”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

Showing posts with label Kadet PTD. Show all posts
Showing posts with label Kadet PTD. Show all posts

11/05/2018

Konvo DPA sesi 2017/2018

Selasa lepas aku pergi konvo DPA. Ramai tanya aku eh DPA pun ada konvo? Helloooooooo, kitorang ambil advanced diploma yang diiktiraf MQA kot, mestilah acah2 ada konvo, kalau tak bila kan lagi aku berpeluang nak pakai baju istiadat aku tu? Nak tunggu masuk Parlimen? Masuk Istana? Non hadooo. Mak ni rakyat marhaen je nak haha.

Isnin kitorang raptai dari pagi ke petang. Raptai untuk konvo and Makan Malam Istiadat Bersama Ketua Setiauasha Negara (KSN) sekali gus. Malam tu aku tidur dekat Cyberjaya, parents aku datang.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. As usual, benda2 macm ni memang bukan minat aku. Ada la aku tangkap gambar dengan beberapa ketul kawan aku, then aku blaaa balik tidur haha.

Untuk makan malam tu aku kena jadi LO (Liaison Officer) kepada VIP. Alhamdulillah VIP aku jaga tu baik je, tak banyak songeh and banyak sembang.

Akhirnya ni la penutup perjalan DPA aku. Lepas ni memang wholly focus dekat kerja sahaja. K E R J A S A H A J A. Sekian, harap maklong.

#bilanakpencenni?
#32tahunlagi
#startcountdown

Pakaian istiadat siang untuk convo. Dress No 1

Pakaian istiadat malam untuk dinner. Mess Kit 

9/26/2018

Bakal Kadet PTD 2018

Hi chuolsssss.

Aku maklum result interview PTD untuk tahun 2018 dah keluar. Tahniah kepada yang berjaya, kepada yang tak berjaya tu jangan putus asa, rezeki lebih baik sedang menanti.

So ramai la tanya itu ini dekat email aku. Tapi most of them tanya memang formal habis, dah macam baca surat rasmi kerajaan dah. Yihhhhh. Haha. Please be informal, awkward gila aku nak jawab, terus aku jawab bahasa baku;

"Saya dengan hormatnya merujuk perkara tersebut di atas dan email tuan adalah berkaitan"

Haha tolongla wehh, aku dah penat jadi formal time kerja, chill ok? Aku tak makan orang. Aku PTD dalam pejabat je, dalam email rasmi, tempat lain we're fwen ok, fwennn. Ha rempit tak aku eja? Haha

Tapi yang rasa aku balas email hambar tu, ampunkan aku. Aku curi2 masa nak reply email coz seriously aku busy gila. Ada masa aku balik pukul 9.30 malam, paling lambat aku pernah balik pukul 11.30 malam, kerja dari 8.00am non stop. Amacam? Ready jadi PTD? Kahkahkah.

Kalau korang perasan, blog ni pun makin hambar sebab aku hectic. Aku takde masa nak menulis. Bila malam aku dah penat, dah tak koser. Ni boleh bernyawa sikit sebab bos outstation pergi Ostrolia so aku boleh balik awal dari kebiasaan. Paling biasa aku balik 6.30 pm - 7.00 pm. Waktu balik sebenar aku 5.00pm. Nampak sekejap tapi bila kau buat kerja non stop dari pagi kekadang tak sempat lunch (aku dapat gastrik balik sejak start kerja) memang rasa sungguh berkat gajiku tiap bulan haha.

Dah kerja ni, hectic dia buat aku tidur hari2 area 9.30-10.30 pm (kalau aku balik awal). Kalau aku balik lambat sekali hari tu aku kena settle kan laundry pulak, perghhh koyak bai. Rasa nak nangis dalam mesin basuh sambil meratap 'Where is my life?'. Giteww over. 

Sebab tu aku royan dalam IG aku nak 'isteri'. Balik rumah semua dah siap syok jugak kan? Haha. Nasib baik la aku tak kahwin lagi. Ni kalau ada laki, pulak tu jenis tak memahami, balik penat2 dia nak suruh aku masak tomyam ayam pulak, memang dia yang jadi ayamnya haha.

Kepada lelaki yang bakal berkahwin dengan PTD ni please bear in mind that your 'madu' is kerajaan hahaha. 

Kepada bakal2 Kadet PTD 2018; all the best. Just enjoy your cadet's life as much as you can. Ada ups and downs dia but you kenduit! Just jangan buat perangai tak senonoh, jangan tiru assignments haha. Kalau korang nak tahu kemerapuan aku sepanjang kadet, boleh baca dekat link ni --> Kadet PTD

Welcome to the hell. Hahahaha. Adios

6/06/2018

Rindu~~~

Aku dekat office ni tengah bosan sebab tak dapat desk lagi. Katanya lepas raya, so sampai raya la aku mereput. 

Aku nak throwback kisah aku time DPA. Time DPA dulu aku busy, jarang update. Ni pun aku nak cerita pasal perpisahan. One thing I love about DPA is my friends, my crazy friends and to be exact INVICTUSianssss (my classmates)

Salah satu sebab aku survive tak stress kat sana adalah sebab classmates aku. Specifically roomate aku, aku memang rapat dengan dia je. Sampai semua orang menyampah kitorang kepit berdua je. Mana taknya, dia la roomate, dial meal-mate, dia la classmate, dia la mentor-mate, dia la OBS-mate, dia la intern-mate, semua dia lah. Memang jodoh kitorang kuat, asyik dapat satu group je.

Kitorang siap berangan nak duduk rumah sama time kerja tapi malangnya dia dapat Putrajaya, aku dapat KL. Huhu sedihhhhh. Hancur harapan nak bersama sampai pencen kahkahkah. Oi dia dah ada laki, takde maknanya dia nak hidup dengan kau sampai pencen haha. Rindu roomate 😔

Time minggu2 akhir nak habis DPA, aku dah rasa rindu dengan kawan2. Aku ni tak rapat dengan orang sangat, yang paling rapat roomate aku tu la. Tapi aku boleh masuk dengan semua orang on a surface basis. Huha huha dengan dorang, buat lawak, gelakkan antara satu sama lain. 

Aku dengan roomate aku dulu tak ambil peduli sangat pasal orang, kitorang selalu tertinggal ETS, dapat tau gossip paling lambat sekali and bila dah tau gossip tu pun dah basi. Contohnya gosip A bercinta dengan B, time kitorang tau tu A dah kahwin dengan C pun hahaha. Lepas tu gelakkan diri masing-masing.

Aku ni bukanlah peramah, tapi dalam diam aku perhatikan gelagat semua classmates aku. Ada yang gila, ada yang skema, ada yang diva, ada yang alim, ada yang kelakar, ada yang joyah, ada yang kupas bawang dalam diam, ada yang sopan (aku) hahaha.

Aku rindu dorang semua. Sekarang ni aku sorang-sorang dekat department ni, mula la aku teringat kenangan-kenangan lama. Orang kat sini pun aku tak kenal rapat lagi, tak dapat nak baca character dorang lagi. Harap semua baik2 lah.

Aku doakan semua kawan2 aku dan aku berjaya dalam hidup masing-masing, tak kira lah dari segi kerjaya, keluarga mahupun kehidupan secara keseluruhannya. Taknak repeat DPA (neverr haha) tapi nak repeat gather dengan kawan2.

5/06/2018

Modul Negaraku

Yahooooo. Gmail takde? Ok hambar haha. Akhirnya habis dah aku jalani semua modul DPA. Negaraku was my last modul. Yeayyy! No more class, no more exam, no more assignment. 

