”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/18/2021

Raya 2021

Aku ni bukanlah orang yang sukakan keraian. Raya best bagi aku sebab makanan je haha, yela dah 24 hari tak makan siang. Yang laki yela 30 hari, perempuan macam aku ni tak la 30 hari straight tak makan siang ehehe.

Raya tahun ni aku tak ambil cuti extra pun, nak buat apa pun? Cuti yang ada ni pun mengah nak habiskan sebab melepet je kat rumah. Habis raya pertama habislah Raya 2021 kami. Pagi raya kedua Suami aku dah start ajak jogging balik. Baiklah. For starter dapatlah 4km. Ok la tu kan? Jogging di persisiran sawah sambil melihat burung berterbangan, itik berenangan, kehijauan alam dan kura2 tersekat dalam lumpur. Sungguh mengasyikkan. Haha.

Raya 1st Laki aku je pergi masjid sebab masjid situ terima 50 orang jemaah laki je. Nasib aku sempat daftarkan dia. Balik dari masjid kami melantak lemang dengan rendang campur yang Mak aku buat, my Husband's favourite. Makan banyak gila, dua hari berturut-turut. Tu bila cek BP bacaan dekat border agaknya. 😝

Dah kenyang apa lagi kitorang bergambar la. Rumah aku dekat dengan empangan sungai, sementara tunggu yang lain bersiap aku dengan Laki aku naik motor pergi photoshoot dekat empangan. Then adik aku call cakap nak sesi bermaafan dah. Haha ada sesi2 ye. 

Aku dengan Suami aku dah bermaafan berpelukan lepas jemaah Maghrib sebelum pagi raya dah. Suami aku taknak drama depan orang ramai. Nak drama nak bercium ke apa biar berdua dalam bilik. So takdelah gambar aku dengan solehahnya cium tangan dia haha. Tapi kalau bergambar je apa salahnya kan? Lupaaa! Haha. Tahun depan lah nak acah pun. Haha

Menantu kesayangan sebab dia sorang je menantu kakaka. Seronok dia dapat banyak duit raya tapi semua aku rembat hahahha.

Syahdunya peluk Mak. Sayang Mak and Ayah sangat!

Alhamdulillah Raya kami complete, adik aku dah lama WFH. Aku pulak memang bulan puasa duduk rumah Mak aku. Sampai Nenek aku tegur, sewa rumah tu memang untuk letak barang je la ye? Ehehe lebih kurang gitulah Pah oii. Haha

Oh cakap pasal Pah, raya ni tak jumpa pun dia sebab kan tak boleh kunjung mengunjung. Haishh sedihh. Nasib ada 2-3 orang makcik aku memang duduk sekali dengan Opah, kalau dia duduk sorang memang aku culik bawak datang rumah aku. Bukan jauh pun, 17km je. Tapi SOP kita cubalah patuhi sebaiknya. Uhukk.

Raya dah tak sama macam dulu especially start tahun lepas. Tahun lepas okay lagi dapat juga rentas daerah, tahun ni nak beraya rumah jiran pun tak boleh. Tak beraya lagi dengan Mertua aku, Ahad sebelum raya aku sempat ziarah dorang kejap hantar biskut raya. Baju raya dorang pun aku dah settle kan, semua online je nasib muat. Hoho. 

Harapnya raya tahun depan boleh meriah balik macam biasa. Aku syukur sangat dah pindah Perak dah dekat dengan Parents. Tak dapat bayangkan kalau aku masih kat KL, raya sorang2. Huaaa. Harapnya siapa yang jauh tak dapat balik beraya, dapat balik dalam masa terdekat. Tak raya dah pun takpe janji dapat balik dengan hati yang tenang. 

Ya Allah kau hapuskanlah makhlukMu yanng bernama Covid ni dari muka bumi. Kau hantarlah mereka ke matahari supaya mereka terbakar. Jika ini balasanMu buat kami yang dah melampaui batas, Kau ampunilah kami, sesungguhnya Kau Maha Pengampun. Bantulah Kami menuju jalan yang Kau redhai.

Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada saudara2 kami di Palestin, Kau lindungilah wanita, anak kecil dan orang-orang tua di sana. Aku tahu ganjaran yang besar sedang menunggu mereka di alam sana. 

Aameen.

5/11/2021

I'm vaccinated

Aku dikategorikan sebagai frontliners kelas kedua. Aku tak dijanjikan vaksin, hanya akan di offer kalau ada lebih. So aku tak mengharap langsung plus to be honest tak berapa yakin nak ambil hoho sebab benda baru kan. Ingat nak ambil fasa 3 nanti bila ramai dah ambil haha

Satu hari di petang Ahad yang hening aku dapat panggilan dari unknown number, nombor office. Memula aku tak angkat then dia call lagi sekali aku angkat la

Cik Nurul Nadiah dari ____ ye?

Ye saya bercakap

Cik free tak 14hb ni untuk ambil vaksin

Ha?

Time ni aku blur kejap sebab tak ready

Nak jawapan sekarang ke?

Kalau boleh Cik sebab ramai lagi saya nak call ni

Tapi saya tak daftar dekat MySejahtera lagi

Takpe Cik, boleh 

Dalam keadaan kelam kabut aku pun iakan je lah.

1st dose - 14 Apr 2021 (2 Romdan)

*Pengambilan vaksin tak membatalkan puasa

Aku pun pergi ke Pusat Penerimaan Vaksin. Aku dah tau flow nya sebab aku la jadi mangsa rehearsal time memula benda tu siap. Proses berjalan lancar sebab rezeki time aku pergi tu tak ramai orang. Aku ada allergic ubat antibiotik tapi tak tahu jenis apa. Aku bagitau Dr dia kata boleh je cucuk selagi allergic tu tak menyebabkan sampai kena masuk hospital. Tapi dia bagi aku untuk dipantau lepas cucuk selama 30 minit, orang lain 15 minit je.

Alhamdulillah went well, takde side effect just lenguh tangan, sakit kat tempat cucuk and rasa bengkak.

2nd dose - 5 Mei 2021

Repeat flow yang sama. After effect pun macam 1st dose. Tapi hari kedua aku mula sakit kepala (mild), badan panas on off (mild) and lemau gila rasa, mengantuk yak amat. Aku tidur je sepanjang hari. Hari ketiga aku ambil cuti dan rest dekat rumah. Hari ketiga getting better. Alhamdulillah. Then all good.

Oh untuk 2nd dose sebelum ambil tu time sahur aku dah telan panadol 2 bijik siap2, sebab tu la kot 1st day tu aku okay je.

Aku dapat vaksin Coronavac yang dari syarikat Sinovac tu, sama dengan KJ hihi nak jugak mention hahaha.

Aku tak berani nak komen apa2 pasal vaksin ni. Aku pun dikira paksa rela haha. Aku just niat ini ikhtiar terbaik aku dalam membendung gejala ni bukan untuk diri aku je tapi untuk orang sekeliling aku jugak.

Rezeki aku dapat awal. Alhamdulillah. Ada kawan aku positif Covid-19 waktu tengah tunggu tarikh nak cucuk 2nd dose. Makna kata, 1st dose memang tak kuat lagi nak jadi perisai kita. Tapi keberkesanan completed doses pun tak sampai 100%. So walaupun dah cucuk, sila la patuhi SOP jugak. 

Kes Covid negara kita tengah mencanak naik. Semua orang exhausted especially warga kesihatan. Marilah sama2 doakan semoga Allah hapuskan Covid dari muka bumi secepat mungkin. Jangan lupa doakan juga saudara kita yang sedang berperang di Palestin. 

Dunia semakin tenat, fokuslah pada yang penting, hargai keluarga dan orang tersayang, maafkan semua orang, hapuskan dendam, semoga ketenangan hati sentiasa tersemat dalam jiwa kita. 



5/07/2021

Raya Prep!

