”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/31/2011

Perak, what a lovely place! ;)

yuhuuuuu! aku baru sampai ni..naik bus pukul 10 tadi dari Changlun, drop kat Ipoh..boleh tahan lembabnya bus tu bergerak, buat kena gelak dengan siput babi je..aku cuti sampai 11 hb..lusa aku pergi KL sampai Ahad..siapa2 nak dating dengan aku sila buat appoinment dengan PA I..hahaha..kau ingat kau diva Beron??..tadi aku naik bus 2 tingkat, so tempat letak beg dia melebihi paras normal ketinggian aku..macam mana entah beg aku boleh keterbelakang..sumpah aku tak sampai nak ambil..time tu laki2 lain semua da takde kat situ..dasar kaki panjang, laju je jalan..sekali aku nampak sorang mamat ni..wah hensem!! peluang peluang!! haha gatai!!..tapi disebabkan kurang keyakinan diri nak beramah mesra dengan laki handsem, aku suruh sorang mamat yang kebetulan lalu kat situ ambil kan..dia pun kene lompat ambil, apa ntah lagi aku!! lain kali buat lif kat tempat simpan beg tu tahu!!

bestnye perasaan bila ada kat negeri sendiri, ada kat tempat orang rasa terkontang kanting..acehh! padahal kau kat mana sama je perangai Beron, tak behave2 jugak..aku dengan cerita Mesir tengah chaos, betul ke??..kalau betul, selamatkanlah semua wanita dan kanak2 kat sana, students Malaysia jugak..kawan aku ada kat Cairo..Cairo part of Mesir ke?? ke Cairo kat Madagascar?? haha sorry lah, aku failed geografi..apa2 pun, mari doakan kesejahteraan dorang kat sana..kita sedap2 makan limau kat sini, tak kan nak biar dorang makan peluru, ye dak??

hi sweetheart!! ^_^

hi en. bakal suami! ^^v ni nota terakhir kot..tak adventure la kalau kau da tau semua pasal aku kan??..so hari ni macam mana?? ada sihat?? jangan makan limau banyak2, nanti cirit birit..keh keh keh..kadang2 aku terfikir, siapa kau eh??..entah2 kita pernah selisih bahu, entah2 kau ada around aku je, paling dahsyat kalau kau musuh aku..haha..pernah jugak aku terfikir, yang kau sebenarnya da pergi dari dunia ni..takpelah kalau macam tu, kita jumpa kat syurga eh? ;)..hari tu aku dengar ceramah..wah! jangan buat muka terkejut bakal bini kau dengar ceramah..haha..dia cakap nak dapat pasangan hidup, hati kena bersih, jangan dendam2, jangan benci2 orang..jom kita try sucikan hati kita, maybe senang sikit urusan kita nanti =P

kat sini aku nak bagitau apa benda yang aku nak or tak nak jadi dalam relation kita..aku bukan queen control, lantak la kau nak buat apa janji tahu batas agama..aku pun bukan baik sangat, tapi aku try jadi baik..lepas kahwin, aku tak kisah kau nak lepak dengan kawan2..kalau tak de anak lagi, kau anak ajak aku overnight tengok movie pun aku suka..I like!! lepak kat mamak sambil gosip2..very the perempuan kan..haha..aku nak kehidupan yang santai..tapi kalau dalam seminggu, 6 hari aku kena tidur sorang, baik aku suruh ayah aku nikahkan aku dengan bantal peluk, ye dak??..aku sporting bertempat la kan??..lain la kalau aku kahwin dengan angkasawan negara, yang tu aku faham la tugas kau..jangan ada skandal dengan alien sudah!

then tolong benarkan aku kerja..lantak la duit kau bertimbun sampai kau gam2 kan duit kau buat alas meja ke apa ke, tapi tolong bagi aku experience kerja at least 10 tahun..hehe..aku bukan apa, belajar bertahun-tahun, last2 duduk rumah tak syiok jugak!..bagi aku praktik ilmu yang aku belajar and berbakti kepada negara kejap pun jadi lah..ha siapa cakap aku tak patriotik?? meh aku nak lesing..lepas tu, kalau kau suruh aku duduk rumah jaga anak, insyaAllah aku boleh turutkan dengan syarat twice per year vacation in and out of Malaysia..kah kah kah..tapi kalau tak de rezeki aku kerja, jangan segan silu support hidup aku..hehe

kalau boleh la kan, aku nak kampung kau share sama poskod dengan aku, share nama negeri pun jadi la..haha..bukan apa, aku malas nak bertekak balik raya nanti..sebagai anak sulung aku kena jalankan tanggungjawab kepada ibu bapa..acehhh! dan dan..tapi jodoh pertemuan di tangan Allah kan..aku tak kisah kalau kau warganegara Australia sekalipun..if you are Australian, later I'll translate this letter for you ok darling?? haha..don't worry, aku boleh tolerate..kita selang seli ok..mak bapa mu, mak bapa ku juga..tapi kan, kalau jarak kampung kita lebih 2 marhalah, kalau kau dapat sediakan jet, memang nice jugak tu! ;) auwww! haha..

at last but not least, tolong jaga diri sampai masa kita ditakdirkan jumpa..kalau ditakdirkan kita jumpa time aku ternampak kau jatuh longkang, jangan marah aku kalau aku bahan kau sampai kita dapat cucu..keh keh keh..jangan risau, aku akan terima kau seadanya :)..aku akan jaga diri aku, insyaAllah..jangan serabut2 dengan hal duniawi, make life easy dear..jumpa nanti..take care! Assalamualaikum ;)..

1/30/2011

to my beloved future husband

ehem ehem..assalamualaikum hubby/dear/honey/kanda (please, feel free to choose), adoyai formal pulak rasa nak guna saya awak..takpelah, I still don't know who you are, please allow me to use aku kau..nanti da kahwin aku panggil kau guna panggilan paling suwwiiitt skali..meeoowww! *gatal pulak bunyinya*

kau apa khabar?? ada awek tak sekarang?? takpe2, teruskan percintaan anda,aku tak de hal..aku pun pernah bercinta what, chill chill..aku faham sangat kehendak remaja ni =P..kalau kau jodoh aku, satu hari nanti kau tetap berada di dalam genggaman aku..hahahaha *kejam gila gaya*..tapi bila kita together2 nanti, jangan ungkit kisah lama eh..past is past kan der??..tapi kalau kau tak de awek, lagi kelasss!! tapi tak aci la pulak, nanti kau tak bagi ex aku datang kenduri kita pulak..bagi la eh?? eh?? :)

ni aku nak cerita sikit perangai aku, kot2 jodoh kita family yang arrange kan ke, takut jugak kau tak boleh terima aku yang luar malu2 kucing tapi dalam nakal2 harimau ni..aku simple je orangnya..dalam hubungan, aku tak nak aku yang dominan, aku nak kau..nak jadi ketua keluarga kan?? ha pandai2 la decide apa2 pun, aku bagi cadangan sikit2 boleh la..tapi time aku nak terberanak, kalau kau suruh hold dulu konon2 nak suwwiitt bagi anak share sama birthday dengan kau, jangan kecewa kalau aku terderhaka!.

aku manusia yang susah gila nak mulakan something and buat keputusan yang melibatkan orang lain..harap maklum..kau jangan hangin pulak kalau kau tanya darling2, nak makan kat mana?? sama ada aku akan tunjuk mulut ataupun aku cakap suka hati la, ikut je..so bawa la ke mana2, medan ikan bakar ke, Johnny's ke, Mc'D ke, Secret Recipe ke..sungguh mak tak kisah, janji halal dan mengenyangkan perut and yang paling penting guna duit kau! haha

aku adalah perempuan dan berhati perempuan..get what I mean?? walaupun kau nampak aku brutal, cool, hati batu, keras kepala, tapi aku jugak sensitif bertempat..aku pun tak tahu bila aku sensitif, tapi pandai2 la jaga sensitiviti perkauman kalau tak nak tidur luar..tapi susah sikit nak suruh kau discover sendiri kan, kau kan  lelaki?? memang sah2 tak sama dengan perempuan..aku tengok kadang2 laki ni hati stone sikit, nak kena jerit kat telinga woii aku tengah merajuk ni!! baru nak paham..eh tak2,da kahwin nanti aku tak woi2 dengan kau, aku hormat kau eh..worry not..nanti aku bisik je kat kau yang aku terasa..tapi kalau kau tetap buat bodoh, minggu depan jemput aku kat rumah mak! hahahhaa..tak suruh pun mesti kau jemput kan?? kau mana boleh hidup tak de aku..wah, yakinn! haha

ha part ni baca betul2..aku tak reti express apa aku rasa..aku sayang ke marah ke geram ke nak bermanja ke..kau jadi suami aku memang kena jadi peramal mood terbaik aku..jangan terasa kalau aku tak cakap depan2 aku sayangg kau..fikir logik la der, kalau aku tak sayangg, aku tak berani nak kahwin dengan kau!!..ye dak??..kalau kahwin ni boleh try2 je takpe =P..tapi aku try la ubah sifat PEMALU tak bertempat aku ni..don't worry, for you I will ;)

kalau aku ada masa, nanti aku sambung lagi eh..aku nak tidur, esok ada kelas pukul 8 pagi!!..jaga diri tau..satu hari nanti, kita jumpa, insyaAllah..kalau ada awek, jaga dia elok2, don't hurt her..mana tau aku boleh jadi kawan dengan dia satu hari nanti.. :) good nite love =P

