![]() |
| Fav 💛 |
![]() |
| Sedappp |
![]() |
| Kali ni tak umpph sangat, tak kow, tak pedas. Cousin aku cakap next dia nak bawak ke Mabiq pulak, lagi sedap katanya. Bila entah next tu haha |
![]() |
| Ni sedappp |
![]() |
| Sedapppp! |
![]() |
| Fav 💛 |
![]() |
| Sedappp |
![]() |
| Kali ni tak umpph sangat, tak kow, tak pedas. Cousin aku cakap next dia nak bawak ke Mabiq pulak, lagi sedap katanya. Bila entah next tu haha |
![]() |
| Ni sedappp |
![]() |
| Sedapppp! |
Tahun ni baru hari ni aku berkesempatan nak log in masuk blog ni, nak reply komen rakan2 blog. Life has been so exhausted lately, with workss. Penat otak. Ada masa aku balik rumah terus terdampar bagai dugong sesak nafas. Pukul 10pm mata dah tak boleh bukak.
House chores dibuat dalam keadaan seret kaki, yang mana boleh tangguh (contoh: simpan baju yang dah dilipat dalam almari), aku pandang sepi je ke arah mereka. Rasanya dah 2 minggu baju tu ada dalam bilik laundry haha. Baju yang tak berlipat pun ada dah seminggu kat situ. Huaaaa.
I'm still adapting with cara kerja office baru. Kalau dulu aku buat 1/5 je task dekat ofis lama sebab yang lebih tu ada pegawai lain cover, dekat sini 5/5 tu bawah aku. Dapat pulak bos workaholic, kerja sampai malam, weekend datang kerja, memang gaji dia paling berkat aku rasa haha. Dia baik tapi bagi aku yang baru ni terasa la penatnya nak keep up dengan cara dia berkerja.
Ni jadual aku dah penuh sampai sebelum Ramadan. Doakan aku terus kuat, amanah dan bersemangat! Ayyuhhh!
Siapa cakap orang kerajaan takde kerja aku doakan dia dapat kerja kerajaan dan menyesal masuk kerajaan haha.
Meh la aku update sikit kehidupan aku sepanjang aku menyepi ni haha.
30-31 Dis aku ambil cuti akhir tahun, saja jalan2 ke KL. Stay dekat Starus, Bukit Bintang. Pergi Sogo beli barang sikit and malam tu dinner dekat Banglo 289, belanja family aku dekat situ. Sedappp! Recommended. Harga pun not bad. Ikan size besar 2, sotong 2, daging 2, tomyam, telur, air semua dalam RM350. Memang sengkak perut makan 8 orang dewasa. Aku dengan Didi jalan kaki je dari hotel nak ke situ, dekat je dengan penginapan kami.
Time New Year Didi ajak ride, dia suruh aku decide nak ke mana. So aku decide ke arah utara. Kami gerak dari rumah pukul 8am then singgah breakfast di Taiping. Then terus ke arah Ban Pecah, saja nak tengok laut. Sampai sana around 11 pagi, panas berdecing baq hangg. Lepas tu Didi ajak pergi Decathlon Batu Kawan sebab nak beli handsock, dia dah tak sanggup tengok kehitaman kebakaran tangan dia akibat ride haha.
Then gatei singgah Design Village, aku nak cari wrislet. Bila ride ni memang takde la nak beli barang besar2 kan, yang agak2 muat bonet motor je. Nak pasang box lambat lagi agaknya, nak kumpul duit dulu, pasang box je dekat RM7k katanya huhu.
Tengah kami kat sana tengok status Abah ada dekat Ban Pecah jugak. Amboi kemaenn jauh berjalan sejak ada kereta kecil ni , tak bagitau anak pulak tu hehe. Terus ajak Mama & Abah lunch dekat Pak Majid Kari Ikan Sembilang, Kerian. Aku baru tau orang sana makan ikan tu start petang membawa ke malam. Pelik rasanya sebab selalu orang makan lauk gitu time lunch hour je haha. Sedap kari kedai tu, boleh repeat.
Tu je la kejadian hujung tahun aku. Takde gambar malas nak upload haha, nah tengok video pendek.
Doakan kehidupan aku sejahtera lepas ni so aku boleh luangkan lebih masa dekat minat aku yang satu ni iaitu merepekkk haha. Take care kawan2!
