Aku dekat office ni, tak cuti pun sebab kejap lagi ada raptai sambutan Raya peringkat Negeri Sabtu ni. So no point aku ambil cuti, lagi pun takde apa nak buat dekat rumah. Jemput meriahkan majis mengkome wehhhh Sabtu ni dekat Stadium Indera Mulia, Ipoh. Janganlah bagi aku sendu berkerja berseorangan di hari Raya! Haha.
![]() |
Jemput tau koranggg! Macam2 menu ada. |
Office kosong now sebab ramai dah cuti, ada yang dah ke tapak untuk raptai. Aku lepas Zohor baru gerak. Ni tak tahu nak buat apa, tray kerja dah kosong dah. Next week aku masuk kerja Selasa and sambung cuti Rabu sampai Isnin depannya. Isnin tu cuti Hari Perkerja. Wehoooo.
Nak bebel apa ye pasal raya? Persiapan raya semua dah siap InshaAllah. Duit raya pun dah tukar. Family aku besar, portion untuk duit raya je RM1.5k huahuahuaua *gelak sambil lap air mata*. Takpelah, kita niat sedekah, nanti Allah ganti balik berlipat kali ganda, InshaAllah.
Tapi belum raya lagi aku dah dapat RM350 duit raya! Yihaaa haha. Harap bertambah la amaun tu haha. Syok oo tua2 pun dapat duit raya. Tahun ni Mak aku tak buat business cookies sebab dia nak rehat, so nampaknya takde la duit raya dari Mak. Sobsss HAHAHA.
Aku sekarang tengah gila beli crystals bracelets. Tapi aku tak la beli yang mahal, semua murah je, majority bawah RM20. Paling mahal pun RM60 camtu. Ada weh yang sanggup beli yang beratus. Kalau beratus tu bagi aku baik beli emas.
Aku memang suka crystals lama dah tapi tak jumpa port. Ni jumpa orang buat live kat Tiktok. Ada 4 kedai aku follow, semua cantik2 pulak tu, tak ke gila jadinya? Collections aku, aku upload dekat Tiktok, tu pun ada yang tak upload sebab takut Suami marah hahaha. 'Kau ni tangan ada 9 ke sampai nak beli banyak macam tu?' Perli Suami ku kepadaku. 😒 Dia tak tahu ke kita nak pakai sampai lengan! Haha.
2 koleksi aku daripada 30 utas yang lain! HAHAHA. Tu pun ada yang tak sampai lagi. *larikkkkkk. Tak semua aku beli macam ni, ada je yang aku beli crystals sahaja. Tapi kita beli gred biasa2 je la kan, boleh beli banyak2 tukar pakai hari2 hehe. Aku harap sangat korang faham tau wehh*tiberr haha. Cincin tu pun batu crystals! Cantik. RM8 je satu hehe.
Pagi tadi pergi kerja hujan lebat yakmat and kereta arah utara memang berpusu-pusu. Tu mesti semua yang gerak time sahur. Seronok ke ek sangkut dalam jem? Soalann punn! Haha. Aku dulu time duduk KL ada la merasa tapi mostly bukan aku yang drive. So bila kita tidur takde la rasa sangat haha. Aku doakan semua yang tempuh jem berjam-jam selamat sampai dan enjoy the journey.
Makin tua ni makin tak excited nak raya plus bila kena kerja hari raya kan haha apa la nasib. Tahun lepas aku kerja jugak time raya and lesson learned; kena pakai kasut yang selesa! Tahun lepas kasut tu dah la sakit bila lama-lama pakai, salah size pulak, terbesar, so memang kacau. Tahun ni aku beli wedges je siap ada cushion! Ha boleh berlari. Time kerja tu memang ke hulu hilir, berdiri paling kejap 2 jam ye kawan2.
Dah tak tau nak bebel apa haha. So aku doakan kita semua gembira di samping yang tersayang terutama di musim lebaran ni. Control your food intake! Boleh makan semua tapi sesudu je each hidangan haha.
Kalau ada sesiapa nak bagi aku duit raya, roger ye, aku nak beli crystals bracelets lagi! Huahuahuaua.
1.5k untuk duit raya? Ini mesti bonus 5 kali lipat ni....
ReplyDeletetak la Uncle, sebab dah tau raya banyak pakai duit memang menabung setahun sebelum hehe
DeleteHi, mind reveal the shop?
ReplyDeletesure, no prob. for DIY Bracelets I bought from withlovecc. For regular one: AD CRYSTAL JEWELLERY, AdeqNuratiqah92, yes_crystalwholesale, carynn_ooi, Crystal Bright
Delete