”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/06/2025

Hompton by the Beach Penang

Jumaat lepas aku ada retreat pegawai dekat Hompton by the Beach Penang, area Batu Feringgi. Event start pukul 5.15pm tapi aku sampai pukul 6pm memang tak join la event pertama. 

Aku sepatutnya petang tu ada meeting tapi boss bagi pelepasan. So sebelum gerak aku siapkan slides meeting dulu, yela dah orang bagi pelepasan takkan nak lepas semua kan, so kita prep kasi cantik kasi sempurno, bos tinggal nak present je nanti hehe.

Dah settle aku balik rumah, kemas beg bagai, 2.30pm aku gerak ke Penang. Patutnya gerak dengan kawan aku tapi dia kena influenza pulak makanya keseorang la akuu.

Sepanjang perjalanan hujan dan ada spot yang lebat gila, visibility almost none, banyak kereta pasang hazard light termasuklah aku. Stress aku bawak kereta time tu sebab takut kot sebenarnya ada kereta dekat depan.

Aku berhenti kejap rehat dekat Alor Pongsu sebab stress hahaha. Then sambung perjalanan, masuk Penang time orang balik ofis memang cari pasal la, lalu jambatan pertama pulak, smart tag aku buat hal pulakkk! Haishh macam2. Nasib orang tol bertindak cepat, aku dah rasa bersalah kat kereta belakang dah. 

Sampai hotel pukul 6pm, checked in solat semua, lepas Maghrib turun dinner, seafood buffet. Sebenarnya join aktiviti ni sebab nak jumpa kawan2 je haha. Makanan dia banyak juga pilihan tapi rasa tak seberapa, boleh la. View hotel ni lawa, sebelah laut pulakk. Bilik ok luas, selesa. Cumanya tempat parking punyalah sempit, memang menguji driving skill betul.

Pemandangan dari bilik


Everything sangattt 😏

Lepas dinner ada talk bout leadership sampai 10.30pm, talk santai2 je. Habis tu balik tidur, kawan ajak lepak mamak pun aku tolak sebab ngantuk dah, penat drive acece.

Esoknya lepas Subuh terus turun breakfast and seterusnya ada aktiviti team building, kami dibahagikan kepada 7 kumpulan. Memang havoc main tele match tepi laut. Tengah berlari air sambar kaki haha.

Bukan pelangi selepas hujan tapi pelangi sebelah hujan haha


Settle semua dalam 10.30 am dan terus check out. Kawan2 ajak lepak makan2 dekat Penang.






Aku parking dekat MBPP Parking Kupon Area, malas nak tergagau mencari parking dengan jalan sempitnya, orang ramainya. Dalam  2 jam aku kena bayar RM3.50. Ok la kan? Tempat pun luas, gated dan bersih. Dari tempat parking jalan 1km jugak nak ke Penang Road Famous Laksa. Nasib cuaca redup, kena beratur sekejap sebelum sampai turn.

Alhamdulillah, laksa dia sedappp. Lepas tu kami jalan kaki ke Ais Tingkap Penang tapi aku tak beli pun, kawan je beli. Manis letinggg! Nasib tak beli. Then kami ambil grab pergi makan Pasembor Kareem. Hang tak reti kenyang ke? Hahah kenyang oi tapi kawan aku nak merasa. Pasembor dia not bad, aku bawa balik bungkus untuk Ayah sikit. 

Then kami grab ke tempat parking untuk balik. Dua2 uncle cina grab yang kami dapat baik sangat, ramah bercerita itu ini.

Maka berakhirlah 'percutian' tak sampai 24 jam aku dengan kawan2 hehe. Nak keluar Penang punya la jam, hayyaa! Pukul 5pm sampai rumah Mak, solat semua. Alhamdulillah. 

10/02/2025

Teringin SUV

Manusia memang tak pernah lari dari nafsu, sentiasa rasa nak updgrade walaupun takde keperluan pun *ha tau pun kauuu! Haha.