11 November 2024
Aku masuk office terasa nak kemas bilik. Dari mata kasar nampak normal tapi dalam laci bersepah, so kita kemas, mana yang dah tak relevan kita hapuskan.
Tengah-tengah kemas aku terfikir 'selalunya orang kemas bilik ni sebab nak pindah'. And I chuckled on my own thought haha. Apa yang kelakarnya entah, orang mudah terhibur memang begitu.
And it's bout time pun, dah cemuih buat kerja yang sama 4 tahun. So aku plan nak hantar borang permohonan tukar jabatan hujung tahun ni.
12 November 2024
8.40am - I received call from a colleague yang kerja Bahagian Sumber Manusia
'Nadia, petang ni kita jumpa ye, 2.45pm'
'Dekat mana?', which I thought her office, maybe she has something to discuss
'Dekat pejabat big bos, jangan lupa pakai nametag ye'
Shoottttt, bila cakap macam tu terus otak aku zasssssss, alamak! Kena tukar ni. Masin mulut aku semalam haha.
Aku memang niat nak tukar tapi aku tak sangka HR boleh baca niat aku sebelum permohonan sampai haha. Aku terus called Didi bagitau.
Debar weh nak tunggu 2.45pm. Takut dapat pejabat yang pelik-pelik, yang takde dalam senarai kita haha matilanak. Debar, sedih semua ada.
Tapi dalam debar sempat jugak la pergi makan spaghetti time lunch hour dengan kawan-kawan, perut kena isi untuk meredakan nervous haha.
Sampai office, solat Zohor semua dulu, doa banyak-banyak dulu then aku turun bilik big boss.
Sampai je tengok ada 5 orang pun menunggu, semua dapat notis pagi yang sama, semua orang tak mohon pun untuk ditukarkan. . Hayyo tak boleh short lagi ke notisnya? Nasib aku berpakaian pejabat mengikut etika hari tu sebab kadang-kadang aku ikut etekak aku je haha.
2.55pm - kami masuk bilik big boss. Big boss dah diri depan signage bilik dia, ready untuk sampaikan watikah dan bergambar.
Aku giliran kedua dipanggil. Aku diri depan big boss and big boss buka folder watikah and gelak-gelak sambil cakap 'uiii jauh ni, kena naik kapal' haha jangan buat kelakar ye, jantung saya nak tercabut dah ni bos.
Lepas tu dia tutup folder, kami pun bergambar. Maksudnyaa time bergambar tu big boss je tau aku akan dicampak ke mana, aku tak tahu lagi!! Ayyo bagitau la patutnya sebelum bergambar. Dah bergambar dalam keadaan senyum paksa haha.
Dah setel bergambar baru aku bukak folder. Suratnya dua perenggan je tapi sebab nervous aku tak nampak penempatan aku kat mana! Hahaha. Kemudian aku bertenang kejap, baca slow-slow.
Ohh. Haaaa. Wowwww. Alhamdulillah dapat pergi Jabatan yang dalam list idaman aku. Allah Maha Mendengar dan Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya.
Tapi tipula aku tak sedih nak tinggalkan department sekarang. Semua bosses and staffs best2 gila, cuma aku je bosan buat kerja sama. Alhamdulillah Allah bagi aku bosses and anak buah yang terbaik kat sini, a great team work. I'm gonna miss my team so much. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ Dan berdoa dekat department baru pun aku akan enjoy the works and environment there.
Apa-apapun hidup perlu diteruskan, aku perlu berhijrah untuk kebaikan diri aku and kerjaya aku. Buat benda yang sama bertahun-tahun memang tak berkembang la otaknya pun adoi.
18 Nov 2024
Hari aku lapor diri di pejabat baru. 7.30am dah sampai parking lot. Semangat ye bestiee! Haha Duduk ruang menunggu kejap sebab Dato' tak sampai lagi. 8.45am PA panggil masuk.
Masuk-masuk je terus keluarkan surat permohonan tangguh selama sebulan hahaha.
Actually, aku dah lama kenal my new boss, sebelum ni banyak meeting dengan dia. Dia pun kenal aku tapi bukan secara mendalam la.
