”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/31/2011

ceriteraya

Mari mula dengan malam raya yang MasyaAllah rumah macam kene bom bersepahnya. Dari petang dalam otak 'karang la buat, karang la buat', sampai pukul 12malam baru ala2 terkejut yang esok da raya, konon baru dengar pengunguman raya, baru la kelam kabut nak bergerak. Time tu la nak lap2 habuk, time tu la nak angkat kerusi, time tu la nak bentang tikar. Phewww! Terpaksa I keluarkan tenaga jantan I nyah, kerusi2 rumah I semua stok kayu balak beratnya. Ada adik laki serupa takde, boleh dia pergi pekan tengok pesta meriam, aku meriamkan dia baru tau!

Pagi raya selepas gedik2 bergambar, pergi ziarah kubur2 kesayanganss, tiba2 hati jadi sebak tapi kene cover ayu sebab ramai laki hansem orang. Sampai rumah pah, bersalam-salaman, tahun ni aku tak nangis da, pah sorang je nangis. Oh pah memang senang nangis, rekod kurang sikit dari Wan Maimunah, hantar aku pergi asrama pun dia yang nangis. Hee, syomel my opah :D Then sambung bergambar lagi, makcik2 aku lagi hover ok, oh mungkin zaman dorang remaja camera takde, tu gedik bila da tua hahahaha.

Petang sikit aku masuk bilik, tidur! haha Bajet penat kemas rumah, tapi memang penat ohhh. Jom tengok gambar gedik gua di pagi raya ;)

family side mak memang banyak perempuan :D

banyak sangat dapat duit raya, bakar la seringgit dua haha =P

adik paling rasa nak cekik!

abaikan my jerawat raya, dia nak beraya jugak -_-''

8/29/2011

Last Day of Ramadhan in 2011 =')

Macam tak percaya esok last puasa, malam ni last tarawikh, karang last sahur. How time flies kan. Cukup ke amalan aku Ramadhan ni? Sempat ke merasa Ramadhan tahun depan? Alhamdulillah, aku rasa kehidupan aku semakin baik :) Harap apa yang diamalkan Ramadhan ni akan diteruskan sampai bila2 :D. Contoh; makan sampai pecah perut, ok gurau! Ramadhan bukan bulan semua orang kena jadi baik, tapi bulan PERMULAAN untuk semua orang terus istiqamah menuju jalan Allah, insyaAllah. Kadang2 rasa tak layak untuk aku cakap hal2 macam ni, aku pun banyak cact celanya lagi T__T Tapi sama2 lah kita betulkan apa yang salah :)

Selamat tinggal Ramadhan, I'll miss bazar you! Pecah rekod nusabangsa aku tak jejak sekali pun kat bazar Ramadhan tahun ni, semua masak sendiri, tapi bukan aku yang masak, mak hee. Kalau tengok kalendar akademik UUM, tahun depan pun insyaAllah kalau panjang umur, sebulan puasa kat rumah lagi :D Jimat den, hari2 makan sodapp, tak payah pergi bazar yang jual kuih 80sen sebijik -_-'' Baik tambah lagi 40sen, dapat aku kit kat

Raya tahun ni rasa tak meriah, tak tahu lah kenapa. Sebab aku makin tua ke? Erk! Shopping pun tak sediva dulu. Makin hari aku makin tak suka tempat yang crowded, bengang dengan orang yang pilih barang lama2 last2 tak beli apa. Mungkin sekarang musim hujan, suasana raya tu tak berapa nak hidup. Cousins aku pun malam2 main iPad, laptop, dulu kitorang main bunga api jerit2. Zaman betul2 da berubah. Sian anak2 aku nanti (tiberrr).

Eh tadi mimpi arwah tok. Dalam mimpi tu dia nampak sihat sangat, pakai kain pelekat hijau, tersenyum kat aku =') Tetiba rindu sampai sekarang. Tok, raya nanti Nadia ziarah 'rumah' tok eh? Tadi makan ikan talipia goreng garing2, licin kitorang kerjakan, then ayah cakap 'patutlah arwah abah suka sangat goreng macam ni kan', then mak menyampuk 'haah, siapa nak ambil dia tepis tangan' haha so comel my atok. Antara anak2 dia, mak paling kuat menyakat tok. Lepas salam2 raya, mak ambil semua angpau dia, tolong kira duit raya, then paksa tok bagi duit raya kat dia. No wonder raya tahun lepas, mak antara paling teruk menangis, maybe dia rindu nak kacau tok. Aku pun rindu nak salam tok, kiss pipi dia and selagi dia tak dengar aku mintak maaf, dia tak lepas tangan aku (padahal suara aku da kuat apa) =') Da setahun dia pergi, rindu ni tak berkurang lagi (crying)

ok lah people,
SELAMAT HARI RAYA
MINTAK MAAF
untuk;
-semua salah dan silap
-terkasar bahasa
-tergoreskan hati
sama ada secara sengaja atau tak
JEMPUT LA DATANG MEMINANG KE RUMAH :D
ada la biskut empat segi Hup Seng dengan air tea o panas sebagai penjamu selera. Haha
(rumah tak kemas lagi hoiii!)