Aku dah lama teringin pakai SUV, tak ingat dari bila. Aku tak berapa suka kereta sedan tapi entah kenapa aku beli kereta sedan hari tu haha. Kenapa kau tanya? Sebab kau tak mampu beli SUV! Hahaha. 

Aku tukar dari Myvi ke sedan time tu sebab mainly niatnya nak bagi parents kami selesa bila kami bawa berjalan jauh sikit. Myvi tu pun aku tak jual, Didi sambung bayar. Time tu Didi pakai Axia buat berulang 140km sehari, Axia tu adik aku pulak sambung bayar. Axia tu pun dah jual, adik aku beli Vios Dugong, kegemaran remaja purba katanya. Demo kenei bareyy haha

Baru2 ni kan X50 baru keluar. Ya Allah berkenan betul rasanya, hari-hari tengok tapi tengok je la sebab tahu kereta sekarang tinggi lagi loan plus time covid hari tu aku ada ambil moratorium. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah makbulkan impian aku ketika itu haha.

Walaupun kereta sekarang dah mula menunjukkan perangai-perangai rebel dia, tapi kena redho haha. Aku beli kereta tu time 2021.

Didi pulak sejenis kuat meracun tu Mama resah je kalau kami dibiarkan berdua, banyak benda kuban-kuban yang kami boleh buat bersama. Kami begitu support each other dalam untuk upgrade life or menjahanamkan life kami sendiri HAHAHA.

Ada satu hari Didi forwardkan aku 1 video kereta ni, SUV tapi bukan X50. Tengok video seminit tu memang cun, aku just jawab Onz dalam niat bergurau sebab sedar diri keadaan semasa haha. Tu je, no further action taken. 

30/8/2025 - kami pergi Midvalley, saja jalan2. Sebelum nak pergi makan Snowflakes, kami ternampak pameran kereta SUV yang sedang hangat di pasaran Malaysia iaitu Jaecoo. Setiap kali sebut jenama ni mesti aku sebut dalam nada nyanyian lagu hindustan, Jaihooooo.

Bila tengok harganya kami telan air liur, mahalll! Tapi berbaloi la dengan design etc, cuma bukan dalam kemampuan kami. Then Didi terus ajak pergi showroom kereta yang dia tunjuk dekat TT tu. Zasss terus aku setuju. Maka kami pun menuju ke Jalan Ipoh, KL.

X50 segmen B kan, yang kami tengok ni segmen C so memang bagak. Tengok dia dalam showroom memang terus jatuh cinta. Pengeluar negara sama dengan Jaecoo. Tanya itu ini dekat SA memang rasa berbaloi betullah harga dengan design dengan features, specs, technology dia. Serba lengkap lah bagi kami. 

Mana taknya, warranty dia sampai 10 tahun oii! 5x servis percuma, setiap 15,000km pulak tu. Jimat minyak some more sebab dia HEV. Orang kata beli kereta ni ibarat beli peace of mind sekali. So kami pun test drive.

Settle test drive eh tau2 terbooking. Eh? eh? Ehhhhh. Time tu SA1 cakap ada rebate RM3k.

Dalam masa yang sama sebenarnya aku ada whatsapp dengan dealer lain tapi aku terkejut gila bila SA2 lain tu boleh bagi rebate RM17k-20k sempena bulan kemerdekaan. Confused betul aku kenapa jauh sangat bezanya, bila aku tanya SA2 cakap dealer memang lain-lain dealnya. Huhu begitu pulak. Masalahnya beza sangat tu.

Kan aku cakap hutang kereta lama aku banyak lagi, so dengan rebate sebanyak tu memang boleh cover la kann + simpanan sikit.

Aku pun nak cancel dengan SA1. SA1 ni baik tau, aku serba salah nak cancel tapi kepentingan aku perlu diutamakan.  Alasan aku bagi dekat dia sebab aku tak boleh nak cover gap loan kereta lama. Dia cakap kat aku, jangan putus asa dulu, dia cuba tengok macam mana.

