”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/20/2021

Day Trip - Penang

Hamboiii kemain sakan berjimba, pantang ada peluang. Balas dendam betul ni haha. Pergi Penang time cuti umum dan time orang tengah peghak lagi bercuti memang cari pasal nama dia haha. By the way, tahu ke peghak tu apa? Haha. Bahasa Perak ni. Peghak bermaksud terkinja-kinja nak buat sesuatu yang dah lama tak buat or tak pernah buat. Definisi ni aku reka sendiri hahaha. Sikit lagi aku boleh jadi Munsyi Dewan aku rasa haha.

Kitorang gerak ke Penang lepas Subuh. Kalau bab berjalan semua semangat bangun awal, cuba ajak jogging. Mehhh haha. Destinasi pertama adalah cari sarapan di Taiping. Memula ke kedai roti canai di Air Kuning tapi sayangnya tutup. Teringin roti canai makan kat kedai oi sebab aku tak suka roti canai bungkus.*Ngade.

Then pergi cari Nasi Lemak Tupai. Bukan ada tupai masak sambal oii, nama tempat tu Tupai. Haha. But again, takde rezeki jugak sebab tutup. Then random je makan dekat kedai yang nampak bukak. Jadi la isi perut. 

Lepas dah kenyang terus bertolak ke Penang, keluar guna Jambatan Kedua then terus shoot ke Batu Feringgi. Sampai around pukul 12 macam tu. Jemmm tapi jem yang bergerak. Tak annoying sangat. Yang annoying adalah nak cari parking.


Dah pusing sana sini, then jumpa la tempat sesuai nak lepak. Ingat nak cari laksa penang tapi apakan daya, kedai tak bukak lagi. Kami dah nak balik baru kedai nak setup. Aaaa sedihh. Kena datang Penang balik ni, nak pekena laksa and Nasi Milani. Surrrr. Haha


Pekena pasemboq jaa. Layannn

Panas lit lit weh Penang semalammm. melengaihh ceq. Dalam 1.30pm gerak ke Masjid Terapung Batu Feringgi. Cantik masjidnya tapi sayangg toilet ada dua je. Apooo? Masjid sikit punya besar, Toilet ada dua. Tempat wudu 30 ada. Wudu' orang ambil kejap, yang lama memerut. Alahai common sense haha.

Then gerak ke Esplenade Park nak cari lunch. Dah sampai sekali tak boleh dine-in daa. Kene bungkus makan tepi padang. EH koserr. Panas kot. Then ada cadangan nak ke Hamedia pekena Nasi Kandaq. Dah 2x pusing cari parking baru perasan orang beratuq tudiaaa, dari Hamedia ke Batu Feringgi ada hahaha. So terima kasih je la, cari la tempat lain.

Finally decide makan Ikan Bakar dekat Blue Orchid Seafood Station. Sampai dalam pukul 4 lebih, makanan siap pukul 5.30 pm haha. So layan je la laut sementara tunggu makanan sampai. Bukan ramai orang tapi sebab kedai bukak pukul 5. Sabar je la menanti. Nasib masakan dia not bad. Habis ikan tu aku ratah tinggal mata and gigi je hahaha. 


Habis makan terus balik sebab hari ni kerja, I need my beauty sleep haha. Memang ke Penang nak makan2 je walaupun hampa banyak makanana yang diidamkan tak dapat. Terpaksalah pergi lagi sekali. Eh hahaha. 8.15 pm dah selamat sampai rumah. Alhamdulillah. 

8 comments:

  1. Uncle kalau Penang... Pasemboq itu MESTI!hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinyaa! Haha. Kalau saya tambah Nasi Milani, menu wajib! Haha

      Delete
  2. lama dah tak pi penang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe boleh la pergi dah boleh rentas negeri ni :)

      Delete
  3. antara tempat yang teringin saya nak pergi Penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila la pergi, syurga makanan. tapi elak pergi weekend or cuti umum kalau taknak bersesak :)

      Delete
  4. Bestnya jalan-jalan....bila la SA nak jenjalan sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe boleh consider pergi next week, ada cuti depavali, kalau tak kisah bersesak ;)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!