8/26/2011

Walaupun mak ayah da takde, pulanglah ke kampung untuk berhari raya

Rata-rata manusia aku tengok, kalau mak ayah da meninggal, adik beradik time raya mesti buat hal masing2. Macam tak ada bond, macam tak kongsi mak ayah. Why not once a year, gather together and celebrates Hari Raya peacefully? Just once a year. Kalau tak nak balik kampung pun, gilir2 la, tahun ni raya rumah Along, tahun depan Angah, then adik, pastu rotate balik. Definisi raya bukan beraya bersama ketika mak bapak ada je. Time raya ni la nak mengeratkan silaturahim. Kalau raya pun tak jumpa, macam mana anak2 nak kenal sepupu sendiri? Terngorat sepupu sendiri karang! Haaa hahaha

Aku respek adik beradik ayah aku, semuanya 12 orang. Last beraya dengan arwah tok tahun 1993, last raya dengan arwah pah tahun 1996. Tapi sampai 2010 pun still semua akan berkumpul. Bond tu yang aku respek, tak buat hal masing2 walaupun masing2 da ada keluarga sendiri. Kalau arwah tok and pah tahu, mesti dorang bangga =')

Macam2 aktiviti kitorang buat time berkumpul. Bergosip adalah agenda utama! ;D. Kadang2 sewa court badminton or futsal, beriadah sama2 :). Kadang2 buat bbq, tak pun bakar satay je. Cousins aku ada 29 and still counting, anak saudara baru sorang, makcik and pakcik ipar 11. Can you imagine betapa meriahnya bila berkumpul sama2, hiruk pikuk sana sini. Suara aku je da mewakilkan 10 orang =P

So bila time hari raya, janganlah buat hal masing2, sedih ohh. Lain la kalau kau dengan isteri memang anak tunggal, both parents pun anak tunggal so memang takde makcik pakcik untuk diziarahi. Yang tu, sila la pergi bercuti ke London, raya dengan angsa putih =P

siblings ayah bersama arwah pah. Gambar terakhir raya dengan arwah pah
oh budak laki tu cousin aku yang jakun tak pernah tengok camera =P

with cousins. Cousin aku yang pegang baby tu da ada anak pun sekarang :D
Oh nenek aku Cina, tok aku India, tu sampai kat cucu ada macam2 warna =P

ni aktiviti baru. Kalau berkumpul masak kat luar rumah.
tapi sekarang kawasan ni da takde, makcik aku da bina rumah dia
sekarang kitorang beli meja and kerusi kenduri
balik ramai2, makan kat luar
tak bersepah dalam rumah
tak kuasa aku nak kemas! haha
makan pun dalam pinggan polistren, tak kuasa aku nak basuhkan utk 50++ mulut =P haha

8/25/2011

balik kampung #pengalamanberhariraya

Aku sebenarnya tak de pengalaman sangat balik2 kampung ni, sebab aku memang duduk kat kampung ayah aku and kampung mak aku 15 minit je dari rumah aku sekarang, nak lena pun tak sempat aihhhh! So aku tak pernah la merasa berjam 10 jam kat highway. Tapi aku pernah merasa berbuka kat tepi longkang time otw balik raya time aku asasi, kau ada? haha

Kampung dekat2 ni bagi aku banyak kelebihan dia. Antaranya, mak ayah tak pernah gaduh nak balik mana dulu, sehari 10x pun boleh ulang alik. Kejap2 aku kat Kuala Kangsar, kejap2 aku kat Sungai Siput, macam magic (banyak la kau punya magic Beron!) haha

Tapi kadang2 rasa tak thrill pulak. Rasa macam nak suruh ayah aku ambil jalan highway pergi Tapah then ikut jalan lama balik Sg. Siput nak bagi 'feel' raya tu! haha. Kejadah sangat kalau buat camtu. Perasaan berjam nak balik kampung untuk beraya tu memang nikmat, tapi berjam nak balik rumah balik selepas raya memang mengundang sumpah seranah dalam hati!

Mak aku lahir kat Kelumpo bandar serabut, syukur arwah tok aku tak memilih jalan hidup di sana. Kalau tak sungguh aku rasa mangkok sangat bila orang KL nak balik utara tapi aku satu2 nya kereta atas highway menuju ke KL. Sungguh tidak cool suasana tu!

Saudara mara aku start esok balik kampung, selamat bersesak lah yehh! haha Kami menunggu dengan perut yang kenyang selepas berbuka ;P. Kepada semua pemandu, yang handsome atau pun tak, memandu la dengan penuh berhemah, semua orang pun lapar, jangan nak baran sangat! Semoga semua selamat sampai ke destinasi, harap2 angkut mercun selori sekali ;)

Aku nak kahwin dengan orang Australia la. Nanti orang tanya anak2 aku kampung kat mana? 1 kat Kuala Kangsar, 1 lagi kat Australia! Perghhh, mantoppppppppppp! hahahhaha

aku yang dikata sombong

Bila aku tanya kat kawan2 aku apa dorang punya 1st impression kat aku, majoritinya akan menjawab 'kau sumpah cool oh' ok aku tipu, kebanyakan akan mengeluarkan satu word dengan penuh padu 'sombong!' hahaha.  Aku ingat lagi time aku kat MRSM, entah macam mana aku boleh berkawan dengan akak depan bilik aku setelah berbulan kitorang tak sedar kewujudan masing2. Bila kitorang da rapat. aku ingat lagi komen dia 'Nad ni gila2 kan, lawak, happy je, dulu akak ingat Nad sombong!' haha. Aku just senyum kambing :)