Last weekend aku, Suami, Mak dan adik2 ke Ipoh dengan tujuan mencari baju raya sang jejaka. Kitorang yang perempuan ni dah ada baju raya. Baju tu sebenarnya baju kenduri kahwin cousin aku tapi kendurinya tak jadi kakaka. Eh nikah jadi, kenduri je tak jadi. Biasalah covid ni kan. So dah ada la kami baju kurung sedondon. 

Memula kami ke Jakel. Tudia ramai orang beratur. Nasib Jakel sediakan kerusi untuk duduk. Tak lama pun tunggu sebab sekali masuk ramai jugak dia lepaskan. Kami pun masuk la cari baju. Adik and Ayah aku nak baju melayu. Suami aku nak cari kurta je.

Punya la sesak dalam tu, penjarakan memang hauk la tapi semua pakai mask. Rimas aku ramai gitu, sempat la cuba 2 helai then tak berkenan terus bla. Mahal pulak tu. Kat luar lagi murah dan kain lagi sedap, bagi aku la. 

So kitorang ke deretan kedai yang jual baju2 tradisional ni. Terbang dari satu kedai ke satu kedai yang lain, Alhamdulillah jumpa kurta Suami aku. Dia ni cerewet jugak so bila jumpa tu lega la aku haha. Murah pulak tu. Half price dari Jakel. Adik aku tak jumpa2 lagi baju melayu dia. Nak yang fit la apa la, ingat handsome? Haha

Then kitorang pergi Aeon cari itu ini. Mak aku cari cadar raya la apa la. Aku dengan Suami cari baju-baju basahan. Aku belanja dia, dia belanja aku auwww so sweet (rolling eyes) hahaha. Padahal boleh je guna duit masing2 kan tapi sebab nak add sentimental value tu, itulah dealnya. Patutnya dia je nak belanja aku baju. Tapi kau tau la laki kan, selagi tak koyak rabak baju selagi tu la pakainya. So aku sebagai isteri mithali belanja la dia baju jugak. Nasib underwear dalam seluar, kalau tak, takde function pun pakai (iykyk) 😝.

Dah tua2 ni takde la beria sangat nak sambut raya. Dulu time budak bukan main semua baru, spenda pun baru haha. Mungkin sebab time tu guna duit Mak Ayah kot sebab tu semua baru. Bila kena guna duit sendiri ni kedekut pulak rasa. Haha. Dulu kasut setiap tahun baru but now dah beberapa tahun tak beli kasut baru.

Especially zaman covid ni lagi la takde mood nak beraya. Nak pergi rumah orang pun takut dorang tak selesa nak terima tetamu. Maka berayalah dalam bilik sambil layan tiktok huhu. Dah la sebelum2 ni pun takde la meriah mana aku sambut raya, jadi macam ni lagilah. Bezanya ada rendang je la kot.

Ingat tak aku cerita pasal iron board yang tak dapat tu? Ha nasib baik pergi serang hari tu terus dapat. Rupanya dapat yang kecik, aku ingat yang besar tu. Kalau yang besar untuk iron yang harga RM1000++ tu. Hekk bagi harapan palsu. Kecewa kejap sis. Haha

Hari tu kitorang berbuka dekat Johnnys. Book sehari awal dengan deposit siap menu. Sampai, duduk, tunggu azan terus makan. Sedap weh tomyam dia. Gu pulak dengan nasi goreng hot and spicy dia umphhh terliur type ni hoho. Suami aku makan nasi putih dengan beef masak apa entah, pun sodappp!


5/06/2021

Zaman Silam #2

A - Dia ni pun aku kenal melalui media sosial. Dia kawan kepada kawan aku. Orang kampung aku juga. Engineer O&G. Ada pengalaman buruk dalam perhubungan sebelum ni dan macam trauma. Aku tak ingat dia ada cerita dekat aku ke tak. Oh ada, dia kene cheat and memang dia trauma and jadi pessimist. 

