”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/26/2020

4th weekend of August - Melaka (staycation with BFF)

 Woootzz wootzz. Last weekend aku pergi Melaka dengan kawan baik aku sejak Asasi dolu-dolu, my only bff during that era and stay to be one till now. Lama weh tak jumpa dia angkara covid ni. So we decided to go for a short trip and the relax one.

I picked Melaka, entah kenapa padahal sedar dua2 tak suka akan kesesakan. Tapi bagitau aku sekarang ni kat mana je tak sesak? Kat rumah sendiri je tak sesak. Manusia berpusu-pusu bercuti, bye2 social distancing because we have mask on whatt! Hihi

Kitorang stay dekat Imperial Heritage Melaka. What a good choice sebab betul2 depan Dataran Pahlawan. Rate per night RM133 including breakfast. Murah ke tidok? Breakfast dia not bad, masakan sedap and ada variety of choices; nasi goreng, nasi lemak, roti canai, breads, cereals, all the baked beans thingy. Tapi buat masa sekarang, pool dia tutup. 

Bilik not bad cuma memula ada masalah kad tak detect and aircond tak sejuk. Buat aduan sepantas kilat technician datang, very responsive. Aircond tu sebab filter berhabuk, air kencing setan pun ada agaknya. Ciss. Bilik air dia tempat shower kecik so terpercik air bahagian sink, habis basah floor mat. Overall aku bagi ⭐⭐⭐

Kitorang sampai Melaka around 1pm time tu. Guna waze memang dia bawak lalu cerok mana tak tahu tapi cepat sampai dari google map haha. Kitorang terus serbu Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Kitorang awal beberapa minit je, sebab time makan tengok orang beratur tudiaaa. 

Bagi aku asam pedas dia cukup rasa berbanding yang aku pernah pergi sebelum2 ni yang viral jugak tapi tak sedap. Tapi orang sebelah aku cakap tak kick pun asam pedasnya. Entahla selera masing2 kan.

RM35 untuk dua orang makan. 2 pinggan nasi, 2 ekor ikan asam pedas and seketul ayam kampung goreng. Mahal ke murah? Boleh la kot ek?

Dah kenyang pergi beli barang kat kedai2 sebelah tu. Teruss yee. Mak aku pesan gula melaka dengan paste asam pedas cap Bonda. Detailss, nasib baik jumpa. Then belikan mentua aku belacan, biasalah menantu solehah kan, disanjung tinggi katako bahahhaha 😝

Then terus check-in dalam 2.30pm and Alhamdulillah bilik dah ready. Lepas tu kitorang tidur sampai 5.30pm hahhahah. Woi kau nak bercuti ke nak mengeroh? Haha. Bangun2 lepak je dalam bilik. Memula konon nak pergi makan ikan bakar dekat Duyung la Parameswara la last sekali pergi Black Canyon Dataran Pahlawan je hahhaha. Podaci. Black Canyon KL pun ada woi haha. Angkara dua2 tak suka serabut jem.

Then ada lagi sorang kawan baik aku join, dia duduk Melaka. Lepas tu kitorang jalan ke Jonker Walk. Astaga ramainye orang berpeluh ketiak. Siap ada yang kena saman tak pakai mask huhu. Jonker Walk ni banyak peniaga cina so kalau bab makan2 tu kau tengok je la hihi. Depan Taming Sari ada downtown kecik tapi aku tak singgah pun.

Lepas tu kitorang gigih jalan kaki nak pergi makan Big Bowl Ice. Jauh jugak weh menapak and nasib baik boleh order lagi tapi kena take away. Kitorang customer last. Bungkus tapi makan kat luar kedai. Ya Allah nikmatnya weh menatang tu. Refreshing gila lepas jalan jauh. Then ingat nak pergi makan Nan Cheese Pak Putra sekali tutup daaa. Mungkin itu suratan takdir bagi menghalang kitorang makan serupa jin. Haha. Then kitorang ambil grab dah tak sanggup nak menapak. Sampai bilik lepak2 then tidur. 

Pagi esoknya lepas breakfast kat hotel terus siap2 nak check out dalam pukul 10am. Konon nak singgah Big Bowl lagi sekali tapi dia bukak lambat dalam pukul 11.30am camtu. So nak terus balik je la. Dekat satu traffic light yang maha lama di Melaka itu, tetiba kawan aku cakap teringin Mee Bandung Muar. Terus aku suruh dia waze weh. Tengok2 dalam 38km je nak sampai.

Hape lagi?? Kononya nak balik KL terus menghala ke Johor. Permission granted kata Suami aku. Hah! Pucuk dicita ulam mendatang haha. Sebab kawan aku ni terinfluence dengan YB Syed Syadiq (hahahha apo?) kitorang menuju ke kedai2 suggestion dia. Kedai 1st tutup. Then decide nak singgah kedai kopi viral dulu.

Okay kopi dia memang umphh. Berbaloi beratur lama. Tak koser nak minum dalam tu sebab full house so take away je.  Rasa sangat keklasikan kopi tu. Beli 2 botol uncang Kopi O untuk rumah Mak aku and untuk Pak Mertua aku, again, menantu solehah kan bahahha. Then cari Mee Bandung lagi. Ni semua kawan aku yang suggest based on YB SS punya IG. Lol.