Aku memang manusia yang amat2 susah nak mulakan perkenalan, bukan aku memilih kawan, tapi aku tak reti nak approach orang. Macam ni ke; 'Hai saya Nadia, tinggi 158cm, umur 21, belum kahwin, awak?', ke macam ni; 'Oi, gua Nadia, ada masalah tak nak geng ngan gua, kalau takde jom pekena teh tarik'. Aku berat mulut, 1. sebab aku pemalu hahahaha sila gelak sampai raya aku pemalu. Weh betul la, aku tak malu dengan orang yang aku da biasa je, orang luar aku pemalu, sebab tu sampai ada nak buat menantu tapi tak tahu perangai aku macam hantu! haha.

2. Sebab aku bukan peramah. Aku tak mewarisi bakat mak aku, yang boleh masuk 1 kedai Cina tiba2 join Cina tu mengumpat Cina kedai sebelah -_-''. Aku lebih macam ayah, hanya banyak cakap dengan kawan2 rapat. Kalau dengan kelompok lain hanya mendengar dan mengangguk atau menggeleng, ketawa or tersenyum, or tunjuk muka simpati bila perlu.

Dua personaliti berbeza dengan orang yang aku rapat dan orang yang aku tak rapat. Aku tengok setengah manusia, kau campak la dia kat perkampungan orang asli Zimbabwe pun, dia still boleh bergelak ketawa sama2 tak sampai 5 minit berjumpa. Oh that's so not me! Aku memerlukan masa untuk tunjuk siapa diri aku sebenarnya kat seseorang. Aku tak kisah orang kata aku sombong dari aku hipokrit bergembira dengan orang tu padahal dalam hati memaki! Ye, aku memilih kawan jugak. Kawan2 aku semua brand otak lebih kurang aku. Aku memang tak boleh masuk dengan orang gedik, cepat sentap, hipokrit! Sekian, terima kasih haha

8/23/2011

Mak, usahawan berjaya. Aku, assistant tak boleh pakai!

Alhamdulillah, lagi seminggu je nak raya, macam tak percaya da 23 hari berpuasa, cepatnya masa berlalu. Dari hari 1st puasa sampai la hari ni, mak gigih menyiapkan tempahan biskut. Aku tolong2 je, kadang2 curi tulang, susun kerusi meja makan rapat2, tidur! haha. Kadang2 mak ingat aku dalam bilik, rupa2 nya bawah meja, bila mak panggil, dari berbaring atas kerusi aku duduk maka die terkejut haha.

Mental torture jugak buat biskut raya ni sebenarnya, sebab bukan jiwa aku, Mak and adik perempuan suka la kerja2 macam ni. Lagipun aku tak suka biskut, lagi la rasa macam kenapa bukan orang yang nak makan yang buat? haha -_-''. 

Aku bila buat sesuatu kerja memang serius (macam menipu), tapi jangan bagi aku rehat, sekali aku rehat nak sambung balik memang malas tahap petaka ke 21! Tapi mak selalu buat lawak, aku punya la cover tak nak gelak sebab sekali aku gelak, 5 jam tak berhenti. Tapi selalunya tergelak jugak. Kadang2 aku tak layan mak, then dia macam cakap dengan biskut. Nak menangis ke gelak? T__T. 

Isnin hari tu ayah ambil cuti, tolong mak buat biskut. Alololo tomey ayah titew wat besekut! haha. Ayah aku bukan jenis pandai buat kerja perempuan ni, dia boleh basuh kain, angkat kain, basuh pinggan, goreng nasi je aku rasa (nasi goreng dia sumpah lagi sedap dari mak buat hehe). So sekali dia tolong buat biskut hahahaha asyik kena gelak dengan aku. 1st trial memang hancur! Susun kuih terbalik la, cabutkan cup plastik sekali 4 la (patut tebal semacam aku rasa). Tapi lama2 da expert, sorang2 je buat kerja bila aku masuk bilik, rehat sejam! haha. Kebetulan mak tak sihat hari tu.

10 ribu order, hampir siap walaupun lari masa sikit. Mak aku la lembut sangat, janji tutup order 1 Ramadhan, tapi bila ada yang nak order lepas tu, boleh je dia terima! Aku yang mengamuk, siapa tanya kat aku memang dengan tangkas aku jawab 'order tahun depan!' haha. Mak cakap, 'sian dorang nanti raya takde biskut', Assalamualaikum mak, sedar tak rumah kita pun takde biskut lagi? hahaha Y_Y. Lepas tu kalau biskut senget 0.001 cm je pun dia reject! Orang tak ukur la mak, orang ngap je! Aku memang tak boleh jadi peniaga, mak aku je boleh.

Aku tak de lah nak demand upah banyak2, sikit2 da la kan? Bukan orang lain pun aku tolong, mak aku jugak, bakal mak mentua kau jugak! (entah kat siapa2 aku cakap) haha. Mak, kasut converse sepasang dengan seekor jam tangan Puma sudah la! teheee :)



50% hasil air tangan gua. Gua tak jamin kalau ada yang tergoda kah kah kah!

