”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

Showing posts with label UUM Life. Show all posts
Showing posts with label UUM Life. Show all posts

11/10/2022

Cerita Seram #2

Cerita 'konsert' yang tak diundang di sekitar bilik aku tu telah menular ke seantero keluarga aku. Aku ada sorang pakcik yang belajar ilmu perubatan Islam ni. Lepas je dia tahu cerita tu, dia tanya aku, 'dekat bilik kamu ada pokok besar kan?'. Woaaa pakcik aku ni ahli nujum ke apa? Sungguh kagum aku walaupun pada hakikatnya pokok memang ada di mana-mana and dia bedak je sebab 'benda' tu kan suka bertenggek dekat pokok jaga trafik lalulintas.

Maka pakcik aku bagi 'bekalan'. Dia suruh aku buat sendiri kalau tak jadi dia akan datang. Sungguh bersemangat aku time terima bekalan tu, rasa macam dah boleh update profile FB time tu, occupation: dukun haha. 

Pakcik aku bagi garam kasar bercampur lada hitam yang telah di ruqyah kan (kot), and dia bagi 1 CD bacaan ruqyah.

Arahannya berbunyi lebih kurang begini,

'Lepas Isya' pasang CD ni, biarkan 1 round, start round kedua ambil garam ni campak sekeliling bilik, luar dan dalam sambil niat berlindung dari gangguan jin dan syaitan. Last sekali pergi dekat pokok luar tu, campak jugak dekat pokok tu. Buat dalam keadaan tegas, campak kuat2'

Aku pun dengan keberanian yang baru download dari Google store (cetak rompak punya), mulakan operasi seperti yang diarahkan. Aku pasang CD tu dekat laptop, volume paling tinggi sekali, silap2 sampai pondok pengawal pintu utama dengar alunan ruqyah tu. 

Time nak pergi campak dekat pokok tu gigil jugak la kepala lutut segala sendi, tetiba dia sergah aku macam mana? haha Tapi dengan darah kesatria yang mengalir dalam badan entah dari mana datangnya, aku buat jugak. Lepas tu cepat2 masuk bilik kunci pintu. Phewww. Nasib baik 'dia' tak munculkan diri dekat pokok tu, tengah pergi ronda agaknya. Mesti dia balik pelik apahal la pokok ni banyak garam, jangan dia ambil buat kari sudah haha. 

Then aku off la ruqyah tu. Dan jeng jeng jeng.....

Once je aku off, tetiba aku seram dan tetibaaa *ok time type ni pun aku meremang*, tetiba dekat atas bunyi orang alih perabot. Hmm bukan alih perabot, orang baling perabot tanpa henti dalam keadaan marah. Ah sudahhhh. Aku salah teknik ke? Mengundang ke?

Aku ignore. Aku bukak movie nak hilangkan kegusaran. Elok perangai kau ni, lepas ruqyah patutnya mengaji la. Adoii. Time tu aku duduk atas katil sebab dah tak perlu acah2 tengah buat assignment atas meja study, tengok movie pun boleh on spekaer tak payah pakai earphones, sakit telinga aku.

Aku tak fokus pun tengok sebab dekat atas masih berbunyi cuma dah kurang, penat agaknya. Mata aku dekat screen and tetiba aku ternampak ada lembaga hitam melintas tepi katil kosong depan meja study aku. Lintasan dia sungguh laju ibarat super sonic level 180. Berderau darah mak, kering rasa darah.

So aku decide untuk tidur. Tapi malangnya keputusan itu tak mudah. Aku tak boleh tidur! Aku sumpah rasa ada benda tengah betenggong tepi katil aku sambil memerhati aku. Meremang bulu tengkok. Aku baca segala ayat quran dan doa yang aku tahu. Doa makan included. Aku rasa salam pun aku bagi, nasib takde yang jawab haha.

Aku memang tak lena sampai Subuh. Pagi tu pakcik aku call tanya kabare. Aku pun cerita la sambil gelak2 (cover takut), padahal semalam rasa nak nangis haha. Lepas meneliti cerita aku, pakcik aku cakap aku salah buat sebab ruqyah tu kena keep on running sampai azan subuh berkumandang hahaha. Kenapa aku tak dengar arahan yang tu eh? Haha. Adoiii. Pakcik aku tanya nak dia datang ke? Aku cakap tak payah la dulu, bukan dekat, 4 jam perjalanan. Aku ni tak suka nyusahkan orang. Biarlah aku buat rundingan damai cara aku dulu.

Tapi Alhamdulillah lepas tu takde dah bunyi pelik2. Bahagia je aku duduk sorang2 dalam bilik tu. Aku memang suka duduk sorang (introverts) haha. Aku rasa dia tak berniat pun nak kacau tapi time nyanyi tu lupa off bluetooth ke dunia luar agaknya. And lepas Ruqyah tu maybe dia panas. Wallahualam. Maybe jugak mak dia pesan jangan kacau aku, Nadia tu baik budaknya. Ha gitulah. Family aku pun cakap dia dah anggap aku kawan dia agaknya sebab dua2 duduk sorang dan perangai pun lebih kurang 😒  tak tau nak bangga ke nak cepuk dorang.

Sekian, ada masa aku cerita pengalaman handle kawan baik kena rasuk. Yang tu memang aku boleh update profile dari dukun ke pawang! Haha


11/08/2022

Cerita Seram #1

Tetiba rasa nak kongsi kisah mistik yang tak berapa mistik yang pernah aku lalui. Tak banyak sangat pun (syukurrr) and tak pernah la benda tu jelmakan diri depan2 (nauzubillahminzalik)

Dulu aku study nunnn di hujung Malaysia tempat jin berdondang sayang. Family aku semua cakap aku pemberani, takde perasaan, hantu yang takut dengan aku padahal aku ni penakut kau tau! Tapi aku orang yang kurang reaksi dan 'pemalas' so orang ingat aku berani.

Ada 1 sem ni aku duduk dengan rommate baru, junior. Okay je la. Zaman belajar memang tak la nak tidur pukul 10pm, dulu kelas aku ada habis pukul 11pm sebab lawyer yang datang mengajar so pukul 12am baru boleh duduk dengan tenang atas katil dan layan movie sampai pukul 2 pagi. Esok kalau ngantuk tak payah pergi kelas. Haha sungguh mudah hidup kau. 

Kehadiran ke kelas kena 80% ke atas tak silap aku kalau nak lulus, setiap awal sem aku dan kawan2 akan kira berapa kelas dalam 1 sem yang kami boleh ponteng tak termasuk kelas yang kawan tolong sign attendance HAHAHA jahanam betul perangai. Nasib semua grad on time dengan jayanya. 

So time tu aku tengok movie aku rasa, ke buat assignment eh? (cubaan menipu korang bahawa aku baik) haha. Ah tak kira la tengah buat apa tapi tengah mengadap laptop. Meja study aku dulu betul2 dekat tepi tingkap. Kadang2 aku tengok movie pun atas meja study acah2 tengah study, bukan junior tu tahu aku tengah buat apa pun kan sebab laptop tu membelakangi dia. Biarlah dia ingat aku study dan cuba meneladani aku haha.

Time tu dia pun berjaga lagi. Dekat luar hujan, oh lupa nak bagitau bilik kami aras 3. Kau bayangkan aku tengah dengar earphones tapi dalam masa yang sama aku dengar orang nyanyii mendayu-dayu dan paling sycho aku ikut dia nyanyi dalam hati macam aku tau lagu tu padahal aku tak tau. Lagu dia berirama tradisional.

