”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/31/2013

Big Bad Wolf, Penang

Aku suka membaca, nampak macho kah kah kah. Tak lah, aku memang dari kecik suka membaca. Tapi aku tak suka baca buku akademik, sekian. Aku da lama teringin nak pergi BBW ni, dulu buat kat KL, aku kat Kedah. Jauh benorrr nak pergi KL semata nak beli buku. Aku paksa adik aku yang kat Puncak Alam pergi, tapi dia lagi pemalas tahab syaitonirojim haha.

Cha bagitau ada BBW kat Penang, and tarikh dia exactly lepas kitorang dinner dekat Sg. Petani. Molek benar caturan Allah tetapkan. Melompat-lompat la hati aku dalam badan ni ajak aku pergi. Aku ada jugak pujuk2 dia, boleh makan pujuk jugak hati aku ni. Then Cha ajak pergi, hati melonjak kembali. Dan kali ni aku pilih untuk tak kecewakan hati. Dah banyak kali dia kecewa dengan jalan yang aku pilih, kali ni aku try jaga dia. Sila berhenti merepek sekarang Bairon!

Lepas check out dekat resort-yang-ntah-hape-hape tu, kitorang menuju ke Penang. Dengan bantuan google, kitorang tak sesat. Wooot wooot. BBW dekat Time Square Penang, wing baru (siap bagitau). Masuk2 je, aku berdiri tegak, tarik nafas dalam2, ambil bau syurga dunia. 

Then aku mulakan rondaan. Sport - aku tau main galah panjang je. Cookery - aku da teror masak bahahah. Home deco - tak payah, bakal suami aku arkitek (kau manusia paling confident Beron!). Humour - aku berhenti sini dalam 15 minit, baca gelak baca gelak, rembat sebijik. Self help - lagi lama kat sini sebab aku memang suka bab2 motivasi ni, selak2, rembat dua. Romance - banyak sangat sampai pening nak baca tajuk. Jalan depan lagi da masuk Young Adult, and bahagian Children. Berhenti berangan kejap, mungkin 2016 punya BBW aku da boleh pergi bahagian children haha. Fiction, Literature, Manga, Malay - hanya tengok2 nak cukupkan syarat tawaf BBW.

Then patah balik ke Romance. Jumpa satu novel thriller, aku tak tahu mana romance-nya, macam menarik, rembat satu. Nak cari novel romance satu, sebab terlampau banyak, aku tengok cover yang cantik, baca sinopsis, rasa menarik, ambil satu. Dont jugde a book by its cover memang tak boleh applikasikan kat aku.

Satu buku RM8 woi! Gila tak rambang mata aku. Langkah bijak, aku tunggu kawan2 yang lain kat pintu exit, sebab kalau aku baca semua sinopsis, mahu 87 buah buku aku rembat. Buku2 kat rumah pun meronta lemas dalam plastik lagi haha.


Law's Annual Dinner 2013 at Cinta Sayang Resort, Sungai Petani

Tema: Night in Paris. Aku pakai kebaya. Nampak tak apa yang cuba aku sampaikan? Yee benar, takkan Melayu hilang di dunia. Gituuuu. Haha. Padahal malas nak membazir beli baju yang hanya pakai sekali seumur hidup. Kebaya boleh di-reuse pakai raya nanti, siapa2 punya kenduri, bila masuk pertandingan Ratu Kebaya, kalau bajet takde sangat boleh jugak dipakai ketika bertunang yang entah bila haha.

Kebaya ni nenek belikan time pergi Bandung, kain mak beli dekat Sabah, upah jahit kebaya less than RM100 - mak bayar, tudung pelangi RM10, kasut reused raya punya, clutch cilok auntie punya. What a happy girl I am! Girl? You  are now a lady Nadia, lady. Lady Gaga, Lady of Perak. Ok merepek.

That was our last dinner (29 March 2013) Unforgettable moment :') We had an awesone night spent together. Walaupun ball room dia panas pffft, tapi we really enjoyed ourselves there. Makanan dia sedap. Letak ayam habis, letak samosa habis, letak sup habis, letak udang habis, letak sayur dipandang sepi, letak ikan tiba2 ekor hilang Faizal curi haha. Theme makanan; Chinese Food. Satu meja dengan Faizal, Mirul, Kimi and Arni sekali.

Persembahan nyanyian okayy, persembahan teater mengarut sikit. Ada makanan kat depan mata, siapa je nak tengok teater? Haha

disebabkan aku malas tahap Nauzubillah sekarang, 1 je la gambar. Malas nak transfer -_-''

Kitorang tidur dekat resort tu. Kata resort 4 bintang, tapi service macam tahi bintang. Pffft. Dengan aircond rosak, 2x called baru dapat tukar bilik. Dengan kedekut tuala, kata bilik penuh padahal aku tengok kereta Maria je park dekat situ. Orang lain datang sana terbang apa? Dengan swimming pool tak boleh mandi pakai tudung zzzzz. Ball room pun panas gilaaa, bukan salah bureau, tapi mungkin resort ni memang nak dikenali sebagai resort-aircond-tak-boleh-pakai.

Kalau korang pergi Sungai Petani, tak payah la datang resort ni, baik pergi Aman Jaya Mall minum Chatime hahaha 

3/28/2013

Awas orang ketiga!

Semalam aku pergi koperasi, ternampak deretan akhbar. Aku pun singgah jap nak baca tajuk utama. Sekarang busy bukan main, nak baca paper pun tak sempat (menipu). Mata aku tertarik dengan caption Harian Metro 'Awas orang ketiga!'. Aku tarik sikit surat khabar dari rak, then ternampak pulak

Orang ketiga dalam rumah tangga (pengacau rumah tangga) boleh dikenakan penjara 3 tahun

Hahahahhahaha. That was my 1st respond after read that news. I don't know why it sounds so funny to me. Haha. Aku tak tahu la segala syarat di sebalik undang2 baru tu. Tapi tadi aku ada terbaca, tak salah aku hanya applicable kepada lelaki yang kacau isteri orang.

It sounds reasonable. Statistik menujukkan ramai pasangan muda bercerai sebab orang ketiga. 

Kalau dia applicable juga kepada perempuan yang kacau suami orang, aku rasa banyak aspek yang kena tengok. Reason aku, laki boleh kahwin empat. HAHA. No, aku bukan sokong semua lelaki untuk berpoligami, but it is their right. And betul ke perempuan tu yang start kacau suami orang tu? Ke suami orang tu yang menggatal dulu? Huahuahua.

Penduduk bumi pun banyak perempuan dari laki. Laki tu pulak, tak semua tulen bahahhaa. Kat sini kita boleh nampak hikmah poligami. Rasulullah dulu pun pernah berkahwin dengan janda dengan niat untuk menolong mereka. Tapi aku tetap tak rela berkongsi yawwww hahaha -__-''

Undang2 baru ni amat sesuai di applicable kan kepada lelaki yang kacau isteri orang. Kacau tunang orang pun haram woi! Ini kan pulak da jadi isteri. Punya la banyak perempuan single dalam dunia ni (ehem haha), apahal isteri orang jugak kau nak kacau. Tapi aku pernah terbaca, laki yang suka kacau isteri orang ni kononnya sukakan cabaran, kepala hotak la engkau. Kan ku tunggu jandamu, gitu?

