”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/31/2010

hello seniors!! welcome juniors!! :D

Juniors Law UUM harus kembang hidung ada senior yang baik hati, berjiwa murni nak sambut dorang..it's such a big appreciation from us to all of U coz choosing UUM as ur favourite  U *ayat sarcastic*..muahahaha..time batch kitorang sampai sini tak disambut pun..sob sob..tapi apa aku kisah, chill lah..tetap kitorang yang banyak menang event semalam..hahaha

event start pagi, pukul 8..kirim salam aku nak bangun awal2, pukul 10.30 am baru aku terpacak dekat court futsal..menjerit2..I sumbangkan suara je nyah semalam! haha..siang tu ada acara sukeneka, futsal, and tarik tali..paling best tarik tali!! mantopp!! pertahanan 3rd sem memang da bomb lah..sekali tarik berderai pasukan lawan..haha..tapi sem 5 kuat jugak..ces!! aku cerita macam aku tolong tarik..kalo aku masuk alamatnya, tali yang tarik aku..huhu..aku kan pemerhati bebas, dari mimik muka dorang yang macam nak teran keluar anak, aku tau it's need a hard work and they did a good job..syabas rakan!! :D

ok teka, sapa yang tarik tali :D

malam tu ada acara party liar..hoyeahh!! haha..takdela, ada persembahan je dari the seniors and the juniors..batch kitorang buat sketsa tribute to P.Ramlee..very the nostalgic..dengan barisan pelakon, props, pengarah, stage manager, everything going as planned..we'd really enjoy ourselves last night!! lots of fun and screaming of course..haha..Cha and Maria da jadi loser sebab suara da transform jadi pondan tua..haha..ak ngan Wawa mantain cun!! suara high pitch macam mana pun, tak kan lari tune dia..hahahah





thanks to all coz make this UUM fun some time..haha

7/28/2010

air cond

rumah nenek aku ada 2 biji air cond..bukan nak berlagak, 2 biji je pun, bukan 20 biji, kau ingat nenek aku berak keluar berlian nak pasang 1 rumah air cond??..itupun korek2 tanah cari cacing jual kat pemancing sbg income nak bayar duit elektrik..

1 air cond kat master bed room, bilik tok and nenek aku main geli2 malam2, takkan aku nak menyempit kat tengah2 pulak kan?? lagi 1 kat bilik sebelah dia, aku selalu tidur bilik tu..dari sebelum air cond tercipta lagi aku tidur bilik tu, erk' maksud aku tercipta kat bilik tu la..

aku kan village girl..acece saja nak type omputih bagi tak nampak kampung sangat..yang aku perasan, i'm not really  into air cond ni..ceh! ceh! omputih lagi!! 0.o..bila masuk bilik berdingin hawa je, bukan hawa yang dingin, mesti hidung aku tersumbat..bagaikan disumbat ekzos kereta 4wd di hidung mancung ku ini..hotak lu mancung!! haha..lepas tu mesti rasa tangan macam paralyse sebab tak boleh beraktiviti even nak buat aktiviti ringan seperti garu telinga..

kalau nak tidur, mula la aku sesak nafas!! termengah-mengah cari oxygen, sumpah la tak nampak, da la bilik gelap, dengan bantuan torch light pun sampai mati aku tak kan nampak oxygen tu macam mana rupanya..bulat ke, petak ke, pyramid ke, macam Aaron Aziz ke..ok over!! last2 aku kene pakai bantal tinggi supaya aku boleh bernafas ala2 lubang hidung berdiameter 10cm..tak kan aku nak tutup air cond tu kan?? 1 kerja pulak nak panjat tingkap tutup dengan kain..ok2, maksud aku switch off..sebab dalam bilik tu, bukan aku tidur ngan laki aku!! aku tidur ngan auntie aku..so kena la berdiplomasi sikit..oh ngan laki sendiri nanti tak payah bediplomasi eh?? ok2 -_-''

so sape2 nak goda aku, cakap "rumah I ada aircond 56 biji, dalam toilet pun ada, meh la kahwin ngan I"..podah!! bolayann..kalau cakap mcm ni, boleh diterima "tiap minggu I pergi Cameron Highlands, cari ketenangan jiwa, makan strawberry 24 kotak, angin pun free je, nyamann"..oh kita sama! kita sama! jom kawen sekarang!! haha..fake air is not into me!! village girl betul la ko Beron!! :D

7/27/2010

medical checkup

pagi tadi aku bangun awal, 7.30..awal la tu kan?? hehe..aku nak pergi Hospital Taiping dengan mak, ada follow up medical checkup dari operation appendix aku bulan lepas.. kene drive sendiri..sob sob..baru ingat nak manja2, nak tidur kat seat belakang..tapi ayah ada hal kat pejabat, cis punya audit!! punya la banyak hari dalam dunia ni, hari ni juga nak datang..ni lah nasib kalau da boleh drive sendiri, semua kene buat sendiri..menangis sekarang!! *gedik Beron*

sebelum pergi, aku siapkan cousin aku nak pergi tadika..aku mandikan dia, pakaikan baju dia, hantar dia pergi sekolah..auwww!! da rasa macam mak2 da ha..sampai2 tadika dia nangis tak nak pergi sekolah, ah sudah!! nasib baik mak aku ada nak pujuk, kalau aku, sungguh aku tinggalkan je kat situ, da penat mesti die berhenti nangis kan?? hehe..

aku sampai hospital pukul 9.30..parking punya la jauh, dalam kawasan hospital, penuh!! eh ramai pulak orang sakit hari ni..spoil betul hari ni..huhu..da daftar2 segala hal, punyalah aku mengantuk, sementara nak tunggu turn aku jumpa doctor, aku tidur..tahu aku tidur kat mana?? aku tidur atas riba mak..haha..slumber badak aku je..tiba2 nama aku kene sebut guna microfon..opocot kau!! aku tengah tidur, terus terjaga..hampagas betul, tak reti panggil elok2 ke?? terpinga-pinga aku bangun, duduk tegak..mak yang pergi counter ambil apa ntah..lepas tu aku perasan ada sorang perempuan ni pandang tak puas hati je kat aku..eleh, tahu la ko jeles tak boleh tidur atas riba mak kau..sapa suruh bajet perempuan sangat?? haha

aku kene cek dengan sorang doctor lelaki Cina..peramah sungguh aih!! bila die suruh aku baring nak cek parut and perut, dia panggil sorang doc perempuan Melayu sekali..tengah2 dia cek tu dia tanya aku sekolah mana..alah, malu la I, mana ada I sekolah da..auwww!! disebabkan terlampau malu, aku geleng je kepala..then dia cakap "tak belajar ke?"..aku kata la aku da masuk U..then dia cakap "badan kecik, I ingat u budak sekolah lagi"..lepas tu doc Melayu tu sampuk "I pun ingat U budak sekolah"..omaigod! omaigod! kalau boleh kembang aku rase, memang da terbukak balik jahitan aku hari tu..haha