Ikutkan logik kan, mana la datang suara tu, aku tingkat 3 kot kalau nak dengar orang dekat bawah nyanyi. Dia bukan nyanyi pakai microfon pun. Then siapa gila nyanyi tengah hujan and it was freaking midnight! Aku tak sedap hati aku terus siap nak tidur. Aku tekup telinga aku dengan bantal nak cancel kan bunyi nyanyi tu tapiiii tetap la jelas dekat telinga aku. Aku baca ayat Qursi tersasul sasul sebab aku keep ikut dia nyanyi dalam hati.

Aku tak sedar bila aku terlena. Aku terjaga bila kelas pertama pagi tu dah pun berakhir dalam erti kata lain aku ponteng hahaha dan time tu roomate pun dah keluar ke kelas. So aku pun terlupa hal semalam dan meneruskan hari acah2 terpaling student.

Malam tu sembang dengan roomate aku, aku tanya dia,

'Semalam sebelum tidur ada pasang radio ke?'

Then dia terus tanya aku balik 'Akak pun ada dengar ke orang nyanyi?'

'Aah'

'Saya pun dengar! Saya dengar dari atas locker saya, saya ingat Akak yang pasang lagu tapi lepas Akak tidur ada lagi nyanyi tu'

Ah sudahhhhhhhhh! Lagi seram versi dia ni sebab dengar dari dalam bilik. Aku tak tidur pun dek non oi. Aku cakap la aku dengar dari arah luar. Kitorang dua2 diam tak tahu nak respon apa dan telan je la cerita tu sebagai pengalaman hidup. Haha

Lepas tu cuti sem. Bahagia la kami tak perlu ke kelas dan boleh balik kampung makan masakan Mak. Balik je cuti sem aku jumpa note atas meja aku, rupanya dari roomate aku.

'Akak sorry, saya keluar bilik, tumpang bilik kawan, saya tak berani duduk dalam bilik tu'.

Ala cibeng. Aku tengok locker dia semua kosong. Tu bukan tumpang dek non, tu namanya pindah! Hangguk betul. Aku cerita dekat Mak aku, Mak aku tau cerita orang nyanyi tu jugak then Mak aku pun suruh aku pindah or tumpang bilik kawan.

Memang tak la 1 sebab aku malas nak pergi pejabat buat urusan pindah nak pack barang bagai, 2 takkan la aku nak tumpang menyempit dekat bilik orang selama beberapa bulan. Ish menyusahkan orang walaupun ada je kawan aku offer. Maleh aku.

Sebab tu orang cakap aku berani, duduk sorang2, bilik jauh dari orang. Oh lupa nak cerita bilik aku tu besar sebab dia corner lot and ada beranda. Depan beranda ada 1 pokok besar yang ditanam dari zaman komunis aku rasa haha.

Ok to be continued...

10/06/2022

Diarrhea and vomit 2.0

Hari Khamis lepas aku pergi kerja macam biasa, 7.30am dah sampai ofis, cemerlang as always hahaha. Buat kerja itu ini dalam 8.30am aku rasa perut tak sedap, tak sedap yang aku tahu bakal membinasakan diri.

Memula ingat boleh bertahan tapi dalam pukul 9.00am aku decide nak ke klinik. Time ni dah berkali diarrhea dah. Sampai klinik sebelum jumpa Dr pun sempat ke toilet dulu. Badan makin lembik sebab banyak air keluar.

Aku masuk jumpa Dr, Dr cek semua dia cakap usus aku bunyi teruk haha. 1st time aku cek diarrhea Dr letak stetoskop dekat perut, selama ni Dr percaya je kalau aku cakap aku kena diarrhea, terus bagi ubat je. Dr bagi aku MC sehari and kalau makan ubat pun tak jalan dia suruh datang balik untuk drip.

Aku pun balik rumah. Aku tidur dekat sofa living hall je sebab tak larat nak naik atas. Sampai je rumah aku dah start muntah pulak. Seksa gila, habis tarik 1 badan. Aku tak stop diarrhea and muntah, minum seteguk pun keluar balik.

Aku tak makan ubat lagi time tu sebab perut kosong, aku ada gatsrik so taknak menambah kombo penyakit. Paling tak boleh bla aku boleh termuntah time tidur. Time tidur wehhh! Tetiba tersembur je, nasib sempat tahan dengan tangan. Pelik2 je badan aku ni berfungsi haha.

Zohor aku gagahkan jugak naik atas nak solat semua. Aku solat duduk statik je sebab nak rukuk pun rasa nak muntah. Then aku sambung tidur dekat atas. Kebetulan Suami aku balik awal, aku minta tolong dia belikan porridge Marrybrown.

Tapi nak makan pun tak selera. Aku tengok Suami aku bukan main selera makan dari satu menu ke satu menu pun aku rasa nak muntah. Elok je baru makan berapa suap porridge, aku keluarkan balik. Suami aku sampai takut dengar aku muntah. Memang aku lembik betul dah time tu.

Aku gigihkan jugak makan ubat. Then aku tidur je sampai esoknya. Tak makan tak apa tapi Alhamdulillah ubat tu membantu, dengan izin Allah. 

Esok aku pergi kerja macam biasa tapi tak makan sebab fobia haha. Time tu biasa perut ada lagi tapi better. Maybe aku jangkit dari Suami sebab sebelum tu dia pun diarrhea tapi tak sampai muntah. And menambah perisa malam sebelum tu aku makan nasi ayam geprek dekat Ipoh Night Market. Makan pulak dengan benda berangin macam terung dengan kobis haha. Cari pasal kau tanggung lah!

Hari Jumaat, Sabtu perut aku ngam bagi kerjasama. Sabtu aku pergi makan Kerabu Maggi hahaha bengong ye seorang Nadia ni, tak reti ambil pengajaran hidup. Tup Ahad aku kena diarrhea balik tapi tak lama and tak muntah. Isnin sihat seperti sedia kala. Alhamdulillah. 

2 kali kena tahun ni bhaiii. Allah nak ampunkan dosa la tuuu. 

12/12/2013

Tahniah Beron!

02.12.2013. Akhirnya aku grad with honours and pride. Perasaan da grad? Entah tak rasa apa pun haha. Ikutkan aku malas nak pergi majlis konvo, aku tak suka majlis2 macam tu. Tapi fikirkan aku anak sulung, aku pergi for the sake of my family. Even adik2 aku tak dapat datang, I'm pretty sure that they're proud to have me as a elder sister ;) Haha perasan. Aku pergi sebab nak jumpa kawan2 jugak, tu paling best, sebab lepas ni entah bila boleh jumpa lagi.

My convocation day went well. Skroll dianugerahkan oleh Tun Fairuz, mantan Ketua Hakim Negara. Budak Law naik pentas habis kena interview dengan dia. Tapi sampai turn aku dia just cakap tahniah. Syukur. Time tu muka aku ketat gila sebab tak tahan nak pergi toilet. Oi sejuk gila dewan tu hari tu haha. Aku tak tahu macam mana rupa aku dalam gambar. Patutla Tun Fairuz macam takut2 je nak hand over skroll aku haha.

Lepas konvo, aku tangkap gambar kejap je, (semua pun guna camera kawan2) then terus pulang jubah and balik ke Perak sebab ayah da tunggu dalam kereta, dia demam. Sian ayah :( Malam sebelum tu dia tak boleh tidur, then 630pagi da gerak ke UUM. 

Aku manusia yang tak kisah ada gambar kenangan ke tak, sebabnya memori yang best, kemas terpahat dalam hati. Aceyyyyyy.

