”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/16/2021

Balik Ipoh dari Tapah lalu Cameron

Hari Jumaat lepas aku dengan Suami half day sebab tunggu Cina grill datang pasang grill dekat tingkap dapur. Lepas Maghrib Suami ajak teman dia main bola dengan officemates dia dekat Tapah.  Tup2 lepas Gopeng jem teruk sebab ada lori rosak. Delay dekat sejam. Suami dapat main 2nd half je.

Habis main dalam pukul 11 malam dengan menang, menanggung kekalahan. Kahkahkah. Time simpang nak masuk hiway, Suami cakap 'jom lalu Cameron nak?'. Aku cakap ikutlah sebab dia yang nak drive. Dia kata dia on sebab baru lepas minum Livita free, bertenaga katanya haha. Ikutlah.

Buat kerja gila, dari boleh sampai rumah pukul 12, pukul 3 pagi baru sampai. Bukan singgah mana pun, memang lalu semata-mata. Memula ingat nak parking dekat mana2 then tidur kejap tapi sebab tak Isya' bagai lagi so memang balik terus. Pekan Cameron pun mati malam2. Haish jadi kerja betul. Dah la sejuk nak mampus, Laki aku slumber pakai seluar pendek haha. Kulit biawak agaknya hahaha.

Hampir sepanjang perjalanan aku tidur. Entahlah makin tua ni ada motion sickness pulak aku, dulu elok je. Perut rasa tak sedap tapi takde la muntah. So baik aku tidur dari pening kepala. On the way turun kabus memang tebal gila. Dah nak sampai bawah aku offer drive sampai rumah. Then terus solat semua, tidur sampai ke pagi. 

Bangun tidur kemas rumah pulak yang tak settle2 lagi. Dekat pukul 4 petang baru keluar cari makan. Habis makan terus balik rumah Mama. Esoknya Suami ajak membaja sawit Mama yang Abah tanam. My 1st experience ever. Pokok tengah kecil senang la, pakai campak je baja tu. Dalam sejam settle around 200 pokok 💪. Suami gelak sebab aku pergi membaja pakai kasut Crocs haha. Tak sempat nak singgah hardware beli kasut puachukang. 

Dengar cerita harga sawit bakal melambung. Harap bila dah dapat untung nanti Mama hadiahkan aku Peugeot 3008 sebijik 😂 *tolong ada maknaa haha

Habis membaja lepak rumah Opah. Aku lemah betul pergi rumah Opah sebab Ngah (makcik Suami) yang duduk sekali dengan Opah tu bisu, anak dia pun bisu. Kebetulan hari tu ada Andak (makcik jugak) pun bisu. Opah pulak dah tua, cakap mumbling and suara slow. Huaa aku dah la kategori pekak. Susahnya nak faham apa dorang cuba sampaikan. Aku takut tergelak untuk benda yang tak patut gelak. 😅

Orang pekak mesti bisu kan? Sebab takde word yang masuk ke telinga dia, so dia tak boleh digest word. Tapi orang bisu tak semestinya pekak sebab kadang2 dorang dengar tapi peti suara dorang takde suara *teori sendiri haha. Tapi aku rasa Ngah kategori 2 sebab cakap dia dengar cuma dia takde suara. May Allah bless them.

Tengahari tu Andak masak tempoyak ikan kembung, Ngah ada masak rendang ayam. Sedap rendang yang Ngah masak. Dah kenyang terus balik *cucu derhaka hahaha. Lepas Asar kami pun balik rumah untuk menyiapkan diri kerja hari Isnin. Why weekend only 2 days? Who implemented it? Hergghh haha.


6 comments:

  1. Alaaa... takde ke foto membaja pakai kasut croc?

    :D

    ReplyDelete
  2. dh lama xmerayau smpi tgh pg gitu..skrg max kul 12am la mampu..tu pn kepala ting tong ckp pn xbetul dh..tua kan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha lagipun ada anak2 kan, kene follow body clock dorang jugak. Kami pun agak tingtong la jugak, esoknya bangun pukul 1030am! hahahha

      Delete
  3. orang betul power boleh drive malam-malam.

    saya memang aak sanggup

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya pun tak boleh. sekejap2 boleh la kot.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!