Bebas? Belum lagi. Currently we are undergoing Minggu Sintesis a.k.a minggu penutup selama 3 minggu. Macam-macam aktiviti ada dalam minggu and mostly talks. Macam semalam kitorang buat gotong royong sekitar INTAN ni. Esok ada talk dengan Persatuan PTD.

Modul Negaraku ni nothing heavy pun. Belajar pasal integriti, rasuah, hak asasi manusia, something like that. No final exam, just individual assignment. 

Tak sangka perjalanan aku kat sini dah nak sampai ke penghujung. Setelah segala penat lelah, suka duka. DPA ni sometimes santai and sometimes chaos. Ada ups and downs la. Yang penting kena kuat mental, fizikal dan rohani. Kalau nama mak kau Rohani mungkin banyak membantu hahahahambar lagiii.  Doakan aku dan kawan-kawan lulus dengan cemerlang. 

Yang penting esok malam aku balik Perak untuk mengundi. First time nak mengundi. Harap tak perlu beratur lama sebab aku tak suka crowd. Gitu demand haha. Tiket balik esok ada, tiket balik sini hari Rabu takde dah habis oi! Bas yillek, ETS yillek. Kat India boleh je naik atas bumbung keretapi, kenapa kita tak boleh? Kan? Kan? Haha. Tak sanggup nak drive, mesti hazab gila jem. Tapi mungkin orang ambil kesempatan sambung bercuti dekat kampung terus. Eh lepas PRU takde cuti peristiwa ke? Kau ingat sekolah buat hari sukan nak cuti peristiwa? Haha

Harap PRU kali ni berjalan lancar dengan penuh integriti. Harap parti terbaik akan memerintah negara kita. Ameen

4/26/2018

Submodul Partnership Program (SPP)

Ni adalah modul kedua terakhir sebelum masuk ke Minggu Sintesis. Senang cerita modul ni bersamaan dengan intern la. Everyone of us diletakkan bawah satu kementerian selama 5 minggu. Aku ditempatkan di MITI, bawah unit M&E, Dasar Sektoral.

Selama 5 minggu aku kat sini memang hectic sebab nak juggle antara kerja hakiki, research and benda hanky panky. Mula-mula macam culture shock jugak la, minggu pertama tu aku sampai migrain la nak digest. Yela, aku background Law kot, tetiba nak fahamkan pasal dasar machine haha. Dasarrrrr.

Ada 5 minggu je tapi kena buat research memang mencabar ketahanan mental dan emosi. Tapi Alhamdulilah sangat-sangat supervisors aku banyak membantu, may Allah bless their kindness and their knowledge that had been shared with me.

Untungnya aku dapat MITI sebab MITI dekat dengan INTAN, perjalanan 15 minit je and tak jem. Heavennnn plus tak payah sewa rumah macam kawan-kawan aku yang kena dekat Putrajaya.

Bagi aku MITI ni best, environment dia very corporate, kondusif and proaktif. Ni pandangan aku duduk selama 5 minggu la, kalau 5 tahun mungkin berubah haha.  Tapi aku tak apply pun MITI haha. One day, who knows? 

SVs aku baik gila, banyak membantu, Alhamdulillah sangat-sangat. 2 minggu terakhir sebelum hantar research memang caca marba hidup aku. Semalam present, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Hari aku terlibat dengan malam MITI. Aku dipaksa menari kau tahu! Benda aku paling lemah sebab badan aku macam kayu keras dia and aku lambat nak synchronize antara kiri dan kanan. Tak tahu la nak cakap enjoy ke tak tapi malam persembahan tu posisi aku betul2 depan Tok Mad? Kenal tak siapa Tok Mad? Ala Menteri yang suka masak nasi goreng tu. Harapnya lepas tengok aku menari, makin sedaplah nasi goreng dia hahaha.

Hari ni hari last aku kat sini. Alhamdulillah, lega. Tinggal nak submit dokumen je. Sikit je lagi Nadia, you can do it!

3/24/2018

Modul Pertahanan dan Pengurusan Bencana

Aku pulak rasa bosan tengok word Modul tu haha. Please bear with me, ada lagi 3 modul je aku nak habiskan ni sebelum melangkah ke alam realiti dunia perkerjaan. Aaagituu.

Batch sebelum ni beruntung sebab Modul Pertahanan dorang panjang, dengan ATM, Bomba and Polis dua minggu masing-masing. Time batch kitorang semua benda tu di compress jadi 2 minggu je  dan mostly teori takde praktikal. Tapi takpelah, dah itu saja rezekinya.

Selama 2 minggu ni banyak jugak ilmu yang aku absorb bab pertahanan dan pengurusan bencana ni. Apa peranan  Bomba, APMM, APM, JKM, NADMA, SMART Team, ATM (Angkatan Tentera Malaysia) jangan kau balun mesin keluar duit tu pulak dah la haha.

Nak memastikan keselamatan negara dan menguruskan bencana ni memang memerlukan peruntukan yang besar, yang kita as rakyat biasa ni tak terfikir pun bab2 tu sebab kita tak sedar. Yang kita tahu benda yang ada kena mengena dengan kita je. Kita hidup dalam comfort zone and rasa negara kita selamat padahal untuk pastikan benda tu ramai barisan perwira kita sanggup korbankan masa dengan keluarga untuk pastikan kita hidup dalam keadaan selesa. Memang tak terbalas jasa dorang, tak setimpal pun dengan gaji yang dapat. Perghh lain maciam patriotik aku malam ni. *bangun-tabik hormat* 

Dalam modul ni aku dapat bezakan bencana dan insiden. Aku tau peranan NADMA (National Disaster Management Agency) yang bukan menguruskan bencana dalam negara je but luar negara sekali. 

Last Tuesday team Bomba datang tempat kami nak buat macam2 demo. Handsome2 Abang2 Bomba kahkahkah. Sebenarnya pasukan beruniform ni memang handsome2 dek sebab kan uniform dorang tu kot. Nampak macho dan berkaliber hehe. Dorang ajar macam mana nak selamatkan orang dengan peralatan dan tanpa peralatan. Perghh aku tak mampu nak angkat sorang pun makanya hari tu aku banyak jadi mangsa sebab aku yang diangkat. Ni kalau jadi apa2 emergency memang aku mampu tengok je lah. Hoho.

Last Thursday kitorang melawat Markas SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team) dekat Puchong. Anggota SMART ni terdiri daripada anggota Bomba, ATM, Polis yang nak join team ni. Dorang tunjuk la simulasi macam mana dorang buat kerja menyelamatkan mangsa dan menguruskan bencana. Alat-alat semua canggih-canggih dan padu. Sumpah kagum dengan SMART team and alatan-alatan yang dorang ada. I can say that gadgets are the part of the team too.

Overall modul ni best, banyak exposure. Dan aku perasan passion aku memang bab safety and security ni. So aku macam dah nampak bayang-bayang kementerian mana aku nak mintak nanti. Aku dah lepaskan satu peluang untuk berada dalam satu team ni atas sebab-sebab kemaslahatan ummah hahaha. Harapnya I make the right decision. InshaAllah. Ameen

3/13/2018

Modul Inisiatif Transfromasi Desa [INTRADE]

Aku baru balik dari Kluang, Johor ni, ada modul INTRADE kat sana selama 2 minggu dari 25 Feb - 08 Mac aku berkampung kat IKWAS. Aku ditugaskan kat Kg. Tengah, Kluang. Kg. Tengah ni dah modern dan maju so tak banyak la sangat kerja kena buat from scratch. Tinggal nak tambah baik je.

