Korang tau tak EziBox tu apa? Jap aku letak gambar.
Ini inisiatif poslaju yang sangat memudahkan orang yang takde dekat rumah time siang tapi gatei nak shopping online, aku la tu haha. Selalu kalau aku shopping online aku pos ke pejabat Suami aku sebab kalau pos ke office aku, sebulan baru dapat agaknya sebab security akan bukak parcel tu cek apa semua. Takuit aku beli bomb la tuww haha.
Tup tup Suami aku kene pindah office pulak, so sebelum dia biasakan diri kat sana kena la aku cari inisiatif lain. Kalau tak terkozut kawan2 office dia nanti baru pindah hari2 lori pos datang hantar barang. Amboi dia tu.
Dulu aku ingat EziBox ni untuk drop barang yang nak post je sekali boleh jadikan as address kita. Very convinient! Bravo PosLaju. Ni ada senarai locations EziBox. Korang cari la mana yang terdekat dengan tempat korang. Paling best sebab dia 24 jam. Kalau korang terjaga nak solat tahajud tetiba teringat ada parcel tak ambil lagi boleh la keluar bertelekung pukul 3 pagi pergi ambil. No hal. Cuma takut orang azan je la ingat korang pontianak haha. And one thing aku tak pasti kalau kita guna courier service yang lain boleh ke drop barang dekat situ or dia terhad untuk barang yang guna Poslaju je. Nanti aku cuba and bagitau haha.
So aku pun try la untuk 1st time. Senang je nak guna, korang just ikut arahan dekat screen. Bila posmen dah drop nanti dia bagi SMS no pin, kena collect dalam masa 48 jam, kalau tak ambil dia transfer ke pejabat pos berdekatan kot, aku pun tak sure. Atenye dah sampai tu pergi je la amek, nak tunggu apa lagi. Tak ekseted ke barang dah sampai? Kalau miker (aku) ekseted, rasa macam dapat hadiah dari peminat (aku meminati diri sendiri) haha. Dah orang sediakan platform yang menyenangkan sila bersyukur. Ajenye gemo melehe (delay). Biasa dia tuu.
Memula korang kena tekan menu nak ambil barang, then masukkan no parcel (ada sekali dalam sms). Then dia mintak masukkan nama and no ic orang yang ambil. Then masukkan no pin yang dia sms. Taraa pintu yang terisi barang korang akan terbukak dengan sendirinya. Wow hebat! Haha. Senang kan? Ahh I love technology.
Semalam time aku ambil ada sorang kakak ni tanya aku kenapa dia tak boleh nak ambil. Aku pun tolong tengokkan. Lepas tu Suami aku suruh tanya betul ke alamat. Rupanya alamat lain. So korang kena tengok betul2 sebab dalam 1 kawasan kadang2 ada 2-3 EziBox. Area rumah aku je ada 3. And jangan la beli meja makan or tv pulak unless benda tu korang boleh lipat jadi size A4, agak2 la size yang bersesuaian.
Senang kerja aku nak shopping lepas ni. Boleh shopping tanpa pengetahuan Suami. Eh? Hahha. Lepas dia dah stabil di pejabat baru, dia suruh aku pos ke dia balik. Yes, he's clingy liddat hahaha.
Oh talking about technology, cuba korang tengok YouTube pengacara Trivago tu, Dahlia Shazwan, pasal tour rumah dia. Aku tak boleh nak attach kan link sebab office ni blok youtube. Heh lame. Rumah dia smart home wehhhh! Ahh amazing gila untuk orang pemalas macam aku. Command je google untuk on TV, AC, lampu, kipas etc. Ada rezeki nanti aku nak buat rumah aku macam tu jugak la. Suami aku setuju je bab2 memalaskan diri ni haha. Doakan rezeki kami murah. Oyeahhh! Eh? Aameen.
Allah pepagi pukul 3 amek barang kt ezibox.. kegigihan melampau tu ahahahaha
ReplyDeleteHahahaha. Kadang2 perempuan ni gigih dia lain maciammm.
DeletePerempuan ni semangat dia memang lain macam. Kalau bangun pukul 3 pagi kena pilih tahajud ke ezibox, sah2 dia pilih ezibox. lol. ajenyegitteww.
ReplyDeletehahhaha ajenye yeeee
Delete