Ya Allah sumpah sedap. Cukup rasa. Ahh terngiang-ngiang rasa dia. Gabungan kuah tu dengan daging dia aduiduiui. Jauh ni kalau nak repeat. Time balik sempat bungkus Asam Pedas Muo, tapi aku prefer Asam Pedas Melaka lagi.

Sebelum balik pergi cari Air Pear atas suggestion kawan2.

Rare kan air pear? RM1 je wehhh. Dah la refreshing gila, dia ada rasa yang unik, ada masam2 sikit. Sedap and mana nak dapat air RM1 sekarang weii? Puas hati. Lepas tu terus gerak ke Melaka balik nak makan Ice Bowl (nak jugakk) haha. 

Korang kalau pergi Melaka tak try ni memang rugi. Buah dia fresh and manis2 semuanya. Ais dia tu aku pilih yang milky, gabungan yang mantop. RM12 je wehh. Banyak gila pillihan. Sedap, kalau tak takkan kitorang repeat 2x haha. Dah puas menketedarah kitorang pun balik KL. Jalan jem jugak la sikit sebab ada accident. 7.30pm baru sampai rumah. Alhamdulliah, I had a great weekend! 😁

8/24/2020

Iphone XS Max masuk air. Alahai.

Aku pakai Ip XS Max ni baru setahun. Elok je aku beli, 2 minggu lepas tu keluar Ip 11 hahaha berengsek. Aku sayang handphone ni sebab aku beli time aku tengah dalam mood dukacita. Dia ibarat menemani aku. Gitu. Kamera dia pun paduaq.

Sayang2 pun aku terpecahkan glass belakang dia, jatuhhh bahaha. Retak 1000 seperti mana retaknya hatiku haha. Aku biarkan keretakan tu sebab aku tanya nak repair kos antara RM270-RM380. So biar dulu, kita cover pakai casing je.

So time aku pergi sungai tu mestilah nak posing2 kan plus Suami aku pandai ambil gambar, bonus di situ hihi. Time tu aku nak pergi dekat dia nak pass handphone letak atas batu, sekaliii aku terpijak batu licin, aku dengan handphone terendam. Tahniahhh! Haha

Tapi still boleh guna. Suami aku suruh off tapi aku tak off for the fact Ip tu actually memang water resistant tapi aku tak juga consider the fact that glass belakang tu dah pecah. Haha bodo piang, tulah tak dengar cakap Suami jugak tu.

On the way balik aku nak charge tak boleh sebab dia keluar noti yang charging port tu berair. So tunggu je la dia kering kononnya. Balik rumah letak dalam beras (petua katanya). Letak dalam 2-3 jam je. Lepas tu guna macam biasa sebab dah boleh charging waktu ni. 

Bangun pagi esoknya tengok ada bintik2 berbentuk garisan memanjang dekat screen tapi lama2 dia hilang. Ah sudah. Tapi aku masih berfikiran positif kata ni semua dunia semata haha kata ni hanya sementara. 

Bila tengahari ada keluar line hijau, mula segaris nipis lama2 segaris tebal. Walaweiii hahaha. Dan tanpa warning tetiba screen shut off. Wehhhh! Ottoke? Bagitau Suami aku biar dia serabut sama haha. Dia pun tolong google itu ini, tanya sana sini memang kena repair la cerita dia.

Time tu aku dah nak balik KL. Handphone masih on so boleh connect dekat Iwatch untuk baca and reply message or jawab call. Alhamdulillah. Sampai je rumah aku terus on kan sim dekat handphone Vivo aku yang aku dapat free and tak pernah guna. Alhamdulillah ada handphone spare.

Malam Isnin runner ambil handphone aku untuk repair. Konfiden kan aku bagi kat runner je without resit ke apa haha. Runner tu kerja tempat repair handphone tu jugak la cerita dia. Dia boleh buat apa je pun kan sebab handphone memang rosak haha.

Aku repair dekat rocket.repair (nama IG). Servis okay, customer service pun okay siap boleh pickup handphone without any charge kalau dalam radius beberapa km. Tapi melayang la RM1340! Huaaaa. Handphone siap dalam 3 hari sebab aku tukar back glass tu sekali. Kalau untuk repair water damage tu dalam sehari je boleh siap.

If water damage bateri automatik kena tukar. So handphone aku memang macam handphone baru la. Battery tukar, LCD tukar, back glass tukar.

Ni kos aku kena:

Chemical cleaning -RM90

Back glass - RM250

Battery - RM250

LCD - RM750

😭😭😭

Nasiblah salah sendiri. Degil taknak dengar cakap Suami pulak tu, ni la padahnya bahahaha. Btw, thank you Suami for your support 😉

Bagi aku kedai tu recommended. Battery and LCD ada 2 months warranty. Harga standard aku rasa tapi back glass tu murah daripada apa yang aku pernah tanya sebelum2 ni. Kerja pun nampak kemas. LCD lepas tukar pun sedap je sentuh, no problem at all. Katanya LCD original, ntah la. Selagi touch dia padu I dont have any issue. 

Konklusinya kalau air masuk handphone, matikan terus dan ikut petua letak dalam beras for 24hrs. Bersabar la sikit. Konklusi selanjutnya, kena lebih berhati-hati dan dengar cakap Suami bahahaha.