SA2 pun baik, aku bagitau situasi sebenar aku dengan SA1 and dia cakap takpe pape bagitau dia balik. SA2 punya offer memang best, rebate banyak, free gifts dia bagi full tank, dash cam, tinted, carpet and siap bagi free 1 malam tidur hotel time nak pick up kereta sebab SA2 ni jauh sikit dari kami.

Aku pergi showroom hari Sabtu, Isnin cuti sempena Merdeka, pagi Selasa bank dah call aku tanya itu ini. Selasa petang SA1 cakap loan aku dah lulus. Huaaaa that fast huh?

And I raised again my concern bout the loan gap. SA1 suruh aku sabar sikit, dia tengok mana dia boleh pusing. Effort dia memang A! Tetiba dia call aku cakap settle. Aku tanya apa yang settle? Dia cakap tak payah pening pasal loan gap tu, anggap je dah settle. Woaa that easy huh?

Dia cakap dia deal dengan HQ dia dekat negara sinunn tu untuk bagi aku rebate extra supaya aku boleh cover loan lama. Tak tau apa permainannya di sini, malas nak ulas lebih2 tapi tu lah ceritanya.

Then kami pun berbincang. Didi cakap request dekat SA1 free gifts macam SA2 offer then kalau dia boleh bagi proceed dengan SA1. Aku try kecek untuk dapat dash cam, karpet, tapi tinted yang berkualiti dia tak berani janji, kalau nak dia boleh tolong tapi aku kena top-up sikit.

So kami proceed dengan SA1 sebab dah deal dengan dia dulu and aku say sorry dekat SA2 sebab tak proceed dengan dia.

First thing first, aku withdraw NCD dulu, kena topup dalam RM650 dulu and refundable. Proses refund tu pun SA akan uruskan nanti.

Kebetulan minggu lepas tu aku ada bengkel di KL and SA terus arrange untuk aku sign loan on 10/9/2025. Banker siap datang lobi hotel, tak payah aku pergi bank. SA ni memang baik service dia. And dia dah siap2 tanya aku nak plat negeri mana. Memula Didi nak beli tapi sebab rasa leceh nak uruskan, kami decide ambil running number je, kali ni ambil plat KL :). 

23/9/2025 - SA cakap dah dapat chasis number and kereta akan sampai Sabtu/ Isnin. Kecewa jugak sebab memula janji dapat hari ni tapi tengok baru dapat no chasis. Padahal dah plan baik punya dengan Didi nak bawa kereta tu test drive ke Tganu on 26/9 sebab nak tengok kejimatan minyaknya yang diclaim boleh pergi 1,000km full tank (60 liter). Tapi takpelah, ada la tu hikmahnya.

Then SA settle kan semua. Dia bagi free gift floor mat dengan dash cam. Tinted aku kena tambah sikit, dia cover separuh je sebab dia dah banyak cover katanya 😅 Kebetulan aku dapat cabutan bertuah RM500, aku guna duit tu cover duit tinted. Hehe. Tinted mahal sikit sebab tinted sunroof yang nala punya besar. 

Sebelum surrender kereta pergi cuci bagi kilat dulu. I spent RM200 here and kene tunggu 5 jam untuk settle semua haha. Dari Asar ke Isya' aku melangut dekat kedai tu, nasib baik ada bilik menunggu beraircond.

1/10/25 - D-day. Hari ni kami berdua cuti sebab nak pergi ambil kereta. Hehe. Sedih jugak nak serahkan kereta sekarang sebab dah 4 tahun dengan dia. Cumanya tu la nampak dari gaya, kereta ni kalau makin simpan makin nazak and takde value. 

