”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

Showing posts with label Asset(s). Show all posts
Showing posts with label Asset(s). Show all posts

10/02/2025

Teringin SUV

Manusia memang tak pernah lari dari nafsu, sentiasa rasa nak updgrade walaupun takde keperluan pun *ha tau pun kauuu! Haha.

Aku dah lama teringin pakai SUV, tak ingat dari bila. Aku tak berapa suka kereta sedan tapi entah kenapa aku beli kereta sedan hari tu haha. Kenapa kau tanya? Sebab kau tak mampu beli SUV! Hahaha. 

Aku tukar dari Myvi ke sedan time tu sebab mainly niatnya nak bagi parents kami selesa bila kami bawa berjalan jauh sikit. Myvi tu pun aku tak jual, Didi sambung bayar. Time tu Didi pakai Axia buat berulang 140km sehari, Axia tu adik aku pulak sambung bayar. Axia tu pun dah jual, adik aku beli Vios Dugong, kegemaran remaja purba katanya. Demo kenei bareyy haha

Baru2 ni kan X50 baru keluar. Ya Allah berkenan betul rasanya, hari-hari tengok tapi tengok je la sebab tahu kereta sekarang tinggi lagi loan plus time covid hari tu aku ada ambil moratorium. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah makbulkan impian aku ketika itu haha.

Walaupun kereta sekarang dah mula menunjukkan perangai-perangai rebel dia, tapi kena redho haha. Aku beli kereta tu time 2021.

Didi pulak sejenis kuat meracun tu Mama resah je kalau kami dibiarkan berdua, banyak benda kuban-kuban yang kami boleh buat bersama. Kami begitu support each other dalam untuk upgrade life or menjahanamkan life kami sendiri HAHAHA.

Ada satu hari Didi forwardkan aku 1 video kereta ni, SUV tapi bukan X50. Tengok video seminit tu memang cun, aku just jawab Onz dalam niat bergurau sebab sedar diri keadaan semasa haha. Tu je, no further action taken. 

30/8/2025 - kami pergi Midvalley, saja jalan2. Sebelum nak pergi makan Snowflakes, kami ternampak pameran kereta SUV yang sedang hangat di pasaran Malaysia iaitu Jaecoo. Setiap kali sebut jenama ni mesti aku sebut dalam nada nyanyian lagu hindustan, Jaihooooo.

Bila tengok harganya kami telan air liur, mahalll! Tapi berbaloi la dengan design etc, cuma bukan dalam kemampuan kami. Then Didi terus ajak pergi showroom kereta yang dia tunjuk dekat TT tu. Zasss terus aku setuju. Maka kami pun menuju ke Jalan Ipoh, KL.

X50 segmen B kan, yang kami tengok ni segmen C so memang bagak. Tengok dia dalam showroom memang terus jatuh cinta. Pengeluar negara sama dengan Jaecoo. Tanya itu ini dekat SA memang rasa berbaloi betullah harga dengan design dengan features, specs, technology dia. Serba lengkap lah bagi kami. 

Mana taknya, warranty dia sampai 10 tahun oii! 5x servis percuma, setiap 15,000km pulak tu. Jimat minyak some more sebab dia HEV. Orang kata beli kereta ni ibarat beli peace of mind sekali. So kami pun test drive.

Settle test drive eh tau2 terbooking. Eh? eh? Ehhhhh. Time tu SA1 cakap ada rebate RM3k.

Dalam masa yang sama sebenarnya aku ada whatsapp dengan dealer lain tapi aku terkejut gila bila SA2 lain tu boleh bagi rebate RM17k-20k sempena bulan kemerdekaan. Confused betul aku kenapa jauh sangat bezanya, bila aku tanya SA2 cakap dealer memang lain-lain dealnya. Huhu begitu pulak. Masalahnya beza sangat tu.

Kan aku cakap hutang kereta lama aku banyak lagi, so dengan rebate sebanyak tu memang boleh cover la kann + simpanan sikit.

Aku pun nak cancel dengan SA1. SA1 ni baik tau, aku serba salah nak cancel tapi kepentingan aku perlu diutamakan.  Alasan aku bagi dekat dia sebab aku tak boleh nak cover gap loan kereta lama. Dia cakap kat aku, jangan putus asa dulu, dia cuba tengok macam mana.

SA2 pun baik, aku bagitau situasi sebenar aku dengan SA1 and dia cakap takpe pape bagitau dia balik. SA2 punya offer memang best, rebate banyak, free gifts dia bagi full tank, dash cam, tinted, carpet and siap bagi free 1 malam tidur hotel time nak pick up kereta sebab SA2 ni jauh sikit dari kami.

Aku pergi showroom hari Sabtu, Isnin cuti sempena Merdeka, pagi Selasa bank dah call aku tanya itu ini. Selasa petang SA1 cakap loan aku dah lulus. Huaaaa that fast huh?

And I raised again my concern bout the loan gap. SA1 suruh aku sabar sikit, dia tengok mana dia boleh pusing. Effort dia memang A! Tetiba dia call aku cakap settle. Aku tanya apa yang settle? Dia cakap tak payah pening pasal loan gap tu, anggap je dah settle. Woaa that easy huh?

Dia cakap dia deal dengan HQ dia dekat negara sinunn tu untuk bagi aku rebate extra supaya aku boleh cover loan lama. Tak tau apa permainannya di sini, malas nak ulas lebih2 tapi tu lah ceritanya.

Then kami pun berbincang. Didi cakap request dekat SA1 free gifts macam SA2 offer then kalau dia boleh bagi proceed dengan SA1. Aku try kecek untuk dapat dash cam, karpet, tapi tinted yang berkualiti dia tak berani janji, kalau nak dia boleh tolong tapi aku kena top-up sikit.

So kami proceed dengan SA1 sebab dah deal dengan dia dulu and aku say sorry dekat SA2 sebab tak proceed dengan dia.

First thing first, aku withdraw NCD dulu, kena topup dalam RM650 dulu and refundable. Proses refund tu pun SA akan uruskan nanti.

Kebetulan minggu lepas tu aku ada bengkel di KL and SA terus arrange untuk aku sign loan on 10/9/2025. Banker siap datang lobi hotel, tak payah aku pergi bank. SA ni memang baik service dia. And dia dah siap2 tanya aku nak plat negeri mana. Memula Didi nak beli tapi sebab rasa leceh nak uruskan, kami decide ambil running number je, kali ni ambil plat KL :). 

23/9/2025 - SA cakap dah dapat chasis number and kereta akan sampai Sabtu/ Isnin. Kecewa jugak sebab memula janji dapat hari ni tapi tengok baru dapat no chasis. Padahal dah plan baik punya dengan Didi nak bawa kereta tu test drive ke Tganu on 26/9 sebab nak tengok kejimatan minyaknya yang diclaim boleh pergi 1,000km full tank (60 liter). Tapi takpelah, ada la tu hikmahnya.