8/21/2020

3rd Weekend of August; Sg. Batu Berangkai, Kampar

This is the 2nd time I came here. Sebenarnya aku bukan pergi tempat perkelahan ni, aku naik atas lagi yang takde orang. Sebelum ni aku panggil Sg. Relau sebab dia jalan nak ke Gunung Relau. Kali ni aku panggil Sg. Batu Berangkai untuk senang orang faham benda ni kat mana. Boleh gitu? Haha

Korang google je Sg Batu Berangkai, first entrance dia lalu kawasan perumahan sebelah masjid. Then straight, ada satu simpang belok kiri, ada signboard ke chalet, ikut arah tu. Dah belok kiri korang akan lalu kawasan perkampungan orang asli. Drive lagi sampai hujung sampai korang jumpa bangunan tandas terbiar. Parking la kat situ. Tak kena bayar.

Sampai2 tu memang terus Sg. Batu Berangkai. Situ pun not bad actually. Ramai hikers berhenti mandi situ lepas turun dari Gunung Relau. Korang jalan kaki naik atas lagi, akan jumpa dusun orang, jalan lagi sampai nampak satu laluan kecil ke kanan. Ha ikut jalan tu. Ikut je sampai kau jumpa kawasan tadahan air yang menghijauu dan jernehhh namati. Arghh heaven.




Jaki tak tengok air dia weh? Air sejukkk. Paling best sini sebab takde orang so aku hari tu mandi free hair. Wehh heaven dah berpuluh tahun tak mandi freely macam tu. Puasss! Kalau nampak kawasan hijau gelap sikit tu memang dalam. Suami aku pun tenggelam dekat situ. 

Kitorang lepak situ dalam 4 jam. Kali ni tak bawak peralatan memasak, just beli roti sebelum sampai. Ada satu perkara mendukacitakan terjadi time ni. 😭 Handphone aku masuk airr time aku nak pergi dekat Suami aku and tergelincir sebab batu licin. Huhu. Nanti aku cerita details dekat next entry.

Apa-apa pun, sungai ni memang terbaik!


8/19/2020

Ayat-ayat yang perlu dielak dalam hubungan

Benda ni aku dapat dari bacaan dan pengalaman. Bagi aku ayat-ayat ni perlu dielak bagi menjaminkan hubungan yang lebih harmoni.

1.  Minta Cerai

Yang ni applicable kepada isteri. Suami aku sebelum kahwin dah warning dengan tegas dan berprinsip bahawasanya walau apa pun jadi, gaduh macam mana pun jangan senang-senang nak minta cerai or mengeluarkan perkataan yang seangkatan dengannya. And sometimes out of no where he will remind me again. Duly noted. Alhamdulillah setakat ni tak terfikir pun.

2. 'Ikut lah' / 'Apa-apa je la'

Diikuti dengan nada yang annoying. Suami aku cakap dia tak suka kalau aku cakap macam ni so aku pun sematkanlah dalam hati. Ada je aku terlepas cakap then dia akan tegur. Dia tak suka, aku pun tak suka. Ada je time dia pun terlepas cakap so aku pun tegur. Ayat ni takkan menyelesaikan masalah, ayat ni akan menambahkan masalah lagi ada la. So kami berdua sehabis usaha akan elak guna ayat annoying ni. 

3. Ayat pasrah

'Hmm tau lah saya ni tak penting dalam hidup awak, selalu menyusahkan awak'

'Yela, siapa la kita ni, terhegeh-hegeh je'

'Saya tau la saya tak lawa, tak pandai masak, tak pandai ambil hati awak'

'Saya tau la saya ni tak pandai macam awak, belajar pun setakat SPM je, itu pun ada subjek fail'

Aku pantang betul dengar ayat2 macam ni, self pity. Macam takde keyakinan diri. Setakat ni aku tak pernah lagi keluarkan ayat-ayat seumpama tu. Mungkin sebab aku ni jenis confident level tinggi sikit bahahha. 

Kalau kau rasa diri kau dah tak penting dalam hidup sesorang, make you matter again or else, bla je la dari hidup dia. Know your value, don't downgrade yourself. Be confident that you're important. Tak perlu buat ayat tagih simpati.

I know I'm important. So if someone doesn't value me as what I deserved, then off you go.  There is more people out there who can appreciate me for who I'm. Even, I can appreciate myself. Aku tau ada setengah orang cakap benda ni dengan harapan pasangan akan reply on how important you're. Don't let people mark you, you mark yourself, know your self-value. Bak kata Azwan Ali, see my level??

4. Memohon pengesahan

'Kalau sayang saya, buktikan'

Kau nak bukti apa lagi? Kau nak bukti macam mana? Kalau kau perlukan bukti, obviously kau tak rasa kasih sayang tu dalam hubungan. So? Instead of mintak bukti la apa la, why not work it out kalau dah sedar yang rasa tu dah pudar, spark it again. Take action. Aku tak faham nak buktikan kasih sayang macam mana sebab benda tu subjektif. Bagi aku kalau dah sampai mintak buktikan memang tak wujud dah la rasa tu. Love is not something to be proven, it's something to be felt.

8/12/2020

Jarang perempuan salah

Kekadang aku rasa dalam badan aku ada hormon lelaki sebab dari dulu aku jarang backup perempuan bahaha. Or aku jenis manusia tengok kes based on causes and circumstances not gender biased. Hari ni aku nak bebel pasal rumah tangga yang berantakan. Just nak share pendapat aku tentang apa yang terjadi pada orang di sekeliling aku.