Aku pun da ngantuk gila time tu, tapi aku drive jugak sebab takkan nak bagi ayah drive. Ayah tidur kat belakang, aku drive la 120km/h (kalau ayah sedar jangan harap, paling laju pun aku boleh bawa 100km/h je) sebab aku da terdengar sayup2 katil kat rumah menyeru nama aku haha. Sampai rumah dalam 6 lebih, aku terus tidur dengan baju2 kurung, sempat bukak tudung je. Tuhan je tau betapa penatnya aku time tu, betapa seksanya aku tahan mengantuk time drive. *over*


Takde pun gambar dengan ayah. Takpe la ayah pun tak suka sangat bergambar hewhewhew

Apa2 pun, Nadia tak tahu macam mana nak ucap Terima Kasih kat Mak Ayah sebab berjaya didik Nadia sampai sekarang. 
Mak Ayah bukan degree holder pun, tapi ilmu Mak Ayah pasal hidup cukup sangat sampai boleh besarkan kami adik beradik cukup kasih sayang, keperluan, pegangan agama, which yang kadang2 Parents with PhD can't do that.
Your parental skill is beyond awesome, I wish I can be a parent like you one day.
Mak Ayah tahu Nadia nakal, malas belajar, kadang2 ponteng kelas (Mak Ayah tak tahu Nadia pernah kena panggil dengan lecturer sebab tak datang kelas haha). I'm sorry for being stubborn. Tanpa doa, support, duit Mak Ayah, tak tentu sekarang Nadia duduk kat mana Nadia duduk sekarang.

Alhamdulillah.
Beyond all, Allah is my greatest helper.
Thank you Allah.
Please repay my parents, coz I can't give enough.

Terima kasih kawan2. Yang banyak buat kerja lagho sama2. Yang tolong cover kan attendance haha. Yang tolong belajar sama2 last minute. Yang bila belajar last minute pun tak serius. Yang bila takde duit dengan riak masuk Secret Recipe lepas tu gelak2. Terima kasih untuk sentiasa ada.

I love you all, Lillahi Ta'ala.
May Allah bless our life and shower us with love and happiness.

The End


6/17/2013

Makan makan di rumah lecturers

Hari Jumaat sebelum aku balik, lecturer SDG jemput kitorang lunch dekat rumah dia. Sungguh tak beradab students, patutnya students yang belanja lecturer. Oh SDG tu self-development group haha sedap aku hentam, macam yeee je. So Mdm. Haslinda lecturer kitorang, dalam 1 group ada 10 orang. Macam mentor-mentee la, ada apa2 masalah rujuk kat lecturer berkenaan, tapi aku tak pernah ada masalah huahuahua. Perjumpaan sampai sem berapa je, tu pun berapa kali je buat and berapa kali je aku datang haha, terharu Madam ingat kitorang lagi T____T

Pergi pukul 12, dia bagi pembuka selera murtabak dengan ubi kayu. First time aku makan ubi kayu dengan gula merah dalam hidup. Kawan2 gelakkan aku. Aku tanya, ubi ni ke makanan zaman jepun dulu? Dorang mengiakan. Then aku cakap, oh takde la kesian sangat, sedap apa. Lagi sekali dorang gelak -_-''. Tapi betul la sedap.

Then tolong Madam sediakan lunch. Kitorang tolong sediakan bahan2 je, sambil2 mengumpat, hmmm penambah perisa haha. Banyak gila madam masak, and makanan sodappppp. Ada ikan bakar, ayam masak merah, kari nenas, sayur campur and gulai keladi. First time jugak aku makan gulai keladi, pun kena gelak. Kenapa mak aku tak pernah buat ha? So semua aku salahkan mak, kalau mak tak buat, haram la aku kenal haha.

Jiran Madam, lecturer Business kat UUM pun join, siap bagi laksam dengan air avocado. Laksam tu suami dia buat, perghhh kalau buat jual memang laris, sure. Aku da kenyang gila makan nasi  pun boleh sumbat lagi laksam.


with Madam Haslinda. Thank you so much madam. Madam masak sedap! Wanita macam ni la diperlukan negara dan agama, bukan je berkerjaya, malah pandai jaga rumah tangga (betul2 tudung - tak faham kenapa aku yang perlu betul2 tudung huahuahua)

Then dorang ajak pergi rumah Dr. Aspalela. Ingat nak jumpa2 kat luar rumah, salam2 laga pipi je. Sekali dia ajak minum. Suami siap pergi beli kuih oi banyak gila oi perut da sendat oi tapi 3 ketul jugak aku tibai oi haha. Dr. Aspalela sumpah kelakar. Time kitorang SMS dia suruh datang lambat sikit sebab dia baru goreng ikan masin dengan ikan bilis nak bawa pergi Turki, bila kitorang sampai dia da siap mandi wangi semerbak. Ayat first dia 'Cantik tak Kak Ton?' Hahaha. Tea time la kiranya kat rumah dia, bergosipp lagi. Gelak je kerja dengan dia ni.

Da nak balik tu, macam2 pesanan dia bagi. Sebak pulak :') Lecturers majority awesome, baik, tak kedekut, kelakar. Dorang la pengajar, dorang la ibu bapa. Hanya Allah je yang mampu balas jasa dorang :) Hope to see them all at my convocation day, inshaAllah.

with Dr. Aspalela. Thank you Dr hidang kitorang dengan hi-tea and gossips hahaha.

Sebelum balik bilik, Mira bawa aku pergi tengok rumah PNC dekat satu bukit dalam UUM, rumah banyak kat situ, tapi takde siapa duduk. Kalau aku pun taknak duduk situ. Da la atas bukit, dalam hutan. The most suitable place nak buat cerita hantu, serius! Aku naik pun seram sejuk.

Thank you madams, thank you kawan2. Moga kita berjumpa lagi :) I love you all *hug*

5/21/2013

mooting for Professional Practice

PP ni salah satu subjek aku sem ni. Dia takde final exam (fuhh) tapi banyak gila assignments (pfft), ye la 100% assess from assignments. 3 main assignments, satu projek luar, and mooting.

Mooting perbicaraan olok2. Group aku dapat case appellant pasal curi wifi. Hak alahhh, orang da biasa la curi2 guna wifi orang lain haha. But according to law, it is illegal. Yang curi wifi nya client kitorang, so off course la kitorang sebelahi dia. Siapa suruh respondent tak buat password wifi haha. 

It was not a competition, just an assignment. So Madam just comment on how we delivered the arguments. Tapi aku rasa group aku menang hahah suka hati kau je. Wawa dengan Maria yang mooters nya. They did a very good job. Congrats to all of us ;)

Mooting ni final chapter untuk subjek PP ni. Fewww, Alhamdulillah. Assignments yang lain da settle. 

Lagi 2 minggu aku nak final. Kelas ada lagi, assignments tak siap lagi dua. Hope to finish it before this week, so after that I can concentrate on my final papers. Do pray for me guys ;)

Appellants v Respondents

Laila Isabella & Partners :) Tak menahan nama firm kitorang haha

Miss Nadia Roslan :)

5/10/2013

Last piece of month

Lagi sebulan 3 hari InshaAllah habislah aku belajar kat UUM ni (doakan) *fuhhhh* Masa yang ditunggu-tunggu dari hari 1st aku daftar nun back to 2009 haha. Tapi nak habiskan sebulan ni la paling pfft sekali. Kelas ganti tudia berderet sampai ke Perlis. Assignments tak payah cakap la menggunung dia. Nasib baik da lepas beberapa tests. Tinggal 2 je lagi. Tak payah la cerita pasal pelajaran, bohsannnn! Huehuehue

Banyak benda nak settle sebelum balik. Final exam inshaAllah start on 3rd June, and habis 13th June. 5 papers final aku sem ni, moga Allah beri kekuatan dan permudahkan. Aku balik inshaAllah 15th June, sebab hari Sabtu so tak payah ayah susah2 nak ambil cuti. Perancangan 3 kereta akan datang ambil aku kah kah kah. Barang aku banyak oh. Aku suruh datang naik lori, family aku seorang takde lesen lori, so nasib la hehe.