Then SA settle kan semua. Dia bagi free gift floor mat dengan dash cam. Tinted aku kena tambah sikit, dia cover separuh je sebab dia dah banyak cover katanya πŸ˜… Kebetulan aku dapat cabutan bertuah RM500, aku guna duit tu cover duit tinted. Hehe. Tinted mahal sikit sebab tinted sunroof yang nala punya besar. 

Sebelum surrender kereta pergi cuci bagi kilat dulu. I spent RM200 here and kene tunggu 5 jam untuk settle semua haha. Dari Asar ke Isya' aku melangut dekat kedai tu, nasib baik ada bilik menunggu beraircond.

1/10/25 - D-day. Hari ni kami berdua cuti sebab nak pergi ambil kereta. Hehe. Sedih jugak nak serahkan kereta sekarang sebab dah 4 tahun dengan dia. Cumanya tu la nampak dari gaya, kereta ni kalau makin simpan makin nazak and takde value. 

Kami gerak ke KL pukul 8am and sampai dalam 1045am. Dodeh itu ini, dia explain pasal kereta semua dekat pukul 1230pm jugak baru settle. Terus pergi isi minyak Budi Madani Ron 95 kat Petronas guna applikasi Setel. 1st time guna, rasmi dekat kereta baru hehe Alhamdulillah. 


TQ Madani, banyak tu cover RM34. Tu baru aku sorang, bayangkan nak tanggung 1 negara.

Lunch dekat food court TRX, sedap juga Nasi Kerabu dia tapi harga 2x ganda la dari yang dekat luar. Didi sempat beli running shoes Asics sebab ada voucer 20% and point aku ada RM35. Kemudian kami balik Ipoh, nampak la Didi gayat bawak haha. Sampai Ladang Bikam aku pulak bawak sampai rumah.

Menyempat ekkk

Alhamdulillah atas rezeki ni (walaupun hutang) haha. Semoga ianya menjadi keberkatan untuk kami sekeluarga dan dijauhkan dari segala kecelakaan. Ameen. 

8/12/2025

Windows or Macbook?

Lately terdetik nak beli laptop baru coz laptop lama is outdated already, masih intel-3 kot sekarang kan dah 7 if I'm not mistaken. Ceyy sembang macam pakar IT pakar ekonomi jaguh sukan dan juga jutawan. Haha. Kau tak payah bagi banyak alasan la, cakap je la kau nak laptop baru haha. Walhal laptop lama tu function well je lagi.

Cakap pasal laptop, teringat kepada seorang rakan maya yang aku kenal melalui blog ni satu ketika dulu. I'm not sure whether he still reading mine or not. Dulu apa2 bab IT memang aku rujuk dia, even header blog ni pun by him. Last laptop aku beli pun atas his recommendation. Dulu aku nak format hard disk ke apa entah, dia jugak ajar. Tetiba kami lost contact here, sebab memang tak pernah communicate melalui medium lain pun. Oh pernah chat dekat satu apps ni aku tak ingat dah apa, macam whatsapp tapi google version kot. Ada ke eh? Haha. He's a kind soul, hope he's doing well somewhere out there. Kawan yang baik kita kena appreciate walaupun tak contact dah hehe.

Ok back to my intention. Aku ada laptop start sambung belajar dekat uni la and total 3 kot sampai la yang last ni, Acer. Tetiba dah berkerjaya ni rasa nak try macbook pulak hehe saja gatai sebab aku dah involve dalam ecosistem apple, I have ipad mini and iphone. 

Lama jugak aku study the pros and cons here and there, baca review orang and konklusinya 50/50. Siap tanya chat gpt tauu haha. Siap ada tanya kedai, dah pergi machines bagai nak test, dah hampir nak checked out tapi tak jadi haha. Berbelah bagi betul masa tu.

Aku memang aim nak ambil yang paling murah yang masih relevant iaitu M1 chip. Baru nak try malas la nak ambil yang mahal terus, lagipun aku memang nak guna yang basic je which is microsoft. Kalau microsoft sebenarnya lebih sinonim dengan windows kan? Tapi tu la, I want what I want haha.

Nak jadikan rezeki 1 hari tu aku nampak ada orang nak letgo M1 dia yang baru 2 cycle and still under warranty untill Jan 2026 with good bargain. Aku terus whatsapp dia minta details semua. Bincang dengan Didi dia bagi green light untuk aku decide sendiri sebab dia tak tau sangat pasal macbook ni.

Setelah fikir itu ini, aku pun seal the deal. Dengan tawakal pada Allah aku transfer ke stranger some big amount of money la kan. And Alhamdulillah, seller memang jujur orangnya. Aku deal 16 Julai, esoknya sampai ke tangan aku and memang macam baru. Aku syak seller memang buat hiasan je agaknya haha.



So far pakai memang aku happy dengan decision aku. Senang gila nak airdrop docs dari iphone ke macbook and vice versa. Battery tahan lama, kalau pergi mesyuarat tu battery tinggal suku pun tak payah risau. Agak ringan untuk dikendong ke mana2. Interface nampak elegan and corporate gituhhh haha. Nak kendalikan pun senang, memula je kekok sikit. Cuma aku kene beli adapter sebab lubang dia ada dua je and both type c. Aku memerlukan usb dan hdmi untuk presentation. Aku beli adapter jenama ugreen and working well.

Konklusinya aku tak menyesal beli, perfomance on top for me as for now. Cuma ada satu software office aku tak sure compatible ke tak. Kalau compatible lagi Alhamdulillahhhh.

Thank you Allah for this rezq.

8/10/2025

My Veronica

Hi hi! Lama kan aku menyepi? As usual, alasan yang sama, busy 😝 Didi dah merentan bila aku nak update blog haha, dia cakap bila stress nak baca blog aku tapi takde update, bertambah stress dia hahaha. Ok, marilah kita update serba sedikit apa yang jadi dalam hidup lately.

Aku sebenarnya ada niat nak beli scooter, pakai untuk basahan nak pergi kedai Acheh bagai, nak keluar ronda malam2. Motor Didi, si Jericho tu besar sangat nak bawak keluar dekat2. Dulu aku dah hampir nak ambil Benelli Panarea 125, dah pergi tengok dah dekat kedai tapi ada masalah sikit time tu, tak jadi beli.

Ada jugak pujuk Didi nak beli Vespa tapi dia tak bagi, tak berbaloi katanya. Apa yang tak berbaloi aku pun tak tau, aku memang sejenis tengok paras rupa je haha.

Then banyak pulak masuk FYP aku pasal motor ni, lawaaaaa, Allah jatuh cinta. Biasalah kannn benda kalau kita dah tengok, tu je lah yang masuk FYP. Tunjuk dekat Didi dia pun kata lawaaaa.

Korang ingat tak kes Jericho tak boleh start dekat Behrang tu and Isnin tu kami ambil cuti uruskan dia. Hari yang sama kami pergilah saja ushar2 motor idaman aku tu. Kebetulan ada kedai dia dekat Simpang Pulai. Saja nak cari awek untuk Jericho sebab rasanya buat hal tu sebab kesepian haha.