8/22/2011

Majlis Berbuka Puasa

Wah gaya macam YB ada majlis2 bagai, padahal aku keluar dengan kawan2 je haha. Hari Sabtu aku pergi iftar lagi sekali dengan kawan2 MRSM, kali ni jumpa Mira dari Johor pulak. Kitorang berbuka kat JJ, makan kat Black Canyon. Mula2 cadang nak makan Ayam Penyet, tapi kawan aku yang nak book tempat tu tak tahu ayam penyet kat mana, padahal restoran tu sebelah JJ je -_-''

Yang bestnya berbuka dengan kawan2 adalah sesi bergosip! haha Astaghfirullahalazim Nadia Nadia. Kitorang solat dulu, so berseronoklah buat Black Canyon tu macam kedai bapak kitorang. Dekat2 pukul 10 lepak Mc'D pulak, aku makan aiskrim je. Seronok betul ada acara macam ni setahun sekali :D I'll miss you Ramadhan =']

I cant live without you!

Semalam berbuka kat Taiping pulak dengan family, kat kedai Doli. Doli Doli say aaaaa haha. Makan 4 orang, tapi order 7 pinggan, dasar nafsu kuda mengandung! haha. Aku tak puas hati kedai tu kenapa takde pekerja perempuan, owner dia je perempuan seketul kat dapur. Mungkin laki kerja lebih tangkas, yeke? Ke nak tarik perempuan datang? haha. Ok Nadia, jangan gedik! haha

Then acara menyoping la, 1 habuk pun aku tak dapat, tak berminat. Tapi aku nampak seorang perempuan manis semalam, suka gila tengok muka dia, woo statement very the lesbian! Abang dia boleh tahan kacak (ok ni sebenarnya yang aku nak sampaikan) hahahha. Okbye!

Eh eh nak cerita, semalam time aku pergi masjid, aku nampak seorang budak perempuan ni, umur lebih kurang 10tahun kot. Muka innocent je, senyum kat semua orang. Time aku bersiap dia tengah tolong kemas2 telekung. Baiknya haiii. Lepas tu dia tengok je aku bersiap, setiap kali aku terpandang dia, mesti dia senyum. Aku rasa dia orang susah, mungkin budak2 yang duduk area situ. Kesian tengok dia, da la baik. Terus aku berdoa supaya dia dapat jodoh yang baik haha tak pepasal, bak kata Cha, aku patut doakan permudahkan segala urusan dia tehee. Lupa pulak nak suruh dia doakan aku dapat jodoh yang baik, doa budak2 kan takde hijab =P. Ok ni betul2 bye haha

8/17/2011

Day 18 → Your views on gay marriage.

HARAM j
tak belajar agama ke?

Kat Malaysia memang sah2 la illegal. Kalau legal jugak memang 1Malaysia 1Neraka jawabnya. Beberapa kali aku terbaca artikel isteri mintak cerai sebab suami gay! Da tau kau tak bernafsu kat perempuan, pergi kahwin siapa suruh jon? Kalau ye nak berubah, takpe. Selalunya kes macam ni, family arrange, perempuan tak kenal sangat lelaki tu, lelaki tu pulak nak cover dia gay pergi la kahwin! Nice job dude!

Kesian perempuan tu wuwuwu. Berhati-hatilah dengan family arrange, bukan salah mak ayah pun, kau ingat parents kau akan bagi kalau kau nak kahwin dengan gay?? Kena ambil inisiatif sendiri, selidik betul2 siapa dia, kalau jumpa try goda2 hahaha ok memain! Senang cerita, solat la Istikarah, insyaAllah, Allah tunjuk jalan :) Aku kalau laki aku curang dengan perempuan, memang aku meroyan, TAPI kalau laki aku curang dengan lelaki, mau aku gali kubur tanam diri sendiri!

8/14/2011

kenangan yang tak kan ada tarikh luput

Minggu lepas which aku tak ingat berapa Ramadhan, aku ada date Iftar dengan kawan2 MRSM. Haruslah pergi sebab ada special guest dari Pahang you olls, gigih sangat datang Perak semata-mata nak berbuka puasa sama2, padahal tak puasa kah kah kah

Aku gerak dari rumah dengan Ros, then ada 1 number text aku kata suruh pick up dia kat Petronas Gunung Lang, aku ingatkan Ili sebab tu number Sabah, tanpa syak wasangka terus kami menuju ke Petronas yang pernah jadi pembunuhan ngeri kepala nak terputus, ok tak yah cerita benda tu sebenarnya. Sampai je kat Petronas, aku pandang luar, yang aku nampak Dini, bukan Ili. Sambil terblur, aku pun bagi Dini masuk kereta. Dang! Rupanya selama ni aku message degan Dini, bukan Ili! Haha samdol! Nasib baik tak mengumpat Dini hahaha

Then pergi pick up Ili pulak. Rumah budak ni aku paling fobia, da dekat 10kali datang, aku tak ingat2 rumah dia yang mana haha. Aku da la failed bab2 jalan ni. Ili, tolong la kahwin nanti buat kat Hotel mana2 yang aku tahu. Kalau buat kat rumah, kau da ada anak 1 pun aku tak sampai2 lagi agaknya haha