Mula2 mak nak datang 2 trips, tapi siblings mak offer nak ikut sekali, Alhamdulillah, senang cerita. Eleh dorang bukan nak ambil aku sebenarnya, ada la tu nak melencong. Kan? Haha

Bersedia ke aku nak tinggalkan UUM ni? Eh off course, tak sabar lagi ada la haha. But I know, someday, I will miss this university. Biasalah manusia, we love when we lost hehe.

TAPI sumpah aku tak bersedia nak pisah dengan kawan2. 4 tahun hidup tunggang langgang dengan dorang kat sini. Alhamdulillah, sepanjang 4 tahun seingat aku, kitorang tak pernah bermasam muka towards each others. Setakat terasa hati sikit2 tu, biasalah, ingat masing2 hati besi ke tak cair2? 

Kadang2 aku ternampak gambar2 kitorang, sumpah sedih. Aku percaya lepas ni da takkan sama macam sekarang. Yang boleh buat persidangan meja bulat sambil sedut cool blog. Sembang dari topik warna rambut orang, tup tup tak tahu macam mana, tiba2 cakap pasal masalah politik. Jauh melompatnya.

Lepas ni, masing2 ada haluan hidup masing2, duduk pun da jauh. Da tak boleh call malam2 sesuka hati ajak jalan pergi makan, tak boleh lepak sama2 bentang tilam atas lantai letak laptop atas katil tutup lampu layan cerita hantu, da takde nak jerit2 dalam kereta rebut2 nak bergosip, da takde pukul 1 nak hantar assignment-pukul 12 masih menype assignment kat library, da takde main system shift pergi kelas haha. Macam2 la lagi. Haiii la masa, cepatnya berlalu. *pssst, bila kiamat?

Sumpah, andai boleh hentikan waktu, akan aku habiskan masa bersama mereka tanpa gangguan buku2 haha. Tapi, masa bila bersama mereka, memang takkan pernah cukup,  bila bersama mereka masa begitu cepat berlalu seakan cemburu. Andai mereka tidak bersama aku, nescaya aku celaru dan hidup tak menentu.

Ya Allah, terima kasih hadirkan mereka dalam hidup aku. Moga persahabatan ini menjangkau hingga ke syurgaMu.

4/27/2013

Hidupku yang semakin hambar

Makin lama, aku rasa blog aku makin hambar. Da tak rajin bercerita macam dulu. Yela, hari2 buat benda yang sama kat sini, gelabah apa nak cerita hari2, ibarat aku copy entry lama, paste je dekat entri baru.

Da makin tua ni, banyak habiskan masa muhasabah diri, ha taknak kalah haha. Takdelah, aku serius busy dengan urusan akademik pffft. Tadi ada talk seharian, walaupun sebelah pagi aku tak pergi sebab migrain huehuehue. Esok ada talk seharian lagi. Bagitau aku, bila masa aku nak bela Pou? haha

Dengan assignments, dengan test (nama pun student Beron). Da la test hari Selasa ni, ada bab yang aku still tak faham. Tu la, time Sir sembur2 air liur kat depan, kau tak habis2 main Pou kat belakang (semua nak salahkan Pou). Sepatutnya Rabu lepas aku ada test, tapi postpone lepas general election sebab Sir lupa bawa soalan exam hahaha. Sir ni tak teknologi la, patutnya simpan la dalam email. Amboi pandai ajar orang. Penat tau aku belajar bersengkang mata hahaha kau tak payah nak menipu khalayak ramai Nadia!

Sir yang ajar aku Evidence Law handsome weh haha. Dia ada buat group whatsapp dengan kitorang, boleh main2 je dalam group tu. Tak runsing ke dia asyik dapat notifications kitorang merapu je? Kalau aku rimas da. Pagi tadi siap kejut kitorang bangun pagi, suruh pergi talk. Alololo homey homey. Dengar cerita dia pakai Mercedes 2 pintu. Bertambah menawan. Aummmmmm. Haha Kau gila eh Nadia? 

Sekarang ni apa2 gambar je terus upload dekat Instagram, cerita dekat situ. Nak transfer gambar ke sini, nak cerita kat sini, rasa outdated pulak. Haha berlagak bukan main. Dengan segala application yang ada dekat smartphone, aku bukak laptop sebab nak tengok movie je, eh lupa pulak, buat assignment sekali. Twitter, FB sume kat handphone je. Just nak update blog je aku tak suka kat handphone, sebab kecik. 

Takpela, lepas ni aku rajinkan balik diri aku update blog. Nanti kalau malas bercerita, boleh suruh anak2 baca blog aku je. Mustahil kau malas bercerita Beron, kau bukan mesti kena cakap 21k words per day ke, kalau tak nanti kau meroyan tak cukup cakap hahaha. 

Okla, manusia yang hambar ni nak menarik selimut dah. Esok talk pukul 9pagi-5.30 petang. Doakan aku tabah T______T Good night everybadehhhhh!


3/13/2013

Ethic Course

Tadi aku dengan kawan2 pergi kursus etika dekat EDC, UUM. Kena bayar RM10. Tak beretika betul suruh orang datang tapi kena bayar haha. Mula2 ingat benda ni wajib, lepas da bayar baru tahu tak wajib. Zzzzz.

Start 5.30ptg, 9.30malam aku da cabut balik sebab migraine. Migraine aku dengar protokol2 ni, ibarat masuk lubang hidung kanan, keluar lubang hidung kiri (dekat sikit jarak). Nasib baik yang bagi talk Puan Mala, dia ada sense of humor dengan sarcastic sikit. Slumber je bedal beg orang bertahi lalat la, muka dull la haha. 

She talked about ethics in professional ways. How to shake hand, make up is a kind of must (zzzz), how to dress in certain situations, how to eat western food, seafood, buffet, how to react in standing reception, how to deal with interviewers bla bla bla.

Lepas Maghrib ada makan (part yang aku tunggu). Tapi makan berprotokol adalah pffft. Garfu kena macam ni, cawan kena pegang macam ni, potong chicken chop kena besar ni, cedok soup pun ada protokol, apakah? haha. Da la Puan Mala round2 time tu, time dia dekat meja behave je masing2, bila dia pergi meja orang lain, ha keluar perangai pelahap haha.

For appetizers dapat bun, butter and soup. Main course chicken chop and dessert chocolate brownies dengan aiskrim vanilla. Worth it la RM10 and the knowledge. Gambar makanan tak tangkap pun sebab Puan Mala cakap majlis formal takde orang tangkap gambar makanan haha.  

Gambar aku ada la. He he he

Tak cukup beretika ke muka ni? Tak cukup? Bahahaha

3/09/2013

Law's Family Day 2013

Petang semalam budak sem 2 anjurkan program Family Day. Its like a tradition for us, that the most junior students will conduct this activity.

Lepas Jumaat ada games. We had fun, the games were enjoyable (padahal aku tukang sorak je). Aku and the gang rumah Kuning The Royale. The Royale memandai tambah sendiri menunjukkan diri kreatif. Wawa and Dira yang sepatutnya rumah Biru, murtad rumah kiki.

Games siang Kuning conquer kot. Dengan adanya Maria and Cha sebagai tukang angkat baldi berisi air penuh sampai hari ni sakit pinggang, maka siapa lagi yang layak bergelar juara? Hehe

Games traditional pulak tu, yang aku rasa kalau tanya budak2 zaman sekarang harom dorang tak tau. Adik2 tahu main baling selipar? Galah panjang? Tikar Terbang? Apa tak tahu?? Sadis sadis. Takpe2, pergilah sambung main Tab tu, pergiiiiiii.