Belek punya belek siap tess drive, tau2 letak duit booking RM100 haha. Order kaler latte, dia cakap 4 bulan baru sampai. Takpelah, bukan nak guna rush punn.

Lepas 3 minggu SA whastapp cakap ada ready stok warna matcha, nak tak dia tanya. Tu memang 2nd choice kami, lepas bincang dengan Didi kasi on lahhh! Haha. Didi pergi uruskan bayaran deposit untuk daftar bagai.

Makanya tanggal 26 Jun 2025, hadirlah si Veronica di dalam hidup kami haha, awek si Jericho. Hihi

Memula aku bawak agak kekok sebab ye la aku dah lama oi tak merempit. Tapi sekarang tidak lagi, aku dah jadi minah rempit balik hahaha.

Veronica ni agak tinggi, aku tongkat 1 kaki kene jengket sikit.  Dia yang tinggi ke aku yang pendek? Haha.

Review dah pakai sebulan lebih ni, dia menang bab body la. Memang comel dooh. Suspension agak keras, kalau naik atas line kuning tu jelas terasa gedak geduknya haha. Tanya pengguna lain dorang cakap nanti makin lama makin lembut. We'll see.

Hari tu ada masuk bengkel sehari sebab ada time susah nak start. Rupanya ada fius longgar. Haishh la motor dah cun, ada jugak problemnya. Takpelah, all is good now.

Ada masa aku bawak pergi office, dah redah hujan panas ribut dah dengan dia. Time aku bawak la hujan lebat pun, kuyupp haha. Time aku bawak kereta elok terang benderang hari haha.

Kalau nak lepak malam2 sekarang ni memang bawak si V ni je lahh. Jadi passeger tak sedap sangat sebab belakang dia lebar and seat dia side belakang macam rasa nak jatuh ke belakang kalau duduk haha. Kene betul2 rapat dengan Didi kalau aku jadi penumpang. Mungkin sebab faktor Didi pun besar hahaha.

Thank you Allah for this rezeki. Thank you Didi support hehe. Dia janji nak bagi aku bawak jauh tapi masih tinggal janji, entah bila nak tepati haha. Setakat ni memang pusing sekitar Ipoh je lahh.

Mine πŸ’• 250cc

Dua-dua comel kan? Kan? Kan!? *paksa* hahaha. Helmet pun comel, dapat free hehe. Worth RM450.

jimat minyak kereta bawak V pergi kerja

pergi hi tea dekat dalam taman kami hehe

6/07/2024

Naik taraf porch rumah

Aku dengan Didi lama dah berangan nak upgrade porch rumah. Nak pasang awning, nak pasang tiles, nak pasang autogate. Sembang dah 3 tahun and Alhamdulillah recently Allah granted our doa. Ada rezeki yang dikongsikan bersama kami hehe. 

Sebelum puasa dah jumpa kontraktor bagai, mintak datang rumah, ukur semua. Lepas raya finalise kan lagi sekali.

29 April 2024 

Alhamdulillah semalam selesai pasang awning depan belakang. Aku memula ingat nak cuti sebab dorang ada nak guna plugs untuk kerja welding tapi aku tak dapat cuti sebab ada bajet screening dekat office untuk 2025. Wajib hadir kalau tak siapa nak gaduhkan bagi pihak unit aku? Haha. Didi pun tak dapat cuti, ada meeting jugak. Haishh busy dua2nya pun adui.

So dengan tawakal kepada Allah aku bagi je kunci rumah dekat kontraktor huahauhua. But Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Aku tunggu dorang sampai dalam 9.10am then dah brief bagai aku terus gerak ke office. Aku demam + puasa semalam, memang lemau. Tak sabar nak balik, nak rehat dengan nak tengok awning hehe. Dalam 240pm kontraktor message dah siap. Time nak masuk simpang rumah je dah berdebar. Haha ngade. 

Sebelum

Pilih warna ni nak nampak premium sikit hehe. Nanti nak pasang lampu kiri kanan

Nanti kontraktor touch up cat yang dah comot sebab hujan tu

Saliran air keluar. Kontraktor bagi yang stainless steel

Berbunga hati, salah satu impian dah boleh cross out 😊

Kebetulan hujan rahmat turun semalam, boleh terus rasmi hehe. Pandangan dari balkoni. Next projek dekat balkoni ni pulak. InshaAllah. 

Awning belakang, ambil yang murah je yang ni. 

Awning depan ambil jenis metal deck double foam. Foam tu tujuan nak kurangkan panas.

30 April 2024

Hari ni nak mula kerja hacking lantai untuk pasang jubin dekat porch. Last week aku dah pergi pilih jubin dekat Kim House, Ipoh. Recommended by the contractor sebab banyak pilihan. Ada 4 options aku pilih and 2 options ada stok, final decision was made by Didi.

Pagi tadi pihak Kim House dah call cakap nak hantar jubin. Aku dah siap2 bukak pagar and sediakan 1 extension plug dekat luar untuk dorang buat kerja. 



Progress

Hari ni aku balik rumah Mak sebab esok cuti kan, so Khamis la baru boleh tengok progress rumah depan mata. Start khamis ni tak boleh park kereta dalam porch dah sampai la siap. Motor kami simpan dalam rumah haha. Memula nak simpan dekat rumah cousin aku lepas tu Didi malas nak pergi hantar, simpan dalam rumah je.

Depan motor tu ada nama2 Allah yang aku beli dekat Mesir 2 tahun lepas and baru siap frame. Entah bila la Didi nak gantungkan, mungkin lagi 2 tahun haha 😏

4 Mei 2024

Seharian duduk dekat rumah sebab ada buat kerja dalam rumah sikit. Hari ni dah siap kerja simen porch and kerja2 wiring. 

Bolehh kontraktor lama tak pasang hos asap keluar. 😑 Dah kena buat 2 kali kerja

Uncle ni baik, dia tolong touch up kerja kontraktor lama yang cincai. Sebelum ni kalau hujan lebat bumbung ni bocor kat dapur rumah. Stress aku risau siling jatuh. Rupanya silikon kontraktor lama buat tu macam nak taknak je erghhh.

Akhirnya. Alhamdulillah

Ukur nak buat barn door untuk pintu stor
6 Mei 2024

Siap pasang tiles

7 Mei 2024

Siap pasang interlock depan autogate. Memula kami nak buat stamped concrete floor untuk keseluruhan porch tapi kos tinggi sangat. So tukar plan hehe. Ukur baju di badan sendiri ye. 

8 Mei 2024

Kerja2 mengecat


Memula Didi request pagar kecil ni and kontraktor cakap tak sesuai sebab motor autogate gegar. Tengok2 dapat jugak rupanya kontraktor upgrade motor autogate kepada yang kurang gegar. Hihi.