Aku selalu rasa lelaki curang perkara biasa, tapi perempuan curang aku jadi kesian gila dekat suami dia. Ni bukan gender bias. Kalaupun isteri orang tu yang start goda kau, as long kau tahu dia isteri orang, janganlah layan. Kalau tak tahu, layan, then kena cekup, aku rasa perempuan tu yang patut kena penjara 3 tahun (baru hukuman dunia ni kak). 

Ada la 2 3 orang lelaki yang aku kenal, isteri dia curang dengan rakan sekerja. Aku tengok muka dorang pun aku tahu pedihnya apa dorang rasa. Semua yang aku tengok, hak penjagaan anak2 dapat kat si Ayah. Kadang2 dorang tak fight pun custody dalam court, mungkin isteri malu, or boyfriend isteri taknak anak2 tu, wallahualam.

2/3 dari pada kes yang aku tau, lepas beberapa bulan, isteri datang balik merayu dekat ex-suami nak rujuk. Ha! Nampak tak permainan laki2 durjana di sini? Da dia buat perempuan tu kena cerai, dia bla la. Cabaran kan, cabaran! Lepas tu dia pergi ngorat isteri orang lain pulak. Pfffft.

Tapi laki2 yang aku kenal tu tak terima balik la, mungkin kalau terima dorang rasa dorang dayus. Kalau aku jadi laki tu pun aku tak terima, pedih woooo. Bukan senang nak bangun balik especially kalau lemah iman. Kau percaya isteri kau, kau sayang dia, dia ibu kepada anak2 kau, tiba2 kau jumpa isteri kau lentok2 kepala dekat bahu lelaki lain dekat restoran terkemuka (tak perlu kot Nadia restoran terkemuka tu). Hancur bai hancur. 

Bab nak menghadapi kecurangan pasangan ni, aku rasa lelaki tak sekuat wanita. Provided laki tu memang jenis setia and sayang habis dekat isteri dia. Ada yang sasau, jadi drunker (nauzubillah). Kesian kat anak2 lagi. Mungkin mudah untuk perempuan jadi ibu tunggal, tapi susah untuk laki jadi bapa tunggal, especially at early stage. Mana nak ingat kecurangan isteri, fikir maruah dia, nak fikir hal ehwal anak2, masalah kerja. Kebanyakan lelaki hanya boleh buat / fikir 1 benda dalam satu masa.

That's why aku sokong undang2 ni applicable dekat laki yang kacau isteri orang.

Semoga kita semua jauh dari musibah ni :)

Sketsa keluarga #2

Sebelum mendaki tangga nak ke bilik aku di UUM ni, aku dengan mak merentasi koridor aras bawah.

Ketika menaiki tangga;

Mak : Ada orang da tua pun rajin belajar lagi kan?
Aku : Haah
Mak : Tula tadi dekat bawah tu mak nampak student keluar dari bilik, muka da tua. Lagi tua dari mak rasanya. Rajin betul dorang.

Aku memberhentikan langkah kaki, lalu memandang mak yang 2 3 anak tangga di belakang aku.

Yang tadi tu makcik cleaner la mak. Tu bilik pantry tempat dorang rehat. Hahahahaha.

Mak pun gelak sama. Haha. Mak2, I love your level of confident. Mmmmuaaah!

3/27/2013

Less words Wednesday

They make me believe that;
happiness can be found even in the most boring side of the world (Sintok),
sisterhood may exists even we don't share same parents,
last minute work can be an excellent work (HAHA)





3/26/2013

Persediaan kahwin bukan diukur melalui umur.

Sekarang da kembali macam zaman dulu, ramai orang kahwin muda. Macam2 pandangan orang tentang kahwin muda ni. Nak bagi anak orang makan apa la? Reti ke nak berumah tangga umur muda2? Weh mak aku kahwin umur 22 okay, perfect dia uruskan rumah tangga. Bila aku mintak kahwin muda, dia cakap 

Dulu aku darjah 5 da masak untuk keluarga, boleh la kahwin muda. Kamu ni kalau kahwin sekarang, suami yang masakkan untuk kamu

 T____T Perlahan-lahan aku masuk ke bilik tanda protes. Hahahha

Baru2 ni I had a conversation with  few persons. Ada yang baru kahwin, ada yang da beranak pinak, ada yang da berpisah. Masing2 tak setuju dengan perkahwinan awal. Suruh enjoy life kata mereka. Lepas kahwin tak boleh enjoy ke? Boleh! Lagi best, enjoy dengan orang yang halal dengan kita. Kalau enjoy tu definisinya bagi kau keluar malam, terkinja-kinja, memang elok lah masuk sekolah agama balik haha.

Kalau boleh patah balik, aku taknak kahwin awal, kata si lelaki.

Betul, tambah2 bila ada anak, lagi tambah stress dia, sampuk si perempuan.

Haah. Sekarang aku da single balik, rasa la lega sikit, kata perempuan yang lain.

Aku tak setuju dengan kata2 tersebut. Itu nama dia kau tak bersedia mental, fizikal, rohani sebelum berkahwin. Kau fikir nak seronok je. Da dapat apa kau nak, maka kau rasa yang lebihnya beban. Marriage is not one night stand, it is a whole life commitment. Time seronok kau bersyukur, time datang ujian kau merungut. Macam mana nak ukur iman kalau tak diberi ujian?

Aku takde halangan kepada yang nak kahwin muda. Kahwin la kalau cukup ilmu di dada. Ilmu agama, ilmu dunia, ilmu hidup, ilmu perkahwinan, ilmu untuk cari rezeki, ilmu untuk didik anak2. 

Hidup siapa yang takde masalah? Jadi baby masalah tak tahu macam mana nak cakap dekat mak nak tidur, tapi mak tak habis2 sumbat susu. Da besar sikit ada masalah rebut barang mainan dengan adik beradik yang lain. Masuk sekolah masalah pelajaran, masalah cinta monyet. Da kerja masalah dengan boss pulak. Celah mana dalam hidup ni yang takde masalah? 

Jangan fikir perkahwinan ni menambahkan masalah. Apa kau lupa pada kebahagiaan yang kau dapat? Kahwin best apa, at least boleh kongsi masalah dengan seseorang.

Lagi satu pasal persediaan. Jangan kau pandang orang muda tak bersedia, orang yang lebih tua bersedia. 

Ali. Umur 19. Hari2 bangun pukul 3 pagi, solat sunat, belajar. Hari Isnin Khamis tak pernah miss puasa sunat. Maghrib Isya' muka dia je la dekat masjid. Dengar ceramah, baca buku agama.