Banyak aktiviti kitorang buat, semua kena uruskan sendiri. Dapat bajet then pandai2 la nak langsungkan macam mana. Modul ni nak dedahkan kat kitorang macam mana pentadbiran di peringkat negeri, daerah dan kampung. Ada aktiviti gotong royong, cat rumah orang la, lawatan asnaf la, main sukaneka dengan orang kampung and macam2 lagi. Penuh la 2 minggu tu and we did well.

Orang kampung pun bagi kerjasama yang padu. Tempat transit kitorang dekat dewan and situ ada masjid, ada sekolah agama. Depan tu ada kedai runcit. Memang kayo makcik tu 2 minggu dengan kami, semua jakun bila jumpa junk food time budak2 dulu. Haha reminiscing the old days betul.

Ada satu hari tu kitorang tolong sorang asnaf ni pindah rumah. Dia dapat bantuan rumah yang dipinjamkan oleh kerajaan. Rumah baru. Dia orang tua berusia 60an and ada cucu 3 orang. Parents cucu dia dah meninggal. Yang tanggung dorang sekarang cucu sulung dia umur 19, kerja dekat kantin. Memang kesian. Si asnaf ni tak boleh berkerja sebab dua2 mata ada katarak, so penglihatan kabur.

Tengah tengah buat kerja aku dengar someone cakap dekat cucu2 dia. 'Ni rumah atas nama atok, ni rumah pinjam je, kalau atok dah takde nanti korang kena keluar dari rumah ni'. Tersentak aku dengar. Aku pulak yang tersentak. Betul, tak salah nak jelaskan realiti kat bebudak tu. Tapi that's not the right time kot, bebudak tu tengah seronok lagi dapat rumah baru. Huhu. Patutnya explain kemudian with a proper words, yang lebih berdiplomasi. Plus they just kids, yang masih tak faham realiti kehidupan. Slow slow la nak bagi peringatan pun. Aduii.

Penat memang penat but worth it. Aku bertambah hitam dengan jayanya. Bila tengok cermin rasa hmmm lawa jugak kulit aku hitam macam ni. Astagaaa konfiden level apa niii. Hahaha. Yela takde siapa nak puji, puji la diri sendiri. Tak kena bayar pun, naikkan konfiden level adalah. Haha.

Malam last kat sana aku keluar konon nak pergi pekena Railway Cafe Kluang tapi tutup daaa. Takde rezeki. Tapi aku tak kisah pun, aku nak nasi je time tu. Then kitorang pergi kedai Cawan Mas macam kopitiam la, depan Kluang Mall. Dorang semua gelakkan aku sebab order air longan hahaha. Dorang cakap longan kat KL pun ada. Aku cakap, coffee pun ada kat KL haha. Aku tak berani nak minum coffee time tu, takut migrain and tak boleh tidur malam. Aku ada la sip kawan aku punya, perghh memang pekat dan padu.

Cawan Mas tu macam kopitiam and surprisingly murah dan sedap. Tomyam dia padu. Selalunya kopitiam harga satu meal mesti berbelas kan, yang ni mee tomyam RM9 je kot. Murah la, dah la sedap. Arghh jangan aku ke Kluang sebab nak makan Cawan Mas je. Kawan aku siap beli kopi dia. 

Esoknya aku bangun tidut tengok kat IG ada orang nama cawansilver nak add aku. Wahahhahaha. Konspirasi yahudi ke apa ni? Makan dekat Cawan Mas, cawansilver yang add. Tergelak aku. Maaf, aku memang mudah terhibur hahaha.

Aku ada lagi 4 modul je sebelum habis DPA ni. Modul Pengurusan Bencana, Modul Intern, Modul Negaraku, and Sintesis. Yeayyyy. Final exam pun dah takde. Doakan akuuu! Thanks!

2/28/2018

Modul Pembangunan Sosial dan Infrastruktur.

Nadia, kau sekarang memang takde life ke macam mana? Asyik update pasal modul DPA je. Aku sebagai owner blog pun bosan nak baca haha. Tapi aku kena update jugak sebagai kenangan di hari tua dan sebagai panduan kepada sesiapa yang tersesat kat sini. Jarang la aku bagi panduan hidup yang lurus, harap yang ni nampak lah sinar harapan sikit haha.

Ini modul terakhir untuk modul akademik. Means what? It means ni last final exam aku. Yahoooo. Lepas ni no more final exam. Lepas ni sesi menghitamkan kulit je. 

Modul ni not bad, boleh ikut dengan tenang. It's all about pembangunan projek. Macam mana nak handle project kalau dah jadi penjawat awam nanti. Macam mana nak pilih projek terbaik yang bagi impak yang tinggi kepada rakyat tetapi menggunakan kos paling rendah.

Perghhh bunyi macam gempak kan? Tapi tu la, tu la dianya haha. Pening jugak aku belajar benda ni sebab aku takde background engineering. Group aku propose projek naik taraf infrastruktur Federal Highway. Nasib baik groupmate aku parents dia engineer, mintak tolong dorang la sikit2 time nak buat budgeting. Dengan nama segala mesin simen tu tak tahu, dengan tak tahu nak hire berapa orang Bangla hahaha.

But everything went well walaupun time presentation kena bantai jugak la tapi lecturer chill, kitorang pun chill. 

Final macam biasa boleh jawab cuma betul ke tak tu memang la aku tak tau. Haha. Redha je la. Harapnya lulus dengan cemerlang. Doakan :)

2/25/2018

Modul Pembangunan Profesional PTD

Lamanya tak update. Sebenarnya modul ni aku dah ambil 3 minggu lepas tapi takde masa nak update. It's just a simple update sebab rasa tak adil kalau aku update pasal modul lain tapi tak update pasal modul ni, kesian dia, kecik hati nanti. Aku mak yang adil *tetiba

Modul ni berjalan selama seminggu je. Jarang2 modul seminggu and yang paling penting modul ni takde final exam so jyeahhhhh. Belajar pasal pengurusan pentadbiran pejabat la mostly. Belajar pasal mesyuarat, buat minit, buat paper kabinet buat memo, cara nak simpan dokumen rahsia, sulit bla bla bla. 

Tu je la pun. Hahaha bosan kan?

Aku tau ada beberapa orang guna blog aku as rujukan untuk persediaan jadi kadet PTD sebab ramai jugak yang email aku tanya tips. Aku harap blog ni dapat membantu sedikit sebanyak. Sorry kalau ada yang email tapi aku tak membantu sangat sebab aku memang takde tips. 

Apa yang aku dah cerita kat sini adalah pengalaman aku semata-mata, tak lebih tak kurang. Dari segi usaha aku pun tak tahu apa aku usahakan haha. Kalau korang nak baca pasal Kadet PTD boleh cari tagging dekat belah kanan blog ni.

All the best guys yang tengah PAC tu. Semoga lulus dengan jayanya :)

2/11/2018

OBS #2

Banyak benda aku nak cerita tapi masa tak mengizinkan dan kalau ada masa mood pulak takde. Honggah honggah betul. Sekarang pun mood tak berapa nak ada tapi aku kena usahakan sebab nanti lupa. Aduh aduh sayangnya kalau tak gebang kat sini, aku ni dah la memang pelupa orangnya. 

Maka *drum roll* ayuh aku sambung cerita pasal OBS

Camping

Kitorang camping 2 malam di 2 tempat berbeza. 1 malam di Pulau Sekadeh dan 1 malam di Pulau Syawal. Tau tak kenapa nama dia Pulau Syawal? Sebab dulu ada serombongan manusia masuk pulau tu di bulan Ramadhan nak cari buluh lemang, sesat, bila jumpa jalan keluar je dah Syawal.