Alhamdulillah siap autogate. Tak perlu dah berhujan nak bukak kunci pagar hehe

Didi tak habis2, 'Rumah kita paling cantik yangg' HAHA perasan.

Barn Door Stor

Time memula masuk rumah back in 2021, kitorang ada buat minor reno dan ada melibatkan buat mini stor tapi pintunya tak buat2 haa dan 3 tahun dah hahaha. Railing dah beli awal2 lagi tapi pintunya tak beli2 sebab mahal 😩So hari tu dah alang2 reno sikit, panggil jugak orang datang ukur and dia ambil masa around 3 minggu nak siapkan barn door sebab custom made. 

Stor area dining hall

Alhamdulillah cantik. Punya susah kontraktor tu nak pasang sebab dinding senget. Developer memang kerja tak ikhlas. Sabar je la. 

Alang-alang kontraktor dah bawak drill, kita suruh dia tolong pasang frame ni yang aku beli kat Mesir back in 2022 hahaha

Alhamdulillah, siap dah progress kedua teratak kecil kami. Semoga kediaman yang melindungi kami dan harta kami dari hujan dan panas ni terus membawa berkat dan bahagia dalam kehidupan berumah tangga kami.

Ok jom next project? Apa tuu? Hehe plannya laundry area. Doakan kami dimewahkan lagi rezeki. Ameen. Ada orang memang mampu buat rumah impian sekali gus, macam kami kene buat by fasa, kena kumpul duit dulu, kene dulukan priority. Penat memang penat sebab rumah berkecah kan? Tapi apa boleh buat, dah itu rezekinya, apa2 pun Alhamdulillah sangat2. 

9/14/2022

Cerita kereta

Jumaat lepas, dalam 6.30am aku keluar dari rumah menuju ke tempat kerja. Aku lalu satu jalan yang gelap dan nampak ada 3 biji kereta berhenti di bahu jalan. Aku terdetik dalam hati 'Ada orang tebar paku ke banyak sangat kereta berhenti ni?'. Sebab situ mustahil orang nak berhenti kalau saja-saja, dah la gelap, selekoh pulak tu.

Elok je aku terlintas dekat hati macam tu 'POMMMM!!' bunyi tayar kereta aku meletup. Ahhh bala! Aku slow-slow drive ke bus stop yang 200m dari tempat kejadian, dekat situ dah ada lampu jalan. Jam menunjukkan pukul 6.50am.

Aku called Suami, tak berangkat. Aku called Ayah, Mak cakap Ayah tak balik masjid lagi, hari Jumaat kan ada bacaan Kahfi di masjid. Then Suami aku return call, dia cakap tunggu situ dia datang. Jarak dia dengan aku time tu dalam 1jam 30min. Aku pasang hazard light. Time hari dah mula cerah, aku keluar kereta pasang kon kecemasan sebagai tanda sebab takut juga kena hentam dengan lori sebab aku memang parking betul-betul dekat bahu jalan yang sempit. 

Melayan pemandangan sementara tunggu rescue

Suami ontheway datang tengok Ayah aku sampai dulu. Then ada 1 motor berhenti tanya kenapa. Ayah aku cakap tayar pecah, tengah tunggu menantu datang. Dia pun okay sebab tahu ada orang nak datang tapi dia suruh aku parking depan sikit, dia tunggu sampai aku betul-betul parking tempat selamat baru dia bla. 

Sementara tunggu Suami sampai, Ayah aku cuba nak bukak skru, tapi Ayah aku dah umur 61, memang dah bukan kudrat dia nak buat benda tu. Time Ayah aku buat tu ada satu lagi motor berhenti, budak muda, dari segi pakaian aku tau dia mekanik. Dia pun tolong. Aku message Suami aku cakap tak payah la datang, dah ada orang tolong.

Thank you adik. Baik budaknya. Aku bagi dia sikit upah, jenuh dia tolak tapi bagi jugak melalui Ayah aku. Then dia ucap terima kasih tu macam dia yang susahkan aku haha. Semoga Allah membalas jasa adik.

Dah settle aku slow-slow ke arah Ipoh nak cari kedai tayar. Tayar spare tu boleh bawa 80km/h je max. Sebab awal lagi aku pun beli breakfast dulu. Suami suruh cari tayar yang sama, kedai ketiga baru jumpa tu pun jenama je sama, model lain. Gasaklah.

Koyakk 😭 ni bukan paku ni, mesti besi ke apa. Kalau paku boleh tampal je

Haha bangang je rupa kereta aku dengan tayar spare tu. Melayangg duit tak pepasal. Ada la tu hikmahnya

Thank you Ayah 
Thank you Sayang
Thank you 2 orang abang motor 

Lepas tu nak jadi cerita lain pulak, hari Ahad aku balik rumah Opah. Depan rumah Opah ada kerusi batu. Entah macam mana silap side nak parking bergesel wehhh kereta aku dengan kerusi batu tu. Walawehhh bala 2.0. Dah la baru lepas basuh kereta time tuu!

Adoii sakitnya hati tengok. Apa la dosa aku nii 😩

Paling takut nak cerita dekat Suami. Dia sayang kereta dari aku πŸ™„ Lepas je bagitau dia moody, aku luka takpe lagi, jangan kereta luka 😏 Nasib kejap je moody then okay dah haha. Dia bebel pun aku hmm hmm kan je. Malas nak menjawab nanti panjang cerita haha. 

Ni tak pergi lagi bengkel, tak tau berapa pulak kena. Dah tanya bengkel asal dia, orang tu cakap buat dekat luar je kalau macam ni sebab buat kat dalam tak berbaloi, mahal. Takde masa lagi nak pergi tanya. Moga Allah murahkan rezeki aku dan Suami berlipat kali ganda sebab dah banyak sedekah dekat kedai ni haha padahal salah sendiri. 

1/06/2022

Accent Wall #Projek Rumah

Aku dengan Suami memang bercadang nak buat sendiri accent wall dekat ruang tamu bagi menjimatkan wang. Selalu orang buat wainscoting kan? Bagi kitorang wainscot ni macam lagi sesuai untuk rumah orang ado-ado sebab dia nampak elegan. Accent wall ni nampak lebih chill.

Tapi buat sendiri ni slow sikit la sebab kekangan masa kan and kena cari mood jugak hehe. Mostly buat pun hari kerja je sebab weekend ada je halnya.

Kitorang beli kayu dekat kedai hardware je. Aku tak ingat exact kos tapi beli semua hari tu dalam RM400++ termasuk segala peralatan mengecat. Cat beli untuk 1 rumah so aku rasa bajet yang betul2 untuk accent wall tu less than RM150 untuk dinding hall aku. Cat 5l pun guna tak sampai suku. Kayu pun banyak lagi tak habis guna. Nak buat kat mana lagi tak tauu haha.

