Sementara menunggu takdir hidup yang seterusnya, aku pun menjalani kehidupan macam biasa. Alhamdulillah tenang dan bahagia. Tipu la takde stress ke apa tapi it's life and manageable.
Di satu petang, aku dapat message dari seorang kenalan yang bertanyakan macam mana aku dapat pindah? Aku dah pelik. Aku cakap aku tak dapat lagi tapi dah mohon. Risau jugak kemungkinan ada orang tahu dulu dari aku. Aku cek HRMIS memang takde apa2 update. So aku lupakan hal tu.
Pagi esoknya aku masuk pejabat, bos aku panggil dan bertanyakan tentang betul ke aku dah dapat pindah. Ok ni dah memusykilkan. Kurang 24jam dah 2 orang tanya padahal aku tak dengar apa2 cerita lagi. Bos aku cakap big bos yang bagitau. Takkan big bos nak tipu kan? Bos aku suruh cek dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) sebab mungkin surat tu dah sampai ke big bos tapi belum ke aku.
Aku masuk bilik aku and decide nak cek e-mel sebelum call PSM. Alangkah terkejutnya aku bila nampak e-mel dari PSM. Aku buka dan baca dengan penuh debar. Aku dapat pindah Perak! Speechless. Sumpah speechless. I wasn't happy at all at that moment. Plus penempatan aku adalah bukan seperti yang aku harapkan. Huhu. Aku sayangkan ilmu dan pengalaman yang aku dah grab dekat tempat lama and aku tau dekat tempat baru tu semua no use. Suami aku cakap benda yang sama. But what to do? InshaAllah ini yang terbaik. Aameen.
Aku pergi bagitau bos aku, dia happy gila untuk aku tapi dia nangis sebab aku kena keluar. She's the best boss anyone could ask for. Berita aku dapat pindah tersebar and semua ucap congrats but why I didn't feel overwhelmed with happiness? Aku jadi sayu. Aku selesa duduk KL ni sebab kawasan aku memang tenang tapi facilities ngam habis. Aku macam dah terbiasa dengan jem sikit2 ni, kalau dulu jem sekejap pun aku serabut. Sayang nak tinggal kan KL, kerja kat sini, kehidupan. Semuanya best bagi aku. Tapi sebab fikirkan orang lain jugak, aku la yang perlu berkorban. Semoga ini yang terbaik. Aameen.
Aku cerita dekat Suami dia pun rasa benda yang sama 😟 Kitorang asyik mengimbau kenangan2 kat sini, setiap pelosok tempat kitorang pernah pergi, gurau senda kitorang dalam rumah kecil yang aku sewa ni. It's hard to move on from good memories I guess.
Tapi aku yang mintak tukar. Dah kenapa aku pulak yang macam tak redha ni? So aku betulkan balik niat; aku nak dekat dengan Suami, parents, parents-in-law, family. Parents aku happy habis aku dapat pindah. InshaAllah bila dekat dengan family akan lebih bahagia. Aameen. Doakan aku.
Mungkin aku jadi serabut jugak sebab short notice kot, nak fikir pindah, nak mulakan hidup baru, kenal orang baru, blerghh (introvert's problem). Aku dapat tahu hari Selasa, aku kena lapor diri dekat Perak hari Isnin, less than a week. Aku jadi serabut memikirkan banyak hal, rumah, garis masa, etc. Aku ambil keputusan untuk malas nak serabut sangat. 1st thing 1st aku siapkan semua kerja aku, aku buat nota serah tugas, etc.
Dari Rabu sampai Jumaat sorang2 kawan aku raikan pemergian aku. Omg, I feel so loved and blessed. Thankyou kesayangan semua. Paling terharu dorang belanja aku Pavlova yang sebiji harga RM220. Gila betul. Aku memang lama dah cakap nak pavlova, so dorang tunaikan. Alhamdulillah for the amazing people around me.
Ada 1 malam tu aku lepak dengan colleagues aku sampai malam dekat ofis, just spent time together. Main game, makan. Nak lepak dekat luar tak boleh PKPB ni. They're the best, very supportive, walaupun kuat menganjing but very helpful. I'm gonna miss you guys dearly, as I writing this, I already miss our moments.
Hari Khamis aku pergi balai polis nak minta kebenaran merentas negeri. Selalu lepas lulus aku happy tapi ni rasa sayu sebab it might be my last time mintak permission rentas negeri. Goodbye KL's life.
..to be continued..
AH.. congratulations. Biasanya hal begini jadi pada waktu yang tepat. Allah tahu yang terbaik untuk kita. Bertabahlah dan teruskan hidup dengan baik-baik saja. Lepas ni mengayuh kat perak, view kelapa sawit ke camne. hmmph~
ReplyDeleteHehe Thank you Zhi. Thank your for your soothing words. Aku dalam proses menerima perubahan dengan redha and gembira. Jom Zhi teman aku mengayuh lepas tu singgah pekena cendoll haha
Delete