I dont like Yellow, but losers never be in team Yellow. Eh? haha. Macam team Celo The voice pulak bunyinya.

Apa jari Pali interframe ni? T___T

Malam ada pertandingan persembahan kumpulan, ada karoake, ada makan2. Tujuan utama aku mestilah makan, takkan karaoke pulak. Kalau aku karaoke sure berdentum guruh sesaat selepas aku tarik suara.

Tapi yang paling unbelievable adalah bila pasukan Kuning dapat tempat terakhir! What the? Woi games siang kitorang lead kot. Propaganda apa ni? Karoake kitorang hantar our best singers kot, siap duet lagi. Sistem sound korang yang semput haha.

Takpe tak penting pun, janji dapat makan ayam masak merah. Nampak tak peranan makanan dalam hidup aku? Boleh menyejukkan hati, gittewww.

Family day kali ni ok (ha super senior start nak comment, jaga2), just biasalah budak2 baru nak handle program, ada sedikit hambar di situ kiki. Orang pun tak ramai datang sebab buat kat padang yang jauh dari orang, mostly yang datang yang ada kenderaan. Batch aku tak ramai yang ada, sedang vacation, amboi2 dia.

Tiba2 aku tak puas hati balik kenapa Kuning tiba2 tercampak kat kedudukan paling tercorot (tengah lapar). Kitorang creative kot! Ada maskot lagi. Paling kreatif aku rasa bila dorang bagi barang2 terbuang untuk jadikan binaan. Team lain semua buat benda common, kitorang think out of box kot, siap kena dengan tema rumah.

Kalau korang tengok pun mesti korang kata kitorang punya binaan paling rare and true. Nak tengok? Jangan impress sampai mengigau malam pulak tau.

Persembahkan

Our pendekar;

Pendekar Penghalau Hantu! Hahaha. Berdekak kot time buat. Capal, misai, rambut diperbuat dari sabut. Creative kot! Haha. Sumpah moment buat ni paling kelakar and gila. Team lain buat KLCC, kereta kebal, hek elehhh (mampus kalau ada team lain baca ni haha). No wonder game siang kitorang yang menang, no wonder, tiada syak lagi. Kah kah kah

Our last family day here :') Unforgettable moment. 

Maghrib jom? :)

3/05/2013

Yesterday was a tough day

Semalam lepas pergi klinik and dapat tahu ada ketumbuhan dalam hidung tu, aku pun nak balik ke Sintok. Balik Sintok tak pernah menggembirakan hati aku. Selepas grad nanti, aku harap aku tak perlu datang sini da hehe.

Naik bus pukul 11.45. Tapi pukul 1.30 ada kat Ipoh lagi. Zzzzzz. Aku naik bus mesti tidur, sedar2 mesti da kat Penang. Lepas tol Juru tiba2 dengar bunyi meletup. Aku ingat kereta sebelah campak mercun dekat bus aku, rupanya tayar pecah. Dekat pukul 4 lebih baru settle semua.

Sampai Changlun 6.30pm. Bayangkan dekat 7 jam atas bus pfffttt. Baik aku pergi Johor, boleh jugak pergi Legoland.

Lepas tu pergi makan dengan Maria, sampai bilik 7.30pm. Sampai2 je bilik aku tengok tempat roomate aku kosong macam tak berpenghuni. Aku agak dia tukar bilik. Sekali atas meja aku ada note, bagitau dia pindah bilik. T_____T Maka tinggallah aku berseorangan. Kenapa dia pindah jangan tanya aku. Sumpah aku tak buli dia haha. Maybe sebab dekat blok lama dia, dia da ramai kawan. Duduk bilik ni tak meriah. Yela, aku baru2 kenal mana reti nak ramah2, cakap benda yang patut je huhu.

Aku pernah duduk sorang dulu, bosan dia tahap rasa nak kikis cat dinding bilik guna gigi. Sekarang aku rasa benda yang sama T___T Nak pindah cari bilik yang ada roomate tak kot, sebab aku adalah malas nak kemas barang nak angkut nak unpack balik. Tak koserrrrr.

Kawan2 yang budiman sila jangan langsi sangat tweet2 aku cakap jangan tengok bawah katil la apa. Nescaya dekat kelas esoknya aku tarik tengkuk korang dengan pemegang payung! (amaran) haha

Alah berapa bulan je lagi pun. Mid Jun inshaAllah berambuslah aku dari sini. Practice cakap dengan kipas ye Nadia? Cakap dengan kipas boleh menghasilkan suara robot. Wow!

TWMA - Till we meet again :)

2/26/2013

DPP TNB, UUM

Setelah sebulan setengah Sintok tak hujan, sekarang da 3 hari hujan tak berhenti haha. Tu la komplen lagi panas panas, da Allah turunkan hujan ni sila ucap Alhamdulillah, ucap apa? Alhamdulillah. Pandaiiiiii. Jangan banyak merungut sejuk sejuk pulak, kain sidai tak kering la, tau kan semua benda ada baik buruk. Ewahh berceramah.

Hujan ni rahmat. Takde hujan, kering kontang la dunia. Pokok layu maka bekalan oxygen boleh jadi insufficient, air laut berkurang, maknanya bekalan air pun berkurang. Bila bekalan air berkurang, tak mampu nak tanggung penduduk bumi yang tak reti berjimat, maka akhirnya macam mana nak minum, nak masak, nak mandi wajib, mandi sunat, mandi manda. Hujan 3 hari tak berhenti ni mungkin menjadi bekalan air untuk 3 tahun akan datang. Siapa tahu?

DPP baru aku okay dari DPP lama, dekat dengan toilet, tak tinggi sangat, dekat dengan Maria huehuehue. Mula2 aku pindahkan barang dekat sini, kawasan ni macam lama tak berpenghuni, daun2 kering bersepah, macam tak berjaga. Takkan makcik cleaner cuti sebulan setengah jugak? Aku tengok DPP lain bersih je walaupun baru hari 1st bukak sem. Mula2 dulu tandas pun kotor, sekarang da ok sikit.

Tapi kalau aku tidur sorang2, time roomate aku tidur bilik kawan dia, mula lah macam2 bunyi aku dengar. Bukan khayalan yang aku berikan tapi keyakinan yang nyata (nyanyi sikit). Mula2 aku dengar bunyi orang atas seret keluar masuk kerusi, aku biarkan je la. Then bunyi orang alih loker, kalau ye pun buatlah siang hari, ni pejadah malam2 buat nak buat. Kadang2 betul2 kat belakang aku (bila aku tidur mengereng) bunyi  orang ketuk 3x, macam ketuk kat tingkap pun ada. Kadang2 bunyi guli jatuh.

Tapi semalam paling pelik. Roomate aku ada semalam. Aku terjunkan diri atas katil dalam pukul 12 lebih, baru aku nak lena, tiba2 dengar suara perempuan menyanyi. Jelas, sedap, mendayu tapi suara bergetar. Dekat luar hujan, nak kata orang dekat luar mesti suara dia dihalangi hujan. 

Aku tak fikir apa lagi, tapi dia keep menyanyi part yang sama, aku tak tahu la chorus ke apa, tapi dekat 10 kali. Nak kata radio, radio apa yang pasang lagu yang sama 10x then part yang sama je, bukan whole lagu. Aku familiar lagu tu, tapi aku tak tahu lagu apa, semalam aku ingatkan, tapi bangun pagi tadi lupa terus haha dasar nyanyuk.