Usually, apabila proses penceraian sedang berlaku, ramai akan mengatakan bahawa yang salahnya si suami walaupun jelas di depan mata yang bermasalahnya isteri. Masyarakat seolah-olah sukar menerima yang isteri boleh jadi punca penceraian atas faktor suami itu lah ketua keluarga, dia lah yang harus mendidik.

'Iker tu ceraikan Jenab sebab perangai Jenab tu terukk, dah lama Iker bersabar, dah 15 tahun, enough is enough'

Dan akan ada yang membalas

'Oh senang, buruk sikit je cerai, buruk sikit je cerai, ada perempuan lain la sebenarnya tu, buat alasan je isteri tu buruk la apa padahal 15 tahun ok je, ni tetiba je tak tahan. Patutntya jadi suami kene didik isteri bukan bila tak tahan tinggalkan, apa jenis suami la tu.'

Senah senah sekalian, sedarlah bahawasanya lelaki pun manusia dan ada perasaan, ada limit sabar dia. Macam mana nak didik kalau isteri kaki maki? Macam mana nak tegur sebab kalau tegur sikit ugut nak bunuh diri la nak cederakan anak la? Macam mana nak berbincang kalau dia taknak beralah, tak bagi ruang untuk toleransi? Macam mana nak bawa berbincang kalau ego setinggi gunung? Macam mana nak betulkan kalau dia je yang betul? Orang lain semua salah. So kalau kau tak lalui, kau tak rasa, kau jangan jump into conclusion.

'Nora tu ada boyfriend lain. Mana taknya, Norman busy sangat sampai tak bagi perhatian kat Nora, kalau aku pun cari lain'

Matlamat tak menghalalkan cara. Isteri kalau ada boyfriend lain pun orang tetap akan salahkan suami. Tak cukup perhatian la kononnya, tak cukup nafkah, bla bla bla. Tapi suami yang memang diizinkan untuk poligami oleh agama kalau ada perempuan lain terus kena kecam macam dia la paling jahat dalam dunia. Korang perasan tak benda ni? Sebab apa? Sebab perempuan kan tak pernah salah. 😏

Aku dah jumpa beberapa kes dalam circle aku yang jadi benda-benda kat atas ni. Dan aku tak pernah salahkan si suami sebab aku tahu character suami tu dan aku juga tahu character isteri tu. Apa yang aku pegang, suami pun manusia. Ada yang kata;

'Kalau betul teruk, kenapa lepas 15 tahun baru ambil tindakan? Kenapa tak awal2 dulu?'

Inilah yang dinamakan, kalau kau tak tahu apa2 baik kau diam sebab bukan kau yang hadap. Kita tak tahu macam mana struggle nye seseorang tu dalam hidup dia. Sabar dia, sebab dia dan macam2 lagi faktor.

Ye, betul, dalam sesuatu hubungan takkan satu pihak je salah. Dua2 mesti ada salah masing-masing, it depends on how we communicate about it, how far we can tolerate on that issue and many more. Don't put blame on one side only especially when we don't know the true story. You can be a good listener but don't appoint yourself to be a judge because you don't have that qualification. Jangan tambahkan petrol pada api. 

Remember, men do have feeling too cuma mungkin dia tak tunjuk then kita rasa dia ok. Air mata dia , stress dia selalunya dia simpan sorang2 sebab itulah lelaki. As the wife, kadang2 kita perlu muhasabah diri kita, tengok mana yang salah. Discuss and tolerate. Buang ego jangan sampai bila dah kene cerai baru menyesal, merayu. Hilangkan rasa perempuan sentiasa betul, lelaki sentiasa salah. Throw away gender stereotypes in your life. 

Ingat apa2 pun syurga di kaki suami. Hormatilah la dia selayaknya dia dihormati. Bukan calang2 tanggungjawab suami ni. Nampak mudah tapi besar amanah dia dengan Allah, semua dia kena jawab nanti. Kalau sayang suami, nak sama2 masuk syurga, tolerate la, sabar, banyakkan membaca ilmu2 yang berkaitan. Moga bermanfaat. 

8/11/2020

Eid Adha; Kedah dan Perak

Habis kursus dekat PD hari Selasa, Rabu pagi tu aku terus balik rumah Mak aku. Alhamdulillah tak jem walaupun ada traffic slow dekat certain area. Tu pun petang sikit sampai rumah sebab pergi jumpa kawan lama  kat Ipoh dulu, bergossip hahaha. Khamis petang gerak ke Ipoh jugak menyopping raya sikit (tu la keje kau menghabiskan duit), then kitorang singgah makan dulu, aku sempat jumpa kawan lain pulak then baru balik rumah Mama. Pukul 11 malam baru sampai haha. 

Sampai terus gosok jubah nak pakai raya sebab Suami aku cakap pukul 4 pagi nak gerak 😏 ke Pendang , Kedah, kampung Mama nak beraya. Maklum la kan raya puasa hari tu kan tak boleh rentas negeri. Excited la aku sebab first time ooo ada kampung jauh sikit, merentas negeri. Selama ni kampung aku paling jauh pun merentas daerah je haha. Dah 30 tahun baru merasa 'balik kampung'. Oooooo oooo balik kampung, hati giranggg~~ Haha.

