”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

Showing posts with label merepek sendiri. Show all posts
Showing posts with label merepek sendiri. Show all posts

9/07/2025

Random thought

Sekarang aku nak sembang benda random, apa je yang keluar dari kepala otak aku, aku akan zahirkan di sini. 

Sepatutnya pagi tadi aku kena bangun awal dan pergi picnic dengan family tepi Sungai Perak for brekafast tapi aku cancel kan sebab mengantuk sangat + sengugut. Lagipun semalam aku balik dari Bangi, attend wedding's reception cousin aku. Pergi pukul 7.30am, sampai rumah balik 6.30pm. I drove half way. So maybe sebab badan penat lagi and semalam aku tidur agak lambat, menghabiskan karang entri blog Thailand aku tu.

Hari Khamis hari tu aku balik rumah Mak sebab Jumaat kan cuti and kami nak bagi sedara-mara, jiran tetangga makan-makan sempena Maulidur Rasul. Khamis tu aku tak makan proper so sampai rumah Mak terus makan nasi. Tengah2 makan Mak masuk rumah, aku dengar suara Mak macam nangis.

Aku tanya kenapa, rupanya Pak Mat (pakcik aku yang OKU), muntah darah. Berlari aku tengok dia, memang sedih gila tengok, mengalir air mata aku. Pak Mat dah 62 tahun and dah tak sekuat dulu. Dah tak boleh jalan, kena pakai pampers and banyak baring. Makan pun dah kena orang suap. 

Kami call ambulans, dalam 7pm ambulans sampai. Cousin aku ikut naik kereta, kami yang lain solat Maghrib dulu. Sampai 12am kami tunggu dekat hospital untuk proses warded dia. Dia tu tak pernah masuk hospital tau, punyalah jakun haha tergelak kami. Kepala dia terangkat je tengok kiri kanan.

Doktor cakap oxygen dia drop sikit, ada jangkitan kuman sikit dekat paru2 and dia muntah darah tu sebab ulser. Ulser tu disebabkan stress. Memula aku pelik, dah kenapa dia kena stress? Haha. Dia bukan kena bayar komitmen ke kena perg kerja ke kan haha. Rupanya sebab dia lama terbaring so badan dia stress. Oh gituu. Doktor on antibiotik and tak perlu masukkan camera. Alhamdulillah.

Malam tu pakcik aku yang bongsu tunggu dia dekat ward and sepanjang malam Pak Mat tak tidur sebab dia memang light sleeper and maybe tempat baru, dengan pakcik2 aku yang jaga tu tak tidur haha. Masa round pagi, doktor tu puji family kami sebab dia nampak macam mana kami semua bersatu hati boleh jaga Pak Mat tanpa sebarang keluhan. Thank you Allah kerana memberkati keluarga ini.

Esoknya kami mintak dia balik on our own risk sebab susah nak jaga dia bila dekat hospital. Dekat rumah lagi selesa, katil dia pun memang katil hospital kat rumah ni, bilik air dekat and ada TV plus ada sorang macik aku ex-sister hospital, baru je pencen awal tahun hari tu. Pak Mat peminat P. Ramlee dan Upin Ipin haha. Doakan PAk Mat aku terus sihat ye.

Sekarang ni aku risaukan Ayah, dia batuk teruk gila macam nak terkeluar anak tekak. Suruh pergi cek taknak, degil. Tapi semalam dia serah diri jugak, tu pun pergi klinik kawan baik dia je 😑 Aku dengar dia batuk pun penat. Haishh. Doakan Ayah aku cepat sembuh and sihat ye. 

Hari tu aku bukak thread and nampak ada sorang mak ni tanya siapa nak swap dengan anak dia yang dapat sambung belajar dekat UMS? Hahaha acik kau biar benar, kau ingat ni keje gomen ke boleh swap2 gituu. Adoyaiii. 

Aku tak faham dengan budak dengan mak bapak budak zaman sekarang. Sampai bila kau nak duduk bawah ketiak mak kau je ha? Kemonnn umur dah 22-25. Lemmahhhh! Kenapa tak terima tawaran? Sebab jauhh, sanggup pergi kolej swasta. Kalau kaya then kau pergi je lah terus apply kolej swasta, tak payah buang masa isi UPU.

Dalam Malaysia ni jauh apa la sangat. This is your future kot. Aku tak boleh terima betul alasan jauh jadi asbabnya. I cannot brainn. Manja kedede sangat. Kalau umur 2 tahun faham lah aku, ni 23 tahun kot! Hishhh. Sorry la aku emo tapi entahlaa. Lantak la anak kau, bukan anak aku haha.

Lepas tu semalam aku dengar cerita ada sorang macik ni dah masuk paliatif care sebab cancer dah merebak and sian gila sebab anak angkat dia tak jaga pun dia. Tu lagi satu perempuan ba*n***t. Weh mak kau masa dia hidup dia tatang kau mengalahkan mak kandung menatang anak kandung kot, semua kehendak kau dia turutkan, bodo taknak usaha tapi taknak pakai kereta tempatan, mak belikan kereta oversea. Dasar tak sedar dek untung. Mak tengah kat paliatif kau boleh buat live, buat video tengah pergi dye rambut color merah. Mengucap aku dengar.

And aku tak salahkan pun betina tu 100%, macik tu dan arwah suami dia pun ada salah. Ni la akibat terlampau manjakan anak. Aku tak jeles ye, aku menyampah je. Aku jadi marah sebab dia tak reti kenang jasa. Family arwah ayah dia tengah fight nak ambil bahagian harta arwah yang hak dorang sebab dorang tau tak guna bagi dekat perempuan tu. 

Tak tahu la macam mana hidup dia 1 hari nanti kalau arwah ayah dia sebenarnya tak de wasiatkan dia apa-apa and dengar cerita dia pun on the way nak bercerai dengan husband dia. Husband dia baik, dia je hansap haha.

Harap dia insaf sebelum mak dia pergi, risau menyesal tak sudah. Kalau mak dia pergi and dia pun bercerai, kau sebatang kara kot sebab kau tak kenal pun family kandung kau and orang yang uruskan proses ambil kau sebagai anak angkat pun dah meninggal.

Semoga tersedar sebelum terlambat.


4/20/2023

Random babbling before Raya Eve

Aku dekat office ni, tak cuti pun sebab kejap lagi ada raptai sambutan Raya peringkat Negeri Sabtu ni. So no point aku ambil cuti, lagi pun takde apa nak buat dekat rumah.  Jemput meriahkan majis mengkome wehhhh Sabtu ni dekat Stadium Indera Mulia, Ipoh. Janganlah bagi aku sendu berkerja berseorangan di hari Raya! Haha.

Jemput tau koranggg! Macam2 menu ada. 

Office kosong now sebab ramai dah cuti, ada yang dah ke tapak untuk raptai. Aku lepas Zohor baru gerak. Ni tak tahu nak buat apa, tray kerja dah kosong dah. Next week aku masuk kerja Selasa and sambung cuti Rabu sampai Isnin depannya. Isnin tu cuti Hari Perkerja. Wehoooo.

Nak bebel apa ye pasal raya? Persiapan raya semua dah siap InshaAllah. Duit raya pun dah tukar. Family aku besar, portion untuk duit raya je RM1.5k huahuahuaua *gelak sambil lap air mata*. Takpelah, kita niat sedekah, nanti Allah ganti balik berlipat kali ganda, InshaAllah.

Tapi belum raya lagi aku dah dapat RM350 duit raya! Yihaaa haha. Harap bertambah la amaun tu haha. Syok oo tua2 pun dapat duit raya. Tahun ni Mak aku tak buat business cookies sebab dia nak rehat, so nampaknya takde la duit raya dari Mak. Sobsss HAHAHA. 

