”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/03/2020

Last Weekend of Oct: PKPB (bila nak tamat?)

I got a long weekend last week, started from Thursday (Cuti Maulud Nabi), Friday (WFH, consider cuti la hehe) and the usual weekend; Saturday & Sunday and Monday (WFH again). 5 days at home, kapak wehh. Why kapak meh?

We did nothing much, just melepek dekat rumah tengok movie, sembang, gurau senda, main game. Aku masak ayam masak merah, kambing bakar and Vietnamese rolls. Susah rupanya nak menggulung benda alah tu. Suami aku masih dengan rutin dia makan suun. Padia haha. 

Ada satu pagi pergi beli Nasi Kerabu Borhan dekat Setapak. Siapa area KL boleh pergi try, sedap wooo. Recommended. Then ada jugak pergi lunch dekat Restoran Temerloh Catering Ikan Patin. Sedappp, kuah dia pekat. Semangkok ikan patin biasa, ada 4 ketul bahagian badan, size kecil ke sederhana RM14. Ok la makan berdua. Tapi air dia mahal, padia limau ais RM3, pergi sana korang minum je la air sejuk, free.

Nasi Kerabu Borhan. Daging tu banyak even nasi dah habis, daging banyak lagi

Pada petang Jumaat yang hening, aku ajak Suami pergi DIY beli barang sikit. DIY is my IKEA hehe. Habis beli dia ajak round dekat Kemensah, tengok sungai katanya. Aku on je. Sebelum gerak ke sana aku google Sg. Kemensah and ramai suggest naik Bukit Batu Chondong. Dekat DIY sempat beli guard knees and ankles acah2 nak pakai time hiking. *Beria*

Aku ajak Suami hiking pagi Sabtu, dia on je. Dia ajak pergi recce entrance dulu. Aaajoomm kite. Masuk ikut laluan tepi pagar Zoo Negara. Time masuk tu hujan pulak. Dari pintu utama nak ke entrance bukit tu jauh jugak la around 5km. Maka jumpalah kami entrance tu, siap recce tempat parking dengan semangat berkobar-kobar nak hiking esoknya.

On the way balik rumah, Suami ajak singgah kedai basikal, nak ushar katanya. Dia memang dah lama mantera kat aku nak beli basikal, nak beli basikal haha tapi tak beli2 nya pun. Dah tu nak beli basikal harga 5-7 riban mana aku tak bising, beli yang 1k pun boleh kayuh whatt. haha. So kitorang pun singgah kedai WMS Adventure dengan niat yang suci iaitu hanya melihat sahaja.

Boleh dikatakan aku ni takde la teringin nak beli basikal. Sampai je kedai tu, tudia punya ramai orang macam nak beli ikan dekat pasar Chow Kit. Aku pun belek2 la basikal. Aku terminat folding bike sebab memandangkan basikal tu akan duduk dalam kereta je, koser aku nak angkut naik rumah aku tingkat 4 takde lif tu haha.

Harga folding bike tayar kecik tu pun semua almost RM1.2k ke atas. Wth haha. Tetiba ternampak satu folding bike size 24. Uuuu menarik. Owner dia pulak friendly ha bonus point nak cuci mata. Dia cakap basikal aku tengok tu tinggal RM999 lepas diskaun, jenama Gomax. Suami aku pulak bagi green light. Apa lageyyyy, terus rasa ada minat. *tetiba.

Tapi takkan aku nak ride sorang? Yang nak basikalnya dia ke aku sebenarnya? Dah aku macam 70% nak beli, dia pun ushar mana dia nak pulak. Taknak kalah sedare tu, nak yang body carbon sebab ringan katanya. Aleh mengada haha. 

Hasilnya, dua2 TERbeli basikal pada senja itu tanpa niat yang jitu hahaha. Dari dalam kereta membawa ke malam dia asyik tanya aku 'apa kita buat ni Yang?' Haha. Ada masa kitorang pandang sesama sendiri without a word then dua2 terburai gelak. Hahaha padia la dua ekor ni, menjadi je kalau bergabung.

Maka dengan semangat basikal baru, pagi esoknya lepas Subuh terus rasmi, tak jadi terus niat hiking Bukit Batu Chondong. Maka cycling la kami pusing celah-celah KL sejauh 18km. Syok wei sebab ada angin and time turun bukit tu enjoyyy. Yang tak best naik bukit. Bahahha. Kau hidup nak senang je. Tapi cycling more enjoy than jogging and hiking. Hehe.

Hari ke-2

Hari Pertama

Semangat tengah baru kihkihkih

Struggle jugak weh nak fold-unfold basikal tu but I'm used to it. Hah gituuu. Berat basikal aku tu 10kg ada. Suami aku tak habis2 tengok Shopee, nak beli rack bicyle untuk kereta la apa la, biasa dia tu.  Haha. Basikal dia basikal normal, bukan folding. Aku cakap pastikan fully utilise. Harga basikal dia off course lagi mahal dari aku. Hari Ahad siap pergi Decathlon sebab nak beli glove haha ngade kan? Suami aku beli seluar ada padding. Aku punggung ok ada cushion semula jadi haha. Tangan je sakit sebab handle dia tak sedap sangat. Pakai glove sedap. Then pergi DIY beli bag bicycle untuk letak barang, RM39. Kalau korang jenis penyabar boleh beli dekat Shopee, bawah RM30 boleh dapat without postage hehe. 

Time kitorang cycling memang ramai orang cycle jugak, dah jadi fenomena dah sekarang kan? Suami aku ajak pergi Frasel Hill naik basikal dari Kuala Kubu Bharu. Gilo ko apo? Hahaha. Target aku lepas ni nak beli lamp and helmet lain. Hari tu beli basikal dapat free helmet, bottle and bottle holder tapi saje gedik nak beli yang versatile sikit. Kau menghabiskan duit laju je kan haha. Habis la dua2 kene bebel dengan Mama nanti. Haha.

Jom berbasikal kome weh. It's an expensive hobby but your choice. Pilih yang mahal, mahal lah ia. Pilih yang murah, murah la ia. And pastikan jangan hangat2 tahi ayam. Pernah rasa ke kehangatannya pun adoi? Haha. 

2 comments:

  1. Menarik gak hobi ni.
    Haritu ada nampak basikal kt Jusco color pastel pink and putih. Siap bakul comel betul nyaris je nak beli buat pusing-pusing kL . Uhuk..~ Tapi aku tak beli la sebab kenyataannya aku bukan kat Jepun atau Korea nak feeling naik beskal comel gitu. Teringat zaman kecik-kecik dulu kenapa la tak basikal cmtu.

    Merata juga kau berjalan masa PKPB ni. Aku nak ke Ikea yang dekat tu pun rasa macam fikir 8 juta kali risau ada roadblock alasan ape aku nak bagi pulak nanti. lols.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha aku dapat imagine basikal tu macam mana sebab aku pernah nampak mungkin basikal yang sama. Tapi betul la cakap kau, basikal tu memang tak sesuai dengan iklim dan bentuk bumi negara kita haha. Orang korea naik basikal tu ke tempat kerja, kalau kita mesti berpeluh dah haha.

      haha sepanjang aku merayap aku tak jumpa lagi polis. Mungkin aku tak rentas daerah hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!