We had a great start up conversation for almost a good 20 minutes. He's welcoming me well, Alhamdulillah. Dia tanya aku expect nak duduk department mana, apa background aku, apa expectation dia bla bla bla.
Settle semua tu aku pun balik office lama yang seberang je dari office baru haha. Aku pun buat kerja macam biasa sementara tunggu surat lulus tangguh. Hehe
24 Nov 2024
Aku dapat text dari pegawai office baru yang aku tak dapat tangguh sebulan seperti yang dimohon, aku hanya dapat tangguh 2 minggu which aku akan start melapor diri on 2 Disember 2024.
Dapat je text tu aku rasa down sebab mind dah set yang lambat lagi nak bertugas kat sana haha tapi takdirnya begitu kita kena la follow.
Sedih nak meninggalkan department sekarang yang aku sangat enjoy kerja kat situ. Positive environment, supportive bosses, colleagues yang gila-gila haha. Surely gonna miss them dearly.
2 Dis 2024
Today is the day. Aku dapat buat department yang aku taknak buat but we plan, Allah is the best plan. It's too early to judge, let's pray for the best, shall we?
![]() |
| New room, new bosses, new colleagues, new environment 😬 Bismillah |
Pergi camping haru tu kalut sikit sebab aku ada flight ke Manila on 13 Oct tu, petang. So serabut la bila kena kemas 2 beg baju untuk 2 events haha. Tu yang check out dari campsite sesudah Subuh tu.
Aku pergi Manila atas urusan kerja. Flight pukul 5.25 pm dan ambil masa 4 jam untuk mendarat di Manila. It was my 1st experience to Philippines. Dari Perak aku sorang and jumpa kawan dari Penang kat airport. Kitorang memang dah deal nak naik flight sama and duduk hotel yang sama. Memula cuak jugak nak ke sana sorang2 sebab dengar cerita tak berapa enak pasal warga sana and lega bila terjumpa kawan nak pergi sama2.
Kerja cari hotel memang kerja hakiki aku and dapat pujian sebab hotel tu best and walkable tu conference hall kami hihi. Conference started on 14 untill 17 Oct.
Semakin meningkat usia ni aku jadi makin tak suka naik flight especially kalau takde Didi hehe. Dalam flight aku tidur, makan, tengok movie. Aku ambil seat tepi tingkap and agak mensesal sebab susah nak ke toilet tapi hilang sesalan bila dapat tengok view yang SubhanAllah dari ketinggian tersebut.
Sampai dalam pukul 9 lebih gitu. Proses imigresen dan kastam kat Manila sangat smooth. Staffs were very helpful and friendly. Sebelum nak ke Manila kena declare arrival secara online dekat apps dorang eGovPH. Senang je nak apply and zero charge for Malaysian.
Dah setel semua kami pun ke hotel naik grab. Hotel dekat je dengan airport, memang duduk hotel tu hari2 aku pandang langit tengok kapal terbang lalu.
Lime Resort Manila nama hotel tu, tepi laut. Best hotel ni, bilik besar, canggih, semua kelengkapan ada (tapi takde iron). Proses check in pun smooth je. Tak perlu bayar deposit. Negative side dia adalah bilik tak berapa sound proof, boleh dengar orang sembang kat sebelah, nasib aku tak faham bahasa tagalog haha.
Kat sana paling tak best adalah SUSAH GILA nak dapat makanan halal. Nasib aku dah prepare awal2. Aku bawa cereal dengan susu untuk breakfast, nasi segera dengan sambal bilis untuk lunch dan maggi untuk dinner haha. Seksa hidup aku 5 hari makan gitu. Rindu tomyammm time tu! Haha.
Conference nya 4 hari bermula dari 9 pagi sampai 5 petang, malam free. Ada 2x aku pergi SM Asia Mall, dekat je dengan hotel aku dalam 3km. Mall tu besar gila, kau bayangkan MidValley tapi ada 4 blok and 1 blok tu IKEA. Memang tak la aku pusing habis.
Sana pun majoriti makanan tak halal, memang pergi untuk beli souveniers je dekat kedai nama Kultura. Kedai tu sediakan semua barang locals Philippines. Tak beli banyak pun, duit tak bawa banyak hehe.
So itu je lah kehidupan aku kat sana, takde explore tempat lain pun sebab malas and tak berani kat tempat orang bila takde yang bawa hehe.