1st night at Pulau Sekadeh time berkayak. Tempat dia boleh hidup la. Ada lampu generator, ada bilik air. I mean ada zink sebagai dinding bilik air. Ada sumber air dari pili. Ada sink untuk basuh pinggan. Pantai dia cantik saujana mata memandang.

Lain cerita dengan Pulau Syawal. Pulau Syawal ni berdepan dengan Navy base and sebelah Swiss Garden Hotel tak silap nama hotel tu. Pulau Syawal kitorang singgah time whaling. Dan ia hanyalah pulau gersang. Tiada lampu, tiada bilik air. Yang ada hanyalah perigi mencari timba sebab timba pun takde, kitorang guna kitorang punya. Dan perigi tu open air. Hamput. 

Aku sumpah tak pernah hidup macam tu and to make it worse, aku period time tu!! Halah, halah. Runsing aku fikir nak basuh kat mana, nak buang kat mana. Tak tergamak aku nak cerita kat sini keadaan sebenar tapi semuanya selamat walaupun agak euwwwwww. Hoho.

Air perigi dah la limited dan untuk digunakan 40 orang. Air laut pun kotor sebab situ dekat dengan muara sungai *aku tak faham connection muara sungai dengan air laut kotor, tapi Q cakap macam tu aku buat2 la faham* Haha.

Time tu nak terkencing pun fikir 20x sebab kena masuk dalam hutan. Risau je aku tengah membuang tetiba ada benda patuk punggung hahaha. Aku berdoa je time tu. Nasib baik perut aku berajar, dia tak buat hal semalaman kat sana. 

Tapi camping macam tu agak feeling la. Masak guna kayu api dan guna bahan yang limited. Time kat Sekadeh dapat sardin dengan kari ayam tin. Time kat Syawal dapat ayam mentah. Bab memasak ni memang bukan bab aku la, aku tolong sediakan bahan je, karang kawan2 aku kena keracunan makanan satu hal pulak haha. Time sediakan bahan adalah aku curi2 makan buah and curi bawang yang seciput tu letak dalam telur dadar. Haha. Kau makan nak sedap je.

Kerja aku dirikan khemah. Rasa macam boleh mendirikan rumah tangga je feeling dia bila semua khemah dah terpacak megah mengadap lautan. Haha. Tapi hari nak balik dari Sekadeh tetiba angin kuat, hampir terbang khemah2 kebanggaan aku. Ceh tak boleh harap, ingat utuh sangat. Tapi malam dekat Syawal paling sadis. Tetiba hujan! Khemah aku bocor pulak. Harapkan khemah, khemah basahkan tuan *peribahasa baru*

Solat pun berlantaikan pepasir halus, beratapkan bulan dan bintang, ditemani bunyi deruan ombak dan berkiblatkan Kaabah. Memang la kiblatkan Kaabah dah tu kau nak mengadap mana lagi? Jangan yahudi sangat perangai tu haha. Perghh solat macam tu terasa graf kekushukan meningkat. Memula aku tanya Q kiblat, dia campaknya kompas kat aku. Aku tau lah kiblat bearing dia 292 tapi yang aku tak tahu baca kompas! Haha. Then ada budak laki tau baca kompas haha. Selamat kalau tak sesat kitorang berkiblatkan Pangkor agaknya haha.

It was a worth experiences yang tak mungkin aku dapat dah lepas ni. Memang boleh mengeratkan ukhwah dengan kawan2. Bila malam dalam gelap duduk dalam kumpulan hanya bertemankan cahaya keimanan lampu torch light, bulan dan bintang, sembang2, buat reflective talk, it's mean something and terkesan di hati. 




*Hmm by the way, cerita pasal Pulau Syawal tu aku reka je. Hahahahaha. Sorry2 kepada yang dah terpercaya.

Hiking

Hiking nothing much aku nak share sebab aku dah biasa hiking. Gitu biasa, macam hiking hari2 haha. I mean sebulan sekali ada la jugak aku hiking walaupun santai2 je. Bukit yang kitorang naik ni tak tinggi sangat tapi curam. Dah sampai puncak boleh la nampak sebahagian dari Pangkor. Kitorang naik santai je sebab ikut pace average sebab ada yang tak pernah hiking kan. So chill je tak payah nak gelabah nak sampai awal ke apa, apa je pun kau dapat kalau sampai awal? Medal? Haha. Kalau betul dapat medal memang aku campak medal tu ke dalam laut dari puncak itu haha.

briefing hiking

Before muka ceria je semua haha
1/10 perjalanan. Muka semua dah ajak patah balik haha


Overall, OBS best kalau ada handphone hahahhaa. Tapi kalau ada handphone mungkin hubungan kitorang tak dapat dibina sekukuh iteww. Yela takde handphone memang aku hadap muka kau, kau hadap muka aku. Haha. Instructor kitorang pun sempoi gila. Thank you so much Q. Melayan je gila kitorang, tak marah2, gila sama2, kena usik pun senyum je. Kalau dapat yang poyo memang time pergi whaling bersama time balik dah takde instructor hahaha.

2/09/2018

Outward Bound School Lumut, Malaysia

Arghh sekarang baru ada masa sikit nak update blog. Rinduuu. Aku nak cerita pasal modul OBS. Aku pergi sana 7 hari 6 malam (21-27 Jan 2018)  without handphone, money, IC and jajan. Semua kena rampas. Dorang bagi bawak harga diri je haha. Kitorang dibahagikan dalam kumpulan kecil. Aku dapat Watch Kinabalu, 7 laki 7 perempuan. And instructor kitorang nama Q.

Untuk penginapan aku dapat dorm Ledang, katil double decker. Aku tak pernah tidur katil double decker bahagian atas tapi sebab aku naik lambat, tu je yang tinggal. Dah la katil takde penghadang risau je aku ngigau gedebukkk jatuh ke bawah terus ke bawah tanah haha. Tukar baju pun aku diri atas katil je tukar baju, terjerit-jerit kawan aku takut kepala aku kena kipas haha.

Aku tak sangka aku boleh hidup without connection for 7 days. Yeke boleh? Haha. By hook or by crook kena bolehkan jugak la kan? Hadap je walau seksanya Tuhan je tahu haha.

Makanan yang disediakan kat sana sedap-sedap, Alhamdulillah. Just time kitorang pergi musim hujan so basuh baju tak kering and baju busuk. Eeee tak suka, runsing memikirkannya haha. Runsing fikir bila balik aku kena mendobi banyak kain haha.

Kat sana setiap pagi ada PT and we enjoyed the PT sebab aktiviti semua fun. Bukan macam PT kat sini *rolling eyes* Haha. And kat sana memang tak jaga langsung penampilan diri, dah rupa tak siap tapi peduli apa janji buat aktiviti dan nak handphone balikkkk! Hahaha. 

Main aktivit kitorang kayak, whaling, camping and hiking.

Kayak

1st aktiviti adalah kayak. Pagi Isnin kitorang briefing and training, lepas Zohor terus berkayak ke Pulau, Pulau, Pulau apa eh nama dia? Haha lupa la. Tapi area Pulau Pangkor la. Ha Pulau Sekadeh! Yang penting bukan Pulau Pandan jauh ke tengah. Tapi kayak memang jauh. Bagi aku jauh la, aku tak suka aktiviti melibatkan tangan, tangan I lemah dikk. Auwww.

Aku partner dengan kawan aku, laki. Group kitorang memang cukup berpasangan. Dia duduk belakang, aku duduk depan. Time pergi aku tak makan ubat mabuk laut, bertolak lepas lunch pulak tu memang padu berpusingnya kepala aku. Sian partner aku banyak kayuh sorang haha. Aku bagitau dia aku mabuk then dia suruh aku rest je. Dah la dia ada sakit tulang belakang, aku tak membantu sangat pun haha.

