”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/09/2021

Kisah Pindah

Aku paling benci hal nak pindah ni. Nak pack nak unpack. Herghhh. Awal bulan hari tu officially aku berpindah ke rumah yang aku beli walaupun tak siap sepenuhnya lagi *herghh. Dan harapnya itulah perpindahan terakhir aku sebelum aku dipindahkan ke alam lain kakaka. Penat woi, sampai hari ni terasa penatnya *over

Khamis dan Jumaat tu aku ambil cuti. Suami aku lagi semangat, dia ambil cuti seminggu. Amboi dia. But I couldn't thanks him enough. Boleh katakan 80% urusan rumah dia uruskan, aku uruskan bab shopping je 😜 itupun consult dia jugak. Thank you Love for your effort, time and energy. 💕

Hari Khamis yang konon nak start pindah tu kami dah terpergi Penang pulak, burn sehari haha. Jumaat start pindah barang2 kecil. The struggle is hari Sabtu dan Ahad time nak pindahkan barang2 besar. Memula ingat nak ambil mover tapi Laki aku cakap membazir sebab tak banyak pun barang besar kami. Tak banyak punnnnnn....

Kami pinjam Triton pakcik aku je, gamble je angkut segala tilam queen bagai dalam tu. Dah la hujan. Adoiiii. Nasib ada beli wrapping. Dah layak jadi mover dah kitorang.

Trip pertama hantar rangka pintu dan tingkap ke rumah Mama sebab Abah tengah renovate rumah Mama, so dari membazir baik bagi untuk rumah tu kan. Returns dalam 140km. Lepas tu patah balik ke rumah sewa, angkut pulak katil, tong gas, mesin basuh bagai.

Dah selesai yang tu lepas Maghrib patah balik ke rumah Mama nak bagi Mama peti ais kitorang sebab aku beli peti ais baru hehe. Sampai sana makan dulu dekat kedai Mama then baru letak peti ais dekat rumah Mama.

Sampai balik rumah sewa, angkut pulak tilam queen bagai, dalam hujannya, memang meyeksakann. Boleh kata Laki aku buat sorang je untuk barang2 besar ni, aku support je dengan tenaga seorang wanita yang lemah haha. Dia la angkat, dia la ikat, dia la bawak turun hehe. Nasib baik dapat Suami sado 😝

Tu last trip. Sampai rumah baru terus siap2 nak tidur. Tu 1st time kami tidur sana, beralaskan toto sebab malas nak assemble katil lagi. Penat namati, mintak nyawa. Tapi malam tu tak boleh tidur pulak entah la sebab apa. Rumah baru kot kan.

Esoknya lepas kontraktor datang pasang grill rumah, terus pergi rumah sewa balik untuk finishing. Last bawak kesayangan kami naik Triton, iaitu basikal! Haha. Aku vacuum rumah bagai, dalam pukul 4 kami serah kunci. Tak la sedih sangat sebab 10 bulan je duduk situ. Tapi perumahan tu best sebab jiran2 supportive and banyak meniaga makanan. Hehe.

Maka bermulalah kehidupan kami di rumah baru dalam keadaan rumah yang masih serabut sebab kabinet dapur and kabinet baju tak pasang lagi. Sampai hari ni!! Tu satu masalah jugak dengan kontraktor. Ahhh serabut betul nak mengisahkan kontraktor yang satu tu. YA Allah, permudahkanlah. Berkatilah rumah kecil kami supaya membawa kebahagiaan, rezeki yang melimpah ruah, keberkatan kepada kami sekeluarga. Aameen. 


4 comments:

  1. Uncle percaya suami Nad sado...

    Kasut ada bluetooth tuuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kasut tu je berlari uncle, dia tidur. so kasut je sado haha

      Delete
  2. best sungguh ad rumah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. InshaAllah, semua orang punya rezeki msg2 :)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!