Sekali esok pukul 7.00 pagi aku terbangun tengok Laki aku elok  sedap lagi berdengkur. Bukan waktu ni dia patutnya tengah drive ke? Haha. Akhirnya pukul 8pagi jugak gerak. Podaciii. Start dari sebelum Juru hujan turun dengan lebatnya, tapi sampai kampung Suami dah okay, cuaca pun sejuk, pemandangan pun saujana mata memandang sebab dikelilingi sawah bendang kan. Uuu syokkk. 

Kitorang sampai dalam 11.30 camtu. Sampai-sampai terus makan, muka tak malu haha. Actually ni first time aku jumpa family side Mama sebab time kenduri kitorang hari tu ada yang tak dapat datang. Alhamdulillah aku disambut baik, sembang macam dah lama kenal. Suami siap tanya aku sembang apa dengan sepupu dia, takut kutuk dia la tu (ada la sikit2) hahaha.

Kat sana la aku first time kenal ketupat gajah. Korang tau ke tak? (mula nak riak) Haha. Ketupat tu tak rasa apa sebab takde santan bagai, kalau nak berasa kene cecah susu or makan dengan rendang. Hari tu dorang ajar aku makan dengan susu. Not bad tapi ada bau pelik sikit. Mama siap bungkukan untuk Mak aku sebab dia cakap kalau anak tak kenal mesti Mak pun tak kenal haha. Betul la tuuu. 

Aku ni orang Perak tapi aku faham cakap Kedah sebab aku pernah belajar kat sana 4 tahun. Tapi tak pandai cakap sangat macam aku tak pandai cakap Perak sangat. Hari tu sepupu Suami aku pelawa makan buah moktan belakang rumah dia. Muka aku blur gila. Abah dah gelak2 dah. Dalam hati aku cakap 'buah apa pulak tu' sebab sebelum tu Mama tanya aku kenal tak buah Setoi aku tak tahu. Tu pun dah cukup menjatuhkan maruah. Ape ke hei buah2 kat Kedah aku tak kenal ni. Rupanya moktan tu rambutan! Hayoooo! Maknanya aku tak cukup faham lagi bahasa dorang. Sampai dalam kereta Abah gelakkan aku haha.

Dalam 6.30 petang kitorang pun bertolak balik Perak tapi singgah makan Nasi Kandar Kayu dulu kat Penang, Abah mengidam haha. Mama tak makan sebab dia tak makan masakan mamak. On the way balik singgah RnR Gunung Semanggol bagi giliran untuk Mama pulak makan haha. Sampai rumah around 1 pagi. 

Esoknya takde buat apa, petang tu je pergi Lumut Waterfront lepak2 main basikal. Hari Ahad balik rumah Mak balik. Lagi la melepet je. Ada la bawak cousins aku pergi mandi Ulu Kenas, bukan main sakan dorang berendam, then balik semua lapar pergi singgah makan laksa sarang dekat Laksa Telaga (nama kedai). Kalau korang datang Kuala Kangsar boleh singgah sini, sedapp woo laksa sarang dia. Ahhh laparrr. Balik rumah lepas Asar pergi naik basikal pulak pusing kampung. Jauh jugak kitorang pusing sampai jumpa sawah padi la. Ehhh dah sampai Kedah ke? Bahahhaha. Aku tak tahu pun belakang rumah aku ada kampung yang ada sawah padi. Bahhahaha.

Hari Selasa baru balik KL lepas Zohor. Alhamdulillah traffic lancar, slow dekat Tapah, Sungkai tu perkara biasa. And aku sampai time orang balik kerja so slow sikit dekat Sg. Buloh. Sekian cerita Eid Adha aku. Raya korang acano?

8/10/2020

Review Iwatch 3

Ehemm. Haha. Bukan nak riak, just nak hasut korang terjebak sama. Dari aku kecik aku tak pernah beli jam sendiri. Time UPSR ke PMR ntah Pakcik aku hadiahkan aku jam Adidas, lama jugak aku pakai, beberapa kali tukar tali. Then SPM makcik aku hadiahkan jam Looney Tunes atas permintaan aku sebab asalnya dia nak belikan jam berjenama tapi jenis besi dan berkerawang. Wohh memang tidak la ye, time tu aku dah la separuh lelaki, geli aku nak pakai jam camtu haha.

Tapi time tu boyfriend aku tak suka aku pakai jam tu. So dia belikan aku jam Fossil. Jam dia bagi la aku pakai dekat 10 tahun or lebih. Bukan tak boleh move on tapi dah takde sape nak belikan jam lain. Haha. Plus jam tu elok and aku berkenan design dia. Simple, bermuka petak dan tidak bermuka-muka, tali leather. Aku dah mintak halal kat dia, dia pun ok je. Nasib bukan jenis meroyan mintak barang2 balik lepas putus, memang aku campak jam tu kat muka dia haha.

Dah kahwin pun aku still pakai jam tu and Suami aku pun takde masalah. Nasib dapat Suami yang cool hehe. Tapi sebab dah lama, pernah sekali ada bahagian kat tali jam tu koyak, Suami aku tolong jahitkan. Sweet takk?? Tolong jahitkan jam bini yang dihadiahkan oleh ex boyfriend haha. Then aku pakai macam biasa sampai la dia terkoyak kali ke-2 kat part lain. Walaweiii. Dah time dah ni, dah time.