Aku punya tak tahan tu sampai aku bukak semua button life jacket supaya aku boleh bernafas dengan tenang sampai kena tegur dengan instructor suruh pasang balik tapi aku buat degil aku. Aku dah tak fikir kalau capsize ke apa haha. Sampai je kat persisiran pantai, aku tinggalkan kayak dan pergi muntah haha.

Kitorang kayak pergi balik dalam 10km. Dua-dua melawan arus. Tapi on the way balik aku ambil langkah bijak telan ubat dulu so time tu aku gagah la. Selalunya orang sampai dalam 2 jam, we made it for only 55 minutes. Instructor pun puji. Kahkahkah well done Beron. *pat myself.

Time balik tu ombak bergelora gila and beberapa kali tersasar dari formation. Nak belok bukan main payah kena buat sharp turn. Aku kiri kanan pun susah nak beza so memang aku tak ingat la macam mana nak buat sharp turn. Lagi haru bila partner aku pun tak ingat. Kayak lain yang berdekatan yang ajar hahahhaa hauk betul.

And Alhamdulillah tangan aku tak sakit macam 1st time aku kayak dulu-dulu. Yang penting aku tetap tak suka kayak. Haha. Penat seyh. Dah la kayak berat nak mam. Dah sampai dengan penatnya kena pulak cuci pasir bagai. Erghh haha.

Ni je gambar yang ada tu pun ambil dari kawan 

Ha yang macam penyamun beg tu aku la tu. Dah tutup macam tu pun tetap hitam dikk. Akak redho je. 

Whaling

Korang tau tak whaling tu apa? Okay korang bayangkan, bayangkan sekarang, sekarang tau, sekarang! Haha. Bayangkan whale then bayangkan whale tu dipotong bahagian atas. Bahagian bawah yang tinggal tu korang terus bayangkan kena cedok untuk dijadikan lubang supaya boleh duduk dalam tu. Senang cerita whaling tu macam berkayak secara berama-ramai tapi atas kapal yang ada sailing. 

Kitorang whaling secara berkumpulan sejauh 30km *whatthedevil* mengelilingi Pulau Pangkor. Bergerak dalam 9.00 pagi, sampai camp site dalam pukul 3.30 petang campur rehat selama sejam. Seksa nak mampus rasanya sebab kayu pendayung tu berat gila. Kitorang berkayuh secara gilir-gilir tapi ada yang berkayuh straight tak berganti *salute*. Dengan panas teriknya. Cara hiburkan hati adalah dengan melalak. Macam-macam lagu keluar, sampai lagu 3 kupang pun rasa sedap sangat bila dinyanyi di tengah-tengah lautan. 

Bekal kitorang hanya biskut kosong Hup Seng. Sumpah biskut paling sedap di abad 2020 di waktu ketika itu. Dengar je orang bukak plastik biskut tu semua berpaling. Dalam sekelip mata, habis se-tong biskut tu. Time berhenti dekat Pulau Pelanduk kitorang makan nasi berlaukkan ayam. Walaupun time tu matahari mencanak atas kepala, makan tetap berselera sebab sumpah lapar. Hari tu pulak angin tak berapa nak ada so 80% kitorang berdayung je la, tangan aku dah keras macam batang pendayung dah.

But we enjoyed the moment, everyone was enjoyed and proudly say that no one got pissed off. And Alhamdulillah group kitorang semua selamat sampai dengan sendiri tanpa towing. You did great job guys. Sebelum ni orang cakap time whaling ni la kita nampak true colours kawan kita, mana yang baran, yang selfish. But my friends are still like my friends I knew  when we're in class. Thanks for being awesome and being you no matter what. Thank you menghiburkan satu sama lain dengan lawak nak mampus dan lawak hambar korang *rolling eyes*, dengan lagu yang entah mana pucuk pangkalnya. We all have strong self control I guess. Thank you for endless support, cooperation and great teamwork. You guys will be missed dearly one day :)


30 km dayung benda alah tu bukan perkara biasa-biasa ye tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Cuba sekali pasti taknak rasa lagi haha
Nanti aku sambung update pasal camping dengan hiking. Aku nak bersiap pergi Shah Alam ni, Mak datang sini malam ni. Have a great weekend guys! :)

1/20/2018

English Proficiency for Public Sector Executives

Aku baru habis modul ni. Makin kurang dah modul akademik yang aku kena hadap. Yeayyyy! I always love English. Walaupun grammar aku hauk walaupun aku dah belajar BI dari darjah satu haha. I love the accent, I love how it sounds so polite even when we're cursing haha. 

Belajar grammar, belajar baca dictionary, belajar pronunciation, lepas tu ada presentation, mock meeting. Cara buat surat, cara hantar email blablabla. Yang aku pelik, bila kerajaan berurusan dalam Bahasa Inggeris? Setahu aku semua in Malay haha. Tapi tak kisah pun, tak pernah rugi menuntut ilmu. Perghh tak sangka ayat ni boleh keluar dari mulut aku haha.

Yang penting modul ni takde final exam. Yaribba yaribbaa haha.

So sekarang ni aku sedang bersenang lenang with zero assignments. Ya Allah dah lama tak rasa weekend heaven macam ni. Hari ni aku ganti puasa, last day hehe. Esok aku pergi camping seminggu sampai Sabtu depan and handphone akan dirampas. So, sila tangisi pemergian aku yang sementara ni. Kalau ditakdirkan selama-lamanya, aku mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan aku.

Nanti dah habis camping aku cerita pengalaman aku, hope it gonna be awesome. Doakan keselamatan aku dan kawan-kawan, pergi dan pulang. Jaga diri, jaga hati! 

Sesiapa sudi nak tolong kemas barang aku takkk? Haha.

1/15/2018

Modul Research Methodology

Aku dah habis modul ni sebenarnya last 2 weeks tapi sampai hari ni modul tu menghantui aku, bukan aku je, satu kelas aku. The toughest modul so far. Kau bayangkan orang belajar research 6 bulan at least, kitorang belajar dalam masa 2 minggu.

Memang tak aman hidup aku 3 minggu, terbelengu dengan benda ni. 3 minggu yang tak cukup tidur. Bangun tidur terus teringat modul ni, terus rasa taknak teruskan hidup. Haha.

Belajar qualitative method dengan quantitative method, juggle all together sampai terpusing kepala. Mungkin bagi yang dah ambil master or pernah ambil time degree benda ni bagi dorang takde apa, tapi untuk aku yang tak tahu apa-apa benda ni real struggle jugak la. Tapi yang pernah ambil time degree pun merungut sebab tak sama dengan yang dorang belajar. Haha.

Dia ada 2 tasks. 1 group, 1 individu. Yang group ada 3 stages presentation, no write-up. Time 2nd presentation perghh kena bambu depan kelas. Korang ni telinga kuali ke apa? Hahahaha. Terima jelah dengan telinga kuali yang terbuka. Habis je present lecturer cakap

"Kalau korang nak tampung markah, buat write up 10 pager, hantar esok pagi"

Perghhh, write up buat dalam masa satu malam, dengan nak betulkan slide presentation nya. Yang dahsyatnya, semua kumpulan kena buat! Haha. Tapi aku suka kumpulan aku, tak pressure, kitorang gelak-gelak je. We take it positively, that too shall pass kekdahnya haha. So sama-sama la bergelimpangan dekat bilik discussion dari malam bawak ke pagi.

And paling puas bila dapat pujian dari lecturer yang write-up kitorang antara yang terbaik that time. Rasa berbaloi buat kerja atas lantai sejuk berjam-jam sambil ketawakan diri sendiri haha.