Proses. Kelmarin baru siap gam kayu, semalam baru mula cat. Suami aku mula dalam 8.30 malam gitu

Time dia buat aku mengemas dekat atas. Ada la aku turun kejap tengok and tolong dia cat kayu2 tu. Boleh dikatakan kerja ni 99% Laki aku buat. Aku 1% je merangkumi tolong pass barang, tolong pegang kayu, cat kayu sikit2 dan memberi semangat yang jitu sambil makan kerepek hahaha.

Dalam pukul 12 dia message aku dari bawah ajak turun. Aku turun tengok2 dah siap! I'm impressed. It turns out so amazing on my eyes. Nak tengok? hehe

Tadaaa!

Alhamdulillah. Corak ni kitorang google je. Dapat rough idea je Suami terus buat then adjust ikut selera kitorang. Tak sabar nak menghias pulak. Next nak beli kabinet TV walaupun TV nya tak beli lagi haha. Beli sikit2, ikut kewangan semasa.

Thank you Sayang for your time and effort. Love you. Appreciate it! πŸ’ Semalam tetiba aku terfikir, kata la Suami aku 'pergi' dari aku, mau aku jual rumah ni haha sebab setiap inci rumah ni ada hasil tangan dia yang akan mengingatkan aku kat dia. Untuk rumah ni, aku memang buat kerja mengemas je, bertukang drill, mencantikkan rumah semua dia hehe. Semoga panjang umur dan jodoh kami untuk menikmati kehidupan bahagia berumah tangga hingga tua. Ameen.


12/28/2021

Perihal Kontraktor

Pengalaman betul nak masuk rumah baru ni, macam2 hal nak kene uruskan. Kami memang plan nak renovate rumah sikit sebelum masuk sebab nanti dah masuk barang malas nak kecah rumah. Lepas berbincang kami setuju nak hired beberapa orang kontraktor. Rumah aku 2 tingkat, 4 bilik 3 bilik air. Tapi aku pecah 1 bilik dekat bawah buat dining hall, so jadi 3 bilik je la. Rumah aku kecik je, bukaan 18x65.

1. Renovate - RM13,000

2. Kabinet Dapur + Aksesori & Kabinet Master Bedroom - RM17,720

3. Plaster Ceiling - RM4,500

4. Wiring -RM3,545 (including service aircond)

5. Grill - RM5,200

Kontraktor renovation adalah sub-kontraktor kepada kontraktor kabinet. Dan plaster ceiling adalah abang kepada kontraktor kabinet. Kitorang malas nak survey sebab kekangan masa. So ambil yang berkaitan supaya dorang boleh communicate sesama sendiri. Oh by the way, semua di atas adalah kontraktor Melayu kecuali grill je ambil dengan Cina.

Niat di hati nak mudahkan urusan sekali ambil yang berkaitan ni lagi menyusahkan adalah. Dah kitorang pulak jadi orang tengah. Serabut. Dengan communication breakdown nya, management fail, delay jangan cakap la. 

Plaster ceiling memang takde masalah. Kami deal direct dengan dia. Sap2 sui kerja dia siap. Kerja pun kemas. Nanti aku bagi nombor.

Yang bermasalah yang kabinet dengan renovation. Orang kabinet  ambil sekali kerja dalam 12 projek lepas tu terkejar-kejar. Tak ke gila? Jauh2 pulak tu antara projek, 1 Perak dorang sapu. Tamak sorang2 takpe, jangan sampai menyusahkan orang. Memula dah delay sebab ada staff kena Covid, tu kami faham la. Lepas tu dingdong itu ini.

Dengan kontraktor renovation tak jumpa semua barang nya sebab tak tahu kawasan Ipoh, dia biasa beli barang hardware dekat Taiping. Macam tak logik kan? Waze kan ada. Tak reti guna waze ke apa? Punya la berlambak kedai hardware dekat Ipoh ni. Atap tak jumpa warna yang sama. Tiles warna yang sama pun tak boleh cari. Tiles tu universal kot warna dia, standard tiles warna cream tu. Aku malas nak serabut, beli je la seakan-akan walaupun boleh nampak bezanya. Haishhh. Nasib la boleh pujuk hati sebab nanti inshaAllah ada rezeki nak pasang vinyl SPC floor.

Masalahnya bila dorang dingdong, yang lain pun terpaksa delay. Wiring tak boleh masuk, grill tak boleh pasang. Janji seminggu sebelum tarikh due dah settle, ni kitorang dah pindah masuk pun kabinet tak settle2 lagi. Ni sekarang musim hujan pulak, tak boleh nak cat la apa la. Hangin je aku.

Aku bukan nak down kan orang Melayu tapi macam ni lah kejenya. Aku memang lagi suka deal dengan Cina. Dorang ni kerja displin, punctual, kerja kemas. Cina yang pasang grill rumah aku pun komplen pasal kontraktor renovation tu sebab menyusahkan dia. Dia berapa kali datang ukur tapi tak boleh sebab kerja tak siap lagi. Cina tu janji pukul 10, pukul 9.55 dia dah mula kerja. Melayu janji pukul 9, pukul 11 tak nampak muka lagi. I know it's not about race actually, ni pasal perangai sendiri tapi majority nya begitulah. huhu.

Tapi budak Melayu wiring yang aku hire tu bagus. Budak muda lagi. Kerja ok. Paling best tengok bila masuk waktu solat dorang semua berhenti kerja and solat jemaah. Alhamdulillah.

Cina Grill pun kerja ok, berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan.

Ni list nombor dorang, yang aku tak recomend aku tak share la. Dorang ni boleh cover Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping. Harga reasonable. Cina grill aku tak pasti boleh cover mana.

Plaster Ceiling: +60 12-437 3508 (Idan)

Grill: +60 16- 7985 294 (Han)

Wiring & Aircond: +60 11-1147 9311 (Amirul)


Bil wiring

Sekarang dah hujung bulan November, kontraktor kabinet tak masuk2 lagi rumah. Kau bayangkan betapa serabutnya hidup aku bila takde almari baju, takde kabinet dapur. Masuk rumah tu memang untuk tidur je. Makan pun kat luar je memanjang, kopak oii. 

Janji nak masuk tak masuk masuk. Pekerja kena denggi la, sesak nafas la. Mata sakit la apa la. Aku yang sakit hati ni macam mana? Entah betul sakit ke tak, mula la nak bersangka buruk. Kalau menipu bab sakit, ha tunggu la kena betul2 nanti. Kalau tak fikir dah bayar 3/4 memang aku cari kontraktor lain dah. 4 minggu kot delay, sape je tak hangin, kita pun ada plan lain dah, semua terbantut sebab dorang ni. Herghhh.

Janji awalnya, bayar depo RM10k, bila renovation dah siap bayar lagi RM10k and balance selebihnya. Setakat ni aku dah bayar total RM24.5k. Memang tinggal RM2k je lagi balance. Kalau kontraktor mintak duit memang dalam 5 minit je aku bayar sebab nak mudahkan urusan orang walaupun dah lari dari janji. Tapi bab janji dia ke lautann pasifik paling dalam perginya. 