Aku balik hari Sabtu, flight pukul 1250pm. Kawan aku yang Penang tu flight lambat sikit, nak tukar dah full. Sampai KLIA dalam pukul 4 lebih dan terus shoot balik Perak, terus beli tomyum makan dinner. Heavenn. Foods in Malaysia are heaven, no country can beat that hehe.
Aku dumb gambar kat sini je la eh, macam biasa malas nak susun haha.
![]() |
| Pemandangan dari balkoni bilik. Nasib ambil bilik yang ada balkoni, ada disediakan tempat sidai baju, boleh aku basuh baju. |
![]() |
| Pameran semasa conference |
![]() |
| Makanan ruji lunch sepanjang di sana. Huaa kering gila rasa nak curah air masak tapi karang jadi makanan lokap pulak haha |
![]() |
| Terbaik jenama ni. Panaskan je pouch kat dalam ni dalam 2 minit, taraa boleh makan dah. Nasi Basmathi ok, premium gitu. RM4/ peket and boleh makan 2 orang kalau selera normal hehe |
![]() |
| Door gift from organizer |
Kbye. Ni la jadi kalau update lambat, jadi tak semangat nak cerita haha tapi basicaly tu je la. Pagi jalan kaki ke conference hall, tengah hari pun balik bilik jalan kaki nak lunch then pergi balik, petang balik bilik lepas tu rehat and tidur. Jarak hotel ke conference hall 800m je. Bosan pergi oversea sebab kerja ni so nothing much to brag hehe.
Nah la video sikit, tu pun aku gabung gambar2 dekat atas je haha. Pergi balik aku duduk tepi tingkap dalam flight, nah aku share sikit pemandangan dari lensa kamera aku hehe.
Lama tak update, alasan biasa: busyyy. Wakakaka. Aku jarang kan cerita pasal kerja dekat sini? Hari ni rasa nak share sikit, kot2 boleh jadi panduan sesiapa yang memerlukan di masa hadapan.
Last week aku berpeluang jadi panel interview untuk jawatan PMR.
Untuk yang tak tahu, dalam kerajaan, jawatan yang dilantik adalah berdasarkan kelayakan akademik.
PMR/ PT3 = Gred 11
SPM = Gred 19
STPM/ Diploma = Gred 29
Degree = Gred 41
Ni semua adalah gred lantikan. Nak bezakan gred lantikan dengan gred kenaikan pangkat, gred lantikan akan bernombor ganjil manakala gred kenaikan pangkat akan bernombor genap.
Mulai tahun hadapan, takkan ada dah gred lantikan bagi PMR sebab PMR/PT3 pun dah tak wujud. So minimum qualification nak masuk kerajaan lepas ni adalah SPM.
Nak masuk kerajaan sekarang tak sesenang dulu. Dulu lantikan 41 je ada macam2 ujian, sekarang gred 11 pun kena melalui banyak tapisan disebabkan lambakan pemohon.
Tapisan pulak berdasarkan keperluan jawatan. Ada yang perlukan ujian bertulis, ada yang memerlukan ujian psikometrik, ada yang perlukan ujian fizikal, ada yang perlukan ujian memandu, ada yang perlukan BMI normal.
Aku just nak share pandangan aku sebagai panel interview, what we expect from the candidates.
Kebiasannya, interview adalah stage terakhir. Senang cakap interview ni just nak tapis personaliti je sebab yang lain korang dah lulus pun semua tapisan sebelum stage inverview ni.
So, bila datang interview tu:
1. Pakai la kemas2.
1st impression sangat penting ye. Bagi jawatan gred 11/19 datang pakai kemeja, tak pakai tie pun takpe. Pastikan baju bergosok! Rambut disikat rapi. Jawatan 29/41 datang pulak kenalah pakai lounge suite, baru nampak lebih berkarisma nak jadi seorang pegawai.
Ni masuk2 baju obvious sangat baru keluar plastik, bergaris tajam lagi lipatannya. Nak bagitau baju baru beli pun agak2 la haha.
2. Sijil dalam file
Susun sijil dalam clear folder file yang boleh diselak. Janganlah letak dalam envelope. Put some effort. Lagipun file tu boleh pakai sampai mati kot unless terbakar lah.