Aku sekarang tengah gila beli crystals bracelets. Tapi aku tak la beli yang mahal, semua murah je, majority bawah RM20. Paling mahal pun RM60 camtu. Ada weh yang sanggup beli yang beratus. Kalau beratus tu bagi aku baik beli emas.

Aku memang suka crystals lama dah tapi tak jumpa port. Ni jumpa orang buat live kat Tiktok. Ada 4 kedai aku follow, semua cantik2 pulak tu, tak ke gila jadinya? Collections aku, aku upload dekat Tiktok, tu pun ada yang tak upload sebab takut Suami marah hahaha. 'Kau ni tangan ada 9 ke sampai nak beli banyak macam tu?' Perli Suami ku kepadaku. 😒 Dia tak tahu ke kita nak pakai sampai lengan! Haha.


2 koleksi aku daripada 30 utas yang lain! HAHAHA. Tu pun ada yang tak sampai lagi. *larikkkkkk. Tak semua aku beli macam ni, ada je yang aku beli crystals sahaja. Tapi kita beli gred biasa2 je la kan, boleh beli banyak2 tukar pakai hari2 hehe. Aku harap sangat korang faham tau wehh*tiberr haha. Cincin tu pun batu crystals! Cantik. RM8 je satu hehe.

Pagi tadi pergi kerja hujan lebat yakmat and kereta arah utara memang berpusu-pusu. Tu mesti semua yang gerak time sahur. Seronok ke ek sangkut dalam jem? Soalann punn! Haha. Aku dulu time duduk KL ada la merasa tapi mostly bukan aku yang drive. So bila kita tidur takde la rasa sangat haha. Aku doakan semua yang tempuh jem berjam-jam selamat sampai dan enjoy the journey. 

Makin tua ni makin tak excited nak raya plus bila kena kerja hari raya kan haha apa la nasib. Tahun lepas aku kerja jugak time raya and lesson learned; kena pakai kasut yang selesa! Tahun lepas kasut tu dah la sakit bila lama-lama pakai, salah size pulak, terbesar, so memang kacau. Tahun ni aku beli wedges je siap ada cushion! Ha boleh berlari. Time kerja tu memang ke hulu hilir, berdiri paling kejap 2 jam ye kawan2.

Dah tak tau nak bebel apa haha. So aku doakan kita semua gembira di samping yang tersayang terutama di musim lebaran ni. Control your food intake! Boleh makan semua tapi sesudu je each hidangan haha. 

Kalau ada sesiapa nak bagi aku duit raya, roger ye, aku nak beli crystals bracelets lagi! Huahuahuaua. 

9/08/2022

Niat nak kurus tapi makan macam .....

Semalam aku kerja macam biasa, office masih lengang, biasalah cuti sekolah mak bapak ambil peluang bawak anak jalan-jalan. Aku nanti kalau ada anak memang pergi bercuti time hari biasa je, koser nak bersesak coz eduacation and knowledge are not revolve around class room only, it's wider than that. So kekdahnya pergi bercuti pun adalah sesi pembelajaran gituhhh haha. 

Waktu lunch aku dengan officemates pergi makan Nasi Ayam Penyet Tambun. 2nd time there, love their ayam penyet. Aku yang ajak officemates ke sana and they approved! And I'm proud haha. Kalau korang google dia akan hantar ke kedai lama dorang. Kedai baru dorang betul2 belakang Starbucks Tambun, dekat cafe Extreme Park Tambun. Memang pedas namati sampai pukul 1 pagi tadi aku bangun sakit perut haha. Cari nahas. Yang bestnya kedai tu dia bagi kicap cap kipas udang, mahal oi kicap tu haha. Aku memang tambah kicap nak kurangkan pedas walaupun hakikatnya aku kuat je pedas.

Lepas makan colleagues ajak pergi beli air Yogurt&Milk   dekat Greentown. Takeway je. First time aku tau kewujudan kedai tu. Air dia sedap, ambience dia very calm. Nanti nak lepak sana la sambil tunggu kereta dicuci, depan tu ada carwash yang besar.



Sebab dah habis waktu lunch tak sempat la lepak sini. Looks so comfy and cozy

Banana Avacoda Yogurt. Sedap! 

Petang afterwork aku dengan impian dan iltizam yang tinggi untuk kekal langsing, terus balik rumah salin swimming suit nak pergi swimming dekat Pusat Akuatik Tuanku Zara. Bukan kaleng-kaleng ye, ke stadium terus. Haha. Tapi marah betul aku dengan kerja pembentungan depan hospital Ipoh yang dah bertahun tak settle2 and mengakibatkan jem seterusnya mengakibatkan aku sampai lambat maka kuranglah masa bakar kalori haha alasan kau. Tapi betul aku marah, apa ke hei nye lama sangat? Nama projek 'Projek Pembaikan Pembentungan untuk Keselesaan Generasi Akan Datang'. Whuttt? I already suffer with this generation and I also need to suffer with future generation? How unfair! Haha. 

Sumber: website MBI

Selesa. RM3 per entry untuk dewasa, RM2 untuk kanak2. Aku pergi ladies hours. Even toddler boy pun tak boleh masuk 

Ada 4 swimming pool. 2 dewasa 2 kanak-kanak. 0.5m, 0.9m, 1.1m dan 1.2m. Sebab aku bajet aku athlete of course la aku berkubang dekat yang paling dalam. Kalau ada yang size olimpik pun aku akan ke sana (dengan pelampung)

Sampai pukul 8pm. 7.45pm siren yang macam amaran gempa bumi tu bunyi. Relax boleh? Bikin gelabah je. Buat la lagu doraemon ke apa ke. Tak chill betul

Aku solat Maghrib dekat Masjid sebelah Hospital Ipoh then terus pergi makan malam dekat Dataran MBI. Hapoo lepas workout terus melantak? Haha lapar oii berenang walaupun dah tak skillfull macam dulu sebab lama gila aku tak swimming, 2 tahun ada, lari dah tempo. Haha. Nak kena suruh husband train balik. Aku boleh swimming pun dia ajar hihi.

So hari ni aku puasa bagi menutup dosa makan banyak plus minum air manis semalam haha.

2/23/2022

Wish and celebration

I'm not an event person, not my forte, suck on event management, even the small one. Dan aku bukanlah manusia yang suka wish itu dan ini, like birthday etc because I guess, that's how I've been taught growing up. Aku wish untuk yang betul-betul rapat dengan aku je, yang lain, bagi aku, better aku doakan dalam diam.

This made people think that I'm a person with a less feelings inside, which somehow it's true haha. Aku dibesarkan tanpa birthday party etc which is fine by me because age is just a number. As I grew older, I've been surrounded with people who love to celebrate. I'll chip in but never the mastermind, will just follow the flow, contribute money and when the time comes, I'll be there to enjoy the crowd for a while because my body battery sucks at social event. I still feel tired of my wedding day 2 years back hahahaha. 

Aku serabut nak manage and organise. Nak ke sana nak ke sini, I don't like being tired and load my brain with this and that hahaha. Tapi satu benda aku belajar dan cuba belajar; some people need to be celebrated in order for them to feel loved. I didn't deny that even a small celebration can make your day, even your entire year coz the thought that counts kan? But sorry, I dont have energy for that.

I saw people around me constantly celebrate anything around them; birthday, anniversary, promotion, new house, new baby, new cat which is deserves to be celebrated but heyy where did you guys buy that so much energy? haha

Dulu aku pernah tanamkan harapan untuk certain people wish me on certain occasions, just a simple wish, not even a celebration. But it didn't turn up well, and I got frustrated. So after that moment, I get back to my old self, didnt bother about that things, and I'm happier. And I do hope that all people are same with me, do not take heart when I don't wish them tehee. Sometimes I forgot, sometimes I feel lazy to do so hahaha. 