Memang sejak dua menjak ni aku macam teringin nak pakai smart watch. Dah nak beli dah yang murah punya dalam 200++ tapi asyik berat hati je, entah kenapa. Bila dah tekad tu terus cari Iwatch kauu. Aku tengok series 3 tengah murah (berbanding yang lain), RM849 tapi semua store kat Malaysia dah out of stock. Aku ambil series 3 sebab tu je yang aku mampu and dia ada size 38mm yang suit dengan tangan aku. 

So aku order dekat Apple Singapore. Not bad la penghantaran dia dalam 5 hari dah sampai, as promised. Best ke tak? Bagi aku berbaloi and hope tahan 10 tahun haha. Aku baru pakai dalam sebulan. Memang rasa handsome bila pakai sebab aku suka jam petak. Reason aku tak beli jam selama ni sebab tak jumpa yang berkenan. Bagi aku jam kena ada tarikh and senang tengok. Aku paling tak suka jam jarum nombor roman. Walaupun kedudukan jarum boleh bagitau jam pukul berapa tapi aku tetap tak suka haha.

Jam ni kena charge 2 hari sekali. Tempoh nak charge tak lama sangat, tak sampai sejam. Jam ni boleh terima notification and boleh reply dekat jam tapi kau kene doodle la. Simple text would be nice. Aku ambil yang GPS je bukan GPS + Cellular. Kalau ada cellular ibarat kau ada 2nd handphone sebab dia boleh terima notification even handphone kau tertinggal dekat rumah. Yang cellular ni kena bayar fees sikit dekat telco, aku tengok Celcom dalam RM15 sebulan.

Jam ni boleh jawab call. Hari tu aku kat dapur, handphone dekat ruang tamu then Laki aku called so aku angkat guna jam. Not bad. Clear suara dia, suara aku kat dia pun clear. Benda lain macam smartwatch biasa la, boleh track activity etc, aku tak habis explore sangat lagi.

Aku suka apps Breathe dia. Apps ni ingatkan kita untuk ambil masa seminit dan tumpukan perhatian pada breathing. Dia akan guide bila nak inhale bila nak exhale. Best wehh, memang rasa calm. Kalau aku ngantuk aku pergi la kat situ and buat, Alhamdulillah hilang ngantuk. Hehe.

So far aku berpuas hati dengan jam ni. Harap berbaloi dengan harga. Nak beli Iwatch 5 memang tak mampu la nak. Jadi la Iwatch 3 pun. And jam ni pun waterproof. Hari tu time aku hiking Batu Putih aku terhentak jam ni kat batu. Woooo nasib baik pakai tempered glass, pecah baii tempered glass tu. So berhati-hati la ye. Dah la aku beli tempered glass tu mahai, RM50. Last sekali aku beli dekat Shopee je RM10, Laki aku pasangkan haha. Yang aku beli bukan tempered glass tapi macam satu plastic hydro gel katanya. So far ok la, taknak bagi calar je. Tapi yang ni tak tahan hentakan aku rasa. Wuwuwu.

Bila aku dah pakai smartwatch ni Laki aku pun dah hint dia nak beli Suunto weh. Taknak kalah yee. Suunto lagi mahal, yang dia kenan harga RM2-3k. Aku just boleh bagi semangat untuk dia kumpul duit je la haha. 

8/07/2020

Perodua MYVI; Inspection 1000km

Baru 3 minggu pakai aku dah hantar nak buat inspection untuk 1k km. Wahhh sakan henjut kereta nampak haha. Memula bawak kereta ni rasa keras sikit, macam bawak Axia je rasanya tapi lama2 besi dah lembut sikit kot (memandai je kau ni) baru sedap bawak. 140km/h bawak kat highway tak rasa baiiii. Bahaya bahaya. 

Time inspection ni memang tak tukar pape just dia cek je. Just ada 3 benda yang aku komplen but no action taken sebab benda tak jadi depan dorang, dorang susah nak detect. Wakluuu haha. Kereta ni pun macam manusia jugak, kat rumah macam nak mati dah, sampai klinik terus sihat walafiat.

Ok, benda yang aku komplen:

1. Korang tau kan MYVI baru ada idle sistem. Idle bila kau berhenti kereta and tekan break, enjin akan mati dan bila kau release balik break enjin akan hidup dengan sendirinya. Wow magic! Haha. Benda ni annoying sebab proses nak hidup balik tu kasar bunyinya. Orang cakap on benda tu jimat minyak tapi aku selalu off sebab setakat jimat sesen dua tak payah lah haha.

So satu hari aku lupa nak off. Benda ni kene off manually tiap kali enjin hidup, tak tau la kalau ada cara lain. So aku berhenti dekat traffic light then bila dia hidup balik tu aku jalan la. Tetiba kereta aku mengaum terus bertukar jadi harimau haha. Tak, tak, kereta aku mengaum macam tersekat antara gear 3 nak ke 4 camtu, RPM pun dah naik ke 5. Apa aku buat? Aku lepas paddle minyak, aku masukkan balik ke gear N dan masukkan balik ke D then baru okay. Padiaaa!

