”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/21/2024

Jeram Berungut, Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan

Bulan lepas, kawan sepermainan aku dalam hutan ajak pergi jungle trekking ke Jeram Berungut, ikut trip AS Adventure X. Sorang kena bayar RM75 termasuk guide, permit dan minum pagi (roti, air kotak, konjac). Aku dengan Didi pun onz sajo.

16 Ogos 2024

Aku dengan Didi cuti hari ni. Dalam pukul 10am kami gerak dari rumah, terus brunch dulu dekat area rumah sebab malam semalam tak makan, lapar gila. Didi sekarang tak boleh makan lambat, nanti dia gastrik.

Selesai makan kami terus menuju ke Selatan. Singgah Kg Baru, Didi nak jahit water shoes dia tapi kalau jahit ambil masa 2 hari, so gam je. Kami sampai sana dalam pukul 2pm. 

Sementara nak buang masa sebab malas nak check in awal sangat sebab takde apa, so kami decide ke TRX. Time ni aku dengan Didi dah menunjukkan tanda-tanda nak demam. Aduii, gi mana ni dong? Wesok nak masuk hutan.

Kami jalan-jalan dalam TRX tu pun kat level makan-makan je sebab tak larat nak pusing. Makan ayam goreng Korea dekat restoran layan diri Nak Nak kot namanya. Sedappp. Lepas tu beli soft cookies and Empire Sushi buat bekalan makan malam.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Jelebu, Negeri Sembilan melalui jalan Hulu Langat, Selangor. Jalan agak bersimpang siur. Jelebu/ Kuala Kelawang adalah pekan terhampir nak ke Taman Negeri Kenaboi. 

OTW nak ke Kenaboi banyak je campsite/ glamping site tapi kami decide nak tidur hotel je. 1st time dalam hidup aku ke Jelebu. Pekannya kecil, macam kampung2 saje. 

Allah berkati Jelebu

Hotel yang kami inap. RM98/ night. Bilik kecil tapi bersih. Boleh la nak buat tidur je. Time nak check in hotel berkunci haha. Nasib baik dia ada tinggalkan no telefon di depan pintu. Rupanya kami orang pertama check-in hari tu, dalam pukul 6.30pm.

Most fav sushi. Nasib beli dinner siap2 sebab situ macam takde apa je haha plus badan kami pun tak sihat sangat

Lepas mandi, solat, makan ubat then tidur

17 Ogos 2024

Bangun seawal 5.30 pagi untuk bersiap. 6.30 am kami checked out dan tunggu kawan kami sampai untuk gerak secara konvoi. Perjalanan akan ambil masa dalam sejam dan meeting time kami 7.30am.

Sepanjang perjalanan memang cantik, ditemani kabus yang menutupi gunung-ganang. Bukak tingkap untuk hirup udara segar dan bau hutan. Nyamannya, anugerah Tuhan yang tak terhingga.

Perjalanan ok, jalan cantik cuma dah start masuk kampung orang Asli jalan kecil and ada part tidak bertar hanya crusher run.

Alhamdulillah kami sampai on time. Parking pun banyak dekat sana. Dekat sana pun merupakan starting point untuk hiking ke beberapa bukit/gunung yang aku dah lupa namanya haha.

Kami diberikan minum pagi, life jacket, briefing dan sedikit warming up sebelum memulakan ekspidisi. Perjalanan ke Jeram Berungut lebih kurang 2km/ one way. Easy trail, 20% jalan atas darat, 80% jalan dalam sungai. Air cetek, paling dalam pun setakat pinggang je. Cuma sampai jeram nanti ye dalam, sebab tu dorang bagi life jacket.

Air sungai bersih, sederhana sejuk, pemandangan cantikkk tapi sebab terlampau ramai orang dia jadi 'sesak'. Sesak pemandangan. Bagi aku pejabat Hutan kena limitkan pengunjung masuk dalam sehari. Tak perlu nak kejar hasil sangat kalau sampai dalam tu pun jem. Jem dalam hutan. Kau rasa logik tak? Tarzan pun geleng kepala kalau tengok. Haha.

