”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/31/2026

Kelantan 2h1m

19-20 SEPTEMBER 2026

Dulu time aku di usia remaja, Mak aku membela, bukan saka tapi budak, sedikit berperangai macam saka haha. 6 orang semuanya, 2 lelaki 4 perempuan dan semuanya adalah cousins aku. Dorang umur dekat-dekat and mak-mak dorang insist untuk Mak aku jaga. So time cuti sekolah, aku tolong Mak aku jaga dorang.

Kau bayangkan semua nakal, 6 kepala, 6 peel tak reti bahasa dalam 1 rumah. Family aku dah la laki ke perempuan ke sama naik je tocangnya. Adik kandung aku ada 2 je, dengan dorang tiberr rasa ada 10 beradik. Memang menguji kesabaran darah muda aku time tu. Kerja aku memang menempik mereka je lah. Aku pulak darah pendekar haha

Sekarang semua dah besar, 4 orang dah masuk uni, sorang dekat matrik, sorang tengah ambil SPM. How time flies. 😢 Memang sampai sekarang rapat dengan dorang, mana tidaknya, rumah dorang depan rumah Mak aku je ha.

So hari tu ke Kelantan sebab hantar salah sorang dari mereka masuk Degree di UMKelantan. Dia paling jauh takat ni haha, takpelah dah rezekinya di sana.

Sebab tujuan nak hantar dia je, kami pergi semalam je, jaranglah kami ke Kelantan semalam je, selalu 2 malam.

Kali ni Didi tak pergi, aku, Mak Ayah dengan adik perempuan aku je pergi. Naik pun kereta adik aku sebab nak gilir2 drive dengan dia. Dia tu tak reti drive kereta orang lain, apa fesyennya entah. Nasib tak kena beli kereta yang dia belajar memandu hari tu je 😒

Hari Sabtu kitorang gerak seawal 5 pagi dan berhenti solat Subuh di Kati dan makan pagi Lenggong. Orang kedai pun baru nak siram sambal nasi lemak atas nasi time tu. Singgah Banjaran Titiwangsa and adik aku pulak take over drive sampai Pengkalan Kubor.

Kami ke sana sebab nak beli chocs je haha. On the way nak check in hotel, singgah makan tepi jalan je, makanan siam. Sedap masakan dia tapi sikit bebeno lauknya.

Kami checked in Hotel Perdana, Kota Bharu, best hotel tu. Depan hotel ada CU Mart, ada CBTL, senang lah nak cari kupi2. Malam tu kami makan celop tepung dekat Acu Tera, tu je la port makan celup tepung kami kalau ke sana.

Sebelum balik tidur sempat singgah UMK nak tengok tempat belajar cousin aku sorang tu sebab esoknya hari pendaftaran kami tak boleh nak hantar. Senang banyak kawasan uni tu, sekeliling penuh kedai makan, kedai kopi2 viral, siap ada mini mall, komplen tak tau nak makan apa memang sajenye leee.

Esoknya pepagi parents aku turun breakfast, aku mestilah malas, lebih baik tidur. Parents aku sempat pergi Pasar Khadijah lagi haa dengan makcik2 aku yang lain. Oh kami pergi hari tu 4 biji kereta. Nak masuk uni nya sorang, yang hantar sekampung haha. 

Loacker aku beli semua sedap. Kitkat maap cakap, yang ori je yang kena dengan tekak aku. Hat lain manis leting

Dalam kawasan Pengkalan Kubor tu ada orang jual ni, mashaAllah sedap bangett, pedasss surrr

Lunch kat sini, lunch tomyam bukan buah. Kedai buah dia seberang jalan. 

Acu Tera = Cuba Try, Semua fresh, harga berpatutan!

Lepas check out kitorang pergi beli chickens tenders viral seperti gambar di atas. Nasib time tu takde orang pun, ke viral dah habis? haha ok lah, sedaplah rasa chicken tenders haha. Tak tahu kenapa viral sebab memang itulah sewajarnya rasa chicken tenders haha.