1st date kami berbuka puasa. Dia bawak kawan dia, selalunya perempuan yang bawak kawan kan? Aku kan jejans haha. Awkward sebab aku ni introvert plus kawan dia tu senior aku dekat sekolah tapi went well. Aku ni orang yang firm dan tak suka kepada uncertainty. Balik tu terus aku tanya direct. How? Nak teruskan untuk kenal ke nak stop? Kot la muka aku bukan taste dia ke cara aku makan ke apa ke yang tak kena pada dia. So baik stop awal2 dari buang masa. Dia cakap nak teruskan, kawan dia yang ikut pun suruh teruskan. Then proceed la. Dia kerja dekat Pangerang time tu. Tak contact hari2 sebab dia busy and aku okay sebab aku dah biasa single, dulu ada bf pun selalu je kena tinggal haha.

Memula aku ingat dah okay dengan dia ni. Aku teman dia beli baju raya bagai. Ada satu hari tu kami keluar ke Ipoh. Ha time tu dia baru ambil kereta jugak and aku jugak penumpang pertama dia. Aku memang ditakdirkan rasmi seat kereta orang kot hahaha. Lepas makan tu kami sembang panjang. Dia cerita pasal family dia, he comes from a broken family dan bukan dari keluarga yang senang. Boleh nangis oo dengar. Dia pun nangis time tu. Tapi ada satu benda yang ganggu fikiran aku time tu. Aku cerita dekat Mak jugak pasal tu and Mak pun agak risau, pasal history family dia. Tapi yang lain dia memang ok. So aku ignore kerisauan tu.

Sampai la tetiba dia ghost aku. Lama. Aku pulak dulu jenis kalau kau tak message aku jangan harap aku nak message dulu. Ego haha. Tapi dah sebulan lebih kot aku jadi tak tahan aku message dia. Then dia reply message aku panjang gila. Dia cakap dia memang nak uji aku, nak tengok aku cari dia ke tak, aku jenis sabar ke tak dengan kerja dia. Dia taknak benda tu jadi alasan aku cari lain nanti time dia jauh dengan aku.

Aku macam WHATTTTTT???! Macam aku cakap sebelum ni, aku ni tak suka uncertainty. Kalau kau ada kerja ke apa ke, bagitau. Setahun pun aku sanggup tunggu. Terbukti kot benda tu time ex bf aku intern setahun atas kapal haha. So time aku tak cari dia, dia ingat aku bersuka ria dengan laki laki lain macam ex dia. Eh hellooo? Aku bukan playgirl la. 

So aku pun fedup and time tu datang balik kerisauan yang aku ignore mula2 tu. Aku decide taknak fix kan, taknak betulkan then terputus macam tu je. Dia pun dah kahwin sekarang, dah ada anak. Alhamdulillah. 

A2 - Hahaha. Bukan orang yang sama. Dia ni aku pun tak ingat macam mana boleh kenal dia. Kawan ke media sosial eh? Orang kampung aku jugak. Anak kawan Ayah aku tapi bukan kenal melalui Ayah haha. Yang aku tahu dia kerja dekat kilang buat microchips dengan kelulusan diploma. 

Dengan dia ni memang aku anggap kawan walaupun muka dia boleh tahan jugak. Muka dia macam pelakon Fazren Rafi. Aku turn off sikit dengan dia ni sebab suka eja tak betul haha. Aku tak boleh orang message eja macam rempit ni walaupun tak kritikal sangat dia ni. Berapa kali la keluar, datang raya rumah semua. Dia ada bagi hint tapi aku ignore sampai la out of sudden dia panggil aku sayang. Pantang aku kalau tetiba ni.

Aku terus tanya dia apa dia nak sebenarnya dari aku. Kalau nak serius bagitau, aku tak suka uncertainty sebab once aku commit, aku akan commit. Kalau tak suka hati aku la nak keluar dengan siapa ke apa. Dia ni memang cop aku garang haha. Bukan garang, tegas kahhhh. Then dia cakap dia pun tak pasti. Marah la aku tak pasti nak panggil2 sayang padia. Kena sembur. Kitorang stop dekat situ je. Lepas tu ada dia message semua aku tak reply dah. Muka handsome takde pendirian diri tak guna ye hahaha.