Kami gerak ke KL pukul 8am and sampai dalam 1045am. Dodeh itu ini, dia explain pasal kereta semua dekat pukul 1230pm jugak baru settle. Terus pergi isi minyak Budi Madani Ron 95 kat Petronas guna applikasi Setel. 1st time guna, rasmi dekat kereta baru hehe Alhamdulillah. 


TQ Madani, banyak tu cover RM34. Tu baru aku sorang, bayangkan nak tanggung 1 negara.

Lunch dekat food court TRX, sedap juga Nasi Kerabu dia tapi harga 2x ganda la dari yang dekat luar. Didi sempat beli running shoes Asics sebab ada voucer 20% and point aku ada RM35. Kemudian kami balik Ipoh, nampak la Didi gayat bawak haha. Sampai Ladang Bikam aku pulak bawak sampai rumah.

Menyempat ekkk

Alhamdulillah atas rezeki ni (walaupun hutang) haha. Semoga ianya menjadi keberkatan untuk kami sekeluarga dan dijauhkan dari segala kecelakaan. Ameen. 

9/29/2025

Terengganu 26-28 September

Kali kedua aku ke Terengganu tahun ni, yang 1st pergi candat sotong, kali ni Didi ada tournament rugby touch tapi bukan sebagai player, just coach. Sebab nak pergi yang ni la aku tak ikut Mak Ayah yang last 2 weeks.

Jumaat hari tu kami both ambil cuti, gerak pun dekat pukul 10am. Santai2 je, no rush. Kami berhenti brunch dekat Gerik. Ajak kawan aku yang kerja sana makan sekali, bukan main lama tak jumpa dia, sibuk mengalahkan Dato Bandar Kota Metrpolitan haha.

Sempat la lepak dengan dia sampai pukul 1pm then kami gerak ke Terengganu, singgah Zus dulu beli ubat tahan ngantuk hehe.


Sampai Bukit Bunga singgah Eco beli jajan untuk tournament esoknya. Then kami terus ke Pantai Penarik nak dinner. Sampai pun dah nak senja. Makan goreng tepung dengan nasi ayam beli 1 share berdua.

Not bad, sedap


Dah kenyang, Alhamdulillah kami terus ke hotel. Sampai dalam 8.30pm. Lama kan perjalanan? Sebab banyak berhenti hehe.

Kami stay dekat The Rise Room. Tengah2 pekan Kuala Terengganu, walking distance dengan kedai-kedai makan viral. 2 malam RM225. Self check in and check out, bilik bersih, no lift and very limited parking space. Dia macam rumah kedai je. Overall, ok la. Parking boleh park dekat kawasan majlis, kena bayar and kena menapak sikit, tak jauh pun.

Esoknya lepas Subuh aku hantar Didi ke padang, tournament dekat SMK Teknik Jalan Lapangan Kapal Terbang. Then aku pergi jogging 4km dekat Seberang Takir. Syokk ye jogging tepi laut, what a view. Memula ingat nak buat 5km tapi sakit perut pulakkk.




Terus balik bilik and order grab je Nasi Dagang. Dah mandi dah kenyang, makan tidur la kejap. Bangun tidur baca buku jap lepas tu solat and keluar. Niat di hati nak cari roti paung tapi 3 kedai aku pergi semua tutup! Kiciwa! Takde rezeki. Rasa marah pun ada sebab dekat Google cakap buka.

Grab. Okay, nice. Order dekat Warisan Nasi Dagang Tok. Kali ni pun tak sempat nak pergi Nasi Dagang Atas Tol

Last sekali aku makan samyang je dekat eMart haha. Dah settle semua aku pun ke padang, nak pick-up Didi. 3 jam jugak la kat situ sambil tunggu tournamnet habis. Team Didi champion kategori IPT. Yeayyy congrats baby!