Hari tu time kene covid ramai gila bagi aku warm wishes and some of them even sent me foods, care package (Thank youuu! May Allah repay you guys with abundance of rezq). I feel so touched by their small gesture. Honestly, I'm not that kind of person but I feel I need to be like that. Not a big party, a big helium balloons, a pull out money etc, but just a small one also can touch the heart. I need to be more empathy and loving especially to the ones that I love. I'm far from person with expression but I think I can make it work, a little bit. 

So yeah, good luck! Haha

2/11/2022

Bekal Makanan ke Pejabat

Aku ada 4 media sosial.

Instagram - tempat aku letak gambar dan stories

Twitter - tempat aku meluahkan monolog dalaman

Tik tok - tempat aku buang masa tengok video orang, aku tak pernah upload apa2 kat sana

Blogger - tempat aku bebel

So hari ni aku rasa nak bebel haha pasal masak dan bekal. Aku suka tengok orang siapkan bekal suami/ anak dengan gigih dan meriahnya. Tapi aku tiada kekuatan itu. Mostly yang berjaya buat macam tu adalah home engineer (housewife) which I respect so much. Not just because they dedicate all their life to make house a home, but their determination and diligent to ensure just only the best are very awe, this including my Mom 💓

Aku takde kekuatan tersebut ye, I was born to be a career woman I guess. Tapi aku cuba sehabis baik aku untuk bagi yang terbaik untuk Suami, not the result but the efforts hehe.

Aku akan berusaha untuk buat bekal kami pergi kerja. Aku ni tak la reti masak sangat, tapi Alhamdulillah for the Husband that's not a picky eater, dia tak pernah langsung komplen masakan aku, tak sedap ke apa. Kalau sedap dia puji, tak sedap dia diam. Hehe. 

Tapi dia ada mengaku malu bawak bekal sebab aku selalu bagi dia 1 bag bangla penuh. Kawan2 dia ejek, nak buat kenduri ke hahaha. But I don't care. Ada masa dia bagi kawan2 dia kongsi makanan yang aku bekalkan. Malu oi sebab aku masak kadang2 okay kadang2 tak hehe. Tapi dorang kata sedap katanya, berani kata tak sedap kepada masakan isteri ketua kau? Hahaha

Aku selalu prep bahan masak bila sampai rumah lepas balik kerja, keluarkan ayam etc. Kadang2 aku terus masak, kadang2 aku masak lepas Maghrib dan kadang2 aku masak lepas kami balik jogging di malam hari. Penat tu penatlah tapi dunia ni memang tempat untuk penat hahaha gituhh.

Ada masa aku malas sangat sampai nak seret badan pun malas, aku bangun esoknya awal2, prep yang mudah2 je, kadang2 aku buat wrap je. Kalau barang dah prepare malamnya, esok tinggal nak goreng telur ke apa, aku bangun 5.30 pagi, kalau semua kena buat pagi tu, aku bangun pukul 5 pagi. Awalkan? Haha. Kene awal sebab paling lambat Suami aku kena keluar rumah pukul 6.30 pagi sebab ofis dia jauh.

Ada masa memang nak bangun pagi pun tak larat, aku say sorry dekat Suami sebab tak dapat bekalkan dia. Aku pun senang kalau bawak bekal ke pejabat sebab aku memang jenis malas nak keluar once dah melabuhkan punggung atas kerusi office ni.

Tapi tu la memang teringin nak buat bekal cantik2 untuk Suami, ada semua zat makanan haha. Aku jarang gila masak sayur sebab kami dua2 tak berapa makan sayur hehe. Hope aku ada kekuatan dan kerajinan untuk improve skill aku. Step pertama kena buat adalah beli bekas makanan. Aku ada minat 1 ni, RM50, tunggu ada duit sikit aku beli untuk kami.

*tujuan sebenar post ini dicipta adalah untuk mohon kebenaran Suami aku secara tidak langsung untuk membeli bekas makanan yang berharga RM50/biji. HAHAHAHA. Boleh kan Sayang? 😝🙊

7/28/2021

Pesanan mesra kepada adik2 piytiydii

Dik,

Akak ni idak le dah lama dalam perkhidmatan, baru je pun masuk tahun ketiga. Tapi sebelum masuk skim ni akak pegawai kontrak skim N, hampir 3 tahun. Time ni memang ada pegawai2 PTD yang secara terang-terangan memperlekehkan jawatan kontrak akak. Tapi dengan jiwa yang murni akak terus bersabar dengan segala cacian. Prinsip akak senang je, akak buat kerja akak sehabis baik, ignore all the unnecessary things, hujung bulan ambil gaji dan enjoy haha. Buktinya, sepanjang hampir 6 tahun duduk dalam kerajaan, akak tak pernah dapat LNPT bawah 90%. Alhamdulillah.

Akak takde la berdendam dengan skim PTD ni, just dekat certain manusia yang bajet dia dewa sebab dia PTD. Haktuihh. Hakikatnya aku tahu macam mana acahnya sesetengah pegawai padahal tin kosong. Ketuk bising berdengung tapi isi takdaaa.

Nak dijadikan rezeki, akak diterima masuk skim PTD ni. Alhamdulillah. Kerja yang sama je akak buat time akak kontrak N dulu dengan PTD, I mean on pentadbiran. Cuma specialnya PTD ni untuk akak, akak dapat duduk dekat desk yang buat dasar. Syok sebab banyak ilmu belajar. But the rest bagi akak semua skim sama, ada peranan dan tanggungjawab masing2. Kita dalam pentadbiran kerajaan ni memang saling memerlukan, tak boleh kerja in silo.

So, kepada hadek2 sekalian, janganlah berkepak sangat bila pegang jawatan PTD ni. Tak payah la acah2 kau tau semua benda dalam dunia ni, jangan rasa kau lagi pandai dari orang lain. It is a long learning process. Kalau kau duduk dekat Kementerian, kau rasa la hazabnya, PTD 41 akan buat kerja PT19. Akak dulu punya terror photostat documents sampai berangan la nak bukak kedai printing. Kahhhh.

Lagi satu, duduk dalam skim ni memang akan dikecam teruk. Entah apa salah kita tak tauu. Tapi kau chill je, kau je tahu apa kau buat. Kita banyak kerja in silent untuk pastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Tapi tak dinafikan memang ada kalanya kita terpaksa berdiam diri dalam kancah kebodohan orang lain, we are being oppress by the system. But chill, do your best in your capacity. Tanamkan niat kerja kerana Allah swt. 

Tak payah gaduh2. Dalam dunia ni memang akan ada orang tak puas hati dengan kita, even kita bernafas pun dia marah. So just do the righ things, Allah knows. Bak kata Imam Syafie:


Tiada manusia / skim  / apa2 pun yang sempurna. Buat apa nak mempertahakan benda yang dah kukuh. Buang masa, buang tenaga. Be humble. Jangan berlagak dan jangan anggap kita je betul, kita paling maksum. Terima setiap teguran dengan penuh hikmah. Serve for a better future, better nation, better Malaysia. Kalau ada yang claim mereka paling banyak berkhidmat, biarkan, biarkannn. We got nothing to lose. 

Sekian. Apa aku bebel tak tau haha.

5/04/2021

Ready to welcome me back?