Dengar cerita dah kahwin dah dia. Alhamdulillah. 

F - Ni first aku jumpa dia kat tangga hahaha. Dia nak naik tangga aku nak turun. Time tu dia dengan kawan ofis aku. Aku just senyum je la courtesy. Beberapa jam lepas tu kawan aku masuk bilik aku bagitau yang F nak kenal dengan aku. Wahhh! Cara aku turun tangga sungguh mempesonakan ke? Hahaha. Time aku free to mingle, aku ok je la nak kenal plus muka dia pun elok bahahahhaha.

Dia ni pulak Penolong Jurutera. Buttt baru je kenal aku dah rimas. Padiaa setiap kali solat tanya aku dah solat ke tak? Aku solat penuh dari sekolah rendah kau tau! Hahaha. Lepas tu setiap hari call kejut bangun Subuh. Jarang la aku angkkat sebab tak selesa nak bagi dengar suara serak bangun tidur, sexy yaww hahhaa.

Ada satu hari tu aku just sembang kosong dengan dia, cakap teringin tea ais yang tengah viral. Aku cakap esok la aku beli sebab malas pulak nak keluar. Dekat sejam lepas tu dia call suruh keluar rumah, cakap nak jumpa. Aku keluar la sekali dia bagi tea ais weh. Sumpah aku tergamam sebab jauh kot rumah dia dari rumah aku, 30km ada. Merepek semata nak hantar tea ais. Aku cerita kat orang lain semua cakap sweettnyaaaaaaa. Tapi nape aku annoyed? Hahahha. Itu adalah kerana aku tak boleh masuk dengan dia. Situlah titik tolak penentuan hati aku yang tengah bercelaru.

So aku terus terang dengan dia sebab aku tak suka buang masa sendiri dan buang masa orang lain. Dia keep berusaha tapi aku keep ignore sampai la diam begitu sahaja. 

Tu je kot yang aku ingat. Ada yang minat aku bagi baju kurung la bagi surat cinta la semua aku tolak secara baik then meneruskan hubungan seperti sedia ada walaupun aku tahu pihak yang lelaki tu mengelak. Tapi being me, aku memang slumber haha. Yang laki pulak yang segan kakaka.

Kepada yang aku pernah terbagi harapan tanpa sengaja, maafkan aku. Dengan Suami aku, bila aku cerita pasal laki2 yang pernah hadir dalam hidup aku, dia memang cakap itu adalah sejenis harapan walapun bagi aku itu normal gesture aku. Aku mudah gelak, mudah terhibur, senang bawak berbincang, susah melenting. So itu points yang laki tu rasa aku the right choice padahalll. Hahha

Suami aku pernah cakap 'Kalau la skandal2 Ayang tu tau perangai sebenar Ayang yang gila, mesti dorang menyesal pernah suka kat Ayang'. Hahahhaa kuangjoo yee. Then aku tanya 'So Abang menyesal la ni kahwin dengan Ayang?'. Sambil buat muka menyesal dia mengangguk lemah. Terus aku lompat ke arah dia dan jerut tengkuk dia menggunakan lengan aku yang sado sambil jerit "Haha I dont care! Padan muka. Menyesal dah tak guna. You stuck with me forever" Bahahhaa.

5/05/2021

Zaman silam #1

Sebelum aku kahwin dengan Suami aku sekarang, aku ada sorang je ex boyfriend yang lain semua skandalicious hahaha macam jahat sangat bunyinya. So hari ni rasa nak cerita pulak kenangan2 lama (yang aku ingat) yang dah jadi bahan lawak untuk diri sendiri. Don't worry dengan Suami aku dah cerita awal2 dah semua. Tapi aku percaya lepas baca blog ni mesti dia akan cakap "Abang tak tahu pun cerita yang tu" 

