Di suatu petang yang sepi, aku scroll IG lalu terlihat di mataku iklan penurunan harga kereta. Dengan bersahaja dan tidak serius aku bagitau Suami 'Nak beli Myvi'. Dan dengan slumber dia jawab 'Tengok-tengok la, kira bajet, kalau ok ambil la'. Wah begitu mudah membuat keputusan haha.
Dari niat nak main-main terus aku bersemangat scroll sana sini. Aku kontek balik agen yang aku beli Axia, agen yang sama Suami aku beli kereta dia jugak. Mintak brochure, acah2 study padahal tengok exterior je and tanya procedure nak trade-in kereta sekarang.
Aku pakai Axia since 2014, no major problem, tak pernah repair/service lebih RM1000. Dah pakai hampir 6 tahun mileage baru nak cecah 90k km. Servis on time, accident ada tapi kena pintu je, enjin tak pernah affected by any accidents. Alhamdulillah. Cuma sekarang dia dah makin berusia, dia dah mula keluar bunyi pelik2. Kalau iramanya sedap didengar memang aku layan je bunyi-bunyi tu haha.
Paling best kereta ni jimat minyak. Kalau sekarang buat ulang alik pergi kerja je (10km return), isi RM30 boleh tahan 2 minggu woii. Yela cc1.0 je kan. Minyak pulak tengah murah. Untuk short distance kereta ni memang terbaik, dah la kecik senang parking and cilok. Aku sayang kereta ni, banyak susah senang dengan aku. Tapi tu la manusia, bila senang sikit memang mudah lupa diri hahaha.
Lepas tu la tak sedar dek untong nak buat perangai bangsawan kejap, kereta habis warranty je tukar. Kereta Axia warranty 5 tahun. And aku nak cari kereta yang lebih selesa untu perjalanan jarak jauh. Ikutkan nafsu serakah memang nak ambil Honda or Toyota tapi sabar dulu. Upgrade sikit-sikit, lagi pun aku ada perancangan lain.
So satu hari agen bawak kitorang pergi value kereta untuk dijual. Aku dah cakap dekat agen kalau aku kena tambah apa-apa duit nak cover hutang kereta sekarang, aku tak jadi ambil Myvi sebab malas nak keluarkan duit. Plus kereta aku pintu belakang memang kemek and bercalar sebab aku seret tiang hahaha. So value kereta mungkin jatuh.
After owner kedai used car tu tengok kereta aku, try drive then dia setuju settle kan hutang aku dekat bank yang ada RM15k ++ lagi. Aku bab kereta ni memang tak tahu sangat tapi Suami aku cakap ok, aku pun ok la.
So proceed untuk urusan documentation. Memula nak ambil Myvi 1.3X je then after study and tengok beza harga Suami aku suruh ambil 1.5H. Lepas fikir and nego dengan Suami, kitorang pun setuju ambil 1.5H. Beza aku bayar kereta sekarang dalam RM100++ je, ok la masih dalam bajet yang aku diperuntukkan. By the way, thank you Husband! 😉
Sampai sekarang aku tak percaya aku dah beli kereta lain sebab memang takde dalam perancangan hidup tahun ni. Haha. Aku tengok beza harga kereta lepas diskaun tax ada yang cecah 3ribu jugak. Macam Peordua dalam 1-3k jugak, tengok model. Jadi la kan? Sape nak bagi? Thank you kerajaan muehehehe.
Dalam 2 minggu lepas loan settle, agen pun call kata kereta dah ready. Ulala. Dia dah setelkan tukar insurans lama ke kereta baru bagai. Aku tak dapat balik kampung ambil kereta sebab aku kena pergi kursus dekat PD 2 minggu. Lama woiii! Aku dah slow talk dengan kereta sekarang reason aku jual dia, harap dia tak berkecil hati. 😟
So agen willing nak hantar kereta ke KL. Kali ni aku ambil warna merah. Dah berangan dengan Suami nak modify itu ini. Aummm. Kau tengok tu perangaiii. Menghabiskan duit lajuuu. Takde major apa pun aku nak spray logo hitam, nak tukar design plat kereta yang diharamkan JPJ, nak nak, nak apa lagi?? Haha. Visor dengan coil mat agen belanja so settle. Okay tu je perancangan buat masa ni. Semalam Suami bagitau dia nak tukar spoiler lain. Amboi dia tu. Tapi kalau pakai duit dia aku okay je. Muahahaha.
Agen call tanya nak tinted murah ke mahal, so aku ambil mahal sikit, aku topup sikit dari voucher tinted yang agen bagi. Mestilah aku apply tinted yang juga diharamkan JPJ hahahaharap tak kena tahan and saman.
Ramai tanya nape ambil plate Nogori? Haha. Sebab nak ND=Nadia. Kebetulan no running yang dapat pun pusing no lama Axia aku, 261, what a coincidence hehe. Nanti aku review kereta ni macam dulu2 aku review Axia hehe. Stay tuneeee!
Hamboi-hamboi.. Tup-tup keluar kete baru. hahaha. Makin jauhlah ko menapak nanti Nad. Kalau nanti ada buat jelajah satu Malaysia naik myvi baru, sila post kat blog ye. Minima 3 part.
ReplyDeleteTahniah tahniah tahniah
HEhe kereta biasa2 je. Haha doakan aku murah rezeki nak menapak 1 malaysia pulak. Thank you Day!
DeleteWah.. dapat kereta baru.. Tahniah2.. Kami dulu pikir kalau kete kami rosak, kami nak beli Axia je.. Hahaha
ReplyDeleteHehe thank you. Beli la Axia, sangat berbaloi untuk short distance.
DeleteNad. Aku bagi 5 tahun habis warranty lepas tu kau tukar civic. hahaha..
ReplyDeleteTahniah. Plate no tak nak kalah.
Haha tapi next aku target Peugeot 3008. Wah begituuu hahah.
Delete