Kitorang lunch dekat Pak Mat Pokok Pisang, simple lunch je then seberang kedai tu ada kedai keropok kering dan keropok lekor. Singgah situ jap sebelum gerak balik. On the way balik banyak betul kereta, aku bawak sampai Gerik then adik aku take over sampai rumah. 

Ni dah ada si budak tu kat sana, mau tiap tahun Mak aku ke sana ni melawat anak angkat dia haha. Padahal sebelum ni memang kami ke sana tiap tahun pun walaupun takde sedara mara pun kat sana haha.

Teman Didi pergi kursus ke Cameron Highland

10 - 11 SEPTEMBER 2026

Didi sejak duduk office baru ni rajin jugak outstation sebab dia jaga latihan, apa barang buat kursus dalam dewan pejabat kan? Kita perlukan suasano yang berbeza supaya ilmu lebih cepat diserap masuk aagituuu haha. 

So Didi cakap dia ada kursus kena handle dekat Cameron Highland, dia tanya nak ikut tak? Sebab kursus dia mostly hari kerja. Lepas timbang tara itu ini, I feel like I need a vacation walaupun tau takde nak buat apa pun, just lepak duduk dalam hotel sebab Didi kena pergi kursus. Tapi nak ikutt gakkk! Haha

So aku pun apply cuti 2 hari dan bos saya pun approved. Dapat bos yang baik pun satu rezeki yang tak perlu engkau dustai hehe. Tapi time Didi pergi kursus aku bukak laptop buat kerja jugakk tauuu!

Didi punya kursus Khamis dan Jumaat tapi lepas maghrib hari Rabu kami dah gerak sebab Khamis tu pepagi dah start kursusnya.

Ontheway naik tu boleh pulak aku muntah haha. Nasib dah sampai bukan time tengah2 hutan Simpang Pulai tu. Ayyooo. Makin tua ni makin bukan2 motion sickness aku huhu. Lepas muntah sekali tepi jalan tu aku ok la dah. Haha

Kami sampai agak lewat, dalam pukul 11pm baru sampai. Terus checked in, aku lupa nama hotel tu sebab Didi yang booking, hotel lama tapi ok je. Hotel takde aircond bahahaha.

Malam tu memang aku tidur lena betul, selalunya kalau badan tak sihat memang aku tidur lena. Suasana pulak sejuk2 semulajadi gitu kan? Haruslah menambah lena.

Sepanjang Didi berkursus, aku memang me time betul lahhh! Layan angin sejuk sambil baca bukuuu. Sebab Didi sibuk, makanan pun aku grab je, dia bawa kereta ke tempat kursus so aku memang tak keluar.

Dia balik petang tu baru dia bawak aku keluar. Kitorang dinner makanan Thai. Ya Allah nikmatnya makan ikan steam panas dalam suasana sejukk. Sedap kedai tu, patutlah ramai orang. Lepas makan kami pergi jalan-jalan dekat Cameron Centrum, takde buat apa pun, cuci mata je. Pergi pun sebab tak pernah sampai.

Then balik hotel. Sebelum naik bilik kami lepak dekat parking lot. Didi duduk dalam bonet kereta sambil makan jagung bakar, aku duduk atas kerusi healing smabil minum Chagee. Sembang pasal kehidupan di dalam kedinginan malam. 

Rindunya nak staycation. Busy betul aku sampai January ni asbab sambung belajar tu, nak curi masa nak staycation pun susah. Didi dah merentan nak staycation haha. Nanti kita plan ok? 

Esoknya Didi habis kursus, kami pun checkout. Balik kami lalu Tapah sebab lalu Simpang Pulai jemm amatt. Padahal hari Jumaat. Rupanya memang start malam Khamis Cameron dah jem sebab orang Kedah dengan Kelantan datang bercuti, deme cuti Jumaat. Maknanya lepas ni kalau nak pergi Cameron kena pergi Selasa Rabu la gamaknya yeee.