S - ni exbf aku. Lama jugak aku dengan dia dekat 4 tahun. Dengan dia memang macam kawan baik je, cakap pun aku kau awal2 bercentaa haha. Dia memang kawan baik aku pun sebelum tu. Aku couple dengan dia time tahun SPM. Haha kau dah kenapa? Rasa akan fail SPM ke tetiba nak boyfriend so bila fail boleh terus kahwin haha. Aku memang dah kenal dengan family dia, beberapa kali la aku tidur rumah family dia. Dia pun ada datang rumah aku beraya tapi Ayah tak berkenan sangat dengan dia sebab dia kerja kapal. Ayah  tak suka anak dia selalu kena tinggal nanti 😝

Berapa kali jugak putus then sambung balik. Yang akhir je tak sambung sebab aku dah tekad. Aku pun tak dapat rungkaikan kenapa kitorang break. Banyak tangled isu kot, masing2 tengah darah muda time tu, dengan PJJ lagi.  Tapi lepas tu kami baik je. Sebelum dia serious dengan bini dia sekarang dia selalu je call aku bila dia tengah berlayar dekat oversea. Dulu time dia berlayar memang aku pegang kad bank dia sebab senang dia nak suruh transfer duit dekat mak dia. Even lepas break pun ada jugak aku buat kerja tu tapi time tu dah moden dia bagi aku password M2U dia. Caya nau kat aku haha. Tapi TAC still kat dia la.

Dia kahwin dulu dari aku, dah 2 anak pun. Alhamdulillah. I'm happy for him. Just baru2 ni aku blok dia dekat IG sebab kitorang ada je contact and aku rasa benda tu tak sihat untuk perkahwinan kitorang walaupun aku yakin kitorang dua2 dah move on. Dia peminat blog aku jugak (rasanya lah haha) tapi sejak tukar url ni dia dah tak jumpa kot blog aku. Sebelum aku kahwin dia orang pertama akan wish birthday aku setiap tahun tanpa miss walaupun aku tak pernah wish birthday dia sebab lupa hahaha. Ada jugak aku wish tapi lambat. Lepas aku kahwin dia tak wish dah. So aku tau dia hormat perkahwinan aku. 

Lepas dengan S ni memang aku tak pernah official dengan sesiapa sampai la aku kahwin dengan Suami aku. Tapi percubaan2 tu ada la. Aku perasan aku ni jenis aku yang kena suka orang tu baru jadi. Kalau orang tu suka aku and aku cuba nak suka jarang la jadi haha. Dengan S aku yang confess kot haha. Dengan konfiden sekali sebab aku tak mengharap dia untuk balas kesukaan aku kat dia, aku just nak dia tau perasaan aku time tu hehe. Lepas aku confess tu tak silap aku dia terus call tapi aku tak angkat. Takuitt kena maki hahaha. Beberapa kali dia call baru aku angkat and the rest was a history hehe. Oh dia ni pandai main alat music, semua jenis and dia pernah dedicate dekat aku satu lirik lagu yang dia cipta hahaha. Mostly laki aku kenal berjiwa sensitif contra dengan aku yang tiada jiwa ini haha.

Aku clash dengan S 2011 kot. Aku kenal Suami aku 2016. Sepanjang gap tu aku ada 'kawan' dengan beberapa orang. Calon2 nya adalahhhhhh (papar di skrin). Kau ingat Anugerah Bintang Terkemuka? Haha. Ni aku cerita yang aku respon je eh, yang aku reject malas cerita. Wahhh bajet ramai peminat haha. 

General rule: Semua yang aku berkawan ni memang semua berupa sebab aku memilih rupa ibarat aku ni cantik sangat lah. Haha takla. Sedap mata aku memandang, taste aku. Yang aku tak suka pandang memang aku reject sebab camne nak suka kalau nak pandang pun aku taknak. Wah statement kauuu! Hahaha

R - Aku kenal dia melalui blog ni hahaha. Dia emel aku then add aku dekat FB. Dia orang kampung aku. Then kitorang jumpa. Dia navy. Suara sedap. Dia pernah hantar 1 lagu dekat aku main gitar aku ingat penyanyi asal rupanya dia wehhh hahaha. Tapi lagu tu terlampau romantik untuk aku, cringe aku dengar. Cuma aku tak tahu tajuk lagu tu apa sebab aku tak pernah ambil tahu benda2 tu.