1/29/2011

cuti2 Malaysia

dulu aku pernah terfikir nak pindah Australia..aku tak tahu kenapa aku suka sangat negara tu..maybe sebab dia memiliki binatang malas yang comel seperti koala dan juga kangaroo yang suka melompat seperti aku..tapi bila aku tengok planner Cha, aku matikan niat aku..Australia tak banyak cuti macam Malaysia weh! hohoho

I love holidays..siapa tak suka mari aku nak lempang!! aku suka rakyat Malaysia berbilang kaum maka segala perayaan pun dapat cuti..Raya Puasa, Cina yang excited balik awal..Chinese New Year, Malay people yang hover balik awal, salah seorangnya aku -_-''..aku balik lusa weh!! lusa!! aku tau, universiti lain da start cuti kan?? tapi I cuti sampai 11 Februari nyah, sila jeles di situ..ngeh ngeh ngeh..tapi yang tak best, orang da habis cuti, aku melangut tak de kawan duduk kat rumah tu..hayohhh!

2-6 Februari InsyaAllah aku ada kat KL..apa ntah mak aku nak buat kat situ, lama gila pergi..aku feeling pergi sana sehari dua je, lama2 rimas I..rumah sendiri jugak heaven..tapi boleh jumpa Tqah, InsyaAllah, dia nak fly da 17 Februari ni..sobssss! srrooottttt sssrrootttttt~~ jangan tinggalkan daku sayangku =P..

sumpah tak sabar nak balik..rindu Fatini..hari tu mak mengadu kat aku, Fatini makin hover nakalnya..time mak aku kemas dapur, dia pergi main pasir kat luar, melenting la orang tua tu..semalam cakap dengan dia on phone, dia cakap yom, nanak tawan..eh tetiba tak nak kawan aku..padahal kalau aku kat rumah, dia la melekat dengan aku 24/7..siap kau!!

my naughty sweetheart 

tiba2 aku rindu Cameron Higlands..kawasan dia sumpah mendamaikan..cuaca, sungai, ladang2 dia..one friend of mine tengah holiday kat sana..sis Zilot, if you read this, please know that I'm jealous! =P..aku ada plan nak pergi balik hari..bukan jauh pun dari rumah aku, about 1 hour 30minutes je kot..but I don't know if I've enough skill untuk drive ke atas tu or not..ada siapa2 berani nak pertaruhkan nyawa dia dengan aku?? if so, jom next week! ;)

Khurafat


setelah berapa kali wayang penuh, akhirnya semalam dapat juga tengok cerita ni..aku memang tak into cerita2 macam ni, tapi da semua orang kata best, try la jugak..what I can conclude is, cerita ni SERAM!! bukan apa, banyak gila unsur2 suspen and hantu dia nampak real..ceh! macam aku pernah minum semeja dengan hantu =P

then kitorang pergi makan char kotiau Ghani kat Jitra..perghh! terbaik!!..instead of char kotiau, nanti aku nak perli abang tu abang, char taugeh satu eh..slacknya banyak taugeh, jenuh aku nak ketepikan..tapi rasa memang marvellous..tiap kali pergi sana mesti aku teringat kawan aku, Paan, sebab nama ayah dia Ghani and dia duduk Jitra..kalau la tu kedai ayah dia punya.........hehe

then sebab nak buang masa, lepas maghrib kitorang jalan2 kat Jitra Mall..ada makhluk mengidam roti canai,  around pukul 9 lepak mamak pulak..kerjanya makan, makan, makan!..da nak dekat pukul 11, kitorang pun nak balik da..sampai parking lot, aku nampak kereta yang kitorang guna tu lupa nak tutup lampu..ah, sudah!!..2 jam kot tersadai tak tutup lampu..da la tempat tu tak de orang sangat, and kitorang semua perempuan

memang try2 start enjin pun harap maklum la kan..yang kelakarnya, kitorang boleh lagi lepak dalam kereta gelak2 sebab tak tahu nak buat apa..aku tau kene jumping dari kereta lain, tapi mana nak dapat kereta lain tu??..aku try tanya 2 makhluk Allah yang aku rasa dorang tahu pasal kereta ni..sorang tak delivered message nye, nasib baik sorang lagi call..dia explain beria kat aku, last2 aku gelak and cakap aku tak paham..hahahha..sia2 je kau telefon aku..tak silap aku dia suruh kitorang tolak kereta and driver masukkan gear 1 secara mengejut ke apa ntah..ha memang, memang kitorang larat nak tolak kereta laju2..last2 aku cakap kat dia, aku cari alternatif lain

aku dengan Cha pun redah pergi tanya sorang abang ni..muka pecah rumah tapi baik ooo..so don't judge a book by its cover..ada la 4 5 orang yang tolong..tak de dorang aku rasa malam tu kitorang check in kat mana2 hotel agaknya..ayah tau ni mampus aku kena buat korban..Alhamdulillah, sampai jugak kolej dekat2 midnite..nak sangat buang masa kan?? =P..badan da flat gila, after mandi aku nak tidur..dan hasilnya sampai pukul 4 pagi aku tak boleh tidur..and pagi tadi kena bangun pukul 8, pergi ko-k..ha tahniah!..kawan aku cakap ada 'benda' ikut kitorang balik..ha gelak macam syaiton lagi kat highway 'keras'..padan muka!

conclusion yang dapat, lepas ni jangan balik lewat malam..Cha lagi la bagi cadangan tak munsabah, lepas ni kita seret mana2 laki ikut kita..helloooooo, dengar cerita kita kekurangan kawan laki kat sini!!..apa salahnya jadi gadis gamble ;)..sekali sekala ada unsur2 suspen, cara jugak!

1/28/2011

gifted hands


ni cerita lama aku rasa..aku kan suka ketinggalan zaman..it based on true story if I'm not mistaken..cerita ni sumpah simpan lot of lessons!..overall cerita ni pasal neurosurgeon yang nak pisahkan siamese twins, cantum kat kepala..menitik air mata aku bila tengok how happy the parents were after the surgery was well done!..I kan ada jiwa keibuan gitu ;)..besides, dia jugak cerita macam mana doktor ni time kecil bodoh piang ya amat, exams asyik failed je then at last turn out to be the most famous neurosurgeon in the world..can you imagine that??..so I can conclude that in this world nothing is impossible and brain is a miracle gift..mak dia mainkan peranan penting dalam kejayaan hidup dia, single mother who's sacrifices everything for her children..so jangan degil cakap mak Beron!! ok2 -_-''

lessons that I've learned :
1. make a lots of reading - membaca boleh tukarkan kau dari sorang yang dungu kepada seorang yang intelligence..just believe it babe! *cakap kat diri sendiri*

2. control your temper - bila marah, kita akan lost control and its bring a lot of negative impacts I guess..dalam cerita ni, dia hampir nak bunuh kawan dia sebab dia failed to control his anger..last2 dia balik rumah peluk Bibble..so kalau korang marah, yang Islam pergi la baca al-Quran, jangan peluk je =P

3. never give up - mak dia hampir gila bila found out that her husband has another wife and children..dia bawa anak2 dia settle down kat somewhere new place and dia rasa bodoh sangat sebab she can't read..dia stress takut anak2 dia jadi macam dia..dia try jugak belajar membaca at age around 30 I guess..tapi dia tak pernah give up nak bagi anak2 dia jadi manusia pandai..takde lah die mangajar, atenye dia pun buta huruf..she just sent them to school and inspire them..end up, sorang jadi doktor pakar, seorang engineer..ha amek kau! haha