Ahmad. Umur 27. Sembahyang kadang2 on kadang2 off. Huha huha lagi dekat mamak sampai Subuh. Aurat yang senang pun culas.

Agak2 kau siapa yang lagi layak kahwin? Ali ke Ahmad?

Agama cukup, inshaAllah Allah pandu kau ke mana pun kau nak tuju. 

Dont be narrow minded. Jangan ingat kau da tua, kau makan lebih banyak garam. Terlebih makan garam boleh bawa penyakit jugak pakcik oi. 

Tak, aku buat entry ni bukan sebab aku nak kahwin sekarang. Aku ni calon pun takde lagi haha. Aku just bagi pendapat. Tak salah kahwin muda kalau cukup ilmu di dada. 

Ekonomi pun penting, aku tak nafikan. Bab ni susah aku nak sampaikan kat sini. Hehe

Aku ni takdelah kategori muda mana, sebab makcik2 aku da kecah suruh cari boyfriend. Amboi mereka, ingat cari boyfriend macam cari ikan di pasar ke? Cari ikan di pasar pun aku fail lagi oi! haha. Sabar la makcik2 hamba, hamba tahu korang tak sabar nak jadi nenek kan? haha. Lepas bulan 6 ni akan hamba fikirkan hal masa depan rumah tangga hamba, janganlah kalian risau haha. 

3/25/2013

Pangkor Inn Chalet, Teluk Nipah.

Khamis lepas aku, Ros dengan Faz pergi Pangkor. Yang lain tak dapat join sebab ada komitmen dengan pelajaran. Ros da habis belajar, Faz balik sekejap dari India. Aku? Aku buat cuti sendiri demi girlfriends tercintaaa *korang, sila terharu* haha.

Janji nak pergi pukul 8 pagi, tapi gerak dari Kuala Kangsar 12 tengah hari pffft haha. Biasalah baru Melayu, ye dak? -_-. Aku pukul 8 da siap mandi semua, lepas pakai baju sempat tidur zzzzz. haha

Sampai Lumut ada kakak approach suruh sewa chalet dia, dia bagi RM80 semalam. Sampai sana dalam pukul 3 lebih camtu. Rehat2 then pergi jalan2 tepi pantai. MashaAllah cuaca terik gila. Nak bergambar pun kena tunggu sunset. Gitewwww.

Orang tak ramai sangat, biasalah weekdays. Yang luar biasa adalah satu je kedai makan bukak. Mahal nak mam pulak tu. Terpaksalah makan walaupun kalau diikutkan aku masak lagi sedap. Wahhhhahahaha. Tak kan nak pergi jala ikan kat laut pulak kennn.

Pagi Jumaat pergi snorkeling dekat Pulau Giam. Pergi pukul 8pagi, pukul 10 aku da naik sebab da start panas aku pun da start sakit kepala. Anje angat pale tite tak boyeh kene panash kepala hotak la kau Nadia hahahah. Aku dengan Faz je banyak snorkeling, Ros kena buli ambilkan gambar, dia nampak redha, maka kami suruh banyak kali haha.

Then siap2 balik lah. Balik sempat singgah JJ Manjung, pusing2. Perempuan2 haha. Walaupun percutian pendek, tapi best gilaaa wooo. Da lama tak spend time dengan kawan2 sekolah menengah. Teringat zaman asrama hehe.Thank you Faz and Ros sebab luang masa sama2, gelak sama2, jerit sama2 haha

Pangkor Inn Chalet aku bagi 3 bintang. Bilik kecik, bilik air kecik, banyak la kemudahan takde. And yang paling annoying bila kita dengar semua benda orang bilik sebelah buat. So kepada yang pergi honeymoon tu eloklah sewa hotel berdinding batu.

Dulu aku stayed dekat Purnama Beach Resort, more better kot hehe.

Bilik sebelah kitorang pasangan suami isteri. Boleh tak dorang pasang lagu sampai pukul berapa pagi entah, menari ke apa aku tak tau. Ringan je aku nak bangun ketuk bilik dia. Yang paling tak boleh blah, dorang gaduh2 manja pun aku terpaksa dengar zzzzz. Sabar je lah telinga dan hati saya.

Gambar berterabur, malas nak susun haaha

mana 1 aku? hehe

Subhanallah
cantiknya ciptaan Allah ;p

tak sia2 tunggu sunset nak bergambar

nampak tak burung? relax je datang mintak makanan. Ni burung enggang ke kenyalang entah, yang penting bukan burung merpati, apatah lagi burung pipit. Enggang dan pipit masakan boleh terbang bersama, dimasak bersama mungkin boleh 


otw balik ke Lumut

Ros, Faz, aku. Otw pergi. Dalam ferry. Fazlina baru tau pergi Pangkor kene naik ferry. Aku tumpang sedih bagi pihak dia haha. 

melawan teriknya matahari



i miss them already :(


tak boleh pergi jauh 2 orang ni haha

Fazlina mula2 nampak benda ni jerit2 dia sebab geli haha. Memang menggelikan pun. Apa ntah nama dia. Tapi macam siput yang terlekat, mati time air surut sebab tak cukup air. Mati berpelukan gitu haha sukahati kau je. Tajam pulak tu benda ni.

dan hasilnya kaki Ros berdarah hihi. Eh gelak pulak.

Da la, nak tidur. Good night people!

3/24/2013

Makan Malam di Danok #Rahsia

Rahsia la sebab family aku sorang pun tak tau aku pergi Danok curi2. Curi2 bukan tanpa pengetahuan keluarga je, malah tanpa passport haha. Tapi sekarang mak da tahu haha. Dengan mak I tak boleh berahsia, tapi dengan ayah masih rahsia kot sebab ayah bab2 ni hardcore sikit. Mak more lenient hehe. Aku pergi hari Jumaat (15 March 2013).

Pergi dengan Maria, Cha, Baby, Ika and Afzal. Ika sorang je ada passport. Kitorang semua gamble. Da sampai imigresen cakap nak pergi The Zone Bukit Kayu Hitam, tapi pegawai tu cakap The Zone da tutup and suruh kitorang patah balik, tapi kitorangg tak u-turn pun, terus je masuk Thai kah kah kah.

Mula2 pergi makan. Thai pulak, marvellous la makanan2 dia. Order tomyam 2 orang makan, daging salai 2 orang makan, telur 2, sayur, bihun tomyam, nasi 5 and air2, baru RM60. Berbaloi-baloi la dengan rasa dia *telan air liur bila teringat*. Daging salai terbaikkkkk!

Then pergi tengok baju2, gaya macam uptown kita kat sini. Tapi baju2 dia MashaAllah keciknya, memang stok2 baju GRO haha. Ada la baju yang besar tapi semua jenis kena pakai inner sebab jarang. Murah tak payah cakap la kan. Ni baru dekat Danok, belum kat Hatyai lagi.