Aku rasa aku nak aktif balik kat sini la (sembanggg  tengah tak busy 😝) Sebelum ni aku update semua aku buat dekat sini, sebagai kenangan. Aku rasa ni platform yang aku boleh cerita banyak benda tanpa ramai yang kenal aku. Lagipun aku baru tukar url, stalkers aku semua dulu mungkin tengah kemurungan cari blog aku tak jumpa. Kau bajet hot kan ada stalker? Kau sedar tak diri kau tu sendu je? Haha

Semalam ada masa terluang sikit aku baca balik kehidupan aku zaman universiti dulu. Dulu aku fun kott! Walaupun dulu aku banyak cerita kehidupan aku dalam blog, even aku baca balik aku sendiri lupa benda tu pernah jadi. Bahahhaha tak boleh pakai betul otak kau.

But why my life now sounds bowringg?  Haha. Sekarang hidup aku memang berkisar aku dan Suami aku mostly sebab memang dia la bestfriend aku sekarang. Alhamdulilllah. Dia la tempat aku bebel, tempat aku gelak, tempat aku jerit. So kalau aku cerita pasal hidup aku memang takkan lari sosok Suami aku dari penceritaan aku sebab he's my life now. Tapi takut pulak orang jelak baca. Macam kau je ada Suami haha. Tu aku jarang update. Hidup dengan Suami aku as for now Alhamdulillah bahagia, fun walaupun kadang2 menyakitkan hati haha.

While aku dan kawan2 dah masuk fasa berkeluarga, kawan2 aku semua dah beranak pinak. Masih rapat tapi memang dah tak macam dulu time kitorang wild and free 😈 (Nak tak aku cerita kisah aku dan skandal2 aku dulu - mana yang aku ingat - amboi ramai ke? Hahaha) Dulu asyik gossip je. Suka orang ni la, orang ni ngorat la, gaduh dengan bf la, bengang dengan orang tu la ini la. Fasa hidup yang tu dah berlalu pergi. Dah kahwin kan memasing, nak gossip pasal boyfirend padia lagiii hahaha. Nak gossip pasal suami boleh jatuh dosa haha. So sekarang gossip nya pasal vaksin, pasal covid, alahai ilmiah sangat. Pasal artis memang jarang kitorang gossip, they're not important. Gituhh haha.

So aku decide aku nak imarahkan balik (imarah kau! Bila nak imarahkan masjid? Kakaka) blog aku ni dengan kehidupan aku. Dari dulu aku memang simpan kenangan yang best2 dekat sini untuk aku baca balik dan tersenyum sendiri sebab aku ada masalah long and short memory lost  So kalau tak baca aku tak berapa nak ingat. Hahahah. Blog ni pun berguna bila aku ada bagi ceramah dekat diri sendiri then baca balik baru sedar yang aku dah melampaui batas kemanusiaan (nasib sedar la jugak haha)

Plus, bila time gaduh dengan Suami baca kenangan  happy dengan Suami, sejuk la balik hati ni walaupun separuh darinya masih memberontak akibat tekanan daripada rakan sebaya syaitan. Haha

Simpan kenangan yang best dekat sini tak bermakna aku takde masalah hidup, tak diuji. Ada, mustahil takde. Tapi yang tu aku luahkan dekat private blog aku sebab bagi aku negativity tak perlu disebar. Ianya perlu disorok di satu sudut gelap dan berkunci rapat (misteri nusantara).

7/10/2020

Tukar blog address

Entah kenapa dah 10 tahun aku terasa nak tukar blog address aku. Dah makin tua ni makin tak selesa ada circle yang besar so kita twist sikit sebab blog address yang lama ramai orang tahu. Siap ada yang sentap dengan entri-entri aku. Bahahaha. Matematik dia senang je, siapa makan cili dia terasa pedasnya. Eh Matematik ke tu? Bukan Kemahiran Hidup?

Siapa yang jumpa balik blog ni, jumpa la. Lagipun sekarang aku banyak kongsi hal peribadi untuk kenangan. Dulu banyak la masa nak share tips apa bagai, sekarang banyak lagi komitmen lain. Kenapa tak private? Malas la sebab nanti sendiri nak baca sendiri kena log in, aku ni dah la memang pemalas haha. Plus ada jugak info dalam blog ni yang selalu orang cari hehe. Aku selalu tau baca blog sendiri sebab best. Eh? Haha. Maksud aku best mengimbau kenangan lama sebab aku just share yang happy-happy je kat sini hehe.

So kepada orang lama yang jumpa blog ni, tahniahhh! Syabas anda memang hebat. Haha. Kepada orang yang baru jumpa blog ni korang tutup je la, tak de benda yang berpekdah pun dalam ni. Semua syok sendiri, cerita hidup aku, pendapat aku tentang hidup.

Kalau bermanfaat Alhamdulillah, kalau menyampah padan muka kau hahaha. 

6/30/2020

Pengalaman minum air sabun Sunlight

Di satu malam yang sunyi tetiba aku rasa nak mendalami perasaan moyang moyang kita di zaman Jepun yang mana ada di antara mereka yang dipaksa minum air sabun. Maka aku pun pergi la ke dapur bancuh air sabun lalu minum. Hahaha. Memang tak la!

Khamis minggu lepas aku terpaksa bawa balik kerja sebab kena siapkan. Nak buat dekat office tak sempat, entah apa yang aku sebokkan. Actually minggu lepas aku diserang migrain so kepala weng sikit tapi nak taknak kerja kena siap.

Aku siapkan lepas tu nak melegakan rasa dahaga aku pergi dapur buka peti ais dan dengan rakusnya menegok air dalam botol. Hampir secawan baru aku perasan air tu rasa pelik dan bau pelik. Rasa payau yang weird.

Terus tetiba otak aku flash back kehidupan aku 24 jam yang lepas. Baru aku teringat tu botol aku rendam dengan sunlight sebab nak hilangkan bau lemon. Macam mana botol tu ada dalam peti ais? And tetiba terlalu di imbasan otak aku yang semalamnya dalam keadaan mamai aku masukkan botol tu dalam peti. Haneeettttt! Tak pepasal terminum air sabun.

Aku terus google effects dia. Google cakap boleh menyebabkan muntah 24jam and perlu refer doktor. Boss aku dah bising suruh pergi klinik. Aku masih relax. Ajal jodoh rezeki di tangan Tuhan bahahaha. Tetiba aku sakit dada, memang salah satu simptoms dia sesak nafas. Tapi aku fikir aku sakit dada sebab terkojut dengan kebodohan diri sendiri haha. Sakit kepala pun makin menjadi.

Bos aku tanyakan abang dia seorang doktor. Abang dia cakap it depends on our body, different body reacts differently. Kalau sakit dada, muntah2 kene refer hospital ASAP. Indikator aku time tu muntah. So takde simptom nak muntah aku pun tidur dengan aman. Tak dilupakan mengucap sebelum tidur. Seriau jugak bangun2 dalam kubur dan mulut masih bau sunlight haha.

Suami aku dah marah2 sebab aku main2 benda serius haha. You know me better Sayang. Haha. 

1/15/2019

Genting Highlands

Genting Highlands Premium Outlets (GHPO)

Hari tu aku naik Genting sebab kat bawah ni panas litlit. Nasib baik la genting tu 30-40 minit je dari rumah aku so boleh la jadikan aktiviti di kala bosan gitewww. Hari tu for the first time aku singgah GHPO. Takde buat apa pun just cuci mata and layan angin.

Outlets dia best jugak, banyak kedai. Aku rasa aku tak habis explore hari tu. Berbanding Mitsui aku lagi suka GHPO mungkin sebab faktor kedinginan and pemandangan kat sana haha. Ramai orang parking kat luar tak masuk car park sebab fee dia pricey sikit kot, aku berlegar dalam tu tak sampai 2 jam RM8. Tapi standard la kot tempat tinggi harga tinggi haha. Nanti nak datang lagi la lepak2 makan ayam Uncle Bob.

