”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/31/2021

Myvi 1.5H upgrade to?

Jeng jeng jeng HAHAHAHA Kerja gila betul. Baru je tukar kereta last year dah gatai nak upgrade lagi pulak. Kau dah kenapa? Annoying betul perangai haha. Ni semua salah Suami aku hahaha. Ada satu hari tu dia ajak jalan2 dalam Mall and ternampak ada pameran satu kereta dari Jepun ni, dia ajak ushar.

Kitorang tertarik dengan 1 kereta Sedan Segmen B ni. Lawa woii sporty nak mampus. Lagi menarik sebab dia guna enjin 1.0 Turbo so sangat jimat minyak dekat situ. Try masuk dalam kereta, interior and bonet dia pun menawan hati, tapi idok le aku masuk sampai bonet.

Kitorang memang dah jatuh cinta la kiranya, then keluar mall masih sembang pasal kereta ni. Nak ambil ke? Kalau nak ambil macam mana dengan kereta Myvi tu? Kebetulan Mak aku ada sama time tu, so bincang dengan Mak aku sekali.

Adik laki aku baru dapat kerja and memang tengah cari kereta tapi yang murah2 je. Offer dia sambung bayar kereta yang Suami tengah pakai time tu and Suami sambung bayar Myvi aku. Bincang sambil nak ke parking je, terus setuju. Arghhh suka buat keputusan membabi buta. Nak beli kereta macam nak beli ikan Mak aku kata haha.

Inilah dia manusia bila hidup berlandaskan nafsu. Kakaka. Kitorang masuk kereta keluar dari mall tu dulu and pergi Gulatis nak cari kain. Tapi aku dengan Suami lepak dalam kereta je, masih gila bayang dengan kereta tu dan terus mendebatkan rationality untuk mengambil kereta tu. Debat punya debat, buat calculation bagai dalam masa 30 minit, kitorang terus patah balik ke Mall tu untuk booking hahaha.

Ah mampus budak dua ekor ni, menjadi je projek kalau berdua haha. Bayar duit booking RM300 yang akan ditolak dari downpayment. Downpayment kitorang bayar dalam 3k je, yang lebih loan. Kitorang decide ambil warna merah macam Myvi sekarang walaupun merah dia lain sikit. Aku dengan Suami tak la mengharap sangat untuk loan lulus, kalau tak lulus pun nothing to lose gitu. Sepanjang nak tunggu loan lulus ke tak, hari2 aku fikir, betul ke idak aku ni? Haha. Adoi la.

Benda lain yang aku akan dapat kalau jadi ambil:

1. Rebate RM1k

2. 5 tahun warranty.

3. 5 kali percuma services (labour and equipments), alternate.

3.  Free dashcameras depan belakang, visor, tinted V-Cool, kicking plates, trunk tray, doors handle protector, all worth around RM5k. 

17/3/2021 - Agent called cakap loan lulus. Ha sudahhh hahaha. Pergi sign agreement. Debor weh haha.

24/3/2021 - Kereta sampai tapi aku tak boleh nak pergi ambil sebab busy. Wah gitu. Haha. Maka tersadai la kereta tu di showroom. Mesti dia tak sabar jumpa aku tuan dia yang jelita ini hahahha. Aku pun tak sabar sikit (eleh ego nak mengaku banyak haha) tapi sebab busy dengan meeting la kursus la so tak terasa sangat.

30/3/2021 - Jeng jeng jeng. Hari yang dinanti-nati telah tiba. Siap ambil cuti uoolsss hahaha. Semangat. Mestilah Laki aku pun ambil cuti sama hehe. Lepas ambil siap balik rumah Mak dengan Mama nak tunjuk haha. Sebab memang aku niat ambil kereta ni untuk bawak dorang berjalan dalam keadaan yang paling selesa yang aku mampu sediakan. 

On the way balik rumah Mama dari rumah Mak boleh pulak bertembung dengan kereta yang sama tapi warna lain, dia siap dah tukar sport rim, body kit bagai. Woi smart nak mampusss. Tapi aku perlukan dalam 5k lagi kalau nak jadikan kereta itu sebegitu mengiurkan haha. Sembang dengan Suami buat slow2 la, sharing is caring giteww hahaha.

Kereta ni jimat minyak. Semalam isi RM50, km dia naik 600km++, aku isi minyak RM50 dekat Myvi pun naik 500km++ je.

Malam tu Suami aku siap ajak pergi DIY nak beli barang2 cuci kereta. Tak pernah2 dia ajak aku pergi DIY haha semangattt! Bab kereta memang dia yang jaga harap aku memang harapan je la haha. Aku tahu bawak je. 

Aku bukan nak brag. Tapi ini milestone hidup aku walapun berhutang kakaka. Aku memang manusia yang sukakan kereta. Dulu aku pernah bercita-cita nak ambil engineering in automotive walaupun sedar bodoh fizik haha. And Suami aku pun ada minat yang sama so bab kereta ni selalu je jadi topik bualan kitorang. Eh nanti beli kereta ni nak, kereta tu la. Omg, cantiknya kereta tu Sayangg! Ha gitu haha.

Orang ni bermacam-macam jenis. Ada yang kedekut dengan diri sendiri sebab nak menyimpan. Aku pulak jenis manusia yang tak sedar diri dan hidup kira nak enjoy je haha. Aku bukanlah tak menyimpan langsung tapi aku jenis yang akan lunaskan apa yang aku nak dulu berbanding simpanan berkepuk-kepuk kakaka. Bagi aku, hidup ni sekali and sementara je, grab what you want. Giteww cakap senang haha. Lagipun kalau takde duit, Suami kan ada hahahha. 

Semoga Allah mudahkan urusan, berkati keputusan aku beli kereta ni dan banyakkan lagi rezeki aku dan Suami. Aameen. 

2 comments:

  1. Anonymous3/31/2021

    Assalam nad.
    Kereta ape nad? Share la. Tengah cari-cari kereta jugak ni nak upgdrade. Macam best je kereta nad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm

      Haha banyak hint dekat atas. Made in Japan, Sedan Segmen B, 1.0 Turbo. Tak silap dekat Malaysia untuk segmen B ada 1 je yg cc dia 1.0 turbo setakat ni.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!