time dia tekan2 perut aku, aku terloncat..doc tu da gelabah tanya kenapa..aku sengih2 la kata aku geli, die gelak..then dia tanya buat lembut2 geli ke, buat kasar2 geli..aku kata la, lembut2 yang geli..pastu die perginye tekan perut aku kuat..memang, memang tak geli, tapi senak!! da la baru breakfast nasi lemak sotong, aku risau kaki sotong terkeluar kat hidung aku je..haha

semuanya ok..doctor tu puji aku sebab ambil keputusan datang cepat kat hospital time sakit hari tu, sebab appendiks aku da bernanah, kalau lambat sikit memang pecah..kalo pecah, InsyaAllah aku da Innalillah sekarang -_-''..lepas tu doctor tu ada cakap "parut U cantik, so takde masalah nak pakai bikini after this?" dalam nada gurauan la..o betul ke doc?? boleh ke pakai bikini?? ok sekarang juga nak pergi beli!! haha..gila ke, mahu bapak aku tolong gali lubang kubur untuk aku camtu..doctor tu sangat friendly and peramah..aku cerita masalah gastrik aku kat dia, punya la panjang lebar dia cerita.sampai aku da pegang tombol pintu pun he keeps talking..adoyai!! Faz, ko da jadi doctor nanti jangan peramah sangat eh, serba salah patient nak keluar, nanti patient rasa nak lepak lama2 ngan ko sambl layan teh tarik.. :D

7/26/2010

telekung

7 tahun sebelum ni, aku bukan lah perempuan yang 'true' punya perempuan.. dulu aku agak boyish..barang2 perempuan ni, jangan haraplah aku nak ada..pink ape ntah lagi kan, kononnya warna tu simbolik untuk perempuan, tapi memang aku tak minat langsung warna tu..sebab tu sekarang bila tiba2 aku pakai tudung pink semua orang histeria macam nampak Parmela Anderson pakai tudung..tapi sampai sekarang pun aku tak suka warna tu ;)

masa dan peredaran usia mematangkan aku..cewaahhh!! sejak pandai bercintan cintun la aku berubah sikit2 jadi perempuan..tapi dalam diri aku still ada kasarnya..sapa2 rapat ngan aku, tau la aku macam mana :D..

tiba2 aku teringat kat seorang adik sedare aku ni..die perempuan, nama Aisyah..waktu aku form 1, die kecik lagi..aku suke bawa dia naik motor, round2 pusing kampung..disebabkan perwatakan aku kasar, cara pakaian pun tak macam perempuan, bentuk badan pun macam tiang lagi time tu, die ingat aku laki..dia panggil aku 'abang ayong'..haha..aku biarkan je

satu hari tu, dia datang rumah aku..mengekor je aku pergi mana..then aku sembahyang..die duduk depan aku tengok aku sembahyang..dulu aku jahiliah sikit, time sembahyang pun aku boleh kenyit2 mata kat dia, jegil2 kat dia, tapi dia sikit pun tak bergerak dari situ, kusyuk je die tengok aku sembahyang, macam tak pernah tengok ibu dia sembahyang je gayanya..

tiba2 ibu dia masuk bilik aku..dia pun pelik kenapa anak dia stare aku baik punya..then auntie aku tu tanya anak dia "aisyah, kenapa Aisyah tengok ayong macam tu"..tanpa diduga, dia jawab "ibu, kenapa abang ayong sembahyang pakai telekung"..hahahahahahaha..kau bayangkan, aku da nak tahiyat akhir da, aku tergelak macam nak gila..makcik aku tak payah cakap la kan, gelak sampai meleleh air mata..benda tu jadi lawak sebab intonasi dia tanya tu, sangatlah innocent..alahai Aisyah, aku perempuan la.. :'D

sejak hari tu la, ibu dia explain yang aku ni perempuan..ha mulalah banyak tanya, kenapa aku tak macam kakak dia, main masak2 ke, pakai gaun ke..meroyan la aku, kalau aku pakai gaun time tu..haha..sejak time tu la, aku belajar jadi perempuan sikit..lama2 hasil lah aku yang sekarang..nak jadi betul2 perempuan, jalan tuunduk, cakap sopan tu payah la sikit..tunggu la 20 tahun lagi, mana tau time tu boleh dapat 'tokoh ibu sopan Malaysia' huahuahua..tapi aku selesa dengan diri aku sekarang, kawan2 pun selesa ngan aku..janji no hypocrite :D 

7/24/2010

bas memang bukan jodoh aku

aku ada jugak berangan nak anak 12 orang, beli bus, angkut semua sekali ke mana2..tapi setelah dikaji-kaji, aku rasa aku memang takde jodoh dengan bas..

tadi aku naik bus nak balik Perak..dekat tiket gtau pukul 1, tapi pukul 1.38pm bukan takat side mirror bus, bunyi bus pun takde..nasib baik Maria and Wawa hantar aku kat Changlun tadi, ada la orang teman, terima kasih korang :)

bila bas da sampai, aku masuk dalam bus, aku tergamam!! pemandu dia India, ok tak pe lagi..penumpang dia semua non-muslim..bukan calang2 non-muslim, siap ada sami lagi..hoho..bus tu dari Thailand, bukan nak cakap apa la kan, laki2 tu semua muka horny, yang perempuan pulak berpakaian macam nak melacur dalam bus..ah sudah!! kalau apa2 jadi, aku sorang je yang takbir agaknya..huhu

yang bestnya bus tu laju, cepat aku sampai..ada berhenti kat satu station minyak ni, aku ushar luar, nampak sorang pekerja India, manis gile muka dia, aku agak dia tomboy..aku pun ushar dari atas ke bawah, sekali oh mak ko!! ada halkum noks!! ku ingat kan tomboy, pondan rupanya..1st time aku jumpa pondan India yang aku puji muka dia manis..pondan Melayu pun aku tak pernah puji tau!!