4. pakai la spek bila rabun - tengok sendiri why I said this...hahaha

life is never easy..but we can create a smooth way to go through it..believe in yourself, believe in good faith, believe in God :)

1/27/2011

first love

ramai orang cakap 1st love susah nak lupa..bagi aku, apa2 yang first memang susah nak lupa..tak kira la first time pandai naik basikal ke, first time kena ngorat ke, first time tercium katak ke..lupa memang tak boleh tapi boleh terima, berapa lama nak terima tu depends on individual..

bagi korang puppy love tu boleh define as your first true love tak??..ikut logik otak aku, jawapannya TAK..kamon la der, sunat pun belum, bangun pagi pun mak mandikan lagi, pergi sekolah pun menangis lagi, so ko expect you are already expert in love la?? haha..ada seorang mamat ni, dulu dia ada mintak couple dengan aku time darjah 3!! darjah 3!! apakah?? aku pun mandi tak kunci pintu lagi time tu, kau ajak aku couple? ngahahaha..da la surat cinta tulisan buruk nak mampus, memang tak kan bangkitkan mood romantik dalam diri betul!..last2 aku koyak2 kertas tu..da petang tu aku nampak dia bermain girang melompat-lompat dengan kawan2 dia..tu namanya cinta?? kalau betul cinta mesti kau da mengongoi dengan mak kau suruh jumpa aku sebab aku koyakkan surat cinta kau..haha

semalam dia hantar PM kat FB aku..how's life?? I still love you, you are my first love..hahahhaha..cartoon gila perangai! pandai kau nak masuk jarum eh..konon fisrt love tak dapat lupa aku la?? yang selama ni 11 tahun kita tak jumpa, yang kau couple entah2 dengan 20 perempuan lain, kiranya aku sentiasa dalam hati dan otak kau la?? kamon der kamon! be realistic..tu bukan cara ngorat paling bijak abad ini..baru je aku tengok kau buat status single..ex kau bukan main lawa, putih, free hair lagi..tipu lah kalau kau tengah dating dengan dia tapi kau nampak muka aku! sangat tipu! sebab aku pun hampir lupa kewujudan kau kat dunia ni..haha..aku akui, kau tetap handsome macam dulu, tapi apakan daya, aku tak memandang paras rupa untuk bercinta..hahaha..tambah2 dengan lelaki yang berabad aku tak jumpa, and yang baru lepas clash pulak tu..aku berani bet, dalam masa terdekat kau akan dapat awek baru, muka kau memang not bad..tapi jangan teringat aku tau time dengan awek baru..kah kah kah..eh korang lelaki memang susah hidup tanpa perempuan eh??? wah gila panas soalan aku! haha

agak2 kan der, kalau aku terima kau dulu, sekarang mesti kita tengah buat preparation kahwin kan?? yela, mesti kau setia, da 11 tahun pun tak lupa aku lagi, mesti mak bapak kita pun da suruh kahwin..auwwww! so suwwiiitttt la you!..kepakkepak kaboomkaboommm *bunyi kompang*

*aku masih gagal nak tukar minat dari suka lelaki senyum manis ke lelaki sombong! haish..der sorry, I'm single but my heart still not available...tapi kalau kau nak belanja aku makan laksa, boleh je! ajak kawan2 kita yang lain ;)

1/25/2011

mind set

baru aku perasan, entri aku suka ada mukadimah mengejut..takde salam hai hoi ke apa, terus masuk subjek..bagus jugak cam tu kan, takde lah aku merepek panjang2..eh Nadia, habis ni yang kau tengah menype ni namanya apa?? tengah bagi ceramah agama?? =P

tadi time aku berus gigi sambil tengok diri sendiri kat cermin, terdetik di hati cantik jugak aku ni hahhahahaha..mesti korang rasa nak lempang aku kan?? ;)..relax la der, siapa lagi nak puji aku kalau bukan diri sendiri..ah sound really desprado! haha..taklah, aku terfikir yang dalam dunia ni apa yang kita buat / tak nak buat semua depends on what we've set in our mind..right??

ok aku bagi contoh, pagi2 buta ni kadang2 otak lembap sikit nak berfungsi ye dak??..contoh first, bab makanan..korang mesti ada benda yang korang tak makan kan?? bukan sebab kalau kau makan ayam tiba2 kaki jadi macam ayam, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu *tiba2* atau dalam kata lainnya korang ada allergic..tapi korang tak makan sebab korang tak nak makan..mind set je semua tu weh..dulu aku tak makan bihun, tak tahu la kenapa, rasa macam getah..ada yang tak makan mee sebab macam cacing kan? kan?..tapi sekarang aku try jugak telan bihun tu, aku set kan mind aku yang aku boleh telan benda alah tu..walaupun jarang habis, walaupun kadang2 sampai loya tekak aku, tapi aku try jugak..and the improvement is, aku da boleh telan bihun tapi sangat la choosy! kalau bihun keras jegang, kucing pun tak nak! kan kucing kan?? meouwww meouwww~~..jangan korang set mind kata babi tu halal sudah!

contoh kedua, takut dengan something..ni contoh je eh, contoh! sumpah tak de kena mengena dengan aku..dulu aku takut kucing..tak tahu jugak atas sebab apa, tapi memang takut kalau dia datang dekat..tapi bila otak makin mengembang, da boleh fikir secara rasional..then automatic akan terfikir, nak takut dia buat apa?? bukan dia harimau..setakat dia gigit2 manja and cakar2 tu sikit punya hal la der!..kena jahit kat kepala sepanjang 17cm pun kau boleh buat relax lagi, ni kan setakat kena gigit kucing..tu pun kalau ye dia akan gigit..so set kan mind, hek eleh kucing je punnnn!..mula2 memang ketar la jugak konon2 nak buat mesra gomol2 cium2 kucing, tapi lama2 kau akan biasa..just kena ada kekuatan diri dan mental untuk tukarkan sesuatu perception kau selama ini ke benda lain..setuju?? jangan setuju dulu, cuba dulu :)

lagu jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan tu memang la sangat la amat la tepat dan betul!..jangan goyah! once kau goyah, maka berkecailah semua apa yang kau telah set dalam mind kau..percaya pada diri sendiri! yeah go go!!

selama ni mind set aku mudah tertarik dengan lelaki yang senyuman dia manis, so aku nak try set kan mind aku untuk tertarik dengan laki sombong pulak! haha..nak saya tertarik dengan anda?? sila la sombong..haha..gila sawan tiba2 guna saya..euwww euwwww betul!

*siapa kata susah nak lupa?? memang susah pun!! tapi da set kan mind that one day, everything will be fine..so live life to the fullest..look back just a waste of time babeh because the future lies ahead ;)


1/23/2011

ada je hal nya

supposedly aku ambil 7 subjek sem ni..wah!! bajet hebat..5 subjek law, 2 subjek picisan..haha..aku selalu rasa subjek selain dari subjek law yang aku kena ambil macam TITAS, hubungan Etnik, dll tu subjek picisan..subjek menembak time final..bila dapat result aku yang rasa ditembak! padan muka! =P

tadi ada announcement, siapa ambil 7 subjek kena drop satu subjek sebab kredit hour untuk praktikum masuk sem ni bukan sem depan..hayoh! hayoh! nak drop antara 2 subjek picisan tu pening sikit la nak pilih yang mana..ala2 kau letak Johnny Depp dengan Cyril Takayama depan aku, dua2 pun rasa nak terkam..haha..gila gelojoh!..

nak drop BM Pengurusan rasa macam boleh skor A..sungguh berkeyakinan tinggi aku ni, belajar pun tak start lagi, da rasa dapat A..bagus2, mana datang riak entah?? =P..BM je pun weh, aku bukan duduk California tak reti BM hehe..walaupun lecturer aku tu kuat bebel sikit, tapi jauh di sudut hati aku rasa dia baik and boleh counting huehuehue..lagipun takde mid sem plus final dia 80 objektif nyah..ayuh mari menembak! ngahahaha

lagi satu subject English for Hospitality Purpose..subject ni tak de final tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii 100% lie on field work and course work parah jugak..buat lecturer skema, bagi markah ikut piawai SIRIM naya tak naya jugak la..field work kena pergi hotel buat apa aku pun tak pasti sebab time briefing hari tu aku blur dengan apa tujuan sebenar aku ambil subjek ni haha..hoi! ingat aku nak kerja kat hotel ke nanti?? tapi tujuan subject ni nak menajamkan communication skill kita and memang patut ajar aku biar cakap lembut sikit dengan orang! ;)

setelah ditimbang tara, aku and beberapa orang yang lain nak drop English, tu sem depan kita ambil..kalau rasa susah ambil benda lain..hehe..sebab lain drop English, masyaAllah studio dia tinggi melangit gua cakap lu!..boleh buat CPR kalau kau berlari naik pergi kelas tu..tak caya cer cuba lari naik tangga 5 tingkat tak silap aku, dengan beg macam guni beras beratnya..ha sila! sila!..

