2 minggu sebelum raya Eid Adha aku ada kursus di Port Dickson (PD) selama 2 minggu. Lama kan? Tapi best sebab relax kejap dari kerja hakiki yang memeningkan kepala. Walaupun kursus tu agak berat sebab belajar benda baru tapi aku suka sebab dapat ilmu baru. Duduk sana makan pun free, penginapan taraf hotel 3 bintang. Siapa nak bagi kan?
Salah satu aktiviti dia adalah hiking Bukit Batu Putih. First time ni aku hiking tanpa Suami aku. Macam2 pesanan khidmat masyarakat dia bagi kat aku. Dia tak tahu ke bini dia ni power? Bahahaha. Tempat tu bersebelahan je dengan tempat aku kursus tu tapi tetap naik bas sebab kalau jalan peluhnya ibarat hiking jugak lah.
Semua yang pergi 24 orang + 4 orang instructors. Hiking simple and easy je, kata mereka tapi sampai 4 pegawai latih ikut hmm hmm. Sebelum start kitorang warm up dulu, tu pun dah semput. Seriau jugak sebab dah lama tak aktif, kerja membesarkan bontot je haha.
Nak naik Batu Putih ni ada dua jalan. Satu jalan memang senang sebab ada jalan tar lalu ikut Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Dah nak naik ke puncak baru ada sikit jalan off road tapi easy peasy, boleh berlari.
Another jalan memang off road and yang ni yang kitorang lalu. Kalau dari pagar nak masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan tu, korang ke kanan dan ikut denai. Memang itu pun akan hiking ye adik2. Easy tapi kalau kau jenis lembik akan lelah jugak la. Dah mendaki akan tembus jugak ke area jalan tar Hutan Rekreasi tu. Tak jauh pun dalam 30m je and turun balik masuk ke arah hutan, ada signboard 'Monkey Bay' ha ikut je arah tu. Yang ni menurun ke tepi pantai. Pantai dia memang cantik. Ingat dah sampai. Sekali instructor tunjuk bukit sebenar yang perlu didaki. Rasa dikhianati pulak. Haha
Warna air dia lawaaa. Ha bukit tu la Bukit Batu Putih. Habis selama ni yang aku daki tu apa? Bukit Batu Hijau? Huhu. Aku plan nak berkhemah dengan Suami nanti kat sini. Bukit Batu Putih ni sesuai naik time sunrise and sunset sebab sunshine dia niceee gilaa.
Bila dah sampai tepi pantai kena melalui persisiran pantai untuk ke kaki bukit.
Nampak tak lembaga hitam tu? Ha takuitt tak? Haha. Terpaksa censored atas faktor kerahsiaan hehe. Lalu sini pun dah gayat sebab batu tu bergerak-gerak. Sekali tu bukan batu. Sekalu tu Troll macam dalam cerita Frozen. Ah kau dah umur 30 pun otak cartoon lagi haha.
Panjat melalui jalan ni agak seram ye sebab namapun bukit mestilah curam. Dan ianya memang literally batu putih. Berbekalkan doa dan tawakal, without any harness, aku pun mendaki lah dengan penuh semangat. Penat woi sebab kau kene keep mendaki, takde tempat nak rehat. Nak rehat kejap-kejap secara berdiri boleh la plus kau akan kesian jugak dekat orang bawah yang susah nak teruskan pendakian kalau kau stop lama sangat.
Mencungap nak sampai puncak tapi bila sampai perghhh worth itttt! Pemandangan dia awesome tapi ramai sangat orang kat atas, tempat dia kecik je so tak boleh feeling2 sangat. Nak takde orang kau naik hari kerja haha.
Cantik ke tidakkk? Bukit dia tak tinggi mana la tapi mencabar jugak kalau naik ikut batu putih tu. Nak senang korang naik ikut jalan tar. Time turun kitorang turun ikut jalan tar, gila apa nak turun ikut batu tu, ada yang aku gelongsor masuk laut terus karang haha. Time turun tu rasa nak marah pun ada, apehal tak naik ikut sini oi? Saja je nak menyeksa saya insan yang lemah haha.
Belanja scenery sikit. Nampak tak ada yang tengah gigih mendaki tu? Hihi. Ok la, worth it. Boleh repeat. Aajommm.
Nad.. duduk diam-diam kat rumah bersimpuh melipat baju je boleh tak jangan nak ke sana ke sini ke sana ke sini. Cemburu pula aku melihatnya.
ReplyDeletehaha.. Aku tak sempat-sempat lagi ni nak berjalan.
Acane ntah.
haha. okay2 aku duduk rumah sampai hujung bulan ni. Elok pun Zhi duduk rumah dengan keadaan sekarang. Aku ni keadaan memaksa. Eh. haha
Delete