then die berhenti Medan Kid, aku tak turun la, aku ingat dia pergi Medan Gopeng..sekali dia berhenti kat 1 kedai makan Cina ni..semua orang turun..tak kan aku nak bajet diva pulak kan, nak stay kat situ..aku kan suka bajet macho, aku pun turun..tapi dalam hati da rasa apa je..memang la mak aku yang pick up aku, tapi aku ni bab jalan sangat lah otak udang, otak kenggera, otak iguana!! aku tak reti nak describe aku kat mana kat mak aku..da la pekan tu pekan lama..keliling kedai Cina, tak kan aku nak lepak minum beer kot..so aku tunggu tepi jalan

punyalah susah nak describe kat mak aku kat mana tempat tu..segala jenis nama kedai aku sebut, plat kereta yang lalu lalang pun aku sebut, punyalah otak tak dapat berfikir..aku tanya sorang cina ni, nama jalan tu, dia cakap "yong kan sum"..aku mati2 ingat tu nama Cina, aku pun bgtau la mak aku dengan yakinnya..mak aku pun pening cari jalan tu kat situ..rupa2 nya nama jalan tu "yong kalsum"..bodo punya Cina pelat..haha..tapi yang paling pentingnya, bus tu lagi bodo..da 3 tahun aku naik bas, tak pernah aku berhenti depan kedai Cina panggang babi..

da la aku ada masalah gastrik, aku tak makan dari pagi, perut da pedih semacam..kalo ikut nafsu serakah, mahu aku order babi panggang setengah ekor!! =P nasib baik masih ada iman di dada..kalau tak time tu jugak aku bakar bus tu!! last2, mak jumpa juga aku..alhamdulillah :) terus pergi McD makan, makan buger baru tu..sodapp eh!! pastu aku tibai nasi lemak pulak..tapi kalo ada masalah gastrik ni, bila makan time pedih perut, tak kan rasa kenyang..rasa ada gas bocor dalam perut..sabar je la..heh

7/23/2010

Mantra!!

petang tadi aku pergi Jitra dengan Cha, Maria, Dira, Wawa and Zati..kitorang tengok cerita Mantra..overall cerita tu so-so je la..sebab aku tak suka sangat tengok cerita macam tu..cerita ilmu hitam, balas dendam and so on..memang bukan jiwa aku..aku lagi suka tengok cerita cartoon, tenang je hidup~~ haha..

tapi kawan2 ajak tengok, on je la..kat luar yang paling berani adalah Cha, bila dalam panggung nyorok belakang aku..podahhh!! haha..tadi kitorang keluar semata-mata merayau, tengok movie and makan je..kata gadis Melayu, mana boleh balik lepas maghrib..kalau da maghrib, so kene lanjutkan outing sampai sebelum magrib esoknya..hahahaha..sebab kan kene balik sebelum maghrib..hehe

malam ni dorang kata nak buat nasi goreng..ntah apa jadi la, jangan terbakar blok tu sudah la woi!! haha..aku tukang komplen je, bukan apa, kalo aku masak nanti semerbak sangat bau dia, mahu 1 blok serbu bilik tu nanti..hahaha..

esok aku balik perak! hoyeahhh!! balik kampungg ooo ooo balik kampung~~ tak sabarnya dalam hati, hai mahu la balik kampung..haha..padahal baru 2 minggu aku kat sini, aku da rasa macam, 2 dekad je..hari2 buat benda yang sama, just baju je berbeza..huhu..Perak, wait for me yaa!! nak makan Mc'D..tengok betapa daifnya kat sini, nak makan Mc'D pun kene tunggu balik Perak dulu..

tak sabar nak jumpa2 anak2 peliharaan mak tu..apa la jadi kat dorang, 2 minggu aku tinggalkan tu..eceh~~ padahal dorang tak kisah pun kot!! huhu

Selamat Hari Raya :D

jemputlah datang rumah..tak de ape pun..ada la import kuih raya dari London sikit, lembu nak buat rendang pun import dari New Zealand, sangat gevam lembu dari sana..sedap buat rendang, empuk je..haha..gila!! actually aku baru habis ganti puasa yang tertunggak hampir2 setahun..da nak masuk Ramadhan baru terkinja-kinja nak recall kene ganti berapa hari sebenarnya..itupun bila aku dengar mak cakap "nak puasa la nanti time 10 Rejab"..aku da gelabah!! dalam hati da nyanyi lagu "muharram safar rabiulawal,rabiulakhir, jamadilawal, jamadilakhir,rejab, syaaban, RAMADHAN, syawal, zulkaedah,zulhijjah"..cepat2 aku tanya "mak sekarang da rejab eh?"..pastu mak jawab "ya Allah Nadia, nak masuk Syaaban da!!"..ah sudah, time tu ada lagi 6 hari aku tak ganti..huhu

so bila da balik dari cuti, aku gagahkan la jugak diri nak ganti..hutang tetap hutang kan?? da la berhutang dengan Allah..aku tak boleh puasa ganti kat rumah, banyak dugaan..pukul 12 rasa nak berbuka, sambung lagi half day esoknya, boleh tak gitu?? hehe..aku cepat2 nak ganti, aku takut tiba2 aku terperiod for a long time ke, mampus tak sempat ganti..mampus mak membebel sampai aku da kahwin agaknya..mampus!! mampus!!

so minggu ni aku ganti straight 4 hari..tadi aku call mak, dengan bangganya cakap "mak, Nadia da habis ganti puasa, Nadia puasa straight dari hari Isnin, da kurus da rasa"..mak jawab "ha baguslah kurus, nnati gemuk takde sapa nak" -_-''..aku sebenarnya sangat mengharapkan mak aku jwab macam ni "bagusnya anak mak, sejuk perut mak mengandungkan kamu, boleh jadi contoh kat adik2, nanti mak bagi upah sebab da puasa penuh ye" :D

bila da berbuka tadi, mula la rasa aura raya tu..rasa nak panjat bumbung blok aku ni, nak takbir raya kuat2..haha..padahal orang lain da lama habis ganti..huhu..bila cakap pasal raya, rindu pulak suasana tu..suasana kemas rumah seminggu sebelum raya..mak ngan adik buat biskut raya..aku tolong ayah mengecat, cuci tingkap..aku memang tak suka involve kan diri aku dengan makanan time puasa..perasaan macam vampire tak dapat darah tu sangat la tinggi!! so aku lebih rela kerja panjat2..baru handsome orang kata..pastu buat2 tercalar tangan kat tingkap, ha kan boleh ngelat..kalo buat biskut raya, tak kan nak buat2 bakar tangan dalam oven kot kan..but overall aku lagi suka duduk depan TV tengok Thomas and friends ke, Tom and Jerry ke, Higlytown Heroes ke..baru rasa cepat je nak masuk maghrib tu..hahahaha

