Banyaknya cerita yang tergendala. Risau satu hari nanti terkubur macam tu je blog ni ha. Aku banyak update dekat Thread sekarang, itu pun little2 only sebab situ lebih easy to access. Aku sayang gila blog ni, harapnya aku takkan abaikan dia lah haha.
1-3 Mei 2026
Ni aku nak cerita aku pergi Terengganu hari tu ha masa Hari Pekerja. Dah nak masuk 1 Jun dah weh, kau baru nak cerita benda 1 Mei haha. Ahh janji cerita kan? Tapi mana yang aku ingat je lah haha. Tujuannya sebenarnya adik perempuan aku nak attend majlis kenduri kawan baik dia, dah dia angkut 1 family 😒
Jumaat tu kami gerak ke Terengganu sebelum Subuh dan macam biasa berhenti solat di Lenggong. Then meneruskan lagi perjalanan, singgah Gerik untuk breakfast dekat kedai tepi Masjid Gerik.
Kemudian takde singgah mana-mana dah, terus shoot ke Terengganu. Memula nak singgah Pantai Penarik, tapi tak jadi, tak ingat kenapa haha. Kami singgah lunch dekat restoran Along Ikan Baung. Recommended. Sedap, tempat luas, parking banyak dan harga berpatutan walaupun dia agak jauh sikit dari bandar Kuala Terengganu.
![]() |
| Perut bakar. Sedapp. |
Sementara tunggu check in, kami pergi tangkap gambar dulu dekat Jambatan Angkut haha panas baq ang, keluar 5 min je selebihnya duduk dalam kereta. Kami sewa dekat apartment area situ, Apartment Tok Pelam tak silap. Best rumahnya, 3 bilik, bersih dan serba lengkap. Mak aku kerja basuh baju je haha sebab ada dryer sekali.
Malam tu adik aku belanja makan steak. Kemahen ye kauu, pergi Ganu makan steakk. Kau ingat kau pergi Europe ke? Haha.
![]() |
| Sedap bethol spaghetti bolognese ni |
KBB Steak. Kedainya kecil je tapi ambience dia mahal. Makanan sedap, harga affordable. Kami berlima tapi order 3 je tu pun seksa nak habiskan haha. Ayah dengan Mak bukan makan banyak mana pun.
Esoknya adik aku pergi daftar larian Terengganu Marathon pulak dahhh. Fun run je la tapi. Yang buat aku bengkek je, kau tak gila mula lari 830am? Panas oi! Terengganu oi! Tepi pantai oi. Apa organiser fikir eh? Kami flag off sekali dengan kanak2 comel 1km 2km, tapi dorang gerak dulu. Padiaaa.
Aku sumpah koyak time lari sebab takde pokok and matahari mengadap muka kita. Aje gila. Sumpah seranah aku dalam hati haha. Erghhhh. Nasib baik habis lari aku dapat medal, ramai rupanya tak dapat medal. Kalau aku tak dapat medal ni, memang aku panjat meja urus setia. Kau kenapa dah la aku datang jauh2, buat tengah panas pulak tu, medal tak cukup pulak tuuu! Padiaaaa! Haha
Time kitorang lari, Mak Ayah pergi makan Nasi Kerabu Sue Rasa. Memang sedap, untuk kami Mak beli bungkus je. Balik apartment, makan, mandi, tidur sementara adik aku pergi kenduri haha. Dia balik kenduri kami keluar ke Pasar Payang. Dari taknak beli apa, terbeli jugak 1 baju kelawar and sepasang kain ela batik Terengganu untuk bawa pergi kerja. 😏
Habis di Pasar Payang kami nak makan sotong celup tepung dekat Pok Nong tapi tudiaa beratur belingkaq macam anakonda. So kami ke kedai lain, boleh la sedap jugak cuma sos je kureng sikit.
Malam tu macam tak ke mana dah, tak ingat haha. Pagi esoknya lepas Subuh kami ke Nasi Dagang Atas Tol, pergi yang cawangan utama, beratur pun beratur lah tapi tak lama sangat. Bersistematik. Bagusss. Memang antara tempat favourite kami.
Lepas tu balik hotel siap2 untuk check out. Sebelum balik sempat singgah lagi sekali Pasar Payang. Cousin aku pesan kain songket, dah kami terjebak beli sekali. Raya tahun depan tema songket. Padia oi puasa tahun ni pun tak habis ganti lagi haha. Mahal oii kain songket 😭
Then singgah beli keropok bagai sebelum balik. Singgah solat dekat Masjid Setiu sebelah Caltex. Besar masjidnya, paling penting lawo dan bersih gilaa. Kami singgah late lunch dekat area dah nak bersempadan dengan Kelantan.
Sampai Gerik dah nak habis Isya' dengan hujan lebatnya, berhenti dekat satu masjid yang mesra musafir. Alhamdulillah masjid tu pun bersih, besar.
Kami sampai rumah dekat pukul 11pm. Esoknya apa lagi, aku terpaksa cuti sebab badan dah barai haha.
Untuk cerita selanjutnya, sila tekan read more tu ya. Haha
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)












.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)