Dah berapa kali kena game, Suami aku berapa kali ambil cuti tapi dorang tak jadi datang. Memang menguji kesabaran betul. Ujian masuk rumah baru. Lagi sakit hati bila tengok social media dorang, elok je pasang orang lain punya. Ni lah padahnya ambil projek secara membabi buta lepas tu dah tak terkejar. 😑

So, sesiapa yang tengah nak renovate rumah, please expect the unexpected.

1. Kos akan lari
2. Kerja akan delay
3. Bermacam risiko; kena tipu, kontraktor banyak alasan, kerja tak memuaskan.

Kalau ada bajet lebih baik ambil kontraktor yang berdaftar, at least ada perjanjian etc. Ni cakap mulut je memang haup la. Walaupun yang berdaftar tak tentu helok kerjanya, tapi atleast ada kontrak, delay boleh potong bayaran. Ni kalau cakap mulut je memang payah la. 

10/12 - Akhirnya masuk jugak dorang nak pasang almari dengan kabinet. Pukul 12 sampai, pukul 5 petang gerak balik dah. Baru siap 90%, ada lagi 10% katanya nak siapkan Rabu ni. Jangan delay lagi sudah. Kerja dorang kemas tapi tu la, bala menunggu. 

Ni tinggal nak pasang cermin and nak tukar bawah cermin tu kepada laci. Hari tu dah cakap dah nak laci, silap jugakk. Management fail.

Ni tinggal nak pasang pintu and dapur. Oh and counter bar. Hope Rabu ni selesai la. 

Bahagia la sikit rasa bila dah ada progress. Baru la nampak rupa rumah. Tak sabar nak tunggu siap, dah taknak ada apa2 hubungan dah dengan kontraktor tu haha. Ni dia baru message Laki aku, tak jadi masuk Rabu, masuk Khamis πŸ˜‘ Aku cakap kat Laki aku, tak masuk Khamis, siapkan la bila dia rasa nak siap tapi baki burn. 😑

Tuptup 21/12 baru masuk siapkan semua. 


Kerja dorang ni memang okay kalau nak dibandingkan dengan harga. Semua cakap murah aku buat tapi tu la dianya, sabar kene tingiiii. Alhamdulillah siap jugak akhirnya. Kemas pun dah 90%, aku sumbat je dulu apa yang ada, slow2 baru nak organise sikit2 bagi nampak macam dapur kayangan walaupun jarang masak. Kakakaka.

11/09/2021

Kisah Pindah

Aku paling benci hal nak pindah ni. Nak pack nak unpack. Herghhh. Awal bulan hari tu officially aku berpindah ke rumah yang aku beli walaupun tak siap sepenuhnya lagi *herghh. Dan harapnya itulah perpindahan terakhir aku sebelum aku dipindahkan ke alam lain kakaka. Penat woi, sampai hari ni terasa penatnya *over

Khamis dan Jumaat tu aku ambil cuti. Suami aku lagi semangat, dia ambil cuti seminggu. Amboi dia. But I couldn't thanks him enough. Boleh katakan 80% urusan rumah dia uruskan, aku uruskan bab shopping je 😜 itupun consult dia jugak. Thank you Love for your effort, time and energy. πŸ’•

Hari Khamis yang konon nak start pindah tu kami dah terpergi Penang pulak, burn sehari haha. Jumaat start pindah barang2 kecil. The struggle is hari Sabtu dan Ahad time nak pindahkan barang2 besar. Memula ingat nak ambil mover tapi Laki aku cakap membazir sebab tak banyak pun barang besar kami. Tak banyak punnnnnn....

Kami pinjam Triton pakcik aku je, gamble je angkut segala tilam queen bagai dalam tu. Dah la hujan. Adoiiii. Nasib ada beli wrapping. Dah layak jadi mover dah kitorang.

Trip pertama hantar rangka pintu dan tingkap ke rumah Mama sebab Abah tengah renovate rumah Mama, so dari membazir baik bagi untuk rumah tu kan. Returns dalam 140km. Lepas tu patah balik ke rumah sewa, angkut pulak katil, tong gas, mesin basuh bagai.

Dah selesai yang tu lepas Maghrib patah balik ke rumah Mama nak bagi Mama peti ais kitorang sebab aku beli peti ais baru hehe. Sampai sana makan dulu dekat kedai Mama then baru letak peti ais dekat rumah Mama.

Sampai balik rumah sewa, angkut pulak tilam queen bagai, dalam hujannya, memang meyeksakann. Boleh kata Laki aku buat sorang je untuk barang2 besar ni, aku support je dengan tenaga seorang wanita yang lemah haha. Dia la angkat, dia la ikat, dia la bawak turun hehe. Nasib baik dapat Suami sado 😝

Tu last trip. Sampai rumah baru terus siap2 nak tidur. Tu 1st time kami tidur sana, beralaskan toto sebab malas nak assemble katil lagi. Penat namati, mintak nyawa. Tapi malam tu tak boleh tidur pulak entah la sebab apa. Rumah baru kot kan.

Esoknya lepas kontraktor datang pasang grill rumah, terus pergi rumah sewa balik untuk finishing. Last bawak kesayangan kami naik Triton, iaitu basikal! Haha. Aku vacuum rumah bagai, dalam pukul 4 kami serah kunci. Tak la sedih sangat sebab 10 bulan je duduk situ. Tapi perumahan tu best sebab jiran2 supportive and banyak meniaga makanan. Hehe.

Maka bermulalah kehidupan kami di rumah baru dalam keadaan rumah yang masih serabut sebab kabinet dapur and kabinet baju tak pasang lagi. Sampai hari ni!! Tu satu masalah jugak dengan kontraktor. Ahhh serabut betul nak mengisahkan kontraktor yang satu tu. YA Allah, permudahkanlah. Berkatilah rumah kecil kami supaya membawa kebahagiaan, rezeki yang melimpah ruah, keberkatan kepada kami sekeluarga. Aameen. 


9/24/2021

Home Renovation #Wiring

23/9/2021 - Orang buat wiring dah start buat kerja. Dorang siap mintak izin tidur rumah tu sebab malas berulang. Aku okay je, just pesan tolong azankan 4 penjuru. Haha.

24/9/2021 - pergi site visit dengan Husband, nak hantar lampu sekali. Baru start tingkat bawah je. Memang rumit kerjanya. Pecah itu ini. Hai nasib baik la buat sebelum masuk barang.

Ni aku dah pening ada barang yang dah nak sampai tapi tak tahu nak letak mana. Ayooo. Kedai tak boleh nak hold barang sebab dorang nak pindah. Kami beli sofa dengan meja makan dekat SSF Ipoh, memang murah sebab dorang buat clearance sale pindah tempat. Ahh tu nanti la fikir haha. Padahal dorang nak hantar next week tu. πŸ˜…


Kos wiring RM2,680 tak termasuk lampu dan kipas.