3. Study
Study sikit berkenaan jawatan yang korang mohon, study sikit latar belakang jabatan/ agensi yang korang mohon, study hal ehwal negeri yang korang mohon, study hal ehwal semasa sikit.
Ni tanya semua jawapannya 'Maaf puan, saya tak tahu', waduhhh2 kok bisa aku bantuinn?
Hari tu aku jadi panel interview untuk jawatan Pengawal Keselamatan. Soalan aku 'Semasa buat rondaan, awak terjumpa ular dalam kawasan bangunan, apa tindakan awak?'
Dengan yakin dia jawab 'Saya lari selamatkan diri dulu'
HAHAHAHAHAHA memang aku tergelak. Aduiii. Walaupun mungkin betul itu tindakan reflect kau semasa kejadian tapi semasa interview bagi la jawapan yang akan meyakinkan panel sikit, contohnya
'Saya akan ambil jarak selamat dan memerhati ular tersebut supaya kalau dia lari pun saya tahu dia ke arah mana dan saya akan telefon APM/ BOMBA untuk bantuan'
Kan sedap sikit dengar, ada la nampak nilai tanggungjawab tu.
Ada setengah tu, kita bantu nak trigger jawapan tapi masih tak boleh jawab. Mungkin nervous pun ye. So kalau tau itu kelemahannya, praktis more sebelum interview, buat mock interview dengan kawan2 ke adik beradik ke.
Panel ni memang nak tolong korang dapat kerja, tapi kalau korang tak tolong diri sendiri how?
4. Eye contact
Make some eye contact with panels. Jangan la asyik tengok kasut tu sampai macam nak tembus ke tingkat bawah. Show some confident but dont over confident.
Tunjukkan sikap yang kau boleh mendengar arahan tapi dalam masa yang sama tegas dalam menjalankan amanah. Show some of your values, jangan jaja cerita kesian semata sebab kami lantik bukan based on empathy. Kami faham some struggles, we do take that into consideration but that's not the main point.
Kalau jaja cerita kesian je tapi semua jawapan tak boleh nak jawab, how we wanna help? Benda ni kena win2 situation supaya kita sama2 memudahkan kerja masing2 di masa hadapan.
Ramai je time interview cakap gedegang sana sini, sanggup di posting ke mana saja, tup2 bila kita hantar jauh sikit mula buat drama air mata, guna YB kawasan masuk campur hal posting. Hayyaaa.
Ok dah malas nak bebel. Semoga posting ni ada sikit manfaat untuk yang membaca. Sekian. *kemas2 fail, diri, keluar dari bilik sambil flip tudung
Dah 2 minggu dah ke Penang, baru nak update sebab baru ada sedikit ruang senggang. Aku ke Penang atas urusan kerja actually tapi sebab weekend haruslah angkut Suami sekali hehe. Hari Jumaat tu kami gerak agak lewat dalam pukul 3.30pm, hamek kau jem teruk sebelum masuk jambatan kedua and jem lepas turun jambatan kedua asbab hujan dan orang balik kerja. Kami sampai 7pm lebih.
![]() |
| Sempat singgah kebun sebelum bertolak, tu lambat sikit tu |
![]() |
| Bekalan. Pedas namati. Terbakar otak rasanya. Aku bagi kawan2 aku rasa semua marah aku sebab pedas HAHA. Last sekali tak habis pun, buang je. |
Vouk Hotel Gurney
Kami checked in dekat sini. Ok la hotel dia, breakfast so-so je, swimming pool agak berkeladak huaa tapi bilik besar and selesa. Receptionists dia semua warga Indonesia, aku syak owner dia Indonesian la sebab yang check in pun ramai Indonesians.
Aku sampai bilik je baru la nak merebah badan kejap, nak mandi tetiba baca message event start 7.45pm! Time tu dah 7.30pm. Gila! Aku sempat cuci make up je and tukar baju terus shoot ke bilik kuliah. Jarak hotel aku ke hotel event dekat je, 500m tapi sebab nak cepat, Husband hantar naik kereta.
Malam tu event habis pukul 11pm macam tu. Husband jemput jalan kaki je. Sebelum balik kami supper dekat Coffee Bean sebelah hotel. 12am++ baru jalan kaki balik bilik sambil berpimpinan tangan, giteww haha.
