”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/03/2021

Day Trip - Penang Again?

Khamis dan Jumaat lepas, aku dengan Husband cuti, konon nak kemas rumah untuk pindah. Tanpa sengaja kitorang ter ke Penang. Ter ye ter. Tak sengaja hahahaha. Aku dengan dia ni memang suka buat kerja takde plan, tetiba jadi je, tetiba beli je.

Kitorang bertolak pun dah lambat, dalam 11 lebih sebab tunggu orang cabut aircond dekat rumah sewa lama dulu. Gerak je terus menuju ke area Quensbay nak makan Nasi Milani. We'd been craving that little piece of heaven since forever haha. Perut memang lapar gila la cerita dia sebab tak breakfast. 

Tapi bagi aku dah tak se umphh dulu. Mungkin chef dia balik Pakistan kot. Laki aku cakap dia nampak Melayu yang masak. Uhukk.

Dah habis makan Suami aku ajak jalan2 dekat Quesnbay Mall depan tu tapi aku ajak dia pergi Design Village. Laki aku tak pernah pergi situ weh sebab bila dengar perkataan village, dia rasa tu bukan standard dia. Wah wah kauuuu! Haha

Kami pun pergi dengan niat nak tengok2 jewww 👀 Maka pusing la kami dekat DV tu and hopped dari satu kedai ke satu kedai. Memula Suami aku beli selipar sebab selipar dia dah haus. Then pergi kedai lain, dia terbeli seluar pendek untuk main rugby pulak. Amboi sakan naa shoping. Aku masih berjaya kawal nafsu haha.

Dah habis satu pusingan, kami pun masuk kedai terakhir, Under Armour. Belek2 punya belek halahhhh berkenan pulak dengan 1 kasut ni. Suami pun ada berkenan dekat 1 kasut. Dah try bagai, tetiba TERbeli wehhh hahaha. Mampus perangai macam ni. Padahal banyak duit nak guna nak masuk rumah baru. Halahh halahh halahh. 

Sampai je kaunter, cashier tanya taknak tambah lagi 1 item ke? Kalau tambah dapat semua items tu -10%. Hisshh apa ni hasut. Laju je cari barang, nak cari paling murah. Dah belek sana sini, terjumpa la bagpack. Ibarat bagpack tu percuma la hehe.

Mine. Syomel takk? Hehe


His. Kasut ada bluetooth wooo. 1st time jumpa, jakun jap haha. 

Walaupun duit dah melayang, tidak lagi serik, maka kami terus ke Ikea untuk makan dan mencuci mata a.k.a berangan untuk rumah baru. Ni memang betul berangan je sebab duit dah yillerk hahahha.


Aku makan meatballs, Laki aku makan ribs. Aku suka betul meatballs dia, perfect combination. Memula dulu pelik ada jem tu tapi bila satukan dengan gravy and mashed potato, ummphhh! rasa dia. The mashed potato is da bomb 💥. Habis makan then pergi meronda kejap. Lepas tu terus balik. Sampai rumah dalam pukul 11 macam tu. Balik terus tidur sebab Jumaat - Ahad dah tau hazab nak angkat barang nak pindah. Kitorang ibarat reward diri dulu sebelum kerahkan tenaga. Ahhh ada je alasan kauu hahaha.

Thank you Husband! 😘

6 comments:

  1. kasut ada bluetooth? Ini canggih sangat ni....

    uncle pakai kasut pasar malam je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya pun 1st time tauu.kasut pasar malam memang sedap pakai esp yang utk hiking tu :D

      Delete
  2. Lama tak gi Ikea.tp kalau nak makan meatballs takleh gi dgn husband.. Mmg dia tak layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband boleh makan menu lain. Ke dia maakan nasi je? Hehe

      Delete
  3. alhamdulillah best jalan-jalan

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!