So for individu dia bagi extend masa sampai la hari ni. So dah masuk modul English pun, kitorang kena buat kerja RM ni. Satu-satunya modul yang assignment boleh hantar bila dah habis modul. So setiap malam la aku berjaga bersengkang mata baca articles nak cari literature review.

Alhamdulillah semalam siap, hari ni submit. Sekarang aku doa lecturer tak call panggil suruh buat pembetulan je. Trauma aku wehhh. Haha. Bagi la aku hidup dengan aman. Mental torture betul haha. 

Doakan aku lulus dengan jayanya modul ni. I know one day it gonna be a sweet memories for me :)

12/30/2017

Modul Govt Administration & Public Policy Management

Aku dah habis mengharungi modul ni. Modul ni okay je bagi aku sebab banyak benda aku dah belajar, law and pasal kerajaan sendiri. So Alhamdulillah. Tak perit sangat nak harungi tapi assessment tetap haukk hahaha. Assessment dia agak tough la. Dah la 10% je hoi, level susah dia macam 100% haha.

Yang penting final exam aku tinggal 1 je. Say what? Say yihaaaa. Again. Yihaaa hahaha. Tu pun bulan 2 nanti. Tapi sekarang aku tengah melalui modul yang agak hell. Doakan ketabahan aku dan Tuhan berikan aku ilham nak siapkan assessment modul sekarang ni. Modul sekarang ni takde final exam. Kalau ada memang aku boleh sakit jiwa. Baru seminggu modul ni dah cukup sakit jiwa dah. Haha

So far semua exam aku lulus. Alhamdulillah. Ada satu paper yang aku rasa fail sebab aku tak jawab habis tu pun aku lulus dengan jayanya. Hahahaha memang gelak besar aku tengok result. Memang rezeki betul. Dah la individual assignment dia aku buat malam sebelum due date. Nadia and procrastination memang tak dapat dipisahkan. I work well under pressure sebab aku memang orang yang tenang haha. So kena pressure baru kerja jalan.

Dah dua ujian psikologi aku buat, dan memang dua2 aku ada tahap ketenangan yang tinggi. I'm proud with myself. Aku harap aku akan terus tenang walaupun time laki aku mintak kahwin lain nanti hahahahaha. 

Tenang is good. Terlampau tenang is not good. Aku kadang2 tersampai lah reach yang tersangat tenang tu. Semua orang yang kenal aku cakap aku takde perasaan. Ni effect ketenangan kot. Kalau orang lain dah boleh mengamuk, aku still boleh senyum.

Hebat tak? Aku memang hebat *peluk tubuh, senyum sinis*

12/10/2017

Modul Leadership & Strategic Management

Hambar kan blog aku sekarang? Dah la jarang update, sekali update pasal DPA -_- Bila la aku nak dapat kembali kehidupan yang fun? Hidup kau nak fun je Beron haha. Aku baru habis modul ni Jumaat hari tu. 1st week paling hectic sebab kitorang dapat cuti sakit 2 hari and ada cuti Maulud Nabi sehari. So jadual 5 hari compress masuk ke 2 hari. Meto dah kepala aku belajar dari 8 pagi sampai 6 petang. Memang jangan haraplah aku dapat fokus.

Masa yang singkat buatkan modul ni agak mencabar sebab nak siapkan 2 assignments but Alhamdulillah everything went well. Tapi assigment individu macam ke laut sikit hahahaha.

Final exam was hell! Ada 2 soalan main but ada 5 sub soalan. Masalahnya masa tak cukup. Bagi sejam setengah je nak jawab essay -_- At least kalau essay 2 jam. Aku dah la kene berfikir, kalau  idea nak menggoreng tu keluar bagai hujan ketika ribut takpelah. Dah la tulis pun slow sebab lenguh. Makanya ada soalan yang aku tak sempat jawab. Sedih nak mampus! Nak sedih ke nak mampus?

Aku keluar dewan kawan2 aku tanya kenapa muka sedih? Aku pun mengadu. Dorang kata jangn risau, yang penting lulus. Masalahnya lulus keee? Huaaa. Dah la sini B baru lulus. B for binawe hahaha. Kawan-kawan aku semua macam sempat jawab je. Aku je ke yang bahlol kat sini? Haha

So sekarang aku berserah je la kepada Yang Maha Esa. Esok masuk modul baru. Doakan. Tak sabar nak habis tahun ni. Hujung tahun ni bakal menghadapi modul yang paling hell sekali haha. Doakan lagi sekali please. Start tahun depan semua modul yang ringan sikit. Hope so. Bahahaha.

Lepas exam Jumaat lepas, petangnya ada gotong-royong. Aku kena bertugas dekat gym so nak gotong royong apa kan? Takkan nak suruh aku lap kasi kilat treadmill tu pulak. So instead aku main equipments kat sana and main congkak dengan budak laki. Kalah! Lepas tu kena gelak. Biadap. Dorang main tipu boleh la! Eh? Haha

Lepas habis kelas aku pergi KL Sentral ambil parents aku datang sini. Then kitorang gerak pergi Shah Alam, 2nd cousin aku kahwin on Saturday. Tadi petang hantar balik parents aku pergi KL Sentral, dorang nak balik Perak. Hilang la homesick kejap hewhewhew. Krismas nanti aku balik Perak. Yeayyy! Cant wait, dah habis exam pulak time tu. Tiket ETS dah beli. Syiok betul!

11/21/2017

Modul International Relations (IR)

Aku tengah ambil modul ni. Banyak belajar pasal teori; idealism, realism, interdependce bla bla bla. Agak dry la bagi aku. Tajuk assignment group aku dapat International Negotiation, present Khamis ni, sepatutnya. Aku taknak cerita pasal modul ni sangat, aku nak cerita pasal dugaan ambil modul ni.

Hari Jumaat ada lecturer masuk and bagitau ada perubahan pada jadual sebab sorang lecturer kitorang kena heart attack and sorang terpaksa balik kampung sebab mak dia tenat. So okay lah bab tu.

Petang Ahad aku pergi buat group discussion dengan groupmates aku. Sebelum tu aku tidur, bangun tidur je aku rasa aku demam. Dah pehal tetiba? Tapi aku pergi je la discussion. Time tu aku dah mula rasa weak. Dah nak Maghrib kitorang pun bersurai, kerja part aku pun dah siap. 

Malam tu badan aku start panas gila. Kawan aku keluar, aku kirim makanan and ubat. So aku makan ubat, dapatlah tidur. Bangun pagi Isnin badan aku still panas and sakit2 sendi. Lepas breakfast aku makan panadol lagi sekali. 

Kat kelas semua orang tanya aku okay ke tak, aku just senyum cakap ok. Dorang ajak pergi klinik, aku tolak cara baik. By the way, bukan aku sorang je demam, time tu ada la dalam 20 orang and amaun tu menaik. Aircond kelas baru servis pulak tu, pergh sejuk nak mampus. Aku tak tahan aku pergi surau, tidur.

Petang tu takde kelas tapi kena duduk dalam kelas. -_-''. Dorang semua paksa aku pergi klinik / hospital sebab nampak aku weak. Aku tetap tolak sebab well kalau tak degil tak Beron la nama dia. Badan aku memang panas tapi aku tetap in denial. Kawan aku cakap muka aku merah-merah sebab panas. Aku senyum je la.

Petang tu Mak dengan Ayah call, paksa2 jugak pergi klinik. Sebab aku cakap dengan dorang suara menggeletar. 1st aku taknak pergi klinik sebab aku memang tak suka nak pergi. 2nd sebab aku takde duit haha. Aku segan nak mintak kat Mak Ayah aku. Duit tu ada tapi aku tak rasa cukup. Aku tahu klinik area Sri Hartamas ni baru masuk main door dah kena RM10 agaknya haha.