![]() |
| Gemokkk ! |
Pagi esoknya sebelum start bengkel, pergi breakfast dulu.
Balik Pulau
Bengkel hari Sabtu half day je so petang leisure time sebelum malam ada dinner balik. Sampai je bilik aku ajak Husband jalan-jalan. Kami ke Balik Pulau konon nak cari durian. Durian takde musim sangat kat sana, buah baru nak jadi.
Kami singgah makan tengah hari dekat kedai random yang cari dalam google.
![]() |
| Not bad, boleh cuba |
![]() |
| Udaang masak cili kering tu sedapp gila! Ikan masak pedas kureng sikit. |
![]() |
| Sotong goreng tepung pun manthappp! Menyesal ambil 2 ekor je. Haha. Total 3 lauk tu tolak satay RM115. Ok la kan? |
Alhamdulillah, setelah 4 tahun 8 bulan kerja, hari ni Allah rezekikan aku untuk naik pangkat walaupun hanya pemangkuan dulu, lepas setahun baru confirm. Tadi sembang dengan Suami cakap macam tak percaya dah nak 5 tahun dalam perhidmatan ni. Dia pun cakap tak percaya, rasa baru je aku masuk belajar katanya hihi.
Selama 5 tahun ni aku baru pindah jabatan sebanyak sekali. Alhamdulillah aku boleh adapt dengan dua2 jabatan, aku dikelilingi orang yang helpful dan baik. Ada hanky panky sana sikit sini sikit tu biasa lah kan? Mustahil kita akan dapat environment kerja yang perfect.
Jauh lagi perjalanan kerjaya aku, lagi 27 tahun nak pencen! Haha. 5 tahun ni pun dah rasa penat dah. Aku tau ramai kecam penjawat awam, slow la, muka cemberut la, takde keje la. Aku tak deny benda tu sebab memang wujud orang2 macam tu. Tapi bagi aku itu sikap individu, kau tak boleh pukul rata semua orang sama. Ada sesetengah orang memang low mentality and ketegaq tak boleh nak dibaiki dah haha.
Kerajaan berkhidmat untuk rakyat, memang berbeza dengan swasta yang berteraskan profit gain. Orang swasta kerja keras sebab tau kalau tak perform tak dapat bonus, boleh kena buang kerja. Orang kerajaan ni kalau kau tak fikir pasal keberkatan rezeki memang akan naik lemak. Tu yang buat pejabat macam pejabat bapak dia punya. Kat sini bagi aku ada sistem's flaws which I dont want to elaborate more coz it will take my entire day to explain it.
Tapi pada hakikatnya si pembuat-pembuat dasar memang underpaid and kerja macam gila. Ramai je penjawat awam kena depression, ramai je penjawat awam kena darah tinggi sebab bebanan kerja. Yang orang nampak hanyalah apa yang di potray di kaunter (aku sendiri tak puas hati dengan perkhidmatan kaunter kerajaan, banyak perlu diperbaiki). Yang di belakangnya orang tak nampak. I'm not being defensive here tapi masuklah jadi pegawai kerajaan, korang akan tahu azabnya. Haha.
Dah la malas nak membebel panjang, semoga aku terus dapat jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, dedikasi, bijaksana dan diberkati setiap sen gaji aku. Ameen.
Ya Allah lamanya aku tak bukak blog. Banyak sangat benda nak cerita, nak share tapi hidup sekarang cacamarba sikit dengan kerja. Too many workloads buat aku takde nafsu nak bercerita tentang hal peribadi haha. Nak log in baca cerita kawan2 pun tak sempat. But this shall pass.
Nanti aku cari masa luang cerita pasal trips aku ke sana sini lately. Ni curi masa sikit sebab otak aku tengah jammed buat paperworks. Dah 4 minggu hidup aku diselubungi paperworks non stop. Ada yang mintak pukul 5pm, nak pukul 10am esoknya. Wallaaaa. Terpaksa la aku stay back dekat office padahal aku dah angkat handbeg nak balik dah time tu.
As for now, ada 2 paperworks yang aku pending, pending otak nak start macam mana haha. With non stop meetings some more. Dah meeting pagi petang, bila aku nak buat kerja lain? Haha. Bukan merungut, syukur ada kerja takde la rasa makan gaji buta. Tapi selalunya kerja aku semua under control, sekarang out of control sikit sebab 3-4 kerja major datang serentak. Sungguh nak menguji kebijaksanaan aku haha.