Binatang ni seko aku beli dekat Centrum, seko aku beli dekat Cahagee. As kenangan, comel kan? Hehe

Breakfast like a local. Kahhh locall pun tak bekfes gini oi

Apa ke nama hotel belakang tu? Tu la hotel aku duduk 3 malam hehe


Ni nama kedai tu. Restoran Highlands Tomyam.

10/04/2026

Ride to Sekinchan

25 Ogos 2026

Esoknya lepas balik dari Thailand tu kan cuti Maulidur Rasul *salam dan selawat buat Nabi kesayangan kita semua, Rasulullah saw. Tak sempat nak berehat, Didi ajak ride ke Sekinchan. Kita layan je sebab dah tinggal member 3 hari kan, nanti merajuk puleksss hahaha.

Dalam perjalanan kitorang ada singgah RnR dekat WCE, tetiba time nak gerak tu motor Didi tak boleh start, 5 minit jugak la gelabah, rupanya  tongkat tak naik habis. Hak alahhhhhhhh, benda kecik pun nak berkira la motor tu, bikin unnecessary sweat je lah haha.

Kitorang makan dekat Colek D'Sawah. Ada kawan-kawan Didi sekali kat sana tapi dorang naik keretalah and memang dah stay kat sana sehari.





Kedai ni besttt! Sedapp and pemandangan pun lawoo dikeklilingi sawah menghijau luas terbentang. Kitorang order nasi goreng dengan beberapa menatang celup tepung. Puas hati datang jauh-jauh makanan sedap. Alhamdulillah. Tapi ride dari Ipoh ke Sekinchan tak la rasa seksa sangat, enjoy jeee hehe.

Sekinchan ni memang dah jadi tourist attraction kan, pemandangan dia yang mahal tuu. Nanti nak try la sewa homestay sana sehari, lepak2 sambil mandi kolam tepi sawah. Hehe

On the way balik tu hujan punya lebat, kitorang tak berhenti pun, layan kuyup haha. Memula Didi ajak naik Cameron, aku cakap idok le, badan penat pergi Thailand pun masih merengse lagii haha.

10/03/2026

Phattalung & Hatyai 3H2M

Hari tu aku ada trip kelab office pergi Thailand; specifically Phattalung and Hatyai. My 1st time in Phattalung, almost 2 hours from Hatyai.

22 Ogos 2026

Kami gerak dari Ipoh seawal hari tersebut bermula. Baru beberapa minit mulakan perjalanan dah singgah di RnR Bukit Gantang makan nasi lemak pepagi buta haha lepas tu sambung membuta sampai lah pukul 5am gitu, kami sampai di area Padang Besar. Berhenti solat Subuh sebelum checked in. Kat masjid tu ramai gila orang, bas dekat 14 bijikk aduhh gerun macam mana la situasi dekat imigresen nanti.

Sebab kami small group, kami siap cecepat dan terus gerak ke imigresen sebelum rombongan bas yang berduyun duyun tu sampai. Oh btw, trip kali ni aku bawak Mak aku sebab tetiba ada sorang tu cancel pergi sebab anak dia masuk wad, so Mak aku ganti hehe. Rezeki Mak. Nak gerak malam tu, pukul 2pm baru aku call ajak dia haha. 

Aku macam biasalah kan memang tak pernah tak busy, so petang tu baru nak tukar duit bagai, so terus tukar untuk Mak sekali.

Alhamdulillah dekat imigresen smooth je semuanya, time kami sampai tu beratur tak panjang lagi, imigresen pun buat kerja laju. 1st time aku masuk Thailand guna border Padang Besar. Kecil je kawasannya tapi efisyen.



Sebab dah lapar kami terus breakfast dekat Chabura Dimsum Hatyai lah macam biasa kalau guna agent ni kan. Tapi layan je sebab makanan dia ok je untuk ditelan. Dah kenyang terus memulakan perjalanan ke Phattalung. Sepanjang jalan memang tidur je ha, van pun selesa kan. Penat oi sebab semalamam tidur tak lena dengan van office yang keras dan tegak je tu haha.