Mungkin orang atas bilik aku nyanyi (which aku assume atas aku ada orang sebab sebenarnya aku tak pernah nampak pun orang naik tangga, but yeahh we must be optimist). Pagi tadi aku tanya roomate aku kot2 la dia yang pasang lagu sebelum tidur ke apa, dia cakap dia tak pasang. And fortunately dia pun dengar apa aku dengar, tapi versi dia lagi scary aku rasa haha. Dia cakap, kadang2 dia dengar dari luar tingkap, kadang2 dari atas loker. Gulp! Mungkin imaginasi dia je yang dari atas locker tu (sedapkan hati). 

Suara tu betul2 macam kat luar tingkap, bukan pantulan dari orang bilik sebelah or orang bilik atas mahupun bawah. Aku duduk tingkat dua. Aku memang tak sedap hati sangat duduk sini. Dulu dekat Petroanas, pukul 3 pagi aku steady pergi toilet sorang2 walaupun toilet jauh. Yang ni aku nak pergi ambil wudu' time Subuh pun aku rasa takuit (kak Ngah cakap takut, takuit) semacam, apa hal entah.

Ya Allah, aku berlindung dengan namaMu dari gangguan2 jin dan syaitan yang direjam. Aameen.

2/18/2013

Welcome to final sem Beron!

Hari ni aku da start kelas, aku je start hari ni, orang lain semalam da pergi kelas da. Hari ni briefing syllabus je, lecturer tanya nak dia ajar ke tak hari ni, haishh soalan macam tu tak payah tanya la, sendiri tahu la haha. Ok la jugak aku datang hari, kalau datang minggu depan? Ada je kawan2 aku buat cuti sendiri haha. 

Aku sebab kene pindah bilik, so balik awal sikit. Lagipun balik lambat sehari kena denda RM5, woi UUM cekik darah. Suka hati la aku nak balik bila, bilik aku bayar sewa apa bahaha.

Semalam aku angkut barang dari tingkat 4, bawa turun. Naik tangga nak masuk blok, naik lagi 2 tingkat pffft. Nasib baik tangga sini pendek2 je. Sian mak and ayah angkat berat2 :( Nasib baik last sem da, lepas ni aku taknak duduk sini da! Huuu.

Roomate baru budak sem 4, so far nampak ok Alhamdulillah, too early to judge. Dia panggil aku akak, terasa wajib kahwin disitu haha. 

Lepas da siap angkat barang semalam pergi rumah Anep ambil motor, lepas tu tukar minyak hitam, beli barang sikit. Lepas maghrib kemas barang, pukul 10 baru siap -_-''. Da kemas2 rupanya ada 2 bags barang tak guna. Pfftttt perempuan2.

Malam semalam aku tidur sorang, roomate tidur bilik kawan dia kot. Da la kipas bilik ni macam zaman penjajahan Jepun. Da la kedah da sebulan setengah tak hujan (Bapak Anep, 2013), punya la panas. Pagi tadi terus message mak suruh pos kipas. Boleh? hahaha

Malam semalam sebelum tidur aku nangis sebab homesick hahahha rasa nak lempang kan? Aku ni orang yang susah nangis, semalam pun paksa sebab hati rasa berat haha. Kalau air mata yang sepatutnya keluar tersimpan dalam badan, aku rasa aku da kene paru2 berair, air mata bertakung kat situ haha.

Perangai serupa budak tadika baru pisah tempat tidur dengan mak ayah. Aku sebak sebenarnya time tengok mak ayah aku tolong angkat barang. Besarnya pengorbanan mak ayah kat aku. Barang aku berat2 ok. Bangun Subuh tadi terus sakit2 badan. Da macam orang tua. Mak ayah pun mesti sakit2 badan kan? I'm sorry mak ayah. :( And thank you so much, for everything, I pray to Allah everyday to grant both of you Syurga Firdaus. Love you, lillahhita'ala.

Aku memang jenis manusia yang da duduk asrama dari form 1 pun tapi tetap homesick. Aku memang takkan involve activity university yang akan kacau waktu cuti aku, nehi kaba nehi. Aku sanggup kene buang college dari kene balik U time orang lain cuti haha. 

Sem ni Ahad sampai Rabu malam aku ada kelas berderet. Jangan cari aku malam2 please (Siapa nak cari kau entah haha), balik kelas pukul 11 aku nak tidur terus, kalau boleh jama' aku da jama' isya' sekali dengan maghrib haha. Kelas malam ni penat walaupun siang takde kelas sangat.

Sebab siang aku free, aku ingat nak kerja. Kumpul duit, lagi 2 tahun nak kahwin (confident padahal calon tercungap lagi tak jumpa2 aku haha). Dengan ekonomi sekarang memang tak boleh bergantung harap dekat PTPTN and PaMa 100%, mak eden da la tak kerja. Kena belajar berdikari, malu la oi da nak masuk 23 merengak mintak mak duit lagi -_-''. Aku ingat nak kerja kedai jual makanan, sambil kerja sambil ngap.

Doakan aku untuk habiskan sem ni dengan jayanya. Ameen :)

12/08/2012

Cerita 7 december

Pagi Jumaat aku mesti dikejutkan dengan announcement dari pejabat suruh turun senam robik la, tarian berirama la. Tak faham ke hari cuti la nak bangun lambat sikit (ke lambat banyak?) huahuahua. Walaupun sedar sira tak cukup and bakal dicampak keluar dari dpp sem depan, aku tetap tarik selimut dan tutup telinga dengan bantal. Alang2 kene campak, biar campak ke EDC terus muahahaha.

Aku bangun je tak tahu nak buat apa. Pandang laptop sambil makan roti. Da tu sampai ke petang pandang laptop je. Pukul 4 aku ajak Maria pergi makan dekat University Inn. Khabar angin mengatakan makanan Arab dekat situ sedap2, sebab memang orang pure Arab yang masak.

Kitorang sebenarnya teringin makan kebab. Hamboihhh time pesta konvo orang beratur beli kebab dia nun sampai ke UNIMAP panjangnya (bodohnya kalau percaya haha). Tapi memang panjang la. Disebabkan aku ni bangsa Melayu, bukan bangsa Menunggu, maka aku hanya memandang sepi (ayat Maria) kedai kebab tersebut.

Sekarang baru terkedek-kedek cari. Sekali dia bukak malam je. Disebabkan lapar, aku order beryani chicken dia dengan fresh orange. Maria order agha ke agba ke agda chicken entah, dengan juice banana. Makanan dia banyak gila, memang portion pak arab dia bagi. Affordable sangat. Nasi cantik je dimasak, ayam hamek kau, besar lengan Malek Noor ada aku rasa haha. Nasi tu kalau dimakan begitu saja pun sedap, tapi aku tak habis sebab banyak sangat. Roti dengan ayam Maria pun sedap, roti dia bagi 2, pun tak habis. Juices dia sumpah pure gila, puas hati gila minum. RM3 je air dia, bukan macam setengah kedai, RM4 pun campur air lagi -_-''

sup tu je aku tak sentuh. sebab rasa kambing. kambing rasa kambing aku makan la (?)

Then petangnya terasa macam gemuk, terus siap2 pergi jogging. Aku time jogging suka sepak2 ranting ke tepi, ye la menggangu laluan kan. Aku pun satu, sepak tak nak pandang belakang. Selama ni aku sepak steady je. Tadi betul2 aku tengah nak sepak ranting ke tepi, ada laki tengah joging, step dia betul2 belakang kaki aku, nasib baik dia sempat langkah kaki aku, kalau tak tergolek la manusia tu di depan aku tadi. Syukur dia tak tergolek, kalau tak aku tak tahu nak buat apa. Nak gelak ke, nak suruh bangun sambil mintak maaf ke, ke nak buat bodoh je haha. Haishh lepas ni kena pasang side mirror kat dua2 bahu. 