oh praktikal punya hal..bulan 6 ni InsyaAllah aku praktikal kat mahkamah tinggi Ipoh, tinggi berapa meter tak tahu la pulak aku..siapa2 nak tengok aku kena baling fail dengan judge sila la melawat aku..jangan lupa melawat time area lunch hour, boleh bawa aku pergi makan..aku kalau tension makan banyak..Affan, Mc'D ayam goreng spicy 1 large set, porridge dengan twin twist ok?? ;)..aku da dilantik jadi deputy public prosecutor ke nanti, aku belanja kau domino's pizza pulak..wahaha!

*I'll try my best for this sem ;)

hidup tak selalunya indah ;)

wahh! lama gila tak update tiba2 nak bagi tajuk2 syahdu..drama kau Nadia! haha..hidup berjalan seperti biasa walaupun ada perubahan..susah kan benda yang jadi kebiasaan tiba2 jadi luar biasa..tapi hidup kena diteruskan, masa berjalan, ada kebahagiaan menanti di depan..bila ayat da sentimental macam ni, maknanya ada something mengacau jiwa la tu! ahaks

percaya pada qada' dan qadar, takdir, jodoh, ajal maut yang telah ditetapkan..aku bukan perempuan yang baik yang nak mengharapkan orang setampan seiman Ust Amirul untuk masuk minang aku..haha..tiba2 petik nama dia..tapi dia handsem oh jadi ustaz, sesuai gitewww! cuba bagi AC Mizal jadi, agak2 masuk tak?? haha..tapi aku try berubah untuk jadi baik..hijrah tu memang 1 pengorbanan..banyak rasa yang harus dipendam untuk peroleh sebuah keberkatan..wah!! gila ustazah statement..hope semua keputusan yang aku buat bawa kebaikan untuk semua pihak ;)

*I'm single and ready to mingle..haha...hamboih! atas bukan main ustazah, bawah bajet diva eh kau Beron!

1/19/2011

cabaran hidup memang menuntut kesabaran yang tinggi

awal2 sem ni macam biasalah, selang sehari call mak, tanya khabar sambil tu merenyeh la mintak duit..mukadimah kena jitu, supaya tak nampak niat sebenar..hehe..ye la weh, manusia macam aku ni walaupun keding sehari nak tak nak kena melabur RM10 untuk perut..pelaburan masa depan ni oi..perut lapar otak pun kurang bijak la jadinya, tak elok untuk student comel macam aku huehuehue..*padahal memang tak berapa nak bijak*..buku2 law pun tak nak harga macam 1 set perabot jati!

kalau aku segan nak cakap, aku text je mak mintak masukkan sekupang dua dalam akaun bank..then mak pun reply 'da masuk'..eh gembira bukan kepalang, harga buku sebenarnya 1/3 dari duit bank in je, yang lain harga perut..kepada en. bakal suami, sila la berkerja keras untuk menampung perut beta =P.dengan gelojoh lepas habis kelas terus menuju ke atm tapi disebabkan sebab yang dibagi kepada mak tak relevan dengan penggunaannya,maka bermulalah cerita *wah bukan main sakan mukadimah kau*..punyalah terkinja-kinja nak tunggu mulut atm tu bukak da kachingggg keluarlah duit kertas, tapi malangnya da 5 minit berdiri macam pak guard istana Queen Elizabeth, duit yang di nanti tetap tak keluar2..hampa bukan main, moral down lebih teruk dari putus cinta..

tanpa berputus asa, aku pergi atm lagi satu nak keluarkan kat situ pulak..mengharapkan sinar sampai ke petang, rupanya ribut di tengah hari..aku cek2, duit aku still kena tolak!!! hansap ayam betul..duit tak keluar, tapi dalam akaun kena tolak..marah tak marah??..nasib baik sisa2 duit masih boleh bertahan sampai esok..sampai je bilik, aku call mak mengadu..aku suruh ayah pergi report, sebab aku tak suka nak deal2 benda macam tu..ikutkan aku, anggap je takde rezeki..amount kecik boleh la anggap takde rezeki, kalau duit tu nak buat down payment VW Bettle, tak meroyan kau depan atm tu??

last2 aku yang kena call report sendiri sebab semua butiran hidup aku, aku je yang tahu..yela, ayah aku mana la tahu nama penuh boyfriend nombor kad aku, nombor akaun tahu lah..eh tak molek ye ayah tak tahu number akaun hehe..aku tak suke nak deal2 on phone ni, satu sebab aku ni kadang2 boleh tahan pekaknya, dua sebab aku ni kuat gelak..dah terbukti tadi, ada ke patut suara operator tu and cara dia cakap macam Karam Singh Walia, jenuh aku tekup mulut tak bagi gelak, karang dia kata aku gila, mintak nombor kad pun nak gelak ke??..tapi benda tu da settle, kalau duit tak masuk malam ni, masuk lagi 3 minggu!! aku nak makan apa oi?? tak kan nak makan rumput gaul dengan pasir!

ini cerita pasal bus pulak..bus baru kat sini, koridor dia punyalah kecik, muat2 aku je *sebenarnya nak bagitau aku ni kecik orangnya hehe*..tadi takde rezeki nak duduk, aku kena berdiri..bus tu berhenti kat bus stop, sekali semua lelaki belakang aku time tu la nak turun pulak..panjatlah pintu kecemasan kat bumbung tu, ni kat pintu jugak nak turun, kena melalui aku pulak tu, kalau tak kene mengena ngan aku, memang mak tak kisah nyah, lantak kauu!..muka aku da gelisah tak tahu nak tepi macam mana, nak tak nak dorang kene bergesel dengan aku, suka la tu..tapi tiba2 ada doraemon datang, *betul, badan dia macam doraemon sikit, kurang hajar Nadia, orang da tolong kata doraemon..eh doraemon comel apa*..dia suruh aku duduk tempat dia..oh very the prihatin..nasib baik kau bukan laki sejati, kalau tak aku ngorat dah..auwww! haha..sebab tu la kadang2 aku lagi suka kawan dengan laki yang lembut2 ni, kerana mungkin dorang juga memahami hati wanita...auwwww! haktuihhh! hahahahha

1/18/2011

hari-hari terawal di utara Malaysia

rasa macam da lama tak update blog..biasalah, I busy shopping noks awal2 sem ni..kelas berlangsung macam biasa..aku ambil 7 subjects sem ni..semoga Allah permudahkan segalanya, amin :)..salah satu subject aku, Public International Law, lecturer SDG aku yang ajar..oh can not go!! SDG tu macam lecture penasihat la untuk 6 sem..maka dia mungkin kenal muka aku, jadi susah la nak main pergi cafe time kelas ke or ponteng kelas..huehuehue..mungkin je la dia kenal, sebab aku jarang datang SDG hahahaha..

sem ni aku bertekad 75% tak nak ponteng kelas..hehe..wait and see hah Beron =P..aku nak jadi pelajar pintar soleh serba boleh..heh tak yah nak propa la Beron, buktikan dulu =P..esok kelas aku pukul 8 pg wehh! sepanjang aku kat uum ni tak pernah kelas pagi2 buta..oh apakah dosaku?? oh ok memang banyak dosa pun -_-''..tak sedar diri punya manusia..siapa2 tolong bagi aku semangat nak mandi pagi2 buta oih..nak ponteng boleh?? ehhhhh?? haha

tadi ada gotong-royong kemas bilik cenoet aku ni..roomate aku la tiba2 rajin pulak..cuci tingkap, mop lantai bagai..nasib baik dia tak mandikan bilik ni..hehe..tapi best la, fresh je bau bilik, bau ajax fabuloso di sini di sana..hehe..lepas ni mesti ramai orang terpacak depan bilik aku sebab tertarik dengan kesegarannya..ewahhh! :D..oklah, jomm maghrib! ;)