Dia ni baik tapi agak memaksa and terburu-buru. Baru kenal terus ajak kahwin. Erkkk. Aku time tu dah la muda remaja lagi dan masih dalam fasa main2. Dia matang and tua sikit dari aku. Aku jadi tak selesa bila dia too serious nak involve kan aku dalam hidup dia. Time tu dia nak beli kereta, dia suruh aku pilih. Aku tak reti weh pasal kereta. Then dia beli kereta apa ntah. Hari dapat kereta dia terus ambil aku dekat office sebab dia nak aku jadi orang pertama naik kereta tu. Eh eh eh.

Then dia nak pilih tempat next posting dia, dia suruh aku pilih jugak. Wooo sir woo. Relax. Time tu tak salah aku ada Johor, KL, Perak, Sabah. Memang tak la aku pilih. Aku baru nak kenal kot. Ada sekali tu bulan puasa dia siap hantar lauk berbuka untuk aku sekeluarga. Dia nak datang rumah aku tak bagi. Jangan cari pasalll. Bukan boleh bawak bergurau orang camtu, karang tetiba terus cakap nak kahwin dengan aku dekat Ayah then tetiba Ayah setuju tak ke jahanam? Hahah. Time tu aku tak terfikir pun pasal kahwin. 

Kemuncaknya bila dia ajak beli cincin tunang. Haha. Time tu aku keluar dengan dia. Aku cakap eh sabar la dulu. Dia dengar cakap aku tapi sebelum keluar kereta dia paksa2 lagi bab tu. Aku just senyum. Sampai rumah aku terus message dia cakap aku taknak dengan hujah2 yang bernas. 

Aku rasa dia memang nak kahwin sangat dah time tu. So dari buang masa baik aku stop kan dekat situ, pergilah kau berterbangan mencari jodohmu sesungguhnya aku tak rasa kau jodoh aku. Gitu. So putus hubungan dekat situ. Then aku pun dah deactivae FB bagai, tak tahu apa perkembangannya. Dah beranak pinak rasanya. Nasib aku tak pernah terserempak dengan dia time aku kerja kat KL dulu haha. 

..to be continued..

5/04/2021

Ready to welcome me back?

Aku rasa aku nak aktif balik kat sini la (sembanggg  tengah tak busy 😝) Sebelum ni aku update semua aku buat dekat sini, sebagai kenangan. Aku rasa ni platform yang aku boleh cerita banyak benda tanpa ramai yang kenal aku. Lagipun aku baru tukar url, stalkers aku semua dulu mungkin tengah kemurungan cari blog aku tak jumpa. Kau bajet hot kan ada stalker? Kau sedar tak diri kau tu sendu je? Haha

Semalam ada masa terluang sikit aku baca balik kehidupan aku zaman universiti dulu. Dulu aku fun kott! Walaupun dulu aku banyak cerita kehidupan aku dalam blog, even aku baca balik aku sendiri lupa benda tu pernah jadi. Bahahhaha tak boleh pakai betul otak kau.

But why my life now sounds bowringg?  Haha. Sekarang hidup aku memang berkisar aku dan Suami aku mostly sebab memang dia la bestfriend aku sekarang. Alhamdulilllah. Dia la tempat aku bebel, tempat aku gelak, tempat aku jerit. So kalau aku cerita pasal hidup aku memang takkan lari sosok Suami aku dari penceritaan aku sebab he's my life now. Tapi takut pulak orang jelak baca. Macam kau je ada Suami haha. Tu aku jarang update. Hidup dengan Suami aku as for now Alhamdulillah bahagia, fun walaupun kadang2 menyakitkan hati haha.