Apa2 pun kami enjoy je. On the way balik layan body rafting tapi sebab banyak kawasan yang cetek dari yang dalam makanya banyak la episod bontot terlanggar batu2 tajam. Sakit nokk haha

Lawa kan? Ini gambar dari guide yang sampai dulu sebelum rombongan cik kiah sampai haha

Kami sampai tempat parking terus salin baju. Spoilnya kat situ, tandas tak berjaga. Tersumbat, takde air. Memang bilas badan guna air sinki je sikit2. Time tu kami dah lapar gila. Waze punya waze kedai paling dekat Restoran Daging Salai, Hulu Langat, sejam lebih jugak dari port kami tu.

Tanpa banyak soal terus pergi. Sepanjang nak sampai aku tidur dalam kereta, Didi yang suruh tidur haha. Sedap jugak makanan kedai tu, ke sebab kami tengah lapar? Haha.

Habis makan kami pun buat haluan masing-masing. Didi ajak pergi IOI Putrajaya sementara nak tunggu kedai Satay Willy dekat Sg Ramal bukak pukul 5pm. Lama dah Didi nak makan situ.

So kita pusing IOI tanpa arah tujuan to kill time. Dalam tu pun sempat aku beli sepasang kasut dan suite. Ayooo, tak plan pun. πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ

Sedap. Boleh ganti Skechers

Dalam pukul 6pm kami keluar IOI dan pergi masjid untuk solat jama'. Siap solat kami terus pergi makan satay idaman Didi. Memang sedap sataynya. 

Dah kenyang kami pun gerak balik ke Perak. Memula ada niat nak stay KL tapi tengok hotel fav penuh and hotel lain mahal so balik je lah. Badan pun rasa tak berapa best.

Didi cakap dia tak sedap perut. Area Sg Buloh dia berhenti tepi jalan, muntah. Susah seorang Didi nak muntah sebenarnya. So lepas berhenti solat dekat RnR Jejantas Sg Buloh, aku take over drive. Mengantuk gilaa and aku plan nak berhenti RnR Ulu Bernam, nak tidur. Sekali Didi offer sambung drive, dia dah cukup tidur.

Alhamdulillah sampai rumah dalam 11pm. Sampai je rumah Didi muntah lagi sekali, final round. Alhamdullilah esoknya better. Ahad tu kami just bermalasan dekat rumah and keluar sekejap beli groceries dekat Aeon.

10 comments:

  1. Dalam hutan tu line internet kuat tak? Pakai line apa?

    Orang cakap sketchers tu best untuk jalan tu mitos je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat sana, line celcom je ada Uncle

      oh yeke? Uncle beli model mana? Sebab mmg tgk ramai org pakai skechers kalau travel

      Delete
    2. Kayaknya ini tergantung kaki. Saya sendiri fans berat skechers. Banyak sepatu saya brand itu. Dan seriiiiing saya bawa traveling. Kemarin ke uzbek-azerbaijan-belarus dan Georgia saya pakai Skechers juga Daan tahan cuaca dingin. Yg penting memang disesuaikan dengan fungsinya.

      Saya malah tak cocok dengan Adidas yg katanya LBH BGS utk jalan jauh. Kaki saya tetap sakit. Nike apalagi. Walopun saya punya 1. Cuma saya tak nak pakai jalan jauh. Hanya jalan yg dekat saja. Krn sakiiit utk jarak jauh.

      Delete
    3. Betul, untuk long distance walking rasanya Skechers yang terbaik buat masa ni. Saya dah try footlink tu, buat kaki melecek, kena pakai suitable socks :( Harga mahal.

      Delete
  2. nak tengok la kasut footlink tuuu.....tiberrrr....hahahhahh....bercadang nak beli juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pergi cepat tengokk. design dia biasa2 je tapi sedap pakaii

      Delete
  3. Waaah dalam hutan jem berarti ramai sangat tuh πŸ˜‚πŸ˜‚. Saya pun tak akan bisa enjoy yg ada.

    Sayang kondisi Badan sedang tak fit ya kak. Sampai muntah pula. Syukurlah membaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ya ramai, macam sedang ada sales dalam hutan sana haha

      Tu la, Alhamdulillah getting better and masa buat aktiviti semua baik2 aja. Habis aktiviti baru sakit2 badan balik haha

      Delete
  4. Lama pulak tak mandi sungai. Bestnya....sejuk air sungai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sekarang tempat hype mandi2 dekat area Hulu Langat dengan Kalumpang. Try la, cuma kena hati2 bila musim hujan ni

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!