Malamnya aku rasa produktif sikit sebab aku paksa diri aku siapkan 1 chapter note final. 1 chapter pun makan sehari nak siap. Mula buat 8 malam 7 Dec, siap around 1 pagi 8 Dec. Kalau tak DL sem ni tak tahu la haha. Elehhh padahal buat sikit online, buat sikit online, mana tak berejam! Mana tahan tangan woo nak berkerja tanpa henti. Time exam boleh pulak? Time exam terpaksa, ni chill2 sudehh.

Da kenapa aku tanya, aku jawab sendiri ni? 0_o

awal lagi meja keadaan teratur, tunggu lagi 2 minggu, aku tulis bawah meja sebab meja penuh dengan notes 


10/12/2012

'Aku takkan mati'


Isnin lepas, budak2 law ada buat mock trial, tajuk: Aku Takkan Mati, adaptasi dari kisah Mona Fendey. Aku bukan committee pun, aku jual kuaci je haha. Gambar atas adalah t-shirt. Mula2 timbul kontroversi jugak dengan headline tshirt tu, tapi faham tak tu tajuk Mock Trial? Mock Trial tu apa? Mock trial tu adalah lakonan olok2, macam mana proceeding in court. 

Pelakon dia, especially yang jadi Mona Fendey tu memang terbaik. Cepat gila emosi dia boleh berubah-ubah. Tengah merintih tiba2 karang dia mengilai. Uishhh, meremang jugak bulu roma aku.

Apa2 pun, the committees did the good job, congrats guys! Ada part lawak, ada part sedih ada part takut, cukup ramuan orang kata tapi as usual, part proceeding memang bosan sikit haha.

before start. Dua kanan orang penting, dua kiri orang jual kuaci haha

semua DIPAKSA membeli sebelum masuk dewan. Adik ni kena paksa tangkap gambar sekali haha

Nadia, Nana and Iylia :)

entah kenapa nak buat muka bangga tak tau

10/02/2012

yeayy and yeakk

Pagi tadi aku ada tutorial pukul 11-12tengahari, lepas tu ada gap sampai next class pukul 3.30petang. Masa gap tu aku dengan Cha ke Changlun nak beli tiket. Yeayyy! InsyaAllah 23hb Oktober, lebih kurang 5 petang sampai la kami ke Kuala Kangsar. Moga dipermudahkan segala urusan. :) I can't wait to be home. Kak Ngah, tunggu Ayong balik. Nanti Ayong bawa pergi jalan2, main taman ok. :D

Habis kelas tadi pukul 4.30petang. Lepas tu ada pulak kelas 6.30-10 malam. Bayangkan belajar waktu senja, 3 jam! This is urghhhhh! Research shows, student can only pay attention for the early 45minutes of every class, that is why in Iceland / Ireland every session for each class is only 45minutes (Prof Tim).

Memang benar (bagi aku). Mula2 je bajet pelajar Muslimah, kusyuk je dengar, salin setiap butir lecturer cakap. Ha lepas tu siap la, tak main game, aku kacau orang, takpun berangan, conteng buku, makan kudap-kudapan, sembang dengan kawan, kalau buat lagi slumber main tangkap2 gambar dengan kawan2 dengan pelbagai memek muka yang menjelekkan haha.

I really can't digest 3hours of lecture. Tapi nak buat macam mana, subjek2 tu lawyer yang kena ajar, nak tak nak malam je dorang free and on weekend. Weekend? Lagi la NO! So korbankan la 3 malam aku dalam seminggu nak ke kelas. Jadual biasa 8-11malam. Lecturer tadi je cepat kan sikit.

Aku da rasa suasana busy student final year. Assignments tak putus2 datang, hantar tiap minggu. Satu dua takpe, ni dapat untuk satu subjek dekat 6 7 kerja. Kalau amek 1 subjek je takpe, ni 6 woi! Memang ni la adat student final year, tapi bagi la ruang kat kitorang nak bernafas sikit. Sampai satu tahap, lecturer tengah bagi kerja kat depan, aku kat belakang buat2 tak dengar, sibuk belek handphone macam baru 1st time pegang.

Rasa cepat je nak habis belajar, nak keluar dari sini, dengan management U ke lautnya. Haiiii.

Ya Allah permudahkan segala urusan aku dan kawan2 aku untuk habiskan degree kami dengan cemerlang dalam masa yang ditetapkan. Jauhkan kami dari sikap malas dan berputus asa. Sabarkan dan cekalkan hati kami dengan setiap cabaran yang mendatang. Aameen.

Harap bayaran dan pengorbanan ini berbaloi. InsyaAllah

Nasib baik tak kahwin lagi. Eh? hahahahahabye


9/28/2012

Fire Drill

Kat sekolah dulu ada la jugak 2 3 kali buat latihan pengosongan bangunan ni, kat asasi pun ada sekali tak salah. Dan semalam aku mengalaminya lagi sekali, and it was the most worst experienced ever! Ketua projek sengal ala2 Squickward aku rasa. 

Begini kisahnya ~~drum roll~~ Dalam pukul 1 aku da tidur. Then dalam pukul 3 tiba2 aku dengar bunyi letupan yang maha dasyat, berdentum-dentam. Macam ada rusuhan senjata. Siap ada sound effect perempuan menjerit-jerit. Aku ingat aku mimpi. Sumpah ketar masa tu, sebab aku rasa macam dalam dunia perang dan aku akan jadi mangsa tebusan sebab ada pengganas nak tawan UUM sebab sistem macam &*&^$# (over imagination aku)

Then ada orang ketuk pintu macam nak roboh 'Keluar! Keluar! Keluar! Kecemasan!'. Bila roomate aku bukak pintu, aku nampak ketua paras aku suruh keluar cepat2. And she well dressed. Hmmm something fishy here. Aku nak pakai tudung, boleh dia cakap 'eh tak payah, tak payah, kecemasan ni'. Bluerghhh? Then aku capai je tuala tutup kepala. Nasib baik aku tidur dalam berpakaian sopan.

Oh letupan tu still berbunyi. On my way nak turun dorang blackout kan blok. Bongok. Kalau aku salah langkah, 258 orang depan aku tersungkur sama. Bila sampai bawah, aku nampak AJK lelaki tengah pasang mercun bola. Dalam hati aku da sumpah seranah kot, 'This is crap!' Kau ingat lawak ke benda2 macam ni?

Then suddenly aku teringat, aku pernah pergi pejabat dan terdengar sorang laki ni tengah bincang pasal Fire Drill dengan orang pejabat. Aku cam muka kau ok wahai lelaki *sambil simpan mercun bola dalam poket kanan, lighter poket kiri. 

Ada sorang budak pengsan, mungkin lemah semangat, sampai ambulans datang. Mercun bola kot, baling kat tepi bilik, hantu pun terkejut woi! Kau takde cara yang lebih efisyen ke? Lame!

Then biasalah ada taklimat bomba. Dapat bomba pulak jenis kuat bebel. Sistem pemadam api dekat hostel tak sempurna pun kitorang kena bebel. Pergi pejabat la hentak meja pengarah kalau berani. Kitorang bukan boleh buat apa pun. Ha membebel la sorang2, aku duduk belakang main game (sempat grab handphone huehuehue)

Kak, bang oi, nama pun LATIHAN. Bagi la warning awal2. Then buat rule siapa tak turun dalam masa ditetapkan, denda je la. Tak payah nak gelabah sangat la tak bagi pakai tudung semua, bukan darurat pun. Lawak pun ada, ada yang turun free hair, pakai kain batik, baju terbalik, bawa beg pun ada. Da la tak briefing tangga mana nak guna, kat dinding pun takde tampal plan kecemasan. DPP lain pun bising sebab bunyi mercun sampai ke dorang dengar. Aku rasa ada 50 biji mercun bola yang terkorban semalam. Sumpah tak sistematik. Budak sekolah lagi bijak nak manage benda ni.