2. Full tank MYVI dengan harga minyak sekarang RM50 je. Berbaloii la kan. Dengan minyak aku takde masalah. Aku ada masalah dengan meter minyak. Hari tu meter aku tunjuk 515km/full bar. Aku dah jalan 100km++, dia still menunjukkan 515km/full bar. Ha kau dah kenapa? Seriau pulak aku kalau tetiba kereta berhenti je sebab actually minyak dah lama habis. Ke MYVI buat kempen setiap full tank akan dapat 100km percuma. Yeayyy! Hotak dia haha. Tapi dah 3x kejadian ni jadi. Bila dia start turun dia akan turun dengan normal, sampai la tinggal 90km pun kereta aku masih boleh bergerak. Alhamdulillah. Tapi mesti something wrong kan?

3. Radio tak boleh on. Ada la sekali aku dah on enjin dah jalan pun tapi nak on radio tak boleh. So aku berhenti, mati enjin, hidupkan balik baru boleh.

Ni semua masalah teknologi bagi aku. Yang tiga atas ni aku dah komplen and dah masuk dalam sistem. Next service dia akan tengok. Service hari tu dorang tak boleh buat apa sebab again, tak jadi kat dorang. Ceitt. Habis kalau next service tak jadi jugak acanoo?

Ha ni ada problem baru. Dah 2x kena. Time dah mati enjin ada bunyi alarm dalam kereta macam ada something tak off. Padahal dah matikan enjin. Tapi nak tutup nak tekan alarm tak boleh dek bunyi tu. On kan balik, off kan balik baru boleh. Ni pun masalah teknologi. Next service nak komplen jugak.

Suami aku cakap ada bunyi besi berlaga time bawak. Bushing katanya. Bushing tu apa pun aku tak tahu, nanti nak suruh dia explain.

Bagi aku ni semua masalah minor yang aku boleh tolerate sebab dia jadi sekali sekala. And kereta pun masih bawah warranty, so no worries. Sebab tu kalau kereta habis warranty je aku terus ada niat nak jual hehe. 

Ha by the way hari tu kan aku ada cakap aku nak spraykan logo kaler hitam acah-acah lebih sporty. Dah buat! Yeayyy! DIY je. Aku beli spray dekat Shopee dan Suami aku buatkan. Nak harap aku memang tak la ye. Antara kami berdua, Suami aku jauh lagi cermat dari aku hehe.





Cantik ke tidook? Nak buat secoet ni pun makan masa berjam ye. Dia buat aku teman je sambil main handphone bahaha. Aku beli spray tu RM19 je. Nama dia Car Rubber Removeable Silicone Spray Dip. Huishh panjang gila nama. Nasib baik tak perlu akad nikah haha. Aku tengok proses kerja dia memang rumit ye kawan2. Hanya orang yang cermat dan sabar je boleh buat. Thank you Suami layan kehendak isteri. Muehehehe. Kalau ada next project nanti aku update lagi. Yeehaaaa!

8/06/2020

Hiking: Bukit Batu Putih, Port Dickson

2 minggu sebelum raya Eid Adha aku ada kursus di Port Dickson (PD) selama 2 minggu. Lama kan? Tapi best sebab relax kejap dari kerja hakiki yang memeningkan kepala. Walaupun kursus tu agak berat sebab belajar benda baru tapi aku suka sebab dapat ilmu baru. Duduk sana makan pun free, penginapan taraf hotel 3 bintang. Siapa nak bagi kan? 

Salah satu aktiviti dia adalah hiking Bukit Batu Putih. First time ni aku hiking tanpa Suami aku. Macam2 pesanan khidmat masyarakat dia bagi kat aku. Dia tak tahu ke bini dia ni power? Bahahaha. Tempat tu bersebelahan je dengan tempat aku kursus tu tapi tetap naik bas sebab kalau jalan peluhnya ibarat hiking jugak lah.

Semua yang pergi 24 orang + 4 orang instructors. Hiking simple and easy je, kata mereka tapi sampai 4 pegawai latih ikut hmm hmm. Sebelum start kitorang warm up dulu, tu pun dah semput. Seriau jugak sebab dah lama tak aktif, kerja membesarkan bontot je haha.

Nak naik Batu Putih ni ada dua jalan. Satu jalan memang senang sebab ada jalan tar lalu ikut Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Dah nak naik ke puncak baru ada sikit jalan off road tapi easy peasy, boleh berlari.

Another jalan memang off road and yang ni yang kitorang lalu. Kalau dari pagar nak masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan tu, korang ke kanan dan ikut denai. Memang itu pun akan hiking ye adik2. Easy tapi kalau kau jenis lembik akan lelah jugak la. Dah mendaki akan tembus jugak ke area jalan tar Hutan Rekreasi tu. Tak jauh pun dalam 30m je and turun balik masuk ke arah hutan, ada signboard 'Monkey Bay' ha ikut je arah tu. Yang ni menurun ke tepi pantai. Pantai dia memang cantik. Ingat dah sampai. Sekali instructor tunjuk bukit sebenar yang perlu didaki. Rasa dikhianati pulak. Haha


Warna air dia lawaaa. Ha bukit tu la Bukit Batu Putih. Habis selama ni yang aku daki tu apa? Bukit Batu Hijau? Huhu. Aku plan nak berkhemah dengan Suami nanti kat sini. Bukit Batu Putih ni sesuai naik time sunrise and sunset sebab sunshine dia niceee gilaa.