Kat tempat tu betul2 ada disko sebelah dia. Tengah kitorang tengok2 baju, tiba2 ada fireworks. Kitorang tercengang la, raya apa pulak ni? Tanya la tuan kedai, dia cakap memang hari2 disko tu buat fireworks. Kagum kitorang, lupa pulak Thai pembekal mercun2, mestilah murah kan, bukan macam kita ada event baru pasang. Haha

Then pergi satu kedai macam kedai runcit. Subhanallah murah gila barang2 dia especially toiletries sebab benda2 tu je aku familiar dengan harga2 dia. Korang bayangkan sekarang bedak Johnson yang paling besar gemuk gedempol tu. Kat sini berbelas kan harga dia? Kat sana, 2 botol besar RM9 je uolllss. Berpinar-pinar mata aku tengok harga dia. Tapi sebab toiletries banyak lagi, malas beli. Nanti nak kita datang lagi curi2 kiki. Listerine size sederhana melekat sekali dengan size kecik baru RM7. Ubat gigi Colgate besar lengan baby tu baru RM4. Deodrant Nivea yang kecik baru RM4. Bezanya dengan kita. 

Ha dekat 7E, coklat sneakers RM1.80 je ye adik2, kalau 7E kita, seganda dari harga tu rasanya. Kitorang semua impress dengan harga2 dia, biasalah jakun 1st time masuk kah kah kah.

On the way balik kitorang singgah beli pulut ayam yang semua orang cakap sedap gila. Walaupun da kenyang, beli jugak nak rasa. Memang betul weh, pulut ayam dia marvelous gilaaaaaa. Waaa, bila nak dapat lagi. Off course la ayam dia yang sedap. Pulut dia biasa je la, tapi dia bagi bawang goreng. Aaaaa laparnya teringat ayam dia. Siapa pergi sana tak makan pulut ayam dia baik duduk je Malaysia diam2 haha.

Lepas ni nak plan pergi Hatyai pulak. Yang ni aku try mintak permission parents sebelum pergi. InshaAllah dorang bagi hihi. Nak buat boarder pass. Kalau nak tidur sana macam takut pulak nak redah masuk, kena tembak naya je haha.

Nak cari makan kat sana kena hati2, takut tak halal. Kitorang Baby and Ika da tau tempat. Mc'D sana jangan masuk, tak halal.

3/23/2013

Ayah; sentiasa ada dalam setiap ruang hidupku.

Siapa yang pertama menyeru kepada aku bahawa tiada siapa yang layak disembah melainkan Allah?
Ayah

Siapa yang pertama membisikkan pada aku bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah?
Ayah

Siapa yang pertama mengajak dan mengajar aku menunaikan solat?
Ayah

Manusia yang bertanggungjawab memastikan aku fasih membaca al-Quran?
Ayah

Siapa yang jugak mengajak aku menuju kejayaan ketika aku masih belum menginjak usia sehari?
Ayah

Lelaki pertama yang menyentuh dan membelai aku dengan penuh kasih sayang?
Ayah

Orang pertama yang mengajar aku menaiki basikal?
Ayah

Orang pertama yang mengajar aku memandu kereta?
Ayah

Manusia paling gelabah ketika aku sakit?
Ayah

Lelaki yang paling rajin melayan kerenah aku?
Ayah

Manusia yang paling jarang berkata 'tidak' kepada aku?
Ayah

Manusia yang tak pernah jemu menghantar dan mengambil aku dari sekolah/universiti?
Ayah

Manusia yang berkerja mencari rezeki yang halal untuk memberi yang terbaik dalam hidupku?
Ayah

And the lists are going on
Because I know in whatever circumstances, he always be there, for me.
Even when I have my own children later, I know I will always be his baby girl. I 100% positive about that.

Dalam ruang hidup aku yang mana yang aku boleh nafikan kewujudan ayah?
Takde! Takde sesaat pun dalam hidup aku yang aku tak perlukan kehadiran ayah
Ya Allah, aku berdoa kau bahagiakan lelaki kesyangan aku ini hingga ke syurgaMu.
Jauhkan dia dari sebarang kecelakaan.

Ayah,
Takde apa yang Nadia boleh buat untuk balas segala jasa Ayah.
Nadia cuma boleh doa Allah kurniakan ayah syurga terbaik Dia.
Kerana disitu letaknya bahagia yang abadi. Eternal happiness. 
Takde apa yang lain yang Nadia nak lihat selain kebahagiaan ayah di 'sana' kelak selepas berhempas pulas di dunia.

Terima Kasih atas segalanya.

Selamat Ulangtahun yang ke 52
I love you, lillahi ta'ala


3/19/2013

Lelaki dan perempuan, siapa lagi cepat move on?

Yang ini aku specific kan dalam bab bercinta. Selama ni, dari apa yang aku tengok, aku rasa perempuan lambat move on. Ada yang ambil masa bertahun. Yang bertahun ni kesian aku tengok, macam lifeless. Padahal laki tu da ada perempuan lain pun, dia still setia menunggu. Nak kata bodoh, tak tau la sebab takut nanti aku pun macam tu haha. Pengalaman aku sendiri, Alhamdulillah, Allah permudahkan, aku tak ambil masa bertahun, 2 bulan pun tak sampai haha.

Aku ada sorang kawan laki, let name him as F. F cerita dekat aku macam mana dia boleh clash dengan ex dia. Da dia habis cerita, aku tanya dia soalan cepumas 'Laki senang move on tak?'

Dan ini dia reply
'Ni bukan pasal laki ke perempuan. Ni pasal sapa yang kene betrayed. Macam aku, aku down gila kot. Aku tak suka KL, tapi aku kerja sana sebab nak cari duit untuk masa depan kitorang. Lepas clash terus aku berhenti and Alhamdulillah, aku dapat kerja dekat kampung aku. Tapi nak cerita kecewa dia, tak payah la, aku yang nangis weh haha. Mungkin salah aku jugak kuat sangat kerja sampai takde masa untuk dia, and laki lain ambil kesempatan' *dialog edit sikit untuk sorokkan identiti haha*

Aku diam bila dia habis cakap. Terus aku rasa perempuan tu rugi lepas dia haha. Tapi kita tak tahu kan apa perempuan tu rasa pulak. Biasalah la perempuan, nak perhatian lebih :P. Boyfriend sibuk katanya boyfriend ada simpan perempuan lain *which sometimes might be true haha*

Betul jugak kan? Laki pun ada perasaan. Just kita nampak dia relax sebab dia pandai sorok, dalam hati berkecai siapa tahu, ye dak? Mungkin ego dorang yang buat dorang tak tunjuk betapa hancurnya kena tinggal perempuan yang dorang sayang.

Kawan aku ni nakal orangnya, suka usik orang, tengok muka macam player sikit. Haha. Tapi deep down, aku tahu dia ni bukan laki yang main2 dengan perempuan.