Oh sebelum naik atas aku singgah Petronas kat bawah tu yang macam ada pasar malam tu. Beli makanan sebab tau kat atas makanan mahal hehe. Aku beli ayam Uncle Bob tuuu, pergh layan gila makan kat atas tu berkongsi rasa dengan kucing yang tengah pregnant.

Nampak tak kabus belakang tu. Uuuuuuu



Genting Higlands Indoor Park

Lepas Asar aku naik atas pulak lepak kat taman bunga tepi Balai Polis GH. Kat GH memang takde penguatkuasa eh? Ramai aku tengok parking tepi2 jalan termasuklah aku hahaha. Time ni sejuk gila weh sampai beringus la aku. Dasar budak kampung haha.

Lepas solat bagai perut pun dah kenyang aku pergi cuci mata dekat Indoor Park dia. Tak main apa2 pun, saja nak buat pantauan awal. Next time pergi boleh main. Permainan dia padu jugak weh, aku suggest korang ambil pakej RM90 sekali dengan Snow World. Berbaloi berbanding MAPS Ipoh, sejuk pun sejuk *tak  habis2 agungkan kesejukan haha.

Sebelum balik beli kad RM22 bersamaan 20 kredit nak pergi main judi kejap hahhahaa. Tak lah aku pergi main kat tingkat 2 ada arcade games. Dah menghabiskan duit maka membawa diri keluar lepak luar kejap dengan kesejukan yang amat sangat.

Sekian.

Dah lama tak hiking, so kita hiking by car. Hekhekhek

1/10/2019

Fluorosis

Hari tu aku pergi dentist dekat Taman Melawati, Klinik Dr. Fauziah. Aku pergi untuk scaling and sedikit consultation. Bagi aku klinik tu pekerja dia and Dr dia friendly, best la deal dengan dorang. Dr dia pun terangkan sampai kita faham. Dari segi harga bagi aku agak pricey, maybe ada dentist yang cheaper but it's worth it.

Gigi aku ada flourosis tapi tak teruk. Boleh google fluorosis tu apa. Aku ada dari kecik, aku pelik apa benda la tu sebab buat scaling semua tak boleh hilang. Dah jumpa dentist baru la tau puncanya. Nak tau apa? Benda tu terbentuk sebab fluorida yang banyak dalam badan, so dia terbentuk dekat gigi. Kenapa fluorida banyak dalam badan? Sebab banyak telan ubat gigi! Kahkahkah ni semua salah kodomo lion berperisa strawberry. Nanti kalau aku ada anak, aku bagi guna colgate biasa je supaya dia takde rasa nak telan macam aku haha.

Kos untuk betulkan keadaan tu makan beribu jugak la. Sebab aku punya minor je takde la aku terkinja nak buat lagi. Kumpul duit slow slow dulu. Duit dah cukup nanti tetiba rasa nak pergi bercuti, aku pergi je la. Haha

Konklusinya jangan la bagi anak-anak anda makan ubat gigi haha.

6/22/2018

Menu berbuka puasa ganti

Hari ni hari ketiga aku puasa, kalau habis hari ni tinggal lagi 3 hari nak habiskan minggu depan. InshaAllah Rabu depan lengkaplah Ramadhan aku tahun ni. Weekend nk berjimba, tak boleh puasa haha.

Aku selalu ada masalah nak berbuka apa. Hari pertama aku pesan bungkuskan nasi ayam dekat kawan-kawan aku yang pergi lunch. Not bad nasi ayam dia, RM5 je, ayam besar, sambal sedap. Dorang beli kat Nasi Ayam Mass, Setiawangsa.

Semalam aku malas nak fikir, aku pergi food court depan ni je. Order nasi putih, telur dadar and tomyam daging. Aku pun makan la time berbuka. Not bad, ada la rasa tomyam tapi daging macam daging lama. Bedal je laa.

Bila tinggal lagi beberapa suapan, aku nampak sesuatu dalam nasi. Tengok betul-betul sekali lalat mati. Huaaaa. Terus terbantut selera aku. Serius rasa nak muntah. Aku tak tahu menatang tu datang dari nasi or tomyam. Tak jadi nak hirup tomyam. Aku terus bungkus nak buang. Huhu sedih. Taknak pergi dah kedai tu. Merajuk haha

Hari ni aku fikir 2 menus nak berbuka. Sama ada Spaghetti or Sushi. Wah gitu selera oversea je engko ni haha. Tapi tu la, bosan jugak takde kawan2 ni. Semua busy. Buka pun sorang-sorang. Hmm. Nak cari kawan teman makan laa, on contract basis. Eh hahaha.

11/12/2017

Durian

Sekarang kat Perak, musim durian. Area rumah aku banyak, kawasan lain aku tak pasti. Aku ni tak minat sangat durian, kalau ada aku makan la seulas dua. Kalau takde aku tak kisah pun. Jangan family aku, memang hantu durian, kekadang sanggup travel sampai sejam semata-mata nak cari durian. Tak koserr haha.

Last week Mak whatsapp;

Mak ada beli durian, nak makan, balik la.

Aku memula pelik dapat whatsapp tersebut sebab Mak bukan tak tahu aku ni tak kisah sangat pasal durian ni. And aku dapat rasa tu just hint nak suruh aku balik. Memula malas nak balik sebab malas drive. Tapi dah Mak message camtu, duit pun ada lebih sikit, so aku pun balik la. Padahal aku dah beli tiket ETS nak balik lagi 2 minggu. Hewhewhew.

Aku sampai rumah 11.30 malam hari Jumaat tu. Sampai parents aku pun dah tidur, aku pun tidur. Pagi esoknya aku bangun dalam 7.30 pagi then aku ke dapur. Tanya Mak, mana duriannya? Saja nak ambil hati. Terus dia panggil Ayah kupas yang baru. Yang dia simpan dalam tuppeware yang sedap2 katanya pun dia keluarkan dari peti ais. 

Aku pun makan la sekadar yang aku mampu. Aku memang tak boleh go nak makan banyak2. Aku tak selesa bila rasa panas badan lepas makan and aku tak suka bau dia sangat. Adik aku ye hantu durian. 

Pagi tadi pun Mak pergi beli lagi durian. Then dia buat pulut durian. Lagi satu benda yang aku tak berapa nak makan adalah pulut durian. Boleh kata aku tak makan. Tapi lepas 3x Mak pelawa;

Nadia, taknak pulut durian ke?

Nadia, tu kalau nak makan ada pulut atas meja

Nadia, taknak rasa ke pulut durian?

Aduh, serba salahnya aku. Aku lemah bab2 macam ni kalau Mak dah sediakan tapi aku tak makan walaupun aku tahu kalau aku tak makan pun ramai lagi pirana kat rumah tu boleh habiskan. Then aku pun jawab 'ha boleh la sikit'

Terus dia cakap 'Tu ambil durian yang sedap dalam peti ais dalam bekas biru, santan dalam bekas hijau, durian tu tinggal 2 ulas, tu yang paling sedap. Kalau tak cukup, ambil dalam bekas lain ada lagi, sedap jugak tu tapi tak sesedap dalam bekas biru'

Aku ambil pulut tu sesudu je, buat syarat. Agak seksa aku nak habiskan haha. Tapi durian tu memang sedap. Lemak manis berkrim disukai ramai.