While aku dan kawan2 dah masuk fasa berkeluarga, kawan2 aku semua dah beranak pinak. Masih rapat tapi memang dah tak macam dulu time kitorang wild and free 😈 (Nak tak aku cerita kisah aku dan skandal2 aku dulu - mana yang aku ingat - amboi ramai ke? Hahaha) Dulu asyik gossip je. Suka orang ni la, orang ni ngorat la, gaduh dengan bf la, bengang dengan orang tu la ini la. Fasa hidup yang tu dah berlalu pergi. Dah kahwin kan memasing, nak gossip pasal boyfirend padia lagiii hahaha. Nak gossip pasal suami boleh jatuh dosa haha. So sekarang gossip nya pasal vaksin, pasal covid, alahai ilmiah sangat. Pasal artis memang jarang kitorang gossip, they're not important. Gituhh haha.

So aku decide aku nak imarahkan balik (imarah kau! Bila nak imarahkan masjid? Kakaka) blog aku ni dengan kehidupan aku. Dari dulu aku memang simpan kenangan yang best2 dekat sini untuk aku baca balik dan tersenyum sendiri sebab aku ada masalah long and short memory lost  So kalau tak baca aku tak berapa nak ingat. Hahahah. Blog ni pun berguna bila aku ada bagi ceramah dekat diri sendiri then baca balik baru sedar yang aku dah melampaui batas kemanusiaan (nasib sedar la jugak haha)

Plus, bila time gaduh dengan Suami baca kenangan  happy dengan Suami, sejuk la balik hati ni walaupun separuh darinya masih memberontak akibat tekanan daripada rakan sebaya syaitan. Haha

Simpan kenangan yang best dekat sini tak bermakna aku takde masalah hidup, tak diuji. Ada, mustahil takde. Tapi yang tu aku luahkan dekat private blog aku sebab bagi aku negativity tak perlu disebar. Ianya perlu disorok di satu sudut gelap dan berkunci rapat (misteri nusantara).

5/03/2021

Sembang Sorang2 #33

Lama dah tak sembang sorang2 dekat sini. Rindu nak merepek dekat sini tapi kekangan masa menghalang aku daripada menjadi merepek tapi kerepek sedap jugak time2 ni hmmmm dia mula dah haha. 

Dah nak raya pun kita. Tapi nampak gayanya raya tahun ni macam tahun lepas la, tak boleh rentas negeri. Aku bersyukur sangat aku dah senegeri dengan family aku. Alhamdulillah. Raya tahun lepas kita menuju ke angka menurun tapi nampak gayanya tahun ni macam menuju puncak je. Puncak kegagalan mengawal pandemik. Haishh. Everyone is hoping things will get better soon but...... Keep praying guys.

Semua orang ada struggle masing2 during this hard period. Harapnya semua kuat dan tabah. Ujian kali ni bukan calang2, yang paling sakit bila ada yang tak dapat jumpa ahli keluarga buat terakhir kalinya. InshaAllah kita semua akan berkumpul kat sana balik nanti. Bersabarlah, bertabahlah. Allah takkan uji kalau tak mampu.

Kadang2 aku tertanya-tanya jugak, ada tak orang jadi gila sebab pandemik ni? Sebab tak mustahil kan? Ada yang hilang kerja hence tekanan ekonomi, ada yang jauh dari yang tersayang hence insufficient love and support system. Harapnya semua dapat cope dengan isu-isu yang melanda wisely. Aameen.

Bila tengok kehidupan orang lain, aku WAJIB bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Ada keluarga yang supportive, ada Suami a.k.a my very bestfriend, ada kerja yang stabil, ada rumah tempat berteduh, ada kereta yang selesa, dikelilingi orang-orang yang baik, sihat tubuh badan dan mental, sempurna fizikal  dan banyak lagi. Alhamdulillah.

Maybe it's not too late for me to wish you guys Salam Ramadhan cum Salam Aidilfitri. I sincerely apologise for all my wrongdoings. Stay safe, stay healthy and take care! Allah is with us.