1/15/2011

penakut memang tak cool

ramai orang cakap aku pemberani orangnya..kolej aku satu bilik berdua je, boleh kau nak sumbat 10 orang pun, tapi sila tidur bawah katil..bila roomate takde, mak akan pesan tidur kat bilik kawan yang ada orang, kalau bilik kawan yang kosong, sama je la ceritanya tidur bilik sorang2!..parents aku jenis yang penrisau, kadang2 tahap yang suka fikir pelik2..dan sebagai anak yang pendegil, aku jarang2 nak dengar cakap dorang..hehe

mak aku risau bila aku cerita, ada sorang budak kat sini kena rogol sebab dia tak perasan ada lelaki menyorok bawah katil..style pintu kat sini pulak, dia auto-lock, kiranya orang luar tak boleh bukak tanpa kunci and orang dalam akan terkunci dengan sendirinya...maka, orang luar susah nak masuk kalau apa2 jadi and kalau kunci rosak dari dalam, sila la engkau keluar kat tingkap, terjun ke bawah dari tingkat 4..jadi dari detik itu, setiap kali balik sorang2 ke bilik mak akan pesan suruh check bawah katil, dalam locker la..kadang2 aku menjawab ye mak, dalam laci pun Nadia check..lalu dapat jawapan tengkorak kamu..ha tau pun!

ayah pulak akan pesan check tiap sudut, takut2 ada ular..selepas beberapa kes ular masuk bilik students kat sini and aku sendiri pernah nampak ular bersiar-siar di dalam longkang di petang yang hening..yela, korang nak expect penguin masuk bilik ke dalam hutan bumi Sintok ni?? ok la ular yang masuk dari harimau..heh!..setiap pesanan akan diiringi oleh gelak dari aku..haha..aku manusia yang ambil mudah semua benda, sampai ada orang kene ingatkan itu dan ini..bukan tak risau, cuma malas nak serabutkan fikir benda yang tak best..dalam2 melawan, atau cuba tukar topik tiap kali kena bebel, aku tetap check bilik aku sebelum landing atas katil..ingat aku otai sangat ke?? takpunnnn..aku suka protes je..hehe

dan esoknya mak akan call tanya aku tidur mana.dan jawapannya mesti aku akan tidur sorang2 jugak, maka siapkanlah telinga anda kene bebel paling kurang 3 minit..berani betul kamu ni Nadia, da la blok tu kosong lagi, apa2 jadi tak de sape tahu bla bla bla..aku just mampu hehehehe..aku bukan tak nak tidur bilik kawan, aku tak suka menyusahkan orang dan mengganggu privacy orang..mana tahu dia nak gayut dengan bf dia ke malam tu, tak pasal2 kene gayut kat tangga blok sebab aku ada dalam bilik dia..tak cukup murni ke pemikiran aku ni?? jawab! jawab!

pada hakikatnya, aku tak la berani seperti yang terdetik di sanubari mak bapak aku..mak aku takut ada orang jahat masuk bilik, ayah aku pulak takut ada binatang berbisa masuk bilik..tapi aku pulak takut................ok teka sendiri..aku manusia yang susah nak tidur dalam terang, tapi terpaksa kalau tidur sorang2..then mesti akan terjaga setiap jam..

walaupun lampu bilik aku macam kat i-city meriahnya, aku tetap fikir bukan2..mula la simpan satu badan dalam selimut, kalau boleh tidur dalam locker, lama da aku buat..lalu, aku cuba mendigest otak untuk fikir benda lain..tapi dasar otak pendengki, tak fikir benda pelik2, mesti aku fikir makanan! mula la aku lapar, pukul 3.30 pagi hoi!! mana nak cari makanan?? gerak dari katil pun aku tak berapa nak berani..cakap la tak berani langsung, susah sangat nak mengaku!..maka hasilnya, aku gigit tengkuk teddy sampai tertidur! anggaplah tu drumstick ayam key ef seeee! =P

1/14/2011

Hi Sintok!!

after 1 month and 5 days, petang tadi aku kembali memijak bumi Sintok..hayohhhh! perasaan malas mengatasi segala..sampai2 pulak kena kemas barang kan..ya ampunnnn! berterabur semua barang dalam stor..berat2 pulak tu, da ada muscle I..auwww! haha..penatnya badan..mood pun belum sampai dari Perak lagi ni..lagi seminggu dua sampai la dia..

kedai makan 1 pun tak bukak lagi, so kena gigihkan badan yang da mengigil lapar sewa kereta pergi makan kat Changlun..susah betul duduk dalam hutan ni, nak makan hasil hutan takut termakan tahi harimau pulak..esok pagi ada ko-k..nasib baik last sem..aku dari dulu hilang kesabaran dengan ko-k ni..U lain elok je 1 sem, berjaya je students dia, pejadahnya kat sini nak sampai 4 sem entah..kalau ada ko-k yang berfaedah macam cara menjadi isteri solehah ke, cara menjadi imam ke ok la gak..ni tak habis2 goncang angklung, gamelan, bagpipe..memang aku kahwin nanti aku nak buat performance angklung! baru tak sia2..

so Nadia, selamat datang ke 4th sem of LLB..supaya menjadi student yang lebih berkaliber atau dalam bahasa kampungnya berkaki lebar, iaitu kuat berjalan..jauh perjalanan, luas pengalaman..siapa nak ikut aku mandi waterfall?? yeahhhh! ;)

1/13/2011

saya nak hadiah hari jadi dari YANAMIB

sekali sekala buat muka tak malu mintak hadiah kat orang apa salahnya, ye dak??..1st time seumur 3 tahun blog aku, aku masuk contest..mesti blog aku mengelejat dan teruja ni, menang ke tak hujung bulan ni kita cerita sebab tarikh tutup 31st Jan 2011..Nub la rajin mengetag aku..terima kasih Nub, kalau kau menang, apa kata kita share hadiah tu?? sharing is caring, JWW Birch pernah cakap kat aku ;)..tapi kalau aku dapat, aku makan sorang la, tak baik laki makan hak perempuan..bahahahha..tahap pemalas aku ni, kadang2 nak copy link orang pun aku tak nak =P haha

 

Yana ni baik bebenor nye eh, hari jadi aku takdenya aku nak bagi hadiah kat orang, aku lagi peras ugut mintak hadiah ye la..10 April nanti baik korang tak payah online kalau tak nak kene gertak ngan aku, aku gengster tahu!!..sila tanam perasaan gabra dari sekarang..heh!

cik Yana, I really don't have idea who really you are..tapi anda sangat lah bermurah hati nak bagi hadiah kat orang sempena hari jadi anda..mesti dapat hadiah satu bilik sampai nak let go kan?? btw, happy belated birthday..have a blast! 

aku nak tag 
  • Hiro (aku tau kau suka kalau perempuan2 ni) HAHA
  • Jiha (sweet girl)


1/12/2011

movie?? again?? not just that ;)

da seminggu aku tak keluar rumah sebab korek-korek kawan semua da balik study..aku lupa gossipmate aku time sekolah dulu tengah tunggu nak fly..huyoooo! I believe I can fly, I believe I can touch the sky..wah gitewww! mentang2 menyumbangakan suara tadi..hehe..so aku ajak Reyna merangkap classmate time form 5 jugak pergi Ipoh..dia drive, lesen bau peluh JPJ lagi..keh keh keh

mula2 wajiblah makan Mc'D kan..heaven gila pergi JJ hari ni, boleh parking melintang kat lot parking sebab tak ramai orang, siap kalau muka tak malu boleh main slide2 kat dalam mall tu..then kitorang tengok movie, The Tourist..my all time favourite actor and actress berlakon..Johnny Depp and Angelina Jolie..aku suka cara Abg Johnny I cakap, auuwww! very charismatic..ah kau! da suka semua nampak karisma la macho la apa la..Angelina Jolie tak nak cantik pulak kan, wanita betul muka dia..cerita tu a little bit slow tapi unexpected gila..best la, buat kita rasa nak meneka itu ini..pelakon2 sampingan dia pun boleh tahan kacak..hehe..Venice cantik yawww! nak honey moon sini la..hehe..

 jatuh cinta setiap kali pandang ;)

then kitorang pergi memekak kat karoake..walawehhh!! da lama gila tak karoake..kalau M. Nasir dengar suara aku tadi, jadi pengemis la Ana Raffali lepas ni..keh keh keh..penat weh menyanyi dengan meletak segala jiwa raga suara kat microfon..