Dalam pukul 6.30 sampai la kat Restoran Simpang 3, walaupun aku orang Perak aku baru tau Simpang Tiga tu nama restoran, aku ingat nama tempat, and aku baru tau wujudnya kedai masakan Indonesia tu. Ye, Indonesia dong, tapi kami tak la makan telur biawak =P. Kawan2 yang order makanan, aku ngap je apa2 depan mata. Makanan dia ok la, tapi ayam panggang dia perghhhh terbaik, juicy gila, rasa nak bungkus 15 ketul buat berbuka hari2 seterusnya haha

ha terliur? ok padan muka haha

Kat restoran tu kitorang je muda remaja, yang lain semua macam persatuan datin2, tak pun datang 1 family bawa tok nenek segala. Makanya, kitorang paling bising sementara tunggu makanan sampai, bila da azan, kitorang paling senyap -_-''. I had so much fun that night, syiokkk gila kot keluar dengan kawan2 perempuan yang kerjanya gelak je, mulut macam bertih jagung (apa significant mulut dengan pop corn pun aku tak tau).

Puan bakal Dr. Berry dari Pahang
Eh Nadia, tak payah serius sangat la ushar ayam!

sebelum berbuka ceria semacam, lepas berbuka just imagine -_-''

Dini, Ili, Intan, Berry, Ros, Bawang, Eyda, Nadia
ok semua da berpunya. bye HAHA

Tahun depan kumpul lagi yok!
Amboi, lambat lagi Nadia

8/12/2011

orang cacat otak; banyak kelebihan mereka

Aku ada seorang pakcik which I call him as Pakmat yang mengalami kecacatan otak since he was 5 and now he's 48 years old kot. Dia adik ayah aku, aku pindah balik duduk kat kampung after arwah nenek and tok meninggal, so ayah decide nak jaga dia. Senang je jaga dia, just dia tak boleh bercakap macam manusia biasa. Dia boleh jalan (dalam rumah je), dia behave, pemikiran dia macam budak2, makan pakai sudu, wah very the western kau Pakmat haha. Pagi pakcik aku akan mandikan dia or petang ayah aku akan mandikan. Dia faham setiap instructions orang and aku rasa dia pandai membaca sebab setiap kali dia ushar Ujang dia gelak :D

Kadang2 kerja aku tolong hantar makanan je kat dia, sebab dari dulu ayah ada cakap 'banyak pahala tolong Pakmat, nanti dia masuk syurga mana tau dia tolong kamu'. Sebab tu bila aku hantar makanan kat dia, aku sempat pesan sambil mengenyit mata 'Pakmat, kat syurga nanti jangan lupa sebut nama Nadia eh?' (nampak beno nak balasan T__T) Dia hanya mengangguk lalu gelak :D

Aku tak tahu kenapa aku rasa dia boleh berkomunikasi dengan makhluk ghaib. Dia suka gelak sorang and babbling something yang kalau kita dengar memang tahu ada 'someone' depan dia. Macam family kitorang da biasa, orang yang tak biasa harus meremang bulu roma jugak dengar haha. Pakcik aku pernah cerita, dia dengar Pakmat gelak malam2, then dia pergi tengok dalam bilik, dia kata time tu mata Pakmat bercahaya pandang ke arah dia tapi in fact bukan pandang dia sebenanrnya. Erk! Pakcik aku jugak cakap tak mustahil dia boleh nampak benda yang kita tak nampak sebab dia macam tu

Lagi satu kelebihan dia, kalau orang nak datang rumah kitorang, dia akn pergi tingkap tengok luar and bising2. Lepas tu lagi 10minit memang sure ada orang datang rumah, kalau ikutkan logik akal, mana dia nak tahu kan? Dia bukan ada handphone. Kalau dia tepuk2 peha kita sambil tunjuk luar, tau la mesti ada orang nak datang dalam masa terdekat. Eh Pakmat, kalau ada orang nak masuk minang Nadia nanti, bagitau awal2 eh, nak siap cantik2 bahahhahahahha T_T

sihat itu nikmat

Ada sorang kawan aku (Ili) tegur yang blog aku semakin matang. Auwwww, rasa nak kiss kau Ili, sebab bagi kata2 dorongan sebegitu rupa. Nanti aku pergi ambil kau lagi kat rumah kau yang tak habis2 belok kiri kanan dekat 100 kali tu yek! haha

Oh back to the topic :) Kadang2 bila kita sihat, kita lupa yang itu sebenarnya satu nikmat, bila bangun2 pagi still atas katil pun, lupa je nak ucap a simple word of Alhamdulillah, nanti kau bangun2 tiba2 dalam kubur, ha baru ekau tauuu! haha

Aku ada terbaca 1 kisah sedih pasal seorang perempuan kat blog ni. Oh sumpah boleh menangis, sangat menginsafkan serta menyentuh naluri kemanusiaan.Briefly, cerita pasal seorang perempuan yang baru kahwin and baru beranak, tiba2 dapat tahu kena barah otak ok. Word barah je cukup mengerikan, ditambah lagi dengan otak, which we know we can't survive without it. Dia tak sempat pun nak menyusukan anak dia if I'm not mistaken T__T. Besarnya ujian hidup dia. Now, dia kat rumah sebab pihak hospital dah surrender and family dia try berubat cara lain pulak.