7/19/2010

family 1 Malaysia


atas ni family side mak aku..aku rasa tok aku ade kuasa psychic yang boleh tahu 1 hari nanti Najib akan perintah negara ni dan akan lancarkan slogan 1 Malaysia..sebab tu dia kahwin banyak siap2..bijak pulak tu, kahwin dengan orang apa ntah, yang aku tau lepas dia kahwin ngan tok aku baru die convert Islam..aku pun tak reti nak describe nenek tiri aku orang apa..yang pentingnya bila da campur ngan benih tok aku yang berketurunan alagapas, maka anak2 keluar muka macam orang pakistan terlebih tanned..haha

adik beradik mak aku muka melayu la for sure sebab nenek aku Melayu..tambah dengan kegelapan tok aku, so ada yang ternegro sikit..haha..taste anak2 tok aku pun memang 1 Malaysia, sorang makcik aku kahwin dengan mamak..mak aku and sorang lagi macik aku kahwin dengan laki mata sepet kulit putih, means keturunan Cina..hasilnya hambik ko..ada yang mata sepet. hidung kemek, mata bulat, hidung mancung, putih, gelap, sederhana semua ada!! macam2 ada la..pilih je nak kriteria macam mana, ada punya dalam family aku..tapi kalau nak yang cantik, sopan, elegant, sofistikated, aku boleh rekemenkan hahahahhahahahahahahaha *fahamkan kenapa aku gelak panjang ;)* 

aku suka family ni..perkataan tiri tak memisahkan kitorang..nenek aku yang aku tak berapa nak sure bangsanya tu walaupun da divorce dengan tok, tiap kali raya balik rumah tok aku ok..siap main masak2 ngan nenek aku lagi..tok aku banyak anak perempuan, bukan reti nak menolong, duduk dalam bilik bergosipp..nama pun perempuan kan..campur dua2 family tok aku ada 14 anak, dan 9 adalah perempuan u..cucu pun banyak perempuan..suara masing2 macam meriam buluh..bila balik raya siaplah, kampung tu akan di conquer oleh suara kitorang..ketuanya haruslah aku sebab aku cucu sulung..auwww! haha

notesasukehati : sila cari aku dalam pic kat atas..sumpah sampai mati korang tak kan jumpa, sebab aku takde time tu..haha

7/18/2010

otak penat

aku mengantukkk!! tapi tak nak tidur time asar, nak tidur lepas maghrib sampai isya'..hehe..serius, hari ni sangat penat otak bagi aku..da rasa macam otak udang ni ha..macam otak2 pun ada..apa hal kalau ada word otak selalunya makanan eh?? pernah makan otak kambing?? eh tetiba..

hari ni ada 4 kelas..eleh setakat 4 kelas, apa masalahnya cik Beron?? dulu time sekolah straight 5 6 kelas cool je lagi. siap boleh tidur di sebalik timbunan buku..baru 4 kelas da nak penat otak la, penat pinggang la, penat telinga..banyak songeh la kau cik Beron!!

tapi serius hari ni aku sangat rasa upside down..mula2 kelas tort, ok lagi sebab lecturer tu fun..then rehat, kitorang pergi makan..lepas tu sambung kelas Criminal Law..prang pung pang pang belajar pasal jenayah la, orang ni tembak orang ni kat perut, tak mati2, pastu die pergi bakarnya lagi, ha mati pun!! puas hati aku!! kalau tak mati jugak, meh aku yang bunuh, buat panjangkan kes je!! =P

Criminal Law sangat pening but it's interesting..kalau kau nak membunuh ada direct niat ke, takde niat ke, niat tersembunyi ke, tu semua kene ambil kisah..kalau ko tembak kat perut, tak termasuk dalam motif membunuh, tapi motif mencederakan..unless kalau ko tembak orang tu kat kepala otak, sah2 la nak membunuh namanya tu..belajar punya belajar, last2 aku rasa otak aku yang bersepai kene tembak!!

lepas tu masuk kelas Business Accounting..astaga!! aku lupa nak kutip otak aku yang bersepai kat kelas Criminal tadi..ah sudah!! 1st slide je aku paham, slide seterusnya aku anggap aku tak ambil subjek tu sem ni..huhu..budak Law bila masuk kelas akaun macam typical budak tadika masuk kelas budak SPM belajar add math!! bukan aku nak bangga, dulu math aku boleh dikatakan tahap kembang hidung la..tapi sekarang?? huh!! adik tanya 7 x 8 pun, aku gelabah "kalkulator mana?? kalkulator??"

lepas habis kelas account masuk kelas retorik pulak dah!! ayyoomaaaa!! tau tak retorik tu apa?? senang cerita sort of seni bahasa la..bukan yang zaman Hang Tuah punya bahasa, tapi belajar macam mana  nak berhujah, macam mana nak meyakinkan audience..wakluu!! serius otak aku tak boleh terima..mula2 belajar bunuh membunuh, tiba2 masuk kira2 pulak, last2 kene berbahasa pulak..apakah?? penat lah otak aku macam ni, sian la dia, macam da tak cukup oxygen..ingat aku multi-talented ke?? sapa ada Lamborghini 5 biji?? nak kahwin ngan aku tak?? haha

7/16/2010

assignment 1

sebenarnya tengah siapkan assignment, esok kene hantar, tapi disebabkan halunisasi aku suruh update blog, so da tak feel nak siapkan assignment..haha..ala lagi half je, lagi 5 minit pukul 12 aku sambung..huahuahua..isi da ada, malas nak type je..amboi ko Beron, type entry baru boleh pulak..takdela, entry baru tak payah refer2 buku,  yang ni kejap2 kene selak buku, poning den eh..rasa nak cipta robot yang boleh tolong aku menaip la, aku cakap je..alangkah syurganya hidup..dulu ada terfikir nak buat robot pandai masak masakan Melayu,*macam aku amek course robotic je..haha* tapi bila fikir balik dia takde perasaan berkasih syg, nnt mesti masakan tu tak sedap..so nanti aku nak masak sendiri untuk perut aku dan family aku..auww!! one step to be isteri solehah gituu..haha..

tadi aku ngan Wawa and Cha pergi Alor Star ambil Dira..over tau perempuan ni, orang da siapkan 1 assignment baru dia balik..haha..pergi rumah abang Wawa, dapat yong tau fu dua bekas aiskrim walls warna kuning..very the deliciousss..perut tengah menggolodak, dapat makanan yang superb macam tu memang rasa nak terjun tasik..oh lupe, kitorang makan kat tepi tasik UUM, romantika bunga mawar sungguh la..disapa hoi hoi oleh angin sepoi2 bahasa, cewahhh drama sungguh!! just air tasik je tak mengancam, warna teh susu, kalau warna air bandung lagi feewwwiiiittt...