hidung kena kasi kembang, suara dari hidung sedapp! =P

da habiskan suara, kitorang balik Kuala Kangsar..sebab sampai agak awal and tak de kerja yang berfaedah boleh buat, kitorang pergi sungai dekat Ulu Kenas..basah half seluar aku..ikutkan hati nak mandi, tapi tak kan nak mandi bogel, bikin kontroversi je..hehe..

kau bajet kau duyung eh Reyna?? haha

maka tamatlah sesi mengonjeng hari ni..puas hati aku dapat keluar rumah dari pagi sampai petang..hehe

1/11/2011

cheese dan babi gabungan yang ideal!

siapa tengok majalah 3 minggu lepas?? betul ke pengusaha cheese sendiri mengaku yang cheese tak kan jadi cheese kalau tak di lining kan dengan babi?? part babi yang mana aku pun tak tahu sebab aku tak tengok, sebab tu aku tanya..dia kata, satu je cheese yang tiada unsur kebabian, cheese product Malaysia, jenama Mozilla kot..tak pernah pulak aku nampak jenama tu kat kedai, Mozilla Firefox pun da lama aku tak gunakan..

kalau betul, memang nahas segala cell dalam badan aku..aku peminat tegar babi cheese!!..double cheese burger, lasagna, oreo cheese cake, spagethi, meatballs with cheese..kalau takde cheese memang tak aman hidup aku..tengah2 tengok Avatar the Last Airbender pun aku meratah cheese, lebih nikmat begitu..

hai lah, nak makan pun susah sekarang ni..itu tak kena, ini tak kena..apa kejadahnya entah nak campur-campur babi bagai, letak la ayam ke ketam ke, sedap gak..da tau masyarakat Islam memang alergic dengan babi-babi ni, nak jugak letak..saja menimbulkan konroversi betul la..makanan favourite pun terpaksa ditukar jadi makanan menjelekkan..agak sukar disitu..ala2 kau bercinta dengan Cyril Takayama tapi dipaksa kahwin dengan Acapan..dengar cerita, Jakim pun da angkat tangan bab halal haram kat Malaysia ni..angkat tangan bukan bermaksud nak order cheese disaluti babi, angkat tangan maksudnya surrender!..

aku bab-bab hukum hakam ni tak berani nak komen banyak-banyak..just aku nak tahu betul ke tak rumor tu..ada sepeket lagi cheese Kraft dalam freezer mak aku tu, nak bagi kucing aku rasa kucing aku pun Islam..alah lupa pulak, babi hutan suka buat inspection belakang rumah aku ni..campak je la kat dia kalau betul, tak salah rasanya bagi dia makan kaum kerabat sendiri..ye dak??..runsing aku fikirkan berapa ekor babi da aku telan sebenarnya..aku harap benda tu tak betul..siapa2 ada info harap share ye supaya aku tak menjadi mangsa makhluk yang tak bertamadun

kalau betul, aku terpaksa telan niquitin untuk lepaskan gian..bukan senang nak lupakan kesukaan mulut..seperti bergosip lah, setiah hari nekad tak nak bergosip da, tapi kalau open table, dia lah yang mulakan dulu tanpa baca bismillah..tapi bab agama jangan main-main oi!!

1/10/2011

syurga air dalam ladang kelapa sawit

cuba teka kat mana?? tak pun cuba google..cer cuba cer cuba..haha..time on the way pergi semalam aku tak sangka langsung aku akan melalui ladang-ladang kelapa sawit untuk sampai ke lokasi..rasa macam nak kene culik pun ada lalu tempat-tempat macam tu..tapi bila sampai, walawehhhh!! pandai dorang sorok syurga air dalam felda..

aku bab2 air ni memang suka, laut je aku mandi dengan ayu2 tunduk muka sebab takut legam..haha..aku pergi kat Sungkai semalam dengan makcik-makcik aku..jangan la bayangkan makcik aku pakai kain batik mandi pulak, makcik aku vogue, pakai tight gitu..haha..best la tempat dia, aman damai sebab dalam ladang kelapa sawit kan, hijau je environment..dia ada dua jenis kolam, air sejuk and air panas..mula2 aku mandi kat air mata gunung..tak tahu pulak aku gunung boleh menangis keluarkan air mata yang sumpah sejuk..dalam jugak air dia, sampai dagu aku *ke sebab aku pendek -_-''*..

then pergi kolam air panas..hey memang menggelegak weyh!! mau masak telur..tapi memang ada part tu boleh rebus telur..ada part boleh rendam kaki je, therapy part..angkat kaki sure merah kaki kau macam udang panggang..aku masuk kolam yang biasa je, tapi panas gak..aku berani rendam takat pinggang je, karang ada yang makan Nadia rebus karang..huhu

 aku tak sampai nak berendam bawah air terjun tu -_-''

ni kolam air panas..kalau ada di lokasi kejadian, nampak wap2 dia

tempat dia tak lah segah lost world semua, simple je..tiket masuk pun RM10 sajo..tapi best sebab air natural, tak bau klorin..dinasihatkan siapa nak pergi bawa makanan sendiri, makanan kat sana sumpah rasa haram..aku mengekek gelak tengok lifeguard dia..aku rasa tu orang felda, semua badan macam giant..nak selamatkan orang memang payah kot, tapi nak jadi pelampung insyaAllah =P..aku tengah aim nak pergi Melaka Wonderland and Gambang Waterworld..siapa nak bawa aku?? aku belanja paddle pop!

*gila pemblog  tegar, dalam masa berapa jam 3 entri aku create

disebabkan hari ni takde mood sangat, kena dengar lagu reggae, bagi hati gumbira sikit..patutnya dengar zikir la syaiton nk tenangkan hati!!


enjoy gila music dia

Sayonara, sampai jumpa, sahabat sejati yang tak akan kulupa

Dimana saja engkau berada kau slalu di hatiku selamanya

kecewa?? sekejap saja

malam semalam aku gigih tengok ajl..aku jenis manusia yang tak layan agenda-agenda macam tu, tak berminat sangat..tapi aku tetap nak tahu keputusannya..disebabkan bosan, aku berjaya layan 80% dari ajl semalam..perghhh! persembahan Faizal Tahir memang mantap..berbaloi la dapat persembahan terbaik..tapi aku tau ramai tak puas hati Ana Raffali menang..kan?? kan??..alah anggap je la tu rezeki dia, bukan dia mintak nak menang..nak salah, salahkan juri..tapi aku rasakan, M. Nasir syiokk kat dia lah..wah, gosip! haha..da la, tak payah pertikaikan, gigih kau siap ada fan page kat FB kutuk Ana lagi..haha.suka betul rakyat Malaysia buat dosa kering..agak2 best macam santap sotong kering tak?? keh keh keh..disebabkan ada Zahiril Adzim, aku pejamkan mata butakan hati la dia menang..haha..nak komen lebih pun, telinga and mata aku jenis tak berseni ;)..eh tapi siapa drummer API eh?? ::wink wink::

ok lupakan pasal ajl, tak effect hidup aku pun..aku da dapat result sem ni!! memuaskan?? mengecewakan lebih tepat kot..but I know I get what I deserve..alhamdulillah, lulus semuaa :)..nak banyak ngomel pun benda da jadi, sendiri punya salah..focus on future la senang cerita..take it as a lesson..ye dak?? pasrah betul ni..haha..apa-apa pun congrats kepada semua students UUM for your result..that is the best for you ;)

1/08/2011

siapa cakap masyarakat majmuk Malaysia tak makmur?? mari aku nak tabuh sikit

tadi aku ikut ayah beli barang kat kedai hardware..ayah aku beli apa ntah, yang penting bukan daging burger..pemiliknya lelaki Cina tinggi lebih kurang 6 kaki, muka boleh jadi model seluar dalam tapi penampilan sedikit selekeh sebab yela owner kedai hardware kot weh! bukan underwear!..aku stare kedai tu dari jauh je, malas nak keluar sebab tak menutup aurat dengan sempurna, ada ke patut aku lupa pakai seluar..hahhaha..tak2, memain je..