Try la baca, boleh jadi pengajaran hidup. =') Aku sumpah tabik dengan suami dia, lelaki yang sangat bertanggungjawab, tak pernah mengeluh sikit pun, muka redha je, kuat betul semanagat dia. Family members yang lain pun very supportive. Itulah gunanya keluarga kan? (Ya Allah, permudahkan segala urusan mereka, sesungguhnya Kau Maha Tahu apa yang tidak kami ketahui. Aminnn.)

Bila kita tahu kisah hidup orang, baru kita sedar yang ujian hidup kita hek eleh seciputt je sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Beria meroyan putus cinta, konon itu pengakhir kehidupan, macam kalau putus cinta masuk neraka je gayanya. Gebang sana sini duit tak cukup lagi 10k nak beli perabot baru, padahal kita lupa, ada orang struggle nak dapat 10k tu untuk kos perubatan T__T. Eh kamonnnnn, bukak mata, tengok kesusahan orang sekeliling kita and bersyukur dengan apa yang ada. Ha amek kau, aku da bagi ceramah (kat diri sendiri jugak -_-) 

So bersyukurlah dengan tubuh badan yang sihat, bersyukurlah kita masih bernafas di atas dunia ni, bersyukurlah ada orang2 yang menyayangi and concern pasal kita. Dan aku sangat2 tabik kepada ketabahan orang2 yang diberi ujian hidup yang hebat. They're really strong to survive, sebab tu Allah pilih mereka kot. Pernah dengar quote; 'Allah memberi ujian kerana Allah nak mendekatkan kita dengan Dia', 'Allah tidak kejam pada hambaNya, Dia akan menguji sekadar yang termampu' :)

8/10/2011

hidup kena berani tempuh realiti

Hidup ni bukan fantasi, bukan mimpi, tapi realiti yang hakiki. What ever happens, we must accept that as our best fate.

Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan - Ibn Abbas

8/06/2011

wanita dan pms (premenstrual syndrom)

Perempuan dan pms ibarat aur dengan tebing, tidak dapat dipisahkan walau macam mana kerasnya usaha. Time tu, perempuan akan bertukar ke arah ala2 mak lampir perwatakannya. Mood jadi tunggang langgang, hati rasa panas je. Macam aku, aku akan jadi pendiam hahahaha sila percaya sebulan sekali aku akan jadi pendiam. Roomate aku da faham sangat, mungkin dia tunggu saat2 aku jadi pendiam sebab kalau tak, aku tak berhenti bercakap -_-''

Janganlah kau cari pasal or tegur apa2 time tu. Kalau dia tengah makan kek, padahal sebelum ni tak suka, biarkan je, jangan tanya apa, karang ada kau yang mandi krim kek! haha Semalam tengah aku chatting, nak mengubat lara di jiwa kononnya, tiba2 datang seekor kucing kecil yang innocent duduk sebelah aku, gaya macam nak spy aku chat dengan siapa. Then tak pasal2 dia kena marah dengan aku 'apa tengok2?'. Oh Kiki, sorry karang kita lunch friskies sama2 ok? ;)

Pms ni seksa kau tau! Kau macam tak kenal diri kau, and it's out of control, everything seem to turn upside down. Kau tak sedar kadang2 kau marah orang, orang lain gaduh kau yang sakit hati and kau akan kecik hati untuk benda yang ntah hape-hape, yang totally crap! Contohnya; kau akan rasa kecik hati bila bangun pagi mak tak kejut, mak kejut adik je, padahal selama ni kau yang marah mak kejut pagi2 buta. It's totally crazy man, you just can't imagine how worst it's feel! Time ni janganlah kau nak buat lawak bangang tiba2 nak gurau ajak kahwin ke, ajak pergi bercuti ke, mahu ada tragedi berdarah karang! Ha takut! haha. Seriusly, we can't take joke at that moment!

So please bear in mind, kalau kau nampak ciri2 perempuan gila kat seorang perempuan tu, baik diam. Kalau dia salah pun, kau ungkit la lagi 2 3 hari, kalau kau tak nak berperang la. Kamon, be tolerate for only 2-3 days in a month. Kau kena lagi berhati-hati kalau perempuan tu kena period pain. Ouchhh, it's really hurt, believe me! Tak reti nak explain macam mana sakitnya. Ada seorang bakal doktor cakap kat aku, selalunya period pain akan hilang lepas kahwin. Aku tak tahu scientific or khurafat reason dia. So any married woman, can you prove it? Ataupun ada siapa2 nak kahwin ngan aku? nanti aku bagitau kesahihannya hahahaha. Okbye!

8/05/2011

past is past

Ayah pernah cakap  'Allah Maha tahu, dia tak kan seksa umat Dia terlalu lama, Dia akan buat kita terima apa yang da terjadi, macam Ayah, Ayah kadang2 lupa yang ayah pernah ada ayah'. No, bukan maksud ayah aku yang dia lupa langsung ayah dia, dia just maksudkan yang sekarang dia da boleh terima yang ayah dia da tak wujud dalam dunia ni =')

Apa yang ayah cakap, buat aku sedar, yang dalam dunia semua bersifat sementara. Masa akan menentukan segala. Semuanya terpulang pada diri kita, nak terus meratap kesedihan, ataupun nak let go dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah, sekarang aku boleh terima semua yang terjadi kat aku. Kadang2 bila aku menoleh belakang sekejap, aku mampu terima yang 'past is past', aku da mampu tersenyum seikhlasnya. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, aku bahagia dengan orang sekeliling aku, yang hargai aku, yang sayangi aku :)