Layan samyang sambil baca buku, killing time

Then kami terus gerak pergi makan, aku suggest 1 kedai ni The Syrup vs Soda. Ingat sempat nak pergi celop tepun Pok Nong, tak sempat, I was sad 😞. Rupanya kedai Syrup Soda betul2 depan bilik hotel aku je wehh. Heaven betul, park dekat bilik, seberang jalan je sampai. Recommended kedai ni, sedapp and portion besar namatiii. Nasi goreng dia seriously boleh kongsi bertiga. Patutla kami keluar kedai je tudiaa orang beratur punya panjang tunggu giliran. Servis pun laju kedai ni. Berbaloi datang. Dia rehat 7pm-8pm so nak datang malam pastikan 8pm dah pacak depan kedai hehe.



Esoknya lepas Subuh terus siap untuk check out. Nak pergi breakfast Nasi Kerabu Suerasa tapi takde rezeki jugak, tutup! Huhu. Then randomly je singgah Warung Nasi Dagang Vintage. Nasi Dagang dia sedap, nasi lemak ikan dia biasa2 je.

Kenyang sampai ke petang. Alhamdulillah

Settle makan singgah Pasar Payang kejap cari keropok sikit nak bawak bagi budak2 ofis makan. Then pergi cari satar dekat Keropok Lekor Tokku, Mak pesan tapi takde yang dah siap, beli yang frozen je. Yang frozen tak sesedap yang siap bakar kat kedai.

Nak ke arah Kelantan kami tak lalu persisiran pantai. lalu jalan lagi 1 yang lagi dekat, konon nak beli satar dekat satu kedai ni, pun tutup. Apa la nasib pergi kali ni banyak kedai tutup. Huhu takde rezeki.

Sempat singgah beli kopi dekat Nasken Coffee, Setiu. Kedai kopi ni aku nampak ada dekat Pantai Timur je buat masa  ni. Aku beli Fresh Espresso Orang Juice, sedapppp! Tapi Didi tak boleh terima *nasib baik* hahahha. Then dia beli Air Nipah dekat tepi jalan, sumpah tak sedap, rasa stokin haha.

Sedappp

Alhamdulillah kami sampai rumah Mak pukul 5pm. Lepas Maghrib baru balik Ipoh.

I love roadtrip, banyak masa untuk sembang, bergurau senda, karok dan headbanging bersama. Haha. Till our next roadtrip 💓

9/23/2025

Long Weekend

Seronok kan hari tu long weekend? Alhamdulillah Allah gerakkan hati PMX bagi cuti free 15hb tu, yabedabeduu. Yabedaabeduu untuk orang lain but not really for me sebab aku demam. Minggu sebelum tu aku ada kursus dekat The Westin KL (taknak kalah tempat kursusnya punn), dari situ aku start demam dah.

Aku ni dari kecik jenis demam teruk time malam je so bengkel time siang tu aku ok je, malam je down sikit but still I attend. Bagus budak ni *tber haha. Hari kedua aku kursus Didi datang teman hihi Thank you datang teman aceyceycey.

So demam aku melarat sampai seminggu, on off. Memula nak balik rumah Mama tapi sebab demam postpone, malas nak bawa virus ke orang tua, sian dorang. So melepet je la dekat rumah.

Sabtu tu memang aku tidur sepanjang hari, tak larat nak bangun. Kebetulan ada orang datang pasang pam air. Yeayy Alhamdulillah atas rezeki ni, seronok betul mandi guna air laju rasa mandi dekat hotel ehehe. 

Kebetulan hujan sepanjang hari lagi sedap la berselimut sambil layan movie. Petang tu Didi paksa keluar ambil angin petang, nyaman betul petang tu sebab baru lepas hujan kan. Kami pergi lepak makan aiskrim dekat 7e depan rumah. Time ni aku dah getting better atas izin Allah sebab makan ubat and had an enough rest kot.

Hari Ahad bangun je tidur Didi suruh fikir nak pergi makan kat mana, nak ride. Aku pilih nak makan bihun sup utara dekat Pendang, Kedah. Gigih kan ride nun sampai ke sana demi semangkok bihun sup haha. We just enjoyed the ride.