aku seronok duduk sini pun sebab ada kawan2 yang super crazy je..kalau tak, sumpah aku amek pjj je..haipp!! bukan percintaan jarak jauh, pembelajaran jarak jauh..hehe..mereka adalah kawan aku untuk bergelak ketawa, untuk mengadu domba, untuk bergosipp mengata..haha..yang paling best dengan dorang bila aku drive, suruh tunjuk jalan sebab aku tak expert bab jalan2 ni, bila terlajak sebab dorang terkinja-kinja nampak beruk, aku jugak yang dipersalahkan..terima kasehhh!!..padahal beruk tu cool je tengok dorang, dunia memang da terbalik..haha..ni la sahabat namanya, kalau tak perangai ungka mcm ni. kita gelar kawan je..kan sahabat?? =P

7/14/2010

mengantuk di petang itu

asal petang je mengantuk, asal mengantuk je petang!! haish!! sebab nak elak jadi gila atau bertambah gila sebab tidur time asar, maka marilah merapu di blog ini secara berjemaah, lebih afdhal aku kata..hari ni macam biasa, the things that common students will do..pergi kelas, makan, mengumpat, gelak2, mengantuk..tapi hari ni naik kereta, so sesi mengumpat tu diadakan dalam keadaan yang lebih kondusif..hahaha

next week da ada presentation..our first presentation for 3rd sem..seronok jugak kalau settle awal2 ni..kene bulan puasa baru ter aaaa aaaakkk aaaa sebab tekak kering..hehe..malam ni ade discussion tort..hayyoo!! hayyoo!! baru panas punggung kat U ni, da busy..tapi jadi apa yang tak busy kan?? jadi baby, busy menangis..jadi mak, busy memasak..jadi cleaner, busy menyapu..jadi mayat, busy nak jawab soalan munkar nankir..redah saja la labu

malam ni jugak ada meeting untuk organize dinner..dinner nye tahun depan, sem ni da siap organize..kami kan sofistikated..kalo boleh, walaupun grad tahun 2013, tahun ni nak habis belajar semua subjek da..huahuahua..mampu ke Beron?? =P..malam ni nak lantik committee kot and tema malam dinner..rakan2, 'pornstar' apa kata?? hahaha..

notesasukehati : eh da pukul 7?? baru ingat nak tidur barang seminit dua..hee~

7/13/2010

saya umumkan hari Selasa cuti!!

ye puan2, tuan2, adik2 kecil, kakak2 cool, abang2 hot serta rakan2 yang handal sekalian..di sini ingin saya umumkan bahawa, bahawasanya, ok lagi sekali, bahawasanya setiap hari Selasa SAYA, ye saya, bukan anda atau awak, saya tak ada kuliah!! hoyeaahhh!! bab2 tak de kuliah ni memang mak incek sukaaaa..

kalau ada pun maybe bulan depan, start tutorial Business Law (BL), itupun sejam je :D..lecturer BL da warning 'subjek ni ramai yang failed' dengan bangganya, macam ianya merupakan lumrah alam yang sempurna..kalau tak failed maka tak sempurna hidup -_-''..cuak dowh cuak!! subjek ni je ada 4 statute..hongga! hongga!! berterbangan duit aku, macam kene tiup puting beliung weh..baru nak merasa pegang duit RM50 berkepul-kepul, sekali buku kene beli 1 lori, ranap semua angan2 aku nak beronggeng!! huhu

semalam aku kene gastrik teruk..aku makan lambat dan atas kebijaksaan yang dikurniakan, aku pergi makan makanan pedas!! syabas beiti!!..tertonggeng-tonggeng aku sakit..disebabkan semalam aku malas nak bajet cool sangat, aku ternangis..huahuahua..malu i!! maluuuuuuuuuu...then my beloved roomate, tolong bancuhkan susu..auww!! comel tak aku minum susu?? cepat bayangkan!! lepas tu baru aku boleh tidur..hoho..alolo manjanya perut ni, tak nak pedas2 ye?? kene minum susu sebelum tidur ye?? nak kene jadi satay?? =P..tolonglah perut, bagilah kerjasama yang sepatutnya ye -_-''

assignments da bertimbun..hope I can get through on it easily and smoothly..nasib baik majoriti group assigments..takde la pressure sgt..huahuahua..tiba2 rasa aku student yang bertanggungjawab sebab tiba2 berazam tak nak ponteng kelas sem ni..we'll see..hahaha

7/11/2010

ouh class da start!!

hari ni ada 3 kelas je, supposedly ada 4 kelas..kelas Criminal Law 1, Business Accounting and Retorik..kelas Tort je tak start lagi..so far lecturers look nice..maksud aku bukan kacak atau cantik, tapi baik..tapi entahla kan, baru 1st class je pun..hehe

esok ada 3 kelas je tapi semua Law Subjek..Family Law, Business Law and Constitutional Law 1..ayyoo!! word law tu selalu menggelabahkan aku..bermain dengan fakta yang bukan auta!! kene belajar elok2, masa depan ni woi woi woi..ceh!! tiap awal sem pun cakap macam tu, tapi hasilnya heh, hampeh!!

lecturers da brief pasal assignments, tests, carry marks and so on..haish!! ni yang wa tak suka ni..cerita la 2 3 minggu lagi ke, ni hati baru otw nak balik dr rumah, da nak bagi assignments bagai..lek luuu..sem ni sem panjang sebab cuti final sebulan je..kedekut!! bagi la 2 bulan ke, syok sikit nak berdating dengan pakwe dan makwe2..

da la tengah final ada cuti raya haji..tak feel langsung..mana nak fikir next paper lagi, nak fikir lembu mane yang nak kene sembelih lagi, nak buat daging masak apa lagi..macam2 la..kalau aku tak balik, study kat sini pakai baju kurung, agak2 korang pelik tak?? agak2 mak aku nangis2 tak?? agak2 ayah aku nak pos lembu sekor kat aku tak?? agak2 DPP aku ada sediakan biskut2 raya tak?? agak2 Nadia ko nak kena lempang tak?? =P

lambat lagi woi benda tu nak jadi..cool sudah, kata cool..tapi aku kene prepare mental dan fizikal dari awal..sekarang kan masa cepat berlalu, bagai ditiup angin sembilu yang menusuk kalbu di pagi yang kelabu..nanti orang gelabah fikir nak balik ke tak, I already come with decision..hehe..boleh bangga di situ..boleh menampakkan yang aku ni seorang pelajar yang jitu serta bermutu samy ..tapi macam mustahil je aku tak balik kan?? sembang kencang Beron!! haha

notesasukehati : kan aku kata aku nak update blog hari2..baru tegar!! haha

7/10/2010

hari pertama sem 3

petang tadi aku sampai DPP tercinta ni..wekkk!! tercinta la sangat, terbenci ye kot..punya la luas Malaysia ni, kenapa perlu letak U ni di Sintok??..tak de pembangunan, takde hiburan, takde pakwe hensem..eh over pulak..da la jauh dari town, nak lepaskan tension pun kena terperuk dalam kereta sejam baru nampak bangunan yang boleh menggembirakan hati iaitu shopping mall..walaupun masuk dalam tu hanya nak mengumpat orang lalu lalang, tapi puas!!..