Semoga semuanya baik-baik saja untuk kita semua.
Nak jadi ketua senang, nak jadi pemimpin yang susah. For me, boss is bossy, fussy, doesn't care about employees' wellbeing, no matter what, the goals must be achieved. While leader is when you have a empathy and be humane in leading your team towards achieving goals together.
I always try my best to be a respected leader. I'm very junior in this arena, not perfect and have lots to explore and learn.
First posting aku ada sorang je anak buah, 2nd posting aku ada 24 orang anak buah and 3rd posting aku ada 4 orang je anak buah. Bila namanya manusia memang kenalah hadap macam2 pe'el dan kerenah. Ada masa semua berjalan dengan lancar, ada masa menguji kesabaran dan minda. Semua ni mengajar aku untuk jadi lebih matang dalam memimpin.
Kalau jawab soalan psikatri kan, aku selalu dapat yang 'You was born to be a leader', atas faktor aku anak sulung jugak kot. But I still feel that I don't fit for that position. Rasa nak jadi anak buah je, dengar arahan then siapkan kerja. That's it. Tapi itu hanyalah angan2, I must be braved and take this challenge and be whom I wish to be; a respected, wiser and wisdom leader.
To be that, the key is knowledge and experience. Tahap pembelajaran bukanlah pengukur utama. Aku pernah bincang topik ni dengan Suami. Ada yang ada degree tapi obviously tak boleh jadi leader (jadi boss boleh), tapi ada yang with just SPM but can manage the team very well. It's all depends on how you carry yourself.
Cabaran pertama aku dalam mengetuai sesuatu kumpulan muncul bila ada sorang anak buah (lets name him Sudin) aku yang seems to have problem with the tasks (hantar kerja lambat, kerja tak proper, dah macam paku; kena 'ketuk' baru gerak). Pantang aku kerja tak meet deadlines ni.
Awal tahun hari tu aku ada buat morning prayer dekat team aku. Aku ada tekankan,
'Hari ni markah LNPT (Laporan Nilaian Prestasi Tahunan) awak 100%. Markah ni akan berkurang berdasarkan prestasi awak sendiri dalam sepanjang tahun ni, setiap kerja saya akan nilai. Kalau perfect sampai ke hujung, 100% la markah awak hujung tahun ni, tapi mustahil la kan sebab nobody is perfect haha dan saya nak tegaskan, penilaian saya, saya jamin memang 100% berdasarkan professionalism, no personal issues, if any, will be involved'
And baru2 ni aku kena buat LNPT Khas untuk Sudin sebab dia nak renew kontrak. Untuk sambung kontrak, markah kena 85% ke atas. Aku nilai dia secara jujur mengambil kira prestasi dia, etc, and unfortunately baru dapat markah dalam 76%. Paling tinggi dah aku boleh bagi time tu. Tapi aku taknak rosakkan periuk nasi orang, aku panggil dia untuk 'sembang'.
The conversation went like this:
Sudin, saya panggil ni sebab nak bincang tentang LNPT Khas awak ni.
Ye puan
Sebelum saya go into deep, saya nak tanya, awak suka ke kerja dengan Kerajaan ni? Ke awak rasa kerja sini tak sesuai dengan jiwa awak?
Saya suka je puan
Awak ada masalah ke kat sini? Dengan saya ke, dengan kawan2 ke, dengan family ke? Awak ada masalah ke untuk faham tasks yang saya bagi?
Takde puan
Sebelum saya cakap pasal LNPT ni, saya nak tanya awak, awak rasa sepanjang awak kerja dekat sini, macam mana prestasi awak?
Saya rasa, saya paling corot berbanding kawan2 yang lain.
Ooo okay. Macam ni. Ni bukan kali pertama saya tegur pasal prestasi awak kan? *he nodded*. Ni saya cakap terus terang la ye, saya harap awak tak ambil hati. Saya tak bermaksud nak kecam awak ke apa, saya memang takde personal issue dengan awak, saya tegur ni semata-mata nak awak improved.