Bilik pun tak bagi kunci, konon tak sempat. Kamon la weh, kalau betul kecemasan aku rasa AJK terjun dulu. Kalau barang aku hilang semalam, memang aku hempuk laptop atas kepala AJK sorang2.

Kalau aku sakit jantung, malam ni memang kat rumah aku tengah majlis tahlil

9/11/2012

rintihan perantau #1

Da mula kelas ni hadap la aku bebel pasal kelas je sampai bulan 1 tahun depan eh? Bosan gila duduk sorang ni, roomate balik esok. Kalau ada roomate bukan la aku bercakap 24jam dengan dia, tapi ada la kawan bergosip. Buka mata nampak la orang, buka pintu balik kelas nampak la orang. Ini tak, buka mata nampak tilam tersandar kat dinding, buka pintu angin yang menyapa ewahhh sastera!

Kelas da start. Lecturers semua baik2, tapi scary. Can imagine? Lecturer Jurisprudence aku omputeh, baik orangnya (senior cakap), tapi nota dia bagi semua dalam PDF. Berpinar mata nak baca. Selalu guna PowerPoint je huhu. Tak main la sehelai dua, introduction je 16ms, case 30ms. Terima kasihhhhhhhhhh!

Bila orang tanya aku sem berapa, aku jawab la aku sem 7. Orang ingat aku extend sem T___T Course saya memang 8 sem la pakcik, jangan buat muka kesian saya kene extend, tak baik kecikkan hati gadis macam saya hahaha

Tadi sembang dengan junior sem 3, budak laki, kos usahawan ke apa entah. I kan pemalu kalau baru2 nak sembang. Dia cakap 'eh akak ni malu2 pulak haha'. Yola dik, tak kan aku nak bertepuk tampar dengan kau, harommmm! haha. 1st impression orang kat aku, kalau tak sombong mesti orang ingat aku lemah lembut orangnya hahahaha. Kan awak? :P

9/09/2012

take it as a lesson Beron!

Malam tadi aku ada kelas pukul 8. Aku park motor kat satu kawasan berbukit, agak gelap. Ada motor aku dengan satu lagi motor park kat situ. Aku lock motor dekat disc brake, pakai sumbat je benda tu kat mana2 lubang sebab tak nampak sangat.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, 8.30 lecturer tak datang2 pun. Its legal for you to leave the hall after 30minutes of waiting. For me, 15minutes can make it legal enough haha. 

Sampai je kat tempat parking, nak bukak lock baru aku perasan aku terkunci benda tu dekat dengan rim. Masak! Kejadian macam ni yang aku taknak sebab aku tahu macam mana seksanya nak bukak balik sebab makcik aku pernah kena dan aku sebagai saksi heuhuehe.

Time tu ada aku, Arni dan Mirul. Aku dengan Mirul try punya try tak dapat2 jugak bukak. Mirul risau kunci patah. Then Mirul telefon kawan dia mintak tolong, Man tak silap aku nama dia.

Dia try pun tak boleh. Then dia panggil kawan dia, aku ingat sorang 2, 10 orang baq ang! Dari macam2 negeri, Pahang, Johor, Sarawak. Sorang2 try, tak boleh jugak. Sume pakat berkerumun kat motor aku. Aku duduk je atas seat motor bahagian belakang sebab nak bagi tayar depan terangkat. 

Masing2 pak lawak, nasib baik boleh gelak2, takde awkward sangat. Segan jugak aku, menyusahkan orang je kau ni Beron -_-'' Rasa bersalah huu. Aku tak tahu apa dorang buat. Dekat2 sejam jugak la. Alhmadulillah dapat keluarkan kunci tapi patah la haha. Thank you guys! Kalau jumpa nanti aku belanja teh tarik hehe. Dorang cakap kalau jumpa kat luar nanti tegur2 la. InsyaAllah kalau aku ingat muka korang. Gelap oi, masing2 bukan cerah sangat pun keh keh keh.

Ni mesti sebab degil cakap mak ni. Mak suruh guna kunci yang dia belikan, tapi kunci tu besar. Malam2 je aku guna, setakat kat kelas aku guna kunci kecil je. Ha amek kau nak senang sangat kan, ha senang la sangat nak buka kunci besar penutup botol air pun dekat2 sejam.

Tapi Alhamdulillah la Arni nak tumpang aku, dengan Mirul still ada kat situ. Kalau dorang takde, aku tak tahu apa nak buat. Nak tinggal motor takde masalah, tapi nak balik macam mana? Ikutkan jalan kaki mahu 2 marhalah ada haha.

Again, thank you so much Mirul, Arni, and Man & the gang. Moga Allah membalas jasa kalian :)

*Adik saudara aku yang mengidap barah otak tahap ke 4 sedang koma. Mohon doakan dia, moga Allah permudahkan segala urusan dia. Ameen

9/08/2012

Sintok, again.

Petang tadi aku sampai Sintok. Sem ni aku bawa motor. Dalam perjalanan tadi, pejabat pos telefon bagitau motor da sampai. Cepat benau, kata seminggu. Dengan helmet dekat UUM nya, so tak kan nak patah balik, maka beli la helmet baru. Sepanjang perjalanan hujan jee, ada setengah tempat memang lebat kemain. Da lama tak hujan, sekali hujan amek kau. Maka, kena la beli baju hujan sekali.

Aku bawa motor dari Jitra ke UUM, ayah follow dari belakang. Ayah demam, so tak kan nak bagi bawa dalam hujan kan, durjana sungguh kalau suruh ayah yang bawa. Lepas berhenti makan, hujan pun renyai2. So dari Changlun nak ke UUM, aku pakai baju je, tak pakai seluar dia. Sekali da nak sampai hujan tudiaaa lebat nak mampuih baq ang. Basah kuyup kaki aku dan ke bawah, kalau aku kencing dalam seluar pun takde siapa tahu. Eh? hahaha.

Aku tak tahu boleh apply sticker lagi ke tak boleh. Kalau tak boleh kita bawa cara illegal la ye dak? Apa ke susahnya haha.

Oh macam tak percaya aku da jadi budak final year. Budak paling senior dalam UUM, sebab kat sini tak banyak kos 4 tahun, mostly 3 tahun je. ya Allah, permudahkan segala urusan aku dengan kawan2 sepanjang 2 sem ni. Ameen

Aku da start homesick. Rindu budak2 kat rumah, especially Fatini. Dia asyik tak bagi aku balik je. "Ayun, jangan la balik, nanti kak ngah nangis macam mana?". "Mak, boleh tak ayun tak balik?" T________T Bulan 10 nanti kita jumpe ye sayangggg :D

Aku sorang2 kat sini, kawan2 tak balik lagi, roomate pun tak balik lagi. Syahdunyaaa duduk sorang2, hujan pulak tu. Nasib baik dalam bilik tak hujan huhu. Conclusion nya, aku tak suka duduk sorang2! Huh!

Doakan aku survive dengan tenang dekat sini :)

Eh mana pergi cuti 2 bulan setengah aku? Rasa macam 2 hari je -_-''

Thank you mak and ayah hatar Nadia tadi, tolong angkat barang. I love you both so much, lillah :)