Sampai pun dah nak Asar sebab gerak pun dah lepas Zohor haha. Memula kecewa sebab kedai nak tuju tu tutup. Then kami cari kedai lain, ternampak ramai orang kami berhenti je. Alhamdulillah sedappp. Aku order bihun sup, Didi order nasi ayam dengan sup campur. Nama kedai tu Bihun Sup Herba Batu Hampar, Pendang. 



Tau tak kami siap bawak passport kot la buat kerja gila terus nak masuk Dannok. Tapi half way baru perasan, passport je bawak, geran motor tak bawak. Kakaka punoh harapan.

On the way balik singgah RnR Gurun nak solat.

Panas litlit. Hujan kejap je kat Tepen time kami on the way nak datang.

Then Didi ajak berhenti dekat Sunway Carnival Mall. Gigih la hai masuk mall pakai jaket dengan pegang helmet bagai haha. Didi sempat shopping baju kerja. Amboi diaa time bawak kereta suruh shopping taknak, time bawak motor la sebok nak shopping 😒

Sebelum balik lepak Amazon Cafe minum Frape Mocha. Sedappp! Tak manis sangat and frape dia lembut gilaa. Tak dapat nak ke Thailand, Amazon Cafe Penang pun jadilah haha.

Alhamdulillah sampai rumah dalam pukul 10pm.

Time long weekend hari tu Mak Ayah and Adik aku ke Pantai Timur. Gila dari Perak ke Terengganu 12jam baru sampai haha sakann naaa korang bercuti. Nasib la dah ada si Jericho, nak jalan jauh sikit ada la option selain kereta. Alhamdulillah. 

9/07/2025

Random thought

Sekarang aku nak sembang benda random, apa je yang keluar dari kepala otak aku, aku akan zahirkan di sini. 

Sepatutnya pagi tadi aku kena bangun awal dan pergi picnic dengan family tepi Sungai Perak for brekafast tapi aku cancel kan sebab mengantuk sangat + sengugut. Lagipun semalam aku balik dari Bangi, attend wedding's reception cousin aku. Pergi pukul 7.30am, sampai rumah balik 6.30pm. I drove half way. So maybe sebab badan penat lagi and semalam aku tidur agak lambat, menghabiskan karang entri blog Thailand aku tu.

Hari Khamis hari tu aku balik rumah Mak sebab Jumaat kan cuti and kami nak bagi sedara-mara, jiran tetangga makan-makan sempena Maulidur Rasul. Khamis tu aku tak makan proper so sampai rumah Mak terus makan nasi. Tengah2 makan Mak masuk rumah, aku dengar suara Mak macam nangis.

Aku tanya kenapa, rupanya Pak Mat (pakcik aku yang OKU), muntah darah. Berlari aku tengok dia, memang sedih gila tengok, mengalir air mata aku. Pak Mat dah 62 tahun and dah tak sekuat dulu. Dah tak boleh jalan, kena pakai pampers and banyak baring. Makan pun dah kena orang suap. 

Kami call ambulans, dalam 7pm ambulans sampai. Cousin aku ikut naik kereta, kami yang lain solat Maghrib dulu. Sampai 12am kami tunggu dekat hospital untuk proses warded dia. Dia tu tak pernah masuk hospital tau, punyalah jakun haha tergelak kami. Kepala dia terangkat je tengok kiri kanan.

Doktor cakap oxygen dia drop sikit, ada jangkitan kuman sikit dekat paru2 and dia muntah darah tu sebab ulser. Ulser tu disebabkan stress. Memula aku pelik, dah kenapa dia kena stress? Haha. Dia bukan kena bayar komitmen ke kena perg kerja ke kan haha. Rupanya sebab dia lama terbaring so badan dia stress. Oh gituu. Doktor on antibiotik and tak perlu masukkan camera. Alhamdulillah.

