Jumaat lepas Maghrib Suami aku ajak pergi beli boot rugby dia. Huntongla ada orang sponsor, ada orang sayang 😏. Aku tak tau ada beza ke tak boot rugby dengan bola. Sama je aku tengok haha. Kedai tu dekat Sg. Buloh tapi aku taknak bagitau kedai apa sebab tak recommended. Suami aku beli jugak pun sebab dah di sponsor.
![]() |
Teka dia beli yang mana? |
Then kitorang cari nasi lemak, dia craving Nasi Lemak Sambal Kerang katanya. Aku pun google, jumpa 1 kedai Nasi Lemak CT Garden dekat Kg. Baru. Dia style jual nasi lemak bungkus kecik2 and boleh tambah bermacam jenis lauk. Not recommended jugak sebab rasa dia biasa2 je and tukang layan dia sombong nak mampus. Berdosa ke atleast senyum? Berdosa ke? Herghhh. Kalau korang nak nasi lemak style ni tapi sedap, aku recommend dekat PJ, dekat Medan Selera Jalan 223. Bagi aku situ sedap.
Esoknya Suami aku cakap dia teringin Nasi Kandar pulak. Aku ajak ke Penang kene jeling haha. Kerjanya mengidam je pun. Cakap je la nafsu hahaha. Teringat kawan aku recommend Nasi Kandar dekat area Sogo, Jalan Dang Wangi. Dari depan Sogo tu memang akan nampak signboard dia. Nasi Kandar Sittique. Recommended. Aku makan ayam goreng tapi kawan aku cakap yang sedap sebenarnya ayam masak hitam/madu dia. Sebelah kedai ni ada parking lot berbayar tapi kitorang parking dekat Sogo. Rindu Penang.
![]() |
Mengiurkan tak? |
![]() |
Pemandangan Sogo dari kedai tu |
Lepas makan Suami aku ajak pergi Pertama Complex, dia nak cari kedai yang boleh sulam nama kat boot baru dia tu. Jenuh pusing, jumpa la 1 kedai yang boleh buat tapi kena tinggal kasut seminggu. Suami aku taknak tinggal kasut. Dia ni memang cerewet sikit hahaha. Dia cakap kutuk depan2 takpe. Bahaha. So dia cakap dia nak buat online je.
Lepas tu masuk Sogo, dia ajak pergi tengok sandal sebab sandal dia dah putus. Memang dah lama dia aim sandal Camel Active dekat Sogo tu. Naik2 tengok tengah ada sale pulak, RM150 sepasang. Terus sambar. Sogo mana pernah tak sale kan? Haha. Aku nak belanja jual mahal, dia suruh bayar half je. Haha tolak rezeki betul.
Dah dapat apa dia nak, aku pulak cari apa aku nak. Apa aku nak? Llaollao. OMG, aku favourite gila benda ni pantang nampak mesti beli. Type benda ni pun buatkan aku nak benda alah tu sekarang. Like noww! Ahh over la kau.
Malam kitorang layan cerita 12 Strong dekat Netflix. Cerita pasal tentera US tolong musnahkan puak Taliban dekat Afghanistan. Berdasarkan cerita tu memang sakit hati dengan Taliban ni, tak bagi perempuan belajar. Dia tembak sorang mak ni tepat kat dahi depan anak2 perempuan dia sebab mak tu ajar anak2 dia membaca. WTH. Aku suka cerita2 camni, cerita perang, cerita pasal military, Suami aku pun suka. Recommended. Tengah2 tengok Suami aku ajak keluar makan pulak. Potong stim betul hahah.
![]() |
Lampu tu aku beli dekat Shopee. Bawah RM10 tapi terang and cantikkk. Seronok betul layan movie dalam suasana macam ni. I lioke. Nak pergi wayang pun kena social distancing nak buat hapooo. |
Kitorang makan dekat AB Corner, Setapak. Best jugak lepak situ sebab banyak pilihan makanan, masakan panas, western, italian. Aku makan bihun goreng, laki aku order burger bakar daging. Layannn.
Time makan sembang pasal sejarah penjajahan British. Kau hadoo? Mestilah Suami aku yang bercerita and aku tukang dengar je haha. I love intelligence man, sexyahhh! Hahahah. Dulu dia cakap dia tak suka membaca, aku yang suka tapi tup2 dia lagi banyak tau dari aku. Pacitaaa? Haha. Yela Beron, kau baca komik memang hauk laa hahhaa.
Habis ngeteh dia ajak round round2 naik kereta. Aku okay je. Lepas tu cakap teringin air manis sebab lalu dekat The Alley. Dan2 teringin 😏 haha. So aku pun belikan yang Creme Brulee tu. Kalau The Alley aku memang minat yang tu je. Aku tak suka boba dia sangat sebab too sweet. Tapi habis jugak. Minum air manis at 10.30 pm. Lepas tu komplen gemuk. Kau ghasee?
Balik rumah sambung tengok 12 Strong sebelum tidur. Boleh? Haha. Esoknya lepas Subuh terus siap2 nak ke PJ, Laki aku ada training rugby. Sebelum start training aku dengan dia jogging dulu, warm up katanya. Habis dia training singgah Tesco depan rumah aku beli barang dapur sikit, Suami aku request aku masak Ayam Butter. Aku pun teringin. Oh kali ni aku campur pedal ayam sekali sebab Laki aku nak, aku tak suka pedal, so dia la habiskan. Habis seperiuk nasi, habis sekuali Ayam Butter. Dua kali makan la tapi haha. Alhamdulillah.
Weekend je aku makan bukan2 #selfdefence and banyak, aiceyyy cover haha. Weekdays aku tak minum air manis, breakfast aku buat jus buah. Acah2 sihat je. Bila nak start aktif balik entahlah. Makan je kerja, badan dah rasa mengembang ni.
Bagi aku filem 12 strong ni macam boring sedikit sebab tak ada pertempuran sangat. Tapi kalau based on true story patutnya diorang ni tak buat kat kawasan pergunungan dan lapang macam tu sebab kalau real life kita tengok kawasan rumah-rumah orang yang dibomnya. Aku dengan cerita askar US ni memang dari dulu tak puas hati. Diorang ni suka tunjuk acah hebat dan menyembunyikan cerita sebenar yang terjadi. Tibe emo pulak rasa. haha maafkan saya.
ReplyDeleteHaha cerita askar US memang gitu la standardnya, mestilah nak bagi nampak dorang paling power dalam dunia. Sekadar nak buang masa boleh la layan haha
Delete