First pit stop kami dekat satu macam tempat bersuka ria yang ada slides warna warni tu tapi time tu sampai pukul 11am waktu tempatan, ya Allah memang panas gila yeee. Kami pulak semua dah kertu, dengan penatnya, tak sempat mandi dekat Masjid sebab toilet full so badan memang rasa amatlah tak best so memang tidekk le kami nak bersuka ria dalam keadaan macam tu. Berhenti situ untuk toilet break je then kami meneruskan perjalanan.

Kemudian kami ke 7e viral dekat Phattalung tu yang berlatarkan bukit apa entah tu. Kami lagi excited membeli dalam 7e sebenarnya haha. Kemudian berhenti solat di Masjid Phattalung sebelum ke 1 kawasan tasik dia. Aku mati-mati ingat laut, rupanya tasik. Besarrr gila tasiknya. Oh Phattalung memang terkenal dengan tasik dia.

Kat sini kami just bergambar dengan minum air kelapa fresh dia sumpah sedap namatiii 20baht jeee. Kemudian ke Pak Pra Canal konon nak naik sampan tapi sebab que panjang kami batalkan, kepala dah ingat shower, aircond dan katil je ha haha. Biasalah dik bila macik2 yang pergi rombongan, ginilah, banyak nak rehat dalam bilik dari berjalan kat luar especially kalau kat luar panas kakaka.

Checked in Sai Klong Song Lae Resort

Kami menginap di sini satu malam. Best betul suasana dekat sini, dia macam resort sebelah tasik. Pemandangan dia perghh breathtaking, suasana pun menenangkan. Phattalung ni kan macam Lenggong, vibes kampung gitu.

Dah mandi rehat semua, kami pergi dinner dekat kedai kayu buruk je tapi sedapnya yakmattt ye Alhamdulillah. Sini susah sikit nak cari makanan halal, tak macam dekat Hatyai. Nama kedai tu Alva Halalfood. Meja ada 4 je pun. Aku dengan Mak order Nasi Goreng Ketam, nak nangis makan sebab sedapp, isi ketam punyalah banyak dan fresh.

Malam tu takde aktiviti, just berehat.




23 Ogos 2026

Seawal 5 pagi kami gerak naik bot menyelusuri Thale Noi untuk tengok sunset and lotus hunting. Yang paling best, jeti tu dalam resort kami jugak, so jalan kaki je pergi jeti. Ini adalah agenda wajib kalau ke Phattalungg. Orang datang sini sebenarnya untuk tujuan ni je. Ya Allah memang berbaloi ye dengan harga 350baht sorang. Naik boat dekat 3 jam jugakk tapi tak rasa sebab pemandangan dia Subhanallah. Cuma dah makin menginjak waktu, dah mula panas mula tak sabar nak balik hahaha.





Nak tengok video sila pergi ke Tiktok gue haha

Dalam pukul 8am sampai balik bilik, siap-siap untuk check out dan gerak ke Hatyai. Dalam pukul 11am kami gerak, sebelum tu ada singgah kedai kraftangan jual beg-beg mengkuang. Lawooo dan murah gilaaa, tote bag yang besar baru dalam 200baht. Kenapa la aku tak beli untuk beg fail eh? Nyesel pulakk tapi naik van leceh nak angkut ke sana sini huhu.

Kami singgah di Songhkla untuk makan lunch. Lepas tu pergi Seaverse Cafe Hatyai untuk bergambar. Aku 1st time masuk sini walaupun dah banyak kali ke Hatyai. Besttttt! Lawa sangat banyak OOTD spot, ada tasik yang bersih and ada itik. Ada mini petting zoo, dah la tiket masuk murah gile, 30 baht tak silap.