dari pandangan aku yang hampir ada kelulusan seorang doctor kalau aku belajar rajin-rajin time SPM dulu, aku rasa kedai tu boleh maju walaupun kurang tersusun..aku memang jarang pun nampak kedai hardware tersusun macam kedai Levi's, eh bukan jarang, sungguh tak pernah!..time aku tengah fikir strategi perniagaan apa yang Cina tu gunakan sampai tak berhenti orang keluar masuk kedai dia, aku ternampak seorang atok Melayu bergaya ranggi keluar dari kedai tu..mungkin ada barang dia tertinggal, dia nak patah balik masuk kedai tapi Cina tu da keluar dengan barang dia..dorang berborak kejap sambil tangan Cina tu cuba bukakan plastik..tiba2 dari planet mana entah ada seorang India datang, ambil plastik dari Cina tu dan tolong bukakan..dan mereka kembali berborak bertiga, mungkin membincangkan isu harga barang naik

bila aku tengok scene tu, otak aku macam terpause untuk fikir benda lain..tiba2 semangat patriotik menyerap masuk dalam jiwa aku..kalau kereta aku open air, tang tu jugak aku diri sambil tabik hormat, nyanyi lagu negaraku..suasana yang sungguh harmoni, kalau orang 13 May tengok, mahu menangis terlolong menyesal..hehe..

sebenarnya aku rasa kempen nak mengeratkan silaturahim antara kaum ni kurang perlu..buang duit sana sini, orang datang kempen tu sebenarnya nak makan free je, bini malas masak..apa penceramah cakap ibarat makan kat mulut, keluar kat punggung la..benda ni semua ikut diri masing2..orang ni, kalau dia humble, ingat asal usul, sedar diri yang dia perlu hidup masyarakat, dia akan baik bertegur sapa dengan semua orang tak kira la gigi kau jongang ke, kulit  kau berpanau ke, kau tak sembah tuhan yang aku sembah ke..tapi tu la, kadang2 kesedaran tu lambat datang, kene ketuk ngan hammer baru sedar..pendekatan yang lebih efektif perlu dilaksanakan..amacam boleh tak aku jadi menteri perpaduan kaum?? keh keh keh

1/07/2011

I'll miss you

atok Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah
you did a very good job!! :)

lagi sehari dua nak raya muka ni la yang aku tunggu-tunggukan lepas menketendarah seekor ayam golek.. muka ni la yang aku rindu-rindukan, yang sentiasa membawa berita gembira setiap tahun without miss..suara slow motion dia lah yang bisa mendebarkan jiwa aku..auwww! macam terjatuh cinta pulak!! haha

tahun ni akankah agenda mengumumkan tarikh raya akan sehangat yang dia sampaikan??..you really a legend atok..sejak aku faham bahasa, pandai kenal muka orang, aku rasa dia ni je yang umumkan (seingat aku la)..dan dia jarang menghampakan muka kanak-kanak comel seperti aku yang mengharapkan pagi esoknya dapat minum tea o tanpa perlu bangun pukul 4.30 pagi..tahun depan mesti dia terkenang dalam hati bila tengok pengunguman raya 'eh patutnya muka aku yang keluar tv'..keh keh keh..memandai je aku buat dialog sendiri..apa2 pun thank you never disappointed me for 20 years..its the time for you to rest ;)

1/06/2011

asal petang je lapar, asal lapar je petang

ceh! padahal 24jam aku lapar..aku tak tahu apa masalah perut ni, kat rumah lapar memanjang..kalau kat kolej, aku da macam unta, makan sehari stok 3 hari..mana la makcik aku tak cakap aku macam jerangkung hidup! kalau nak mengutuk pun bagi la contoh sedap sikit, macam Paris Hilton ke Kate Moss ke kek coklat moist ke..ada ke bagi persamaan dengan jerangkung, da la jerangkung tu hodoh, hodoh pulak tu..ha nampak tak macam mana aku nak sampaikan betapa hodohnya makhluk tu..ke korang nak kata aku pun................?? ok2 takpe2, takyah kata, simpan dalam hati..

start pukul 4 petang, mula la otak aku berputar-putar fikir nak makan apa..time dia baik, ok la dia bagi cadangan makan roti canai + mee bandung..lepas solat asar boleh berdesupp ke lokasi bakal kejadian..tapi time dia buat hal, ada ke patut nak makan mc'd..sungguh tak bertoleransi otak aku ni dengan nafsu..berapa kali da sound, nak keluarkan idea bagi logik sikit..kat Kuala Kangsar ni lubang mana aku nak dapat Mc'D..semata-mata nak makan sebiji double cheese burger + french fries + coke + mcflurry oreo, aku kena habiskan at least RM20 duit minyak plus tenaga kaki kanan tekan paddle minyak and brek..belum dapat memang ghairah, da kenyang rasa macam ehh ruginya, duit minyak lagi mahal dari duit mc'd..harap kerajaan paham apa yang aku cuba sampaikan..semestinya apa yang aku cuba sampaikan ialah membina sebiji Mc'D di Kuala Kangsar..keh keh keh

aku dengar cerita harga minyak naik lagi?? yeke?? takpelah, selagi mak bapa aku still bagi monthly income tanpa menurunkan amount sambil memberi alasan subsidi aku ditarik sebab harga minyak naik, aku cool je lagi..sampai turn aku nanti, susah2 sangat, aku rasa nak sambar jet je sebiji..jet guna tenaga solar kan??eh eh ok lah, nak pergi melantak roti telur 1 buku..bye!

hidup seketul beronadia.blogspot

aku start berblog tahun 2007 tak silap..tak sangka aku jadi pemblog da 3 tahun, kalau start hafal al-quran, mungkin sekarang aku da bergelar hafizah..ada satu time tu aku lupa password blog aku, lama jugak aku tinggal..time tu aku tak heran pun..macam mana entah aku boleh ingat balik time aku kat asasi, sejak dari tu aku rajin update aku rasa..

entri aku semua sumpah sunguh-buang-masa-korang-membaca..tak pernah nak bagi kesedaran sivik sama ada kat diri sendiri ataupun masyarakat majmuk sekeliling..semua cerita pasal hidup aku..dulu punya entri ada la feeling2 konon kecewa kucing mati..bila baca balik rasa geli macam kena lumur dengan teddy bear bebulu tebal..yang kau bajet sangat nak luah kisah sedih kau kat sini kenapa?? who's care actually?? nak mintak simpati?? booo! bila datang kesedaran dalam diri, aku da jarang share cerita leleh air mata kat sini..aku lagi senang cerita benda2 yang simple and best jadi dalam diri aku..cerita sedih menjelekkan dan menghambarkan kegembiraan blog..sendiri baca rasa benci diri sendiri, ni kan pulak kalau Nub baca *promote blog dia sebab nama ayah dia sama dengan arwah tok aku :) siapa nak aku promote blog, sila tukar nama jadi nama ahli keluarga aku :D*

nanti anak2 aku baca blog aku mesti dorang rasa hidup ibu dorang tak de masalah sangat *padahalnya, hanya Allah yang tahu*..kalau aku da takde kat dunia ni, takde lah aku double kan kesedihan dorang dengan ketiadaan aku + kesedihan hidup aku dulu2..and lagi satu, aku tak suka nak ingat cerita sedih hidup aku :)

bila aku tengok followers aku ada 85, aku macam ehhh?? ada jugak orang sudi follows..big thank you eh..aku jarang jadi follower orang, jarang komen blog orang..ikut mood aku, aku lagi suka jadi silent reader..blog2 kat sidebar aku sepurnama sekali kot aku komen, ada yang aku tak pernah komen langsung, lagi langsi ada yang aku tak follow pun in rasmi way la..sebab aku tak mengharap benda yang sama..aku buat blog bukan sebab nak meraih komen or followers, just rasa nak tulis kisah hidup dalam diari kalau la terkena hujan, tak ke menangis??..but I do love make friends through blog :)

*aku ada penyakit tak boleh dekat dengan teddy bear..meremang bulu roma I

1/04/2011

tugasan bakal isteri solehah memang padat

sebagai anak perempuan sulung yang gedik suka terkinja-kinja bertanggungjawab terhadap keluarga, hari2 aku penuh dengan kerja-kerja rumah yang berfaedah seperti online, baca novel dan tengok movie..hehe..tu je la yang aku mampu buat untuk mengisi masa lapang..nak pergi cantas hutan belakang rumah tak terdaya, nak beramah mesra jiran pun takde

bangun je pagi *tak pagi sangatlah sebenarnya* aku kena mandikan budak2 ni..itu tugasan rasmi aku time cuti..dulu uruskan 6 orang, sekarang 3 da ke tadika, tinggal la 3..buka baju, buka pampers, mandikan, sabunkan, lapkan badan, pakaikan pampers, bedakkan, pakaikan baju, sikatkan, sidai balik tuala dorang..semua aku yang buat..hebat tak?? haha..hek eleh setakat benda kecil macam tu budak tadika pun settle..memang benda kecil tapi jadi besar bila aku kene terlolong terpekik nak panggil dorang yang da lari 100meter sambil jelir2 lidah kat aku sebab tak nak sikat rambut..hey la, mana aku tak hambat dengan tuala..sakit hati tahu tak dipermainkan budak berumur 3 tahun!