Bila dah sampai tepi pantai kena melalui persisiran pantai untuk ke kaki bukit.


Nampak tak lembaga hitam tu? Ha takuitt tak? Haha. Terpaksa censored atas faktor kerahsiaan hehe. Lalu sini pun dah gayat sebab batu tu bergerak-gerak. Sekali tu bukan batu. Sekalu tu Troll macam dalam cerita Frozen. Ah kau dah umur 30 pun otak cartoon lagi haha.

Panjat melalui jalan ni agak seram ye sebab namapun bukit mestilah curam. Dan ianya memang literally batu putih. Berbekalkan doa dan tawakal, without any harness, aku pun mendaki lah dengan penuh semangat. Penat woi sebab kau kene keep mendaki, takde tempat nak rehat. Nak rehat kejap-kejap secara berdiri boleh la plus kau akan kesian jugak dekat orang bawah yang susah nak teruskan pendakian kalau kau stop lama sangat.



Mencungap nak sampai puncak tapi bila sampai perghhh worth itttt! Pemandangan dia awesome tapi ramai sangat orang kat atas, tempat dia kecik je so tak boleh feeling2 sangat. Nak takde orang kau naik hari kerja haha.


Cantik ke tidakkk? Bukit dia tak tinggi mana la tapi mencabar jugak kalau naik ikut batu putih tu. Nak senang korang naik ikut jalan tar. Time turun kitorang turun ikut jalan tar, gila apa nak turun ikut batu tu, ada yang aku gelongsor masuk laut terus karang haha. Time turun tu rasa nak marah pun ada, apehal tak naik ikut sini oi? Saja je nak menyeksa saya insan yang lemah haha.


Belanja scenery sikit. Nampak tak ada yang tengah gigih mendaki tu? Hihi. Ok la, worth it. Boleh repeat. Aajommm. 

8/04/2020

3rd weekend of July; Genting Highland

Lama tak update angkara aku kena pergi kursus 2 minggu dan terus balik ke Perak merayakan diri. 3rd weekend ni Parents-in-Law aku datang rumah aku sebab nak pergi kenduri kahwin sepupu Husband aku dekat Telok Panglima Garang. Kenduri style PKP pengantin pun kene scan suhu woi. Makanya kalau suhu tak lepas maka tak kahwin la saudara tersebut haha. 

Makan pun berhidang, dalam satu-satu masa ada berapa orang je dibenarkan. Time kitorang nak balik dah, wave kedua tetamu pulak sampai, kawan-kawan pengantin aku syak. Siapa nak jimat boleh kahwin time PKP tapi buat sekali jemput je, jangan buat jemputan berperingkat haha.

Balik dari kenduri kitorang balik rumah tukar baju bagai. Then dalam 4 lebih naik Genting Highlands (GH) sebab tu je tempat tarikan yang paling dekat dengan rumah aku. Plus, PIL aku suka tempat sejuk. On the way nak naik tu hujan pun turun. Kitorang tak buat apa sangat pun, layan sejuk je and naik kereta kabel. 1st time aku naik kereta kabel dekat GH, sebelum ni pernah naik dekat Langkawi.

Bagi aku worth it sebab RM9 je one way untuk regular ticket. Beratur agak panjang tapi tak lama sangat sebab cable car tu sentiasa ada. Jauh jugak dari atas tu nak turun ke GPO. Ada part-part yang curam tapi tak securam Langkawi. Yang ni aku naik dengan Abah je, Suami aku terpaksa turun naik kereta dengan Mama sebab Mama penggayat orangnya. Jenuh pujuk taknaknya dia haha. 



Dah sampai GPO ingat nak solat la kan, sekali tudiaaaa orang beratur nak solat macam beratur nak naik roller coaster panjangnya sebab dek SOP PKP yang benarkan berapa orang je dalam confined space. Haishh time PKP ni nak keluar memang leceh. Telekung kena bawak sendiri, orang pulak ramai. Lepas ni aku plan nak bawak sejadah la then solat je kat mana2 koridor. Cun tak cun? 

Sebab kalau menunggu giliran tu akan membuatkan aku jama' padahal aku tak cukup syarat nak jama' makanya Suami ajak pergi masjid sebelah GPO. Idea yang bernas sebab dekat masjid sangat lapang, orang pun tak berapa nak ada. Alhamdulillah. Tapi tak sempat la nak jalan-jalan di GPO plus orang pun ramai and sesak sebab hujan.

Maka lepas solat kami pun turun then terus pergi makan dekat HAH Tomyam Dato' Keramat. Kalau korang nak pergi kedai siam yang berasa, boleh la datang sini sementara owner kedai tomyam yang sedap yang lain dapat balik sini dari Siam haha. Kalau datang sini korang boleh cuba pulut ayam dia. Aku selalu ambil ayam je sebab tak tahan makan pulut. Ayam dia sedap gilaaa. Hari tu order 2 nak meratah sementara tunggu main meals sampai, dah makan Mama suruh order lagi dua. Haaa approved by chef. Ke sebab kitorang kelaparan kesejukan kehujanan? Haha Tapi serius sedap tak tipu sebab tu bukan 1st time aku makan situ hehe.