Aku tanya dia lagi 'Kalau satu hari nanti perempuan tu datang balik dekat kau, kau terima tak?'

Dia jawab 'Entah. Tak berani nak kata. Ni soal jodoh kan. Dia pusing kat mana pun kita tak tahu'

Sekali lagi aku kagum dengan jawapan dia. Tak sangka aku budak nakal jawab gitu haha. Dont judge people by their look.

Then dia tanya pasal aku pulak. Da dia jawab part dia, maka aku kena lah jawab part aku *menyosal den tanya* haha

Aku cakap, perempuan ni makhluk yang beremosi. Kalau laki sendiri susah nak move on, perempuan seganda kot. Bak kata Harith Iskandar, perempuan akan rekod semua benda dalam kepala walaupun dorang tak niat nak rekod. Bila 1st date, setiap date dia ingat actuallly, 1st date pakai baju apa, tarikh birthday, tarikh couple, waktu couple pun ingat siap dengan saat *tipu*. Kalau laki dorang tak ambil pusing benda2 remeh macam ni. So memories ni la yang buat perempuan lagi susah nak move on, pendapat aku je ni.

Tapi aku tak tahu aku laki ke perempuan haha. Ramai kawan aku cakap aku hati macam laki. Alhamdulillah aku tak ambil masa yang lama nak move on. Aku pernah lupa tarikh couple aku which kawan aku yang ingatkan haha. 

Dulu waktu aku couple, laki tu yang banyak ingatkan aku. Bila dia tanya, 'eh awak ingat time tu yang kita jumpa dekat bla bla bla tu. Kalau benda tu da lama jadi, mesti aku jawab 'yang mana eh?'. Dan dia akan cakap 'Ha lupa la tu'. Maka aku hanya gelak dan berkata 'bukan lupa, tak ingat' hahahha. Kadang2 aku rasa bersalah jugak *time tu*, tapi aku tak suka nak ingat benda2 yang tak penting bagi aku haha. Ni salah satu sebab kawan2 aku yakin aku dapat laki hati macam perempuan. T___T Nasiblah siapa suami aku haha

3/17/2013

Inai ukir & Lawak ke der (2)

Semalam aku Cha and Maria keluar pergi Alor Star nak cari baju dinner Cha. Tapi last2 jumpa dekat Jitra -_-''. Breakfast Secret Recipe uolsss, Dr. Rozmey yang ada hotel tu pun breakfast nasi lemak dekat rumah je.  Kikiki. Then pergi Star Parade, dress hunting tapi hampa sebab takde.



tadi ada orang tanya kitorang kembar ke. Haha. Kembar otak tak betul ye.

Lepas tu pergi Tesco nak makan Noodle Station. Kemain makan besar semalam. Dari Star Parade nak ke Tesco Mergong adalah kenangan paling hambar. Tiga2 otak GPS tak boleh pakai, pusing dekat 5x baru jumpa tu pun selepas called Dira di rumah, berhenti Petronas tanya orang, tanya abang kereta sebelah time berhenti dekat traffic light. 

Tanya abang dekat traffic light kelakar. Hahaha (gelak dulu). Kitorang bukak tingkap, then lambai2 abang kereta sebelah. Abang tu tengah makan apa entah, dia pandang kitorang muka yang macam 'Eh budak2 ni nak ngorat aku ke? Eh aku kenal ke budak2 ni? Lepas beberapa saat baru dia bukak tingkap. Kitorang terus 'Bangg, nak pergi Tesco Mergong macam mana?'. Dia pun ooooooo, lebih 8 harakat. Apa? Ingat kitorang nak hijack kereta abang ke? haha

Lepas makan cari baju kat sana pulak tapi tak jumpa. High taste jugak Cha ni bahaha. Lepas tu singgah booth pengantin, berangan sangat haha. Nampak banner buat inai ukir. Terus masing2 nak buat. Approach la tuan kedai, sekali yang bangun laki. Terkezut tite laki yang nak buat inai. Pandai ke? Karang nak bentuk bunga jadi bentuk orang lidi guano? So bagi tangan Maria experiment dulu haha. Sekaliii, fuhhhh tangan anugerah Allah betul abang tu, seni dia simpang siur. Tabik. Relax je dia buat sambil dengar kitorang sembang masalah negara.

tadi ada sorang India tegur aku tanya aku buat kat mana. Rupanya isteri dia bisnes benda ni. Dia siap ambil gambar tangan aku, nak tunjuk kat isteri la kot. Malu titewwww hikhikhik

Then pergi Jitra pulak nak tengok Lawak Ke Der 2. Hahahaha lawak please. Korang wajib tengok. Macam biasa Harith Iskandar punya lawak bijak. Nabil boleh tahan bangang dengan Oppa Gangnam Style dia. Boboi Harun Salim Bachik tak habis2 jadi datin haha. Jozan tak payah cakap la, buat perangai atas pentas macam takde siapa tengok. Dalam 2 jam, 10minit je kot aku tak gelak, ambil nafas. Tapi kalau korang pergi tak lawak, jangan maki aku pulak sebab hormon lawak aku terlebih sikit hehe.



Akhirnya Cha jumpa dress dia kat Jitra. Aku pun ada rembat satu tshirt. RM18 je, menangis sebab murah sangat dan lawa. Pukul 11 balik UUM. Tepat 12 jam keluar. And I had an awesome moment with my lovesss. ;)

She is the one of my most favourite girl. Ni sementara tunngu Cha dalam fiiting room

3/14/2013

Mak; kau duniaku

Wanita ini;
Yang mengendong aku hampir 9 bulan
Yang menahan sakit hampir 24 jam untuk meneran aku keluar ke dunia
Yang menyusukan aku hingga umur hampir menginjak 3 tahun
Yang bersusah payah berjaga siang malam memastikan aku sentiasa dalam keadaan tenang dan sihat
Yang mengorbankan kerjanya untuk menjadi suri ayah 24 jam, untuk membesarkan kami adik beradik dengan tangan dan di depan matanya sendiri
Yang bangun awal pagi menyediakan rumah yang lengkap, dan menutup mata di kala malam juga memastikan rumah dalam keadaan yang lengkap
Yang sentiasa menadah telinga untuk mendengar keluh kesah anak2 dan suaminya, tanpa jemu
Yang membantu ayah menjana ekonomi keluarga
Yang sentiasa amanah menjaga maruah keluarga
Yang sentiasa positive bila kami semua dalam keadaan negative
Yang sentiasa ketawa walaupun dalam kesempitan hidup
Yang sentiasa membuat orang sekelilingnya ketawa dan senang dengan kehadirannya
Dan banyak lagi pengorbanannya yang mustahil untuk aku coretkan di sini

Ya Allah,
Jika kau beri seluruh harta di dunia ini kepadaku untuk membalas jasa emakku, sumpah itu tidak cukup.
Oleh itu, aku berdoa, kau kurniakan wanita kesayangan aku ni syurga terbaikMu, kerana bagiku di situ sebaik-baik balasan untuk wanita yang paling mulia dan cantik di hatiku.
Jadikan wanita ini terus tabah untuk menghadapi apa jua rintangan hidup
Jauhkan dia dari sebarang kecelakaan.

