”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/19/2024

Sambil menyelam minum air tapi kenapa duit yang habis?

Haha susahnya nak jawab soalan tu kan?

Rabu lepas aku ada site visit & mesyuarat di KL. Aku ajak Didi teman. So lepas Asar hari Selasa kami geraklah ke KL. Aku book Tamu Hotel + breakfast for two, RM278. Tamu Hotel ni lokasi dia strategik, view superb, betul2 berdepan dengan lorong kedai2 makan viral Kg Baru. Hotel ni pun very islamic, takde hidang arak, setiap bilik disediakan sejadah. Makanan dia pun sedap. Yang tak best sikit, parking je sebab sempit tapi parking free.

Sebelum checked in, Didi ajak ke Pavillion dia nak tengok running shoes New Balance, tapak kasut lama dahaga (haus) katanya. Ajomm kita. Sampai sana dalam 7.30pm, terus menuju ke lokasi yang diniatkan. Malangnya outlet tu takde size Didi. So dengan hampanya kami pergi makan malam.

Didi ajak makan shawarma tapi nak makan dalam kedai. Kami decide nak makan dekat Restoran Halab. Jalan kaki je dari Pavillion. Ya Allah ramainya manusia, macam malam minggu. 


Dua hidangan ni RM150. Sedapp tapi pricey bagi aku hukk

Kemudian kami pun gerak ke parking nak pergi hotel. Sebelum tu sempat beli sikit buah-buahan dekat Pavillion buat kudap2an. Aku beli muscat, cherries, blueberries and apples. Sikit sangat haha Aku dengan Didi memang suka buah. Teringin nak makan cherries lama dah, akhirnya dapat juga. Sedapp! Cuma yang aku beli tak berapa rangup.


Pemandangan dari bilik

Merdeka!

Tengah sale time ni dapat half price

Pagi esoknya dalam pukul 9am Didi hantar aku ke KLCC untuk site visit then dia balik hotel. Dalam pukul 10am aku sambung meeting dekat Wisma TNB tapi jalan kaki je dari KLCC. Nasib ada pemandu arah, kalau tak aku rasa aku sampai Sogo haha.

Habis je meeting terus aku gerak ke Suria KLCC, Didi tunggu situ lepas dia checked out hotel. Then kami terus gerak ke Mid Valley, misi mencari kasut Didi. 


Rezeki Didi, ada size dia kat situ. Kemain senyum lebar memberrr.


Lepas tu aku ajak dia makan dessert, snow flakes. Eh bukan tengah diet ke? Kakaka

Besar gila, nasib order 1 je. Yang ni rasa yang baru, perisa tea ais

Then aku ajak Didi pergi ushar jam Suunto Race S. Jam Garmin aku dah berusia 3 tahun and dah ada screen crack. Tapi tak niat nak beli pun, saja nak ushar sebab ada size kecil. Aku tak suka jam bulat sebenarnya tapi Didi suruh try, boleh sama dengan dia hihi.

Kami pun pergi kedai Solar Time, authorised reseller Suunto dekat Malaysia. Suunto Race S ni baru je launching sebenarnya. Belek punya belek sekali hmmmmm TERBELI hahaha. Ayoyoyo.

Siap boleh engraved nama

Pairing dengan Didi 😍

Love the vibrant stripe!

Walaupun duit dah habis, perut tetap kena isi. Aku sebenarnya teringin Nasi Ulam Sepiring tapi entah kenapa time tu lupa. So kitorang makan dekat TCRS je.

Try menu baru, tak sedap, masin.

Dah balik baru teringat Nasi Ulam. Cisss. Takde rezeki.

Sampai rumah hari tu dah dekat pukul 8.30pm. Didi punya semangat kasut baru, sanggup tu sampai2 je terus pergi run. Hahaha adoi. Dah la badan penat travel lagi, ayooo. Budak degil bukan boleh nak halang, biarkan dia asal dia bahagia haha.

Nak jadikan rezeki, esoknya terus ada orang beli jam Garmin aku hehe

Aku dah try sekali jam baru tu untuk running. Love ittttt! Sebab banyak menu boleh buat, tak macam Garmin (Venu SQ Music). Bateri pun tahan. Aku beli Rabu, ada 2x beraktiviti, hari Ahad baru caj. Interface pun lawa. Love! Love! Love you! Hihi

8 comments:

  1. Ni betul- betul sambil menyelam minum air ni....broke terus ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye memang broken into pieces haha

      Delete
  2. Uncle punya jam beli kat mr diy je... (malu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala nak malu apanya Uncle, janji waktunya sama, saat dia berputar sekata. Kami anak2 muda ni mmg gedik lebih haha

      Delete
  3. Banyak bebenor menyelamnya..hehehehehe..takpe..duit boleh cari..yang penting puas hati...kirim salam kat encik dan puan suunto...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul tu, mantra yang sering disebut nak sedapkan hati; duit boleh dicari. Wasalam, jawab En dan Pn Suunto haha

      Delete
  4. Kaaaak, itu yg snow flakes, warna coklat yg menumpuk apa? Serutan es? Kalo liat foto, saya pikir macam Misoa (mie halus) yg ditumpuk tau 🤣🤣.

    Swarmanya tampak best sangat, lapar pula melihat. 🤤

    Saya dulu sempet ada jam tangan olahraga begini, tp tuhlaah memang tak suka pakai jam. Yg ada bosan setelah beberapa waktu. Atau tak, lupaaa taro di mana 😂. Itu yg buat jam saya sering hilang. Pdhl bagi saya yg rutin gym, penting sebenarnya pakai jam tangan workout begini kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ya ya, shaved ice, very halus and soft.

      haha shawarma terbaikk

      haha kalau tak minat pakai jam, memang akan rasa rimas. Saya tak minat pakai cincin tapi terpaksa pakai sebab itu cincin kahwin haha. Jam sport ni bagus untuk pantau progress kita workout and dia boleh baca heart rate, penting semasa workout, takut jantung berkerja lebih kemampuan.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!