturizer.
Bila bangun pagi muka extra soft hehehe. Ni adik beradik serum yang aku pakai tadi. Dua2 bau citrus.
Range harga RM50 - RM60
Tahan min: 5 bulan
Benda2 ni aku rajin bila kat rumah je. Bila aku travel aku just bawak yang basic sebab malas nak angkut haha.
Oh and now setiap pagi aku akan blend buah oren + apple + lobak + halia untuk breakfast. Tujuan aku nak cuci perut hehe. Tapi tak tau la kalau Vit C buah oren tu sikit sebanyak membantu menyihatkan kulit ku giteww. Tapi resipi tu sumpah sedap, you guys should try. Aku tak tapis pun hampagas dia. Tu la fibre nye pun kan and bagi kenyang.
Jadi laki jugak senang kan? Laki aku kadang2 pow aku punya pencuci muka, tapi mostly dia tak pernah cuci muka. Nak pakai cream2 tu lagi le idak. Tapi elok je mukanya pun takde la kusam ke apa. Hishh nyampahh haha.
Aku masih belum berani nak post tentang Skin Routine.
ReplyDeleteRisau orang kecam post ttg skin routine tapi muka kusam.
Uhuk~ Nantilah bila dah floles baru up satu kali.
xo.
Hehe Bagi kau je kot kusam. aku update sebab nampak perubahan positif. Sharing mana patut hehe.
Deletenak try la Yuja Niacin lemon tu.. aku fanatik sket benda berunsurkan lemon ni hahahaha
ReplyDeleteHa cuba la. Worth trying hehe
Delete