3 tahun lagi aku harus menyeksakan diri aku stay kat sini..tadi ayah aku warning "lepas grad jangan datang sini dah"..amaran keras tu, nampak sangat dia pun tak suka tempat jin berdendang sayang ni..aku rinduuuuuuuuuuuu!! rindu rumah dan keseluruhan isinya, termasuk bekas letak gula kat dapur -_-''..dari semalam aku da rindu dan buat muka paling comel mintak nak balik lambat..tapi puan mak tak bagi..mak memang hati kental, kalau dengan ayah baru buat suara meleret da cair..laki~laki~..haha..tiba2 nak salahkan laki pulak..sebagai anak yang solehah, turutkan je la kata ibu tercinta, syurga ada kat tapak kaki dia..hehe

esok da start kelas..tapi aku lupa kelas pukul berapa..dan di saat begini la portal nak gedik2 manja tak boleh access..perasaan nak mencarut memang sukar untuk ditapis lagi, tapi bila terpandang telekung terus teristighfar :)..nasib baik da siap kemas barang yang da macam 1 lori..penat la hai badan ni, padahal sepanjang perjalanan aku baring kat seat belakang, seronok adik2 tak ikut, kalo tak menyempitkan kereta je..heh

malasnya nak mulakan rutin baru..bangun pagi, pergi kelas, buat assignments..haish..kat rumah bangun nak dekat tengah hari, makan mak sediakan, main dengan kanak2 ribena, tengok tv..hai la syurga dunia~~..lepas ni mesti aku selalu update blog ni ha, bosan takde buat apa!! huh..

7/09/2010

awas!! entry ini berbaur lucah

oh mesti ramai klik cepat2 bila nampak tajuk entri ni..dasar otak sotong *tiba2 teringat Paul yang dengar cerita ramai nak buat dia as sajian yong tau fu*

watak utama :
  • aku
  • Fina a.k.a kakak (perempuan, 5 tahun)
watak sampingan
  • Hadif (lelaki, 2 tahun)
aku : cantiknya kakak sikat rambut sendri (puji sebab menyenangkan kerja aku tak pyh sikatkan dia)
fina : eh Ayong kita bukan cantik, kita hensem
aku : eh perempuan cantik, laki yang hensem
fina : Na lelaki
aku : (sambil menunjuk ke arah Hadif yang bogel) laki punya macam tu, kakak punya kan tak sama dengan Hadif
fina : tu la Ayong tak tahu, nanti dia tumbuh la
aku : -_-''

aku tak dapat bayangkan kalau benda tu betul2 boleh tumbuh..huhu

7/08/2010

malas

jarang aku ada perasaan malas..haha..tipu gileee ko Beron..dalam 375 hari, 5 hari je kot rajinnya..tapi sekarang rasa malas tu makin membuak-buak, bagai chocolate jatuh ke dalam ladang gandum dan burpppp jadila Coco Crunch..

sumpah malas nak balik!! balik UUM!! hutan simpan Sintok yang tersesat Universiti kat tengah2 tu..korang tak paham apa yang aku rasa sekarang..cewahh!! macam aku sorang masuk U, mcm aku sorg cuti 2 bulan, mcm aku sorg mls blk..kecoh la lu Nadia..

lusa aku balik, parents hantar.nasib baik parents hantar, kalau tak aku buat2 bagi kucing cakar tiket sampai barai..perasaan benci nak balik U mmg akan muncul setiap kali nak bukak sem baru..sem ni aku sem 3, masuk 2nd year..auww!! da ada junior..lagak harus mantap lepas ni, senior kan..hehe..tapi aku takut, aku ambil 5 subjek Law..insyaAllah boleh buat, doakan ye :)..tapiiiiiii aku ada subjek Business Accounting nanti..apakah?? lawyer semak akaun ke nanti bila ada firm sendiri?? huhu..tapi kawan aku kata yang aku belajar tu basic je..redah je la..sejak amik Law ni, aku macam fobia tengok nombor..haha..tadi aku buka Learning Care UUM, lecturer akaun tu da upload sylibus..mksudnya apa?? bagi aku maksudnya lecturer tu skem..haha..tengok je la nanti apa jadi..wuhhuuuu~

i'll miss this budak2 kecik yang ada kat rumah..mesti rindu nak marah dorang, gaduh dengan dorang, mandikan dorang, bancuhkan susu, tengok tv sama2, rebut remote, buaikan time nak tidur,kacau dorang tidur..nanti kat U sape nak kejutkan aku pagi2, kacau aku on9, ketuk aku dengan botol susu, gigit bahu aku..ayohh!! esok last day jaga dorang..harus buli habis-habisan!! haha..hey kids, I swear, u'll miss when i pampered u, u'll miss the time we take bath together :D, u'll miss the milk that i make, u'll miss when we played together and the most important is, u'll miss my high tone voice..haha..promise me, be a gud child to mak ok?? which is my mak, not yours!! tak aci oh budak2 ni, mak aku mak dorang, mak dorang mak dorang jugak..nasib baik aku kakak sedara yang mengalah dengan budak2 :))

ala da start rindu..sob sob sob :(

bola itu bulat, word cup tu piala pusingan ke??

rata2 1 dunia kene pukau dengan what so called world cup (wc)..semuanya bagaikan berada di bawah cawan dunia yang terlingkup, yang lupa di luar sana ada gadis jelita, ada anak yang kelaparan, ada kucing yang nak mengawan..sana sini orang mengagungkan pasukan pilihan masing2..di kedai mamak, kedai basikal, kedai dobi, pet shop *tibe2 english* sembang pasal bola..macam kalau pasukan yang disokong menang kita dapat royalti..haha..tapi aku tahu, ianya satu kepuasan bila tak tidur malam and pasukan yang disokong menang..tapi ianya juga satu kecilakean bila sebaliknya berlaku..