Petang tadi aku nak balik Mak cakap nak kirim durian untuk cousin dengan pakcik aku. Terus down aku, aku tak boleh bau durian dalam kereta, sakit kepala. Tapi terpaksa relakan sebab dah niat Mak kan nak bagi walaupun aku tak suka sebenarnya kereta bau durian. Terpaksa lah aku mengharungi 3 jam yang seksa dan telah pun berjaya tapi masih sakit kepala haha. Sabar je lah aku dengan durian ni. Cepatlah habis musim hahahaha. Mesti yang suka durian maki aku haha.

We want manggis! We want manggis! *pakai maskot manggis sambil bawa sepanduk 'Who this raja buah again?'

11/04/2017

Rawatan kesuburan dan malaikat maut

Sungguh kontra tajuk entry aku kali ni. Baca je lah, jangan banyak soal.

Aku ni blur orangnya (kadang-kadang). Khamis lepas 2x aku malukan diri dikhalayak (ke khayalak?) (ke both words tak wujud?) ramai. Jatuh tangga hari tu aku tak malu, tapi kena dukung tu malu. Tapi ni lagi malu dari itu. Tapi sebab aku buat muka konfiden, maka aku dapat cover malu tersebut. Bab konfiden memang aku tapau haha.

Hari tu belajar bab kemudahan kesihatan yang disediakan untuk kakitangan awam Malaysia. Mestilah Malaysia, jadahnya tetiba aku nak belajar pasal Australia pulak kan? Salah satu rawatan yang disediakan adalah rawatan kesuburan. Aku pun tanya la penceramah tu;

Puan, IVF kerajaan tanggung tak? (siapa tak tahu apa itu IVF sila google, cepuk karang semua nak suap)

Tak. Kerajaan tak tanggung kaedah yang tak semulajadi untuk dapatkan anak. 

Habis tu, keadah semulajadi nak dapat anak macam mana puan?

Tetiba satu kelas aku diam. Bunyi aircond zaman British terdengar begitu jelas kriukk kriukk nya. Semua mata memandang ke arah aku termasuk penceramah tersebut. Awkward moment tu berlaku dalam 3-5 saat sebelum 1 kelas gelakkan aku.

Tetiba aku rasa muka aku panas. Aku tak salah *konfiden*. Mereka je tak faham apa yang aku faham *self-defence* Tapi sebab mereka fikir benda lain, aku pulak kena gelak.

Maksud aku macam ni; kalau kerajaan tak tanggung kaedah tak semulajadi, habis what kind of rawatan kesuburan je kerajaan tanggung? Sebabnya kalau dari awal boleh buat anak secara semulajadi, tak de pasal la orang tu nak pergi rawatan kesuburan. Kan?

So aku nak clarification adakah kerajaan just diagnose and memberi kata2 semangat dan memberi tips2 berguna je? Sampai sudah aku tak jelas sebab dorang bukan main syok gelakkan aku. Ada sampai merah-merah muka. Suka ye korang, sukaaaa. 

On another note, dalam kerajaan tiada definisi spesifik berapa lama tak dapat anak baru boleh pergi dapatkan rawatan kesuburan. Kalau kau rasa lepas setahun kahwin dan telah berusaha bersungguh-sungguh adalah lama, so boleh lah dapatkan rawatan. Mungkin ada orang 3 tahun baru dia rasa lama. Janganlah baru 2 bulan kahwin kau dah gelabah tak mengandung lagi, sila beragak ye, banyak lagi benda kena belajar tu hahahha. 

Itu kejadian siang. Malamnya ada bacaan yassin dan tahlil. Sementara nak tunggu Isya', ada la sedikit tazkirah. Tirai yang memisahkan saf laki dan perempuan diselak. Aku duduk saf depan sekali, bukan sebab datang awal, sebab memang satu saf je ada waktu aku sampai -_-''. Penceramah tu tanya;

Korang tahu tak, sehari berapa kali malaikat maut datang lawat kita?

Dengan konfiden serta bersemangat aku jawab;

Tauuuuu. 700!!

Aku sorang je okay yang jawab siap bagitau bilangan. Roomate aku dah gelakkan aku kaw-kaw punya. Bukan sebab jawapan aku salah tapi sebab aku konfiden. Haha. Orang keliling pun dah gelak dah.

Tapi jawapan tu memang salah la. Hahahahaha! Jawapan betul dia 40x. Mana datang 700 aku entah haha. 

Aku selalu konfiden dengan benda yang salah. Tapi aku berpendapat mungkin bagi orang benda tu salah tapi bagi aku benda tu betul. Setiap orang ada pandangan masing-masing dan sila raikan perbezaan pendapat. Hahahahaha hotak kau Nadia, dah malu nak cover lagi. Salah tetap salah kalau benda itu fakta! Pakai beduk je kau ni.

6/16/2017

Kamal anak Zenab

Hari ni aku nak cerita pasal Zenab (bukan nama sebenar). Zenab ni duduk area-area rumah aku. Tapi sebagai manusia yang ignorant, aku tak ambil hal pun pasal dia. Nampak macam sebatang kara dan kekadang aku nampak Mak bagi makanan kat dia. So biarlah dia. 

Tetiba Mak cakap Zenab dah ada anak, Kamal (bukan nama sebenar) . Bila masa mengandung entah? Lantak kan. Kamal comel, nakal. Selalu jugak aku tegur dia kalau terserempak. Tapi dia jenis malu-malu kalau dengan orang lain. Dah dua mulut Mak aku bagi makan, takpelah, pahala ye dak bersedekah?

Mak cakap Zenab tu sebelum ni pernah keguguran and ada yang anak dia mati. Sian pulak aku dengar cerita tu. Patutlah aku tengok dia punya jaga Kamal bak menatang minyak petrol yang penuh. Kalau Mak bagi dorang makan, aku nampak la dia akan bagi Kamal makan sampai kenyang dulu. Dia duduk je tepi Kamal tengok Kamal makan. Kamal pun bebudak lagi kekadang dia hentamnya makan sampai licin haha. Nasib kau la Zenab.

Lately aku selalu nampak Kamal tapi tak nampak Zenab. Aku tanya Mak,

'Zenab mana?'

'Entah, dah lama tak nampak, rasanya dah ada anak baru'

'Lepas tu tinggal Kamal macam tu je ke?'

'Ye la tu'

'Biadap. Dulu bukan main sayang, Kamal hilang dari radius dia terus menggelupur cari'

Marah sungguh aku. Itulah dia, itulah dia, dah ada yang baru lupa yang lama. Mak mana yang sanggup lupa anak? Mak aku cakap anak baru dia dengan laki lain. Hmm patutlah.

Hari tu aku balik kerja aku nampak Kamal. Lepas tu aku tanya dia

'Kamal, mak kau mana?'

'Meowwww'

'Takpelah Kamal, lupakan je lah Mak macam tu. Takpe, kami ada jaga kau'

'Meowwww'

'Dah tak payah meoww-meoww. Makan friskies ni'

Dia makan dengan gelojohnya, penat lettewww banyak main. Zenab, zenab, apa la nak jadi. Sampai sungguh hatimu.

4/14/2017

Perginya seekor Asus

Seperti yang kalian sedia maklum, Asus aku dalam keadaan nazak. Atas dasar kasih sayang sesama manusia dan laptop, aku hantar dia untuk di repair. Tetapi aku pesan pada vendor kalau kos repair dia tak berbaloi, janganlah repair, aku akan semadikan dia dengan aman. Mungkin dah tiba masanya untuk dia berehat, selamanya. 

Seminggu lepas hantar vendor maklumkan dari firasat dia ada masalah dengan power connection. Kos RM280. Aku pun fikir seminit dan suruh dia proceed. Terus hati aku berbunga-bunga, tak sabar nak disatukan balik dengan Asus aku yang satu itu. Dengan penuh sabar aku tunggu dia pulang ke pangkuan aku.