Mak,
Selamat Ulang Tahun yang ke 46
I love you, lillahi ta'ala



3/13/2013

Ethic Course

Tadi aku dengan kawan2 pergi kursus etika dekat EDC, UUM. Kena bayar RM10. Tak beretika betul suruh orang datang tapi kena bayar haha. Mula2 ingat benda ni wajib, lepas da bayar baru tahu tak wajib. Zzzzz.

Start 5.30ptg, 9.30malam aku da cabut balik sebab migraine. Migraine aku dengar protokol2 ni, ibarat masuk lubang hidung kanan, keluar lubang hidung kiri (dekat sikit jarak). Nasib baik yang bagi talk Puan Mala, dia ada sense of humor dengan sarcastic sikit. Slumber je bedal beg orang bertahi lalat la, muka dull la haha. 

She talked about ethics in professional ways. How to shake hand, make up is a kind of must (zzzz), how to dress in certain situations, how to eat western food, seafood, buffet, how to react in standing reception, how to deal with interviewers bla bla bla.

Lepas Maghrib ada makan (part yang aku tunggu). Tapi makan berprotokol adalah pffft. Garfu kena macam ni, cawan kena pegang macam ni, potong chicken chop kena besar ni, cedok soup pun ada protokol, apakah? haha. Da la Puan Mala round2 time tu, time dia dekat meja behave je masing2, bila dia pergi meja orang lain, ha keluar perangai pelahap haha.

For appetizers dapat bun, butter and soup. Main course chicken chop and dessert chocolate brownies dengan aiskrim vanilla. Worth it la RM10 and the knowledge. Gambar makanan tak tangkap pun sebab Puan Mala cakap majlis formal takde orang tangkap gambar makanan haha.  

Gambar aku ada la. He he he

Tak cukup beretika ke muka ni? Tak cukup? Bahahaha

3/10/2013

Sketsa keluarga #1

Di kala senja

Ayah sedang berbaring atas katil, membelek handphone. Main game agaknya.

Emak keluar dari bilik air, selesai mandi.

Emak membentang sejadah.

Emak menyarung telekung.

Emak: Abang da masuk maghrib ke?

Ayah: Da (yakin menjawab tanpa memandang emak mahupun jam, masih tekun dengan game di tangan)

Mak memulakan solat. Takbiratul ihram, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, tahiyat awal, tahiyat akhir.

Mak memberi salam pertama dengan kusyuk.

Allahu Akbar, Allahu Akbarrrrrr, Asyhadu....

Abang! Baru masuklah Maghrib.

Ayah hanya ketawa, begitu juga aku yang mendengar dari luar bilik.

3/09/2013

Law's Family Day 2013

Petang semalam budak sem 2 anjurkan program Family Day. Its like a tradition for us, that the most junior students will conduct this activity.

Lepas Jumaat ada games. We had fun, the games were enjoyable (padahal aku tukang sorak je). Aku and the gang rumah Kuning The Royale. The Royale memandai tambah sendiri menunjukkan diri kreatif. Wawa and Dira yang sepatutnya rumah Biru, murtad rumah kiki.

Games siang Kuning conquer kot. Dengan adanya Maria and Cha sebagai tukang angkat baldi berisi air penuh sampai hari ni sakit pinggang, maka siapa lagi yang layak bergelar juara? Hehe

Games traditional pulak tu, yang aku rasa kalau tanya budak2 zaman sekarang harom dorang tak tau. Adik2 tahu main baling selipar? Galah panjang? Tikar Terbang? Apa tak tahu?? Sadis sadis. Takpe2, pergilah sambung main Tab tu, pergiiiiiii.

I dont like Yellow, but losers never be in team Yellow. Eh? haha. Macam team Celo The voice pulak bunyinya.

Apa jari Pali interframe ni? T___T

Malam ada pertandingan persembahan kumpulan, ada karoake, ada makan2. Tujuan utama aku mestilah makan, takkan karaoke pulak. Kalau aku karaoke sure berdentum guruh sesaat selepas aku tarik suara.

Tapi yang paling unbelievable adalah bila pasukan Kuning dapat tempat terakhir! What the? Woi games siang kitorang lead kot. Propaganda apa ni? Karoake kitorang hantar our best singers kot, siap duet lagi. Sistem sound korang yang semput haha.

Takpe tak penting pun, janji dapat makan ayam masak merah. Nampak tak peranan makanan dalam hidup aku? Boleh menyejukkan hati, gittewww.

Family day kali ni ok (ha super senior start nak comment, jaga2), just biasalah budak2 baru nak handle program, ada sedikit hambar di situ kiki. Orang pun tak ramai datang sebab buat kat padang yang jauh dari orang, mostly yang datang yang ada kenderaan. Batch aku tak ramai yang ada, sedang vacation, amboi2 dia.

Tiba2 aku tak puas hati balik kenapa Kuning tiba2 tercampak kat kedudukan paling tercorot (tengah lapar). Kitorang creative kot! Ada maskot lagi. Paling kreatif aku rasa bila dorang bagi barang2 terbuang untuk jadikan binaan. Team lain semua buat benda common, kitorang think out of box kot, siap kena dengan tema rumah.

Kalau korang tengok pun mesti korang kata kitorang punya binaan paling rare and true. Nak tengok? Jangan impress sampai mengigau malam pulak tau.

Persembahkan

Our pendekar;

Pendekar Penghalau Hantu! Hahaha. Berdekak kot time buat. Capal, misai, rambut diperbuat dari sabut. Creative kot! Haha. Sumpah moment buat ni paling kelakar and gila. Team lain buat KLCC, kereta kebal, hek elehhh (mampus kalau ada team lain baca ni haha). No wonder game siang kitorang yang menang, no wonder, tiada syak lagi. Kah kah kah

Our last family day here :') Unforgettable moment. 

Maghrib jom? :)

3/07/2013

My silly mistake

Semalam aku online guna handphone. Aku pakai handhone 3.7inch je, so screen ala tomey2 je haha. Aku perasan aku terdelete satu comment reader. Then rasa bersalah, sampai tak boleh tidur malam (nampak beno tipunya).

Pagi tadi aku check balik, kot2 la boleh retrieve. Tak boleh retrieve satu hal, rupanya bukan 1 komen hilang, sejuta hilang! Ok tipu. Aku tak tahu berapa komen hilang, tapi yang last ada bulan 9 tahun lepas. Sobsss. Komen is berharga you know, sebab dapat komen setahun sekali hahaha tak lawak.

So I'm so sorry for those comments that I unintentionally deleted. Janganlah nanti cakap aku sombong sebab tak approve comment and tak reply. Aku friendly tau (kat alam maya) haha.