Ni kos barang2. Semua aku beli dekat Shopee je. Tak rajin nak survey satu2 tambah2 time covid2 ni. Nak scan la nak beratur la. Herghh.

Shopee:
Lampu downlight: 28 biji: RM211.64 (minlighting88)
Lampu tangga: RM57.87 (splighting)
Lampu counter top (3 in long based): RM87.22 (decasalighting)
Kipas 3 bilah: 2 biji: RM210.76 (genius.online)
Kipas 5 bilah: 4 biji: RM651.80 (awesomenovastar)

Kedai hardware:
Lampu LED pendek: 5 biji: RM75 

Nak siapkan rumah ni memang duit akan mengalir lagi laju dari kepala air. Belum siap apa lagi, aku dah habis dekat RM20k. Huhu. 

Ya Allah permudahkanlah segalanya. 

9/13/2021

Proses renovate rumah

5/9/2021 - Final meeting with kontraktor. So final renovate tingkat bawah adalah seperti berikut:

- Pecah bilik bawah, extend dapur, naikkan bata dekat porch kereta (taknak nampak rumah jiran a.k.a sombong hahah tak la, naikkan separuh je), naikkan bata nak buat bilik stor, kabinet dapur and kabinet master bedroom: total damage jeng jeng jeng RM26,000! Huahuahua (gelak sambil nangis)

Tapi bagi aku reasonable la harga ni. Harga siap lengkap, tinggal nak bawak masuk barang je. 

6/9/2021 - Bayar deposit renovation dapur: RM10,000 kepada Kontraktor. Tinggal baki RM16,000. RM6,000 dia minta time nak start buat kabinet, selebihnya bila kerja semua dah siap.

10/9/2021 - Hari ni orang plaster ceiling datang. Dia ni adik beradik kontraktor renovate dapur tu. Senang bila dorang kenal nak arrange siapa nak masuk dulu siapa nak masuk kemudian untuk buat kerja. Kitorang panggil sekali orang nak pasang grill. Time ni Suami aku pergi sorang sebab aku ada meeting pagi petang tak boleh escape. Blerghhh.

- Plaster ceiling tingkat bawah RM4,500 

-Grill 1 rumah RM5,200 (air mata dah habis nak nangis haha)

-Wiring RM2,680 tak campur barang 

Huaaa. Burst dari bajet asal. So konklusinya kalau korang nak buat bajet, sila bajet semaksima mungkin supaya you don't get that little heart attack haha. 

Nanti aku update progress dekat sini, sebagai kenangan, sebagai financial tracker, sebagai panduan korang kalau nak masuk rumah baru. Nanti aku review jugak kontraktor yang aku ambil.

Settle kan tingkat bawah semua dulu. Rancangan masa depan kami untuk next project naikkan bilik laundry dekat beranda and pasang awning beranda. Dah settle yang tu baru nak buat awning porch kereta and besarkan pagar pulak. Lepas tu baru setelkan hal-hal kecil / aksesori rumah yang lain yang diidamkan. Slowly. Moga Allah permudahkan. Ya Allah murahkan rezeki kami. Aameen. 

9/06/2021

Pengalaman Beli Rumah #2

Lepas dah sign agreement bagai, mula la dapat e-mel yang duit rumah dah di disburse oleh LPPSA kepada DeveloperπŸ˜…. Cuak tengok amaunnya haha. Kami pun ada 2-3 kali pergi tengok progress rumah, setiap kali pergi tu la akan berangan nak konsep rumah macam mana. And setiap kali la konsep rumah berubah hahaha. Nak hire ID memang tak la weh, makan berpuluh ke beratus ribu 😭 So kita taram je la ikut keselesaan mata dan wang ringgit hehe.

Ada 1 hari tu aku dapat surat dari pejabat Arkitek bagi Sijil CCC. Aikk rumah dah siap ke? So aku dengan Husband pun pergi melawat. Memang dah siap ye! Siap ada rumah dah siap reno. Aik? Rumah aku apa cerita? Kenapa developer senyap je.

Aku pun whatsapp la developer. No reply at all, not even a single YES or NO. Berapi la aku. Aku pantang betul orang tak respond benda simple macam ni. Aku bukan suruh senaraikan Akta2 Perumahan Malaysia ke apa ke. Aku nak tau progres je. So dengan bijaknya aku mengambil langkah buat aduan ke HQ. Panjang lebar aku bebel tentang hak aku. Siap aku cakap 'oh kauuuu, time suruh beli bukan main menyendeng, dah dapat duit buat pelanggan macam ni'. Tapi aku speaking la, baru nampak elegan dan berprestij haha. 

Selang 30minit aku e-mel tu terus menderu nombor developer call aku. Aku tengah breakfast time tu, aku saja tak angkat haha. Tak berhenti okay dia call. Takuittt la tu haha. Lepas aku kesian aku pun suruh la call balik. Saja aku taknak call, nak dia jugak call kan hahaha. Dasar suka mempermainkan orang kau ni.

Dia call terus mintak maaf, cakap overlook la apa la. Takpe, saya maafkan, saya ni nampak je garang tapi lembut hati. Kahhhh. So dia bagitau memang kunci dah boleh ambil. TNB and Air dorang akan register kan. Tinggal nak bayar je. Bagusss! Haha.

30/8/2021 - Hari bersejarah. Aku dengan Suami pergi ambil kunci rumah. Alhamdulillah rezeki. Di usia 31 tahun aku berjaya pegang kunci rumah sendiri walaupun hutang haha. Hari ni jugak kami panggil kontraktor untuk dapatkan quotation nak renovate rumah sikit2. Major renovation is kitchen area. Walaupun aku ni idak le pandai sangat masak, tapi gaya kene mantopp hahaha. Telan air liur jugak la bila tahu anggaran2 harganya πŸ˜‚. Air dah masuk dah pun time ni. Boleh la solat semua kat rumah tu.



Kami cadang nak masuk rumah tu awal November. Dah bagitau owner rumah sewa nak keluar rumah on Oktober. Dia pun terpaksa redha aku sewa rumah dia 10 bulan je hehe. Paling terharu dia cakap dia doakan penyewa rumah dia lepas ni macam aku sebab memudahkan urusan dia. Alhamdulillah. 

31/8/2021 - Merdeka Day! Pukul 1 kontraktor datang nak ukur rumah. Janji dengan big boss dia hari Ahad akan datang jumpa balik nak bagi kata putus. 😬 Cuak nak tau quotation haha. Kitorang dah rasmikan rumah dengan Zohor berjemaah walaupun elektrik tak masuk lagi, tapi iman sentiasa di hati *tiberr haha. Time baru nak solat, Suami aku terpijak spek yang aku baru buat. Patah! Huaaa. Nasib dia ganti balik, frame je la. Lens tak terjejas. 