Dah dorang paksa aku pun cakaplah pasal duit tu. Zass sepantas kilat ada duit yang melebihi dalam akaun aku. Malam tu aku ingat nak naik Uber je sebab aku malas nak susahkan classmate aku, semua tengah busy siapkan report. Tapi roomate aku yang tolong tanyakan kawan aku, boleh tolong bawak aku tak pergi klinik.

Ramai yang willing nak tolong. Ya Allah thank you so much guys! So aku pergi la dengan classmates aku. Cek2 suhu 39.5! Wow. Kenapa tak 40 terus? Tapi aku memang tak daya gila time tu. Jalan terhuyung hayang sebab sakit kepala and rasa di awangan.

Balik tu aku makan ubat, tidur. Sekali pukul 11.30pm roomate aku kejut sebab dapat arahan semua yang sakit kena pergi HKL. Aku blur gila. Kuasa ubat  pun tak habis lagi (kuasa? Apa eh word sepatutnya? Gasaklah). Aku macam wehh aku baru balik klinik laaaaa. Tapi kena paksa. Naik bas ok. Penuh 1 bas. Tunggu punya tunggu sampai sana tunggu lagi, sekali kena halau balik. Boleh? Doktor halau balik. Dia kata kenapa datang ramai-ramai? Siapa suruh datang? Hellooooooo, kitorang sakit mestilah datang hospital takkan nak pergi kubur pulak! Buang masa tahu buang masa. 1.30am baru sampai bilik.

Pagi tadi tengah siap-siap nak pergi kelas dapat arahan semua yang sakit kena kuarantin dalam bilik dan ready nak pergi hospital. Breakfast pun orang hantar dalam bilik. Dalam pukul 9pagi orang call aku tanya okay ke tak. Mestilah aku jawab okay, aku kan steady haha. Sekali kawan aku ketuk bilik paksa ikut pergi hospital naik pajero. Yang tak okay terus pergi. Aku dah cakap aku okay dorang tak percaya, siapa la memandai letak nama aku dalam list tak okay ni -_-''

Sampai hospital kena ambil darah bagai sebab aku still demam. Alhamdulillah negative denggi. Dapat MC 2 hari. Oh by the way, kawan aku 2 orang positive H1N1 so memang semua orang gelabah la. Aku tetap steady sebab aku tak rasa aku kena penyakit tu, aku dah kena kot dulu. Berapa kali nak kenaaaa? Tapi balik INTAN aku tetap kena buat saringan H1N1 jugak, result tak keluar lagi. Klinik Kesihatan Kepong datang buat saringan dekat INTAN, yang teruk je refer hostipal. 

So sekarang aku kena kuarantin. Kena pindah bilik duduk sorang-sorang. Rasa dibuang masyarakat haha. Sian roomate aku, mesti dia rindu aku hahaha. Dia sihat Alhamdulillah, janganlah aku sebarkan virus. Aku tak boleh keluar bilik, makanan pun orang hantarkan depan pintu. 

But I'm getting better. Jumaat ni sepatutnya aku ada final exam. Memang tak study apa lagi dengan keadaan separuh hidup sebelum ni. Doakan aku, doakan kami cepat sembuh. Patutnya hari ni presentation pun dibatalkan. Entah apa nak jadi dengan Modul ni. Haha. Markah kedatangan sah-sah kene potong -_-''

11/01/2017

Modul Human Resource

Minggu ni aku baru masuk modul HR. Next week baru final exam. Belajar ringan sikit bagi aku untuk kali ni sebab aku ada background HR sedikit sebanyak. Kelas kitorang dekat INTENGAH (Intan Jalan Elmu). So pepagi 7.30 naik bas pergi sana, perjalanan dalam 20 minit. Habis kelas 4.30 petang bas ambil.

Syok jugak kelas kat sana sebab takde orang, nak makan tak payah beratur panjang. Nampak tak definisi keseronokan aku? Yang tak syoknya takde bilik nak nap waktu Zohor. Nampak tak definisi syok aku macam mana? Haha. Selalunya aku lepas solat masuk kelas terus malas nak tidur dalam surau, sesak. So aku tidur secara duduk dalam kelas. Anggaplah tengah naik bas, kerusi pun empuk haha.

Tau tak weh semalam aku jatuh tangga! Hahahaha. Biadap punya anak tangga, baru jadi anak dah derhaka. Aku tak nampak ada lagi satu step so salah langkah and terjelepok jatuh lalu kaki kanan aku terseliuh. Sakit yakmat rasa nak pitam. Yang paling terharu ramai gila nak tolong tapi aku malu. Aku tetap dengan kedegilan dan ego aku nak jalan sendiri tapi kena marah. Kawan-kawan aku dukung aku ke bas kot. Rasa macam maharani kejap hahahaha.

Lepas tu dalam bas ada sorang kawan aku urutkan bawah betis aku. Perghh sakit gila rasa nak gigit stereng bas. Dia cakap urat aku dah tersimpul. Pandai pulak dia, kalau aku tau simpulan kasih je yang nama kerepek tu.

Alhamdulillah hari ni getting better. Dari pagi sampai ke petang setiap orang aku jumpa akan tanya;

'Nadia, kaki dah ok?'

'Nadia, kenapa semalam kena dukung?' -_-''

'Nadia, boleh jalan tak ni? Sakit lagi tak?'

'Nadia, macam mana boleh jatuh?'

'Nadia, ada isi minyak panas tak? Jangan degil eh' 

'Nadia, hati-hati'

'Nadia, tangga mana kau jatuh? Meh aku pergi pecahkan dia'

OMG. I'm so blessed surrounded by people who concern about me. Sometimes it's little too much coz I'm not used to it. Aku tak biasa orang ambil berat pasal aku sebab selama ni apa jadi kat aku pun aku try my best to hide it supaya manusia tak risau. Aku tak suka orang risaukan aku bila aku tahu aku boleh handle benda tu. Bila jadi benda yang tak boleh sorok macam ni, then I realise there are so many people who are kindhearted, I feel grateful. May Allah bless you all.

Tadi call Mak cerita aku jatuh sambil gelak-gelak. Tapi Mak tak gelak, Ayah pun tak gelak. Dua-dua suara risau. Lahai Mak Ayah, Nadia jatuh tangga je pun, bukan jatuh cinta bangunan. Lepas tu kena bebel hati-hati la apa la haha. Baiklah. 

I know you guys love me. I love you guys too. Sorry if all this while you feel that I'm not a caring person. Actually I care, really care, in my own ways. Thank you for everything. May Allah grants us the best spot in Jannah. Ameen.

10/29/2017

Modul ICT

Aku baru lepas habis Modul ICT last week. Nothing much to share. Same old, same old. Belajar macam mana nak jana plan strategi ICT. Aku suka subject ni sebab dia on going assignment, buat step by step and setiap step lecturers guide. So tak lost sangat. Presentation pun simple je and Alhamdulillah kumpulan aku dapat highest mark utk assignment :)

Then macam biasa final exam, yang aku boleh jawab half je kahkahkah. Tak sempat nak study secara thorough (kau memanjang tak sempat studyyy) so kita jawab la ikut logik. Goreng je just jangan bagi hangus haha. Tunggu je la result. Last week dah keluar result Modul Ekonomi, Alhamdulillah lulus hehe.

7 months to go, semoga Allah bagi kekuatan dan permudahkan segala urusan aku dan kawan-kawan.