Kelmarin tanpa disangka-sangka aku dikejutkan dengan perkhabaran yang Asus aku tak boleh diselamatkan sebab bila vendor bukak terlampau banyak problem; cancer, sakit jantung, hempedu pecah, buah pinggang bengkak, hati senget. 

Hancur hatiku, mengenang dikau, menjadi keping-keping setelah kau pergi~~~~

Aku down gila. Sedih. Aku tak tahu macam mana perasaan aku bila terima jasad dia nanti. Dikhabarkan akan sampai ke pangkuan aku minggu depan, siap mandi, siap kafan. Haha. Tapi bab sedih tu aku serius weh. Aku tak sangka seekor laptop boleh bagi impak macam tu kat aku. Kalau manusia? 

Betul lah, manusia berubah, dulu manusia tinggalkan aku pun aku chill jo. Chill bro, chill. Sekarang laptop mati pun buat aku tersentak sanubari. Mungkin sebab aku dah diberi pengharapan yang dia akan sihat seperti sedia kala. Expectation hurts. Atau mungkin dia tak pernah menyakitkan hati macam mana manusia buat pada aku? Bla kau Beron, macam kau tak pernah sakitkan hati orang haha.

Oleh yang demikian, aku dengan berat hati nak cari pengganti. Boleh suggest kan aku laptop mana yang sesuai untuk kegunaan ringan; just nak mintak tolong buat kerja-kerja rumah, sapu sawang, memasak. Haha. Tak, tak, just yang boleh buat tengok movie santai-santai di tepi pantai.

Kalau boleh nak yang boleh jadi tablet (touch screen). Gitu tetiba banyak songeh.


4/04/2017

Rumah bujang idaman

Dulu aku pernah cakap kat Mak, by 28 kalau aku tak kahwin lagi, jangan tanya apa dah. Bukan aku taknak kahwin dan aku tau there is no specific age stated anywhere to get married tapi cukuplah sampai umur tu je kita fikir soal tu. (Macam la sebelum ni kau fikir sangat 😔) Ada, ada, takde pun takpe. Bukan aku yang kawal takdir. Banyak lagi benda lain yang boleh difokuskan. 

Contohnya memiliki sebuah rumah. Aku selalu fikirkan konsep rumah aku macam aku akan duduk sorang dalam rumah tu. 

Aku idamkan sebuah rumah di atas satu lot tanah yang kelilingnya ada ruang untuk aku bina kolam renang haha. Sungguh tinggi cita-cita. Ada juga ruang kalau nak tanam jasad aku di kemudian hari. Siapa nak tumpang tanamkan diri di tanah aku lepas aku mati, silakan. Kalau aku masih hidup jangan harap ye. Haha

Aku nak rumah aku hanya ada 2 bilik. Kalau boleh satu bilik je. Tapi nanti kalau Mak Ayah nak datang nak tidur mana ye dak? Eh lupa pulak nak bagitau nama rumah aku. Namanya; Tetamu Tak Diundang. Hahahahaha. 

Aku taknak ruang tamu yang besar sebab aku nak letak sofa, meja makan untuk 4 orang, bean bag dan home theater je. Boleh pasang lagu sambil mengemop rumah di hujung minggu. TV takde.  

Dapur pun tak perlu besar. Hidup sorang kau ingat aku rajin nak memasak? Bahagian laundry aku nak half berkaca. Supaya sinar mentari bisa menembus ke dalam so aku tak payah keluar rumah nak sidai baju. Kalau ribut pun aku tak gelisah di pejabat mengenangkan nasib baju-baju aku. 

Part paling penting bilik aku. Bilik aku mestilah besar. Ada ruang meja study. Tak lupa juga TV 52" yang digantungkan di dinding. Ada satu ruang untuk letak treadmill dan kerusi urut Ogawa. Dalam bilik air mesti ada bath tub. 

Seronok rupanya berangan ni. Benda percuma memang seronok. Haha. 

Kalau dah wujud rumah tu tetiba pulak ada jodoh makanya aku terpaksa la besarkan rumah dan tiadalah ruang untuk korang tumpang kubur sebab anak aku nak buat tempat main bola. Hahaha

1/23/2017

Self Reward

Kat sini aku nak senaraikan apa yang aku target nak beli tahun ni. Aku jarang membeli tapi sekali membeli hmmm taknak komen. Haha. Kekadang taste aku tinggi, kekadang barang pasar malam pun aku layan. 

Aku tak kisah beli barang yang agak pricey tapi tahan lama. Dan aku akan beli kalau aku betul-betul berkenan and aku tahu aku fully utilise. Sebelum-sebelum ni ada yang aku berkenan tapi aku tahu tak berbaloi tapi aku beli jugak sebab nafsu. Sekarang aku dah boleh kawal nafsu, sedikit. Bahahha

So sebagai self reward tahun ni; hadiah birthday, hadiah for being awesome kahkahkah, hadiah for survive in this chaotic world, ni antara barang yang aku target. Aku pernah baca illustration target lagi mudah untuk dicapai, lagi ter motivate. Kot la kot.

Aku bukan nak berlagak sebab bendanya tak beli lagi. Aku bukan high demand sebab aku bukan mintak kat orang, ni semua hasil usaha sendiri. Ni semua untuk kepuasan diri dan akan dipakai inshaAllah selama bertahun-tahun. 

Benda-benda ni bukanlah aku akan dapatkan jugak, depends pada bajet dan nafsu. Kahkahkah.

1. Handbag


Bag ni harga dia almost RM1k. Kalau ada offer boleh dapat RM700. Sekarang tengah offer CNY. And bag ni akan discontinue pengeluaran. Aku cari warna ni kat banyak outlet dah takde. Kalau takde takpelah, beli la yang lain. Tak rigid pun. Hehe

2. Smart Watch


Semalam time jalan kat butik Fossil aku ternampak smart watch dia. Harga lebih kurang RM1250 gitu. Smart weh tapi tengoklah, besar sangat untuk tangan aku :(. I is sedih, Kaki kecik, tangan kecik. Eh merungut pulak. Berdosa Nadia! Sila bersyukur ada tangan ada kaki. Aku jarang minat jam bulat tapi yang ni smart. 

Huawei dengan Samsung punya Smart Watch pun ada yang handsome. Nanti nak ushar yang dua tu pulak. Apple punya smart watch walaupun petak nampak macam pondan gitu hahahaha

3. Action Camera

Camera aku dah ushar gopro dengan olympus. Tak decide lagi which is better and worth. Patutnya target nak beli bulan ni tapinya duit tu nak simpan ke lain dulu, perkara yang lebih mustahak. 

Okay cukup 3 dulu, kalau nak list semua nanti melampau pulak orang tengok nafsu aku. Tak tahu lah mana dapat dulu and tak tahulah mana yang kena postpone ke tahun 2018. Hahahaha.

Kena buat kerja part time nampak gayanya. Jadi driver uber lah. Hahahhaa. 

1/04/2017

2017

Tahun ni aku nak masuk 27 weh (kalau sempat) *lari mengerbang pakai baju kelawar keliling rumah*. Cepatnya masa berlalu, rasa baru semalam dilahirkan hahaha. 

Aku ni manusia yang tak heran hari jadi ke tahun baru ke hari ulang tahun perkahwinan ke. Memang la kau tak heran ulang tahun perkahwinan dah kau tak kahwin lagi! Dol! Tapi so far aku memang treat hari sama je. 

Aku tak pernah ada specific azam *lame*. Apa aku nak, aku doa je, kekadang aku usaha to achieve, kekadang tak bahaha. 