Aku rasa kitorang ni memang 24 jam fikir pasal rumah je sekarang ni. Bab major design etc memang banyak Laki aku yang fikirkan. Aku kerja fikir nak beli aksesori rumah je 😜 Ada ke ada 1 malam tu aku dah lena tetiba Suami aku kejut sebab nak bagitau idea design rumah yang dia baru terfikir sebab dia tak boleh tidur haha. Layankan je la walaupun separuh mamai. Nasib aku ingat jugak butirannya bila bangun pagi haha.

2/9/2021 - Dapat e-mel dari TNB yang bagitau elektrik dah ready. Alhamdullillah. Excited pulak, lama aku belek e-mel tu. Buang tebiat apa tak tau haha. TNB tu developer yang daftarkan. And kita akan dapat e-mel suruh bayar. Senang je, bayar guna apps TNB. I love their apps. Memudahkan! Dah bertahun aku pakai apps tu. Sehari lepas bayar dorang terus pasang. Paduuu servis. Jangan caj elektrik bulanan mahal-mahal ye, dah banyak puji dah ni haha. Bangga je rasa daftar rumah sendiri dalam apps tu haha. Bangga sorang2 tak dosa kan? 😎

Masuk Air (LAP): RM147

Masuk Elektrik (TNB): RM510

8/30/2021

Pengalaman Beli Rumah Pertama #1

Di saat bosan mengharungi PKP pada Mac-Jun 2020 yang lalu, tetiba rasa nak beli rumah. Wahhhhh! Hebat sungguh rasa itu hahha. Benda ni sumpah spontan, puncanya ternampak iklan yang menarik dekat Whatsapp story. Tu bahaya PKP ni, semua benda nak scroll dah mudah terpedaya. Orang lain beli benda-benda runcit, kau nak beli rumah terus. Hebatt! Haha

Aku ni walaupun dulu pernah jadi lawyer hartanah tapi bab selok belok dan seni jual beli tu aku tak reti la. Apa kau ingat nak beli rumah tak perlu seni ke? Bukan seni mata untuk tengok rumah tu cantik ke tak je, tapi perlukan juga seni dari segi untung rugi masa akan datang, berbaloi ke tak investment, sesuai lagi ke tak duduk situ di saat2 akhir zaman ni *tberr haha.

Time aku nak survey rumah aku ada jugak la study sana sikit, situ sikit. Yela, nak berhutang 35 tahun oi, bukan sikit2 masa tu, entah2 mati sebelum habis bayar haha. So usaha tu kena keras sikit supaya hasilnya inshaAllah berbaloi. Salah satu sumber yang aku rujuk adalah satu agent hartanah ni. 

Mula-mula kami berkenan 1 rumah dekat Jalan Gombak, KL. Rumah kondo, 2 bilik 2 bilik air, 650 sq ft. Harga? Jengjengjeng haha. RM465,000! Haha. Tapi rumah tu memang lengkap la dengan segala facilities bagai hidup di kayangan hahaha. Aku dah bayar pun RM1k sebagai booking fees. Dijangka siap end 2023.

Tapi hati aku rasa berat sebab family aku dekat Perak. Aku fikir sampai bila nak berjauhan dengan family? Bincang dengan Suami itu ini, kitorang setuju nak try cari rumah dekat Perak. Walaupun berat nak pindah Perak sebab aku suka kerja aku dekat KL tapi takpelah demi keluarga. Moga Allah redha dengan keputusan aku ni, Suami dah redha hehe.

Aku cari agen dekat internet je. Terjumpa dengan Shaffizan Property. Membantu weh. Korang cuba roger dia. Dia mostly cover area Utara tapi kalau setakat nak nasihat, korang nak beli harta ismet ulam raja dekat zimbabwe pun inshaAllah dia boleh consult hehe. 

Lepas survey sana sini, kami berminat 1 rumah dekat area Meru, Ipoh. Lokasi strategik sebab 3km je nak masuk Hiway Plus, 2km sampai Mydin, keluar kawasan perumahan tu ada sekolah rendah. Yang kau sebok pasal sekolah kenapa? Anak pun takde lagi haha.

Rumah tu tengah dibangunkan and dijangka siap hujung tahun 2021. Rumah 2 tingkat, 4 bilik dan 3 bilik air dan berkeluasan hampir 1800 sq ft! Dan harganya? Jengjengjeng. RM335,000 sahajoo! . Murah separuh dari rumah KL tapi benefit double kecuali bab-bab facilities tu memang non hado la! Kau buat je la kolam sendiri dekat beranda nanti. Haha. Aku pun setuju nak booking dengan harga RM200 je. Untung beli rumah time PKP, banyak benefits, takut tak laku la tu haha.

So aku cancel booking yang kat KL, nasib tak sign SNP lagi. Konfiden kan aku? Yakin je dapat posting ke Perak time tu haha. Yakinnya kamu! Niat baik inshaAllah Allah akan mudahkan. Kalau tak dapat posting Perak mampus aku nak bayar dua rumah. Haha. Selagi tak dapat kita apply! Usaha tangga kejayaan! Oyeahhh. Haha. 

Beli rumah tu ada dapat cashback sikit, so plan aku duit tu la nak reno rumah mana yang patut. Hehe. Aku of course nak guna kemudahan yang ada iaitu loan kerajaan. Agen tolong semak kelayakan, Alhamdulillah aku layak. 

Tup tup Alhamdulillah dapat pindah Perak walaupun sebelum rumah siap. So aku sewa dulu sementara rumah nak siap. Hujung Januari developer call suruh datang apply loan sebab dah boleh apply. Sebelum ni tak boleh lagi sebab masih master title. 

26/1/2021 - Aku apply loan government, LPPSA. Nervous weh nak commit tapi if not now, when? Umur makin meningkat. Apply sekarang pun sampai dah pencen pun tak habis hutang lagi. Hoho.

Proses minta kebenaran Ketua Jabatan semua went smoothly. Alhamdulillah. Tanya developer katanya dalam bulan 8 boleh dapat CCC. OMG, mesti kena maki dengan owner rumah sebab sewa rumah dia tak sampai setahun haha.

Ikut kira-kira loan aku dalam RM1600 sebulan selama 35 tahun! WTH Hahahhaha. Semoga Allah murahkan rezeki aku dan berkati rumah yang aku beli tu untuk berteduh sebelum mati. Eh? Haha

15/3/2021 - dapat email yang loan aku dah lulus. Alhamdulillah but nervous sebab ada  commit dua benda besar tahun ni lagak orang kaya haha. Banyak sembang dengan Husband macam mana nak manage kewangan. Kitorang decide untuk siapkan rumah tu nanti sikit2, ikut kemampuan. InshaAllah semoga Allah mudahkan. Aameen. 

19/3/2021 - pergi pejabat lawyer signed loan agreement ditemani Suamiku. Lepas tu pergi tengok tapak projek. Rumah lot belakang tinggal nak naikkan pagar, jalan raya tak siap lagi.

Tak tahu rumah aku yang mana satu. InshaAllah sinilah tempat kami berteduh, berkasih sayang, membina keluarga. Aameen