Nak tidur, penat drive dari Perak tadi, rasa tak sampai-sampai haha. Till we meet again.

Love yaa. Love siapa entah hahhaa.

10/18/2017

Modul Polis

Minggu lepas seminggu aku bermastautin dekat Maktab PDRM Cheras untuk Modul Polis. Memang penat gila; mental and physical. Jadual pack dari pagi sampai malam. Kekadang time gap yang diberi untuk bersiap tukar attire tu tak logik. Dah la jauh (banyak tangga). Aku ingat dekat INTAN je ada hazab tangga ni. Kalau aku kat New Zealand nescaya aku pakai baju 3 pasang terus, nak guna tanggal je lapisan pertama.

Best sebenarnya modul ni, once in a life time experience. Cuma kitorang tak merasa pakai uniform polis sebab takde size, tak cukup aksesori. Tapi penat dia Tohan je yang tau sampai jadi tak enjoy sebab otak dah jem. Aku beberapa kali skip meal sebab nak tidur and hilang selera makan.

Pegawai kat sana semua cakap sayang sebab kitorang tak banyak masa nak buat semua benda, semua on theory je. Hence, the packed schedule. Macam batch lepas Modul Polis dorang 2 minggu so banyak benda praktikal dorang sempat buat. But Thanks God it wasn't 2 weeks haha. Tak pernah-pernah aku rindu kat INTAN, time modul tu aku rindu haha.

Kitorang belajar kawad. Sebelum ni aku cakap aku tak suka kawad kan? Kali ni aku enjoy pulak. Mungkin sebab jurulatih dia handsome baik. Sempoi gila la jurulatih kitorang. Sangat memahami. Kawad ni siap ada ujian, kena bagi command sorang-sorang. Aku punya slow nak bagi command sebab aku susah nak beza kiri kanan especially time aku takde sekali dalam barisan. Kawan-kawan aku semua dah kemam mulut dah tahan gelak sebab tahu kelemahan aku. Haha. Biadap! Overall, it went well.

Then ada ujian menembak. Dapat 22 peluru hidup. Sebelum ujian ada la dorang bagi teori and praktikal without peluru. Kitorang guna pistol P99 rasanya. Kalau bukan P mungkin K, kalau bukan K mungkin Q kalau bukan Q mungkin R. Diam Nadia, diam! Haha.

Dalam 20 bullets tu, 18 je masuk sasaran, lagi dua tak tahu tertembak kat mana. Mungkin hati sesiapa. Eh? Hahahha. It was worth and awesome experience. Peluru hidup tu, salah sasaran ada yang masuk kuburan haha. Aku ingat pistol ringan, berat jugak rupanya. Bila dah ramas picu tu, momentum pistol tu mesti terketuk tulang ibu jari aku, jenuh adjust. Sakit! Merah tangan aku *cebik mulut minta simpati*. 10 peluru tembak secara berdiri, lagi 10 secara melutut. Tangan aku bukan saja pengko malah shaking sebab pistol berat and nak aim tu ambil masa yang lama *cough* amateur *cough*

Then kitorang berpeluang tengok demo FRU. Menarik. Ada satu lori dia comel sangat macam Robocar Poli haha. Siap bos dia suruh bawak 2 ekor kuda FRU tunjuk kat kitorang. Kuda tu dari Australia, sado dan tak pernah digunakan lagi untuk tujuan FRU, ala-ala macam makan gaji buta la haha. 

Kitorang jugak berkesempatan melawat Jabatan Forensik PDRM dan bilik kawalan. Kagum dengan kecanggihan teknologi yang Malaysia ada. Macam-macam cerita di sebalik setiap big cases boleh dengar.

Dari segi teori pun menarik. Cuma ada kelas yang memang mengantuk dia tak boleh bla. Bukan sebab lectures bosan sebab badan dan otak sendiri yang penat. Aku adalah manusia yang jarang gila tidur time kelas, mengantuk tapi tahap yang boleh tahan. Tapi time kelas hari tu aku TERtidur ye, tak sedar tetiba tersenggok je. Ayooo.

Time kejadian memang rasa cepat je nak balik, rasa tortured. Tapi sekarang ingat balik, it was worth experiences yang tak semua orang awam berpeluang dapat. Thanks God, thanks PDRM! Kat sana kitorang ikut polis berikrar and nyanyi lagu polis. Balik INTAN rasa nak nyanyi lagu polis taknak nyanyi lagu DPA kahkahkah.

10/08/2017

Modul Pengurusan Kewangan Awam

Aku baru habis jalani modul ni. Macam biasa belajar dalam masa 2 minggu then final exam. Exam kali ni macam hamput sikit sebab ada benda yang bila baca soalan rasa macam tak pernah dengar pun pebenda ni woi! Haha. 

Aku memang tak study beria sebab kekangan masa dan banyak gilaaaaaa. *cried bloods* Exam yang patut petang diawalkan jadi pagi dengan short notis. So sebagai manusia last minit memang lari perancangan aku so aku mengamalkan konsep cuba sedaya mampu, doa dan tawakal haha. 

Bukan taknak study awal tapii *manusia dan alasan* ada assignment dan presentation yang kena siapkan. Duduk sini memang kau kena kuat mental sebab memang mental exhausted. Fizikal pun penat tambah dengan mental, memang lagi sikit aku nak mental.

Tapi aku teguhkan jiwa dan hati demi masa depan dan keluarga tercinta. This is their dream, I oblige to fulfill that. My dream? I just wanna be a cashier hahahahha.

Ramai orang tanya aku tips jawab soalan exam online SPA. Ada yang nak datang dekat aku time exam sebab nak aku tolong. Oh puhlease la korang. Aku serba salah kot sebab aku rasa tu memang rezeki aku. As I said before, untuk yang aku lulus tu sumpah aku tak study sebab aku busy dengan kerja time tu. Aku takde tips nak bagi. Aku nak suruh baca paper hari-hari pun macam poyo sebab aku pun tak pernah baca paper. Aku baca paper yang lapik nasi bungkus tu je haha. So please la jangan mintak aku tips sebab memang aku takde tips, it's 100% rezeki untuk aku. Karang kata takde tips kata aku sombong taknak share. Nak kongsi tips karang macam aku menipu sebab aku pun hentam je. And please jangan rasa aku hebat, sumpah aku tak hebat langsung. Bila aku masuk sini lagi rasa kerdil, lagi rasa memang Allah nak bagi rezeki kat aku. Kat sini semua hebat-hebat nak mampus. Tapi aku tak rasa rendah diri pun, aku kan konfiden dengan diri sendiri haha. Dan lagi satu aku rasa rezeki ni memang Allah bagi untuk Mak Ayah aku berbanding untuk aku. 

Sekian. 

Dan untuk  modul kali ni aku harap aku lulus dengan cemerlang. Ptuihh lulus dengan cemerlang padia hanggg bila half soalan kau tak confident nak jawab haha. Doa je la Beron. 

Esok aku inshaAllah akan ke Maktab Polis dekat Cheras untuk Modul Polis selama seminggu. Baru lepas kemas barang. Barang aku dah rupa macam nak lapor diri sebagai Inspektor je. Jadual pack so bawak baju cukup-cukup untuk seminggu sebab takut tak sempat nak basuh. 

Tengok jadual ada kawad. Waaa aku tak suka kawad sebab aku tak reti beza kiri kanan. Tapi dulu time sekolah aku masuk Kadet Polis sebab ikut kawan-kawan haha. Ada latihan menembak. Nanti aku cerita lagi details kalau aku tak kena tembakan mana-mana kawan aku yang tangan pengko hahaha.

Doakan urusan kitorang dipermudahkan and kitorang akan enjoy modul ni :)