Aku sedar, apa yang aku miliki sekarang pun bukan bersifat permanent. Aku tak boleh nak seret orang2 yang aku sayang sentiasa dengan aku, aku tak boleh nak ikat dorang depan tiang rumah aku so aku boleh tengok hari2. Satu hari nanti, sama ada aku tinggalkan dorang, ataupun dorang tinggalkan aku, berpisah hidup atau berpisah mati. Its life, what ever happen, its the best and we must accept that fate. Yang da lepas, biarkan berlalu, fokus untuk masa sekarang. jangan terlalu fikir masa depan, tak tentu kau akan hidup lagi! haha

comel lagu ni :)

*rindu tok =') bila boleh bertemu?
**sorry emo sikit hari ni hahahha

8/04/2011

aku tak suka kerja yang remeh temeh

mak : Nadia, tolong mak buat biskut raya
aku : upah?
mak : amboi tolong mak pun nak upah
aku : mana ada benda free dalam dunia ni mak
mak : ha bak upah mak tolong mengandung and beranakkan kamu
aku : eleh ungkit haha. Nanti Nadia bagi la cucu kat mak. Ha nak berape?
mak : banyak la kamu
aku : nak banyak? boleh2, tapi tolong jaga sikit haha

So cuti ni aku tolong mak buat biskut raya, aku nak kerja lain mak tak berapa nak bagi. Aku nak kerja KFC ada shift malam, aku tau ayah tak bagi. Aku nak kerja 7e, pakcik aku tak berapa bagi 'kalau boleh cari la kerja lain, 7e tu ada jual arak, kalau nak kerja jugak, duit gaji nanti sedekah mana2 sikit'. Dengan pakcik aku yang ni aku hormat lebih sikit, dia la jugak cakap kat aku 'Beron, kahwin nanti jangan bersanding, kalau tak, Che Man tak datang' haha ok bos! Dia pesan kat aku sorang je rasanya, mungkin anak saudara yang lain tak pernah duduk dengan dia, so dia malas nak campur tangan sangat. So kepada en. bakal suami, kalau you nak bersanding, bersanding sorang2 eh, I nak makan ayam golek kat luar! haha.

Maka pengakhirnya aku duduk rumah tolong mak and tolong bisnes family sikit2 ;) Aku takde masalah nak buat biskut, tak terliur sangat pun sebab aku tak berapa into dengan biskut2 ni. Da nak seribu biskut siap, aku tak makan sebijik pun. Aku just penat dengan procedure 1 biskut ni, nama dia Blueberry Fillow, nama kemainn tak nak kalah di pasaran haha.

Remeh temeh yang amat buatnya, nak cerita pun rasa penat. Dengan nak bulat2 kan jem yang maha melengasnye, nak masukkan jem dalam doh, nak kepit2 bagi bentuk bunga, nak masukkan dalam paper cup, bakar lagi, susun lagi. Ha macam orang merungut tak? haha Da la order tu paling banyakkkkk! ya Allah kurniakanlah aku kesabaran. Biskut lain simple pejam mata je boleh siap. Tiba2 rasa nak menyeru masyarakat Melayu yang raya2 tak payah la nak makan biskut, apa kata makan twisties je? -_-

Allah tak kan temukan kita dengan orang yang salah

Sepanjang hidup kita, apa yang kita lalui, semuanya adalah pengajaran and pembelajaran hidup. Kadang2 benda kecil membawa seribu makna, cuma antara kita sedar atau tak je la. Kalau jenis manusia loading macam aku ni (siapa2 nak terasa pun dialukan haha), susah sikit la nak kecap (catch up). 

Kita selalu tertanya-tanya, bila kita nampak orang tu something wrong somewhere. Contoh; groupmate kita sendiri, kerja asyik nak marah je, itu tak kena, ini tak betul, tak boleh silap sikit. Dalam hati mesti kita terdetik 'ya Allah, kenapalah aku ditakdirkan group dengan dia? takde orang lain ke?' kan? Jangan nak tipulah takde walaupun sikit rasa tak puas hati! Haha. So why not we look it from the bright side? Maybe Allah nak jadikan kita lebih bersabar dalam melayan kerenah manusia sebab tu Allah temukan kita dengan dia. Agree?

Bila kita ditemukan dengan orang yang baik pulak a.k.a orang yang senang dibuli, suruh buat apa pun, senyum je, tak merungut sepatah pun. Kalau macam ni, Allah nak ajar kita jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Ada paham? haha

Setiap orang yang kita jumpa, ada membawa pengajaran masing2. Jumpa orang buta, untuk kita bersyukur kita ada mata yang celik. Jumpa orang yang suka mengambil kesempatan, untuk kita lebih berhati-hati di masa depan. Jumpa orang yang da nak mati, untuk mengingatkan diri yang kita pun akan berada di situasi macam tu satu hari nanti. Jumpa laki handsome naik sport car, untuk dingorat! hahahahahahaha!

