”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/02/2019

Bas vs ETS

Aku ni setiap bulan balik Perak, kekadang sekali sebulan kekadang 2x sebulan. Kalau balik mesti aku naik public transport sebab malas drive. Selalu aku naik ETS tapi pengalaman mematangkan pemikiran haha tetiba nak keluar ayat poyo. 

Bila diteliti balik, naik bas lagi best sebenarnya. ETS ni ada satu je kelebihan iaitu takkan stuck dekat jem, yang lain ETS boleh dikatakan kalah. But still tickets dia tak pernah tak sold out walaupun mahal namatiii. 

Dari rumah sewa aku sebenarnya senang naik ETS lagi sebab rumah aku dekat dengan stesyen LRT. Naik LRT terus sampai KL Sentral. Kalau naik bas dah sampai KL Sentral aku kena naik Komuter pulak nak pergi TBS, dah la Komuter tu 30 min sekali baru ada, bila nak maju entah haha.

Yang tak bestnya ETS ni

Tiket Mahal

Kalau naik bas, harga dia half price dari ETS. Contoh kalau aku balik Kuale naik bas baru RM24, kalau naik ETS paling murah RM44 tak silap.

Kerusi Sempit

ETS ni leg room dia tak selesa, kalau duduk dekat window kalau boleh tahan kencing memang aku tahan. Aku suka ambil window sebab nak sandar kepala nak tidur. Ke korang nak pinjamkan bahu korang? Hahaha kbye. 

Sejuk

Aircond dia centralise tak macam bas. Kalau bas sejuk pun kita boleh tutup aircond atas kepala tu. Kalau ETS time kena musim sejuk dia memang tak boleh dihampunnn. Kalau lupa bawak sweater lagi hazab

Tak tutup lampu

Kalau travel malam tak syok sangat la sebab cerah. Kalau bas kan dia tutup lampu nak tidur ke nak headbanging ke takde sape kisah

Adjustable Seat

Seat ETS tak boleh nak turunkan seat macam bas, dia boleh adjust sikit je sebab jarak antara kerusi sempit.

Macam aku cakap la, ETS ni kelebihan dia tak payah tempuh jem je. Yang lain aku rasa memang bas menang. Sebab tu aku kalau balik Kuale naik bas sebab jarang jem and bila balik KL aku balik naik ETS sebab selalunya hari Ahad or hari akhir cuti memang jem nak ke KL.

Ha lagi satu ETS kan ada seat terbalik, aku kalau boleh memang elak sebab pening haha. Tak pening mana pun sebab ETS laju and kau tidur je tapi tu la mind set gedik kan. Haha. Kalau beli online mesti letak tawakal paling tinggi dekat Allah supaya tak terbalik seat haha. Nak masuk ETS pun debor sebab takut terbalik tapi selalunya aku dapat terbalik. Mungkin tu cara Allah uji redha aku haha.

Kalau beli dekat kaunter takpe kau boleh mintak 'Encik taknak seat terbalik ye'. But worries no more!

Korang boleh refer jadual ni. It helps so far. Yeayyy! Aku dapat benda ni dari whatsapp group. 

6 comments:

  1. Nak gi tbs boleh naik lrt sri petaling line, turun kat stesen bandar tasik selatan.
    Jenuh tu kalo nak tunggu komuter dari kl sentral ke tbs.

    ReplyDelete
    Replies

    1. aah yek. kenapa aku tak pernah terfikir? haha. Terima kasih atas idea yang bernas. jauh tak nak jalan tukar station kat masjid jamek tu? sebab dari rumah aku naik kelana jaya line. hehe

      Delete
  2. tiket ETS rasanya skrng knapa macam mahal sngt. ada sekali tu nak balik KL macam apa je rege.
    lagi murah naik fight pegi balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang mahal bagi rakyat marhaen macam aku haha tapi memanjang sold out, tak pahe. ore malaysia kayo2 gamaknya haha

      Delete
  3. Hahaha doa kau tak cukup power tu asik dpt kerusi terbalik je. Aku tak pernah naik ETS tapi aku rasa ETS ni mcm seat flight la kot. Nak adjust gerak 1 inchi je boleh. Pastu duk tegak je manjang. Memang bas lagi best seat dia.

    Anyway bagus la entri kau ni. Lepas ni aku nak naik ets memang aku ready sweater tak lupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la, sebab banyak dosa gamaknya, doa pun susah nak makbul hohoho. aah betul mcm airasia. best boleh baring siap cuma kena maki dengan orang belakang la haha

      hehe jangan lupa kalau taknak merana. tapi naik siang okay jee

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!