Tapi aku rasa aku tak deleted pun. Macam hilang sendiri. Virus ke? Ke propaganda politik je semua ni? 

Hilang comments ibarat hillang separuh nyawa blog aku. Ha giteewww. 

Siapa yang pernah comment blog aku start September 2012, hantar balik komen2 korang boleh? Pretty pleaseeeeeee? Haha memain je. Kau ingat aku batak komen? Hehe. 

I'm explaining it because I don't want any misunderstanding here. Actually, who cares Nadia? Who cares? Haha

So, TWMA. Toodles! :)

3/05/2013

Yesterday was a tough day

Semalam lepas pergi klinik and dapat tahu ada ketumbuhan dalam hidung tu, aku pun nak balik ke Sintok. Balik Sintok tak pernah menggembirakan hati aku. Selepas grad nanti, aku harap aku tak perlu datang sini da hehe.

Naik bus pukul 11.45. Tapi pukul 1.30 ada kat Ipoh lagi. Zzzzzz. Aku naik bus mesti tidur, sedar2 mesti da kat Penang. Lepas tol Juru tiba2 dengar bunyi meletup. Aku ingat kereta sebelah campak mercun dekat bus aku, rupanya tayar pecah. Dekat pukul 4 lebih baru settle semua.

Sampai Changlun 6.30pm. Bayangkan dekat 7 jam atas bus pfffttt. Baik aku pergi Johor, boleh jugak pergi Legoland.

Lepas tu pergi makan dengan Maria, sampai bilik 7.30pm. Sampai2 je bilik aku tengok tempat roomate aku kosong macam tak berpenghuni. Aku agak dia tukar bilik. Sekali atas meja aku ada note, bagitau dia pindah bilik. T_____T Maka tinggallah aku berseorangan. Kenapa dia pindah jangan tanya aku. Sumpah aku tak buli dia haha. Maybe sebab dekat blok lama dia, dia da ramai kawan. Duduk bilik ni tak meriah. Yela, aku baru2 kenal mana reti nak ramah2, cakap benda yang patut je huhu.

Aku pernah duduk sorang dulu, bosan dia tahap rasa nak kikis cat dinding bilik guna gigi. Sekarang aku rasa benda yang sama T___T Nak pindah cari bilik yang ada roomate tak kot, sebab aku adalah malas nak kemas barang nak angkut nak unpack balik. Tak koserrrrr.

Kawan2 yang budiman sila jangan langsi sangat tweet2 aku cakap jangan tengok bawah katil la apa. Nescaya dekat kelas esoknya aku tarik tengkuk korang dengan pemegang payung! (amaran) haha

Alah berapa bulan je lagi pun. Mid Jun inshaAllah berambuslah aku dari sini. Practice cakap dengan kipas ye Nadia? Cakap dengan kipas boleh menghasilkan suara robot. Wow!

TWMA - Till we meet again :)

Ketumbuhan dalam hidung

Masa dalam perjalanan balik nak hantar adik aku pergi Puncak Alam hari tu, macam mana entah Nadzirah boleh bukak cerita pasal hidung. Mana boleh Nadzirah je cerita, aku pun nak bercerita. Niat aku hanya nak berkongsi cerita. 

Aku bagitau la mak ayah yang hidung aku belah kanan rasa tersumbat, aku susah nak bernafas time nak tidur, kene pakai bantal tinggi. Kalau selsema lagi la nauzubillah seksa dia. Dua2 hidung tersumbat, kena nafas ikut mulut. Nafas ikut mulut adalah tak best dan boleh membawa kepada gejala sakit dada (semput). Tapi yang aku pelik, kalau time selsema, mesti hidung kanan aku tak keluarkan apa2 jenis lendiran, macam ada kuasa yang menghalangnya dari keluar. Kalau dipaksa jugak, yang keluar cecair seperti air liur likat. Huahuahua sorry kalau entry ini menggelikan haha.

Ayah adalah ayah, sakit sikit memang kami kena hambat ke klinik or hospital. Da sejuta kali aku cakap aku tak suka ke klinik or hospital, agak2 nak nazak baru aku volunteer kan diri ke hospital. Ayah suruh pergi klinik, tapi aku bagi alasan, aku nak pergi cuti mid sem bulan 4 nanti.

Tapi malang tidak berbau, ayah tak endahkan alasan ku, sebab dia tahu, tu semua alasan mengelat hihi. Pagi tadi pukul 8 mak kejut bangun tidur. Aku bangun dengan perasaan separuh tak suka nak pergi klinik, separuh tak suka nak balik Sintok, memang tak tenang jiwa aku pagi tadi.

Kitorang pergi specialist ENT, Dr. George Thava, dekat Ipoh. Dulu aku ingat ENT stand for Ear Nose Tongue, rupanya T tu Throat haha sengal. Doctor tu friendly gila, masa masuk dia greet macam nak pancing budak baru masuk tadika. Aku pun cerita problem aku.

Then dia suruh duduk dekat satu kerusi, dia duduk depan aku. Dia pakai torchlight atas kepala, da rupa nak masuk gua aku tengok. Eh betul la dia nak masuk gua, gua hidung haha. Dia sembur 2 jenis ubat bius dalam hidung aku, lepas tu dia sumbat kain kecik, lepas tu dia suruh tunggu 5 minit.

Lepas 5 minit dia panggil duduk balik depan dia. Dia pakai balik torchlight dia, dia keluarkan kain yang dia sumbat tadi. Tiba2 nurse dia bagi satu alatan yang buat aku tercengang. Woi apebenda tu? Rupanya tu camera yang nak masuk dalam hidung aku! Korang pernah tengok Transformers? Yang ada robot jahat yang ada macam kaki2 besi banyak2 kat badan dia, yang dia masukkan kaki2 dia dalam hidung Cina yang mati jatuh bangunan tu. (amboi panjangnya explanation, berusaha sangat) Ha macam tu la aku rasa bila camera tu start masuk hidung aku.

Walaupun da dibius, pedih oi! Rasa ngilu pun ada. Rasa la camera tu berpusing-pusing dalam hidung aku -_-''. Tengah2 dia cek hidung kanan, doctor tu cakap 'Ada ketumbuhan'. Aku terus dalam hati; Ha? Ketumbuhan apa pulak da? Tapi aku cool je, just kaki je tap tap tap haha. Makin aku nervous makin laju aku tap kaki (hypothesis) 

Then dia suruh duduk. Lepas tu dia lukis gambar hidung. Hahaha sumpah tak macam hidung, macam computer je aku tengok. Lepas tu dia tunjuk kat mana ketumbuhan aku tu. Dua2 hidung ada, tapi kiri kecik lagi. Then dia ambil buku tunjuk gambar ketumbuhan tu. Buruk.