lepas tu kena pergi ambil yang lagi 3 kat tadika..nasib baik sekolah sebelah rumah, kalau jauh aku mintak extra payment..malu pun ada nak pegang tittle ibu muda beranak 3 yang sumpah disaster..yang lain semua da bongkok tiga tunggu anak2 habis kelas, aku je muda belia..kebetulan dorang 1 kelas, keluar pun sama2..aku sebagai kakak saudara yang prihatin, tunggu dorang 5 minit sebelum kelas tamat..nanti datang lambat takut dorang join budak darjah 1 pulak, tak boleh harap dorang tu..bila nampak je muka aku, terus dorang sound apa tau?? nape ayong datang amik?? kitorang boleh balik sendiri tau!!...bolehhh?? hansap betul..aku berbudiman berdiri kat situ, boleh dorang tak hargai..ingat da besar sangat la tu!!

kalau aku jadi cikgu, aku resign nampak budak2 bertiga ni 1 kelas, 1 meja pulak tu..hazab tahu jaga dorang!

tengah hari aku siapkan meja makan, masak barang2 sampingan..then basuh pinggan..lepas tu mula aku melepak melepek sampai malam..main game ke, online ke, baca komik ke..sungguh tak phd aktiviti aku..haha..lantaklah janji tak kacau orang..sebelum tidur aku kemas rumah sikit2 and gosokkan baju ayah and baju sekolah adik lelaki aku..da form1 pun tak reti gosok baju sendiri..rasa nak rendam muka dia dalam toilet bowl!!..dan esoknya aku ulang benda yang sama..bosan kan?? aku pun da bosan menype..bye! ;)


1/03/2011

chef

ni nak buat pengakuan berani dikutuk..aku memang tak reti masak..hahahahha...takpe2, jatuh saham sikit dulu takpe..lepas ni kita kasi up balik..setakat simple2 tu boleh la, tak de lah jahil sangat..terpesong sikit2 tu ada lah..contohnya tertukar daun sup daun bawang dengan kucai..sikit punya hal kan?? keh keh keh..bukan tak nak belajar masak, tapi tu la..ha mula nak bagi 1001 alasan huhu..dulu lepas SPM aku ada belajar masak..tapi bila da sambung belajar, pihak universiti buat amaran besar2 kat blok, yang dalam bilik tak boleh masak..maka berkecailah segala skill mkill aku selama hampir2 setengah tahun jadi penganggur..habaq mai sekarang siapa yang bersalah dalam hal ni?? dah tentu bukannya aku =P hehe

sejak detik itu aku bertekad, 5 hari sebelum kahwin baru aku nak belajar masak..hehe..tapi kalau kau biar aku sorang2 kat rumah aku boleh survive la..nak sumbat perut orang yang tak berani lagi, takut ada kene diarrhea :D..tapi seriusly aku sangat minat seni masakan, kulinari kan nama sedap dia??..tiap kali aku tengok mula la semangat nak memasak tu berkobar..gila kagum tahap nganga mulut kalau tengok dorang decorate makanan..tambah2 kalau chef tu hansem, hai apa nak dikenang..ngeh ngeh ngeh..

tiba2 aku rasa nak tukar cita2, nak jadi chef..haha..sila jom gelak bersama-sama..goreng telur dadar pun hangus ada hati nak jadi chef..tapi tekad aku, aku nak pandai masak, nak decorate tiap masakan aku..tak kira la masakan kampung ke apa..ni kira azam la..azam tahun bila jangan tanya..aku tengah layan cerita Korea, Yuhee The Witch..siapa pernah tengok cerita tu?? sila terliur..kagum gila kan tengok hero2 dia pandai masak?? cair I nyah, air liur pun meleleh..da la hansem, tangan mulus decorate makanan..perghhhh! pakej terbaik..tapi bukan aku minat kat dorang, aku nak ada bakat macam dorang..tapi macam susah je..tapi aku akan usahakan! chaiyo! chaiyo! eh kenapa tiba2 bersemangat?? entah!! aku memang minat dari dulu benda2 ni, tapi sekarang baru berkobar..mungkin da rasa layak kahwin..ngahahahha..tapi tak de lah sampai nak drop law amik kulinari..hehe






sah2 la bukan hasil tangan aku..hehe..tapi da bomb gila kan kalau boleh buat macam ni?? walaupun kadang2 indah rupa dari rasa, tapi first impression tu penting..bila hati da suka, pahit getir sanggup telan..keh keh keh..tapi tak de jadahnya kalau nak buat macam ni kalau setakat nak makan malam hari Isnin..special event baru nice! hari2 nak buang masa mengadap benda ni tak boleh jadi jugak..ingat aku kerja kat hotel ke?? hehe..amacam?? dengan tekad macam ni naik tak balik saham aku yang merudum tadi?? ;)

1/02/2011

my 2011

entri first 2011 pada 02.01.2011..wah!! orang berkobar buat semalam, aku baru terkedek-kedek nak buat hari ni..semalam aku pergi Manjung, ada kenduri kawan ayah..sempat lah pergi rumah uncle aku, tumpang solat jap..then ingat nak jalan2 kat Lumut..nak feeling tangkap gambar kat tepi laut..tapi hampeh!! semua adik lelaki aku punya pasal!! pergi Lumut semata-mata pergi beli kasut bola dia..haprak jingga betul!! jangan la pelik pulak, takdenya orang lumut buat kasut bola dari sotong kering..kat sana ada al-Ikhsan..eee menyampah aku..tak feeling betul tepi laut buka kedai sports, buka la kedai jual aksesori scuba diving ke, baru la kene theme

patutnya nak tidur sana, pergi mandi-mandi kat Teluk Batik ke..tapi hari ni ayah kena buat OT..hey la, Najib pun silang kaki tengok TV weekend2 macam ni, ayah aku boleh pulak nak pergi kerja..tak 2011 betul la ayah ni!!..yang jadi mangsa kebosanannya aku!! baru ingat nak goda2 ajak makan Mc'D..nak drive sendiri, tak larat.. I batuk2 and selsema you..hadiah 2011..huhu

esok budak2 da start sekolah..hahahhaa...lame gila! orang da masuk U woi..apa barang pakai baju sekolah putih, beg besar gajah, kasut kene kapur..paling rasa nak gelak tengok cousin aku baru nak masuk tadika..alahai, jauh lagi perjalanan hidup korang..huehuehue..UPSR pun jauh ke mana lagi..entah2 zaman dorang da takde UPSR..mana tahu satu hari nanti umur 6 tahun da kene ambil SPM..keh keh keh..lantak korang, janji aku da lepas..

15 hari bulan aku kene report duty balik sebagai student 4th sem UUM..auww! da tahun dua..dulu time hingus menjejeh lagi, kawan aku cakap abang dia pandai sebab tahun 1, da masuk U..aku kagum tak ingat time tu..time tu aku darjah 3/ tahun 3 sekolah rendah lagi..sifir 9 pun baru merangkak-rangkak nak ingat..disebabkan kebodohan yang ada, aku pun percaya yang abang dia masuk U darjah 1..apa ke bengapnya dia dan aku bila fikir balik..tahun 1 maknanya tahun pertama kat U la samdol!! nanti kena ajar anak ni, supaya dia tak tertipu macam ibu dia..kekeke

aku ada masalah nak balik ni..15 tu da start ko-k..aku kena balik 14hb la kiranya, tapi hari jumaat kat Kedah pejabat buka ke?? kalau tak mana nak cekau kunci?? tak kan nak tidur kat koridor..gila semangat ko-k camtu...eh eh UUM nak buat 1st university duty free zone..kau ada?? nanti ada mall kau..nanti kosong la library, konon2 nak study group kat mall...auwww! makin rancak la gejala ponteng kelas oleh ahli the siblings..haha..

**al-Fatihah untuk arwah Faizal (pelakon)-aku minat dia hoi!