Malam tu pakcik aku yang bongsu tunggu dia dekat ward and sepanjang malam Pak Mat tak tidur sebab dia memang light sleeper and maybe tempat baru, dengan pakcik2 aku yang jaga tu tak tidur haha. Masa round pagi, doktor tu puji family kami sebab dia nampak macam mana kami semua bersatu hati boleh jaga Pak Mat tanpa sebarang keluhan. Thank you Allah kerana memberkati keluarga ini.

Esoknya kami mintak dia balik on our own risk sebab susah nak jaga dia bila dekat hospital. Dekat rumah lagi selesa, katil dia pun memang katil hospital kat rumah ni, bilik air dekat and ada TV plus ada sorang macik aku ex-sister hospital, baru je pencen awal tahun hari tu. Pak Mat peminat P. Ramlee dan Upin Ipin haha. Doakan PAk Mat aku terus sihat ye.

Sekarang ni aku risaukan Ayah, dia batuk teruk gila macam nak terkeluar anak tekak. Suruh pergi cek taknak, degil. Tapi semalam dia serah diri jugak, tu pun pergi klinik kawan baik dia je 😑 Aku dengar dia batuk pun penat. Haishh. Doakan Ayah aku cepat sembuh and sihat ye. 

Hari tu aku bukak thread and nampak ada sorang mak ni tanya siapa nak swap dengan anak dia yang dapat sambung belajar dekat UMS? Hahaha acik kau biar benar, kau ingat ni keje gomen ke boleh swap2 gituu. Adoyaiii. 

Aku tak faham dengan budak dengan mak bapak budak zaman sekarang. Sampai bila kau nak duduk bawah ketiak mak kau je ha? Kemonnn umur dah 22-25. Lemmahhhh! Kenapa tak terima tawaran? Sebab jauhh, sanggup pergi kolej swasta. Kalau kaya then kau pergi je lah terus apply kolej swasta, tak payah buang masa isi UPU.

Dalam Malaysia ni jauh apa la sangat. This is your future kot. Aku tak boleh terima betul alasan jauh jadi asbabnya. I cannot brainn. Manja kedede sangat. Kalau umur 2 tahun faham lah aku, ni 23 tahun kot! Hishhh. Sorry la aku emo tapi entahlaa. Lantak la anak kau, bukan anak aku haha.

Lepas tu semalam aku dengar cerita ada sorang macik ni dah masuk paliatif care sebab cancer dah merebak and sian gila sebab anak angkat dia tak jaga pun dia. Tu lagi satu perempuan ba*n***t. Weh mak kau masa dia hidup dia tatang kau mengalahkan mak kandung menatang anak kandung kot, semua kehendak kau dia turutkan, bodo taknak usaha tapi taknak pakai kereta tempatan, mak belikan kereta oversea. Dasar tak sedar dek untung. Mak tengah kat paliatif kau boleh buat live, buat video tengah pergi dye rambut color merah. Mengucap aku dengar.

And aku tak salahkan pun betina tu 100%, macik tu dan arwah suami dia pun ada salah. Ni la akibat terlampau manjakan anak. Aku tak jeles ye, aku menyampah je. Aku jadi marah sebab dia tak reti kenang jasa. Family arwah ayah dia tengah fight nak ambil bahagian harta arwah yang hak dorang sebab dorang tau tak guna bagi dekat perempuan tu. 

Tak tahu la macam mana hidup dia 1 hari nanti kalau arwah ayah dia sebenarnya tak de wasiatkan dia apa-apa and dengar cerita dia pun on the way nak bercerai dengan husband dia. Husband dia baik, dia je hansap haha.

Harap dia insaf sebelum mak dia pergi, risau menyesal tak sudah. Kalau mak dia pergi and dia pun bercerai, kau sebatang kara kot sebab kau tak kenal pun family kandung kau and orang yang uruskan proses ambil kau sebagai anak angkat pun dah meninggal.

Semoga tersedar sebelum terlambat.