Then dia explain bla bla bla. Aku yang sakit, tapi dia explained pandang ayah, bini dia tak bagi tengok perempuan lain kot.  Dia cakap tak bahaya, tapi kalau tak mengecut kena operate. Dia bagi ubat untuk tolong kecutkan, tapi ubat ni ambil masa yang lama nak bagi dia kecut. So aku kena keep makan. Punca; allergic. Allergic pada benda yang aku tak boleh elak. Habuk, asap kenderaan, asap rokok, cuaca panas sangat or sejuk sangat, makanan pun boleh jadi punca. So mari kita redha. 

Salah satu inisiatif yang aku boleh ambil sekarang adalah cari bakal suami yang tak merokok bahahaha.

I hate it when I have commitment with medicines. (half of them zzzzz)



3/03/2013

Langkah bendul

Dalam masyarakat Melayu, langkah bendul tu macam adik kahwin dulu dari kakak. Tapi aku tak sure kakak je ke yang tak boleh dilangkah bendul, ke abang pun tak boleh? Tapi yang aku selalu dengar kakak je. Kalau adik kahwin dulu dari kakak, bakal suami adik kena bagi kakak hadiah. Entah mana dorang cilok adat ni. Kalau da jodoh adik dulu, siapa kita nak halang?

Mungkin adat ni nak menyedapakan hati si kakak yang tak kahwin2 lagi. Takpe kakak, percaya pada Allah, usaha dan doa, dan doakan adik jugak. Hehe

Tapi kalau Nadzirah kahwin dulu dari aku, aku nak Ford Fiesta sebijik dari laki dia bahahhaha. 

Semalam aku pergi Puncak Alam hantar Nadzirah balik hutan dia. Tempat dia sama je dengan aku hutannya haha.

Malam tu aku sekeluarga tidur rumah Pakced, Shuren pun ada sekali. Shuren cousin laki aku yang sebaya aku, tapi dia lahir bulan 8. Tengah aku betul2 tudung nak keluar makan, dia datang, maka timbullah perbualan ni;
Shuren: Beron, hari tu aku message Wankak (mak dia), tanya boleh tak aku bertunang tahun depan.
Aku: Hahaha. Da tu Wankak jawab apa?
Shuren: Haha. Wankak jawab, entahla Ren, mak tak tahu, tunggulah Wani dengan Faiz lepas dulu (Wani dengan Faiz cousins kitorang yang lain)
Aku: Hahaha. Woi tunggu aku jugak, kamu tak boleh kahwin selagi aku tak kahwin, mana boleh langkah bendul.
Shuren: Hahaha
Kak Rina, Wani, Faiz, Aku, Shuren yang da besar tapi tak kahwin lagi. Tapi dorang semua da kerja, aku je belum habis belajar lagi. Wani and Faiz memang da ada calon, Kak Rina aku tak tahu. Shuren sah2 da ada, kalau tak, takde dia mintak kahwin haha.

Macam kelakar pulak bila fikir masing2 da masuk alam dewasa. Bila tengok gambar kitorang comot time kecik, rasa macam takkan kahwin sebab takde siapa nak haha. Eh Nadia bukan kau sampai sekarang takde siapa nak ke? T____T haha

Yang penting Shuren kalau nak tunggu aku, mesti janggut dia da sampai dada baru dia kahwin kiki. Tapi kalau dia kahwin dulu, aku nak mintak hadiah dari dia, bukan dari bini dia huahuahua.

Nasihat untuk Shuren: Eloklah cepatkan kalau rasa mampu. Lagipun kamu da kerja. And kamu da lama sangat dengan perempuan tu, dari sekolah kan. Setia jugak kamu ni yek, muka macam gigolo hahaha. Aku doakan yang terbaik, untuk semua kesayangan2 aku, termasuk diri aku ;)


3/01/2013

Gunalah voucher buku RM250 secara berhemah :)

Ye pembaca2 sekalian, malam ni aku bersiaran dari Perak Darul Best! Aku balik petang semalam, sampai Taiping dalam 8.30 malam, parents ambil. Hihi. Bukan baru balik ke, balik lagi? Banyak hal, banyak barang tertinggal. Tak payah la bagi banyak alasan, cakap je la homesick bahahaha.

Semalam pergi ambil handphone aku yang da sepurnama aku hantar dekat kedai sebab camera rosak. Setelah diperas ugut baru siap (gengster). Itupun aku called banyak kali tak angkat, sms tak reply. Ggrrrrr. Penjual macam ni aku menyampah, time nak jual amboi mulut boleh kene urung semut manisnya, bila handphone problem buat2 jadi penjual belon pulak. Da siap semalam pun, bagi handphone kat aku muka macam mintak sumbat selipar Jepun. Bad service, bad service. Aku malas nak cakap kedai mana, tapi dekat Taiping bahaha. Samsung centre pun buat kerja macam kura2. Sekian. Camera aku da sihat, sila nantikan aku kembali active di instargrm. Ha artis sangat. Hehe

Pagi tadi aku pergi Ipoh dengan Nadzirah, habiskan voucher buku, tak habis RM50 je, sebab nak simpan untuk beli power bank kiki. Seronok weh beli buku guna voucher. Buku yang sebelum ni teragak-agak nak beli sebab tak cukup budget, tadi ambil sambil sengih je. Hah siapa tak suka benda free,kahwin free je taknak haha. Tadi shopping dekat MPH JJ Ipoh, habiskan RM150, then dapat RM5 voucher lagi, tapi aku tak guna lagi sebab mana ada buku RM5 kat MPH tu. Zzzzzz

Then pergi Mydin beli stationery. Kat Mydin boleh beli stationery banyak mana pun, janji beli buku sebijik. Sepatutnya portion buku and stationery 60:40, tapi boleh je janji ada beli buku 1.Tadi aku guna RM50 dekat Mydin, beli buku RM23, nak habiskan RM27 untuk beli stationery dekat Mydin memang tercungap. Tak banyak choice sangat, barang murah, and aku memang tak banyak nak beli, budak final sem kan (muka bangga) haha. 

RM200 = 7 buku, 1 A4 Paper, Sharpie, Magic Colour Faber Castle, Rak buku, Pensel Case, Pen.
Buku yang berjaya dirembat:
*The perks of being a wallflower
*Buku Sydney Sheldon (tak ingat tajuk apa, malas nak pergi cek)
*Bilal bin Rabah
*Umal al-Khattab
*Rindu Bau Pohon Tin
*Life of Pi
*Untuk kita pendosa
Bila la aku nak habiskan buku2 ni. Yang tak baca lagi yang beli dulu pun ada 3 4 biji. Comics pun ada 4 lagi tak bukak, nasib baik buku takde expired date. Haha. Hah puas hati walaupun satu pun takde buku akademi huahuahua. Esok nak pergi Puncak Alam hantar Nadzirah balik hutan. Aku balik hutan hari Isnin. Huehuehue. 

Owh aku beli kipas jugak nak bawa balik UUM, sebab bilik aku kan kipas zaman Jepun. Diva kan? Haha. Macam mana aku nak bawa kipas naik bus nanti ni. Zzzzz