kita tak kan mampu nak puaskan hati semua orang

Setiap manusia berbeza kehendak dan kemahuan sampai kadang2 terlupa akan keperluan. Allah tak kan bagi apa yang kita mahu, tapi Dia bagi apa yang kita perlu (noted that!). Nak puaskan hati sendiri pun payah, ni kan nak puaskan hati orang lain, ye dak? Dalam hidup ni kalau fikir nak puaskan hati orang lain je, last2 hati sendiri bernanah. Sila percaya, I talk based on experiences hehe. Tapi jenis aku, aku tak puas hati kalau ada orang tak puas hati dengan aku! Aceee Beron, ingat kau perfect nak semua orang puas hati ngn kau! Booooo! Haha

Manusia yang selalu rasa tak puas hati ni, mesti hati dia ada rosak somewhere, jenis kerja nak mendengki je! Tak boleh nampak orang lain hebat sikit, da tak senang duduk. Apa kau ingat Allah cipta kau seorang je ada kelebihan? Kamon girlsss/ dudesss, everyone one of us has bright side and dark side, its your choice to choose either one, and it will make you, YOU! Please be optimist, kalau kau tak dapat, maknanya itu bukan rezeki kau, mungkin Allah da sediakan rezeki yang lagi besar untuk kau. Kadang2 apa yang kau dengkikan tu pun, Allah bagi pinjam je kat dia, esok2 entah2 Dia tarik balik, siapa tahu?

Beria sakitkan hati sendiri, jealous sana sini, tak puas hati jiran tukar semua perabot set baru sempena nak raya ni. Esok2 tengok semua barang tu kena curi? Da tu, kau nak jeles dengan pencuri tu pulak? haha. Get a life ok! When it's meant for you, whatever it is, at last it will be yours. Have faith and believe in fate please. Lagipun dunia ni kejap je, semua pinjaman, last2 kau kene pulangkan balik jugak. Tak yah nak kelam sangat ehh. Aku tak kisah pun Sheira Ayob dapat Zahiril Adzim, sebab aku yakin Allah da cipta yang lagi special dari Zahiril Adzim untuk aku! hahahhahaha! (tapi ZA, jangalah romantik sangat dalam twitter, unfollow baru tawwww T____T)

8/01/2011

#ragamramadhan

Alhamdulillah, da selamat sehari berpuasa. Aku ada lebih kurang 23 hari lagi, korang 29 kan? kah kah kah. Yakin je aku akan tinggal puasa (tapi selalunye wajib =P). Oh I wanna wish Happy Ramadhan to all, may Allah bless us throughout this delightful month =) Wish lepas berbuka hari pertama baru feel 'Ramadhan' nya hehe.

Hari2 di bulan puasa agak terisi dengan benda berfaedah. Malam2 pergi tarawikh, 1 keluarga, nikmat rasanya. Sambil2 boleh ushar jodoh haha mati aku kena panah petir terpesong niat! Takdelah, yang pergi semua pangkat atok2 haha. Pagi sampai tengah hari tolong mak buat biskut raya. Oh mak aku buat bisnes, orang order dekat2 10k biji. Memang rasa nak ngap satu2 time buat! Memikirkan pulangan je aku gagahkan jugak, kalau tak aku smash oven tu! haha. Petang aku tidur kejap and tengok movie (berfaedah ke? hehe). Da nak dekat berbuka pergi la dapur, time tu perut da menangis, sian dia T__T

Selepas 8 tahun, tahun ni la 1st time aku berpuasa sebulan dekat rumah. Selalunye petang2 da kelam kabut pergi bazar ramadhan, makan nasi bungkus, air bungkus, kuih bungkus tskk tskk tskk. Tahun ni bersyukur sebab dapat berbuka dan beribadah bersama keluarga, just aku rindu nak berbuka dengan The Siblings dekat UUM ='). Tahun depan, kalau panjang umur, kita berbuka sama2 eh? ;)

Tapi puasa kat rumah maha hebat dugaanya. Mak aku kan jaga cousin2 aku, selama ni kalau makan apa, tak pernah dorang offer aku. Hari ni kemain mulia hati. Ayong, nak lat? (chocolate), bila aku geleng, gunakan paksaan nak sumbat juga.Oh hati sabarlah! Hadif lagi handal 'Kita kuasa (puasa), tapi kita boleh minum susu'. Apa kau ingat kau Hindu puasa boleh minum susu? =P. Lepas tu slumber badak je pow air yoghurt aku! Memang mengundang rasa marah! Tak hormat langsung! 

Tapi takpe, ni budak kecil. Sekarang ni depan rumah aku ada buruh2 nak bina rumah, memang aku tak nafikan kerja macam tu ya amat penat tambah2 dengan cuaca sekarang. Tapi kalau ye pun kau tak puasa, sorok2 la sikit, tak payah la nak tunjuk sangat kau tak puasa! Tau hormat bulan Ramdhan tak? Memang la setakat kau hisap rokok, aku pun tak hingin! Tapi bulan2 puasa ni, rokok tu pun aku boleh nampak macam biskut Nini Cokelate Celup, celup celup! Hai apa nak jadi! Patutnye try puasa dulu, sampai tahap tak larat baru diharuskan berbuka, ni pagi2 buta makan bawah pokok apa cerita? Tapi aku musykil, mana dorang dapat makanan ha? Tak kan beli salted chicken. Erk!

Apa2 pun, Ramadhan setahun sekali, tahun depan entah sempat jumpa ke tak lagi. So, grab the opportunity, banyak rahmat tersembunyi.