*ambil nafas* aku sambung,
For the first round, saya bagi markah awak memang berdasarkan skala yang borang LNPT ni sediakan and the mark didn't turn out good for you sebab awak tau kan nak sambung kontrak markah kena 85% ke atas?
Maaf puan, saya tak tahu.
Okay takpe, sekarang awak dah tau. So kalau ikutkan awak tak layak untuk renew contract awak. Tapiiii sebab ni first LNPT awak, saya pun taknak rosakkan masa depan awak, awak pun kata awak suka kerja dengan kerajaan, saya akan adjust markah ni untuk bagi awak lepas renew contract. Tapi ni ibarat amaran pertama saya, kalau sepanjang tahun ni saya tak nampak apa2 improvement, we'll see how. Ok?
Baik puan, saya minta maaf dan berjanji akan perbaiki diri dan takkan delay kerja lagi
Okay saya pegang janji tu. And lagi satu, saya tak boleh bagi markah awak setaraf dengan kawan2 yang lain sebab tak adil bagi dorang. Dorang yang banyak cover kerja awak, tak cantik la kalau markah awak sama dengan dorang. So saya akan adjust markah yang sesuai dengan prestasi maksimum awak.
Baik puan, saya faham, terima kasih puan bagi saya peluang sekali lagi.
Okay, you may dismiss.
Begitulah ye tuan2, nak jadi leader bagi aku kena firm tapi dalam masa yang sama kena ada sifat kemanusiaan. Doakan aku dapat jadi leader yang baik dekat mana pun aku berada dan dapat anak2 buah yang mendengar kata 😖 haha.
Haiii. Untuk yang tak tahu, aku ni penjawat awam hihihi. Baru dapat taraf pencen. Apo tuu? Ok kronologinya begini:
1. Kau dilantik sebagai penjawat awam berjawatan tetap
2. Selepas setahun kalau kau perform, ketua jabatan mengakui ke-perform-an koranng, markah tahunan cantik korang akan disahkan dalam jawatan.
3. Time apply pengesahan jawatan ni korang kena pilih untuk teruskan caruman KWSP or nak dapat pencen. Aku pilih pencen. Jarang la orang kerajaan pilih KWSP kecuali siapa yang dari awal dah bercadang nak pencen awal hehe.
4. Lepas 3 tahun dilantik, korang kena apply Pemberian Taraf Pencen daripada SPA Malaysia and bila lulus, yahooodabedabedu, korang boleh keluarkan semua KWSP korang and belanjalah dengan penuh hemah. Kalau korang nak biar dia duduk diam dalam tu dan membiak pun boleh. Macam aku, aku keluarkan sebab nak settle kan hutang2 yang jahat seperti PTPTN hoho.
Macam mana nak keluarkan KWSP?
Memula korang isi Lampiran A ni. Minta tandatangan Ketua Jabatan dan boleh la start kereta menuju ke KWSP berhampiran.
Jangan lupa bawa bersama:
- Kad Pengenalan
- Salinan penyata akaun yang ada tertera no akaun kalau korang nak duit tu nanti dimasukkan terus ke dalam akaun bank. Boleh juga guna cek tak silap tapi korang nak menyusahkan diri kenapa? Kan lagi senang kalau masuk dalam akaun terus.
Proses mengambil masa dalam 21 hari. Tapi aku punya proses tak sampai seminggu. Hehe.
Kerajaan akan ambil balik share dia (buruk siku hahha). So total amaun yang korang dapat tu adalah hasil titik peluh pengorbanan korang kepada bangsa dan negara.
Berdasarkan perkiraan aku, kerajaan ambil dalam 55.4 % dari baki akhir akaun aku. Itupun aku pernah keluar hampir RM20k bayar PTPTN and iSinar hihi.
Apa2 pun, Alhamdulillah.
![]() |
| Weh tak ke menarik tertarik kau memang kek lapis? |
![]() |
| Sumpah sedapppp. Sambal dia je manis sikit. Gulai masak lemak tu macam mak-mak kita buat. I feel like home. Gitteww over |
![]() |
| Oyster tissue. Dia macam roti tissue tapi letak oyster tak letak gula. Aku menatang dalam cangkerang ni kureng sikit tapi krukk krapp makan keropok die je la. |
![]() |
| Time ni pun hujan. Ada la show sikit lepas makan |