2016; macam tahun-tahun sebelumnya, ada ups and downs but overall aku berjaya melaluinya, masih bernafas masih boleh bergelak ketawa.

What 2017 will bring to me? I just don't know yet. Tapi permulaan 2017 memang menduga betul.

Kelmarin aku ada dokumen rasmi nak di emelkan, dokumen tu perlu di scan. Satu rumah aku cari scanner aku tak jumpa; bawah dapur, dalam almari, dalam luggage, semua tempat tak logik pun aku cari, belakang TV contohnya. 

Then adik aku teringat time raya hari tu dia letak kat rumah makcik aku, aku suruh dia ambil, then dia ambil. 

Aku dah set up laptop semua, baru nak plug in baru aku perasan wayar printer aku putus kena gigit tikus! Binawe. Pak pum pak mustape betul. Fed up betul aku rasa time tu, aku campak wayar tu atas karpet, aku biarkan printer tu bergelimpangan tengah-tengah ruang tamu tu, aku masuk bilik, tutup lampu dan tidur. Hah. What a night.

Pagi esoknya baru aku kemas. Then pergi rumah cousin aku pinjam scanner dia dan berjaya hantar email sambil main-main dengan anak dia yang obviously suka aku *self proclaimed*. Lega.

Budak-budak memang boleh menenangkan perasaan kan? Hari tu tengah serabut tetiba cousin aku umur setahun datang peluk then kiss aku. Hilang weh serabut tu. Aku syak aku perlu anak la. Okay siapa nak bagi? Hahahhaha.

Aku dah lama gila tak balik kampung sebab setiap weekend aku lately fully occupied. Kerja la, berjimba la. Rindu nenek. Weekend akan datang ni aku tidur rumah Pah sebab dia buat kenduri sikit nak pergi umrah. Rezeki Pah, dah 3kali Allah jemput dia pergi sana. So ingat nak jumpa time tu la. 

Sekali semalam Pah yang datang rumah sambil cakap lama tak jumpa aku hahahaha. Tetiba rasa macam cucu derhaka. Sorry Pah. 

I miss you Tok.

Makin tua ni hati aku makin fragile, tak sekuat dulu. Dulu aku tough kot sampai ramai cakap aku takde perasaan. Tapi perasaan dulu yang takde tu agaknya sekarang kot baru berkumpul. Perghh feeling lain maciam sekarang ni. Salah sikit je rasa sayu je hati, rasa cepat je nak bergenang air mata. Apa sudah jadi Nadia? Haha. 

Aku harap 2017 ni akan jadi tahun yang baik untuk kita semua; untuk negara, masyarakat, keluarga dan diri sendiri. Ameen.

Dunia makin tenat, kita pun. Moga kita kuat untuk tempuh segala macam ujian, let it be ujian fizikal ke ekonomi ke perasaan ke.Selagi tak ditakdirkan mati, hiduplah sehabis baik. 

Adios. 

1/03/2017

Aku seorang Asus

Aku tak tahu bila aku dilahirkan tetapi yang aku tahu satu hari aku ditempatkan di dalam sebuah bangunan usang di pekan Ipoh. Sungguh boring, aku idamkan duduk di dalam bangunan gah dengan penyataan cahaya yang mewah di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Tapi apakan daya, takdir perlu diimani. 

Satu hari aku nampak satu keluarga berlegar-legar di depan aku dan kawan-kawan. Hati aku meronta-ronta supaya aku dipilih, aku dah tak sanggup lagi hidup dalam bangunan usang tersebut. Aku bertahan hanya kerna pekerja di situ ganteng. Aku impikan hidup dibelai, dijaga rapi dan bukan ditayang untuk tontonan umum, diraba tanpa rela. 

Mungkin rezeki aku dimiliki tuan yang nampaknya sopan, hari tu aku maruah aku dijual dengan harga yang tak perlu aku ceritakan di sini, rasa diperkotak-katikkan maruahku pabila dijual dengan harga begitu. Maka aku dibawa balik ke sebuah rumah yang tidak agam tapi selesa sebab aku dijaga rapi oleh manusia yang bernama Nadia. Itu sudah cukup; tidak beramai-ramai dan mempunyai tuan yang hanya menumpukan perhatian kepada aku seorang (attention seeker & introvert)

Baru beberapa bulan aku berkhidmat tetiba aku kena serangan paru-paru (hard disk), aku tidak boleh berfungsi maka Nadia hantar aku ke Hospital Asus tanpa sebarang bayaran. Nadia selalu telefon hospital tersebut untuk tanyakan perihal aku, ternyata dia rindukan aku sepertimana aku rindukan dia. Perpisahan memang menyakitkan. Aku takut Nadia curang. Tetapi aku kenal Nadia aku, dia seorang yang setia (Kahkahkah).

Di satu hari yang mulia, aku dijejak kasihkan kembali dengan Nadia, bukan kepalang gembiranya aku. Nadia membelek aku dengan penuh kasih sayang dan puas hati, aku sukakan perhatian seperti itu. Malam tu Nadia luangkan masa dengan aku sambil dengar lagu, taste Nadia boleh tahan masuk dengan taste aku. Itulah namanya jodoh, bukan bodoh haha.

Kemudian Nadia mengantuk, dia letak earphones atas badan aku (keyboard) lalu menutup kepala aku dengan agak kuat, ketika ini hilang sangkaan aku yang Nadia ni sopan orangnya. Mungkin dia terlupa perihal earphones di atas badan aku, apabila terkena hentakan yang kuat, earphones tersebut telah mencucuk muka aku (screen). Oh, pedihnya muka dan hati ini. Menangis aku kesepian di malam itu. 

Pagi esoknya Nadia mencari aku kembali, aku dapat rasakan remuknya perasaan dia dan rasa bersalah kerana telah meretakkan muka aku. Melihat muka itu, aku tak jadi nak marah dia. Lagi sekali aku dihantar ke hospital. 

Selepas aku sihat kami menjalani kehidupan seperti biasa. Susah senang kami bersama. Ketika bosan Nadia guna aku hiburkan hati dia. Ketika belajar Nadia gunakan aku siapkan kerja dia. Ketika gundah Nadia gunakan aku luahkan apa dia rasa. Ketika takut Nadia gunakan aku untuk pasang ayat Ruqyah. Aku tahu aku adalah segala-galanya bagi Nadia. 

Sampailah tahun ni, aku ditimpa sakit-sakit badan sekali lagi. Ketika itu aku dah nampak Nadia mula fed up dengan aku, manusia memang tak reti bersyukur. Tetapi atas sisa kasih sayang, Nadia hantar aku ke hospital untuk perbaiki badan aku yang sudah tidak berfungsi.

Alhamdulillah, aku kembali sihat, Nadia pun kembali menghargai aku. Aku teruskan kerja aku dengan penuh dedikasi walaupun Nadia dah tak guna aku sekerap dulu tapi aku tetap bangga berkhidmat untuk dia.

Sehinggalah minggu lepas, aku tak boleh dihidupkan. Aku tak tahu apa masalah aku kali ni, mungkin faktor usia. Aku nampak kekecewaan di muka Nadia. Aku tahu dia sayangkan aku macam mana dia sayangkan ex dia, Acer. Cuma kali ini aku tak dapat beri jaminan samada Nadia akan hantar aku ke hospital atau ke kubur. Mana-mana pilihan Nadia, aku hormatinya sebab Nadia dah jaga aku sebaik dia mampu. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap yang hidup pasti mati. Tapi aku tetap harapkan Nadia hantar aku ke hospital sebelum berputus asa.

Yang mengharap,
Asus.