Kemudian pergi tempat wajib pergi jugak, floating market. Ikutkan aku memang taknak pergi sebab takde apa pun tapi sebab ikut rombongan, kita layankan je la. Hehe.

minyak angin wajib beli kalau ke Thailand

Setting powder ni besttt, beli dekat 7e

Hampir nak beli kasut bundle tapi takde size hehe selamatt

beli untuk ambil gambar je, tak sedap


Checked in Grand Plaza Hotel, Hatyai

Ni pun 1st time aku duduk area Lee garden ni. Perghhh sesak nak mampus. Malam tu aku turun dengan Mak jalan depan tu je sambil beli kudap-kudapan untuk makan dalam bilik. Kami beli pulut ayam je sebab nak beli nasi goreng entah-entah esok belum tentu dapat haha.

sesakkk

24 Ogos 2024

Macam biasa sebelum balik sempat singgah kedai souveniers Thanyada - tak best sangat, mahal. Then pergi Macro, Central Festival - had lunch here, dan singgah Erawadee - beli serum rambut je, memang best.

Sepanjang kat sana entah berapa puluh 7e kami singgah haha. Alhamdulillah settle dekat border semua dengan bag yang beranak pinak dalam pukul 6pm. Terus shoot balik Ipoh. Just singgah RnR gurun untuk dinner. Alhamdulillah sampai rumah dalam pukul 11pm gitu. 

Wajib beli dekat Central Festival - sayang nak minum haha

Viral dekat Central Festival. Sedappp. Rezeki time aku pergi tak payah beratur. Yang spoilnya, mesin buat crepe tu ada 1 je. Kau reti meniaga ke tak? haha

Borong jajan dekat Macro

sunscreen ni bestttt! beli dekat 7e dan Macro

Till then Hatyai

Enrolled for Master

Holla Oktober, please be nice. September wasn't nice at all 😣 Beberapa hari lepas dapat khabar berita sepupu kepada Mak, which kitorang kenal rapat, meninggal dalam rumah time dia sorang2. Anak dia pergi kerja pagi ok lagi, balik kerja ayahnya dah terbaring mulut berbuih huhu Innalillahh. Isteri dia meninggal beberapa tahun lepas sebab kanser. Lepas isteri dia meninggal memang nampak la dia takde semangat nak hidup. Arwah isterinya jenis happy go lucky, selalu menceriakan suasana, tetiba takde, memang sunyi la hidup. Cant imagine to be in that situation huhu.

Sama dengan Tun Mahathir, 70 tahun hidup bersama dengan isteri yang taat, baik, berperwatakan comel, mestilah sedih yang amat bila Allah tetiba tarik kembali padaNya. 70 tahun bukan 1 masa yang singkat. Aku yang belum 7 tahun dengan Didi pun kalau fikir tetiba dia pergi dulu, dah rasa sakitnya, baru fikir belum jadi betul, baru 7 tahun, bukan 70 tahun. Semoga Allah ketemukan kita kembali dengan orang yang kita sayang di Taman Syurga dan di Syurga kelak.

Semoga semua roh-roh yang telah pergi sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Al Fatihah.


Ok back to me.

Dengan keadaan kerja aku yang sibuk ni, dengan yakinnya aku menambah lagi kesibukan tersebut dengan enroll untuk kelas master secara PJJ hahahaha. Siapakah orang gila ini? Ye akuu! Haha. Kelas aku weekend je, sabtu & ahad, ada secara online ada secara fizilal. Attend kelas takde masalah bagi aku, tapi bila tengok assignment dan research yang nak kena buat, berpeluh jugak dahi membaca requirements nya hahahahha

Bolehkah aku? Huaaaa. Korang doakan aku pleasee. Assignment ok kot, research tu adoiii sebab nak kena juggle dengan kerja hakiki. Allah, helpppp meee hahaha.

Semalam aku dah submit 3 cadangan tajuk research dengan SV yang berbeza. So harapnya mana yang terpilih tu laahh yang terbaik and I can manage to give the bestt.

Aku ingat nak cerita pasal ni lepas aku grad nanti tapi nampaknya I need your prayers for me to surivive excellently kakakaka.

Apa-apa pun I know Allah always with me along the journey and a heartfelt gratitude untuk Didi sebab jadi supporter terutama aku haha. Thank you sayang, semoga Allah limpahkan lagi rezeki dan kemewahan buatmu supaya dapat pulak belikan isterimu ini iphone 18pro 512gb untuk tujuan research. Eh? Kbye hahahhaha.