aku tak berapa minat bola..aku tak tahu pemain bola ada berapa orang dalam satu pasukan, aku tak tahu corak permainan, yang aku tahu bola itu bulat..aku suke tengok cara  Ronaldo menggelecek bola, tapi tak semestinya aku sokong Portugal..aku kagum dengan gigi Kaka, tapi aku juga tak sokong Brazil..aku terpegun dengan ketampanan Van Persie, tapi aku baru tahu dia anak jati Netherlands..aku memang tak into dengan bola ni..dulu aku layan juga, Premier League, semestinya MU la kan..tapi da makin meningkat dewasa ni, aku lagi suka tengok ekspedisi bersama Chef Wan..haha

aku kagum dengan isteri yang bergaduh dengan suami sebab sokong pasukan lain2, aku kagum bila adik beradik bergusti bila nak menangkan pasukan masing2, aku kagum tengok antara kawan tak bertegur sapa sepanjang wc berlangsung,aku kagum tengok ramai2 lepak kat mamak layan screen besar pakai jersey bola pasukan yang disokong tetapi malu nak bangun bila pasukan tu kalah..haha..ironinya *sumpah aku pun tak tahu maksud word ni*, dari pergaduhan manja2 macam ni la boleh mengeratkan silaturahim..

betapa besarnya penangan bola, manusia pun boleh berubah..contoh terdekat mak aku..tercekik aku bila dengar dia sembang dengan ayah aku "tak sangka Argentina boleh kalah teruk, dorang main smart jugak, German pandai susun strategy" erk?? mak aku ke ni?? aku ingat mak aku kenal bebola ikan je..heh

notesasukehati : Malaysia bile lagi ;)

7/07/2010

impian hidup

tiap orang mesti pernah berangan kan 10 tahun lagi macam mana la hidup kita ni..berangan pulak mesti yang superb2, yang best gila, tak nak kalah punya la..

kalau nafsu tamak haloba aku datang, nafsu riak takbur ujub semua, apa yang aku impikan mesti yang mewah2..nak ambil anak2 kat sekolah at least guna kereta ni :


nak pergi pasar beli ikan keli, kereta ni pun da cukup (walaupun kaya, tak lupa diri, nak makan ikan keli juga :D )

                                       

kat hall rumah, ada la sebiji benda ni..agak2 anak nakal, rendam kan je :




tapi kan bila fikir balik, kalau ada semua benda ni pun hidup tak bahagia buat ape?? kalau ada benda ni semua lupa kat Allah buat ape?? Dia nak tarik, seminit je fiuuuu hilang semua..ada keluarga yang bahagia, duit cukup tanggung hidup, boleh sedekah sikit2 kat orang yang memerlukan, cukup la kan?? bersederhana kan lebih bagus.. :)

hidup mewah, orang gaji keliling pinggang, ada Mc'D dalam rumah, ada lane bowling, nak park kereta kene beli tanah 1 ekar, tapi kalau tiap kali balik rumah orang gaji yang sambut, tiap kali nak makan mengadap kerusi kosong, tiap kali nak tengok tv tak de sape nak main rebut2 remote buat ape kan?? tak chill la life kau gitu!! bapak bosannya..rumah besar macam istana, yang duduknya sorang, kereta 18 biji, drivernye sorang..boooo gila..haha..tambah teruk kalau ko jenis sombong gila babas, tak reti berkawan dengan orang, nasib la..lame!

baik hidup sederhana, ada anak 3 4 orang, ada orang sayang kita, ada orang care pasal kita, ada kawan nak gaduh2, ada kawan nak manja2..walaupun orang tu tak sentiasa dengan kita, tapi kita tahu kita sentiasa dalam doa dia :)

7/05/2010

gastrik

aku keturunan Raja Gopal, makanya aku sangatlah suka dengan PEDAS *tak tahu apa kaitan sebenarnya, saje nak bagitau aku keturunan Raja (pronounce harus baku)*..janganlah bandingkan muka aku dengan Raja Gopal, nenek aku keturunan Hang Li Po, so serba sikit da lari ke'pure'an Raja Gopal Subramaniam..

aku dengan pedas bagaikan air dicincang tak akan putus, bagai aur dengan tebing, bagai bulan dipagar bintang..stop Beron!!..ok2, continue..tapi tak semua benda bahagia bila tengok kita bahagia..contohnya, perut aku sendiri..dari baby sampai da nak jadi mak baby, dari kempis sampai berlemak, perut aku sangat anti dengan pedas..ibarat Tom and Jerry, kadang2 je baiknya..

bahananya aku..baru lepas operation apendiks..ada terselit bahagia sebab lepas ni tiada penghalang cinta aku dan si pedas..tu la orang kata, jangan sangka air yang tenang tak ada buaya, anaconda pun ada..sekarang ni aku suffer gastrik pulak dah

en. Roslan memang pantang anak2 or bini dia sakit, kelam kabut ribut dia cari ubat..dan hasilnya, aku DIPAKSA minum susu setiap malam..setiap malam!! setiap malam!! ok cukup..kalau susu mak aku on la, da lama tak bergayut, da dekat2 18tahun da, rasa rindu tu menjelma juga kadang2..ok Nadia, jgn over!!..ni ayah aku bagi susu kambing..oh no!! oh tidak!! nehi!! tak sanggup nak ber'ibu' susuan kan kambing, tak sanggup ada abang susuan kambing!!

da la mahal susu tu..sebulan kos dia RM60..bagi aku mahal, sebab RM60 tu boleh makan seminggu..but it's really good for gastric la..tak kisah la kan good ke ape, sebab aku memang tak kisah sangat pasal kesihatan aku sendiri, tu selalu kena bebel ngn en. sayangg..huhu..tapi kalau mak aku tak bancuhkan setiap malam, susu jadi debu la..aku suka buat2 lupa bab ni, tapi ayah aku tak pernah lupa -_-''..so makanya, mak kene duduk ngn Nadia kat UUM..hehe..

ayah aku kata susu tu bagus untuk kesihatan, nabi2 kita dulu pun minum susu kambing, zaman kita je minum susu lembu *eh aku minum susu ibu* sebab yahudi yang komersialkan, padahal sampai sekarang orang yahudi sendiri minum susu kambing sebab dorang tahu susu kambing lagi berkhasiat dari susu lembu..

sebagai anak yang solehah, aku telankan jugak la..aku bukan tak minum susu, it's just not my routine..langsi tak langsinya, sorang cousin aku, Hadif, yang disahkan belum mumayiz dan belum bersunat, setiap kali dia nampak aku minum susu tu, dia cakap "ee bau ambing"..sumpah weh!! susu tu bau susu biasa je, sedap lagi dari susu biasa, dia rasa susu + vanilla..lagi satu yang aku peliknya, mana Hadif tahu kambing busuk?? cess sungguh!!..da kata sedap kenapa kau tak suke minum Beron?? satu, sebab aku memang dilahirkan untuk membantah je kerjanya..dua, sebab tujuan kesihatan, cuba ayah aku suruh makan dengan coco crunch, 1 balang aku tibai!! huahuahua

7/04/2010

sekolah rendah

tadi aku keluar dengan kawan baik aku time sekolah rendah..murni kan jiwa aku, sekolah rendah da ada kawan baik..bukan macam budak2 hingusan lain 'eh2 jangan kawan ngan dia tau, semalam dia tak bagi gula2 kat kita'..padahal esoknya penghasut tu la yang jalan berpeluk dengan orang yang dia tak bagi kawan tu -_-''

bila ingat balik kenangan sekolah rendah, rasa nak sula diri sendiri, sebab tahap kebengapan tak dapat dimaafkan..paling popular aku rasa main ejek2 nama bapak..apa sawannya entah..yang peliknya nama bapak2 kitorg pun masing2 senang kene ejek..cuba nama bapak aku 'Umar Rayqal', terteleng kepala diorang fikir nak ejek ape kan..ni nama bapa aku Roslan..paling popular aku kene lagu ni 'Lan Lan Lan botak, Lan makan taik katak'..what the hair la kan..ayah aku punya la hensem rambut berkilat, dia katanya botak

ada seorang kawan aku ni, punya la berani, depan ayah aku die boleh nyanyi2 lagu tu dengan girangnya, nasib baik dia tak menari mak yong sekali -_-''..nasib baik ayah aku sedia maklum budak tu memang senget sikit, lagipun die anak kawan ayah aku..langsi2 dia pun, aku baik dengan dia, sebab aku pun langsi gak..haha..jujurkan aku mengaku?? :)

nama bapak die ala2 brand motor..ha korang fikirla sendiri apa..honda bin abu ke, yamaha bin manap ke..satu hari, aku panjat tangga kat library nak letak buku kat rak..aku panjat tinggi sekali..dari tingkap library aku nampak die, then aku jerit nama bapak die kuat2 dalam nada mengejek..puas hati aku!! terbalas dendam rasanya..nyanyi2 aku susun buku2 yang lain..tiba2 aku rasa tangga bergoyang..budak mangkok tu yang gerakkan tangga tu!! betapa gayatnya aku time tu, rasa nak terkencing..tangga tu bukan yang bentuk A tu, dia just tangga yang kene sandarkan kat something..punyalah aku rasa nak merayu kat dia 'weh tolonglah, jangan la buat aku macam ni, besar nanti aku kawin ngan ko eh'..nasib baik aku tak terlepas cakap macam tu..last2 aku jerit panggil cikgu, selamatttt~~

sejak hari tu aku amik inisiatif tak nak ejek nama bapa orang da walaupun dorang ejek bapa aku..sebab mak kata 'sapa kata orang, orang yang dikata tu dapat pahala' ..time tu rasa nak suruh dorang ejek nama aku pulak :)) (tapi da besar ni macam lupa pesan mak)..lagipun aku takut kene humban dalam Sg. Perak pulak ngan budak senget tu..

7/01/2010

girlfriend adik

aku ada seorang je adik lelaki..lelaki seperti dia memang tak nampaklah ura2 nak suruh mak yang carikan calon isteri, mesti nak cari sendiri, macam aku jugak..hehe..mak pun pernah cakap pasal jodoh ni 'eh cari sendiri, tak kuasa aku cari untuk korang, tak de masa'..oh ibu -_-..takde masa bermaksud bila kitorang da besar, ayah aku da pencen, dia nak berhoney moon ngan ayah aku berdua je, ulang type BERDUA je!! apa lah nasib anak2 bujangnya nanti..oh harus kahwin cepat sebelum ayah pencen!! hee~

aku ada juga terfikir perempuan macam mana la nanti jadi girlfriend adik aku..melihat dari rupa, adik aku tu maybe la ada orang nak..sebab lelaki tak hensem kan lagi laku dari lelaki hensem, janji kau baik hati..haha..kalau la girlfriend dia gedik mengada-ngada memang jangan hrarap aku nak approve!! walaupun bukan aku yang lahirkan adik aku, aku just melempang dia, tapi aku ada hak untuk tentukan siapa yang bakal masuk family aku..

lelaki tanggungjawab dia pada ibu..aku tak nak adik aku abaikan mak bila die da berkahwin or bercouple..sebab anak mak yang lagi dua tanggungjawabnya pada suami..hehe..banyak da kes aku tengok sebelum kahwin punyalah manja dengan mak, balik kerja peluk mak, tiap bulan masukkan duit yang banyak kat bank mak, tak pernah lupa beli ole2 untuk mak..bila dah kahwin, kene control dengan isteri, duit tiap bulan nak bagi kat mak pun isteri tapis!! what the hell kau perempuan?? mak die lahirkan dia, walaupun kau lahirkan anak dia, kau tak boleh amik hak mak dia kat dia ok!!

tu yang aku tak nak jadi kat adik aku..lelaki ni so far yang aku tengok, especially yang da anak, akan ikut cakap isteri, maybe sebab takut ape2 jadi, sian kat anak2..adik aku anak bongsu, so dia paling manja, cakap dia paling dituruti..so bila da besar kalau tak kenang budi mak ngan ayah sebab ikut cakap perempuan, memang nak kene sula dengan aku!! tak mustahil aku yang lempang bini dia nanti..haha

so Hafiz, here have some characteristics that MUST have in your future wife (ni kira aku da warning awal2 la ni, sungguh awal!! sebab adik aku baru nak ambil UPSR..haha)..

1. hormat orang tua - ni paling penting..aku pun dia kene hormat..contohnya beli rantai emas putih seutas!! haha

2. pandai ambil hati - kene bawa jumpa aku dulu baru aku bagi jumpa mak sebab mak aku lembut hati sikit dari aku..so kalau lepas kat check point aku, boleh pergi ke next check point yakni mak aku..hehe

3. berbudi bahasa - sempoi takpe, aku suka, boleh ngam!! ngam2 pun jangan ambil kesempatan pulak..bergurau ada hadnya..

4. memasak - tak pandai memasak takpe, boleh belajar *mcm ckp kt diri sendiri je*..nanti belajar dari aku, aku da teror masak time tu..haha..tapi jangan sampai bawang putih pun tak kenal..

5. control - jangan control adik aku, ni boleh ni tak boleh..selagi die tak buat dosa, jangan larang, mak aku da ajar die cukup da dari kecik..kalau aku nampak ciri2 queen control, siaplah!! jangan harap nak dapat title adik ipar Nadia Roslan..hehe

kejam tak aku?? haha..mane ade lah!! as anak sulung, aku mesti nak yang terbaik untuk family aku..korang pun kan?? kalau girlfriend adik korang tergedik-gedik merengek dengan adik korang depan korang, tak ke rasa nak lempang?? nak manja2 tempat lain la!! ko ingat da jadi girlfriend maknanya ko boleh conquer dia?? jangan harap!! dia ada kakak macam singa!! haha

aku kan kakak..heh'